nor aznizah binti kasmani - fp.utm.my · ijazah sarjana muda sains serta pendidikan (kimia) fakulti...

25
KAJIAN TENTANG KREATIVITI GURU SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH NOR AZNIZAH BINTI KASMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trantram

Post on 16-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

KAJIAN TENTANG KREATIVITI GURU SAINS DAN MATEMATIK

SEKOLAH MENENGAH

NOR AZNIZAH BINTI KASMANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat
Page 3: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

ii

Page 4: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

KAJIAN TENTANG KREATIVITI GURU SAINS DAN MATEMATIK

SEKOLAH MENENGAH

NOR AZNIZAH BINTI KASMANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat
Page 6: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

iii

Khas buat ayahanda dan bonda yang dikasihi, Kasmani bin Mansor dan

Azizah binti Samad, nenda yang dihormati, Arah binti Hj. Md. Zin dan adinda yang

disayangi, Siti Nor Aishah binti Kasmani, terima kasih atas segala doa, sokongan

dan pengorbanan kalian semua. Tanpa kalian, tidak mungkin kejayaan ini dapat

dikecapi. Tidak dilupakan juga buat sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan

dorongan dan galakan. Sesungguhnya jasa dan segala pengorbanan kalian amat

dihargai dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. Semoga kita

sentiasa berada di dalam rahmatNya.

Page 7: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana

dengan limpah kurniaNya dapatlah saya menyempurnakan laporan Projek Sarjana

Muda ini dengan jayanya. Saya juga ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Profesor Madya Dr. Mohammad Yusof bin Arshad yang telah banyak

membimbing dan membantu saya menjalankan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pengetua-pengetua

sekolah yang terlibat kerana telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan

penyelidikan di sekolah-sekolah mereka. Kepada guru-guru yang sudi menjawab

borang soal selidik yang dikemukakan, terima kasih atas kerjasama yang telah

diberikan.

Akhir sekali, terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan penyelidikan

ini.

Page 8: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kreativiti

guru-guru sains dan matematik sekolah menengah serta melihat perbezaan kreativiti

antara guru-guru sains dan matematik dengan guru-guru bukan sains dan matematik.

Untuk menjawab persoalan ini, sampel yang terdiri daripada 26 orang guru sains dan

matematik dan 34 orang guru bukan sains dan matematik di daerah Muar, Johor

telah dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set

borang soal selidik berdasarkan kemahiran berfikir kreatif Guilford dan Torrance

yang menguji unsur-unsur keaslian, kefasihan atau kelancaran, kelenturan dan

penghuraian. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan skema yang telah

dicadangkan oleh Guilford dan Torrance. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

kreativiti guru-guru sains dan matematik sekolah menengah adalah di tahap yang

sederhana. Walau bagaimanapun, mereka adalah lebih kreatif berbanding guru-guru

bukan sains dan matematik. Usaha-usaha yang berkaitan perlu dilaksanakan bagi

meningkatkan kreativiti guru-guru supaya dapat menggalakkan persekitaran

pembelajaran yang kreatif di dalam kelas sains dan matematik.

Page 9: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to study the level of creativity of science

and mathematics teachers in secondary schools and to look at the difference between

the creativity of science and mathematics teachers and the non science and

mathematics teachers. To answer this question, a sample of twenty six of science

and mathematics and thirty four of non science and mathematics teachers in the

district of Muar, Johore have been selected as random. The instrument used in this

study was a set of questionnaires based on Guilford and Torrance’s creative thinking

skill which determine the element of originality, fluency, flexibility and elaboration.

The data was analyzed using the scheme suggested by Guilford and Torrance. The

findings show that the creativity of the science and mathematics teachers is only at a

moderate level. However, they are better than the non science and mathematics

teachers. Some efforts have to be done to improve the teachers’ creativity in order

to foster creative learning environment in science and mathematics classrooms.

Page 10: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif / Tujuan Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan / Limitasi Kajian 8

Page 11: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

viii

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Kreativiti 9

1.8.2 Guru Sains dan Matematik 9

1.8.3 Guru Bukan Sains dan 9

Matematik

BAB II SOROTAN KAJIAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Apa Itu Kreativiti / Pemikiran 10

Kreatif

2.3 Faktor-faktor / Masalah Yang 13

Menghalang Kreativiti

2.4 Salah Tanggapan Umum Terhadap 15

Pemikiran Kreatif dalam

Kelas Sains

2.5 Kepentingan Kreativiti dalam 16

Pengajaran dan Pembelajaran

2.6 Bagaimana Meningkatkan 18

Kreativiti dalam Pendidikan Sains

2.7 Ciri-ciri Seorang Yang Kreatif 21

2.8 Mengukur Kreativiti 23

2.9 Kesimpulan 24

BAB III METODOLOGI KAJIAN 26

3.1 Pendahuluan 26

3.2 Prosedur Kajian 26

3.3 Rekabentuk Kajian 27

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 27

Page 12: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

ix

3.5 Instrumen Kajian 28

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Kaedah Analisis Data 30

3.7.1 Cara Pemarkahan 31

BAB IV ANALISIS DATA 33

4.1 Pendahuluan 33

4.2 Keputusan Kajian 34

4.2.1 Bahagian A 34

4.2.2 Bahagian B 39

4.3 Perbezaan Kreativiti antara Guru 69

Sains dan Matematik dengan

Guru bukan Sains dan Matematik

BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI DAN 70

CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Rumusan 70

5.3 Implikasi Kajian 71

5.4 Kekangan Kajian 73

5.5 Cadangan Kajian 74

5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 75

5.7 Kesimpulan 75

RUJUKAN 77

Page 13: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

x

LAMPIRAN

LAMPIRAN A-C 81-91

Page 14: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan kriteria, bilangan soalan dan butiran 28

item soal selidik

3.2 Taburan perkara dan tujuan item-item 29

soal selidik yang diuji

3.3 Skema markah yang direka berdasarkan 31

skema Guilford dan Torrance

4.1 Responden mengikut mata pelajaran yang 34

diajar sekarang

4.2 Taburan jantina bagi guru-guru sains dan 35

Matematik

4.3 Taburan jantina bagi guru-guru bukan 35

sains dan matematik

4.4 Taburan bangsa bagi guru-guru sains 35

dan matematik

4.5 Taburan bangsa bagi guru-guru bukan sains 36

dan matematik

4.6 Taburan tempoh mengajar bagi guru-guru 36

sains dan matematik

4.7 Taburan tempoh mengajar bagi guru-guru 37

bukan sains dan matematik

4.8 Taburan status guru-guru sains dan matematik 38

Page 15: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

xii

4.9 Taburan status guru-guru bukan sains 38

dan matematik

4.10 Taburan kelulusan akademik tertinggi bagi 38

guru-guru sains dan matematik

4.11 Taburan kelulusan akademik tertinggi bagi 39

guru-guru bukan sains dan matematik

4.12 Taburan guru tidak kreatif, sederhana kreatif 69

dan kreatif

Page 16: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

TTCT - Torrance’s Thinking Creativity Test

ABM - Alat Bantu Mengajar

KEMAS - Kemajuan Masyarakat

Page 17: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Borang Soal Selidik 81

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 89

daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 91

Daripada Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia

Page 18: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepentingan ilmu sains dan matematik kepada pembangunan sesebuah negara

terutamanya di era globalisasi ini adalah hakikat yang tidak dapat disangkal lagi. Malah

mata pelajaran sains dan matematik juga merupakan mata pelajaran yang terpenting

dalam kurikulum pendidikan di Malaysia memandangkan permintaan tinggi negara

terhadap tenaga manusia dalam bidang teknikal di samping penggalakkan penyelidikan

berkemahiran tinggi.

Tugas seorang guru bukan hanya sebagai penyampai maklumat di dalam bilik

darjah atau di makmal sains, malah ianya terlalu kompleks untuk difahami. Bebanan

dan tanggungjawab guru kini semakin bertambah. Dengan perubahan teknologi

komunikasi yang canggih, kemajuan ilmu pengetahuan juga begitu pantas berubah dan

mudah diperoleh dengan adanya corak pembelajaran alaf baru (Muhammad Fadly,

1999).

Page 19: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

2

Bagi membolehkan seseorang belajar, guru perlu merancang dan menyediakan

segala bahan serta peralatan yang kondusif untuk pembelajaran, jauh lebih awal

sebelum masuk ke dalam bilik darjah atau makmal. Di samping itu, guru perlu

menguasai seni dan kemahiran tertentu bagi memungkinkan pembelajaran secara

optimum. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan kreativiti dan inovatif tinggi yang

boleh memberi kesan dalam minda pelajar dan juga para guru (Pelita Brunei, 2002).

Dewasa ini, gagasan untuk menghasilkan guru yang kreatif dan inovatif giat

dikempenkan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan (Roselan Baki,

1994). Menurut ahli psikologi Jean Piaget, matlamat asas pendidikan ialah

menghasilkan manusia yang mampu menghasilkan benda baru, bukan sekadar

mengulangi hasil pencapaian generasi terdahulu; manusia yang kreatif, inventif dan

penemu. Manakala matlamat tambahannya pula adalah membentuk minda yang kritis,

yang boleh mengenalpasti dan menilai, bukan menerima bulat-bulat semua benda yang

diberikan (Cronin, 1989).

Selaras dengan perkembangan pendidikan sains dan matematik yang berlaku

secara sejagat, Malaysia telah memberi dimensi baru ke atas proses pengajaran dan

pembelajaran sains dan matematik di sekolah. Kurikulum sains dan matematik KBSM

yang telah digunapakai sejak satu dekad yang lalu telah memberikan penekanan

terhadap kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan penerapan nilai murni (Abu

Hassan, 2001).

Jelas bahawa penekanan terhadap kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik itu

memerlukan guru yang bukan sekadar seorang penyampai maklumat, malah guru perlu

kreatif menghasilkan pelbagai teknik pengajaran bagi menarik minat para pelajar. Oleh

Page 20: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

3

yang demikian, kreativiti guru sains dan matematik perlu dikaji untuk melihat sejauh

mana kreativiti guru sains dan matematik di sekolah menengah dan melihat sama ada

kreativiti guru sains dan matematik dengan guru bukan sains dan matematik berbeza

dengan harapan hasilnya akan menyumbang kepada keberkesanan corak pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah khasnya dan keberkesanan terhadap sistem pendidikan

negara umumnya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mengikut Cronin (1989), tiga ciri dan sifat yang terlintas di fikiran kita apabila

kita disuruh menggambarkan seorang ahli sains yang tipikal ialah logikal, ringkas dan

analitikal. Yang dinyatakan di atas adalah ciri-ciri proses pemikiran kritis yang biasa

digunakan oleh ahli sains bagi menganalisis data dan perdebatan, membina sesuatu

corak alasan berdasarkan bukti dan seterusnya menghasilkan kesimpulan yang boleh

dipercayai. Ketika nilai dan kegunaan strategi pemikiran tersebut tidak boleh

dipertikaikan, ramai saintis, pemikir dan pencipta terkemuka termasuk Marie Curie,

Leonardo da Vinci, Thomas Edison, Albert Einstein dan Jules Verne telah mengakui

bahawa sesetengah idea dan penemuan mereka yang terbaik bukanlah hasil proses

pemikiran yang sistematik, saintifik ataupun kritis tetapi adalah hasil daripada

pemikiran yang kurang berstruktur, kadangkala tidak saintifik dan proses pemikiran

kreatif. Walaupun proses pemikiran kreatif tidak diberi penekanan atau ditetapkan

secara tradisi di dalam kelas-kelas sains di Amerika, ramai ahli psikologi, pelatih dan

penyelidik pendidikan percaya bahawa pemikiran kreatif perlu diberikan penekanan

yang lebih di dalam kelas sains dan matematik berbanding pemikiran kritis.

Page 21: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

4

Menurut Abu Hassan (2001) pula, cara terbaik untuk memahami sesuatu

perkara, fenomena, kejadian dan sebagainya ialah dengan melihat apa yang dilakukan

oleh ahli sains dan jenis pemikiran yang digunakan di sepanjang proses tersebut.

Penggunaan pemikiran saintifik adalah merupakan salah satu pendekatan yang

bersistem bagi tujuan menyelesaikan sesuatu persoalan melalui aktiviti penyelidikan.

Sebagai hasil kreativiti manusia, pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan

sains bukanlah hanya bertujuan untuk dibaca dan dihafal, tetapi ianya perlu digunakan

dan dimanfaatkan untuk mengembangkan idea-idea baru, demi menyelesaikan sesuatu

masalah yang dihadapi.

Kemahiran berfikir dalam sains dan matematik bukanlah sesuatu yang baru dan

asing bagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di negara kita. Walau

bagaimanapun, guru-guru nampaknya masih tidak sedar tentang kepentingan kreativiti

ketika mengajar sama ada di dalam bilik darjah mahupun di dalam makmal. Mereka

lebih terikat dengan sukatan pelajaran yang dibekalkan dan perlu dihabiskan tanpa

memikirkan kesannya terhadap penerimaan pelajar. Pelajar hanya akan terikut-ikut cara

guru yang mengajar secara biasa dan tradisi itu tanpa membantah mahupun memberikan

pandangan mereka sendiri. Hasilnya, akan lahirlah generasi yang hanya menurut kata

dan takut untuk memberikan pandangan sendiri kerana minda mereka telah ditutup oleh

guru-guru yang mengajar mereka.

Sandhu (1982) dalam penulisannya yang bertajuk “Science and Creativity”

berkata bahawa sains itu adalah produk atau hasil daripada pemikiran kreatif ahli sains

sejak berzaman yang lalu. Secara sejarahnya, sains telah bermula sejak kewujudan

tamadun, kemajuan sistem pertanian, sistem penulisan dan aktiviti kemasyarakatan.

Sains dan teknologi adalah lapangan di mana kreativiti manusia menemui maksud

utama ekspresinya. Walau bagaimanapun, di kebanyakan negara di dunia ini, sains

tidak diajar secara imaginatif. Situasi tersebut bolehlah dijelaskan sebagai kita

Page 22: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

5

mengajar subjek sains walaupun ia mengandungi fakta-fakta sejarah atau sains politik.

Demikianlah kekuatan sains itu dipincangkan dalam proses tersebut.

Menurut Sandhu (1982) lagi, seorang pencinta sains, Jawaharlal Nehru telah

menyatakan bahawa “Sains bukanlah sesuatu yang hanya melihat kepada tabung uji

dengan mencampurkan itu dan ini seterusnya menghasilkan bahan yang kecil atau

besar. Sains sebenarnya adalah satu cara melatih minda dan segenap aspek kehidupan

mengikut cara dan kaedah sains”. Oleh itu, bagi memastikan kekuatan sains wujud

dalam kebebasan berfikir, ketidak pastian dan persekitaran yang tidak terlalu mengikut

arahan dan kuasa tertentu, adalah berbaloi bagi kita menghargainya jika kita dapat

meletakkan arahan-arahan sains tersebut di atas landasan kreativiti. Hal ini akan

menjadi satu khidmat yang berguna bagi mendisiplinkan sains.

Kebanyakan guru matematik memberi lebih penumpuan kepada proses

menghafal, mengingat kembali isi-isi kandungan dan berfikir secara logik dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik. Mereka kurang memberi penekanan terhadap

perkembangan berfikir secara kreatif yang diperlukan untuk membuat keputusan,

memahami dan menyelesaikan masalah matematik. Kemahiran berfikir dalam sains

sebenarnya telah lama dikaji dan didapati ia telah dapat meningkatkan prestasi pelajar

dalam matematik (Low, 1996).

Ho Pek Ching (2000) dalam kajiannya menyatakan bahawa guru yang kreatif

cenderung menggunakan kaedah penyelesaian masalah dalam pengajaran. Kaedah ini

dapat membentuk minda pelajar ke arah proses kreatif dan kognitif yang paling tinggi.

Guru yang kreatif juga menyediakan pelbagai situasi baru yang mencabar untuk

diterokai oleh pelajar dan menggalakkan pelajar memikirkan segala kemungkinan yang

boleh dihasilkan daripada situasi tersebut.

Page 23: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

6

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kreativiti amat penting bagi guru-guru

sains dan matematik dalam sistem pendidikan negara yang semakin mencabar. Sebagai

sebuah negara yang bergerak ke arah negara industri dan bagi memenuhi aspirasi negara

ke arah mencapai matlamat wawasan 2020, kita tidak seharusnya ketinggalan dengan

hanya menjadi pengguna teknologi yang dihasilkan sahaja tetapi kita juga perlu

memberi sumbangan kepada tamadun sains dan teknologi itu sendiri. Cita-cita ini tidak

akan dapat kita capai sekiranya minda dan pemikiran kita tidak bebas dan hanya

terbatas kepada pemikiran tradisi. Di sinilah pentingnya kreativiti yang mampu melatih

dan mengasah minda. Pendek kata, kajian ini direka bagi memastikan guru-guru di

negara ini sedar tentang pentingnya kreativiti, supaya mereka mampu melahirkan

pelajar-pelajar yang juga kreatif dan boleh menjadi pewaris agama, bangsa dan negara

yang sempurna mental, fizikal dan emosi.

1.3 Pernyataan Masalah

Di sini dapat kita lihat bahawa permasalahannya sekarang ialah kaedah

pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik sama ada di makmal atau di bilik

darjah di sekolah-sekolah menengah hanya menekankan pelajar supaya belajar

mengikut apa yang disampaikan bulat-bulat oleh guru. Jika hal ini berterusan, matlamat

asas pendidikan yang mahu menghasilkan pelajar yang mampu menghasilkan benda

baru, kreatif, inventif dan penemu tidak dapat dicapai.

Guru-guru dilihat seringkali terikut-ikut kaedah pengajaran tradisi dan yang

terkandung di dalam sukatan pelajaran ataupun buku teks sahaja. Guru-guru juga

seolah-olah tertutup mindanya dan takut untuk menyuarakan sesuatu idea atau pendapat

Page 24: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

7

mereka sendiri. Ini membuatkan tahap kreativiti guru-guru sains dan matematik di

sekolah menengah diragui kerana ianya tidak diperlihatkan ketika mereka mengajar di

dalam makmal mahupun di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, dapatlah

disimpulkan bahawa disebabkan masalah-masalah seperti yang telah dinyatakan di atas,

maka objektif atau tujuan kajian seperti yang dinyatakan di bahagian 1.4 di bawah ini

ditentukan.

1.4 Objektif / Tujuan Kajian

Kajian ini direka dan dilaksanakan bertujuan melihat sejauh mana kreativiti

guru-guru sains dan matematik di sekolah menengah. Kajian ini juga membandingkan

kreativiti antara guru-guru sains dan matematik dengan guru-guru bukan sains dan

matematik yang dipilih.

Secara khususnya, objektif kajian ini ialah :

i) mengkaji kreativiti guru-guru sains dan matematik sekolah menengah.

ii) melihat sama ada kreativiti guru sains dan matematik yang dikaji itu

berbeza dengan guru bukan sains dan matematik.

Page 25: NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat

8

1.5 Persoalan Kajian

i) sejauh manakah kreativiti guru-guru sains dan matematik sekolah

menengah?

ii) adakah tahap kreativiti guru-guru sains dan matematik dengan guru-

guru bukan sains dan matematik yang dikaji itu berbeza?