manual sistem ipta stpm

17
  

Upload: adli-adlan-zuhan

Post on 04-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 1/16

 

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 2/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

2 | M u k a s u r a t 

1. LAMAN UTAMA PILIHAN JENIS PERMOHONAN, PROGRAM PENGAJIAN

DAN KATEGORI

1.1. Pada ruangan Jenis Permohonan, pemohon perlu memilih ‘Kemasukan Ke IPTA/Politeknik

Premier’. Pemohon boleh klik pada ikon di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat

lanjut mengenai Jenis Permohonan.

1.2. 

Seterusnya pada ruangan Program Pengajian, pemohon perlu memilih ‘Program Pengajian’

samada ‘Lepasan STPM/Setaraf ’. Pemohon boleh klik pada ikon di sebelah kananbagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Program Pengajian yang ditawarkan.

1.3. 

Pemohon perlu menentukan dan memilih Kategori Permohonan sama ada STPM 2014,

Matrikulasi KPM/ PASUM/ Diploma/ Setaraf/ STAM 2014, 2013. Pemohon boleh klik pada

ikon di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Program Pengajian

yang ditawarkan.

1.4. 

Sila klik butang ‘Masuk’ untuk ke laman berikutnya.

PERINGATAN!!! 

Sila pastikan komputer yang anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader bagi tujuan

mencetak Slip Permohonan. Jika tiada perisian ini, sila layari laman webhttp://get.adobe.com/reader dan instalasi perisian tersebut sebelum mengemukakan

permohonan.

Pemohon dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan.

Pemohon dikehendaki menyelesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan

permohonan untuk calon lain.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 3/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan SPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

3 | M u k a s u r a t 

2. LAMAN PANDUAN PERMOHONAN 

2.1. 

Pemohon diWAJIBkan untuk membaca Panduan Permohonan bagi mengetahui tatacara

permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian iaitu Sebelum, Semasa dan Selepas

Mengemukakan Permohonan.

2.2. Pemohon boleh kembali semula ke Laman Utama dengan mengklik ‘Laman Utama’ pada

Menu.

2.3. 

Untuk meneruskan permohonan, sila klik ‘Permohonan’ pada Sistem.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 4/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

4 | M u k a s u r a t 

3. BORANG DAFTAR PERMOHONAN

3.1. 

Pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKAD’ sebenar. Pastikan No. Kad Pengenalan

yang dimasukkan adalah BETUL  mengikut kad pengenalan anda. Sebarang kesilapan boleh

menjejaskan permohonan. Contoh: 123456789101. 

3.2. Pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/ MyKAD (semasa pendaftaran peperiksaan)’.

Maklumat ini penting sekiranya No. Kad Pengenalan yang didaftarkan semasa menduduki

peperiksaan STPM, Matrikulasi/Asasi dan STAM berbeza dari No. Kad Pengenalan sebenar.

3.3. Pemohon wajib mengisi ‘No. Unik ID’.  Nombor ini boleh dibeli di mana-mana cawangan

Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai nombor pin keselamatan untuk mengisi borang

permohonan.

3.4. Pemohon wajib mengisi ‘Kata Laluan’. Kata laluan mestilah terdiri daripada gabungan

nombor dan huruf   atau angka dan huruf   di antara 6-8 aksara. Contoh:

abc123/123abc/a123b.

3.5. Pemohon wajib mengisi ‘Pengesahan Kata Laluan’ sama seperti kata laluan yang telah

dimasukkan di atas.

3.6. Pemohon wajib mengisi ‘Nama Ibu’. Masukkan nama yang ringkas dan mudah diingati.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 5/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

5 | M u k a s u r a t 

3.7. 

Pemohon diwajibkan memilih kategori yang BETUL. Untuk makluman, sila rujuk ‘[Info

Kategori]’. 

3.8. Pemohon wajib mengisi ’Kod Keselamatan’. Pastikan kod yang dimasukkan sama seperti yang

tertera. Sekiranya kod yang dipaparkan kurang atau tidak jelas, sila klik butang Refresh pada

browser anda.

3.9. 

Untuk meneruskan permohonan, sila klik butang ‘Seterusnya’. 

3.10. 

Pop-up Mesej berikut akan dipaparkan tujuan PERINGATAN. Klik ‘OK’. 

3.11. 

Sekiranya pemohon SALAH  memilih Kategori, mesej berikut akan dipaparkan. Pemohon

perlu klik butang ‘KEMBALI’ untuk membuat permohonan semula.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 6/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

6 | M u k a s u r a t 

4. BORANG MAKLUMAT PERIBADI 

4.1. ‘No Kad Pengenalan/MyKAD’ adalah maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran

sistem.

4.2. ‘No  Kad Pengenalan/MyKAD (semasa pendaftaran peperiksaan)’ adalah maklumat

yang dimasukkan semasa pendaftaran peperiksaan. Maklumat ini penting sekiranya No. Kad

Pengenalan/Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No. Kad

Pengenalan sebenar.

4.3. 

Pemohon wajib mengisi ‘No Kad Pengenalan/ MyKAD Bapa/ Penjaga dan Ibu’  tanpa

simbol. Contoh: 123456789101. 

4.4. 

Pemohon wajib mengisi ruangan ‘Nama’  sama seperti yang tertera pada No KadPengenalan/ MyKad. Pastikan nama yang dimasukkan tepat.

4.5. Pemohon wajib mengisi ‘Tarikh Lahir’. Klik pada ikon . Pop-up kalendar seperti rajah di

bawah akan terpapar. Sila pastikan tarikh yang dipilih tepat.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 7/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

7 | M u k a s u r a t 

4.6. 

Pemohon wajib mengisi ’Tempat Lahir’. Pilih maklumat negeri kelahiran dari senarai yangdisediakan.

4.7. Pemohon wajib mengisi ’Alamat Surat Menyurat’. Sila pastikan alamat anda adalah betul.

Sebarang kesilapan boleh menyebabkan anda gagal dihubungi.

4.8. Pemohon wajib mengisi ‘Bandar’.

4.9. 

Pemohon wajib mengisi ‘Poskod’. Sila pastikan hanya nombor sahaja yang dimasukkan.

4.10. Pemohon perlu mengisi ‘Telefon Rumah’ ATAU ‘Telefon Bimbit’. Pemohon wajib mengisi

salah satu atau kedua-dua nombor telefon. Sebarang kesilapan semasa mengisi

maklumat ini akan menyebabkan pemohon gagal dihubungi.

4.11. 

Pemohon wajib mengisi ‘Emel’. Pastikan alamat emel yang dimasukkan mengikut format.

4.12. 

Pemohon wajib mengisi ‘Taraf Perkahwinan’. Pilih maklumat perkahwinan dari senarai

yang disediakan.

4.13. 

pemohon wajib mengisi ‘Kecacatan’.

a. Adakah anda cacat? Wajib pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

b. Jika ’Ya’, Sila pilih dari senarai yang disediakan. Seperti rajah dibawah.

c. Jika ‘Cacat Lain’, sila isikan ruangan yang disediakan.

d. No. Pendaftaran OKU (jika ada). 

e. Keterangan Kecacatan. Sila klik ’Contoh Keterangan Kecacatan’ untuk panduan.

4.14. Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’  untuk ke laman seterusnya.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 8/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

8 | M u k a s u r a t 

5. BORANG MAKLUMAT PEKERJAAN DAN KELUARGA 

5.1. Pemohon wajib mengisi ‘Status Pekerjaan’.

a.  Bapa/Penjaga - Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang

disediakan.

b.  Ibu - Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.

c.  Pemohon - Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.

5.2. Pemohon perlu mengisi ‘Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon’. Sila pilih dari senarai

yang disediakan.

5.3. Pemohon wajib mengisi ‘Pendapatan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

5.4. Pemohon wajib mengisi ‘Tanggungan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

5.5. Pemohon wajib mengisi ‘Tempat Tinggal’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

5.6. Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.

Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh klik pada tab Peribadi > seperti yang

tertera.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 9/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

9 | M u k a s u r a t 

6. BORANG MAKLUMAT AKADEMIK (SPM)

6.1. Pemohon wajib mengisi ‘Angka Giliran SPM’.

6.2. 

Pemohon wajib mengisi ‘Tahun SPM’. Sila pilih maklumat dari senarai yang disediakan.

6.3. 

Pemohon wajib mengisi ‘Keputusan SPM’. 

a. 

Bagi Kategori Lepasan STPM 2013, Matrikulasi/ Asasi dan STAM

2013,2012, maklumat Keputusan SPM tertera secara Automatik.

b.  Bagi Kategori Diploma/ Setaraf, anda perlu mengisi maklumat Keputusan SPM.

6.4. Pemohon hanya perlu mengisi ‘BM Julai’ jika ada.

6.5. 

Pemohon hanya perlu mengisi ‘Matematik Julai’ jika ada.

6.6. Maklumat ‘No. Matrik’  dan ‘Kolej Matrikulasi’  tertera secara automatic jika pemohon

adalah kategori Matrikulasi/ Asasi.

6.7. Maklumat ‘Tahun STAM’  dan ‘Angka Gilir STAM’  tertera secara automatik jika

pemohon adalah kategori STAM.

Bagi Pemohon Kategori Diploma/ Setaraf. 

6.8. Pemohon wajib mengisi ‘PNGK/HPNM’. 

6.9. 

Pemohon perlu mengisi ‘Lain-lain PNGK’.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 10/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

10 | M u k a s u r a t 

6.10. 

Pemohon wajib mengisi ‘Keterangan Diploma’.

i.  Negara: Pilih maklumat dari senarai negara yang disediakan.

ii. 

Institusi : Pilih maklumat dari senarai institusi yang disediakan.iii.  Jenis Diploma : Pilih maklumat dari senarai jenis diploma yang disediakan.iv.  Bidang Diploma : Pilih maklumat dari senarai bidang diploma yang disediakan. v.

 

Status Tamat Pengajian : Pilih maklumat dari senarai status tamat

pengajian yang disediakan.

vi.  Tarikh Tamat Pengajian : Klik pada icon

vii. 

Lain‐lain Institusi : Sila isi ruangan ini jika maklumat anda tiada

dalam senarai institusi yang disediakan di ruangan (b).

viii.  Diploma Selain Di Atas : Sila isi ruangan ini jika maklumat anda tiada dalam

senarai jenis diploma yang disediakan di ruangan (c).

6.11. 

Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.

Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada tab Peribadi >

Pekerjaan & Keluarga > seperti yang tertera.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 11/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

11 | M u k a s u r a t 

7. BORANG PILIHAN PROGRAM 

7.1. Pemohon WAJIB mengisi ‘Pilihan Bidang Mengikut Keutamaan’. Sila pilih dari senarai yang

disediakan.

i.  Bidang 1 – WAJIB diisi.

ii. 

Bidang 2 – WAJIB diisi.

iii.  Bidang 3 – WAJIB diisi.

7.2. 

Pemohon WAJIB mengisi ‘Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan’. Sila pilih dari

senarai yang disediakan.

i. 

Pilihan 1 – WAJIB diisi.

ii.  Pilihan 2 – WAJIB diisi.

iii. 

Pilihan 3 – WAJIB diisi.

iv. 

Pilihan 4 – WAJIB diisi.

v. 

Pilihan 5 – WAJIB diisi.

vi.  Pilihan 6 – WAJIB diisi.

vii. 

Pilihan 7 – WAJIB diisi.

viii.  Pilihan 8 – WAJIB diisi.

ix. 

Pilihan 9 – WAJIB diisi.

x. 

Pilihan 10 – WAJIB diisi.

xi.  Pilihan 11 – WAJIB diisi.xii.  Pilihan 12 – WAJIB diisi.

7.3. Pemohon WAJIB  mengisi ‘Pilihan Zon Bagi Menghadiri Temuduga (Jika memilih programpengajian BERTEMUDUGA (yang bertanda ‘#’pada nama program)). Sila pilih dari senaraiyang disediakan.

7.4. 

Pemohon WAJIB  mengisi ‘Adakah anda bersetuju menerima tawaran selain pilihan-

pilihan anda diatas?’. Sila nyatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. 

7.5. 

Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 12/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

12 | M u k a s u r a t 

Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada tab Peribadi >

Pekerjaan & Keluarga > Akademik > seperti yang tertera.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 13/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

13 | M u k a s u r a t 

8.  BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN (LAIN-LAIN) 

8.1. Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima sebarang hebahan

maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas(SMS)?’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’. 

8.2. 

Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan

Pinjaman(WPP) PTPTN?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau Tidak’.

8.3. 

Sila klik butang ‘Simpan & Seterusnya’ untuk ke laman seterusnya.

Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada tab Peribadi >

Pekerjaan & Keluarga > Akademik > Pilihan Program > seperti yang tertera.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 14/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

14 | M u k a s u r a t 

9. LAMAN PENGESAHAN PERMOHONAN 

9.1. 

Anda diwajibkan menyemak semula semua maklumat yang telah diisi. Sekiranya terdapat

sebarang perubahan sila klik pada tab bahagian yang diperlukan untuk mengemaskini

maklumat sebelum pengesahan dibuat. Pastikan maklumat yang diisi adalah TEPAT  danBETUL.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 15/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

15 | M u k a s u r a t 

9.2.  Pemohon wajib membaca dan wajib klik pada ruangan ‘Peringatan’ dan ‘Perakuan

Pemohon’.

9.3. 

Pastikan anda klik butang ‘Sah & Hantar’  untuk memastikan maklumat anda telahselamat diterima oleh sistem.

7/21/2019 Manual Sistem IPTA STPM

http://slidepdf.com/reader/full/manual-sistem-ipta-stpm 16/16

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA

Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2015/2016

16 | M u k a s u r a t 

10.  LAMAN SLIP PERMOHONAN 

10.1. 

Pastikan anda mencetak Slip Permohonan sebagai bukti sah permohonan.

10.2. Bagi memastikan maklumat permohonan anda telah diterima oleh sistem, sila buat

semakan dari menu SEMAKAN.

10.3. 

Selepas mengemukakan permohonan, tiada had ditetapkan  bagi pengemaskinian

maklumat permohonan sehingga tarikh tutup permohonan.

11.4. Selepas selesai permohonan dibuat, skrin seperti dibawah akan dipaparkan.

Contoh Slip Permohonan