matlamat projek inijakoa dan masyarakat orang asli pada tahun 2012- 2013 1. satu perbincangan telah...

2
FIRST MILE Matlamat Projek Ini Projek ini melibatkan seluruh masyarakat Orang Asal di RPS Air Banun melalui proses “low tech” yang ringkas dan senang difahami tetapi pada masa yang sama memberi mereka peluang untuk berinteraksi dengan dunia “high tech”. Projek ini mampu membangunkan satu paradigma pembelajaran baru yang berasaskan minda dan mampu merangsang minda masyarakat Orang Asli untuk sama-sama membantu memelihara biodiversiti kehidupan tanpa mengkompromi sosio-budaya kehidupan mereka. Dengan Kerjasama Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, 16150 Kelantan. BLOG : www.BRAINetwork-USM.com Laman Web: www.BRAINetwork-USM.org Projek BRAINetwork bersama JAKOA FIRST MILE The

Upload: others

Post on 12-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • FIRST MILE Matlamat Projek Ini

    Projek ini melibatkan seluruh masyarakat Orang Asal di RPS Air Banun melalui proses “low tech” yang ringkas dan senang difahami tetapi pada masa yang sama memberi mereka peluang untuk berinteraksi dengan dunia “high tech”. Projek ini mampu membangunkan satu paradigma pembelajaran baru yang berasaskan minda dan mampu merangsang minda masyarakat Orang Asli untuk sama-sama membantu memelihara biodiversiti kehidupan tanpa mengkompromi sosio-budaya kehidupan mereka.

    Dengan Kerjasama

    Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, 16150 Kelantan. BLOG : www.BRAINetwork-USM.com Laman Web: www.BRAINetwork-USM.org

    Projek BRAINetwork bersama JAKOA

    FIRST MILE The

  • Kerjasama Kerjasama di antara Universiti Sains Malaysia dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli [JAKOA] dan masyarakat Orang Asal di RPS Air Banun telah bermula sejak awal tahun 2000. Pada ketika itu, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, selaku Naib Canselor USM telah menggalakkan perhubungan di antara USM dan masyarakat Orang Asal. Kini, tradisi tersebut diteruskan di RPS Air Banun melalui pelbagai program khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Pusat Sains Neurokognif, BRAINetwork.

    Aktiviti Kerjasama Di Antara BRAINetwork dengan JAKOA dan Masyarakat Orang Asli pada tahun 2012-

    2013

    1. Satu perbincangan telah diadakan bersama Encik Nordin bin Mat (Pengurus RPS Air Banun 2011) dan Encik Ali bin Pintu (Pengerusi Komuniti RPS Air Banun) pada 24 Oktober 2011.

    2. Pada November 2011, surat permohonan serta kertas kerja “The BRAINetwork First Mile Project”, telah dihantar kepada Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Negeri Perak dan Kedah.

    3. Pada 12 Disember 2011, satu pameran minda telah diadakan di RPS Air Banun yang melibatkan warga orang Asli di kawasan Air Banun bersama penyelidik serta pelajar Univeriti Sains Malaysia.

    4. Satu bengkel bersama warga RPS Air Banun telah diadakan di mana penaung dan penasihat ialah En Hassan Ali, Pengurus RPS Air Banun.

    5. Beberapa projek telah di kenalpasti oleh jawatankuasa bertindak sepertimana yang berikut:

    i. Projek Tadika [Pusat Minda Mesra] ii. Projek Pasukan Memanah RPS Air Banun [ Pusat Minda

    Mahir ] iii. Projek Pusat Rawatan Pertolongan Cemas RPS Air Banun

    [ Pusat Minda Sihat ] iv. Projek Komputer untuk Masyarakat [ Pusat Minda Bistari ] v. Projek Pertanian di RPS Air Banun [ Pusat Minda Sejahtera ]

    MEMPERKASA MINDA DEMI KELESTARIAN HARI MUKA

    Projek ini berkonsepkan pembelajaran berasaskan minda dimana masyarakat Orang Asal didorong untuk sama-sama membina ekosistem pembelajaran yang berhubungkait dengan biodiversiti harian mereka.

    Memperkasa Minda Masyarakat Orang Asal