masalah kesihatan dan kekangan semasa remaja-encik joseph(sem 1)

10
Masalah Kesihatan dan Kekangan Semasa Remaja Remaja : Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12 hingga 21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia,remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia,iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Zaman remaja merupakan “tempoh peralihan” dari alam kanak- kanak kea lam dewasa. Semasa orang itu mengalami zamn remaja dia akan mengalami perubahan yang drastik,termasuklah perubahan jasmani,sosial,emosi dan bahasa.Akibat daripada itu,remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil dan sentiasa “bermasalah”. Pada peringkat ini,remaja akan mula belajar bergaul dengan orang lain selain daripada ahli keluarga mereka.Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Remaja juga senang terpengaruh oleh emosi.Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap. Antara contoh-contoh masalah kesihatan dan kekangan semasa remaja : 1. Haid tidak teratur 2. Gangguan emosi 3. Keselesaan pergerakan 4. Penglibatan dalam aktiviti fizikal 5. Kecelaruan identiti

Upload: jumardi-muhlis

Post on 30-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Masalah Kesihatan dan Kekangan Semasa RemajaRemaja :

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12 hingga 21 tahun.

Dari sudut perkembangan manusia,remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia,iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

Zaman remaja merupakan tempoh peralihan dari alam kanak-kanak kea lam dewasa.

Semasa orang itu mengalami zamn remaja dia akan mengalami perubahan yang drastik,termasuklah perubahan jasmani,sosial,emosi dan bahasa.Akibat daripada itu,remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil dan sentiasa bermasalah.Pada peringkat ini,remaja akan mula belajar bergaul dengan orang lain selain daripada ahli keluarga mereka.Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang.

Remaja juga senang terpengaruh oleh emosi.Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap.

Antara contoh-contoh masalah kesihatan dan kekangan semasa remaja :

1. Haid tidak teratur

2. Gangguan emosi

3. Keselesaan pergerakan

4. Penglibatan dalam aktiviti fizikal

5. Kecelaruan identiti( a.) Haid tidak teratur

Gadis dan haidSecara umumnya,gadis mula didatangi haid ketika berusia di antara 10 hingga 15 tahun.Haid berlaku tiap-tiap bulan dan tempoh haid adalah antara 3 hingga 7 hari.Secara purata seorang gadis kehilangan 2 hingga 6 sudu darah semasa haid setiap bulan.

Pada kebiasaanya darah haid keluar dalam kuantiti yang sedikit pada hari pertama dan bertambah banyak pada hari kedua dan berkurangan pada

penghujung haid.

Kitaran haid adalah masa di antara hari pertama haid bermula hingga hari

terakhir sebelum kitaran haid yang baru bermula iaitu selama 28 hari.

Terdapat variasi di antara seorang yang lain.

Haid melambangkan organ reproduktif gadis yang telah mula berfungsi

dan bersedia untuk menjadi ibu.

Haid Kedatangan haid pertama kali mungkin disedari oleh gadis apabila melihat tompokan darah di seluar dan biasanya menimbulkan ketakutan dan kebimbangan sekiranya gadis tidak mengetahui mengenainya.

Haid berlaku akibat tindakan hormon dalam tubuh gadis.Proses kedatangan haid dapat diterangkan seperti berikut :

Hormon Follicle Stimulating Hormone(FSH) merangsang ovari menghasilkan ovum supaya menjadi matang dan bersedia untuk dipersenyawakan.Pada masa yang sama ovari akan menghasilkan hormon estrogen yang merangsang pembentukan lapisan tebal endometrium hormon estrogen terhenti.Proses ini dinamakan ovulasi.Sekiranya ovum tidak dipersenyawakan,lapisan endometrium akan luruh sebagai haid.

Kitaran haid tidak teraturHaid yang tidak teratur adalah haid yang tidak tetap.Haid mungkin berlaku terlalu awal atau terlalu lewat.Ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan hormon yang menjadi punca haid yang tidak teratur.

Jika masalah ini terjadi,dinasihatkan agar menyimpan catatan dalam diari tentang kitaran haid setiap bulan,mencatatkan tempoh masa setiap haid anda serta mencatatkan sama ada anda mengalami senggugut semasa haid.

Kebiasaannya,kitaran haid adalah tidak teratur pada peringkat awal dan beransur-ansur menjadi normal.Gangguan emosi yang teruk seperti masalah keluarga yang serius dan ketegangan menghadapi peperiksaan boleh menjejaskan kitaran haid gadis.Bagi situasi seperti ini,kitaran haid akan menjadi normal apabila gangguan perasaan tersebut dapat diatasi.

Senggugut

Senggugut adalah sakit yang disebabkan oleh pengecutan dinding uterus yang kuat pada hari pertama haid.Seseorang gadis yang menghadapi senggugut akan berasa lenguh dan sakit di bahagian perut,letih,muram dan cepat marah.Masalah senggugut dapat diatasi dengan berbaring atau mendapat rawatan.

Bagi gadis yang mengalami kesakitan sepanjang dan selepas tempoh haid,perlu mendapatkan bantuan professional bagi mengatasi masalah kesihatan ini.Gadis yang tidak didatangi haid setelah mencecah usia 17 tahun,mesti mendapatkan rawatan dari doctor bagi mengetahui punca kelewatan haid.( b.) Gangguan emosi

Pada peringkat usia remaja,berlaku perubahan-perubahan ini,golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik.Dengan itu berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja.Bagi remaja yang bersedia dengan kehadiran masalah dan sanggup menerimanya dengan hati terbuka,mereka berjaya menerima perubahan-perubahan itu sekalipun kadang-kala pahit baginya.Bagi sesetengah remaja pula,tidak berupaya menyesuaikan menerima dengan mudah perubahan tersebut,lalu menunjukkan tingkah laku serta sikap yang negatif serta kurang bermoral.

Perubahan perasaan

Remaja sering mengalami perubahan perasaan disebabkan banyak perubahan fizikal tubuh berlaku semasa kanak-kanak meningkat dewasa,perubahan hormon semasa akil baligh serta tidak mampu menghadapi tindak balas sosial dengan perubahan yang berlaku. Bilakah perubahan perasaan menjadi suatu masalah?

Perubahan perasaan menjadi masalah bila berlaku perubahan dalam corak pemakanan dan tidur serta penjagaan diri.Misalnya,rasa sedih dan menangis secara tiba-tiba atau menghadapi masalah dalam pembelajaran,akan menjadikan diri murung,gelisah,cepat marah,agresif,ganas,terlalu bergantung kepada orang lain,berlaku konflik sosial serta membentuk tingkah laku yang merosakkan.

Apakah komplikasi akibat perubahan perasaan?

Masalah kemurungan seperti contoh;bimbang,terlampau sehingga boleh mengakibatkan penyalahgunaan dadah.

Kesilapan lazim dalam pemikiranPerasaan banyak dipengaruhi oleh cara pemikiran seseorang.Ramai orang sering melakukan kesilapan dalam pemikiran dan ini mendorong kepada perubahan perasaan.Terdapat beberapa kesilapan yang biasa berlaku dalam pemikiran di mana ia sering digunakan dalam mengendalikan peristiwa harian dan tekanan.Misalnya,anda mungkin berfikir rakan anda tidak menyukai anda lagi bila dia tidak lagi tersenyum dengan anda.Sedangkan rakan anda mungkin menghadapi masalah pada hari itu,bukan tidak menyukai anda.

Bagaimanakah mengendalikan perubahan perasaan yang tidak wajar?

Perubahan perasaan banyak dipengaruhi oleh cara pemikiran seseorang.Perkara pertama perlu dilakukan adalah untuk mengesan dan mengenali pemikiran dan kepercayaan negatif.Gunakan pemikiran positif untuk mengatasinya. ( c. ) Keselesaan pergerakan

Pada usia remaja sangat memerlukan kebebasan emosional dan material.Sehinggakan remaja selalunya memilih tempat untuk melakukan aktiviti.Kematangan dalam bidang fizikal atau tubuh mendorong remaja untuk berdikari dan bebas dalam mengambil keputusan untuk dirinya sehingga remaja terlepas dari emosi ibu bapa dan keluarga.Ramai ibu bapa tidak memahami keinginan yang tersimpan di dalam jiwa remaja,sehingga membatasi pergerakan dan tindakan-tindakan mereka,dengan alas an merasa belas kasihan dan lain-lain.Dengan cara ibu bapa sedemikian remaja merasa dirinya tidak dipercayai oleh orang tuanya,menyebabkan remaja yang tidak memahami akan hakikat dirinya sendiri akan memberontak dan melawan kedua ibu bapanya.

Penyesuaian diri terhadap orang lain dan lingkungan sangat diperlukan oleh setiap orang khususnya dalam usia remaja.Pada usia remaja,remaja banyak mengalami kegoncangan dan perubahan dalam dirinya.Apabila seseorang tidak berhasil menyesuaikan dirinya pada masa kanak-kanaknya,maka ia dapat mengejarnya atau memperbaikinya pada usia remaja.Akan tetapi apabila tidak dapat menyesuaikan diri pada usia remaja,maka kesempatan untuk memperbaikinya mungkin akan hilang untuk selama-lamanya,kecuali boleh didapati melalui pengaruh pendidikan dan latihan-latihan.

Remaja yang mampu menyesuaikan diri dengan orang lain dan lingkungannya mempunyai cirri-ciri antara lain; suka bekerjasama dengan orang lain,simpati,mudah akrab,disiplin dan lain-lain.Sebaliknya bagi remaja yang tidak mampu menyesuaikan dirinya dengan orang lain atau lingkungannya mempunyai cirri-ciri; suka menonjolkan diri,menipu,suka bermusuhan,egoistik,merendahkan orang lain,buruk sangka dan sebagainya. ( d.) Penglibatan dalam aktiviti fizikal

Remaja turut terlibat dalam aktiviti fizikal.Antara aktiviti fizikal yang melibatkan remaja adalah Program Latihan Khidmat Negara(PLKN),Program Rakan Muda,penyertaan ke mana-mana pertandingan permainan atau sukan dan banyak lagi.Contoh terdekat yang dapat diambil adalah Program Latihan Khidmat Negara.

Dalam program tersebut pelbagai modul pembelajaran diperkanalkan kepada para remaja yang terlibat.Modul Fizikal adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental,emosi,spiritual dan fizikal bagi menjadikan remaja sebagai warganegara yang berkesan.Secara khususnya,latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta,mempertingkatkan ketabahan mental,keyakinan diri serta disiplin dalaman.

Sementara Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para remaja kepada negara.Melalui latihan dalam kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan tanah air,rakyat,kerajaan,kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara.

Remaja dewasa ini harus memahami kepentingan hidup bermasyarakat.Mereka perlu diberi peluang menikmati kehidupan bermasyarakat,memahami masalah masyarakat dan mengambil bahagian dalam proses pembangunan sosial masyarakat.Sehubungan itu,Modul Khidmat Komuniti turut diperkenalkan dalam program ini.Para remaja yang terlibat seharusnya mampu membina kebolehan menabur khidmat untuk komuniti sebagai generasi baru yang mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sosial,berkesedaran sivik dan mengutamakan solidariti masyarakat.

( e.) Kecelaruan identiti

Banyak gejala yang merisaukan mengenai identiti sebahagian remaja kini.Remaja pada masa lalu menghubungkan diri dengan isu-isu perjuangan kea rah membangun Negara,cenderung mengukuhkan imej keagamaan sebagai landasan membangunkan sistem dan masyarakat.Akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran globalisasi yang menghimpit,kecenderungan sebahagian remaja terjebak dalam zon selesa mengheret mereka ke arah kerosakan diri,terjebak dalam kemelut sosial yang merisaukan.

Isu identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti.Imej remaja bukan sahaja dihubungkan dengan perilakunya tetapi dihubungkan dengan cara berfikir,aliran kegiatan dan dikaitkan dengan potensi hari depan.

Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan yang hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi.Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan.Adalah tidak adil jika menganggap remaja terjebak dengan masalah kecelaruan ini.Antara punca berlakunya kecelaruan identiti di kalangan remaja adalah:

1. Rumahtangga dan keluarga tidak memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak.Media elektronik seperti televisyen banyak berperanan mengambil tugas mendidik anak-anak.

2. Ibu bapa tidak mempunyai ilmu dan ketrampilan keibubapaan yang berkesan dalam mendidik anak-anak.

3. Sekolah banyak berperanan menyediakan anak-anak untuk tujuan peperiksaan berbanding membangunkan jiwa dan hati.Akhirnya pembentukan watak holistik tidak berlaku.4. Isu-isu keagamaan dipertikaikan tanpa pendekatan mendidik dan ilmiah hingga menyebabkan sumber rujukan remaja menjadi bercelaru.

Kesimpulannya,remaja harus dipersiapkan dengan kesedaran,ilmu dan ketrampilan yang baik menghadapi zaman dewasanya,pendekatan pencegahan sudah diambil kerana dari kekuatan diri,ilmu dan akhlak ia bakal menjadi benteng terhadap perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecelaruan. INSTITUT PERGURUAN TUN ABDUL RAZAK

NAMA : LINFORD CHRISTIE ANAK JAMES COOK

NO KAD PENGENALAN : 881107-13-5160

KUMPULAN : PPISMP 708 PJ

KURSUS :

PENSYARAH : ENCIK JOSEPH SIDEMY