mcb 2017 satukan pelbagai etnik sabah - core4/6/2018 usm news portal - mcb 2017 satukan pelbagai...

4
4/6/2018 USM News Portal - MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4815-mcb-2017-satukan-pelbagai-etnik-sabah 1/4 USM, PULAU PINANG, 28 Mac 2017 - Malam Citra Bayu (MCB) 2017 berjaya menyatukan kepelbagaian etnik Sabah melalui persembahan tarian oleh pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan lapan universiti awam yang lain di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, baru-baru ini. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan mewakili Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, program ini dapat memperkenalkan budaya Sabah yang unik sambil memupuk integrasi sosial yang kukuh dalam kalangan pelajar universiti. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH 29 MAR

Upload: others

Post on 13-Jan-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH - CORE4/6/2018 USM News Portal - MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH  3/ 4 Program

4/6/2018 USM News Portal - MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4815-mcb-2017-satukan-pelbagai-etnik-sabah 1/4

USM, PULAU PINANG, 28 Mac 2017 - Malam Citra Bayu (MCB) 2017 berjaya menyatukan kepelbagaianetnik Sabah melalui persembahan tarian oleh pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan lapanuniversiti awam yang lain di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan mewakili NaibCanselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, program ini dapat memperkenalkan budayaSabah yang unik sambil memupuk integrasi sosial yang kukuh dalam kalangan pelajar universiti.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH29MAR

Page 2: MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH - CORE4/6/2018 USM News Portal - MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH  3/ 4 Program

4/6/2018 USM News Portal - MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4815-mcb-2017-satukan-pelbagai-etnik-sabah 2/4

"Program ini juga menjadi platform kepada pelajar-pelajar universiti yang terlibat untuk menyerlahkankreativiti dan inovasi masing-masing semasa membuat persembahan di atas pentas," kata beliau.

Sementara itu, wakil penasihat Persatuan Sabah di Semenanjung (G35), Awangku AshaariAwangkuYussof pula berkata, siapa yang menjadi pemenang adalah tidak penting kerana yang paling pentingadalah untuk mencapai objektif program iaitu memperkenalkan dimensi sosial dan budaya masyarakatSabah kepada orang ramai.

Page 3: MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH - CORE4/6/2018 USM News Portal - MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH  3/ 4 Program

4/6/2018 USM News Portal - MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4815-mcb-2017-satukan-pelbagai-etnik-sabah 3/4

Program anjuran Perkumpulan Siswa-Siswi Sabah (PERSIS) USM dengan kerjasama Persatuan G3Stelah menampilkan sembilan universiti yang bertanding iaitu USM, Universiti Selangor (UNISEL),Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti TeknologiMara (UITM) Shah Alam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Utara Malaysia (UUM),Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).

UPSI muncul sebagai johan MCB 2017 apabila mempersembahkan tarian pacu-pacuan yangmenggambarkan aktiviti sosial masyarakat Bajau, Kota Belut, Sabah.

Page 4: MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH - CORE4/6/2018 USM News Portal - MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH  3/ 4 Program

4/6/2018 USM News Portal - MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4815-mcb-2017-satukan-pelbagai-etnik-sabah 4/4

Hampir 1,500 penonton hadir di program ini yang meliputi golongan pelajar dan pensyarah daripadasemua universiti yang terlibat.

Teks: Rodiah Md Daud (Pelajar internship PP Komunikasi USM)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015