manual sistem penilaian prestasi …audit.moh.gov.my/v2/images/dokumen/manual_s3pk.pdf · manual...

8
MANUAL SISTEM PENILAIAN PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN (S3PK). Ini adalah dokumen rasmi manual pengguna Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan. Manual ini disediakan dalam beberapa bahagian untuk kemudahan anda menggunakan Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan. LATAR BELAKANG S3PK adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk membantu KSU memantau dan menilai prestasi kewangan di setiap PTJ dan KKM. Sistem ini dibangunkan berdasarkan sistem rating yang berlandaskan Accountability Index yang disediakan oleh Jabatan Audit Negara. S3PK ini ada menyediakan kemudahan manual kepada pengguna untuk menggunakan sistem ini. Bantuan yang disediakan juga dikenali sebagai "Manual". Data Entry hanya dibenarkan untuk melihat setiap manual bagi peranannya sahaja. Untuk melihat manual tersebut, klik pada menu "Manual > Data Entry" diikuti dengan peranan yang dikehendaki. Manual berkenaan akan dipaparkan dalam bentuk Internet Browser. Setiap pengguna yang ingin menggunakan S3PK memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan. Ini adalah bertujuan sebagai langkah keselamatan pada sistem ini. Untuk akses ke S3PK, sila taip alamat URL seperti berikut : http://spppk.moh.gov.my Untuk mengakses ke S3PK, pengguna perlu ikuti langkah-langkah seperti berikut : 1. Masukkan ID Pengguna yang sah. (Contoh ID Pengguna : hasnul ). 2. Masukkan Kata Laluan yang sah. (Contoh Kata Laluan : hasnul27). Halaman Utama Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan

Upload: truongdat

Post on 15-May-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MANUAL SISTEM PENILAIAN PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN (S3PK).

Ini adalah dokumen rasmi manual pengguna Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan. Manual ini disediakan dalam beberapa bahagian untuk kemudahan anda menggunakan Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan.

LATAR BELAKANG

• S3PK adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk membantu KSU memantau dan menilai prestasi kewangan di setiap PTJ dan KKM.

• Sistem ini dibangunkan berdasarkan sistem rating yang berlandaskan Accountability Index yang disediakan oleh Jabatan Audit Negara.

S3PK ini ada menyediakan kemudahan manual kepada pengguna untuk menggunakan sistem ini.

• Bantuan yang disediakan juga dikenali sebagai "Manual".

• Data Entry hanya dibenarkan untuk melihat setiap manual bagi peranannya sahaja.

• Untuk melihat manual tersebut, klik pada menu "Manual > Data Entry" diikuti dengan peranan yang dikehendaki.

• Manual berkenaan akan dipaparkan dalam bentuk Internet Browser.

• Setiap pengguna yang ingin menggunakan S3PK memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan.

• Ini adalah bertujuan sebagai langkah keselamatan pada sistem ini.

• Untuk akses ke S3PK, sila taip alamat URL seperti berikut :

• http://spppk.moh.gov.my

Untuk mengakses ke S3PK, pengguna perlu ikuti langkah-langkah seperti berikut :

1. Masukkan ID Pengguna yang sah. (Contoh ID Pengguna : hasnul ). 2. Masukkan Kata Laluan yang sah. (Contoh Kata Laluan : hasnul27).

Halaman Utama Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan

3. Klik pada butang untuk mengakses sistem. Sekiranya ID Pengguna dan Kata Laluan adalah sah, sistem akan memaparkan halaman utama pengguna Data Entry.

DATA ENTRY

• Data Entry adalah pihak yang menjawab soalan yang pada sistem. Data Entry hanya boleh menjawab soalan yang berstatus "Tidak Lengkap".

• Pada halaman ini, seorang Data Entry akan memilih Tempoh Penilaian yang dikehendaki.

Untuk pilih Tempoh Penilaian, sila ikuti langkah-langkah berikut.

1. Klik pada butang yang terdapat pada halaman utama seperti berikut. Halaman ini ada memaparkan maklumat seperti a) Tempoh Penilaian

b) Tempoh Untuk Menjawab

c) Peratusan Markah

d) Status Jawapan

e) Pengesahan

Halaman Utama Data Entry

2. Halaman "Senarai Bahagian" untuk dijawab akan dipaparkan.

Halaman Senarai Bahagian

3. Proses memilih Tempoh Penilaian selesai.

Nota:

• Di sebelah kanan halaman utama pengguna ada dipaparkan Countdown bagi

tempoh penilaian untuk dijawab.

• Sekiranya, salah satu soalan tidak dijawab, maka, sistem akan memaparkan Status

sebagai Tidak Lengkap.

Pada halaman ini, seorang Data Entry akan memilih Bahagian yang dikehendaki. Untuk pilih Bahagian, sila ikuti langkah-langkah berikut.

1. Klik pada butang yang terdapat pada halaman "Senarai Bahagian" seperti berikut.

Halaman Untuk Memilih Bahagian

2. Halaman "Senarai Kriteria" seperti berikut akan dipaparkan.

Halaman Senarai Kriteria

3. Proses memilih Bahagian selesai.

Nota:

• Sekiranya, salah satu soalan tidak dijawab, maka, sistem akan memaparkan Status

sebagai Tidak Lengkap.

• Sistem ada menyediakan kemudahan link pantas untuk menjawab bahagian lain.

(Sebelah bawah senarai kriteria)

Pada halaman ini, seorang Data Entry akan memilih Kriteria yang dikehendaki. Untuk pilih Kriteria, sila ikuti langkah-langkah berikut.

1. Klik pada butang yang terdapat pada halaman "Senarai Kriteria" seperti berikut.

Halaman Senarai Kriteria

2. Halaman "Senarai Soalan" seperti berikut akan dipaparkan.

Halaman Senarai Soalan

3. Proses memilih Kriteria selesai.

Pada halaman ini, seseorang Data Entry akan menjawab soalan mengikut kriteria yang telah dipilih.

Untuk menjawab soalan, sila ikuti langkah-langkah berikut. 1. Jawab soalan yang terdapat pada halaman "Senarai Soalan" seperti berikut. Pilih jawapan yang sesuai.

Halaman Senarai Soalan

2. Klik pada butang untuk menghantar jawapan yang telah dimasukkan. Halaman seperti berikut akan dipaparkan.

Halaman Soalan Telah Dijawab

3. Untuk mencetak soalan, klik butang untuk mencetak soalan. Dialog mesej seperti berikut akan dipaparkan.

Paparan kotak mesej

4. Klik pada butang untuk melihat soalan dalam format PDF.

5. Untuk mengemas kini jawapan soalan, klik pada butang dan halaman seperti berikut akan dipaparkan.

Halaman Kemas Kini Jawapan Soalan

6. Masukkan jawapan soalan yang ingin dikemas kini dan klik butang . 7. Proses menjawab soalan selesai.

Nota:

• Sekiranya soalan adalah Tidak Berkaitan, pengguna boleh klik checkbox berkenaan.

• Status soalan akan bertukar kepada Lengkap sekiranya semua soalan telah dijawab.

Sekiranya semua soalan telah dijawab, status pada Tempoh Penilaian, Bahagian dan Kriteria akan menjadi Lengkap.

VERIFIER

• Verfier akan menyemak semua soalan untuk disahkan.

• Sebarang perubahan markah tidak dibenarkan untuk dikemaskini setelah pengesahan telah dibuat.

• Markah kepada soalan akan dipaparkan pada halaman utama Data Entry / Verifier.(Paparan markah adalah bergantung kepada setting seseorang PTJ)

• Contoh paparan soalan lengkap dijawab adalah seperti berikut.

Soalan yang telah lengkap dijawab dan belum disahkan

Soalan lengkap dijawab pada senarai bahagian

Soalan lengkap dijawab pada senarai kriteria

• Contoh paparan soalan yang telah disahkan adalah seperti berikut.

Soalan lengkap telah disahkan

Sistem ini telah menyediakan kemudahan butang-butang dan ikon untuk membantu pengguna semasa menggunakan sistem.

• Setiap butang yang terdapat pada sistem ini mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.

• Istilah seperti akronim juga digunakan di dalam dokumen ini. FUNGSI BUTANG Sila lihat jadual berikut untuk memahami fungsi-fungsi butang yang terdapat pada sistem ini.

# Ikon/Butang Nama Ikon/Butang Keterangan

1.

Butang Login Untuk mula masuk ke dalam sistem.

2.

Butang Simpan Untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.

3.

Butang Batal Untuk kembali ke halaman sebelumnya.

Sila rujuk jadual berikut untuk rujukan maklumat akronim.

# Akronim Nama Penuh

1. KSU Ketua Setiausaha.

2. PTJ Pusat Tanggungjawab.

3. KKM Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. S3PK Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan