masyarakat agraria di china.docx

Upload: liza83tintabahasa

Post on 04-Jun-2018

297 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA.docx

    1/4

    MASYARAKAT AGRARIA DI CHI NA

    Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat, sistem feudal diamalkan di China. Masyarakat

    China mengamalkan kegiatan ekonomi feudal seperti bercucuk tanam secara kecil-kecilan

    dan berbentuk secara sara diri. Di samping itu, masyarakat petani China juga menghasilkan

    barangan kraf tangan yang amat diperlukan.Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian hanyalah 15% sahaja.

    Kawasan lain terdiri daripada pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara China.

    Negara China juga sebahagian besarnya berada dalam kawasan hawa sederhana mengalami

    perubahan iklim dari kawasan tropika ke kawasan sejuk. Walaupun berkeadaan demikian,

    negara China masih lagi mampu mengeluarkan makanan daripada pelbagai jenis tanaman

    untuk kegunaan masyarakat dan untuk dieksport ke negara luar.Terdapat beberapa faktor

    yang telah mendorong perkembangan pertanian di negara China menjelang abad ke-16 M

    dan abad ke-17 M seperti kegiatan ekonomi sara diri, sistem pengairan, pertanian komersial,

    kemajuan dalam teknologi pertanian dan pengenalan kaedah baru pertanian.

    Kegiatan Eko nomi Sara Dir i / Tanaman Utama

    Sistem ekonomi yang diamalkan pada abad ke-16 M dan ke-17 M adalah bercorak sara diri.

    Sebahagian besar daripada penduduk China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Pada

    zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih dipanggil masyarakat

    agraria iaitu meliputi 85% daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa.

    Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang

    banyak ditanam di kawasan selatan China iaitu di hilir lembah Sungai Yangtze dan Sungai

    Kuning. Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh

    ditanam dua kali setahun dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi ini

    di tanam di kawasan tanah tinggi yang kekurangan air.

    Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan seperti tanaman kekacang, ubi kentang manis,

    barli, jagung, kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi, milet, kaoliang, barli, dan oat. Tanaman

    baru ini telah meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian masyarakat agraria. Masyarakat

    China yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma, sekoi dan

    kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.

    Gandum merupakan tanaman makanan utama di bahagian dataran tinggi di utara China.

    Tanaman gandum ditanam secara meluas di wilayah Shantung, Kansu, Shensi dan bahagian

    utara Anhui dan Hupeh.

    Milet ditanam secara meluas di bahagian utara khususnya di wilayah Kansu, Shensi dan

    Shansi. Koaling merupakan tanaman yang ditanam secara meluas di bahagian timur lautChina. Selain itu, tanaman bijirin lain seperti barli dan oat juga ditanam di bahagian-bahagian

    tertentu di negara China.

    Sejak zaman awal pemerintahan beraja, tanah pertanian di negara China dimiliki oleh

    maharaja dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau pembesar (tuan tanah). Tanah

    merupakan satu aset yang amat berharga yang dapat menentukan status sosial seseorang itu.

    Tuan-tuan tanah ini akan memberikan kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk

  • 8/14/2019 MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA.docx

    2/4

    diusahakan. Penguasaan tanah pertanian oleh golongan tuan tanah menyebabkan petani

    menjadi penyewa dan serf.

    Petempatan

    Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut China denganMongolia. Kawasan ini mempunyai dataran loes yang subur di sepanjang SungaiKuning. Di sebelah selatan pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar diChina) yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat agraria di China.

    Pengetahuan Menjaga Kesu buran Tanah

    Perkembangan masyarakat agraria di China dalam bidang petanian juga adalahdisebabakan mereka mempunyai pengetahuan dalam menjaga dan memeliharatahap kesuburan tanah. Untuk menjaga kesuburan tanah, mereka menggunakansistem penggiliran tanaman dan menggunakan baja asli yang diperolehi daripada

    najis ternakan.

    Sistem Pengairan

    Perkembangan pertanian di negara China mempunyai kaitan yang rapat dengan

    kemajuan dalam teknologi pengairan. Petani-petani di China mempunyai

    kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan

    dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian, mengelakkan banjir dan

    untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar.

    Petani-petani China juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-

    lereng bukit bagi membolehkan penanaman padi dijalankan. Bekalan air

    disalurkan ke kawasan pertanian daripada terusan dan kolam takungan air

    dengan menggunakan kaedah mengepam air. Pam ini digerakkan dengan

    menggunakan tenaga binatang ataupun manusia.

    Bagi mengairi kawasan pertanian yang jauh daripada sumber air, maka kaedah

    empangan telah digunakan. Selain itu, tambak juga dibina untuk mengelakkan

    banjir memusnahkan kawasan pertanian. Projek-projek pengairan juga dijalankan

    oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian seperti projek pengairan diSichuan mengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 juta hektar.

  • 8/14/2019 MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA.docx

    3/4

    Pertanian Kom ersial

    Menjelang abad ke- 16 M dan 17 M, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak

    di China dan mula berkembang pesat terutama semasa pemerintahan Maharaja

    Chien-Lung pada abad ke-18 M. Perkembangan ini menyebabkan sistem

    penanaman komersial mula diperkenalkan seperti tembakau, kapas, mulberi dan

    tebu.

    Tanaman tembakau ditanam secara besar-besaran di wilayah Kwangsi dan

    Fukien. Tanaman kapas ditanam secara meluas di wilayah Kiangsu, Sungkiang,

    Tai-tsang dan Tung-chou. Kapas telah mendapat permintaan yang tinggi dalam

    pasaran. Tanaman tebu pula dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan

    Szechwan.

    Penanaman pohon mulberi diusahakan di wilayah Kwangtung. Daun mulberi telahdijadikan makanan ulat sutera.

    Kemajuan Dalam Teknologi Pertanian

    Penciptaan dan penggunaan peralatan baru telah membawa kepada

    kemajuan yang pesat dalam aktiviti pertanian di negara China, antaranya

    tenggala penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kolar kuda dan kereta

    sorong beroda dua.

    Tenggala penabur benih digunakan untuk membina alur, parit atau lekuk

    memanjang di permukaan tanah. Selain itu, alat ini juga digunakan untuk

    menabur benih dalam barisan yang lurus dan sekata.

    Selain tenggala kayu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir

    tanah, penggiling dan kolar kuda. Kereta sorong beroda dua telah dicipta

    untuk memudahkan pengangkutan barang-barang atau hasil pertanian.

    Peralatan-peralatan ini menyebabkan berlaku peningkatan yang amat

    ketara dalam pengeluaran basil pertanian.

    Pengenalan Kaedah Baru Pertanian

    Peningkatan hasil pertanian juga berlaku kesan daripada pengenalan kaedah

    baru dalam bidang pertanian, antaranya pengenalan sistem penanaman bergilir.

    Sistem ini telah diamalkan di China sejak zaman Han lagi. Menerusi sistem

  • 8/14/2019 MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA.docx

    4/4

    penanaman bergilir, kesuburan tanah pertanian dapat dipelihara.

    Di samping itu, kaedah pertanian yang lebih baik seperti tanaman dua pusingan

    dan pengkhususan dalam tanaman juga diamalkan. Penggunaan kaedah-kaedah

    baru menyebabkan pembukaan tanah-tanah baru untuk pertanian.