masalah moraldi sekolah: lawan guru

16
MASALAH-MASALAH MORAL DI SEKOLAH: LAWAN GURU Disediakan Oleh: Nurhidayah Tee Shu Min Joanne Lian

Upload: joanne-lian-li-fang

Post on 13-Sep-2015

277 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Lawan Guru

TRANSCRIPT

LAWAN GURU

MASALAH-MASALAH MORAL DI SEKOLAH:

LAWAN GURUDisediakan Oleh:NurhidayahTee Shu MinJoanne Lian

ISU 1

ISU 2

ISU 3

ISU 4

ISU 5

SETUJU KE??

PUNCA-PUNCAKerjaya guru dipandang rendah

Dahulu, para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Ini kerana pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri.

Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru.Bantahan ibu bapa terhadap tindakan disiplin.

keikhlasan guru yang cuba mendisiplinkan mereka disalah tafsirkan sebagai jahat. Tetapi mereka lupa, bahawa guru melakukan semua itu cuma untuk kebaikan mereka juga. Bagi sesetengah pihak ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan, pasti mereka kurang bersama anak-anak dalam kehidupan seharian. Mereka pasti tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh anak mereka. Tetapi bila guru cuba memperbetulkan tingkah laku anak murid mereka, ibu bapa akan cepat melenting. Mereka beranggapan bahawa guru itu mendera anak mereka sahaja.

Proses mendisiplinkan di tahap remaja atau buluh lebih menyukarkan dan sebab itu ibu bapa mengelak untuk mendisiplinkan anak mereka sama ada melalui perang psikologi mahupun rotan.

Mereka takut untuk berhadapan dengan sikap pemberontakkan anak-anak mereka ini. Ibu bapa bimbang anak-anak mereka akan lari dari rumah atau melakukan perbuatan yang negatif seperti menagih dadah dan sebagainya.

Ketidakadilan Media MassaPihak ibu bapa hari ini sering mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil bagi para guru. Media masa pula sering berpihak kepada murid yang terlibat tanpa pertimbangan yang wajarPihak media masa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat melariskan jualan merekaLangkah-langkah mengatasi masalah lawan guruPeranan Keluarga

Hubungan kekeluargaan yang erat juga mampu membendung serangan penagihan dadah dari terus masuk ke dalam keluarga (Hussain Habil & Mustafa Ali Mohd, 2003). Ibu bapa perlu memantau serta member perhatian yang sepenuhnya terhadap rakan-rakan yang menjadi sahabat-sahabat anak-anakKeprihatinan ibubapa tentang hal ehwal disiplin dan pencapaian akademik anak-anak disekolah dapat menyekat mereka daripada terlibat dengan melakukan kegiatan yang tidak bermoral. Oleh itu, kerjasama yang erat daripada ibubapa juga amat penting dijalinkan dengan pihak sekolah di tempat anak-anak belajar. Di samping, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi seseorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Menurut Chang Lee Hoon (1992), pelajar-pelajar boleh dididik untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam mementingkan akademik mereka dan menolak kegiatan yang tidak bermoral berlaku di sekolah seperti vandalisme amnya supaya mereka bersyukur serta menghargai kemudahan-kemudahan awam yang disediakan. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para ibu bapa membantu dalam mengukuhkan nilai-nilai yang diajar kepada anak-anak mereka di sekolah. Selain mengadakan ceramah, guru dan pihak sekolah juga boleh menganjurkan perkhemahan seperti KEM JATI DIRI.Peranan Sekolah

Penapisan Media MassaPihak media perlulah cakna dan prihatin dalam menayangkan rancangan-rancangan seperti rancangan yang dapat memberikan input-input yang berguna kepada masyarakat serta memberi impak yang berkesan kepada anak-anak remaja pada hari ini daripada mengutamakan keuntungan dan kepentingan syarikat masing-masing dengan menayangkan cerita-cerita yang berunsur ganas, lucah, licikPara pelajar akan meniru tingkahlaku tersebut dan mereka merasakan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Pusat Penapisan Filem Negara haruslah lebih memberi penekanan kepada penapisan cerita-cerita yang mengandungi unsur keganasan seperti filem KL drift, rempit, bohsia dan sebagainya.