medan makna 'korban' dan padanannya dalam bahasa inggeris

Upload: arell-zairil

Post on 05-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Medan Makna 'Korban' dan Padanannya dalam Bahasa Inggeris

    1/11

    ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

    2010301341

    1

    1.0PENGENALANTugasan ini membincangkan tentang makna korban berdasarkan padanannya dalam Bahasa

    Inggeris. Kajian ini juga akan memperlihatkan padanan korban dari segi makna konotasi dan

    denotasi.

    2.0KERANGKA TEORIMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:983), makna merupakan erti atau maksud sesuatu

    perkataan dan lain-lain.

    Menurut Abdullah Hassan dalam bukunya Lingusitik Am (2007: 223) melihat denotasi dan

    konotasi seperti yang berikut:

    Denotasi merupakan makna inti yang tercatat dalam kamus. Dalam setiap makna perkataan, ada

    komponen yang dikatakan makna inti. Makna sesuatu perbuatan itu mungkin luas atau mungkin

    berubah, tetapi ada komponen yang tetap. Makna denotasi itu ialah makna yang ditunjukkan oleh

    sesuatu perkataan tersebut.

    Konotasi merupakan penggunaan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa dan budaya iaitu

    memberi tambahan kepada makna perkataan tersebut. Ada segolongan perkataan yang

    mempunyai makna tambahan di samping makna konotasi

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1110), padanan didefinisikan kepada tiga maksud

    iaitu:

  • 7/31/2019 Medan Makna 'Korban' dan Padanannya dalam Bahasa Inggeris

    2/11

    ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

    2010301341

    2

    1. Bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang.2 Perihal padan, persesuaian,persamaan.3 Kata atau rangkai kata dalam sesuatu bahasa yang sama maknanya dengan

    kata atau rangkai kata dalam sesuatu bahasa yang lain.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:822) korban boleh didefinisikan kepada lima

    maksud iaitu:

    1. Amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakanseperti lembu, kambing, kerbau dan lain-lain pada 10 Zulhijah atau tiga hari selepasnya

    (hari tasyrik) dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.2

    Persembahan seperti haiwan atau manusia kepada dewa dalam pemujaan.3 Pemberian

    iaitu kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sebagai tanda kebaktian (kasih

    dan lain-lain).4 (orang) yang menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dan

    lain-lain).5 = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas iaitu disebabkan sesuatu

    malapetaka dan lain-lain.

  • 7/31/2019 Medan Makna 'Korban' dan Padanannya dalam Bahasa Inggeris

    3/11

    ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

    2010301341

    3

    3.0ANALISIS KAJIANMembincangkan tentang makna perkataan korban berdasarkan padanannya dalam bahasa

    Inggeris melalui contoh ayat dalam analisis dapatan kajian.

    Jadual 3.1 Padanan Korban Mengikut Kumpulan Medan Makna Pertama

    Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

    1. Majlis korban itu sangat meriah. The sacrificial event was very lively.2. Lembu korban itu telah disembelih. The sacrifice of cow is slaughtered.3. Haiwan korban merupakan lembu,

    unta, kambing dan sebagainya.

    Animal sacrifice is the cow, camel, goat and

    others.

    Dalam Jadual 3.1, makna korban dikelompokkan mengikut medan makna yang pertama iaitu

    amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan seperti

    lembu, kambing, kerbau dan lain-lain. Dalam analisis ini makna korban telah diberi padanan

    dalam bahasa Inggeris, iaitu sacrifice dan sacrificial.

    Sacrificial bermaksud relating to or offered as a sacrifice (Longman Dictionary of

    Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu sacrificial boleh diterjemahkan sebagai

    berhubungan dengan atau yang ditawarkan sebagai korban. Oleh itu, dalam konteks ayat yang

    pertama, sacrificial merupakan makna denotasi kerana membawa makna yang tersurat kepada

    korban dan mempunyai makna yang sama dengan korban.

  • 7/31/2019 Medan Makna 'Korban' dan Padanannya dalam Bahasa Inggeris

    4/11

    ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

    2010301341

    4

    Sacrifice bermaksud to willingly stop having something you want doing something you like in

    order to get something more important (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008).

    Dalam bahasa Melayu sacrifice boleh diterjemahkan sebagai sanggup melakukan sesuatu yang

    hendak atau melakukan sesuatu yang disukai untuk mendapat sesuatu yang lebih penting. Oleh

    itu, dalam konteks ayat yang kedua dan ketiga, sacrifice merupakan makna denotasi kerana

    membawa makna yang tersurat dan mempunyai makna yang sama dengan korban.

    Jadual 3.2 Padanan Korban Mengikut Kumpulan Medan Makna Kedua

    Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

    1. Bagi mengelakkan kemarau, seekorlembu akan menjadikan korban untuk

    upacara pemujaan dewa-dewa.

    For avoidance of drought, a cow would be

    oblation for the worship of God.

    2. Lelaki itu menjadi korban ketikaupacara penyembahan tuhan.

    The man fall a prey when worship ceremony

    God.

    3. Kanak-kanak yang hilang itu dipercayaimenjadi korban dalam upacara

    pemujaan.

    The girl which disappeared believed to be

    made sacrifice in worship ceremony.

    Dalam Jadual 3.2 di atas, makna korban dikelompokkan mengikut medan makna yang kedua

    iaitupersembahan seperti haiwan atau manusia kepada dewa dalam pemujaan. Dalam analisis

    ini makna korban diberi padanan dalam bahasa Inggeris iaitu oblation, prey, dan sacrifice.

    Oblation bermaksud a gift that is offered to God or god, or the act of offering the gift(Longman

    Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, oblation boleh

  • 7/31/2019 Medan Makna 'Korban' dan Padanannya dalam Bahasa Inggeris

    5/11

    ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

    2010301341

    5

    diterjemahkan sebagai hadiah yang ditawarkan kepada tuhan atau perbuatan yang menawarkan

    kepada tuhan. Oleh itu, dalam konteks ayat yang pertama, oblation merupakan makna denotasi

    kerana membawa makna yang tersurat dan mempunyai makna yang sama dengan korban.

    Prey bermaksud someone who easily be deceived or harmed (Longman Dictionary of

    Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu prey boleh diterjemahkan sebagai

    seseorang yang mudah ditipu atau dianiya. Berdasarkan kamus tersebut, prey juga membawa

    makna yang lain. Oleh itu, dalam konteks ayat yang kedua, prey merupakan makna konotasi

    kerana membawa makna yang tersirat. Hal ini dapat ditentukan oleh konteks penggunaan dan

    satu perkataan itu mempunyai makna tambahan.

    Sacrifice bermaksud to kill an animal or person and offer them to a god in a religious ceremony

    (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu sacrifice boleh

    diterjemahkan sebagai membunuh haiwan atau manusia dan menawarkan mereka untuk upacara

    pemujaan tuhan. Oleh itu, dalam konteks ayat yang ketiga, sacrifice merupakan makna denotasi

    kerana membawa makna yang tersurat dan mempunyai makna yang sama dengan korban.

    Jadual 3.3 Perkataan Korban Mengikut Kumpulan Medan Makna Ketiga

    Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

    1. Salwa korban wang ringgit demikekasihnya.

    Salwa has expense lots of her savings to her

    beloved boyfriend.

    2. Khairul korban nyawa untukmenyelamatkan budak yang lemas itu.

    Khairuljeopardize his life in order to save the

    drowning boy.

    3. Ibu korban harta benda untuk Mother offering her wealth to raise up her

  • 7/31/2019 Medan Makna 'Korban' dan Padanannya dalam Bahasa Inggeris

    6/11

    ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

    2010301341

    6

    membesarkan anak-anaknya. children.

    Dalam Jadual 3.3 di atas, makna korban dikelompokkan mengikut medan makna yang ketiga

    iaitu pemberian iaitu kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sebagai tanda

    kebaktian. Dalam analisis ini makna korban diberi padanan dalam bahasa Inggeris iaitu expense,

    jeopardize dan offering.

    Expense bermaksud the amount of money that you spend on something (Longman Dictionary of

    Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, expense boleh diterjemahkan sebagai

    jumlah duit yang dibelanjakan untuk sesuatu. Berdasarkan kamus tersebut, expense juga

    membawa makna yang lain. Oleh itu, dalam konteks ayat yang pertama, expense merupakan

    makna konotasi kerana membawa makna tersirat. Hal ini dapat ditentukan oleh konteks

    penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan.

    Jeopardize bermaksud to risk losing or spoiling something important (Longman Dictionary of

    Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, jeopardize boleh diterjemahkan sebagai

    risiko kehilangan atau kerosakan sesuatu. Oleh itu, dalam konteks ayat yang kedua, jeopardize

    merupakan makna konotasi kerana membawa makna tersirat. Hal ini dapat ditentukan dalam

    konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan.

    Offering bermaksud something that is given as a present to please someone (Longman

    Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, offering boleh

    diterjemahkan sebagai sesuatu yang diberikan untuk menggembirakan seseorang. Berdasarkan

    kamus tersebut, offering juga membawa makna yang lain. Oleh itu, mengikut konteks ayat yang

  • 7/31/2019 Medan Makna 'Korban' dan Padanannya dalam Bahasa Inggeris

    7/11

    ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

    2010301341

    7

    ketiga, offering merupakan makna konotasi kerana membawa makna tersirat. Hal ini dapat

    ditentukan dalam konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan.

    Jadual 3.4 Padanan Korban Mengikut Kumpulan Medan Makna Keempat

    Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

    1. Seorang pelajar menjadi korbandenggi.

    A student had become a dengues victim.

    2. Kau akan jadi korban kalau kauberkawan dengan dia.

    You will be offering if you make friends with

    him.

    3. Senarai nama mangsa korban trageditanah runtuh yang melibatkan

    pelancong dari Thailand telah

    dikeluarkan oleh pihak polis pada

    minggu yang lalu.

    The list of casualties landslide tragedies

    involving tourist from Thailand have been

    released by police last week.

    Dalam Jadual 3.4 di atas, makna korban dikelompokkan mengikut medan makna yang keempat

    iaitu orang yang menanggung penderitaan akibat sesuatu perbuatan dan lain-lain. Dalam

    analisis ini makna korban diberi padanan dalam bahasa Inggeris iaitu, victim, offering dan

    casualties.

  • 7/31/2019 Medan Makna 'Korban' dan Padanannya dalam Bahasa Inggeris

    8/11

    ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

    2010301341

    8

    Victim bermaksud someone who suffers because of something bad that happens or because of an

    illness (Longman Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, victim

    boleh diterjemahkan sebagai seseorang yang menderita akibat sesuatu perkara buruk yang

    berlaku atau kesakitan. Oleh itu, mengikut konteks ayat yang pertama, victim merupakan makna

    denotasi kerana membawa makna yang tersurat dan mempunyai makna yang sama dengan

    korban.

    Offering bermaksud something that is given as a present to please someone (Longman

    Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, offering boleh

    diterjemahkan sebagai sesuatu yang diberikan untuk menggembirakan seseorang. Berdasarkan

    kamus tersebut, offering juga membawa makna yang lain. Oleh itu, mengikut konteks ayat yang

    kedua, offering merupakan makna konotasi kerana membawa makna tersirat. Hal ini dapat

    ditentukan dalam konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan.

    Casualties bermaksud someone who is hurt or killed in accident or war (Longman Dictionary of

    Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, casualties boleh diterjemahkan sebagai

    seseorang yang terluka atau terbunuh dalam kemalangan atau peperangan. Oleh itu, mengikut

    konteks ayat yang ketiga, casualties merupakan makna konotasi kerana membawa makna

    tersirat. Hal ini dapat ditentukan dalam konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai

    makna tambahan.

    Jadual 3.5 Padanan Korban Mengikut Kumpulan Medan Makna Kelima

    Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

    1. Nahas itu mengakibatkan banyak The crash resulted in many casualties.

  • 7/31/2019 Medan Makna 'Korban' dan Padanannya dalam Bahasa Inggeris

    9/11

    ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

    2010301341

    9

    korban jiwa.

    2. Tragedi itu menyebabkan dia korbanjiwa.

    The tragedy led him to offering the soul.

    Dalam Jadual 3.5 di sebelah, makna korban dikelompokkan mengikut medan makna yang kelima

    iaitujiwa, manusia kematian kerana nahas iaitu disebabkan sesuatu malapetaka dan lain-lain.

    Dalam analisis ini makna korban diberi padanan bahasa Inggeris iaitu casualties dan offering.

    Casualties bermaksud someone who is hurt or killed in accident or war (Longman Dictionary of

    Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, casualties boleh diterjemahkan sebagai

    seseorang yang terluka atau terbunuh dalam kemalangan atau peperangan. Oleh itu, mengikut

    konteks ayat yang pertama, casualties merupakan makna denotasi kerana membawa makna yang

    tersurat dan mempunyai makna yang sama dengan korban.

    Offering bermaksud something that is given as a present to please someone (Longman

    Dictionary of Contemporary English: 2008). Dalam bahasa Melayu, offering boleh

    diterjemahkan sebagai sesuatu yang diberikan untuk menggembirakan seseorang. Berdasarkan

    kamus tersebut, offering juga membawa makna yang lain. Oleh itu, mengikut konteks ayat yang

    kedua, offering merupakan makna konotasi kerana membawa makna tersirat. Hal ini dapat

    ditentukan dalam konteks penggunaan dan satu perkataan itu mempunyai makna tambahan.

  • 7/31/2019 Medan Makna 'Korban' dan Padanannya dalam Bahasa Inggeris

    10/11

    ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

    2010301341

    10

    4.0 KESIMPULAN

    Berdasarkan analisis yang dibuat, terdapat lima medan makna bagi korban. Kelima-lima medan

    makna ini telah memberi padanan yang berbeza.

    Dapat juga dilihat bahawa korban telah diberi dengan pelbagai padanan, iaitu sacrificial,

    sacrifice, oblation, prey, offering, casualties, expense, jeopardize dan victim. Perkataan korban

    tidak terhad kepada satu padanan sahaja.

    Analisis ini juga didapati terdapat banyak makna perkataan yang menunjukkan makna sebenar

    dan ada juga perkataan yang tidak menunjukkan makna sebenarnya berdasarkan padanannya

    dalam bahasa Inggeris.

    Melalui analisis ini terdapat makna denotasi dan konotasi dalam padanan yang diberikan.

    Kedua-dua makna ini ditentukan mengikut konteks ayat masing-masing.

  • 7/31/2019 Medan Makna 'Korban' dan Padanannya dalam Bahasa Inggeris

    11/11

    ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN

    2010301341

    11

    RUJUKAN

    Abdullah Hassan. 2007. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Fox, C., Manning, E., Murphy, M., Urbom, R., Marwick, K. C., & Oshea, S. (2008). Dictionary

    of Contemporary English: The Living Dictionary. England: Pearson Longman.

    Hajah Noresah bt. Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Hulu Kelang. Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2010.

    Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Simmons, Robin L.2011. The Main Clause. Retrieved on 15 November, 2011 from

    http://www.chompchomp.com/terms/mainclause.htm

    http://www.chompchomp.com/terms/mainclause.htmhttp://www.chompchomp.com/terms/mainclause.htmhttp://www.chompchomp.com/terms/mainclause.htm