masyarakat cina dan negara bangsa

27
1 MASYARAKAT CINA DALAM PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA 1946-1976 Siew Chang Yee dan Prof. Dato’ Dr. Nik Anuar Nik Mahmud Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi ABSTRAK  Dari sudut pensejarahan, penglibatan masyarakat Cina dalam pembentukan negara bangsa Malaysia agak tenggelam. Orang Cina berada dalam keadaan dilemma apabila bernekad untuk meninggalkan negara asal dan berhijrah ke Tanah Melayu yang begitu asing bagi mereka . Sebaga i golo ngan imigran, mereka tidak memiliki sebarang kuasa politik mahupun taraf kerakyatan yang dapat menjamin kedudukan mereka di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, dasar British yang pasif dan mengganggap orang Cina sebagai golongan imigran dan ti dak memi li ki sebarang hak poli ti k ini turut membantutkan perkembangan poli ti k masyar akat di Ta nah Melayu. Br it ish di li hat leb ih selesa untuk mengamalk an da sar   berkenaan yang sesuai dengan kehendak orang melayu dan juga peranan British sebagai  pe lin dun g bagi ora ng Melayu. Ia dap at dilihat dal am kenya taa n Sir Shenton Thomas, Gabenor Neg eri -Nege ri Selat yang menolak tunt ut an orang buka n Me lay u de ngan menyatakan ‘This is the sixth country in which I have serve, and I do not know of any country in which what I might call a foreigner, not a native of the country…has ever been appointed to administrative post and I consider that I shall be right in saying now that I would support no such proposal here’ ( Khasnor Johan, 1984 ). Ketika menjelang kemerdekaaan negara  pa da 31 Ogos 195 7, mas a had apa n ora ng Cin a mas ih ter umb ang -amb ing dan ia han ya  bergantung kepada hasil rundingan UMNO-MCA. Walaupun MCA berjaya memperjuangkan hak kerakyatan bagi orang Cina tetapi isu-isu pendidikan dan kedudukan bahasa Mandarin gagal ditangani dengan sempurna dan ia mencetuskan perasaan tidak puas hati orang Cina dan seterusnya menc etuskan kr isis dalam MCA. Keme lut masyara kat Ci na dalam  pembentukan negara bangsa berterusan sehingga pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Kemasu kan Sin gap ura mel etak kan ora ng Cina di per simpangan sama ada unt uk menyokong perang psikologi PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang mencabar kedudukan orang Melayu ataupun terus bersama dengan MCA yang mengakui hak serta keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Penyingkiran Singapura dari Malaysia gagal memadamkan api perkauman yang membara dan klimaks semasa Pilihan Raya Umum 1969 yang menyaksikan tercetusnya tragedi 13 Mei yang membawa kepada  pe rga duhan kau m dan seterusny a men gub ah senario pol itik neg ara. Peru bah an puc uk kepimpinan negara telah membawa kepada terbentuknya satu Malaysia baru. Di mana ia menyaksikan kemerosotan pengaruh politik masyarakat Cina dan kemunculan hegemoni dan ketuanan Melayu dalam politik negara.

Upload: siew-chang-yee

Post on 09-Apr-2018

269 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 1/27

1

MASYARAKAT CINA DALAM PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA 1946-1976

Siew Chang Yee dan Prof. Dato’ Dr. Nik Anuar Nik Mahmud

Institut Alam dan Tamadun Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia

Bangi

ABSTRAK  

Dari sudut pensejarahan, penglibatan masyarakat Cina dalam pembentukan negara bangsa

Malaysia agak tenggelam. Orang Cina berada dalam keadaan dilemma apabila bernekad

untuk meninggalkan negara asal dan berhijrah ke Tanah Melayu yang begitu asing bagi

mereka. Sebagai golongan imigran, mereka tidak memiliki sebarang kuasa politik mahupun

taraf kerakyatan yang dapat menjamin kedudukan mereka di Tanah Melayu. Pada masa yang

sama, dasar British yang pasif dan mengganggap orang Cina sebagai golongan imigran dan

tidak memiliki sebarang hak politik ini turut membantutkan perkembangan politik 

masyarakat di Tanah Melayu. British dilihat lebih selesa untuk mengamalkan dasar 

  berkenaan yang sesuai dengan kehendak orang melayu dan juga peranan British sebagai

  pelindung bagi orang Melayu. Ia dapat dilihat dalam kenyataan Sir Shenton Thomas,

Gabenor Negeri-Negeri Selat yang menolak tuntutan orang bukan Melayu dengan

menyatakan ‘This is the sixth country in which I have serve, and I do not know of any country

in which what I might call a foreigner, not a native of the country…has ever been appointed to administrative post and I consider that I shall be right in saying now that I would support 

no such proposal here’  ( Khasnor Johan, 1984 ). Ketika menjelang kemerdekaaan negara

  pada 31 Ogos 1957, masa hadapan orang Cina masih terumbang-ambing dan ia hanya

 bergantung kepada hasil rundingan UMNO-MCA. Walaupun MCA berjaya memperjuangkan

hak kerakyatan bagi orang Cina tetapi isu-isu pendidikan dan kedudukan bahasa Mandarin

gagal ditangani dengan sempurna dan ia mencetuskan perasaan tidak puas hati orang Cina

dan seterusnya mencetuskan krisis dalam MCA. Kemelut masyarakat Cina dalam

 pembentukan negara bangsa berterusan sehingga pembentukan Malaysia pada 16 September 

1963. Kemasukan Singapura meletakkan orang Cina di persimpangan sama ada untuk 

menyokong perang psikologi PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang mencabar kedudukan orang

Melayu ataupun terus bersama dengan MCA yang mengakui hak serta keistimewaan orangMelayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Penyingkiran Singapura dari

Malaysia gagal memadamkan api perkauman yang membara dan klimaks semasa Pilihan

Raya Umum 1969 yang menyaksikan tercetusnya tragedi 13 Mei yang membawa kepada

  pergaduhan kaum dan seterusnya mengubah senario politik negara. Perubahan pucuk 

kepimpinan negara telah membawa kepada terbentuknya satu Malaysia baru. Di mana ia

menyaksikan kemerosotan pengaruh politik masyarakat Cina dan kemunculan hegemoni dan

ketuanan Melayu dalam politik negara.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 2/27

2

2.1 PENGENALAN

Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah. Idea

terhadap negara bangsa tercetus pada penghujung abad ke-18 dan 19. Beberapa siri revolusidan peperangan yang tercetus misalnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan

Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789 telah membawa kepada kesedaran tentang hak 

rakyat, kerajaan berperlembagaan dan seterusnya menjurus ke arah negara bangsa yang turut

dikenali sebagai ‘nation state.’ Ia membawa kepada pembentukan negara moden mengikut

sempadan rumpun bangsa yang menggantikan negara feudal. Satu deklarasi tentang negara

 bangsa telah dicapai di Perancis dalam Persidangan Damai Paris menerusi Deklarasi Empat

Belas Perkara Woodrow Wilson yang mencapai kata sepakat terhadap prinsip negara dan

  bangsa iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara

 berasaskan bangsa.

Menurut Smith, pembentukan negara bangsa meliputi dua elemen yang penting iaitu

  pembentukan negara dan pembentukan bangsa. Dalam usaha membentuk sebuah negara

  bangsa, aspek-aspek seperti struktur politik, sistem politik, sistem ekonomi, soal-soal

 pentadbiran, penetapan sempadan serta kawasan di bawah lingkungan kuasanya, pertahanan

serta keselamatan dalan negara perlu diberi keutamaan.1 Manakala dalam proses membina

 bangsa, satu titik persamaan perlu dicari dalam aspek kerakyatan, budaya kebangsaan, bahasa

dan pendidikan perlu diusahakan agar negara bangsa yang dibina itu memenuhi aspirasi serta

kehendak semua rakyatnya. Mahadzhir Mohd Khir dalam penulisannya ‘Gerakan

Kebangsaan dan Proses Pembentukan Negara: Bangsa Malaysia’ sependapat dengan idea

Smith tentang konsep negara bangsa yang dikatakan terbahagi kepada dua istilah iaitu nation-

  building dan state-building.2 State-building bermaksud pembentukan pemerintah atau

kerajaan. Proses itu melibatkan bagaimana organisasi pemerintah dapat dibentuk sehinggadiperlihatkan sebagai jentera yang dapat menguasai anggota masyarakat di dalam satu-satu

kawasan tertentu. Manakala nation-building pula, dilihat dari golongan yang diperintah.

Golongan ini dapat menzahirkan ketaatan kepada pemerintah dan mempraktikkan budaya

sepunya dan dapat mewujudkan satu identiti dalan sesebuah negara.

1 Graham Smith, Nation-State dalam R. J. Johnston( ed. ) et al. , The Dictionary of Human Geography, Blackwell, Oxford, 2000, hlm. 534-535.

2

Mahadzir Mohd. Khir, Gerakan Kebangsaan dan Proses Pembenntukan Negara:Bangsa Malaysia dalam Abdul Latif Abu Bakar ( pngr. ) Melaka dan Arus GerakanKebangsaan Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 200.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 3/27

3

Dalam membicarakan proses pembentukan negara bangsa, takrifan terhadap bangsa,

negara dan nasionalisma perlu diberi penelitian yang sewajarnya. Konsep bangsa atau nation

membawa kepada beberapa pengertian yang berbeza. Di England ia membawa maksud kelas

manakala di Amerika Syarikat ia merujuk kepada negeri.3 Namun begitu, pada dasarnya

 pengertian bangsa di Barat melihat kepada kemajuan satu masyarakat mahupun rakyat yang

terikat bersama dalam satu perasaan persatuan, berkongsi kebudayaan, identiti dan

mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah satu bangsa yang tersendiri.4

Konsep pembentukan negara bangsa mempunyai dua kriteria utama iaitu integrasi

saikologikal di mana terdapat persetujuan tentang nilai-nilai politik dan sosial yang dominan

seperti satu bahasa sepunya, satu ekonomi kolektif dan satu sifat kolektif dan sebagainya

untuk pembentukan identiti nasional. Selain itu,ia turut melibatkan integrasi fisikal seperti

mempunyai kewilayahan yang tertentu dan mempunyai komuniti yang stabil dan

kesinambungan dari segi sejarahnya.5  Ia diperjelaskan oleh Kamaruddin M. Said ( 1991)

yang berpendapat negara bangsa hanya terbentuk apabila warganya telah merasakan bahawa

mereka mempunyai dan mempertahankan segala jiwa raganya kebangsaannya dan identiti

kolektifnya. Kewujudan sesuatu bangsa itu boleh dianggap sebagai satu proses pembinaan

warga kebangsaannya secara total dan berterusan. Oleh yang demikian, teras pembinaan

negara bangsa itu didorong oleh sikap sejarah kebangsaan masyarakat tersebut yang

 berkongsi emosi serta satu aspirasi yang seragam dan membina demi kepentingan negara

 bangsanya secara eksklusif.6

Proses pembinaan negara dan bangsa di negara kita berasaskan kepada empat ciri

utama iaitu negara, kerajaan, bangsa dan perlembagaan. Negara merujuk kepada wilayah

yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah. Manakala kerajaan pula merupakan

institusi yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.

3 Hugh Seton-Watson, Nation and States: An Inquiry Into the Origins of Nation and the Politics of  Nationalism, Methuen, London, 1977, hlm. 1-5.

4 Ibid. 5 Kedua-dua kriteria merupakan kombinasi dua tafsiran iaitu Robert E. Scott,

Nation-Building in Latin America, dipetik dari Nation-Building, Karl W. Duetsch andWilliam J. Foltz (eds. ), Atherton Press, USA, 1966, hlm. 74-77 dan Hood Salleh , et al.(pnyt.), Wawasan 2020 dan Pembinaan Bangsa Malaysia, Jabatan Antropologi dan

Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1991, hlm. 30-32.6 Hood Salleh, et al. (pnyt.), Wawasan 2020 dan Pembinaan Bangsa Malaysia,hlm. 30-32.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 4/27

4

Kerajaan turut berperanan sebagai badan pengaman dan penentu daya kehidupan masyarakat

sesebuah negara. Bangsa dikaitkan dengan sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah

wilayah dan mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman

sejarah. Perlembagaan yang merupakan peraturan bertulis yang tertinggi menjadi rujukan

utama dalam pentadbiran negara dan matlamat perlembagaan adalah menjamin hak serta

keselamatan kepada semua rakyat di negara kita.

Dalam perbahasan mengenai negara bangsa dan bangsa Malaysia ia masih

diselubungi dengan pelbagai perspektif yang masih kabur dan bercelaru.7 Ada pihak yang

melihat bangsa daripada kaca mata yang agak legalistik dengan mengaitkannya dengan

konsep ‘warganegara’. Selain itu, ada juga yang melihatnya sebagai ‘ras’ iaitu satu konsep

  berdasarkan keturunan darah. Malah ada yang menyamakan bangsa dengan kaum tetapi

  pandangan tersebut sukar diterima dalam konteks negara kita memandangkan wujudnya

 pelbagai etnik yang berbeza sedangkan kaum merujuk kepada satu etnik yang berkongsi ciri-

ciri fizikal dan juga pewarisan budaya yang sama.8 Menurut Abdul Rahman Embong ( 2006 )

memandangkan kecelaruan dalam memberi satu takrifan yang tepat dan bermakna kepada

konsep negara bangsa di negara kita maka penggunaan istilah nasion yang berakar umbi

daripada istilah nasionalis dan nasionalisme wajar diguna pakai.9 Justeru itu titik tolak kepada

 perkembangan nasionalisme yang bercorak Malayan perlu diberi penekanan dalam usaha

untuk mengkaji proses pembentukan negara bangsa di Malaysia.

Proses nasionalisme di negara kita berkembang dengan pesat selepas Perang Dunia

Kedua dan pemusatan tumpuan kaum imigran terhadap perkembangan politik di Tanah

Melayu telah merancakkan perkembangan nasionalisme berkenaan. Cheah Boon Kheng

( 1985 ) berpendapat gabungan Putera- AMCJA pada tahun 1947 sebagai asas kepada

  pembentukan negara bangsa Malaysia. Di mana ia menyaksikan lahirnya sebuahnasionalisme baru yang berjaya keluar yang bayangan perkauman dan bersifat nasionalisme

Malaya.10 Kerjasama tersebut telah membentuk satu kerjasama antara kaum yang pertama

yang menjadi asas kepada hubungan Sino-Melayu yang lebih kukuh. Gabungan Putera-

AMCJA yang menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengusulkan

7 Abdul Rahman Embong, Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan, PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, edisi 2, 2006, hlm. 21.

8 Ibid.9 Ibid , hlm. 21-22.10

Putera merujuk kepada Pusat Tenaga Rakyat pimpinan Ahmad Boestamanmerupakan sebuah parti haluan kiri Melayu manakala AMCJA pula singkatan bagi Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya pimpinan Tun Tan Cheng Lock.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 5/27

5

satu cadangan perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat. Ia terdiri daripada

10 prinsip telah diluluskan pada April tahun 1947 dan telah menampilkan konsep bangsa iaitu

 bangsa Malaya. Ia memberi pengiktirafan kepada semua kaum yang mengaku Tanah Melayu

sebagai tanah airnya serta menunjukkan taat setia terhadapnya.11 Pada masa yang sama, ia

turut perjuangkan persamaan bagi semua kaum walaupun mengakui perlunya perhatian khas

diberikan kepada orang Melayu.

 Namun begitu, British enggan berunding mahupun mengiktiraf kerjasama AMCJA-

PUTERA yang didalangi oleh Parti Komunis Malaya. Pada masa yang sama, kompromi

AMCJA yang menerima cadangan supaya istilah ‘Melayu’ diterima sebagai satu bentuk 

kerakyatan untuk semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira etnik juga mendapat

kritikan daripada masyarakat Cina yang menganggap langkah berkenaan bakal mengikis

identiti mereka.12 Ia dapat dilihat dalam surat Tan Cheng Lock kepada pengerusi AMCJA,

Gerald de Cruz yang bertarikh 7 Oktober ‘ Orang Cina telah marah kerana saya dianggap

sebagai terlalu pro-Melayu dengan menggunakan perkataan Melayu.’13

  Namun begitu, James Ongkili dalam penulisannya ‘The British and Malaya

 Nationalism, 1946-1957’ menyifatkan nasionalisme Malaya yang tercetus selepas Perang

Dunia Kedua adalah kesinambungan daripada nasionalisme orang Melayu 1946.14 

Pengalaman pahit semasa pendudukan Jepun serta insiden keganasan empat belas hari

selepas penyerahan kalah Jepun telah menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu.

Mereka telah bersatu di dalam UMNO, pucuk kepimpinan Dato Onn Jaafar bagi menentang

Malayan Union bagi mempertahankan kepentingan serta hak mereka. Tindakan agresif orang

Melayu turut menjadi penggerak kepada golongan imigran dalam usaha pertahankan hak 

serta menuntut pengiktirafan yang sewajarnya daripada British. Ini seterusnya membawa

kepada kemunculan parti-parti politik yang berlandaskan perkauman seperti MIC dan MCA.Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang dilaksanakan pada Februari 1948 dan

kemerdekaan Tanah Melayu menjelang 31 Ogos 1957 telah merancakkan lagi usaha ke arah

 pembentukan negara bangsa. Permuafakatan politik yang terbentuk antara UMNO – MCA – 

11 James P. Ongkili, Nation-Building In Malaysia 1946-1974, Oxford UniversityPress, Singapura, 1985, hlm. 63.

12 AMCJA telah mencadangkan nama Malayan tetapi telah ditolak oleh PUTERA.13 Cheah Boon Kheng,   Asal Usul dan Asas Nasionalisme Malaya dalam R.

Suntharalingam dan Abdul Haji Ismail (peny.), Nasionalisme: Satu Tinjauan Sejarah,

Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985, hlm. 103.14 James P. Ongkili, The  British and Malaya Nationalism  1946-1957. Jebat bil. 1,1971-1972,

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 6/27

6

MIC bukan sekadar mempercepatkan lagi proses kemerdekaan tetapi telah berjaya

membentuk satu gandingan yang mantap dan seterusnya menerajui negara ke satu dimensi

 politik yang baru.

2.2 PROSES PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI MALAYSIA

Walaupun proses pembinaan negara bangsa di Malaysia bermula selepas perang dunia kedua,

namun begitu asas terhadap pembinaan negara bangsa tersebut dikatakan terbentuk sejak 

Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia dapat dibuktikan menerusi Sejarah Melayu hasil karya

Tun Seri Lanang yang merupakan dokumen sejarah peradaban dan peraturan kebangsaan

kerajaan berkenaan. Di mana Kesultanan Melaka mempunyai masyarakat Melayu yang

tersusun. Di samping itu, ia juga mempunyai sistem pentadbiran dan politik yang tersendiri.

Era kegemilangannya pada abad ke-15 ternyata meninggalkan kesan dan warisan sosiopolitik 

dalam sistem pemerintahan negara. Pandangan demikian disetujui oleh para pengkaji sejarah

negara yang melihat bahawa pemilihan budaya Melayu sebagai teras dalam pembentukan

negara bangsa Malaysia adalah satu langkah yang tepat.15Ia bersandarkan kepada justifikasi

sejarah dan pencapaian orang Melayu itu sendiri. Selain itu, pada prinsipnya sama ada darisegi teori, politik, sejarah mahupun kemasyarakatan, ia ketara menunjukkan bahawa rantau

ini adalah milik rumpun Melayu.

Kehadiran kuasa imperialisme di negara kita pada abad ke-18 telah mengubah konsep

negara bangsa tradisonal kepada negara bangsa moden yang ditunjangi oleh kuasa Barat.

Penjajahan British telah membawa kepada konsep negeri yang menggantikan konsep

kerajaan dan pada masa yang sama menetapkan sempadan bagi setiap negeri. Penstrukturan

semula pentadbiran di Tanah Melayu menyaksikan kemunculan sistem pentabdiran moden

Barat yang seterusnya mengubah senario politik negara. British telah bertindak 

menggabungkan negeri-negeri Melayu dalam tiga pentadbiran yang berbeza dalam usahanya

15 Musafir Kelana dan Mohaspa Mohd. Hassan, Penggunaan Kuasa DalamPembentukan Negara Bangsa Di Malaysia dalam Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman,

Mohd Bin Samsudun dan Kamaruzaman Yussoff, ( pnyt. ) Sejarah dan ProsesPemantapan Negara-Bangsa, Kongres Sejarah Malaysia Kedua, Jilid II. Persatuan SejarahMalaysia. Kuala Lumpur, ( tahun ), hlm. 606.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 7/27

7

untuk terus menguasai negeri-negeri Melayu.16 Usaha British dalam memperkukuhkan

kuasanya di Tanah Melayu diteruskan dengan pelaksanaan langkah desentralisasi yang

mengagihkan kuasa pusat secara berperingkat. Sir Cecil Clementi Smith yang menjadi

Pesuruhjaya Tinggi British pada tahun 1930 mempunyai agenda untuk menjadikan Tanah

Melayu sebuah negara yang bersatu. Dasar Pengagihan kuasa pusat dijadikan daya penarik 

kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersatu untuk bergabung dengan Negeri-negeri Selat

dan Negeri-negeri Melayu Bersatu. Walau bagaimanapun, desentralisasi itu tidak dapat

dilaksanakan sepenuhnya akibat tercetusnya Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di

Tanah Melayu pada tahun 1941.

Perang Dunia Kedua ( 1942-1945 ) membawa kepada satu perubahan yang besar 

dalam senario politik di Tanah Melayu. British telah bertekad untuk mengubah dasarnya

terhadap Tanah Melayu dan usaha tersebut membayangkan hasratnya untuk menghapuskan

konsep Tanah Melayu sebagai sebuah negeri Melayu disamping menarik balik keisitimewaan

serta kedaulatan sultan serta Melayu. Ia membawa kepada satu dasar baru iaitu Tanah Melayu

untuk orang Malaya dan bakal memberi banyak maafaat kepada orang bukan Melayu yang

dipinggirkan selama ini.17 Usaha ini dilihat bertujuan untuk membentuk satu bangsa Malayan

yang bersatu dan mengiktiraf sumbangan golongan imigran dalam pembangunan Tanah

Melayu khususnya dalam sektor perlombongan dan perladangan yang menjadi penyumbang

utama dalam ekonomi Tanah Melayu.

Pada masa yang sama, ia turut bertujuan untuk mendapatkan sokongan kaum pendatang serta

menumpukan taat setia mereka terhadap negara ini. Namun begitu, usaha Britsh menerusi

Malayan Union tersebut ternyata menemui kegagalan.

Pengumuman kertas putih Malayan Union pada 22 Januari 1946 telah mencetuskan

suasana panik di kalangan orang Melayu yang bimbangkan penguasaan serta dominasi orang

Cina terhadap Tanah Melayu. Albert Lau ( 1991) menggambarkan situasi orang Melayu pada

ketika itu seolah-olah ‘ satu kejutan elektrik’ dan kenyataan itu jelas tidak dapat diterima oleh

16 British mewujudkan Negeri Selat yang menggabungkan Pulau Pinang, Melakadan Singapura. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula terdiri daripada Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang, manakala Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutumelibatkan Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

17 Oong Hak Ching, Simposium Zaman Peperangan Dunia Kedua di Tanah Melayu:

Pengubalan Dasar British Terhadap Tanah Melayu: Dari Konsep Tanah Melayu Untuk Orang Melayu Kepada Tanah Melayu Untuk   Orang Malaya,1942-1945, UniversitiKebangsaan Malaysia, Bangi, 25-26 Oktober 1995, hlm. 1.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 8/27

8

orang Melayu berasaskan beberapa pertimbangan yang utama iaitu penghapusan kuasa serta

kedaulatan raja Melayu serta terhakisnya ketamadunan serta budaya orang Melayu akibat

daripada dasar kerakyatan yang berasaskan prinsip ‘ jus soli.’ Perasaan mereka terpapar dalam

hampir ke semua akhbar Melayu yang membidas Malayan Union yang dianggap merampas

hak serta menghapuskan ketuanan Melayu di bumi mereka sendiri. Utusan Melayu misalnya

 pada 12 Oktober 1945 mencatatkan:

“… dari pandangan sepintas lalu dapatlah diketahui bahawa cadangan Malayan Union

itu menguntungkan orang-orang bukan Melayu. Hal ini amat mencemaskan fikiran

dan perasaan orang Melayu mengenai hari depan mereka.”18 

Manakala Majlis pula dalam ulasannya tentang Malayan Union telah menggesa orang

Melayu untuk bangun menentang Malayan Union dengan menekankan kesefahaman dan

kerjasama orang Melayu. Mereka perlu bersatu untuk menumbangkan Malayan Union dan

 berusaha untuk mendirikan sebuah kerajaan sendiri yang ditadbir oleh anak-anak tempatan.19 

Akhbar tersebut juga mendakwa sesiapa yang tidak berkabung bererti menyokong Malayan

Union dan mereka tidak akan diakui sebagai orang Melayu.20 Penentangan orang Melayu

yang berterusan serta sokongan daripada kaum imgran yang dingin terhadap Malayan Union

memaksa British untuk mengubah semula dasarnya kepada konsep Tanah Melayu untuk 

orang Melayu dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 yang

dilihat sebagai asas kepada terbentuknya sebuah negeri Melayu ( Malay State ).

British telah menggunakan semula polisi ‘pro-Melayu’ dalam usaha mengelakkan

 penentangan daripada orang Melayu. Hak serta kedudukan orang Melayu dikembalikan

seperti sebelum perang dan hak kerakyatan untuk kaum imigran diperketatkan semula.

Proses pembentukan negara bangsa semakin rancak menjelang era pasca

kemerdekaan. British meletakkan syarat perpaduan dan kerjasama antara kaum sebagai asas

 pertimbangannya dalam memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu telah mendorong

wujudnya kerjasama antara kaum menerusi parti-parti politik yang ditubuhkan. Kerjasama

tersebut membawa kepada terbentuknya Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA

dan MIC. Kesinambungan dalam pembentukan negara bangsa dengan kelahiran Malaya atau

lebih dikenali Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 berjaya diperkukuhkan lagi dengan

18

 Utusan Melayu, 12 Oktober 1945.19 Majlis, 3 April 1946.20 Ibid , 4 April 1949.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 9/27

9

 pembentukan Malaysia. Ia merupakan hasil daripada penggabunggan wilayah antara Tanah

Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada September 1963. Namun begitu, ketegangan

hubungan Malaysia dengan Indonesia dan Filipina serta penyingkiran Singapura dari

Malaysia sedikit sebanyak dilihat merencatkan proses pembentukan negara bangsa.

Persoalan negara bangsa dan bangsa Malaysia sekali lagi menarik perhatian pelbagai

  pihak selepas mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad

mengemukakannya pada tahun 1991. Dalam ulasannya terhadap Wawasan 2020, beliau

menegaskan bahawa dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun

2020, kita perlu berusaha ke arah membentuk sebuah masyarakat yang liberal dan bertolak 

ansur tetapi pada masa yang sama bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan pegangan

agama masing-masing. Walaupun begitu, rakyat Malaysia perlu meletakkan kesetiaan yang

tidak berbelah bagi kepada negara. Dalam mengulas aspek ekonomi pula, Tun Dr. Mahathir 

menganggap orang bukan Melayu sebagai rakan kongsi kepada orang Melayu dalam usaha

menjelma Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berdaya saing menjelang tahun

2020.21 Di samping itu, beliau turut menggambarkan satu bentuk kerjasama antara kaum yang

dilakukan dengan ikhlas dan adil berdasarkan perkongsian bersama satu matlamat tanpa

mengambil kira kaum demi manfaat bersama. Namun begitu, pada 29 September 2001,

 beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tindakan tersebut dilihat

 bertentangan dengan aspirasinya semasa memperkenalkan Wawasan 2020. Di mana ramai

yang beranggapan Malaysia yang wujud hari ini harus berlandaskan kepada konsep

kepelbagaian etnik  ( multi-ethic ) dan kepelbagaian budaya mahupun agama sepatutnya

diterima sebagai satu keunikan bukannya penghalang kepada perpaduan negara. Lantaran itu,

sebarang usaha unuk mewujudkan senario homogenenous yang membawa kepada asimilasi

 budaya etnik minoriti bukan sahaja akan menemui kegagalan malahan ia mampu membawa

kepada konflik dan perpecahan dalam negara. Ia diperjelaskan oleh Cheah Boon Kheng

( 2005 ) dalam penulisannya ‘ Ethnicity in the Making of Malaysia’ yang berpendapat:

‘ Everywhere ethic pluralism rather than ethnic homogenous seems the norm. Yet nationalists try to create a homogenous nation or nation-state and very few succeed 

in doing so. Their goals remain imaginary, elusive and this process of nation building 

is dialectical. Every effort by nationalist leaders of a dominant ethnic majority, for instance, to integrate or assimilate other ethnic communities into their new ‘national’ 

21

Cheah Boon Kheng, Ethnicity in the Making of Malaysia, dalam Wang Gungwu,Nation Building: Five Southeast Asian Histories, Institute Of Southeast Asian Studies,Singapore, 2005, hlm. 93.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 10/27

10

 state meets or arouses ethnic antagonisms and highlights ethnic solidarities because

most communities wish to remain separate and autonomous. Such efforts onlyreinforce ethnic cleavage and sometimes foster inter-ethnic conflict’ 22

Usaha ke arah membentuk satu etnik yang homogenous dianggap oleh Cornelia Navarisebagai ‘fictional entity’ yang akan membawa kepada ‘ polity of homogenous ’ di mana alasan

untuk menyatukan masyarakat melalui unsur kebudayaan dan bahasa yang sama bakal

membawa kepada penguasaan satu-satu etnik khususnya yang majoriti terhadap etnik yang

lain.23 

Dalam ketidaktentuan politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang telah

 berlangsung pada Mac tahun 2009, retorik tentang negara bangsa muncul semula. Dalam

melihat senario tersebut, Kee Thuan Chye ( 2008 ) berpendapat ‘after four decades, since

1969, Malaysians finally woke up. As if from a spell, cast by the wizard called BN. The

 people woke up to the need for change and they were amazingly united in acting on that 

need. From north to south of the peninsula, they voted with their feet .’ Dalam situasi politik 

yang tidak menentu serta kerunduman ekonomi negara, Datuk Seri Najib mengambil alih

 pucuk kepimpinan negara pada 3 April 2009 dan beliau dilihat menjadi Perdana Menteri pada

waktu yang paling mencabar.

Walaupun terpaksa menghadapi ranjau yang penuh berliku dalam meneruskan

kesinambungan kuasa Barisan Nasional, Datuk Seri Najib tidak menoleh ke belakang sejak 

mengambil alih pucuk kepimpinan negara. Beliau memperkenalkan beberapa konsep dan

 pendekatan baru yang dijadikan falsafah dan garis panduan pentadbiran beliau dalam usaha

memenangi semula hati para pengundi dan mendapat semula kepercayaan rakyat jelata.

Kesungguhan beliau dapat dilihat dalam perutusannya sewaktu mengangkat sumpah jawatan

sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada 3 April 2009. Beliau menyeru rakyat

melaksanakan transformasi besar-besaran atas semangat ‘Satu Malaysia’ dengan penekanan

terhadap konsep ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’. Di mana menerusi

Gagasan Satu Malaysia ini, kerajaan akan mengiktiraf sumbangan setiap kaum dan berazam

untuk memastikan tiada mana-mana kaum yang akan terpinggir dalam arsu pembangunan

negara. Ini kerana Satu Malaysia menghargai dan menghormati identiti setiap kaum dan

menganggapnya sebagai satu aset. Lantaran itu, asas utama konsep Satu Malaysia ialah

keadilan untuk semua kaum dalam erti kata bahawa nasib semua kaum akan dibela tanpa

22Ibid , hlm. 95.23 Ibid.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 11/27

11

mengira kaum. Ini akan membolehkan semua kaum berkongsi aspirasi yang sama dan

kesetiaan yang serupa terhadap negara.24 

Konsep satu Malaysia dilihat sebagai satu kesinambungan daripada dua konsep yangdiperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu dalam agenda pembangunan negara. Datuk 

Seri Najib berkata, ia merupakan aspirasi beliau untuk menterjemahkan dan meneruskan

formula pentadbiran untuk mencapai status negara maju menerusi Wawasan 2020 yang

diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad. Di samping itu, beliau juga melahirkan hasrat

untuk melihat Malaysia terus maju dan berdaya saing selaras dengan impian Tun Abdullah

Ahmad Badawi yang berusaha menjadikan negara kita lebih cemerlang, gemilang dan

terbilang.25 Justeru itu, konsep Satu Malaysia harus mempunyai elemen-elemen seperti

 persefahaman, menghormati dan mempercayai satu sama lain di samping, nilai-nilai utama

yang lain seperti kesetiaan, integriti, meritokrasi, budaya kecemerlangan, sikap kegigihan,

merendah diri dan mengutamakan pendidikan.

Ia juga dilihat sebagai satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat

 berbilang kaum dan berteraskan beberapa nilai penting yang menjadi amalan setiap rakyat. Ia  bukanlah satu dasar yang terpisah daripada dasar kerajaan kerana ia bertindak sebagai

  pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada bagi menjamin kestabilan untuk mencapai

kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara.26 Kesungguhan Datuk 

Seri Najib dalam merealisasikan gagasan murni ini terbukti dalam kenyataannya di New

Straits Times pada 4 September 2009 yang menegaskan bahawa: We must reach out to the

many who may have been disaffected and left confused by political games, deceit and 

 showmanship.

Walaupun Gagasan Satu Malaysia mendatangkan sinar baru dalam pembentukan

negara bangsa di negara kita tetapi gagasan tersebut masih diselubungi dengan pelbagai

 persoalan yang sukar untuk disungkai. Penerimaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum

terhadap konsep tersebut berbeza-beza. Masyarakat Melayu terus berpegang kepada status

quo mereka menekankan pentingnya Gagasan Satu Malaysia berlandaskan perlembagaan

24

 Berita Harian, 7 Mei 2009.25 Ibid , 19 April 2009.26 Ibid , 7 Mei 2009.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 12/27

12

negara demi kesejahteraan bersama. Lantaran itu sebarang percubaan untuk merombak 

struktur sosial yang sedia ada dilihat sebagai satu usaha untuk mengikis hak orang Melayu

serta pribumi yang lain. Ketegasan orang Melayu dapat dilihat daripada pendapat beberapa

 pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) yang begitu lantang membidas tindakan segelintir pihak 

yang cuba untuk menyamakan Gagasan Satu Malaysia dengan idea Malaysian Malaysia.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( PERKASA ), Datuk Ibrahim Ali

 berpendapat bahawa Satu Malaysia tidak mengenepikan hak bumiputera serta orang Melayu

seperti yang termaktub dalam Artikel 153 yang terkandung dalam Perlembagaan

Persekutuan. Lantaran itu orang Melayu serta bumiputera yang mewakili 60% jumlah

  penduduk Malaysia sedia berhadapan dengan mana-mana pihak yang cuba mencemari

Gagasan Satu Malaysia yang menjaga kehormatan Perlembagaan Persekutuan.27

  ( UtusanMalaysia, 13 April 2009 ). Pendapat Datuk Ibrahim Ali turut dipersetujui oleh Presiden

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa ( Prowaris), Feris Oman yang berkata

Satu Malaysia adalah pendekatan Datuk Seri Najib untuk meneruskan dasar kerajaan Barisan

 Nasional seperti mengutamakan kedudukan agama Islam untuk orang Melayu serta menjaga

kepentingan orang Cina dan India dalam menghormati hak mereka serta kewujudan sekolah

vernakular.28 Oleh yang demikian, ramai penganalisis politik melihat konsep Satu Malaysia

tidak bertunjangkan soal perkauman mahupun membangkitkan persoalan kesamarataan

sehingga menafikan kepentingan pribumi. Ia sebenarnya merangkumi elemen-elemen yang

 penting dan jelas dalam usaha pembinaan negara bangsa dan berpaksikan kepada perpaduan

dan integrasi, kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara.

Dalam membicarakan persepsi masyarakat bukan Melayu pula, mereka dilihat lebih

ghairah ke arah penstrukturan semula politik, ekonomi dan sosial negara. Golongan tersebut

mengharapkan perubahan dalam aspek perkongsian kuasa dalam negara, pembahagian

kekayaan negara yang lebih saksama, kebebasan dalam bersuara serta mengembangkan

 bahasa serta sekolah vernakular. Harapan tersebut dijelmakan oleh kerajaan dalam beberapa

 perubahan dasar yang ternyata menguntungkan kaum bukan Melayu misalnya peningkatan

 pemberian biasiswa JPA kepada pelajar bukan bumiputera. Menurut perangkaan JPA, 924

 pelajar bukan bumiputera layak menerima biasiswa pada tahun 2009 dan ia merupakan

 peningkatan sebanyak 600% berbanding hanya 150 orang pada tahun 2000.29 Pada masa

27

 Utusan Malaysia, 13 April 2009.28 Ibid .29 Berita Harian, 17 Julai 2009.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 13/27

13

yang sama, Datuk Seri Najib turut mengumumkan pengenalan biasiswa baru menjelang tahun

2010 yang berlandaskan merit semata-mata dan ini membolehkan pelajar yang terbaik 

mendapat daripadanya tanpa mengira kaum dan keturunan. Dalam mengulas perkara tersebut,

Datuk Seri Najib menegaskan bahawa ‘ this would allow Malaysian’s best students to receive

aid to pursue higher studies and I believe this will be accepted well and it will allow each

individual a fair chance to realise his full potential’.30 Dalam usaha megiktiraf sumbangan

 bukan bumiputera, kerajaan telah menyadurkan bantuan kewangan kepada masyarakat India

di samping melibatkan komuniti tersebut dalam program NKRA yang mempunyai enam

objektif utama iaitu meluaskan akses pendidikan yang berkualiti, mengurangkan kadar 

  jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapat rendah,

memperkasa prasarana luar bandar serta menambah baik pengangkutan awam. Menerusi  program yang dijalankan menerusi NKRA dijangka kadar kemiskinan tegar di dalam

masyarakat dapat dikurangkan sehingga 2.8% menjelang penghujung tahun 2010 dan 2%

 pada tahun 2012.31 

 Namun begitu, kecenderungan masyarakat bukan bumiputera menyamakan konsep

Satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP telah menimbulkan

satu kecelaruan dalam masyarakat. Di mana idea Malaysian Malaysia yang memberi

  penekanan terhadap keadilan politik, ekonomi serta sosial tanpa mengira kaum, agama

mahupun bangsa ternyata bertentangan dengan semangat Satu Malaysia. Walaupun pada

dasarnya Malaysian Malaysia dilihat mempunyai niat yang baik tetapi cara perlaksanaan

ternyata tidak berlandaskan semangat perlembagaan sebaliknya berunsur perkauman. Ini

kerana idea Malaysian Malaysia secara terus terang mencabar perlembagaan negara dengan

menafikan hak serta kedudukan pribumi apabila ia bakal menghapuskan pemerintah beraja,

mempertikaikan kedudukan agama Islam dan mengancam keisitmewaan orang Melayu.

Langkah-langkah tersebut sudah pasti tidak dapat diterima oleh kaum pribumi kerana ia

 bukan sekadar menjejaskan survivaliti mereka malah bertentangan dengan pakatan murni

yang telah dipersetujui bersama lebih daripada 50 tahun yang lalu.

Pembentukan negara bangsa di Malaysia menghadapi pelbagai cabaran lantaran itu, ia

kerap dilihat sebagai satu retorik berbanding realiti. Di mana proses pembentukan negara

  bangsa kerap dihambat pelbagai persoalan yang sukar dirungkai dan membantutkan

30 STAR, 28 Jun 2009.31 Berita Harian 18 Disember 2009.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 14/27

14

 perkembangan negara bangsa. Persoalan-persoalan seperti apakah bentuk negara dan bangsa

yang sesuai dan pendekatan yang perlu diambil ke arah itu mencetuskan pelbagai konflik 

serta reaksi yang berbeza-beza. Kerajaan dilihat cenderung menggunakan pendekatan yang

  bersifat homogenous dan ia dilakukan menerusi dasar kebudayaan, pendidikan mahupun

ekonomi yang bertujuan untuk melahirkanwawasan satu bangsa, satu bahasa dan satu

 budaya. Namun begitu, pendekatan tersebut jelas mengundang perasaan kurang senang kaum

  bukan Melayu yang ingin terus mengekalkan indentiti masing-masing. Ia jelas kelihatan

dalam bantahan persatuan-persatuan Cina terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971

yang dilihat cenderung ke arah asimilasi dan mengenepikan kebudayaan serta peranan

masyarakat kaum bukan Melayu.

Dalam Memorandum Bersama Dasar Kebuadayaan Kebangsaan yang dikemukakan oleh

Persatuan-Persatuan Utama Cina pada 27 Mac 1983 di Pulau Pinang, ia berpendapat:

‘some chauvinist think that the only way to unite the various ethnic groups is through

one language and one culture. They also feel that many languages and culture will lead to disunity among the people. This thinking is obviously wrong. Economic, social 

and political factors are more important to the unity of a people or nation. In others

words, economic oppression, social injustice and political differences can make amono-lingual and mono-culture people or nation sink into deep internal strife’.32

Masyarakat Cina menolak Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang dilihat gagal

mengambil kira kepentingan semua kaum, mereka menggesa agar dasar tersebut dikaji

semula dan asas bagi dasar kebudayaan kebangsaan perlu selaras dengan hak asasi manusia

serta berlandaskan perlembagaan negara dan Rukun Negara. Pada masa yang sama, ia perlu

mengiktiraf kewujudan kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia. Ia penting kerana

kegagalan dalam mengiktiraf kebudayaan masyarakat minoriti bakal membawa kepada

ketidak adilan dalam ekonomi dan politik.

Dr Ting Chew Peh dalam penulisannya ‘The Problem of National Unity’ berpendapat

terdapat pelbagai isu yang menghalang perpaduan di kalangan rakyat dan ia dikenal pasti

sebagai punca kegagalan dalam pembentukan negara bangsa di Malaysia.33 Isu-isu tersebut

 boleh dirangkumkan dalam tiga kelompok utama. Pertama, wujudnya perasaan tidak puas

32   Joint Memorandum on National Culture by the Major Chinese Organisations of Malaysia, 1983, Lihat Kua Kia Soong, The Malaysian Civil Rights Movement, Strategic

Information Research Development, Petaling Jaya, 2005, hlm.115-125.33 Ling Liong Sik, et al., The  Future of Malaysian Chinese, MCA, Petaling Jaya,1988, hlm.131.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 15/27

15

hati masyarakat bukan Melayu terhadap beberapa dasar kerajaan yang didakwa bersifat berat

sebelah. Di mana ia seolah-olah meletakkan kaum lain di satu kelas yang lebih rendah

daripada orang Melayu. Ia jelas bercanggah dengan perlembagaan negara yang menekankan

  persamaan hak bagi semua warganegara tanpa diskriminasi terhadap mana-mana bangsa

mahupun agama. Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) misalnya dilihat terlalu memihak kepada

orang Melayu sehinggakan menjejaskan peluang ekonomi kaum bukan Melayu. Walaupun

Dasar Ekonomi Baru bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula

masyarakat dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi tetapi

 bantuan dalam pelbagai aspek ekonomi kepada kaum Melayu dan Bumiputera secara tidak 

langsung akan mempengaruhi kedudukan ekonomi masyarakat Cina. Ini mengakibatkan

  penentangan masyarakat Cina yang merasakan diri mereka terabai walaupun memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ekonomi negara. Ia diakui oleh Datuk Abdullah

Ahmad, ahli Parlimen Kok Lanas yang berpendapat masalah polarisasi kaum di Malaysia

  berpunca daripada hubungan yang kurang harmonis antara orang Melayu dengan bukan

Melayu.34 Ia disebabkan oleh keistimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu dalam

 perlembagaan negara di samping Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) yang membantu dalam

  penstrukturan semula masyarakat yang menjamin kedudukan yang lebih baik bagi kaum

 bumiputera.35 

Kedua, penekanan yang keterlaluan terhadap unsur-unsur perkauman dalam

 pengagihan kekayaan, pemberian biasiswa, peruntukan kewangan untuk pendidikan serta

 pengambilan kakitangan dalam sektor awam turut menghalang perpaduan kaum. Menurut

Kua Kia Soong ( 2002 ), ‘racism dan racial discrimination hane been part of Malaysian

 political, economic,social and culture realities ever since colonial times. Today, race has

been so deeply institutionalised that it is a key factor determining benefits from government 

development policies, bids for business contracts, education policy, sosial policy, cultural 

 policy, entry into education institutions, discounts for purchasing houses and other official 

 policies.36   Ini menyebabkan masyarakat bukan Melayu tidak berminat berkhidmat dalam

34 Abdullah Ahmad merupakan ahli Parlimen Kok Lanas Barisan Nasional danpernah ditahan di bawah Akta ISA pada tahun 1976 kerana disyaki bersubahat dalampenyebaran ideologi kominisme di kalangan orang Melayu.

35 Ucapan Datu Abdullah Ahmad di Institute of International Affairs Singapore, 30Ogos 1986, hlm.3.

36 Racism and Racial Discrimination in Malaysia, telah dibentangkan di World

Conference Against Racism and Racial Discrimination di Durban, 3 Septembr 2001. LihatKau Kia Soong, Malaysian Critical Issues, Strategic Information Research Development,Petaling Jaya, 2002, hlm.13-24.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 16/27

16

sektor awam kerana beranggapan mereka tidak berpeluang untuk menjawat jawatan tinggi

dan pada masa yang sama, diskriminasi yang berlaku bakal menyekat peluang mereka.

Justeru itu, masalah polarisasi kaum menjadi semakin serius dan kerajaan dilihat gagal

mengambil sebarang pendekatan yang proaktif untuk menanganinya.

Ketiga wujudnya segelintir anggota masyarakat yang enggan menerima realiti

wujudnya masyarakat majmuk di negara kita. Mereka masih terlalu berpegang kepada

semangat kenegerian serta pemikiran yang sempit. Ini diperburukkan lagi dengan budaya

  politik perkauman yang didukung oleh parti-parti politik dominan seperti UMNO, MCA

mahupun MIC. Walaupun parti-parti tersebut berjaya membentuk satu kerjasama yang utuh

tetapi ia masih gagal keluar dari bayangan perkauman. Hakikat ini diperakui oleh Dr Khoo

Kay Kim dalam temuramahnya dengan New Straits Times pada 22 September 2008. Beliau

 beranggapan banyak parti politik di negara kita mempermainkan sentiment perkauman kerana

ia merupakan cara yang terbaik dalam mendapatkan undi dari para pengundi dan kewujudan

senario itu merbahaya dan tidak sihat untuk perkembangan negara. Justeru itu, beliau

menggesa semua pihak untuk meninggalkan agenda masing-masing sebaliknya

mengutamakan kepentingan bersama sekiranya ingin melihat aspirasi terhadap negara bangsa

  benar-benar mencapai sasarannya. Ia perlu memandangkan ramai pihak yang sering

‘menangguk di air yang keruh’ dalam usaha memperoleh sesuatu kejayaan dan menyalahkan

orang lain atas sesuatu insiden. Ia diperjelaskan oleh Dr. Khoo Kay Kim ‘our existing history

books have wrong information about so many things, we are blaming the Brtish for 

everything but never looking at our oen faults. It was not the british that created the basis of 

our racial divide but the people themselves who wants to stay divided.’ 37 

Oleh yang demikian, ramai pihak yang melihat proses pembentukan negara bangsa di

Malaysia masih berterusan sehingga ke hari ini. Ini kerana kita masih teraba-raba dalammencari satu titik pertemuan yang mampu menyatukan kesemua kaum di Malaysia. Lantaran

itu proses pembinaan negara bangsa Malaysia masih belum ada hujung pangkalnya. Isu serta

retorik terhadap negara bangsa tidak pernah sunyi samada di arena politik mahupun

akademik. Kesukaran untuk membina satu negara bangsa yang bersatu dan mampu diterima

oleh semua kaum dikaitkan dengan dengan teori Benedict Anderson, seorang tokoh Sains

Politik melihat Wawasan 2020 sebagai ‘an imagined community’. 38 Di mana orang Melayu

37 New Straits Times, 22 September 2008.38 Benedict Anderson, Imaged Communities, Verso, London, 1983, hlm. 15-16.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 17/27

17

dan bukan Melayu dilihat mempunyai aspirasi serta penerimaan yang berbeza terhadap

Wawasan 2020. Ia seolah-olah dalam situasi ‘tidur sekatil, mimpi lain-lain’.

Majoriti orang Melayu mengidamkan sebuah ‘Malay Nation State’  yang eksklusif untuk orang Melayu dan didominasi oleh mereka.39 Ia bakal membawa kepada hegemoni

Melayu dalam aspek politk, ekonomi mahupun sosial. Manakala orang bukan Melayu pula

  perjuangkan kepelbagaian budaya mahupun etnik  ( multi ethnic ) yang mengharapkan

 pembentukan ‘Bangsa Malaysia’ mampu melahirkan satu dimensi baru dalam politik negara.

Lantaran itu, ia dilihat lebih ramai orang bukan Melayu yang menerima konsep ‘Bangsa

Malaysia’ Mereka melihat pembinaan negara bangsa sebagai satu perkembangan yang positif 

ke arah mengakui hak mereka sebagai warganegara yang mempunyai status yang sama. Ini

seterusnya akan membawa kepada pembinaan sebuah bangsa baru dengan meninggalkan

  perbezaan etnik yang sedia ada. Walaupun begitu, masih wujud kegelisihan di kalangan

masyarakat itu bahawa akan berlaku satu proses asimilasi yang bakal menghapuskan jati diri

mereka.

Situasi yang berbeza pula dilihat dalam penerimaan orang Melayu di mana mereka

menerima konsep negara bangsa dengan penuh prejudis. Ia diperjelaskan oleh Datuk Dr 

Zainal Kling yang menyatakan bahawa orang Melayu tidak pernah memikirkan konsep

  bangsa Malaysia kerana bagi mereka Malaysia adalah negara beraja dan semua orang

Malaysia adalah rakyat Malaysia kerana ada raja tanpa mengira sama ada Melayu, Cina,

India, Iban atau Kadazan, semua rakyat Malaysia.40 Malahan beliau turut berpendapat konsep

 bangsa Malaysia yang sering diperkatakan hari ini sudah mula dimasukkan unsur politik dan

 bukan lagi sekadar deskripsi umum di mana ia membawa maksud semua orang Malaysia

 perlu mempunyai persamaan hak, kedudukan agama dan layanan.41 

Masyarakat Melayu kerap mengaitkan negara bangsa dengan konsep ‘Malaysian-

Malaysia’ yang diilhamkan oleh Lee Kuan Yew dan diperjuangkan oleh Parti Tindakan

Demokratik ( DAP ) sehingga ke hari ini. Di mana asas perjuangannya yang menekankan

 persamaan hak politik, ekonomi serta sosial dikhuatiri akan mengancam kedudukan serta hak 

keistimewaan orang Melayu serta kaum bumiputera yang lain. Oleh itu, mereka menegaskan

konsep Bangsa Malaysia yang diusahakan itu dilihat perlu selari dengan perlembagaan

39 Cheah Boon Kheng, Ethnicity in the Making of Malaysia, dalam Wang Gungwu,

Nation Building: Five Southeast Asian Histories , hlm. 94.40 Berita Minggu, 12 November 2006.41Ibid .

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 18/27

18

negara yang mempunyai beberapa peruntukan khusus dalam melindungi status serta

kepentingan orang Melayu.42 Ini seterusnya membawa kepada cadangan bahawa

 pembentukan negara bangsa perlu selaras dengan perlembagaan negara yang secara jelas

memperuntukkan beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan ia seharusnya tidak boleh

dipertikai atau dipinda tanpa persetujuan 2/3 ahli parlimen serta perlu mendapat keizinan

Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara-Perkara yang termaktub dalam fasa 153 yang menyentuh

kedudukan serta kebesaran Raja-Raja Melayu, hak keisitmewaan orang Melayu, agama Islam

serta peranan Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan perlu dihormati.43 Ia penting bagi

memastikan asas pembentukan negara terpelihara dan tidak menimbulkan kegusaran dan

keresahan di kalangan rakyat jelata.

 

2.3 PENERIMAAN MASYARAKAT CINA TERHADAP NEGARA BANGSA

MALAYSIA

Pandangan serta penerimaan masyarakat Cina terhadap negara bangsa akan dibicarakan

dengan mengambil kira dasar serta perjuangan parti-parti orentasi Cina seperti MCA,

Gerakan dan DAP dalam usaha membentuk semua negara bangsa. Dasar kerajaan yang

  bertujuan untuk membentuk negara bangsa telah mendapat pandangan serta reaksi yang

  berbeza-beza daripada parti-parti berkenaan. Pandangan serta penerimaan parti-parti

 berorentasi masyarakat Cina tersebut terhadap negara bangsa Malaysia berbeza dengan

 persepsi kerajaan, di mana mereka lebih menekankan kepada aspek akomodasi dan integrasi

tanpa paksaan yang membolehkan identiti kaum yang beraneka dikekalkan.

DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian-Malaysia’ menekankan aspek 

 persamaan hak politik, ekonomi serta sosial tanpa mengira kaum. Ia melihat Malaysia sebagai

sebuah negara majmuk dan sebarang layanan istimewa kepada mana-mana kaum yang

memonopoli kepentingan ekonomi serta politik sebagai satu penindasan kepada kaum yang

42Datuk Dr Zainal Kling menegaskan perlembagaan negara tidak memberipersamaan mutlak. Ia dapat dilihat dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan dan bukan semua bahasa mendapat status tersebut. Begitu juga denganagama Islam dan hak orang melayu dalam aspek pendidikan, tanah dan lesen. Namunbegitu, ia tidak bermakna orang bukan Melayu tidak dilayan adil kerana semua kaum

mendapat layanan yang sama rata tanpa mengira kaum mahupun keturunan dan initermaktub dalam perlembagaan negara.

43 Utusan Malaysia, 17 Oktober 2008.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 19/27

19

lain.44 DAP pada dasarnya menyokong usaha ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia

tetapi ia menolak usul yang didukung oleh kerajaan yang menyarankan agar proses ke arah

itu melibatkan aspek asimilasi serta integrasi nasional. Pendirian DAP jelas dalam The

Rocket ( Nov. 1966 ) yang menyarankan tentang perlunya diadakan satu ‘Rukunnegara’

 berbilang kaum sebagai asas pembinaan sebuah negara Malaysia. Ia menyarankan agar semua

rakyat Malaysia yang waras dan muhibah merenung serta meneliti semula tentang matlamat

 pembentukan Malaysia. Di mana ia menjadi harapan semua pihak agar sebarang bentuk 

diskriminasi yang berasaskan kaum mahupun keturunan dapat dihapuskan.45 Ia berpendapat

sekiranya ingin membentuk sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya, ia perlu menepati

 beberapa kriteria asas iaitu46

i. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia tidak seharusnya

menjadi milik mana-mana satu kaum yang tertentu. Lantaran itu, tidak ada

satu kaum yang boleh menganggap dirinya sebagai tipikal Malaysia.

ii. Kebudayaan Malaysia bukanlah kebudayaan Melayu, Cina mahupun India

tetapi ia adalah sintesis atau gabungan semua aliran kebudayaan yang bertemu

di Malaysia yang membawa kepada kebebasan saling bertindak dan

integrasnya.

iii. Semua bahasa yang ditutur oleh rakyat Malaysia dari berlainan keturunan

adalah bahasa Malaysia. Mereka yang menyifatkan bahasa Mandarin dan

Tamil sebagai bahasa asing dianggap sebagai membuat kesimpulan bahawa

rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India adalah orang asing.

iv. Bahasa Kebangsaan seharusnya menjadi bahasa perpaduan dan bukan

 perpecahan.

v. Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar dalam satu sistem

 pelajaran yang bebar-benar bersifat Malaysia dalam bentuknya.

DAP beranggapan sekiranya tiada persetujuan dapat dicapai mengenai asas-asas perpaduan

yang diutarakannya maka tidak wujud sebarang keazaman dalam membentuk sebuah negara

yang majmuk. Sebaliknya ia bakal menyaksikan polarisasi kaum yang semakin serius dan

seterusnya merencatkan usaha ke arah pembentukan negara bangsa Malaysia.

44

 Ulangtahun ke-25 DAP, DAP Malaysia, Petaling Jaya,1993 hlm. 10.45  Ulangtahun ke-15 DAP, DAP Malaysia, Petaling Jaya,1988 hlm. 20.46 Ibid. 

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 20/27

20

MCA pula mempunyai pandangan yang agak terbuka terhadap konsep negara bangsa.

Ia melihat kewujudan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia sebagai satu kekuatan

 bangsa. Oleh itu, ia akan memperjuangkan keadilan, kesaksamaan serta kemajuan bagi semua

kaum di negara kita.47 Ia menentang sebarang bentuk fahaman yang bersifat extremis dalam

 pembentukan sebuah negara bangsa.48 Keterbukaan MCA dalam penerimaan konsep negara

  bangsa Malaysia dapat dinilai daripada memorandum parti tersebut yang bertajuk ’ One

Country, One People, One Government ’. Ia menegaskan bahawa satu objektif asas MCA

ialah untuk mewujudkan satu kerjasama yang utuh di kalangan penduduk Malaysia yang

 berbilang kaum. Ia dilihat sebagai asas kepada pembentukan sebuah negara, satu bangsa dan

satu kerajaan yang dimiliki oleh semua kaum tanpa mengira keturunan, etnik mahupun

agama. Lantaran itu, MCA menggalakkan kerjasama antara kaum dalam semua bidang,kebebasan serta persamaan hak bagi semua bagi menjayakan matlamatnya iaitu membentuk 

sebuah negara Malaysia yang bersatu.49

Walaupun begitu, MCA tetap memberi penekanan kepada perlunya identiti serta

kebudayaan orang Cina dipelihara serta dipertahankan demi kelangsungan komuniti

 berkenaan di Malaysia. Ia dapat dilihat dalam ucapan Tan Cheng Lock semasa merasmikan

Jawatankuasa Pendidikan MCA pada April 1953 di mana beliau menegaskan bahawa ia

menjadi tanggungjawab MCA untuk menjadi pelindung kepada pendidikan dan kebudayaan

Cina kerana beliau yakin orang Cina akan menjadi warganegara yang taat dan setia terhadap

negara ini sekiranya mereka diberi kebebasan dalam mengamalkan kebudayaan serta

menggunakan bahasa ibunda sendiri.50 

Justeru itu, MCA terus melindungi serta perjuangkan kepentingan masyarakat Cina

dalam segala aspek termasuklah politik, ekonomi, bahasa, kebudayaan mahupun pendidikan.

Ia perlu dalam usaha melahirkan seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina yang tulindan berpegang teguh kepada ajaran nenek moyang mereka. Namun demikian, MCA akur 

dengan keperluan wujudnya integrasi budaya di kalangan rakyat berbilang kaum demi

kepentingan negara. Lantaran itu, ia mengesyorkan agar semua pihak berusaha untuk 

47 The Future Of Malaysia Chinese, MCA, 1988, hlm. 5.48 The STAR, 16 dan 29 Ogos 1992.49 Tan Cheng Lock, 1949, One Country, One People, One Government, The Malaya

 Tribune Press Ltd, Singapore, hlm. 2.50 Heng Pek Koon, Chinese Politics In Malaysia: A History Of The MalaysianChinese Association, Oxford University Press, Singapura, 1988, hlm. 197.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 21/27

21

menerima kebudayaan kaum lain dengan hati yang terbuka dan mencari satu titik pertemuan

di antara kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita.

Konsep negara bangsa bagi parti Gerakan pula memperlihatkan wujudnya unsur-unsur akomodasi. Di mana ia berpendapat proses pembentukan negara bangsa perlu berlaku

secara sukarela tanpa wujudnya sebarang unsur paksaan mahupun cubaan untuk asimilasikan

 budaya golongan minoriti.51 Ia berpendapat kerajaan tidak seharusnya memaksa unsur-unsur 

kebudayaan atau melibatkan diri dalam eksperimen bauatan seperti memperkenalkan suatu

 pemakaian, tarian atau upacara umum tanpa mengambilkira penerimaan komuniti yang

wujud di Malaysia.52 Sebaliknya ia menyarankan perasaan ditakdirkan bersama atau sense of 

common destiny dijadikan unsur penentu dalam pembentukan negara bangsa Malaysia. Idea

 parti Gerakan terhadap negara bangsa dapat dilihat menerusi ideanya daam membina satu

 bangsa Malaysia progresif dan bertujuan untuk memecahkan tembok perkauman antara

kaum. Ia perjuangkan persamaan hak dalam politik, ekonomi mahupun sosial seperti yang

diperjelaskan dalam perlembagaan negara. Ia dapat dilihat dalam Perkara 8 Perlembagaan

Persekutuan yang menyatakan bahawa:

‘semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat

 perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Kecuali sebagaimana dibenarkandengan nyatanya oleh perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap

warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir 

dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau

 pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana

undang-undang berkenaan dengan memperoleh, memegang atau melepaskan harta

atau berkenaan dengan menubuhkan atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan

 profesion, vokesyen atau pekerjaan.’53 

Walaupun begitu, Parti Gerakan mengakui perlunya perhatian khas dan penekanan yang

serius ke atas aspek ekonomi bagi membantu orang Melayu dan Bumiputera demi

memastikan kelangsungan mereka dan mampu terus bersaing dengan kaum yang lain.

Dalam membicarakan satu dasar yang konkrit bagi membentuk sebuah negara bangsa

yang mampu memenuhi aspirasi semua kaum, Gerakan mencadangkan satu pendekatan yang

51 Gerakan : Its History and Strunggle, Cenderamata Ulang Tahun Gerakan ke 20,1988 hlm 24-25.

52 Lim Siew Lay, Pandangan Masyarakat Cina Terhadap Pembentukan NegaraBangsa Malaysia: Satu Tinjauan Terhadap Pandangan Parti-parti Politik MalaysianChinese Association, Democratic Action Party dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia ( 1949-

1990an ), Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1993, hlm. 4.53  Perlembagaan Persekutuan, MDC Publishes Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2007, hlm.4-5.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 22/27

22

lebih fleksible dan bersifat majmuk ( multi-etnik ). Ia melihat langkah unuk mewujudkan satu

  bangsa, satu bahasa dan satu budaya tidak akan terhalang hanya dengan wujudnya

kepelbagaian bahasa mahupun budaya di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Oleh yang demikian, ia menggesa kerajaan untuk terus mengikitiraf kewujudan sekolah

vernakular Cina mahupun Tamil. Pada masa yang sama, pentadbiran yang efektif serta dasar 

 pendidikan yang berkualiti perlu dilaksanakan kerana ia mampu merealisasikan wawasan

 berkenaan. Lantaran itu, Parti Gerakan mencadangkan pembentukan sebuah jawatankuasa

untuk menasihati kerajaan alam soal pendidikan bagi mewujudkan satu Malaysia yang

 bersatu dan berkongsi satu bahasa kebangsaan, dasar pendidikan dan perasaan ditakdirkan

 bersama ( sense of common destiny).54 

Penerimaan masyarakat Cina terhadap konsep negara bangsa terarah kepada tiga

  perkara pokok iaitu kesamarataan hak antara kaum, isu bahasa dan kebudayaan serta

 pendidikan. Isu-isu ini sering dilihat menjadi tembok pemisah kepada masyarakat Cina untuk 

menerima secara menyeluruh dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha

menjayakan negara bangsa di Malaysia. Masyarakat Cina ternyata tidak bersetuju dengan

dasar asimilasi mahupun integrasi melalui penguatkuasaan undang-undang bagi membentuk 

negara bangsa. Lantaran itu, mereka menggesa kerajaan untuk mengkaji semula dasar-dasar 

yang sedia ada bagi mengeratkan perpaduan kaum serta mengatasi masalah polarisasi kaum

yang semakin serius. Di mana dasar-dasar kebudayaan, ekonomi mahupun pendidikan yang

mencetuskan kontroversi perlu diubah agar ia merangkumi kepentingan semua kaum. Pada

masa yang sama, masyarakat Cina turut mengharapkan ‘politiking’ yang berunsur perkauman

dihindari dan kerajaan bersikap lebih terbuka apabila berhadapan dengan isu-isu yang

 berkaitan dengan bahasa, pendidikan mahupun agama. Di mana pendekatan yang lebih mesra

dan prihatin dapat diterapkan bagi mengelakkan masyarakat bukan Melayu merasakan diri

mereka warga kelas ’dua’ yang sentiasa perlu tunduk kepada ketuanan Melayu bagi

survivaliti mereka di negara ini. Lantaran itu, Dato’ Kok Wee Kiat, dalam rencananya

‘ Facing the Future’ beranggapan bahawa ‘the whole generation of young Malaysians has

 grown up since merdeka in 1957 will find it difficult to accept discrimination on the basis

ethnic origin. They are expect to be treated equally and justly in the distribution of 

opportunities.’ 55

54

R.K. Vasil, The Malaysians General Election of 1969, Oxford University Press,Singapore, 1972, hlm. 33-34.

55 Ling Liong Sik, et al. , The Future of Malaysian Chinese, hlm. 17.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 23/27

23

Masyarakat Cina pada dasarnya menerima Persekutuan Tanah Melayu 1957 sebagai

asas pentadbiran negara. Mereka akur dengan kluasa-klausa tertentu dalam perlembagaantersebut termasuklah perkara 153 yang memperuntukkan kedudukan istimewa bagi orang

Melayu dalam biasiswa, lesen, perkhidmatan awam serta pendidikan. Namun begitu,

masyarakat Cina agak sensitif dengan bentuk negara bangsa yang hendak dibentuk.

Walaupun mereka menerima status orang Melayu selaku bumiputera tetapi orang Cina

‘kurang senang’ dengan kecenderungan segelintir pihak yang cuba mempromosikan satu

negara bangsa yang berorentasikan Bangsa Melayu. Ia ketara apabila wujud seruan untuk 

meletakkan unsur Islam, Bahasa Melayu serta sistem politik beraja sebagai asas utama

 pembentukan negara bangsa di negara kita. Pandangan sedemikian ditolak oleh masyarakat

Cina yang menekankan bahawa asas pembentukan negara bangsa perlu berbilang majmuk 

( multi-ethnic) dan bercorak bangsa Malaysia. Oleh yang demikian, asas negara bangsa

Malaysia sewajarnya berlandaskan perlembagaan negara yang menggariskan Malaysia

sebagai sebuah negara demokrasi berperlembagaan dan sistem beraja yang wujud bercorak 

raja berperlembagaan bukannya monarki mahupun fuedal. Lantaran itu, komuniti Cina

menolak saranan agar Kesultanan Melayu Melaka dijadikan asas pembinaan negara bangsa

sebaliknya mencadangkan budaya serta identiti semua etnik diambil kira daam proses

membentuk satu identiti bagi bangsa Malaysia. Ini penting kerana kewujudan masyarakat

majmuk di negara kita merupakan satu hakikat dan tindakan menafikannya dengan hanya

mengiktiraf kewujudan satu bangsa mahupun budaya ( mono-culture ) jelas satu langkah

yang kurang bijak.

Dalam menyelami perasaan masyarakat Cina, Ye Lin-Sheng dalam penulisannya ‘The

Chinese Dilemma’, ( 2003 ) dapat memberi sedikit gambaran kasar tentang tanggapanmasyarakat Cina terhadap negara ini. Hasil kajian beliau, mendapati ramai orang Cina yang

telah berhijrah ke seberang laut masih mempunyai gambaran yang positif terhadap Malaysia.

Walaupun begitu, mereka berpendapat bahawa sumbangan serta kewujudan mereka di

Malaysia kerap tidak dihargai. Ia dapat dilihat dari pengakuan seorang bekas kakitangan

kerajaan yang kini menetap di Hong Kong yang berpendapat ‘ the terms of our incorporation

in to Malaysian society as a “ franchise” the clear implication being that, unlike rights, what 

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 24/27

24

we have can be taken away if we don’t dance to the Malay political tune .’56 Oleh yang

demikian, Ye Lin-Sheng melihat dilema masyarakat Cina bukan sekadar berkongsi kekayaan

material sebaliknya mereka menuntut pengiktirafan yang sewajarnya sebagai rakyat Malaysia

yang berkongsi hak yang sama rata. Kewujudan dasar-dasar kerajaan yang membeza-bezakan

 bumiputera dengan bukan bumiputera mengakibatkan perpecahan di kalangan kaum malah ia

menimbulkan perasaan sangsi di kalangan orang Cina. Di mana Ye Lin-Sheng menyatakan

 bahawa‘ rightly or wrongly, many Chinese are not reassured that the Malays will act in good 

 faith. Can we trust them to be fair? In shifting the balance of advantage, will they know when

to stop? If we don’t complain about the NEP, will they think it is not hurting us enough?  57

2.4 PENUTUP

Dalam usaha membina satu negara bangsa yang mantap dan jitu, rakyat Malaysia yang

  berbilang kaum dan cinta akan negara ini perlu sanggup berkorban dan bersedia

mengenepikan perbezaan ideologi, pandangan politik yang berbeza serta agenda yang

‘tersembunyi’ serta mengambil pendekatan secara musyawarah dalam mencari satu titik 

 persamaan bagi merealisasikan gagasan bangsa Malaysia yang sudah pun terbantut sekianlama. Gagasan Satu Malaysia dan Modal Ekonomi Baru ( MEB ) seharusnya menjadi titik 

tolak kepada satu lagi usaha murni ke arah pembinaan sebuah negara bangsa di Malaysia.

Semua pihak seharusnya menerima idea tersebut dengan hati yang terbuka dan berusaha

untuk menjadikan gagasan itu satu realiti selaras dengan objektif Wawasan 2020 iaitu

membentuk satu negara bangsa Malaysia yang bersatu. Sebarang kecenderungan untuk 

menghalalkan apa-apa sahaja atas nama demokrasi total yang bakal meruntuhkan segala ‘asas

 binaan sosial’ yang sedia ada atas alasan politik baru yang lebih adil dan dinamika haruslah

dielakkan. Kita perlu bersifat lebih realisitik dan berpijak pada bumi yang ternyata apabila

memperkatakan perubahan kerana ia seharusnya mengambil kira perasaan serta aspirasi

semua pihak. Lantaran itu, sikap yang terlalu idealist dan secara berbuta tuli tanpa mengambil

kira kepentingan orang lain mahupun faktor kestabilan negara bakal mengundang padah.

56

Ye Lin-Sheng, The Chinese Dilemma, East West Publishing Pty Ltd, Australia,2003, hlm.55-56.

57 Ibid , hlm. 57.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 25/27

25

Persoalan kini bukan lagi, sama ada kita dapat atau tidak membina bangsa Malaysia

yang bersatu padu kerana pada hakikatnya kita tidak mempunyai sebarang pilihan lain.

Sekiranya kita ingin melihat negara ini terus maju ke hadapan dan berdaya saing dalam dunia

globalisasi ini, kira perlu bersatu dan sebarang keretakan hubungan kaum hanya bakal

menghancurkan segala hasil pembangunan dan kemewahan yang telah pun dinikmati hari ini.

Pada masa yang sama, pembentukan negara bangsa juga dilihat penting bagi pembnagunan

Malaysia mengikut acuan sendiri dan tidak lagi terikat dengan unsur-unsur peninggalan

 penjajah. Ia jelas dalam aspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membina bangsa Malaysia

yang bersatu padu dan mampu menjadi persamaan dalam situasi ‘heterogeneous’. Ia

dikatakan menjadi penentu kepada sejauh manakah negara  bangsa akan menjadi satu realiti.

Ini kerana salah satu asas kepada pembinaan negara dan bangsa iaitu wujudnya satu bangsayang dirujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilyah dan berkongsi

 budaya, bahasa, adat serta pengalaman sejarah yang sama.

Walaupun rakyat Malaysia ternyata tidak memiliki nilai tersebut namun ia bukanlah sesuatu

yang mustahil sekiranya semua pihak benar-benar ikhlas dalam merealisasikannya. Ini kerana

‘ di mana ada kemahuan di situ ada jalannya’.

Dalam usaha memahami penerimaan orang Cina terhadap negara bangsa, ia perlu

diteliti dari budaya masyarakat tersebut. Walaupun masyarakat Cina telah lama

meninggalkan negara asal mereka tetapi nilai-nilai serta budaya nenek moyang masih

dipegang teguh. Dalam usaha pembinaan sebuah negara bangsa, orang Cina menolak 

sebarang usaha yang bakal menjejaskan identiti mereka sebaliknya menyarankan pendekatan

yang bercorak akomodasi di mana sekelompak sosial yang mempunyai latar belakang serta

sosial yang berbeza berkompromi untuk mengelakkan perselisihan pendapat. Ia dilakukan

dengan mengadakan interaksi secara aman dan pada masa yang sama meneruskan identity,cirri dan sikap masing-masing.

Pandangan yang prejudis terhadap sikap masyarakat Cina terhadap negara bangsa

Malaysia kerap menimbulkan perasaan kurang senang komuniti berkenaan yang sering

dilabelkan kurang patriotik serta terlalu demanding . Ia jelas satu pandangan yang bersifat

 prejudis sekiranya kita memahami budaya masyarakat berkenaan. Unsur humanis serta sifat

keterbukaan masyarakat Cina jelas begitu ketara dalam penerimaan mereka terhadap konsep

negara bangsa. Sejak kemerdekaan sehinggalah kini, masyarakat Cina mengidamkan sebuah

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 26/27

26

negara bangsa yang dimiliki serta dikongsi oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,

identity, agama mahupu keturunan. Pada masa yang sama, penglibatan serta sumbangan

masyarakat dalam proses pembentukan negara bangsa khususnya selepas Perang Dunia

Kedua juga amat ketara. Masyarakat Cina mula mengubah persepsi mereka terhadap Tanah

Melayu yang sebelum ini hanya dianggap sebagai batu loncatan demi kehidupan masa

hadapan yang lebih baik. Komuniti tersebut mula memberi perhatian terhadap perkembangan

 politik di Tanah Melayu dan pada masa yang sama membawa kepada penglibatan mereka

dalam perkembangan politik setempat. Perkembangan tersebut seterusnya membawa kepada

kerjasama antara kaum dan merancakkan lagi proses perkembangan negara bangsa. Pada

masa yang sama, kegigihan serta sikap berdikari membolehkan orang Cina membina

kehidupan yang selesa dan memperkukuhkan kedudukan mereka di negara ini. Walaupunramai yang beranggapan orang Cina berjaya kerana bantuan British serta ilhsan raja Melayu

tetapi kesungguhan serta kemampuan orang Cina dalam membina asas yang mantap

terutmanya dalam ekonomi dengan titik peluh mereka sendiri tidak seharusnya dipandang

ringan. Kehadiran mereka dengan berbekalkan tulang empat kerat berjaya menjadikan Tanah

Melayu sebagai pengeluar bijih timah yang terulung di dunia. Malahan kehadiran mereka

turut menyaksikan kemunculan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban

mahupun Johor Bharu yang sebelum ini hanya perkampungan kecil perlu membuka mata

 banyak pihak.

Lantaran tu, orang Cina sentiasa mengharapkan pengiktirafan serta layanan yang

setimpal bagi segala usaha yang dicurahkan demi negara ini. Kewujudan perasaan prejudis

serta ‘protes’ terhadap dasar-dasar kerajaan yang membeza-bezakan kaum dan layanan yang

tidak saksama sememangnya telah sinonim dengan orang Cina. Kegagalan mencari satu

 penyelesaian yang adil dan terbaik dalam isu bahasa ibunda, pendidikan mahupun hak yang

sama rata bagi semua kaum mengakibatkan orang Cina terus berada di persimpangan apabila

  berhadapan dengan isu negara bangsa. Mereka sering berpendapat, kita telah berjaya

membina sebuah negara sejak sekian lama malangnya masih teraba-raba dalam pembinaan

 bangsa yang dimilik semua.

8/8/2019 masyarakat Cina dan negara bangsa

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-cina-dan-negara-bangsa 27/27

27