masalah pembelajaran
TRANSCRIPT
CIKGU, ANAK SYURGA SAYA BUKAN BODOH CUMA MEMPUNYAI MASALAH KETIDAKUPAYAAN PEMBELAJARAN.....
Saya dah ajar beratus kali, tapi anak puan macam tu juga, langsung tak faham. Kerja tak
siap, salin tak habis. Saya ajar anak-anak cikgu lain tak ada masalah pun......inilah kata-kata
seorang guru tahun satu kepada saya 13 tahun lalu. Hati ibu mana tak luluh bila suatu hari
terdengar berbualan anak syurga ini dengan adiknya... “cikgu kata kat abang, kamu ni anak
cikgu pun bodoh, abang benci cikgu tu”sedikit pun anak syurga ini tidak pernah mengadu
kepada saya. Sebenarnya cikgu itu tidak sedar Allah memilihnya untuk mengajar anak syurga
untuk diberi pahala yang amat besar. Alhamdulillah anak saya tidak sebodoh yang
diucapkan oleh guru tersebut.
Ibu-ibu, ayah-ayah dan cikgu-cikgu....
Anak-anak istimewa sering dikaitkan dengan ketidakupayaan pembelajaran. Sebenarnya
ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas atau tahap
kecerdasan yang rendah. Ketidakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di
dalam otak kanak-kanak yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan
bertindakbalas terhadap sesuatu maklumat. Terdapat beberapa bentuk ketidakupayaan
pembelajaran iaitu:
DISLEKSIA
Ini adalah ketidakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar
membaca, menulis dan mengeja dengan cara biasa.
ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder)
Ini pula satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau
memfokus kepada sesuatu benda. Misalnya seseorang kanak-kanak itu mungkin
normal, cerdas, dan bijak tetapi da tidak dapat menumpukan perhatiannya dan
mengawal tingkah lakunya sendiri.
DISPRAKSIA
Merupakan satu ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan
gerakan angota tubuh.
DISKALKULIA
Kanak-kanak mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walau berkali-kali
diajar dengan yang paling mudah, namun tetap sukar memahami
AUTISME
Merujuk kepada ketidakupayaan kanak-kanak mengalami dunua persekitarannya,
sebagaimana yang dialami ileh rakan-rakannya yang normal. Mereka sukar bercakap
dan berbual-bual, sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk
berkomunikasi. Mereka juga bertindak balas dengan cara yag berbeza. Bunyi yang
indah mungkin membingitkan mereka. Sentuhan dan belaian yang manjamungkin
menjadi sesuatu yang tidak disenangi. Mereka juga tidak dapat mengaikan sesuatu
perkataan dengan maksudnya. Jadi mereka mungkin menulang-ulang perkataan-
perkataan tertentu, panas baran dan bertindak balas secara luar biasa
Anak-anak Syurga ini memerlukan rawatan, bimbingan, bantuan dan perhatian khusus
daripada orang di sekeliling mereka. Bantulah sedaya upaya kita terutama ibu bapa dan
guru. Mereka ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri anugerah Allah.
Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)
"......Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yg diberikan Allah kepadanya..."(at-Thalaq : ayat 7)