mc prkhmahan

11
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN KANAK-KANAK PENGAKAP TARIKH : 9 MEI 2015 MASA : 1100 PAGI – 1300 TENGAH HARI TEMPAT : DEWAN BANAI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN CUE ANN PENGUMUMAN UMUM Di sini ada beberapa pengumuman. Sila matikan telefon bimbit anda atau menukarkannya ke dalam mode senyap. Mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan sepanjang majlis ini sedang berlangsung kerana ia akan mengganggu konsentrasi majlis pada hari ini. Sama-sama berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan dan sekali lagi berdiri semasa tetamu kehormat meninggalkan dewan. Mohon agar hadirin senyap ketika tetamu kehormat memberikan ucapan sebentar lagi. KERJASAMA DARIPADA WARGA DEWAN AMAT KAMI HARGAI DAN KAMI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH MENGUMUMKA N KETIBAAN Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia,

Upload: safuan

Post on 10-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

RFGHJVG

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARAANMAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN KANAK-KANAK PENGAKAP

TARIKH : 9 MEI 2015MASA : 1100 PAGI 1300 TENGAH HARITEMPAT: DEWAN BANAI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

CUEANN

PENGUMUMAN UMUM

Di sini ada beberapa pengumuman. Sila matikan telefon bimbit anda atau menukarkannya ke dalam mode senyap. Mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan sepanjang majlis ini sedang berlangsung kerana ia akan mengganggu konsentrasi majlis pada hari ini. Sama-sama berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan dan sekali lagi berdiri semasa tetamu kehormat meninggalkan dewan. Mohon agar hadirin senyap ketika tetamu kehormat memberikan ucapan sebentar lagi.

KERJASAMA DARIPADA WARGA DEWAN AMAT KAMI HARGAI DAN KAMI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH

MENGUMUMKAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia,Tuan Haji Hashim Bin AsmanTimbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman,

Yang berusaha,Tuan Haji Ismail Bin Ku Ishak, Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Yang Berusaha,Mej. (KRS). Tuan Mohd Nashri bin Yaakub

Yang Berusaha,Tuan Ku Halim bin Ku Arifin, Pesuruhjaya Daerah Kubang Pasu

Yang Berusaha, Tuan Haji Ghazali Bin Omar, Pesuruhjaya Daerah KLM 20

Barisan jurulatihmasuk ke dalam dewan.

PROTOKOL MAJLIS

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam 1 Malaysia dan Salam Kedah Aman makmur.

Sirih berlipat, sirih pinang ,Sirih dari pulau mutiara,Pemanis kata selamat datang ,Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia,Tuan Haji Hashim Bin AsmanTimbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman,

Yang berusaha,Tuan Haji Ismail Bin Ku Ishak, Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Yang Berusaha,Mej. (KRS). Tuan Mohd Nashri bin Yaakub

Yang Berusaha,Tuan Ku Halim bin Ku Arifin, Pesuruhjaya Daerah Kubang Pasu

Yang Berusaha, Tuan Haji Ghazali Bin Omar, Pesuruhjaya Daerah KLM 20

Barisan jurulatih,Guru-guru pengiringpara peserta perkhemahan dan seterusnya warga dewan yang dikasihi sekalian

Buat hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian saya titipkan ucapan,Selamat datang, Welcome, ahlan wasahlan ke Majlis Penutupan Kursus Perkhemahan dan Ujian Lencana Kemajuan Keris Gangsa dan Perak Pengakap Kanak-kanak dan Pekhemahan Tunas TKRS 2015.

BACAAN DOAHinggap sang burung di ranting nan patah,Duduk berkicau menghilangkan lelah,Hanya padaNya tangan ditadah,Memohon reda, rahmat dan barakah.

Warga dewan sekalian,

Bagi memohon limpah rahmat daripada Ilahi, kini majlis ingin mempersilakan saudara Mohd Amirul Syafiq bin Mat Yusoff bagi memimpin bacaan doa.Falyatafaddol masykura.-amin yarabbal alamin.majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

ALU ALUANAlhamdulillah, selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutupan Perkhemahan pada hari yang sungguh berbahagia ini. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Kursus Perkhemahan dan Ujian Lencana Kemajuan Keris Gangsa dan Perak Pengakap Kanak-kanak dan Pekhemahan TKRS 2015 berlangsung secara serentak bermula 7 Mei dan akan berakhir pada hari ini bersamaan 9 Mei 2015.

Kursus Perkhemahan dan Ujian Lencana Kemajuan Keris Gangsa dan Perak Pengakap Kanak-kanak 2015 yang melibatkan 11 buah sekolah yang meliputi 89 orang peserta. Kursus perkhemahan ini bertujuan untuk Manakala Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah melibatkan orang peserta yang bertujuan untuk

Penyampaian Manik Kayu

Hadirin sekalian,Besar langit di tepi busut,Besar tak muat di dalam peti,Besar hajat kami menjemput,Besar niat di dalam hati

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berusahaTuan Haji Ismail Bin Ku Ishak, Pesuruhjaya Pengakap Negeri diiringi oleh Tuan Haji Ghazali Bin Omar, Pesuruhjaya Daerah KLM 20

Untuk menyampaikan kalung manik kayu kepada 24 orang penerima.Dipersilakan

Penerima pertama:

DIteruskan dengan mempersilakan Saudara Kendy Anak David Singod untuk mengetuai persetiaan pengakap

Memohon Tuan Haji Ismail Bin Ku Ishak, Pesuruhjaya Pengakap Negeri untuk kekal berdiri bagi menyampaikan sijil, hadiah kepada sekawan terbaik dan peserta terbaik perkhemahan

Penyampaian Sijil dan Hadiah Mengikut SekolahHadirin warga dewan sekalian,

Dimulakan dengan penyampaian sijil dan hadiah Dijemput wakil daripada1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. .8. 9. 10.

Diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada sekawan terbaik dan peserta terbaik.Sekawan terbaik bagi Kursus Perkhemahan dan Ujian Lencana Kemajuan Keris Gangsa dan Perak Pengakap Kanak-kanak 2015 disandang oleh ..Peserta lelaki terbaik perkhemahan disandang oleh Dijemput untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah.

Manakala peserta terbaik perempuan disandang oleh

Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah sebentar tadi.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Ismail Bin Ku Ishak, Pesuruhjaya Pengakap NegeriAtas penyampaian pengkalungan manik kayu dan penyampaian sijil serta hadiah sebentar tadi.

Pentauliahan Tunas TKRS

Penyampaian cenderamataWarga dewan sekalian,Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada pseuruhjaya pengakap negeri, Tuan Haji Ismail Bin Ku Ishak atas kesudian meluangkan masa menghadiri majlis penutupan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput . Diirngi oleh .. untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada

Atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Ucapan PesertaHadirin sekalian,Seterusnya, majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan menjemput wakil peserta perkhemahan . Untuk menyampaikan ucapan

DipersilakanTerima kasih diucapkan kepada . Atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Kem KomandenHadirin warga dewan sekalian,Majlis diteruskan lagi dengan ucapan kem komanden yang akan disampaikan oleh ..Dipersilakan.Jutaan terima kasih diucapkan kepada kem komanden ...Atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tidaklah molek alu, tanpa lesungnyaTidak berguna dayung, tanpa perahunya,Tidak berkat ilmu, tanpa amalnya,Tidak lengkaplah majlis, tanpa ada yang menyempurnakannya.

Untuk itu majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Haji Hashim bin Asman, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kursus Perkhemahan dan Ujian Lencana Kemajuan Keris Gangsa dan Perak Pengakap Kanak-kanak dan Perkhemahan Tunas KRS bagi sesi 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Timbalan Pengarah atas ucapan dan penyempurnaan majlis itu tadi.

PENUTUP

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Merdu bertingkah alunan suara,Kadang tak sedar tersilap kata,Andai terlanjur petah bicara,Serendah hati kemaafan dipinta.

Songket biru tampak berseri,Tenunan indah buat arjuna,Tersilap bicara harap dimaafi,Ketemu lagi di lain acara.

Di kesempatan ini, Pihak majlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Penutupan Kursus Perkhemahan dan Ujian Lencana Kemajuan Keris Gangsa dan Perak Pengakap Kanak-kanak dan Perkhemahan TKRS ini bagi tahun 2015. Saya mewakili seluruh jawatankuasa majlis ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada kekurangan semasa kami mengendalikan majlis dan perkhemahan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada pencipta, dan yang lemah itu merupakan kelemahan kita sebagai hamba yang dicipta.

Sekian wabilahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Majlis Bersurai.

BERSURAI

Mengumumkan pergerakan keluar dewan Tuan Timbalan Pengarah diiringi oleh tetamu-tetamu kehormat meninggalkan dewan.