sektor penyelidikan pendidikan keusahawanan di ipta tajuk ...buang.pdf · tajuk: kajian keperluan...

30
Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk: Kajian Keperluan Pendidikan Keusahawanan Secara Formal Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan Fakulti Pendidikan, UKM Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Nor Aishah Bt. Buang Fakulti Pendidikan, UKM 1.1 PENDAHULUAN: Pendidikan Keusahawanan Di Institut Pengajian Tinggi Institusi pendidikan tinggi (IPT) ialah organisasi yang sistematik dan formal dari aspek kurikulum dan pentadbiran (Sufean Hussin 2004) dengan menawarkan program akademik sebagai menyediakan pelajar yang mampu mengurus dan mengaplikasikan pengetahuan dalam tindakan (Collins et al. 2004) dan tenaga pekerja profesional dan berkemahiran tinggi yang memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi (Asarudin & Khairi Izwan 1995; Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Peranan IPT menyumbang inovasi dalam ekonomi dan sosial untuk membangunkan modal insan berpengetahuan dan berpengalaman (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001; World Bank Report 2002; Pyle & Forrant 2003; Morshidi Sirat et al. 2004; Zolkafli Hussin et al. 2004; Syed Hussein Alattas 2005). Justeru, sistem pendidikan tinggi merupakan pemangkin kepada penjanaan modal insan yang memenuhi wawasan masyarakat dan negara (Ginkel 2004). IPT perlu menggunakan sumber dan kepakarannya untuk menyumbang kepada ekonomi negara (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001; Morshidi Sirat 2003; Pyle & Forrant 2003; Zolkafli Hussin et al. 2004; Syed Hussein Alattas 2005) dan mengkomersilkan idea dan hasil penyelidikan. Hanya bila ada idea dikomersilkan barulah wujud peluang pekerjaan dan penciptaan kekayaan (Garavan & Cinneide 1994; Gallaway & Brown 2000). IPT perlu menjalinkan hubungan dengan pihak industri (Greenback 2000; Chrisman & McMullan 2004). Sains dan teknologi perlu disatukan dengan kepakaran bidang lain seperti pengetahuan dan keperluan pelanggan untuk mencipta sesuatu produk baru yang inovatif (Hisrich et al. 2005). Contohnya di United Kingdom, kerajaan menyediakan galakan dan bantuan kepada IPT bertujuan IPT mendampingi pihak perniagaan dan komuniti (Garavan dan O’Cinneide 1994). Matlamat umum adalah untuk menambah nilai kepada masyarakat dan ekonomi melalui pertukaran pengetahuan. Oleh itu, pendidikan keusahawanan di Malaysia dilaksanakan sebagai salah satu strategi melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP Ke-3) dengan tujuan untuk menambah bilangan sumber manusia mahir, berkebolehan membangunkan inovasi dan teknologi, dan menggalakkan perniagaan bagi mencapai matlamat masyarakat perdagangan dan perindustrian menjelang tahun 2020 (Malaysia 2001, 2006).

Upload: vudien

Post on 31-Jan-2018

293 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA

Tajuk: Kajian Keperluan Pendidikan Keusahawanan Secara Formal Dalam Kalangan

Pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan Fakulti Pendidikan, UKM

Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Nor Aishah Bt. Buang

Fakulti Pendidikan, UKM

1.1 PENDAHULUAN: Pendidikan Keusahawanan Di Institut Pengajian

Tinggi Institusi pendidikan tinggi (IPT) ialah organisasi yang sistematik dan formal dari aspek kurikulum dan pentadbiran (Sufean Hussin 2004) dengan menawarkan program akademik sebagai menyediakan pelajar yang mampu mengurus dan mengaplikasikan pengetahuan dalam tindakan (Collins et al. 2004) dan tenaga pekerja profesional dan berkemahiran tinggi yang memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi (Asarudin & Khairi Izwan 1995; Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Peranan IPT menyumbang inovasi dalam ekonomi dan sosial untuk membangunkan modal insan berpengetahuan dan berpengalaman (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001; World Bank Report 2002; Pyle & Forrant 2003; Morshidi Sirat et al. 2004; Zolkafli Hussin et al. 2004; Syed Hussein Alattas 2005). Justeru, sistem pendidikan tinggi merupakan pemangkin kepada penjanaan modal insan yang memenuhi wawasan masyarakat dan negara (Ginkel 2004).

IPT perlu menggunakan sumber dan kepakarannya untuk menyumbang kepada ekonomi negara (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001; Morshidi Sirat 2003; Pyle & Forrant 2003; Zolkafli Hussin et al. 2004; Syed Hussein Alattas 2005) dan mengkomersilkan idea dan hasil penyelidikan. Hanya bila ada idea dikomersilkan barulah wujud peluang pekerjaan dan penciptaan kekayaan (Garavan & Cinneide 1994; Gallaway & Brown 2000). IPT perlu menjalinkan hubungan dengan pihak industri (Greenback 2000; Chrisman & McMullan 2004). Sains dan teknologi perlu disatukan dengan kepakaran bidang lain seperti pengetahuan dan keperluan pelanggan untuk mencipta sesuatu produk baru yang inovatif (Hisrich et al. 2005). Contohnya di United Kingdom, kerajaan menyediakan galakan dan bantuan kepada IPT bertujuan IPT mendampingi pihak perniagaan dan komuniti (Garavan dan O’Cinneide 1994). Matlamat umum adalah untuk menambah nilai kepada masyarakat dan ekonomi melalui pertukaran pengetahuan. Oleh itu, pendidikan keusahawanan di Malaysia dilaksanakan sebagai salah satu strategi melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP Ke-3) dengan tujuan untuk menambah bilangan sumber manusia mahir, berkebolehan membangunkan inovasi dan teknologi, dan menggalakkan perniagaan bagi mencapai matlamat masyarakat perdagangan dan perindustrian menjelang tahun 2020 (Malaysia 2001, 2006).

Page 2: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

2

Pendidikan keusahawanan merupakan bidang yang sesuai untuk ditawarkan di IPT bagi membangunkan ciri-ciri dan potensi keusahawanan dalam diri graduan yang menepati keperluan masyarakat (Rushing 1990; Kementerian Pendidikan Malaysia 1995; Sluis et al. 2004; Mohd Salleh Din et al. 2005). Ini dapat dilaksanakan melalui pembangunan dan perlaksanaan kurikulum keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal (Nor Aishah Buang 2006). Kesedaran terhadap kepentingan bidang keusahawanan dapat dilihat melalui peningkatan penawaran kursus, program, penyelidikan dan penerbitan oleh IPT serta permintaan oleh pelajar di seluruh dunia sejak tahun 1980-an (Chandler & Lyon 2001; Faoite et al. 2003; Lewis & Massey 2003; Uhlaner 2003; Kuratko & Hodgetts 2004; Baron & Shane 2005; Hisrich et al. 2005; Mohd Salleh Din et al. 2005).

Selain itu, perkembangan pendidikan keusahawanan juga dapat dilihat dalam

penerbitan jurnal berwasit dan juga penyelidikan keusahawanan (Chandler & Lyon 2001). Menurut kajian yang dijalankan oleh Fried (2003), terdapat 25 jurnal berwasit yang menerbitkan artikel tentang keusahawanan di peringkat antarabangsa dan terdapat 19 penerbitan yang menyiarkan 472 artikel keusahawanan (Shane 1997). Ini menunjukkan bahawa keusahawanan telah menjadi semakin penting dan semakin menjadi fokus kajian (Shane 1997; Fried 2003). Peningkatan ini disebabkan oleh kesedaran terhadap sumbangan pendidikan keusahawanan sebagai penjana dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, peranan media massa memaparkan imej positif usahawan yang berjaya dan menjadikan usahawan sebagai model peranan dalam pemilihan kerjaya (Cheng Ming Yu & Cheryl Chan 2003; Baron & Shane 2005; Hisrich et al. 2005).

Pendidikan keusahawanan di peringkat pendidikan tinggi juga semakin berkembang di Malaysia dalam bentuk akademik dan kokurikulum (Kementerian Pendidikan Malaysia 1995; Za’faran Hassan 2003; Armanurah Mohamad et al. 2005). Pertambahan penawaran kursus akademik sebagai kursus teras, kursus elektif, program keusahawanan, Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan juga kursus di peringkat pasca-siswazah (Mohd Khairuddin & Syed Azizi 2002). Jadual 1.1 meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia yang menawarkan pendidikan keusahawanan dalam bentuk akademik.

JADUAL 1.1 Insitusi pendidikan tinggi dan kursus/program pendidikan

keusahawanan

Bil. Nama Institusi Jenis kursus/program

1. Universiti Utara Malaysia (UUM)

- Kursus wajib universiti: Asas keusahawanan (Prasiswazah) - Kursus teras program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian - Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian - Kursus elektif (Pasca-siswazah)

2. Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Kursus wajib universiti (Diploma)

Page 3: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

3

3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

- Kursus elektif: Keusahawanan dan Pemasaran (Prasiswazah) - Sarjana Teknopreneur - Bidang kajian (Pasca-siswazah)

4. Universiti Putra Malaysia (UPM)

- Bidang pengkhususan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian - Bidang kajian (Pasca-siswazah)

5. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

- Kursus wajib program Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian dan Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian

- Bidang kajian (Pasca-siswazah)

6. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

- Kursus elektif program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian dan program minor - Bidang kajian (Pasca-siswazah)

7. Universiti Malaya (UM) - Kursus elektif program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian

- Kursus elektif program Sarjana Pengurusan dan bidang kajian (Pasca-siswazah)

8. Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

Kursus elektif program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran dengan Kepujian

9. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Kursus teras program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan) dengan Kepujian

10. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Bidang kajian (Pasca-siswazah)

11. Universiti Malaysia Terengganu (UDM)

1) Kursus Keusahawanan dan Perniagaan: teras program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi).

2) Kursus Keusahawanan dan Kejuruteraan: teras program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

3) Kursus Keusahawanan Siber: teras program Diploma Teknologi Komputer (Kejuruteraan Perisian).

4) Kursus Keusahawanan: elektif program. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (elektronik).

12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Kursus wajib universiti: Keusahawanan Kejuruteraan (Prasiswazah)

13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)

Kursus Kemahiran Keusahawanan, kursus teras program: 1) Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Perisian 2) Ijazah Sarjana Muda Rangkaian Komputer 3) Ijazah Sarjana Muda Pengkalan Data 4) Ijazah Sarjana Muda Media Interaktif. Sarjana Sains Keusahawanan dan bidang kajian (Pasca-siswazah)

14. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

1) Kursus Perniagaan dan Keusahawanan: teras program diploma

2) Kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan teras program diploma

Sumber Adaptasi Armanurah et al. (2006) dan Jabatan Keusahawanan,

Universiti Utara Malaysia (2003)

Page 4: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

4

1.2 PENYATAAN MASALAH

Tinjauan pengesanan graduan Malaysia bekerja oleh kerajaan pada tahun 2005 mendapati kira-kira 60,000 orang graduan sedang menganggur, keadaan ini membimbangkan kerana boleh mengakibatkan tekanan inflasi dan menjejaskan kelebihan bersaing negara dengan negara-negara membangun yang lain dalam jangka panjang (Nanthakumar & Hamka 2008).

Salah satu pendekatan yang digunakan untuk mencapai matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia berbudaya keusahawanan ialah melalui pendidikan keusahawanan di IPT yang bertujuan memberikan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001; Malaysia 2001; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 2005; Malaysia 2006). Oleh itu, akan dapat memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan siswazah dan menukar mentaliti pelajar ke arah bekerja sendiri (Ede et al. 1998; Mohd Salleh Din 2002; Nor Aishah Buang et al. 2005) daripada bekerja makan gaji. Seterusnya dapat mengurangkan pengangguran dalam kalangan graduan IPTA.

Jadual 1.1 menunjukkan hanya 4 buah IPTA menawarkan kursus

keusahawanan kepada pelajar di Fakulti Kejuruteraan. Ini menggambarkan bahawa terlalu kurang kursus ini diberikan kepada pelajar dari jurusan lain seperti jurusan kejuruteraan dan jurusan sains (Hynes 1996). Kajian oleh Lilia et al. (2004) pelajar jurusan sains lebih cenderung terhadap kaedah pembelajaran keusahawanan berbanding pelajar jurusan perniagaan. Tetapi, mereka ini tidak diberikan peluang untuk mengikuti pendidikan keusahawanan. Justeru IPTA perlu menyediakan peluang bagi para pelajar untuk mendapatkan pendidikan keusahawanan sama ada secara formal atau tidak formal. 1.3 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pandangan pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Fakulti Pendidikan (FPEND) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) keperluan kepada pendidikan keusahawanan secara formal untuk pelajar universiti. Keperluan ini perlu diteliti untuk mengenal pasti bentuk pendekatan pendidikan keusahawanan yang sesuai dilaksanakan di universiti. Kajian ini memfokus kepada keperluan pendidikan keusahawanan secara formal dari aspek kerjaya keusahawanan yang perlu dicitakan pelajar universiti, tanggungjawab universiti menyediakan latihan kerjaya keusahawanan untuk pelajar universiti, alasan kepada keperluan pelaksanaan pendidikan keusahawanan secara formal di universiti, membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten, kemudahan yang perlu disediakan oleh universiti, saluran pendidikan dan kandungan kursus pendidikan keusahawanan yang sesuai untuk pelajar universiti.

Page 5: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

5

1.3.1 Objektif Kajian 1. Untuk mengenal pasti profil pelajar FKAB dan FPEND. 2. Untuk mengenal pasti tahap pandangan pelajar FKAB dan FPEND tentang

kerjaya keusahawanan yang perlu dicitakan pelajar universiti. 3. Untuk mengenal pasti tahap pandangan pelajar FKAB dan FPEND tentang

tanggungjawab universiti menyediakan latihan kerjaya keusahawanan untuk pelajar universiti.

4. Untuk mengenal pasti tahap pandangan pelajar FKAB dan FPEND tentang

alasan kepada keperluan pelaksanaan pendidikan keusahawanan secara formal di universiti.

5. Untuk mengenal pasti tahap pandangan pelajar FKAB dan FPEND tentang

saluran pendidikan keusahawanan yang sesuai untuk pelajar universiti. 6. Untuk mengenal pasti tahap pandangan pelajar FKAB dan FPEND tentang

bagaimana membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten di universiti.

7. Untuk mengenal pasti tahap pandangan pelajar FKAB dan FPEND tentang

kemudahan yang perlu disediakan oleh universiti untuk membantu pelajar universiti.

8. Untuk mengenal pasti tahap pandangan pelajar FKAB dan FPEND tentang

kandungan kursus pendidikan keusahawanan untuk pelajar universiti. 9. Untuk mengenal pasti perbezaan yang signifikan bagi aspek tahap pandangan

pelajar FKAB dan FPEND tentang; i) kerjaya keusahawanan, ii) tanggungjawab universiti, iii) alasan kepada keperluan pelaksanaan pendidikan keusahawanan secara formal, iv) saluran pendidikan, v) bagaimana membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten, vi) kemudahan dan vii) kandungan kursus pendidikan keusahawanan berdasarkan:

a. Fakulti 10. Untuk mengenal pasti hubungan yang signifikan antara tahap pandangan

pelajar FKAB dan FPEND dari aspek; i) kerjaya keusahawanan, ii) tanggungjawab universiti, iii) alasan kepada keperluan pelaksanaan pendidikan keusahawanan secara formal, iv) saluran pendidikan, v) bagaimana membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten, vi) kemudahan dan vii) kandungan kursus pendidikan keusahawanan dengan:

a. Fakulti

Page 6: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

6

1.4 KERANGKA KONSEPTUAL Fenomena keperluan (need) lazimnya dikaitkan dengan kajian keperluan terhadap masalah atau defisit, perubahan yang akan berlaku, peluang, kekuatan, hala tuju baru dan pematuhan mandat atau arahan yang dikeluarkan (Brinkerhoff 1987) sebelum sesuatu penyelesaian, pendekatan, pelaburan, perbelanjaan dan perubahan akan diimplimentasikan (Ulschak 1983; Stout 1995).

Mengadaptasikan Model Penilaian/ Analisis Keperluan Lubke (2001) telah mencadangkan satu formula iaitu ‘Should Be – Is = Gap’. ‘Gap’ dirujuk sebagai keperluan, iaitu hasil daripada perbezaan atau delta di antara ‘Is’ dan ‘Should Be’. ‘Should Be’ atau ‘desired or necessary situation’ berkaitan dengan peluang dan keinginan perlaksanaan. Ia memfokus kepada keperluan tugasan kerja, kemahiran, pengetahuan dan kemampuan yang diperlukan untuk menyempurnakan kejayaan. ‘Is’ atau ‘current situation’ adalah tahap perlaksanaan semasa (actual) – individu, kumpulan dan organisasi perlu mengenal pasti tentang kemahiran, pengetahuan dan kemampuan semasa mereka dan/atau akan datang. Dalam organisasi swasta, keperluan dilihat berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan keuntungan, manakala dalam organisasi awam atau bukan bermotif keuntungan pula, keperluan berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan (orang awam).

Berdasarkan Rajah 1.1, kerangka konseptual ini dibentuk bersesuaian dengan tujuan kajian. Kerangka yang dibina adalah untuk mengetahui atau menyemak perlaksanan semasa (actual performance) pendidikan keusahawanan di universiti sama ada mencapai matlamat pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti dan mutu pendidikan tinggi, atau universiti perlu melaksanakan satu pendekatan atau penanda aras baru pendidikan keusahawanan yang akan dijalankan secara formal di universiti.

Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian

Sumber: Adaptasi Model Penilaian/ Analisis Keperluan Lubke (2001)

Situasi Semasa/ ‘Is’ Situasi Impian atau Perlu/ ‘Should Be’

Kerjaya keusahawanan

Tanggungjawab universiti

Alasan kepada keperluan

pelaksanaan

Saluran pendidikan

Tenaga pengajar yang

kompeten

Kemudahan universiti

Kandungan kursus

pendidikan keusahawanan

Pendidikan

keusahawanan secara

formal di IPTA

AN

AL

ISIS

KE

PE

RL

UA

N

Page 7: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

7

2.1 TINJAUAN LITERATUR Kajian ilmiah bagi pendidikan keusahawanan di IPT Malaysia adalah kurang menyeluruh dan, agak terhad kepada beberapa lokasi sahaja, maka timbul keperluan untuk melihat secara lebih terperinci lagi terhadap aspek pandangan pelajar di IPT dalam melaksanakan pendidikan keusahawan secara formal. Walaupun terdapat banyak kajian yang telah dijalankan di luar negara tentang pendidikan keusahawanan antaranya seperti Garavan & Cinneide (1994), Gorman et al. (1996), Dana (2001), Robertson & Collins (2003), Jones & English (2004), Klapper (2004), Hytti dan O’Gorman (2004), Gurol & Atsan (2006), Heinonen & Poikkijoki (2006), Domke-Damonte & Faultstich (2008), keperluan kajian dalam konteks persekitaran IPT di Malaysia perlu dilaksanakan kerana Malaysia mempunyai latar belakang yang berbeza, dasar kerajaan dan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbanding dengan negara lain.

Kent (1990) menjalankan kajian ke atas keberkesanan program keusahawanan di peringkat universiti dengan penumpuan kepada peringkat sarjana muda dan ijazah sarjana. Wujud peningkatan program keusahawanan di universiti kerana bertambah permintaan dan juga pentadbir dapat meningkatkan dana kewangan melalui program ini. Adalah sukar untuk mengukur keberkesanan program keusahawanan (Chrisman & McMullan 2001).

Manakala Gallaway dan Brown (2000) menjalankan kajian tentang potensi

pendidikan di universiti dalam membantu pekembangan perniagaan kecil dan sederhana. Mereka mengkaji pelajar yang mengambil kursus elektif keusahawanan dan kesannya terhadap motivasi dan cita-cita untuk membuka perniagaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa keinginan pelajar boleh berubah mengikut peredaran masa, tetapi sebahagian pelajar menunjukkan keinginan untuk membuka perniagaan sebaik tamat pengajian di universiti. Walau bagaimanapun kebanyakan pelajar ingin bekerja dahulu sebelum menimbangkan untuk menjadi usahawan (Gallaway & Brown 2000; Matlay 2002). Kajian oleh Moore (2004) juga mendapati bahawa pendidikan mempengaruhi keputusan untuk menjadi usahawan. Faktor penting yang lain ialah keadaan industri yang diceburi, kekayaan dan sikap terhadap risiko (Moore 2004).

Hytti dan O’Gorman (2004) membahaskan bahawa terdapat pelbagai bentuk

penawaran pendidikan keusahawanan. Mereka telah mengkaji perlaksanaan 50 program pendidikan keusahawanan di empat buah negara di Eropah dan mendapati bahawa terdapat tiga objektif penting pendidikan keusahawanan yang mempengaruhi pendekatan dan kaedah program. Pendidikan keusahawanan dapat meningkatkan kefahaman tentang keusahawanan, maka kaedah pengajaran adalah melalui saluran umum seperti media, kuliah, atau seminar. Jika objektif pendidikan keusahawanan adalah untuk memberikan kemahiran keusahawanan yang boleh digunakan di tempat kerja, cara terbaik pengajaran keusahawanan adalah dengan memberikan pengalaman seperti latihan industri. Pendidikan keusahawanan juga bertujuan untuk melahirkan lebih ramai golongan usahawan, maka pendekatan pengajaran ialah dengan memberikan pendedahan praktikal keusahawanan dalam persekitaran yang terkawal, seperti simulasi perniagaan atau model peranan (Hytti & O’Gorman 2004).

Page 8: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

8

Kajian oleh Garavan & Cinneide (1994) dan Gorman et al. (1996) masih relevan dan boleh dijadikan panduan dalam membincangkan pendidikan keusahawanan. Kajian literatur tentang pendidikan keusahawanan dan program latihan dilakukan oleh Garavan dan O’Cinneide (1994). Kajian mereka adalah isu-isu dan halangan yang timbul dalam pendidikan keusahawanan di negara-negara Kesatuan Eropah. Garavan dan O’Cinneide (1994) melaporkan tidak terdapat persetujuan tentang teori dan definisi keusahawanan. Ini menyebabkan kepelbagaian kandungan dan skop pendidikan dan latihan keusahawanan.

Satu lagi kajian terhadap literatur pendidikan keusahawanan, pendidikan

enterprais dan pendidikan bagi pengurusan perniagaan kecil dijalankan oleh Gorman et al. (1996) ke atas literatur yang diterbitkan sepanjang 10 tahun dari tahun 1985 hingga tahun 1994. Hasil kajian terhadap literatur ini menunjukkan persetujuan ramai bahawa keusahawanan boleh diajar dan kaedah pengajaran adalah secara penglibatan bersama dan ciri keusahawanan dapat dipengaruhi secara positif melalui program-program terutama dalam menimbulkan kesedaran terhadap kerjaya keusahawanan. Pendidikan keusahawanan dapat membentuk sikap, memberikan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi keusahawanan (Dana 2001; Henry et al. 2003).

Collins et al. (2004) menjalankan kajian ke atas aspirasi keusahawanan pelajar

baru di tiga buah universiti. Mereka mendapati bahawa pengalaman pelajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor lepas dan ini mewujudkan pelbagai keperluan pelajar. Menurut Collins et al. (2004), tahap keusahawanan pelajar adalah rendah selepas graduat menyumbang kepada kekurangan graduat menjadi usahawan apabila tamat belajar. Mereka mengulas bahawa faktor mempengaruhi pemilihan untuk mengikuti pendidikan keusahawanan di IPT adalah berdasarkan keperluan pekerjaan dan perniagaan yang berubah, perubahan dasar kerajaan, k-ekonomi dan masyarakat keusahawanan. Oleh itu IPT perlu membentuk sikap, menyampaikan pengetahuan, kemahiran bagi keperluan pekerja dengan penekanan terhadap kemahiran boleh pindah (transferable skill). Pengalaman pelajar sebelum ke IPT mempengaruhi hasrat keusahawanan. Ini dipengaruhi oleh persepsi dan keinginan, feasibiliti dan kemampuan untuk bertindak, pendedahan, dan pengalaman keusahawanan. Pendidikan keusahawanan yang berkesan akan membentuk efikasi kendiri seterusnya mempengaruhi persepsi dan keinginan keusahawan.

Conduras et al. (2008) mengenal pasti hubungan signifikan antara sokongan universiti dan tahap aktiviti keusahawanan di Sepanyol dengan penumpuan untuk mengetahui sejauh mana sokongan universiti mempengaruhi kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti. Mereka menggunakan data penilaian keusahawanan pelbagai negara tahunan daripada Global Entrepreneurship Monitor (GEM) Adult Population Survey. Data ini dianalisis secara statistik mengunakan analisis deskriptif, analisis ANOVA, ujian korelasi, regrasi linear, regrasi bukan linear dan logit. Hasil kajian menunjukkan bahawa kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti mempunyai hubungan secara signifikan dengan sokongan universiti. Ini membuktikan bahawa pendidikan dan latihan menjadi antara faktor penting menggalakkan keusahawanan dalam kalangan pelajar dan graduan universiti.

Page 9: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

9

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka bentuk kajian Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan. Kaedah tinjauan sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan khususnya dalam penyelidikan pendidikan keusahawanan di institusi pengajian tinggi. Wiersma (2002) menyatakan jika kaedah tinjauan dirancang dan dihasilkan mengikut amalan-amalan standard maka akan dapat menghasilkan keputusan-keputusan yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Borang soal selidik dijadikan sebagai instrumen atau alat kajian ini. Soal selidik merupakan cara terbaik dalam pengumpulan maklumat (Mohd Majid 2000) dan mendapatkan jawapan yang relevan dengan persoalan kajian yang dilakukan daripada responden yang dikaji Tuckman (1984). Satu set soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya terlebih dahulu melalui kajian rintis diedar kepada pelajar universiti untuk memperoleh maklumat.

3.2 Persampelan Kajian Pemilihan sampel dilakukan secara rawak berstrata bagi mendapatkan keseimbangan untuk membolehkan dapatan perbandingan digeneralisasikan kepada populasi pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Fakulti Pendidikan (FPEND). Pelajar ijazah pertama tahun 2, tahun 3 atau tahun 4 di FKAB dan FPEND dipilih sebagai sampel kajian. 3.3 Instrumen Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat kajian utama untuk mengumpul maklumat tentang keperluan pendidikan keusahawanan secara formal untuk pelajar universiti. Responden bebas memberi respon atau jawapan tanpa dipengaruhi penyelidik dan membenarkan penyelidik membuat perbandingan jawapan antara kumpulan responden. Pemilihan kaedah soal selidik ini juga adalah berdasarkan rasional bahawa kajian ini adalah kajian keperluan menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan faktor kekangan masa, tenaga dan kewangan. Soal selidik yang digunakan melibatkan pengutipan data berikut:

1. Bahagian A - Latar belakang diri, pendidikan, kerjaya dan keusahawanan pelajar. 2. Bahagian B - Pandangan tentang kerjaya keusahawanan yang perlu dicitakan

pelajar universiti. 3. Bahagian C - Pandangan tentang tanggungjawab universiti menyediakan latihan kerjaya keusahawanan untuk pelajar universiti. 4. Bahagian D - Pandangan tentang alasan kepada keperluan pelaksanaan pendidikan keusahawanan secara formal di universiti. 5. Bahagian E - Pandangan tentang saluran pendidikan keusahawanan yang

sesuai untuk pelajar universiti. 6. Bahagian F - Pandangan tentang bagaimana membangunkan tenaga pengajar

pendidikan keusahawanan yang kompeten di universiti.

Page 10: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

10

7. Bahagian G - Pandangan tentang kemudahan yang perlu disediakan oleh universiti. 8. Bahagian H - Pandangan tentang kandungan kursus pendidikan keusahawanan untuk pelajar universiti.

3.4 Penganalisisan Data Data dianalisis menggunakan SPSS for Windows Version 11.5. Bahagian pertama analisis data menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan gambaran terhadap ciri-ciri demografi responden kajian disamping mengenalpasti tahap pandangan pelajar terhadap keperluan pendidikan keusahawanan di UKM. Interpretasi skor min ialah 1.00 hingga 2.00 (rendah), 2.01 hingga 3.00 (sederhana rendah), 3.01 hingga 4.00 (sederhana tinggi) dan 4.01 hingga 5.00 (tinggi) (Mohd Majid 2000; Norasmah 2002). Analisis inferensi digunakan untuk menjawab hipotesis kajian. Aras kesignifikanan 0.01 dan 0.05 digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Analisis ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan dalam pandangan di antara dua kumpulan responden. Ujian korelasi digunakan untuk melihat kekuatan hubungan pandangan di antara dua kumpulan responden tersebut. DAPATAN KAJIAN 4.1 Profil Responden

Jadual 4.1 Profil responden kajian mengikut fakulti dan jantina

Jantina Fakulti Jumlah

frekuensi

(Σ ƒ)

FKAB FPEND

(ƒ) (%) (ƒ) (%)

Lelaki 37 71.2 13 27.1 50

Perempuan 15 28.8 35 72.9 50

Jumlah 52 100.0 48 100.0 100

Berdasarkan Jadual 4.1, mendapati bahawa majoriti responden di FKAB adalah lelaki iaitu 37 orang (71.2%) dan majoriti responden FPEND adalah perempuan iaitu 35 (72.9%). Selebihnya adalah responden perempuan 15 orang (28.8%) dari FKAB dan 13 orang (27.1%) responden lelaki dari FPEND.

Page 11: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

11

Jadual 4.2 Profil responden kajian mengikut fakulti dan ahli keluarga yang terlibat dalam perniagaan

Ahli keluarga

terlibat dalam

perniagaan

Fakulti Jumlah

frekuensi

(Σ ƒ)

FKAB FPEND

(ƒ) (%) (ƒ) (%)

Ada 34 65.4 32 66.7 66

Tiada 18 34.6 16 33.3 34

Jumlah 52 100.0 48 100.0 100

Berdasarkan Jadual 4.2, mendapati lebih sebahagian responden FKAB dan FPEND mempunyai ahli keluarga yang terlibat dalam perniagaan. Maklumat taburan dalam jadual ini menunjukkan 34 orang (65.4%) pelajar FKAB mempunyai ahli keluarga yang melibatkan diri dalam perniagaan dan 18 orang (34.6%) tiada ahli keluarga terlibat dalam perniagaan. Manakala 32 orang (66.7%) pelajar FPEND mempunyai ahli keluarga yang terlibat dalam perniagaan dan 16 orang (33.3%) tiada ahli keluarga terlibat dalam perniagaan. Jadual 4.3 Profil responden kajian mengikut fakulti dan pekerjaan ibu Pekerjaan ibu Fakulti Jumlah

frekuensi

(Σ ƒ)

FKAB FPEND

(ƒ) (%) (ƒ) (%)

Bekerja kerajaan 14 26.9 7 14.6 21

Bekerja swasta 5 9.6 2 4.2 7

Berniaga/ usahawan 3 5.8 5 10.4 8

Petani/ penternak 0 0.0 1 2.1 1

Tidak bekerja 25 48.1 20 41.7 45

Pesara 3 5.8 3 6.3 6

Lain-lain 2 3.8 10 20.8 12

Jumlah 52 100.0 48 100.0 100

Berdasarkan Jadual 4.3, mendapati hampir sebahagian responden FKAB iaitu 25 orang (48.1%) dan FPEND iaitu 20 orang (41.7%) mempunyai ibu yang tidak bekerja. Maklumat taburan dalam jadual ini menunjukkan pelajar FKAB sebanyak 14 orang (26.9%) mempunyai ibu yang bekerja kerajaan. Diikuti, 5 orang (9.6%) mempunyai ibu bekerja swasta dan 3 orang (5.8%) mempunyai ibu yang berniaga/usahawan dan bersara. Manakala, 10 orang (20.8%) pelajar FPEND mempunyai ibu bekerja lain-lain, diikuti 7 orang (14.6%) mempunyai ibu bekerja kerajaan, 5 orang (10.4%) mempunyai ibu berniaga/usahawan, 3 orang (6.3%) ibu sedang bersara, 2 orang (4.2%) mempunyai ibu bekerja swasta dan 1 orang (2.1%) ibu bekerja sebagai petani/ penternak.

Page 12: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

12

Jadual 4.4 Profil responden kajian mengikut fakulti dan pekerjaan bapa Pekerjaan bapa Fakulti Jumlah

frekuensi

(Σ ƒ) FKAB FPEND

(ƒ) (%) (ƒ) (%)

Bekerja kerajaan 12 23.1 11 22.9 23

Bekerja swasta 15 28.8 5 10.4 20

Berniaga/ usahawan 6 11.5 5 10.4 11

Petani/ penternak 2 3.8 14 29.2 16

Tidak bekerja 3 5.8 2 4.2 5

Pesara 8 15.4 5 10.4 13

Lain-lain 6 11.5 6 12.5 12

Jumlah 52 100.0 48 100.00 100

Berdasarkan Jadual 4.4, mendapati kebanyakan responden FKAB iaitu 15 orang (28.8%) mempunyai bapa yang bekerja swasta dan ramai responden FPEND iaitu 14 orang (29.2%) mempunyai bapa sebagai petani/ penternak. Maklumat taburan dalam jadual ini menunjukkan pelajar FKAB sebanyak 12 orang (23.1%) mempunyai bapa bekerja kerajaan, diikuti, 8 orang (15.4%) mempunyai bapa sebagai pesara, 6 orang (11.5%) mempunyai bapa berniaga/ usahawan atau menjalankan lain-lain pekerjaan, 3 orang (5.8%) mempunyai bapa yang tidak bekerja dan 2 orang (3.8%) mempunyai bapa bekerja sebagai petani/penternak. Manakala pelajar FPEND, sebanyak 11 orang (22.9%) mempunyai bapa bekerja kerajaan, 6 orang (12.5%) mempunyai bapa yang bekerja lain-lain, 5 orang (10.4%) mempunyai bapa bekerja swasta, berniaga/usahawan atau pesara dan 2 orang (4.2%) mempunyai bapa yang tidak bekerja. Jadual 4.5 Profil responden kajian mengikut fakulti dan pendapatan purata ibu dan

bapa (dalam sebulan) Pendapatan purata ibu dan

bapa (dalam sebulan)

Fakulti Jumlah

frekuensi

(Σ ƒ)

FKAB FPEND

(ƒ) (%) (ƒ) (%)

RM 1000 dan ke bawah 13 25.0 25 52.1 38

RM 1001 – RM 2000 19 36.5 11 22.9 30

RM 2001 – RM 3000 9 17.3 4 8.3 13

RM 3001 – RM 4000 5 9.6 5 10.4 10

RM 4001 dan ke atas 6 11.5 3 6.3 9

Jumlah 52 100.0 48 100.00 100

Page 13: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

13

Berdasarkan Jadual 4.5, mendapati ramai responden FKAB iaitu 19 orang (36.5%) mempunyai ibu dan bapa yang berpendapatan purata di antara RM1001 hingga RM2000 sebulan dan lebih sebahagian responden FPEND iaitu 25 orang (52.1%) mempunyai ibu dan bapa berpendapatan purata tidak melebihi daripada RM1000 dalam sebulan. Maklumat taburan pendapatan purata ibu dan bapa dalam sebulan bagi pelajar FKAB di dalam jadual ini menunjukkan 13 orang (25.0%) mempunyai ibu dan bapa yang berpendapatan purata dalam sebulan tidak melebihi RM1000, 9 orang (17.3%) di antara RM2001 hingga RM3000, diikuti 6 orang (11.5%) melebihi RM4000 dan 5 orang (9.6%) mempunyai ibu dan bapa berpendapatan purata di antara RM 3001 hingga RM 4000 sebulan. Maklumat jadual ini juga menunjukkan, 11 orang (22.9%) pelajar FPEND mempunyai ibu dan bapa berpendapatan purata sebulan di antara RM1001 hingga RM2000, diikuti 5 orang (10.4%) di antara RM3001 hingga RM4000, 4 orang (8.3%) di antara RM2001 hingga RM3000 dan 3 orang (6.3%) mempunyai ibu dan bapa berpendapatan purata melebihi RM4000 dalam sebulan. Jadual 4.6 Profil responden kajian mengikut fakulti dan pengalaman pernah bekerja

Pengalaman pernah

bekerja

Fakulti Jumlah

frekuensi

(Σ ƒ)

FKAB FPEND

(ƒ) (%) (ƒ) (%)

Ya 42 80.8 39 81.3 81

Tidak 10 19.2 9 18.8 19

Jumlah 52 100.0 48 100.00 100

Berdasarkan Jadual 4.6, dapatan menunjukkan sebahagian besar responden FKAB dan FPEND pernah bekerja. Maklumat di dalam jadual ini menunjukkan 42 orang (80.8%) pelajar FKAB dan 39 orang (81.3%) pelajar FPEND pernah bekerja. Manakala, 10 orang (19.2%) pelajar FKAB dan 9 orang (18.8%) pelajar FPEND tidak pernah bekerja.

Page 14: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

14

Jadual 4.7 Profil responden kajian mengikut fakulti dan cita-cita kerjaya selepas tamat pengajian

Cita-cita selepas tamat

pengajian

Fakulti

FKAB FPEND

(ƒ) (%) (ƒ) (%)

Bekerja di sektor awam

Ya 15 28.8 35 72.9

Tidak 37 71.2 13 27.1

Bekerja di sektor swasta

Ya 30 57.7 2 4.2

Tidak 22 42.3 46 95.8

Bekerja sendiri

Ya 9 17.3 3 6.3

Tidak 43 82.7 45 93.8

Menjadi usahawan/ peniaga

Ya 7 13.5 8 16.7

Tidak 45 86.5 40 83.3

Menyambung pelajaran

Ya 9 17.3 15 31.3

Tidak 43 82.7 33 68.8

Tidak bekerja

Ya 0 0.0 0 0.0

Tidak 52 100.0 48 100.0

Merujuk kepada Jadual 4.7, mendapati majoriti responden FKAB dan FPEND tidak bercita-cita untuk bekerja sendiri, menjadi usahawan/ peniaga, menyambung pelajaran dan tidak bekerja. Lebih sebahagian responden FKAB bercita-cita bekerja di sektor swasta dan kebanyakan responden FPEND bercita-cita bekerja di sektor awam.

Maklumat taburan cita-cita kerjaya selepas tamat pengajian menunjukkan, pelajar FKAB iaitu 30 orang (57.7%) bercita-cita bekerja di sektor swasta, 15 orang (28.8%) bekerja di sektor awam, 9 orang (17.3%) bekerja sendiri, 7 orang (13.5%) menjadi usahawan/ peniaga, 9 orang (17.3%) bercita-cita menyambung pelajaran dan tiada yang bercita-cita untuk tidak bekerja. Selain itu, maklumat di dalam jadual ini juga menunjukkan 35 orang (72.9%) pelajar FPEND bercita-cita bekerja di sektor awam, 2 orang (4.2%) bekerja di sektor swasta, 3 orang (6.3%) bekerja sendiri, 8 orang (16.7%) menjadi usahawan/ peniaga, 15 orang (31.3%) bercita-cita menyambung pelajaran dan tiada pelajar FPEND tidak bercita-cita untuk tidak bekerja.

Page 15: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

15

Jadual 4.8 Profil responden kajian mengikut fakulti dan pengalaman pernah terlibat dalam kegiatan keusahawanan

Pengalaman pernah

terlibat dalam kegiatan

keusahawanan

Fakulti Jumlah

frekuensi

(Σ ƒ)

FKAB FPEND

(ƒ) (%) (ƒ) (%)

Ya 34 65.4 35 72.9 69

Tidak 18 34.6 13 27.1 31

Jumlah 52 100.0 48 100.00 100

Dapatan Jadual 4.8 mendapati lebih sebahagian responden FKAB dan FPEND pernah terlibat dalam kegiatan keusahawanan. Maklumat di dalam jadual ini menunjukkan 34 orang (65.4%) pelajar FKAB dan selebihnya 18 orang (34.6%) tidak pernah terlibat dalam kegiatan keusahawanan. Manakala 35 orang (72.9%) pelajar FPEND pernah terlibat dalam kegiatan keusahawanan dan 13 orang (27.1%) tidak pernah terlibat dalam kegiatan keusahawanan. Jadual 4.9 Profil responden kajian mengikut fakulti dan pandangan keperluan

penawaran pendidikan keusahawanan di fakulti Pandangan keperluan

penawaran pendidikan

keusahawanan di fakulti

Fakulti Jumlah

frekuensi

(Σ ƒ)

FKAB FPEND

(ƒ) (%) (ƒ) (%)

Ya 34 65.4 36 75.0 70

Tidak 18 34.6 12 25.0 30

Jumlah 52 100.0 48 100.00 100

Berdasarkan Jadual 4.9, dapatan menunjukkan terdapat majoriti responden FKAB dan FPEND bersetuju akan keperluan penawaran pendidikan keusahawanan di fakulti masing-masing. Maklumat taburan pandangan keperluan penawaran pendidikan keusahawanan di fakulti dalam Jadual 4.9 menunjukkan 34 orang (65.4%) pelajar FKAB dan 36 orang (75.0%) pelajar FPEND bersetuju akan keperluan penawaran pendidikan keusahawanan di fakulti masing-masing. Manakala, 18 orang (34.6%) pelajar FKAB dan 12 orang (25.0%) pelajar FPEND tidak bersetuju akan penawaran pendidikan keusahawanan di fakulti masing-masing.

Page 16: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

16

Jadual 4.10 Taburan pemboleh ubah keperluan pendidikan keusahawanan berdasarkan fakulti

Bahagian/ Pemboleh ubah

B. Pandangan tentang kerjaya keusahawanan (Item-item pernyataan) Pelajar universiti: 1. Perlu mempunyai aspirasi untuk menjadi usahawan selain dari kerjaya yang relevan dengan

jurusan pengajian mereka. 2. Perlu mengenal kerjaya keusahawanan walaupun tidak bercita-cita menjadi usahawan. 3. Perlu bersedia menjadi usahawan jika tidak mendapat pekerjaan yang dicitakan. 4. Perlu berusaha menjadi usahawan di samping mempunyai cita-cita kerjaya lain. 5. Perlu diukur indeks keusahawanan (tahap ciri keusahawanan). 6. Perlu bercita-cita menjadi usahawan sebagai kerjaya utama dan memilih pekerjaan lain sebagai

kerjaya yang kedua. 7. Jika tidak mendapat pekerjaan lain, barulah berfikir untuk menjadi usahawan. Sebagai pelajar universiti, saya: 8. Tidak perlu tahu peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan. 9. Perlu berusaha untuk menjadi usahawan dengan mengambil inisiatif menghadiri kursus/ program

keusahawanan. 10. Perlu mencari pengalaman untuk menjadi usahawan di waktu lapang (seperti kerja sambilan)

dengan beberapa usahawan berjaya. 11. Perlu mengumpul modal untuk menjadi usahawan. 12. Perlu ambil pelbagai inisiatif (seperti menghadiri kursus/ program kemahiran keusahawanan

dan mendaftar perniagaan) untuk menjadi usahawan. Fakulti n min skor s.p Tahap Ranking

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.02 0.5 ST 2 Fakulti Pendidikan

48 3.10 0.31 1

Bahagian/ Pemboleh ubah C(i) Pandangan tentang tanggungjawab universiti menyediakan latihan kerjaya

keusahawanan untuk pelajar universiti (Item-item pernyataan) 1. Pelajar universiti tidak perlu bergantung kepada universiti untuk mendapatkan latihan kerjaya

keusahawanan. 2. Universiti tidak perlu mewajibkan semua pelajar mengikuti kursus pendidikan keusahawanan. 3. Universiti perlu menjadikan kursus pendidikan keusahawanan sebagai kursus elektif atau ko-

kurikulum bagi pelajar universiti yang meminatinya sahaja. 4. Universiti perlu menyediakan program peralihan keusahawanan kepada semua pelajar universiti. 5. Universiti wajib membudayakan keusahawanan kepada semua warganya. 6. Matlamat penerapan budaya keusahawanan dalam MQF adalah relevan. Fakulti n min skor s.p Tahap Ranking

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.08 0.43 ST 2 Fakulti Pendidikan

48 3.13 0.49 1

Page 17: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

17

Bahagian/ Pemboleh ubah C(ii) Pandangan tentang kaedah kursus pendidikan keusahawanan yang perlu dijalankan (Item-item pernyataan) Jika kursus pendidikan keusahawanan dijalankan di universiti, ia perlu dijalankan secara:

a. Kursus wajib universiti b. Kursus wajib fakulti c. Kursus elektif d. Ko-kurikulum e. Program peralihan f. Seminar/ bengkel g. Kerja lapangan/ Lawatan (on-site visit) h. Disertasi/ Tesis i. Program Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS) j. Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KKAS) k. Latihan Keusahawanan Siswa (LKS) l. Program Inkubator m. Program Perantis Usahawan

Fakulti n min skor s.p Tahap Ranking

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 2.88 0.55 SR 2 Fakulti Pendidikan

48 3.04 0.41 ST 1

Bahagian/ Pemboleh ubah D. Pandangan tentang alasan kepada keperluan pelaksanaan kursus pendidikan

keusahawanan secara formal (Item-item pernyataan)

Universiti perlu menyediakan pendidikan keusahawanan kerana: 1. Kursus-kursus jurusan yang diikuti menjadi lebih realistik untuk mengaplikasikan situasi

keusahawanan. 2. Memberi persediaan kepada pelajar universiti sebagai kerjaya alternatif jika tidak mendapat kerja

sesuai jurusan. 3. Memberi motivasi kepada pelajar universiti untuk mengenal kerjaya ini lebih jelas. 4. Akan mengubah persepsi pelajar universiti tentang kerjaya keusahawanan yang mencabar tetapi

boleh dicapai. Fakulti n min skor s.p Tahap Ranking

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.08 0.52 ST 2 Fakulti Pendidikan

48 3.15 0.41 1

Page 18: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

18

Bahagian/ Pemboleh ubah E. Pandangan tentang saluran pendidikan yang sesuai dijalankan untuk pelajar universiti:

(i) Di dalam kelas sahaja

(Item-item pernyataan) Pendidikan keusahawanan perlu dijalankan di dalam kelas sahaja, teknik mengajar yang sesuai adalah:

a. kuliah, b. perbincangan, c. kajian kes, d. seminar, e. bengkel

Fakulti n min skor s.p Tahap Ranking

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 2.94 0.50 SR 2 Fakulti Pendidikan

48 3.27 0.57 ST 1

E(ii) Satu/ kombinasi

(Item-item pernyataan) Pendidikan keusahawanan perlu dijalankan: 1. Secara online atau e-learning sahaja kerana jumlah kursus dan jurusan yang sedia ada sudah

padat. 2. Melalui program pertandingan rancangan perniagaan, jualan karnival dan ekspo sahaja. 3. Melalui kursus projek ilmiah sahaja. 4. Sebagai aktiviti di luar kelas sahaja. 5. Secara kombinasi dua atau lebih saluran pendidikan (contoh: di dalam kelas dan kerja lapangan).

Fakulti n min skor s.p Tahap Ranking

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 2.75 0.52 SR 2 Fakulti Pendidikan

48 2.94 0.60 1

Page 19: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

19

Bahagian/ Pemboleh ubah F. Pandangan tentang bagaimana membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan

yang kompeten (Item-item pernyataan) Pensyarah pendidikan keusahawanan: 1. Perlu mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan keusahawanan. 2. Perlu ada di setiap fakulti untuk mengajar pelajar kursus pendidikan keusahawanan. Pensyarah jurusan lain boleh: 1. Mengajar pendidikan keusahawanan kerana universiti kekurangan pensyarah pendidikan keusahawanan. 2. Dilatih untuk mengajar pendidikan keusahawanan. 3. Mengajar pendidikan keusahawanan dengan menggunakan modul yang disediakan oleh

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Fakulti n min skor s.p Tahap Ranking

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 2.81 0.60 SR 2 Fakulti Pendidikan

48 3.23 0.56 ST 1

Bahagian/ Pemboleh ubah G. Pandangan tentang kemudahan yang perlu disediakan universiti (Item-item pernyataan) 1. Aktiviti ko-kurikulum keusahawanan di universiti pada masa ini sudah berkesan. 2. Pihak universiti sudah mempunyai pusat keusahawanan pelajar yang cekap pada masa ini. 3. Pelajar universiti sangat mudah mendapatkan banyak maklumat tentang aktiviti keusahawanan

dari pusat keusahawanan pelajar yang sedia ada. 4. Sudah mencukupi dengan pelajar universiti mengikuti latihan keusahawanan yang disediakan

oleh pusat keusahawanan pelajar di universiti. 5. Pihak universiti sudah pun menyediakan banyak peluang bagi pelajar membina jaringan dengan

usahawan. 6. Pihak universiti sudah pun menyediakan saluran untuk saya berhubung dengan usahawan di luar. 7. Pihak universiti patut menyediakan bimbingan mentor dalam bidang keusahawanan. 8. Pihak alumni universiti banyak membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan. 9. Pihak universiti banyak memberikan maklumat tentang peluang mendapatkan modal perniagaan

dari pihak pelabur. 10. Pihak universiti patut menyediakan bantuan pinjaman modal kepada pelajar untuk memulakan

perniagaan di kampus. 11. Pihak universiti patut mengkomersilkan idea produk inovatif pelajar. 12. Pihak universiti patut memberikan khidmat keusahawanan pada bila-bila masa walaupun

pelajar telah tamat pengajian. 13. Pihak universiti perlu menyediakan ruang niaga bagi pelajar memulakan perniagaan di

kampus. 14. Pihak universiti perlu menyediakan ruang penyelidikan untuk pelajar menghasilkan produk

yang berpotensi. 15. Pihak univesiti perlu menyediakan ruang khas untuk maklumat keusahawanan dari bahan yang

diterbitkan. 16. Pihak universiti perlu menganjurkan pertandingan rancangan perniagaan di peringkat fakulti. 17. Pihak universiti perlu mengadakan ceramah berterusan tentang keusahawanan kepada semua

pelajar pada setiap bulan.

Page 20: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

20

18. Semua fakulti perlu menganjurkan seminar keusahawanan secara konsisten setiap tahun. 19. Semua fakulti perlu menyediakan khidmat kaunseling keusahawanan. 20. Universiti perlu menjadi tempat permulaan yang strategik untuk pelajar mencuba aktiviti

keusahawanan. 21. Pihak universiti perlu membantu saya membentuk hubungan dengan perniagaan tempatan dan

global. Fakulti n min skor s.p Tahap Ranking

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 2.83 0.55 SR 2 Fakulti Pendidikan

48 3.06 0.52 ST 1

Bahagian/ Pemboleh ubah H. Pandangan tentang kandungan kursus pendidikan keusahawanan (Item-item pernyataan) 1. Kandungan kursus perlu pelbagai dan dipertingkatkan dari tahun ke tahun. 2. Strategi pembentukan dan inovasi perniagaan baru perlu menjadi komponen utama kurikulum. 3. Kandungan kursus perlu berkaitan dengan kesedaran keusahawanan, latihan usahawan dan

pembangunan perniagaan. 4. Kandungan kursus perlu menggalakkan pelajar untuk memulakan perniagaan dan bekerja sendiri. 5. Pendidikan keusahawanan bukan sekadar menambah bilangan perniagaan baru, tetapi

meningkatkan kualiti perniagaan itu. 6. Pendidikan keusahawanan perlu membangunkan kemahiran dan kecenderungan ke arah

keusahawanan. 7. Pendidikan keusahawanan perlu melahirkan pelajar universiti yang memahami fasa pra-

permulaan keusahawanan (seperti rancangan perniagaan, dan pendaftaran perniagaan). 8. Pendidikan keusahawanan perlu membentuk pelajar universiti yang boleh bekerjasama dalam

kumpulan dan mempunyai kemahiran pengurusan. 9. Pendidikan keusahawanan perlu melahirkan pelajar universiti yang bijak mengambil risiko,

inovatif dan mampu bersaing dalam dunia pekerjaan global kelak 10. Pendidikan keusahawanan perlu menghasilkan pelajar universiti yang fleksibel, kreatif dan

inovatif. Fakulti n min skor s.p Tahap Ranking

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.15 0.61 ST 2 Fakulti Pendidikan

48 3.35 0.57 1

Dapatan dalam Jadual 4.10 menunjukkan taburan pandangan pelajar FKAB dan pelajar FPEND keperluan kepada pendidikan keusahawanan secara formal di universiti berdasarkan fakulti pengajian pelajar. Merujuk kepada Bahagian B – pandangan tentang kerjaya keusahawanan di dalam jadual tersebut, pelajar kedua-dua fakulti ini bersetuju bahawa pelajar universiti perlu mempunyai aspirasi untuk menjadi usahawan, mengenal kerjaya keusahawanan, bersedia menjadi usahawan jika tidak mendapat pekerjaan yang dicitakan, berusaha menjadi usahawan di samping mempunyai cita-cita kerjaya lain, diukur indeks keusahawanan (tahap ciri keusahawanan), bercita-cita menjadi usahawan sebagai kerjaya utama dan berfikir untuk menjadi usahawan. Sebagai pelajar universiti, mereka juga bersetuju bahawa

Page 21: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

21

mereka perlu mengetahui peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan, berusaha, mencari pengalaman, mengumpul modal dan mengambil pelbagai inisiatif untuk menjadi usahawan. Apabila diuji tahap persetujuan, mendapati pelajar FPEND (min skor = 3.10) mempunyai tahap persetujuan tentang kerjaya keusahawanan yang lebih tinggi sedikit daripada pelajar FKAB (min skor = 3.02).

Dapatan yang sama juga diperolehi bagi Bahagian C(i) - pandangan tentang tanggungjawab universiti menyediakan latihan kerjaya keusahawanan untuk pelajar universiti, pelajar dari kedua-dua fakulti ini bersetuju bahawa pelajar universiti tidak perlu bergantung kepada universiti untuk mendapatkan latihan kerjaya keusahawanan. Mereka juga bersetuju bahawa universiti tidak perlu mewajibkan semua pelajar mengikuti kursus pendidikan keusahawanan, menjadikan kursus pendidikan keusahawanan sebagai kursus elektif atau ko-kurikulum bagi pelajar universiti yang meminatinya sahaja, menyediakan program peralihan keusahawanan kepada semua pelajar universiti, wajib membudayakan keusahawanan kepada semua warganya. Selain itu, matlamat penerapan budaya keusahawanan dalam MQF adalah relevan. Analisis statistik mendapati bahawa pelajar FPEND (min skor = 3.13) mempunyai tahap persetujuan tentang tanggungjawab universiti menyediakan latihan kerjaya keusahawanan yang lebih tinggi sedikit daripada pelajar FKAB (min skor = 3.08)

Manakala, bagi Bahagian C(ii) - pandangan tentang kaedah kursus pendidikan keusahawanan yang perlu dijalankan, pelajar FPEND (min skor = 3.04) mempunyai tahap persetujuan yang lebih tinggi daripada pelajar FKAB (min skor = 2.88). Persetujuan ini adalah berkenaan perlaksanaan kaedah kursus wajib universiti, kursus wajib fakulti, kursus elektif, ko-kurikulum, program peralihan, seminar/ bengkel, kerja lapangan/ lawatan (on-site visit), disertasi/ tesis, Program Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS), Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KKAS), Latihan Keusahawanan Siswa (LKS), program Inkubator dan Program Perantis Usahawan.

Bagi Bahagian D - pandangan tentang alasan kepada keperluan pelaksanaan kursus pendidikan keusahawanan secara formal di universiti, pelajar kedua-dua fakulti ini bersetuju bahawa universiti perlu menyediakan pendidikan keusahawanan kerana kursus-kursus jurusan yang diikuti menjadi lebih realistik untuk mengaplikasikan situasi keusahawanan, memberi persediaan kepada pelajar universiti sebagai kerjaya alternatif jika tidak mendapat kerja sesuai jurusan, memberi motivasi kepada pelajar universiti untuk mengenal kerjaya ini lebih jelas dan akkan mengubah persepsi pelajar universiti tentang kerjaya keusahawanan yang mencabar tetapi boleh dicapai. Analisis statistik menunjukkan pelajar FPEND (min skor = 3.15) mempunyai tahap persetujuan tentang alasan keperluan pelaksanaan kursus pendidikan keusahawanan yang lebih tinggi sedikit daripada pelajar FKAB (min skor = 3.08).

Bagi Bahagian E(i) - pandangan tentang saluran pendidikan yang sesuai dijalankan di dalam kelas sahaja pelajar kedua-dua fakulti ini bersetuju bahawa teknik mengajar yang sesuai dilakasanakan adalah kuliah, perbincangan, kajian kes, seminar dan bengkel. Analisis statistik mendapati pelajar FPEND (min skor = 3.27) mempunyai tahap persetujuan tentang perlaksanaan di dalam kelas sahaja yang lebih tinggi daripada pelajar FKAB (min skor = 2.94).

Page 22: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

22

Bagi Bahagian E(ii) - pandangan tentang saluran pendidikan yang sesuai dijalankan secara satu atau kombinasi pelajar kedua-dua fakulti ini bersetuju bahawa teknik mengajar yang sesuai dilaksanakan adalah secara online atau e-learning sahaja, melalui program pertandingan rancangan perniagaan, jualan karnival dan ekspo sahaja, melalui kursus projek ilmiah sahaja, sebagai aktiviti di luar kelas sahaja dan secara kombinasi dua atau lebih saluran pendidikan (contoh: di dalam kelas dan kerja lapangan). Analisis statistik mendapati pelajar FPEND (min skor = 2.94) mempunyai tahap persetujuan tentang perlaksanaan secara satu atau kombinasi yang lebih tinggi sedikit daripada pelajar FKAB (min skor = 2.75).

Bagi Bahagian F - pandangan tentang bagaimana membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten, pelajar kedua-dua fakulti ini bersetuju bahawa pensyarah pendidikan keusahawanan perlu mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan keusahawanan dan perlu ada di setiap fakulti untuk mengajar pelajar kursus pendidikan keusahawanan. Manakala pensyarah jurusan lain boleh mengajar pendidikan keusahawanan kerana universiti kekurangan pensyarah pendidikan keusahawanan, dilatih untuk mengajar pendidikan keusahawanan dan mengajar pendidikan keusahawanan dengan menggunakan modul yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Analisis statistik mendapati pelajar FPEND (min skor = 3.23) mempunyai tahap persetujuan tentang bagaimana membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten yang lebih tinggi daripada pelajar FKAB (min skor = 2.81).

Bagi Bahagian G - pandangan tentang kemudahan yang perlu disediakan

universiti, pelajar mendapati pelajar FPEND (min skor = 3.06) mempunyai tahap persetujuan tentang kemudahan yang perlu disediakan universiti yang lebih tinggi daripada pelajar FKAB (min skor = 2.83). Maklumat item pernyataan bahagian ini yang lengkap boleh dilihat dalam Jadual 4.10..

Bagi Bahagian H – pandangan tentang kandungan kursus pendidikan keusahawanan, pelajar kedua-dua fakulti bersetuju bahawa kandungan kursus perlu pelbagai dan dipertingkatkan dari tahun ke tahun, strategi pembentukan dan inovasi perniagaan baru perlu menjadi komponen utama kurikulum, kandungan kursus perlu berkaitan dengan kesedaran keusahawanan, latihan usahawan dan pembangunan perniagaan, kandungan kursus perlu menggalakkan pelajar untuk memulakan perniagaan dan bekerja sendiri. Selain itu, pelajar juga bersetuju bahawa pendidikan keusahawanan bukan sekadar menambah bilangan perniagaan baru, tetapi meningkatkan kualiti perniagaan itu, pendidikan keusahawanan perlu membangunkan kemahiran dan kecenderungan ke arah keusahawanan, perlu melahirkan pelajar universiti yang memahami fasa pra-permulaan keusahawanan (seperti rancangan perniagaan, dan pendaftaran perniagaan), perlu membentuk pelajar universiti yang boleh bekerjasama dalam kumpulan dan mempunyai kemahiran pengurusan, perlu melahirkan pelajar universiti yang bijak mengambil risiko, inovatif dan mampu bersaing dalam dunia pekerjaan global kelak dan perlu menghasilkan pelajar universiti yang fleksibel, kreatif dan inovatif. Analisis statistik mendapati pelajar FPEND (min skor = 3.35) mempunyai tahap persetujuan tentang kandungan kursus pendidikan keusahawanan yang lebih tinggi daripada pelajar FKAB (min skor = 2.61).

Page 23: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

23

Kesimpulannya, berdasarkan kepada analisis data yang ditunjukkan dalam Jadual 4.10, secara amnya didapati tahap persetujuan pandangan keperluan pendidikan keusahawanan secara formal di UKM bagi pelajar FKAB dan FPEND berada di tahap sederhana tinggi kerana apabila min skor berada di antara 3.01 hingga 4.00. Apabila diperincikan, dapatan ini menunjukkan pelajar FPEND mempunyai persetujuan (min skor) yang paling tinggi dalam semua bahagian atau pemboleh ubah kajian keperluan pendidikan keusahawanan secara formal di UKM. Jadual 4.11 Ujian-t: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan

fakulti? Bahagian/ Pemboleh ubah n min t df sig. p

B. Pandangan tentang kerjaya keusahawanan

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.53 -1.95 92.5 0.01 Fakulti Pendidikan

48 3.68

C(i) Pandangan tentang tanggungjawab universiti menyediakan latihan kerjaya keusahawanan untuk pelajar universiti

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.71 -1.16 98 0.99 Fakulti Pendidikan

48 3.81

C(ii) Pandangan tentang kaedah kursus pendidikan keusahawanan yang perlu dijalankan

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.47 -2.29 98 0.38 Fakulti Pendidikan

48 3.65

D. Pandangan tentang alasan kepada keperluan pelaksanaan kursus pendidikan keusahawanan secara formal

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.83 -1.63 87.8 0.01 Fakulti Pendidikan

48 3.97

E. Pandangan tentang saluran pendidikan yang sesuai dijalankan untuk pelajar universiti:

(i) Di dalam kelas sahaja

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.55 -3.96 98 0.44 Fakulti Pendidikan

48 3.92

(ii) Satu/ kombinasi

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.33 -1.6 98 0.79 Fakulti Pendidikan

48 3.50

F. Pandangan tentang bagaimana membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.42 -4.25 98 0.95 Fakulti Pendidikan

48 3.86

G. Pandangan tentang kemudahan yang perlu disediakan universiti

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.33 -3.79 98 0.20 Fakulti Pendidikan

48 3.68

H. Pandangan tentang kandungan kursus pendidikan keusahawanan

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 52 3.82 -2.20 92.2 0.04 Fakulti Pendidikan

48 4.02

Nota: p< 0.05 = Ada perbezaan yang signifikan

Page 24: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

24

Berdasarkan Jadual 4.11, ujian-t digunakan untuk menguji sejauh mana terdapat perbezaan yang signifikan pandangan keperluan pendidikan keusahawanan secara formal di universiti berdasarkan fakulti. Dapatan dalam Jadual 4.11 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara pelajar FKAB dan pelajar FPEND dari aspek pandangan tentang kerjaya keusahawanan (nilai t = -1.95; p<0.05); pandangan tentang alasan kepada keperluan pelaksanan kursus pendidikan keusahawanan secara formal (nilai t = -1.63; p<0.05) dan pandangan tentang kandungan kursus pendidikan keusahawanan (nilai t = -2.2; p<0.05).

Jadual 4.11 juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara pelajar FKAB dan pelajar FPEND dari aspek pandangan tentang tanggungjawab universiti menyediakan latihan kerjaya keusahawanan untuk pelajar universiti (nilai t = -1.16; p>0.05); pandangan tentang kaedah kursus pendidikan keusahawanan yang perlu dijalankan (nilai t = -2.29; p>0.05); pandangan tentang saluran pendidikan yang sesuai dijalankan untuk pelajar universiti: (i) di dalam kelas sahaja (nilai t = -3.96; p>0.05); (ii) satu/ kombinasi (nilai t = -1.6; p>0.05); pandangan tentang bagaimana membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten (nilai t = -4.25, p>0.05) dan pandangan tentang kemudahan yang perlu disediakan universiti (nilai t = -3.79; p>0.05).

Ini bermakna pelajar FKAB dan FPEND mempunyai pandangan kepada keperluan pendidikan keusahawanan secara formal di universiti yang tidak sama dari aspek kerjaya keusahawanan, alasan kepada keperluan pelaksanan kursus pendidikan keusahawanan secara formal dan kandungan kursus pendidikan keusahawanan. Manakala pelajar kedua-dua fakulti mempunyai pandangan yang sama atau hampir sama kepada keperluan pendidikan keusahawanan secara formal di universiti dari aspek tanggungjawab universiti menyediakan latihan kerjaya keusahawanan untuk pelajar universiti, kaedah kursus pendidikan keusahawanan yang perlu dijalankan, saluran pendidikan yang sesuai dijalankan untuk pelajar universiti, bagaimana membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten dan kemudahan yang perlu disediakan universiti.

Page 25: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

25

Jadual 4.12 Korelasi Pearson: Adakah terdapat hubungan yang signifikan berdasarkan fakulti?

Pemboleh ubah n Nilai r Sig.

B. Pandangan tentang kerjaya keusahawanan

Fakulti

100 0.19 0.06

C(i) Pandangan tentang tanggungjawab universiti menyediakan latiihan kerjaya keusahawanan untuk pelajar universiti

Fakulti Pendidikan

100 0.12 0.25

C(ii) Pandangan tentang kaedah kursus pendidikan keusahawanan yang perlu dijalankan

Fakulti

100 0.23* 0.02

D. Pandangan tentang alasan kepada keperluan pelaksanaan kursus pendidikan keusahawanan secara formal

Fakulti

100 0.16 0.11

E. Pandangan tentang saluran pendidikan yang sesuai dijalankan untuk pelajar universiti:

(i) Di dalam kelas sahaja

Fakulti

100 0.37** 0.00

(ii) Satu/ kombinasi

Fakulti

100 0.16 0.11

F. Pandangan tentang bagaimana membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten

Fakulti

100 0.39** 0.00

G. Pandangan tentang kemudahan yang perlu disediakan universiti

Fakulti

100 0.36** 0.00

H. Pandangan tentang kandungan kursus pendidikan keusahawanan

Fakulti

100 0.20* 0.05

Analisis korelasi digunakan untuk menguji sejauh mana terdapat kekuatan hubungan yang signifikan pandangan pelajar FKAB dan FPEND kepada keperluan pendidikan keusahawanan secara formal di universiti berdasarkan fakulti. Jadual 4.12 menunjukkan wujud hubungan positif yang tidak signifikan antara aspek pandangan tentang kerjaya keusahawanan (nilai r = 0.19; nilai p>0.05); pandangan tentang tanggungjawab universiti menyediakan latihan kerjaya keusahawanan untuk pelajar universiti (nilai r = 0.12; nilai p>0.05); pandangan tentang alasan kepada keperluan pelaksanaan kursus pendidikan keusahawanan secara formal (nilai r = 0.16; nilai p>0.05) dan pandangan tentang saluran pendidikan yang sesuai dijalankan di universiti (ii) satu / kombinasi (nilai r = 0.16; nilai p>0.05). Kesemua lima aspek tersebut mempunyai kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah yang sangat lemah.

Jadual tersebut juga menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan antara aspek pandangan tentang kaedah kaedah yang perlu dijalankan (nilai r = 0.23; nilai p<0.01; kekuatan hubungan lemah); pandangan tentang saluran pendidikan yang sesuai dijalankan untuk pelajar universiti (i) di dalam kelas sahaja (nilai r = 0.37, nilai

Page 26: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

26

p<0.01; kekuatan hubungan lemah); pandangan tentang bagaimana membangunkan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten (nilai r = 0.39; nilai p<0.01; kekuatan hubungan lemah); pandangan tentang kemudahan yang perlu disediakan universiti (nilai r = 0.36; nilai p<0.01; kekuatan hubungan lemah) dan pandangan tentang kandungan kursus pendidikan keusahawanan (nilai r = 0.198; nilai p<0.05; kekuatan hubungan sangat lemah). Kesimpulan yang dapat dibuat ialah pandangan terhadap keperluan pendidikan keusahawanan secara formal oleh pelajar FKAB dan pelajar FPEND mempunyai hubungan positif yang mana kekuatan perhubungan antara dua pemboleh ubah adalah sangat lemah. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Hasil daripada kajian ini didapati tahap pandangan keperluan pendidikan keusahawanan secara formal di FKAB dan FPEND adalah pada aras persetujuan sederhana tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan pengalaman pendidikan pelajar di universiti mempengaruhi tahap pandangan akan keperluan pendidikan secara formal di universiti. Kenyataan ini selari dengan Collins et al. (2004) yang mendapati pengalaman pelajar mempengaruhi kepelbagaian keperluan mereka.

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

pandangan terhadap keperluan pendidikan keusahawanan secara formal di universiti berdasarkan fakulti dari aspek kerjaya keusahawanan, alasan perlaksanaan pendidikan keusahawanan secara formal dan kandungan kursus pendidikan keusahawanan. Pendidikan keusahawanan hanya menjadi kursus elektif dan program minor di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi serta kursus ko-kurikulum universiti. Justeru, pelajar FKAB dan FPEND yang tidak didedahkan secara langsung tentang pendidikan keusahawanan dalam program akademik mereka kecuali bagi pelajar yang cenderung dan berusaha melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum, dan program atau aktiviti pendidikan dan kemahiran keusahawanan sama ada di dalam atau di luar kampus. Dapatan kajian ini menyokong kenyataan Conduras et al. (2008) yang mendapati bahawa kecenderungan keusahawanan adalah tinggi bagi seseorang yang mempunyai kemahiran keusahawanan, mengenali secara peribadi dengan orang yang menceburi aktiviti keusahawanan, bijak mengambil peluang yang ada, dan mendapat maklumat yang spesifik.

Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti pelajar FKAB dan FPEND setuju

jika kursus pendidikan keusahawanan dijalankan di fakulti masing-masing dan mempunyai tahap persetujuan yang sederhana tinggi akan manfaat keperluan pelaksanaan pendidikan keusahawanan secara formal kepada pelajar universiti. Dapatan ini berkait rapat dengan dapatan cita-cita pelajar-pelajar ini selepas tamat pengajian adalah lebih bersetuju untuk bekerja dengan sektor swasta atau kerajaan berbanding menjadi usahawan atau peniaga atau bekerja sendiri. Kenyataan ini selari dengan hasil kajian Gallaway & Brown (2000) dan Matlay (2002) bahawa pelajar yang mengambil kursus pendidikan keusahawanan lebih cenderung untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan selepas tamat pengajian atau bekerja dahulu sebelum menimbang untuk menjadi usahawan kerana mereka telah diterapkan motivasi

Page 27: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

27

keusahawanan semasa berkursus. Membuktikan bahawa pendidikan akademik mempunyai hubungan positif dengan aktiviti keusahawanan.

Pengkaji yakin pendidikan keusahawanan secara formal di FKAB dan FPEND mempengaruhi kecenderungan pelajar di kedua-dua fakulti ini terhadap bidang kerjaya keusahawanan. Oleh itu, pihak pentadbiran FKAB dan FPEND serta UKM perlu memberi sokongan yang positif terhadap perkembangan pendidikan keusahawanan secara formal dalam kalangan pelajar FKAB dan FPEND.

RUJUKAN Armanurah Mohamad, Abdul Razak Amir & Syahrina Abdulallah. 2005. Kepentingan

Pendidikan Keusahawanan kepada Organisasi dan Negara. National Conference on Skills and Competencies in Education 2005. hlm. 101 – 106.

Asarudin Hj. Ashari & Khairi Izwan Abdullah. 1995. Higher Education for All:

Meeting the Challenges of Vision 2020. The Annual ASAIHL Seminar on higher Education for All, 22 – 23 Jun 1995. Hlm. 66 -78.

Baron, R.A. & Shane, S.A. 2005. Entrepreneurship: A Process Perspective. Canada:

Thomson South Western. Cheng Ming Yu & Cheryl Chan. 2003. Entrepreneurship Education in Malaysia.

Cyberjaya: Multimedia University. Collins, L., Hannon P.D. & Smith, A. 2004. Enacting Entrepreneurial Intent: The Gap

Between Students Needs and Higher Education Capabilities. Education & Training. 46(8/9): 454-463.

Dana, L. 2001. The Education and Training of Entrepreneurs in Asia. Education &

Training. 43(8/9): 405-416. Ede, F.O., Panigrahi, B. & Calcich, S.E. 1998. African American Students’ Attitude

Toward Entrepreneurship Education. Journal of Education for Business. 73(5): 291-296.

Faoite, D.F., Henry, C., Johnson, K. & Sijde, P.V.D. 2003. Education and Training for

Entrepreneurs: A Consideration of Initiatives in Ireland and Netherlands. Education & Training. 45(8/9): 430-439.

Fried, V.H. 2003. Defining a Forum for Entreneurship Scholars. Journal of Business

Venturing. 18(1): 1-11. Garavan, T.N. & Cinneide, B.O. 1994. Entrepreneurship Education and Training

Programmes: A Review and Evaluation – Part 1. Journal of European Industrial and Training. 18(8): 3-13.

Page 28: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

28

Ginkel, H.V. 2004. Re-thinking the University for the XXIst Century. International Barcelona Conference on Higher Education ” The Social Commitment of Universities”. Hlm. 1-22.

Gorman, G., Hanlon, D. & King, W. 1996. Some Research Perspectives on

Entrepreneurship Education, Enterprise Education and Education for Small Business Management: A Ten-year Literature Review. International Small Business Journal. 15(3): 56-77.

Gürol, Yonca & Atsan, Nuray. 2006. Entrepreneurial Characteristic among University

Students: Some Insights for Entrepreneurship Education and Training in Turkey. Education + Training. 48 (1): 25 – 38.

Henry, C., Hill, F. & Leitch, C. 2003. Entrepreneurship Education and Training: Can

Entrepreneur be Taught Part 1. Education and Training. 47(2): 98-111. Hytti, Ulla & O’Gorman, Colm. 2004. What is “Enterprise Education”? An Analysis

of the Objectives and Methods of Enterprise Education Programmes in Four European Countries. Education + Training. 46(1): 11-23.

Jones, Colin & English, Jack. 2004. A Contemporary Approach to Entrepreneurship

Education. Education + Training. 46(8/9): 416-423. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1995. Program Pembudayaan Keusahawanan

Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Arah Pewujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010

Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Kent, C.A. 1990. Entrepreneurship Education at the Collegiate Level: A Synopsis and

Evaluation. Dlm. Kent, C.A. (pnyt.). Entrepreneurship Education: Current Developments, Future Direction. New York: Quorum Books. Hlm. 111-122.

Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. 2004. Entrepreneurship: Theory, Process and

Practice. 6th Edition. Ohio: South Western. Leitch, C.M. & Harrison, R.T. 1999. A Process Model for Entrepreneurship Education

and Development. International Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research. 5(3): 89-109.

Lewis, K. & Massey, C. 2003. Delivery Enterprise Education in New Zealand.

Education & Training. 45(4/5): 197-207. Malaysia. 2001. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010. Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.

Page 29: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

29

Mohd Khairuddin Hashim & Syed Azizi Wafa. 2002. Small and Medium-Sized Enterprises in Malaysia: Development Issues. Kuala Lumpur: Prentice Hall Pearson Malaysia.

Mohd Salleh Din. 1992. The Development of Entrepreneurship and Enterprise in

Higher Education in Malaysia. Tesis PhD. University of Durham. Morshidi Sirat. 2002. Managing the Interface with the Region: The Case of Universiti

Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia. Dlm. Pyle, J. L. & Forrant, R. (pnyt.). Globalization, University and Issues of Sustainable Human Development. Cheltenham, UK: Edward Elgar Publication Inc. Hlm.194-211.

Nor Aishah Buang et al. 2005. Hubungkait Pendidikan Universiti dengan Tingkah

Laku Kerjaya Keusahawanan Siswazah Ke Arah Pembangunan Pendidikan Keusahawanan Yang Berkesan. Deraf Laporan Akhir Projek Penyelidikan UKM.

Pyle, J.L. & Forrant, R. 2003. Globalization, Universities and Issues of Sustainable

Human Development. Cheltenham, UK: Edward Elgar Publication Inc. Robertson, Martyn & Collins, Amanda. 2003. Developing Entrepreneurship in West

Yorkshire: West Yorkshire Universities’ Partnership and Business Start-Up@Leeds Met. Education + Training. 45(6): 303-307.

Rushing, W.F. 1990. Entrepreneurship and Education. Dlm. Calvin A.Kent (pnyt.).

Entrepreneurship Education: Current Developments, Future Direction. Hlm. 29-40. New York: Quorum Books.

Shane, S.A. 1997. Who is Publishing the Entrepreneurship Research? Journal of

Management. 23: 83-95. Sluis, J.V.D., Praag, M.V. & Vijverberg, W. 2004. Entrepreneurship Selection and

Performance. Amsterdam: Tinbergen Institute. Sufean Hussin. 2004. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Hussein Alattas. 2005. Pemikiran dan Falsafah Pendidikan: Mahasiswa Abad Ke

21. Dlm. Abdul Razaq Ahmad (pnyt.). Mahasiswa Abad 21 (hlm. 1-8). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Uhlaner, L.M. 2003. Trends in European Research on Entrepreneurship at the turn on the Century. Small Business Economics. 21(4): 321.

World Bank Report. 2002. Contribution of Tertiary education Economic and Social

Development. Washington DC: World Bank. Zolkafli Hussin, Mohd Salleh Din, Abdul Malek Karim, Hajjah Mustaffa Mohd

Hanafeah, Abdul Razak Salleh, Mahmood Nazar Mohamed & Abdul Razak Chik. 2004, 28-29 Jun. Graduate Employment as a Challenge to Higher

Page 30: Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA Tajuk ...buang.pdf · Tajuk: Kajian Keperluan ... meringkaskan penglibatan sebahagian institut pengajian tinggi awam (IPTA) di

30

Education: The Case of University Utara Malaysia. Prosiding International Conference on Management Education. Hlm. 712-719.