manusia lahir tanpa mengetahui

4
Manusia lahir tanpa mengetahui. Terjemahan ayat ; “Dan Allah mengeluarkan kamu ( melahirkan ) dari perut ibu kamu – sedang kamu tiada mengetahui sesuatu apapun – dan dijadikannya bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu bersyukur. Tidakkah mereka lihat kepada burung yang di arah terbang di awang-awang, tidak ada dapat menahannya melainkan Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda keterangan bagi kaum yang beriman.” ( an-Nahl : 78 – 79 ) Huraiannya : Pada ayat 78 : Allah memberitahukan, bahawa manusia itu pada permulaan dia dilahirkan oleh ibunya tidak mengetahui sesuatu apapun. Bererti dia tidak ada pengetahuan, sehingga dia tidak tahu sesuatu, hanyalah menangis apabila lapar atau kesakitan. Malahan tidak pula tahu bagaimana hendak meminta atau hendak menyatakan sesuatu, selain melahirkan watak atau pembawaan semulajadi. Watak atau pembawaan seseorang manusia memanglah mudah terlahir dengan tidak payh belajar terlebih dahulu. Namun begitu, kegiatan watak itu akan membahayakan diri sendiri jika tiada diberi kawal;n tentang menggunakan pancainderanya dengan betul. Allah telah mengurniakan manusia beberapa pancaindera. Pancaindera ini sangat penting kerana mempunyai peranan yang besar. Antaranya ialah ; pendengaran, penglihatan dan hati. Inilah yang dikurniakan Allah, supaya dipergunakan dengan betul. Malahan juga bertanggungjawab dan akanditanya tentang peranan yang dipermainkannya di akhirat kelak. Dalam hubungan ini Allah berfirman pada ayat 36 surah al-Isra’ :

Upload: mohd-fairuz-munazah

Post on 27-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Manusia Lahir Tanpa Mengetahui

Manusia lahir tanpa mengetahui.Terjemahan ayat ;

“Dan Allah mengeluarkan kamu ( melahirkan ) dari perut ibu kamu – sedang kamu tiada mengetahui sesuatu apapun – dan dijadikannya bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu bersyukur. Tidakkah mereka lihat kepada burung yang di arah terbang di awang-awang, tidak ada dapat menahannya melainkan Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda keterangan bagi kaum yang beriman.”

( an-Nahl : 78 – 79 )

Huraiannya :Pada ayat 78 : Allah memberitahukan, bahawa manusia itu pada permulaan dia

dilahirkan oleh ibunya tidak mengetahui sesuatu apapun. Bererti dia tidak ada pengetahuan, sehingga dia tidak tahu sesuatu, hanyalah menangis apabila lapar atau kesakitan.

Malahan tidak pula tahu bagaimana hendak meminta atau hendak menyatakan sesuatu, selain melahirkan watak atau pembawaan semulajadi. Watak atau pembawaan seseorang manusia memanglah mudah terlahir dengan tidak payh belajar terlebih dahulu. Namun begitu, kegiatan watak itu akan membahayakan diri sendiri jika tiada diberi kawal;n tentang menggunakan pancainderanya dengan betul.

Allah telah mengurniakan manusia beberapa pancaindera. Pancaindera ini sangat penting kerana mempunyai peranan yang besar. Antaranya ialah ; pendengaran, penglihatan dan hati. Inilah yang dikurniakan Allah, supaya dipergunakan dengan betul. Malahan juga bertanggungjawab dan akanditanya tentang peranan yang dipermainkannya di akhirat kelak.

Dalam hubungan ini Allah berfirman pada ayat 36 surah al-Isra’ :

Terjemahan ayat :“ Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu masing-masing mereka bitu akan ditanya.”

Pendengaran dikurniakan agar manusia mendengar ajaran agama yang berpunca dari kitab Allah dan sunah Rasul-Nya, supaya dijadikan pegangan bagi kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Penglihatan dikurniakan agar manusia dapat melihat kejadian isi alam yang ajaib-ajaib dan pelik-pelik, sehingga meyakinkan dirinya tentang adanya pencipta yang mejadikannya, iaitu Alah yang Maha Esa.

Hati pula dikurniakan Allah kepada manusia untuk manusia memikirkan dan memahami akan makna atau erti segala sesuatu yang boleh dijadikan bukti tentang keesaan Allah.

Page 2: Manusia Lahir Tanpa Mengetahui

Mudah-mudahan manusia taadi bersyukur kepada Allah. Adapun cara bersyukur itu hendaklah menggunakan ketiga-tiga kurniaan Allah tadi dengan dengan betul, sesuai dengan maksud dia dijadikan agar manusia itu dapat berubah dari kejahilan menjadi berpengetauan yang mana ia akan menaikkannya ke taraf yang lebih tinggi.

Mengikut pendapat Mc Dougall seorang sarjana Ilmu Jiwa ( Psychology ), bahawa manusia itu mempunyai pembawaan yang semulajadi atau naluri. Beliau telah menyusun dalam satu senarai dengan menyebutkan jenis-jenis naluri dan kesan-kesan yang ditimbulkannya. Ia adalah seperti berikut :

Naluri Kesan

Keayahan / keibuan Kasih sayangBerbunuh-bunuhan MarahIngin tahu TakjubIngin bebas / lepas TakutCari makan LaparLiar JijikMinta tolong TakutPerkelaminan Berafsu syahwatTerhina Terasa rendahMemerintah Bermegah-megah Memiliki Ingin punyaMembongkar dan menyusun Gemar bekerja dan bergiatBergaul KesepianKetawa Hiburan

Sebenarnya manausia itu kalau hanya gharizah atau naluri yang dipunyai itu tidak dapat meningkatkan dirinya menjadi baik kalau tidak diberi panduan untuk menyalurkan naluri itu dengan betul. Maka ajaran agamalah sebaik-baik alat untuk dijadikan panduan.

Pada ayat 79: Allah menyuruh manusia supaya memerhatikan pula hal burung. Burung merupakan haiwan yang telah diarahkan oleh Allah supaya terbang di awang-awang selagi dia berada di lapisan udara yang membolehkan dia terbang.

Mengikut kata Ka’ab al-Ahbar : burung itu dapat naik ke awang-awang setinggi dua belas batu saja dan tidak boleh naik lebih dari itu. Ini menunjukkan semakin tinggi tingkat awang-awang itu, semakin kurang udara yang mengandungi oksigen yang membolehkan burung itu bernafas dan terbang..

Kermudian Allah berfirman pula : Tidak ada yang dapat menahan burung itu daripada terbang melainkan Allah jua. Bererti burung itu adalah makhluk yang diberikan arahan kepadanya dan tertakluk di bawah kekuasaan Allah. Kalau sekiranya Allah menahannnya, tidak lagi dia dapat terbang.

Sesunguhnya gambaran yang dijelaskan oleh Allah tadi, mengandungi tanda-tanda atau bukti yang terang tentang adanya Allah yang Maha Esa lagi tiada mempunyai sekutu, yang mana bukti tersebut berguna bagi orang-orang yang beriman kerana ia akan menambah lagi keimanan mereka.

Jika manusia sedar pada asalnya mereka tidak berpengetahuan dengan bekalan pancainderanya yang dikurniakan Allah itu hendaklah dipakai kea rah yang baik lagi

Page 3: Manusia Lahir Tanpa Mengetahui

bergua supaya bertambah ilmu dan kepandaiannya. Berkat tekun dan rajin untuk menambah lebih banyak ilmu pengetahuan, jadilah manusia itu makhluk yang pandai. Sehingga dapat ia membuat bermacam-macam pekerjaan yang ,mendatangkan hasil yang banyak dan dapat membuat barang-barang yang berguna, termasuklah alat ciptaan baru yang menakjubkan.

Namun demikian, terlalu sedikit manusia yang mahu berterima kasih kepada Allah. Sebaliknya banyak benar yang kufur ( tidak percaya kepada Allah ) padahal banyak sudah bukti yang diberikan tentang terjadinya alam sekeliling ini. Ia adalah sebagai tanda yang menunjukkan wujudnya Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.

Tetapi ingatlah ! Kepandaian manusia yang telah meningkat begitu tinggi yang telah mencapai taraf seperti burung bahkan dapat terbang lebh tinggi dan lebih jauh ke angkasa lepas sehingga ada yang telah samapai ke bulan. Semua itu adalah dengan kudrat dan keizinan Allah. Dialah sahaja yang berkuasa mengarahkan terlancarnya roket yang membawa manusia atau yang lainnya ke angkasa. Dia jugalah yang berkuassa menahannnya daripada terbang ( apabila sistem penerbangannya rosak ).