manual penyediaan sistem maklumat eksekutif (eis)

84
MANUAL penyediaan sistem maklumat eksekutif (EIS) www.townplan.gov.my Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jalan Cenderasari 50646 Kuala Lumpur Tel: 03-26989211 Faks : 03-2692 9994 Email: [email protected] Url: http://www.townplan.gov.my Bahagian Maklumat Gunatanah Negara

Upload: vuongphuc

Post on 14-Jan-2017

365 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

MANUALpenyediaansistem maklumat eksekutif (EIS)

www.townplan.gov.my

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jalan Cenderasari 50646 Kuala Lumpur

Tel: 03-26989211 Faks : 03-2692 9994Email: [email protected]: http://www.townplan.gov.my

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara

Page 2: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

Tarikh Terbitan : November 2009

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jalan Cenderasari 50646 Kuala Lumpur

Hak Cipta Terpelihara

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara

elektronik, gambar serta rakaman dan sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia terlebih dahulu

BBahagian Maklumat Gunatanah Negara

Page 3: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)
Page 4: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)
Page 5: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

ISI KANDUNGAN Perutusan Ketua Pengarah Isi Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Senarai Singkatan Nama Isi Kandungan

1.0 PENDAHULUAN 1 1.1 Matlamat EIS 1 1.2 Objektif EIS 1 1.3 Skop Kajian Perunding GIS 2 2.0 SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS) 8 2.1 Pengenalan 8 2.2 Kebaikan EIS 8 2.3 Rekabentuk EIS 9 2.4 Pembangunan EIS Web 16 2.4.1 Perisian EIS Web 16 2.4.2 Direktori Pangkalan Data 28 2.4.3 Fungsi-Fungsi EIS Web 29 2.4.4 Perkongsian Data 30 2.4.5 Penyelenggaraan 31 2.4.6 Perkakasan 32 2.5 Pembangunan EIS Stand Alone 34 2.5.1 Perisian EIS Stand Alone 34 2.5.2 Bahasa Pengaturcaraan 34 2.5.3 Architecture System 35 2.5.4 Pangkalan Data 37 2.5.5 Fungsi-Fungsi EIS Stand Alone 39 2.5.6 Perkongsian Data 40 2.5.7 Penyelenggaraan 40 2.5.8 Perkakasan 41 2.6 Analisis Perbandingan Aplikasi EIS Web dan EIS Stand Alone 42 3.0 PANGKALAN DATA 45 3.1 Pengenalan 45 3.2 Pangkalan Data Rancangan Tempatan 45 3.2.1 Data Sektoral 45 3.2.2 Data Tiga Dimensi (3D) 45 3.2.3 Data Raster 46

i

3.2.4 Data Attribute 46

Page 6: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

3.3 Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan 47 3.4 Entity Relationship Diagram (ERD) 49 3.5 Sistem Unjuran 56 3.5.1 Sistem Koordinat RSO 57 3.5.2 Sistem Koordinat GDM 2000 57 3.5.3 Sistem Koordinat Cassini Soldner 57 3.6 Pengemaskinian Pangkalan Data 58 3.6.1 Pengemaskinian Data Spatial 58 3.6.2 Pengemaskinian Data Atribut 58 3.7 Perkongsian Pangkalan Data EIS 59 4.0 FUNGSI-FUNGSI EIS 60 4.1 Pengenalan 60 4.2 Fungsi-fungsi Asas 60 4.3 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Eksekutif 66 4.4 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Admin 67 4.5 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Awam 68 5.0 ISU PERLAKSANAAN EIS 69 5.1 Pengenalan 69 5.2 Sumber Manusia 69 5.3 Organisasi 70 5.4 Latihan 70 5.5 Perkakasan Komputer 70 5.6 Sistem Operasi 71 5.7 Jalur Lebar 71 5.8 Perisian Web GIS 71 5.9 Penyelenggaraan 72 5.9.1 Penyelenggaraan Perisian EIS 72 5.10 Pengurusan Pangkalan Data 73 5.11 Kos Pelaksanaan Pembangunan EIS 74 6.0 PENUTUP 75

ii

Page 7: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

Senarai Jadual Jadual 1.0 : Maklumat Penting Dalam Bahasa Kod Pengaturcaraan EIS Jadual 2.0 : Ringkasan Interface Pengguna EIS Jadual 3.0 : Fungsi-fungsi MapGuide Jadual 4.0 : Spesifikasi MapGuide Server Jadual 5.0 : Spesifikasi MapGuide Author Jadual 6.0 : Fungsi-fungsi MapGuide Viewer Jadual 7.0 : Fungsi-fungsi ArcIMS Jadual 8.0 : Fungsi-fungsi MapExtreme Jadual 9.0 : Spesifikasi Workstation Jadual 10.0 : Spesifikasi Komputer Meja (Desktop) Jadual 11.0 : Spesifikasi Komputer Riba (Notebook) Jadual 12.0 : Spesifikasi Pelayan (Server) Jadual 13.0 : Bahasa Pengaturcaraan EIS Stand Alone Jadual 14.0 : Spesifikasi Workstation Jadual 15.0 : Spesifikasi Komputer Meja (Desktop) Jadual 16.0 : Spesifikasi Komputer Riba (Notebook) Jadual 17.0 : Analisis SWOT Bagi Aplikasi EIS Web dan EIS Stand Alone Jadual 18.0 : Sistem Koordinat Cassini bagi Setiap Negeri di Semenanjung Malaysia Jadual 19.0 : Fungsi Sokongan GIS Dalam EIS Jadual 20.0 : Fungsi-fungsi Ikon GIS Dalam EIS Jadual 21.0 : Kos Perkakasan Komputer Bagi EIS Web Jadual 22.0 : Kos Perkakasan Komputer EIS Stand Alone Jadual 23.0 : Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Jadual 24.0 : Kos Perlaksanaan Pembangunan EIS di Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT)

Senarai Rajah Rajah 1.0 : Help File Aplikasi EIS Rajah 2.0 : Maklumat Yang Perlu Ada Pada Cakera Padat EIS Rajah 3.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Web Rajah 4.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Stand Alone Rajah 5.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur Pengguna Eksekutif Rajah 6.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan Pengguna Eksekutif Rajah 7.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur Pengguna Awam Rajah 8.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan Pengguna Awam Rajah 9.0 : Interface EIS Pengguna Eksekutif Rajah 10.0 : Interface EIS Pentadbir Sistem Rajah 11.0 : Interface EIS Pengguna Awam Rajah 12.0 : Architecture System MapGuide Rajah 13.0 : Architecture System Pangkalan Data MapGuide Bagi Aplikasi EIS Web

Rajah 14.0 : Architecture System ArcIMS

iii

Page 8: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

Rajah 15.0 : Architecture System MapExtreme Rajah 16.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan bagi EIS Web Rajah 17.0 : Perkongsian Data EIS Web Rajah 18.0 : Architecture System ArcGIS Rajah 19.0 : Architecture System MapInfo Professional Rajah 20.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Kajian Rancangan Struktur dan

Kajian Rancangan Tempatan Bagi Komputer Pengguna Rajah 21.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Kajian Rancangan Struktur dan

Kajian Rancangan Tempatan Bagi Pelayan (Server) GIS Rajah 22.0 : Perkongsian Data bagi EIS Stand Alone Rajah 23.0 : Model Pangkalan Data Kajian Rancangan Struktur Rajah 24.0 : Model Pangkalan Data Kajian Rancangan Tempatan Rajah 25.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Perancangan Fizikal Rajah 26.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Penduduk Rajah 27.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Ekonomi Rajah 28.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Sosial Rajah 29.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Pengangkutan Rajah 30.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Utiliti Rajah 31.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Alam Sekitar Rajah 32.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Maklumat Rajah 33.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Pentadbiran Rajah 34.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Peta Asas Rajah 35.0 : Architecture System Untuk Perkongsian Pangkalan Data Antara

EIS Stand Alone dan EIS Web Rajah 36.0 : Fungsi Paparan EIS Rajah 37.0 : Fungsi Carian EIS Rajah 38.0 : Fungsi Pautan EIS Rajah 39.0 : Peta GIS Dalam EIS Rajah 40.0 : Fungsi-fungsi Lain Dalam EIS Rajah 41.0 : Cadangan Organisasi Unit GIS di Pihak Berkuasa Tempatan Senarai Singkatan Nama Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) Domain Name System (DNS) Entity Relationship Diagram (ERD) Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) One Stop Centre (OSC) Rancangan Struktur (RSN) Rancangan Tempatan (RT) Rangkaian Meluas (WAN) Rangkaian Setempat (LAN) Relational Database Management System (RDBMS) Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) Sistem Maklumat Geografi (GIS) Sistem Pendudukan Satelit (Global Positioning System – GPS)

iv

Page 9: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

MANUAL PENYEDIAANSISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Page 10: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

1

1.0 PENDAHULUAN Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) merupakan aplikasi yang direkabentuk bagi memudahkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Kerajaan serta orang awam menggunakan pangkalan data Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan dengan lebih tepat dan pantas. Aplikasi EIS terbahagi kepada 2 kategori iaitu EIS Web dan EIS Stand Alone. EIS Web merupakan aplikasi EIS berasaskan platfom rangkaian internet (WAN) atau GIS Web Based. Manakala EIS Stand Alone adalah berasaskan platfom komputer di dalam persekitaran terhad yang dihubungi menerusi sistem rangkaian setempat (LAN). Kedua-dua kategori EIS ini mempunyai 2 komponen utama iaitu aplikasi EIS dan pangkalan data. Aplikasi EIS Web diolah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Vbasic Script, Java Script, ASP, Perl, Python, DHTML dan HTML. Manakala aplikasi EIS Stand Alone pula diolah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Avenue, MapBasic dan Visual Basic. Pangkalan data EIS terdiri daripada 5 komponen utama iaitu data spatial sektoral, data tiga dimensi (3D), laporan, imej Raster dan graf/jadual. Kesemua 5 komponen pangkalan data ini adalah mengikut format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi Rancangan Struktur serta Rancangan Tempatan termasuklah klasifikasi gunatanah dan juga kod warna gunatanah yang dibangunkan. Pangkalan data EIS ini juga mempunyai spesifikasi metadata yang berfungsi mengawal keseragaman dan kesamaan dalam setiap struktur pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

1.1 Matlamat EIS i. Menyelaras dan mewujudkan keseragaman format pembangunan EIS bagi

Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi memudahkan perkongsian data di peringkat Jabatan.

ii. Memantapkan pembangunan EIS bagi mempertingkatkan produktiviti perkhidmatan perancangan bandar dan desa.

1.2 Objektif EIS

Objektif pembangunan EIS adalah seperti berikut;-

i. Untuk membangunkan satu Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) yang dapat memudahkan proses perkhidmatan kaunter dan proses permohonan kebenaran merancang yang perlu dirujuk Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang disediakan.

ii. Untuk membantu pihak pengurusan bagi mendapatkan maklumat spatial dengan mudah dan pantas dalam proses membuat keputusan perancangan di dalam sesuatu mesyuarat atau perbincangan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Page 11: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

2 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

1.3 Skop Kajian Perunding GIS Skop perunding GIS dalam membangunkan EIS meliputi perkara-perkara berikut;- i. Perlaksanaan Rekabentuk EIS

Pada peringkat awal, perunding GIS akan berbincang dengan pengguna EIS iaitu Pihak Berkuasa Tempatan atau jabatan terlibat mengenai rekabentuk awal interface EIS sebelum pembangunan EIS dijalankan. Melalui perbincangan ini, komponen-komponen EIS dapat dikenalpasti samada EIS dibangunkan dalam bentuk Web atau Stand Alone. Setelah platfom EIS dikenalpasti, maka perbincangan seterusnya adalah mengenai interface EIS yang perlu dimasukkan selain daripada interface fungsi-fungsi asas EIS sediada. Melalui kaedah ini, versi draf Laporan Kajian Keperluan Pengguna EIS akan dapat dikenal pasti dan dihasilkan supaya pengguna mengetahui hala tuju pembangunan EIS pada masa akan datang. ii. Pembangunan Sistem EIS

Di peringkat ini, pembangunan EIS akan melibatkan kerja-kerja perincian elemen-elemen interface, menu pautan, arahan pengaturacaraan dan capaian dokumen dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dipilih. Pada peringkat ini, perunding GIS akan memerlukan tempoh yang lebih panjang untuk membangunkan setiap komponen EIS yang telah dipersetujui di peringkat perlaksanaan rekabentuk EIS. Komponen-komponen tersebut perlu diuji bagi melihat bagaimana ia berfungsi. Jika terdapat kekurangan pada komponen EIS, pindaan atau tambahan perlu dilakukan di peringkat ini. Setiap kod pengaturcaraan yang dibangunkan, perunding GIS perlu mendokumenkan kesemua kod tersebut untuk diserahkan kepada Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD setelah EIS dibangunkan. iii. Penyediaan Manual Pengguna EIS

Perunding GIS perlu menyediakan manual EIS kepada pihak berkuasa tempatan/ agensi/jabatan yang akan menggunapakai sistem EIS. Di dalam kandungan manual pengguna EIS, ia perlu mengandungi perkara-perkara berikut ;- a. Pengenalan Kandungan

Pengenalan EIS yang mengandungi tujuan dan matlamat pembangunan EIS serta maklumat mengenai tahun Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan disediakan. b. Hakmilik Sistem Penama

Hakmilik sistem mestilah dimiliki oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan menggunapakai sistem EIS setelah Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan disiapkan.

Page 12: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

c. Hakcipta Sistem Penama

Hakcipta sistem adalah organisasi yang membangunkan sistem EIS yang berkenaan. d. Penafian Maklumat

Kemudahan ini berfungsi untuk memaklumkan kepada pengguna sekiranya apa-apa perkara berlaku ke atas pangkalan data Sistem Maklumat Geografi (GIS), maka sumber dalam bentuk laporan boleh digunapakai sebagai pilihan untuk mendapatkan maklumat pangkalan data. e. Spesifikasi Sistem

Bahagian ini menerangkan keperluan spesifikasi perkakasan yang sesuai digunapakai dan keperluan perisian sokongan bagi melancarkan penggunaan EIS. f. Panduan Pemasangan Sistem

Panduan pemasangan sistem menerangkan langkah-langkah terperinci kaedah pemasangan sistem EIS di Pihak Berkuasa Tempatan atau agensi berkaitan. Kandungan panduan pemasangan sistem haruslah dilengkapi dengan rajah dan keterangan yang terperinci. Lampiran boleh digunakan jika ia melibatkan senarai jadual atau maklumat yang panjang. g. Sistem Maklumat Eksekutif

Sistem Maklumat Eksekutif menerangkan secara keseluruhan reka bentuk dan fungsi setiap menu EIS kepada pengguna supaya pengguna dapat menggambarkan rekabentuk EIS di peringkat awalan. h. Panduan Pengguna Sistem Lanjutan

Panduan pengguna sistem lanjutan adalah merupakan panduan terperinci yang dilengkapi dengan rajah-rajah beserta keterangan berkenaan penggunaan serta fungsi sesuatu menu EIS. Panduan ini penting di dalam memudahkan pengguna memahami perkara-perkara serta langkah-langkah yang perlu dilakukan di dalam sesebuah aplikasi EIS. Berikut adalah perkara-perkara yang dilampirkan di dalam setiap manual pengguna EIS:-

• Metadata pangkalan data EIS yang dibangunkan.

• Senarai peta cadangan, pelan sektoral, pelan subjek, pelan sisipan yang dimasukkan ke dalam EIS.

• Senarai Laporan yang dimasukkan ke dalam EIS seperti Laporan Pemeriksaan, Laporan Rancangan Struktur, Laporan Penemuan dan Strategi Pembangunan, Laporan Rancangan Tempatan dan lain-lain.

• Senarai imej Raster yang dimasukkan seperti foto udara, imej satelit Ikonos, Quickbird, Spot dan lain-lain.

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

3

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Page 13: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

4 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

i. Manual Pengguna EIS Manual Pengguna EIS ini telah dihasilkan di dalam 3 bentuk format iaitu;-

• Fail Bantuan ( Help File)

Fail bantuan dalam bentuk digital yang dihubungkan di dalam sistem (Built-In). Fail bantuan ini hendaklah dibangunkan oleh perunding GIS. Pengguna boleh membuat carian maklumat dan fail bantuan dapat memaparkan maklumat carian tersebut. Rajah 1.0 di bawah menunjukkan contoh fail bantuan di dalam sistem EIS. Rajah 1.0 : Help File Aplikasi GIS • Dokumen PDF (Softcopy)

Manual pengguna EIS perlu ditukar ke format PDF Softcopy agar pengguna boleh mendapatkan manual EIS melalui internet. Manual EIS Softcopy akan disimpan di dalam server EIS supaya mudah diakses oleh pengguna. • Dokumen PDF (Hardcopy)

Manual pengguna EIS dalam bentuk Hardcopy hendaklah disediakan dan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan atau jabatan terlibat sebanyak tiga (3) salinan. Manual Hardcopy tersebut adalah untuk simpanan dan rujukan pengguna EIS.

iv. Latihan Pengguna EIS

Perunding GIS perlu memberi latihan berkenaan kaedah penggunaan EIS kepada Pihak Berkuasa Tempatan atau jabatan-jabatan lain yang terlibat. Latihan yang diberi perlu menyeluruh dan meliputi semua aspek teori dan pratikal tentang cara penggunaan EIS agar pengguna dapat memahami bagaimana sistem EIS berfungsi.

Page 14: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

5

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Latihan pengguna EIS akan diberikan kepada sekurang-kurangnya 3 orang kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang berpengalaman terlebih dahulu. Kakitangan yang telah menerima latihan tersebut perlu melatih kakitangan yang lain supaya kemahiran dan pengalaman pengguna yang diperolehi dapat diperkembang dan dimanfaatkan. Latihan yang diberi akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu (1) hari dan akan dijalankan di Pihak Berkuasa Tempatan atau di jabatan yang terlibat. Kandungan modul latihan pengguna EIS adalah seperti berikut;- a. Pengenalan Kepada EIS

Memberi pengenalan EIS kepada pengguna tentang tujuan, matlamat dan fungsi-fungsi EIS dalam konteks Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. b. Latihan Pemasangan EIS

Mendedahkan kepada pengguna berkenaan langkah-langkah pemasangan sistem EIS secara terperinci. Ia perlu dilengkapi rajah berserta keterangan dan mempamerkan demonstrasi kepada pengguna berkenaan kaedah pemasangan EIS. c. Latihan Mengakses EIS

Melatih pengguna untuk mengakses EIS menerusi internet termasuklah memaklumkan alamat URL EIS kepada pengguna. d. Latihan Menggunapakai Butang Menu EIS

Melatih pengguna menggunapakai butang menu EIS yang telah disediakan. Menerangkan satu persatu setiap fungsi butang menu EIS kepada pengguna dengan menunjukkan demonstrasi pada masa yang sama. e. Latihan Membuka Pelan Subjek atau Pelan Sisip

Melatih pengguna cara mengakses pelan-pelan subjek dan sisip menerusi EIS. f. Latihan Membuat Analisis Mudah

Melatih pengguna untuk membuat analisis yang mudah iaitu teknik mengukur jarak, mengukur keluasan dan persempadanan kawasan. g. Latihan Membuka Laporan

Memberi tunjuk ajar dan latihan kepada pengguna cara membuka Laporan Draf Rancangan Tempatan yang disediakan dalam format PDF.

h. Latihan Mencetak

Melatih pengguna mencetak peta GIS dengan menggunakan fungsi cetak yang disediakan di dalam EIS. Melatih pengguna mencetak peta GIS dalam pelbagai saiz seperti format kertas iaitu A4, A1 atau A0.

Page 15: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

Bahagian Maklumat Gunatanah NegaraJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung

Malaysia

Kod PengaturdaraanAplikasi : EIS Web

Disediakan Oleh :Syarikat Atas Bawah Sdn. Bhd.

8hb. Ogos 2003

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

6 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

i. Latihan Mengemaskini Dan Menyelenggara Pangkalan Data

Melatih pengguna EIS terutama Pentadbir Sistem cara mengemaskini pangkalan data EIS dengan menggunakan fungsi yang disediakan di dalam EIS. Di samping itu juga, modul ini turut melatih Pentadbir Sistem berkenaan cara-cara menyelenggara pangkalan data. v. Kod Bahasa Pengaturcaraan

Di dalam pembangunan EIS, setiap perunding GIS perlu mendokumentasikan bahasa kod pengaturcaraan yang telah dibangunkan sama ada yang dibangunkan untuk EIS Web ataupun EIS Stand Alone. Kod pengaturcaraan yang telah didokumentasi perlu diserah kepada Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD Semenanjung Malaysia untuk simpanan dan rujukan. Kaedah penghantaran bahasa kod pengaturcaraan yang dibangunkan adalah dalam bentuk Softcopy yang dimuatkan ke dalam medium berbentuk cakera keras. Cakera keras yang disediakan perlulah dilabel sepertimana Rajah 2.0 di bawah supaya mudah untuk dikenalpasti.

Rajah 2.0 : Maklumat Yang Perlu Ada Pada Cakera Padat EIS

Setiap bahasa kod pengaturcaraan yang dibangunkan samada EIS Web atau EIS Stand Alone perlu didokumentasikan secara sistematik dan dilengkapi dengan maklumat-maklumat penting yang diperlukan. Berikut adalah senarai maklumat-maklumat penting yang perlu ada di dalam setiap bahasa kod pengaturcaraan EIS;-

Page 16: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

7 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Jadual 1.0 : Maklumat Penting Dalam Bahasa Kod Pengaturcaraan EIS

Bil. Maklumat Keterangan

a. Nama Kod Nama kod pengaturcaraan yang dibangunkan. b. Pengaturcara Nama individu yang mengaturcara kod pengaturcaraan. c. Syarikat Syarikat yang membangunkan kod pengaturcaraan. d. Tarikh Tarikh mula kod pengaturcaraan dibangunkan. e. Versi Versi kod pengaturcaraan yang bermula dari 1.0.

f. Bahasa Nyatakan bahasa yang digunakan untuk membangunkan kod pengaturcaraan.

g. Tujuan Beri sedikit keterangan tujuan kegunaan kod pengaturcaraan tersebut.

h. Ralat Bug Nyatakan ralat kod jika ada untuk rujukan pada masa hadapan.

Berikut adalah contoh kod pengaturcaraan EIS Web yang telah mengambilkira maklumat-maklumat penting yang perlu ada dalam bahasa kod pengaturcaraan EIS sepertimana yang ditunjukkan pada Jadual 1.0.

'// Nama HTML : Pelan Subjek.html '// Pengaturcara : Puteri Ledang

‘// Syarikat : Gunung Angin Sdn. Bhd.

'// Tarikh : 10.4.2001

'// Versi : 1.0

'// Bahasa : Java Script

'// Tujuan : Untuk membuka pelan subjek dalam format JPEG

'// Ralat : Tiada Berikut pula adalah contoh kod pengaturcaraan untuk EIS Stand Alone yang telah mengambilkira maklumat-maklumat penting yang perlu ada di dalam bahasa kod pengaturcaraan sesebuah EIS.

'// Nama Kod : frmRTDSPU_PelanSubjek '// Pengaturcara : Ahmad Khaldun

‘// Syarikat : Depan Belakang Sdn. Bhd.

'// Tarikh : 12.7.2002

'// Versi : 1.0

'// Bahasa : Visual Basic 6.0

'// Tujuan : Untuk membuka pelan subjek dalam format JPEG

'// Ralat : Tiada

Page 17: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

8 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2.0 SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

2.1 Pengenalan Sistem Maklumat Eksekutif atau ringkasannya EIS, merupakan sebuah aplikasi GIS yang telah diubahsuai menerusi sistem customization oleh perunding GIS. Tujuanya adalah untuk menyelaras matlamat dan objektif pembangunan aplikasi EIS dalam penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Customization EIS boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu EIS Web atau EIS Stand Alone. Kedua-dua kaedah ini mempunyai objektif yang sama iaitu untuk memaparkan lapisan-lapisan (Layer) data GIS, membuat carian maklumat GIS, mengasingkan pelan-pelan lapisan dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sedia ada selain mencapai laporan-laporan yang terkandung di dalamnya. Perbezaan di antara kedua-dua aplikasi ini adalah dari segi platform operasi yang digunakannya iaitu EIS Web menggunakan capaian Internet, manakala EIS Stand Alone menggunakan capaian Sistem Rangkaian Setempat (LAN). EIS berfungsi sebagai alat (Tools) kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mewujudkan sistem pangkalan data GIS berpusat bagi memudahkan pengguna mencapai dan mengakses data-data GIS dengan lebih efisen, mudah dan pantas. Selaras dengan kepesatan pembangunan teknologi jalur lebar masa kini, EIS Web yang bersifat global boleh diakses oleh pengguna menerusi capaian internet dengan lebih cepat dan pantas di mana-mana sahaja. Bagi EIS Stand Alone pula, walaupun capaian perkongsian data merangkumi kawasan yang terhad, namun ianya amat penting kepada Pihak Berkuasa Tempatan sebagai permulaan untuk mewujudkan persekitaran sistem EIS yang lebih komprehensif. Berdasarkan kepada kepesatan pembangunan moden masa kini, pendekatan EIS penting sebagai satu alat (Tools) untuk mempertingkatkan sistem panyampaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke arah perkhidmatan yang lebih berkesan dan efisyen.

2.2 Kebaikan EIS i. Orang Awam boleh menggunakan EIS Web atau EIS Stand Alone ketika proses

publisiti Draf Rancangan Tempatan (DRT) bagi membuat semakan terhadap Rancangan Tempatan yang disediakan.

ii. EIS boleh digunapakai di dalam penyediaan Rancangan Struktur oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.

iii. Pihak Berkuasa Tempatan boleh mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan khususnya di dalam perspektif perancangan bandar dan desa kepada orang awam.

iv. Maklumat yang lebih cepat dapat disalurkan kepada pemaju atau perunding berkenaan dengan sesuatu pembangunan sama ada ia dibenarkan ataupun sebaliknya khususnya untuk tujuan permohonan kebenaran merancang.

Page 18: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

9

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

v. Maklumat-maklumat yang terkandung dalam EIS boleh digunapakai di peringkat eksekutif dan pihak pengurusan dalam proses membuat keputusan berkaitan dengan perancangan pembangunan atau digunapakai di mesyuarat-mesyuarat di peringkat One Stop Centre (OSC), Majlis Penuh ataupun Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).

vi. Menjadi sumber pendapatan sampingan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang mana pelan-pelan GIS boleh dicetak dan dijual kepada pemaju atau individu berkepentingan pada harga yang telah ditetapkan.

2.3 Rekabentuk EIS

Terdapat 4 perkara asas yang utama di dalam merekabentuk dan membangunkan aplikasi EIS iaitu;- i. Pangkalan Data

Rekabentuk pangkalan data GIS perlu mematuhi format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang dibuat bagi mewujudkan keseragaman pangkalan data GIS yang dikumpulkan. Metadata pangkalan data GIS juga merujuk kepada klasifikasi gunatanah dan kod warna gunatanah yang dibangunkan di Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan. Format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi bagi Rancangan Struktur mengandungi 9 perkara iaitu Perancangan Fizikal, Penduduk, Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar, Pentadbiran dan Peta Asas. Manakala format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Rancangan Tempatan pula mengandungi 10 perkara yang meliputi Perancangan Fizikal, Penduduk, Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar, Pentadbiran, Peta Asas dan Maklumat Tanah. ii. Aplikasi

Aplikasi EIS terdiri daripada 2 kategori iaitu EIS Web dan EIS Stand Alone. EIS Web dibangunkan di atas platform capaian internet yang mana pengguna boleh mengakses EIS ini di mana jua dengan melayari internet. Manakala EIS Stand Alone dibangunkan di atas platfom Windows dan pengguna hanya boleh mengakses EIS ini di dalam lingkungan persekitaran rangkaian setempat (Local Area Network (LAN)). Rekabentuk dan Archictecture System bagi kedua-dua kategori EIS ini adalah berbeza di antara satu sama lain berdasarkan kepada platfom dan bahasa pengaturcaraan yang digunapakai. Rekabentuk dan archictecture system bagi EIS Web adalah lebih kompleks dan berskala besar kerana ia melibatkan sokongan komponen-komponen seperti Server Internet Information Services (IIS), Rangkaian Meluas (WIDE Area Network – WAN), Nama Domain (Domain Name System – DNS), Internet Protocol (IP) dan GIS Web Server.

Page 19: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

10 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 3.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Web

Bagi EIS Stand Alone, rekabentuk dan archictecture system adalah lebih ringkas dan berskala kecil kerana aplikasi ini hanya boleh digunakan di dalam persekitaran kawasan yang terhad sahaja. Antara komponen-komponen yang terlibat adalah Server sistem rangkaian setempat Local Area Network (LAN), Switch dan komputer pengguna. Rajah 4.0 di bawah menunjukkan rekabentuk aplikasi EIS Stand Alone. Rajah 4.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Stand Alone

iii. Pengguna

Pengguna aplikasi EIS Web atau EIS Stand Alone boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu;-

a. Pengguna Eksekutif

Pengguna Eksekutif terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi seperti Menteri Besar, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Bahagian Perancangan dan Pembangunan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain. Pengguna kategori ini akan menggunakan interface EIS eksekutif sepertimana yang tertera di Rajah 9.0. Di antara peranan dan juga kelebihan yang diperolehi oleh pengguna eksekutif adalah seperti berikut;-

• Mendapatkan maklumat mengenai keputusan permohonan kebenaran merancang berdasarkan kepada nombor lot dan lokasi dengan lebih cepat dan tepat.

Page 20: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

11

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

• Boleh mengakses maklumat berkenaan dengan perancangan dalam kawasan pentadbirannya dengan lebih cepat, tepat dan terkini.

• Memberi maklumat tentang kawasan sempadan piliharaya dari segi lokasi, sempadan, kependudukan, keadaan fizikal dan sebagainya bagi kegunaan pilihanraya DUN dan Parlimen.

Pengguna Eksekutif boleh mengakses maklumat-maklumat yang dimuatkan dalam EIS Eksekutif, dengan hanya memilih dan menekan pada menu yang disediakan dan maklumat yang diperlukan akan terpapar di skrin. Paparan terperinci nama-nama peta lapisan GIS tidak ditunjukkan kepada semua pengguna bagi memastikan data dan maklumat penting dan terhad yang terkandung dalam EIS adalah terpelihara. Namun demikian, Pengguna Eksekutif diberi keistimewaan untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan dengan cara menekan pada butang di kotak sebelah kiri yang menunjukkan nama-nama lapisan GIS yang terdapat di dalam format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi yang disediakan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Contoh paparan lapisan GIS bagi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan untuk Pengguna Eksekutif adalah seperti di Rajah 5.0 dan Rajah 6.0. Rajah 5.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur Pengguna Eksekutif

Page 21: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

12 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 6.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan Pengguna Eksekutif

b. Pentadbir Sistem (System Administrator)

Pentadbir Sistem terdiri daripada pegawai Sistem Maklumat atau Pegawai Perancangan Bandar dan Desa di Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab terhadap perjalanan aplikasi EIS. Pentadbir Sistem EIS Rancangan Struktur perlu menggunakan aplikasi Server User Profile untuk mendaftar dan mengurus akaun pengguna. Pentadbir Sistem ini akan menggunakan interface EIS admin sepertimana yang ditunjukkan pada Rajah 10.0. Di antara peranan Pentadbir Sistem adalah seperti berikut:-

• Mengemaskini pangkalan data GIS dengan menggunakan fungsi yang disediakan di dalam EIS.

• Mengakses semua pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Bagi pengguna EIS Admin, kesemua lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan dipaparkan. Ini bermakna, pengguna EIS Admin dapat melihat keseluruhan lapisan GIS Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan yang dibangunkan. c. Pengguna Awam Pengguna awam terdiri daripada pemilik tanah, pemaju, perunding dan oang awam. Pengguna awam akan menggunakan interface EIS Awam sepertimana yang ditunjukkan pada Rajah 11.0. Peranan pengguna awam adalah seperti berikut;- • Menggalakkan penyertaan orang awam dalam semakan publisiti Draf Rancangan

Struktur atau Draf Rancangan Tempatan.

• Memberi peluang kepada orang awam untuk menyemak gunatanah sedia ada dan cadangan yang boleh dibangunkan di atas lot-lot berkenaan.

• Memberi maklumat kepada orang awam mengenai zon dan kelas kegunaan tanah bagi sesuatu kawasan ataupun lot tanah.

Page 22: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

13

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Bagi pengguna awam, paparan maklumat-maklumat dalam EIS awam adalah terhad. Pengguna awam dihadkan untuk mengakses beberapa maklumat tertentu dalam EIS atas faktor-faktor keselamatan. Contoh paparan lapisan GIS bagi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan untuk penggunan awam adalah seperti di Rajah 7.0 dan Rajah 8.0. Rajah 7.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur Pengguna Awam

Rajah 8.0: Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan Pengguna Awam

iv. Interface Interface pengguna dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Interface EIS Pengguna Eksekutif, Interface EIS Pentadbir Sistem (System Administrator) dan Interface EIS pengguna awam.

Page 23: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

14 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

a. Interface EIS Pengguna Eksekutif

Interface EIS Pengguna Eksekutif akan digunakan oleh pihak pengurusan tertinggi yang terdiri daripada Menteri Besar, Exco-Exco, Yang Dipertua, Setiausaha dan Ketua Bahagian Perancangan dan Pembangunan di peringkat pihak berkuasa tempatan. Bagi mengakses Interface EIS Pengguna Eksekutif pengguna perlu memasukkan kata nama dan kata laluan yang telah didaftarkan dengan pihak pengurusan. Kata nama terdiri daripada nama pengguna dan kata laluan adalah nombor kad pengenalan baru pengguna. Menu pada paparan interface EIS Eksekutif dibangunkan dengan ciri-ciri mesra pengguna agar mudah dikendalikan. Tips Info Tool turut disediakan untuk memberi panduan kepada pengguna tentang fungsi dan kegunaan sesuatu menu. Contoh paparan interface EIS Eksekutif adalah seperti di Rajah 9.0. Rajah 9.0 : Interface EIS Pengguna Eksekutif b. Interface EIS Pentadbir Sistem (System Administrator)

Pengguna Interface EIS Pentadbir Sistem terdiri daripada pegawai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap aplikasi EIS yang dibangunkan. Akses kepada Interface EIS Pentadbir Sistem memerlukan pengguna memasukkan kata laluan dan kata nama yang telah didaftarkan. Contoh paparan interface EIS Pentadbir Sistem adalah seperti yang tertera pada Rajah 10.0. Interface EIS Pentadbir Sistem akan memaparkan peta GIS beserta dengan senarai nama lapisan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Pengguna EIS Pentadbir Sistem boleh mengemaskini data dan rekod gunatanah dengan menggunakan tool kemaskini yang disediakan di dalam EIS.

Page 24: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

15

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 10.0 : Interface EIS Pentadbir Sistem

c. Interface EIS Pengguna Awam

Pengguna Interface EIS Pengguna Awam terdiri daripada pemilik tanah, pemaju, perunding dan juga orang awam. Pengguna boleh terus akses ke Interface EIS tanpa perlu memasukkan kata laluan dan kata nama. Interface EIS awam tidak mempunyai fungsi analisis serta tidak boleh mengakses Laporan Penemuaan dan Laporan Strategi Pembangunan. Contoh paparan interface EIS Pengguna Awam adalah seperti dalam Rajah 11.0. Rajah 11.0: Interface EIS Pengguna Awam

Page 25: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

16 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Jadual 2.0 menunjukkan ringkasan interface EIS bagi 3 kategori pengguna iaitu EIS Pengguna Eksekutif, EIS Pentadbir Sistem (System Administrator) dan EIS Pengguna Awam. Jadual 2.0: Ringkasan Interface Pengguna EIS

Antaramuka Pengguna

Kata Laluan

Peta GIS

Paparan Lapisan

GIS

Carian Maklumat

GIS

Pautan Dokumen & Pelan

Fungsi GIS

Analisis GIS

Bantuan Sistem

Kemaskini Info & Akaun

Pengguna Eksekutif 9 9 9 9 9 9 9 9 8Pentadbir Sistem (Admin)

9 9 9 9 9 9 9 9 9

Awam 8 9 9 9 9 9 8 9 8

2.4 Pembangunan EIS Web

EIS Web merupakan sebuah sistem GIS yang dibangunkan di atas platform teknologi GIS Web Based. Teknologi GIS Web Based adalah rangka penting di dalam architecture system aplikasi pembangunan EIS Web kerana ia melibatkan komponen sistem yang kompleks dan berskala besar. Setiap komponen sistem EIS Web ini mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri. Setiap komponen sistem EIS Web ini saling bergantung antara satu sama lain untuk melancarkan EIS Web. Jika terdapat kerosakan atau masalah tertentu pada komponen sistem, maka EIS Web tidak dapat diakses atau dilayari. Oleh itu, aspek penyelenggaraan dan pemantauan operasi perjalanan aplikasi EIS Web amat penting dan perlu diberikan perhatian. Ini adalah kerana, pengguna akan mengakses EIS Web ini melalui rangkaian internet di seluruh dunia. EIS Web mempunyai banyak kelebihan terutamanya dari perspektif perkongsian data kerana ia menggunakan teknologi GIS Web Based. Teknologi ini membenarkan perkongsian data dilaksanakan di mana pengguna boleh mengakses EIS Web menerusi rangkaian internet di seluruh dunia. EIS Web juga amat pratikal digunapakai pada masa kini memandangkan negara kita sudahpun mempunyai teknologi jalur lebar sedia ada. Malah ia telah mencapai kelajuan sehingga minima 512 Kbps (Kilo Bytes Per Second) hingga maksima 2 Mbps (Mega Bytes Per Second). Oleh yang demikian, pengguna tidak mempunyai masalah untuk mengakses EIS WEB . Berdasarkan kepada kelajuan tersebut, ia amat sesuai untuk aplikasi EIS Web. 2.4.1. Perisian EIS Web Pada masa kini, terdapat banyak versi perisian GIS Web Based yang digunakan untuk membina aplikasi EIS Web dijual di pasaran. Aplikasi EIS Web sering dibangunkan untuk kegunaan sistem telekomunikasi, marin, perancangan gunatanah, elektrikal, perbandaran, perhutanan, pengangkutan dan lain-lain kegunaan. Perisian EIS Web Based terdiri daripada 2 kategori iaitu;-

i. GIS Web Based Viewer

ii. GIS Web Based Open Source

Page 26: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

17

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

i. GIS Web Based Viewer

Pengguna GIS Web Based Viewer memerlukan fail ActiveX untuk melancarkan fail GIS. Fail ActiveX boleh dimuat turun secara percuma dari halaman GIS Web masing-masing. Fail ActiveX boleh dimanipulasikan untuk tujuan rekabentuk semula (Customization) aplikasi EIS Web. GIS Web Based ini menggunakan bahasa ActiveX masing-masing untuk tujuan Customization. Lesen Web GIS adalah perlu dan bilangan akses pengguna bergantung kepada spesifikasi yang ditentukan di dalam pakej perisian GIS Web Based. EIS Web akan menggunakan GIS Web Base Viewer ini untuk tujuan pembangunan EIS WEB Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Berikut adalah senarai nama perisian GIS Web Based Viewer yang biasa digunakan untuk kategori ini;- a. MapGuide, Perisian Dari Produk AutoDesk

MapGuide adalah merupakan perisian yang dibangunkan oleh AutoDesk untuk membantu pengguna di dalam mengakses peta dan data GIS menerusi rangkaian internet. Versi terkini MapGuide adalah versi 6.5 yang sering digunapakai untuk membangunkan sesebuah EIS Web. • Fungsi MapGuide Di antara fungsi-fungsi dan peranan MapGuide di dalam pembentukan EIS Web ini adalah seperti yang dinyatakan pada Jadual 3.0. Jadual 3.0 : Fungsi-fungsi MapGuide

Bil. Fungsi Keterangan

a. Format DWG Boleh membangunkan peta lapisan GIS dalam format DWG tanpa perlu ditukar ke format SDF. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga.

b. Format DWF MapGuide boleh menggunakan format DWF (Design Web Format) dan membangunkan lapisan-lapisan GIS dengan perisian AutoDesk.

c. SQL (Structured Query Language)

MapGuide menggunakan Relational Database Management System (RDBMS) untuk mengendalikan SQL terhadap Pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

d. Peta Lapisan GIS MapGuide boleh memasukkan bilangan peta lapisan GIS (layer) sehingga 500 lapisan peta.

e. Viewer Pemasangan MapGuide Viewer mudah dilakukan oleh pengguna biasa.

f. Peta GIS Interaktif

MapGuide boleh memaparkan peta GIS menerusi internet dengan format lapisan GIS yang boleh diubahsuai seperti warna, simbol, perkataan, skala paparan dan susunan lapisan GIS.

Page 27: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

18 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Bil. Fungsi Keterangan

g. Akses Peta GIS Peta GIS boleh diakses menerusi komputer atau Personal Data Assistant (PDA) yang menggunakan sistem operasi Windows CE.

h. Format Data MapGuide boleh membaca pelbagai format data iaitu ESRI ShapeFile, Microstation DGN, MapInfo Interchange File dan Lukisan format DWG.

i. Pangkalan Data MapGuide boleh diintegrasi dengan Pangkalan data seperti OLE DB, ODBC, Oracle, SQL Server, Microsoft Access, dBase dan lain-lain lagi.

j. Sumber Akses

MapGuide Spatial Data Provider (SDP) boleh membuat beberapa sumber data yang boleh membaca data GIS, lukisan DWG dan Pangkalan data Oracle terus dari MapGuide Server.

k. Raster MapGuide boleh membaca format Raster.

l. Sistem Koordinat

MapGuide mempunyai parameter sediada sistem koordinat seluruh dunia berjumlah 800 sistem koordinat di samping mempunyai sistem pemetaan yang tidak memerlukan sistem koordinat.

• Komponen Perisian

MapGuide ini mempunyai 4 komponen perisian yang digunakan bersama-sama di dalam membina sesebuah EIS Web. Komponen-komponen perisian tersebut adalah;-

MapGuide Server - MapGuide Server berfungsi sebagai server terhadap permintaan dan pertanyaan lapisan-lapisan GIS di mana MapGuide Server menggunakan Map Agents untuk menjana pertanyaan dan permintaan lapisan-lapisan data GIS dari MapGuide Author dan MapGuide Viewer. Jadual 4.0 adalah merupakan senarai spesifikasi MapGuide Server.

Jadual 4.0 : Spesifikasi MapGuide Server

Bil. Fungsi Keterangan

a. Sistem Operasi MapGuide Server menggunakan sistem operasi Windows 2003.

b. Interface MapGuide Server mempunyai interface untuk merekod log akses pengguna ke Server GIS.

c. MapAgent Service MapGuide Server menggunakan MapAgent Service untuk menghantar dan menerima lapisan-lapisan GIS ke internet.

d. Sumber Akses

Menggunakan Spatial Data ProvIDEr (SDP) untuk membina sumber data GIS yang boleh membaca format data: ShapeFile, DWG, MapIinfo Interchange File, Oracle, ODBC, DB dan sebagainya.

Page 28: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

19

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MapGuide Author - MapGuide Author berfungsi sebagai perisian untuk memadatkan pangkalan data Sistem Maklumat Geografi (GIS) Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang disimpan dalam fail bernama *.WMF (Window Map File). Jadual 5.0 berikut adalah merupakan senarai spesifikasi MapGuide Author yang digunakan.

Jadual 5.0 : Spesifikasi MapGuide Author

Bil. Fungsi Keterangan

a. MWF (Map Window File)

MapGuide Author akan memadatkan pangkalan data GIS untuk menghasikan fail berformat WMF yang akan dipaparkan di dalam internet.

b. Layer GIS Layer GIS disusun dengan menggunakan MapGuide Author.

c. Simbol Simbol warna dan garisan boleh diubahsuai dengan menggunakan MapGuide Author.

d. Kapasiti Peta GIS MapGuide Author boleh memasukkan bilangan peta GIS sehingga 500 layer.

MapGuide Viewer - MapGuide Viewer berfungsi untuk memaparkan fail WMF yang mengandungi layer Sistem Maklumat Geografi (GIS) Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Jadual 6.0 berikut adalah senarai fungsi MapGuide Viewer. Jadual 6.0 : Fungsi-fungsi MapGuide Viewer

Bil. Fungsi Keterangan

a. Viewer

Java Viewer atau fail Active X boleh dimuat turun secara percuma dan (download) dari laman web AutoDesk menerusi internet. Fail ActiveX diperlukan untuk memaparkan lapisan-lapisan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

b. Kecil Saiz fail Java Viewer adalah kecil dan tidak mengambil ruang penyimpanan yang besar dalam cakera keras (Hard Disk).

c. Interface Mudah dan senang digunapaki oleh pengguna biasa.

d. Menu

Mempunyai pelbagai fungsi butang menu diantaranya adalah manipulasi lapisan data GIS, penyempadanan, pilih objek, zoom objek, membuat pertanyaan dan percetakan.

e. Bahasa Boleh membangunkan EIS Web dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan HTML, JavaScript, VBScript dan XML.

f. Percetakan

Pengguna boleh mencetak peta GIS dalam pelbagai saiz format A1, A2, A3 atau A4. Disamping itu, maklumat seperti tajuk, petunjuk, skala peta, arah utara, tarikh dan masa boleh diletakkan

Page 29: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

20 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Internet Information Systems - Internet Information Systems juga adalah merupakan salah satu daripada komponen utama yang penting di dalam pembangunan EIS Web. Internet Information Systems ( IIS) merupakan komponen Web yang menjadi perantara komunikasi penting di antara MapGuide Server dengan EIS Web. IIS secara langsung akan berfungsi di dalam mengurus, menyelia dan memantau operasi Domain Name System (DNS), direktori Web folder dan juga mengawal tahap akses pengguna internet. • Architecture System MapGuide Pembangunan EIS Web Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan juga boleh menggunapakai model architecture system MapGuide yang sama. Ini adalah kerana architecture system MapGuide telah direkabentuk dengan kaedah yang boleh disesuaikan untuk kegunaan kedua-dua rancangan pemajuan tersebut. Architecture system MapGuide yang dimaksudkan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Sistem dan Bahagian Pengguna Sistem;- Bahagian Pengurusan Sistem - Bahagian pengurusan sistem mempunyai architecture system yang kompleks kerana ia melibatkan beberapa komponen sistem yang penting kepada pembangunan EIS Web. Komponen-komponen yang terlibat di bahagian ini adalah perisian MapGuide Server, MapGuide Author dan Internet Information SysteMS (IIS). Komponen-komponen MapGuide Server dan IIS perlu dipasang di server MapGuide Server. MapGuide Author pula perlu dipasang di stesen kerja (Workstation) yang dihubungkan menerusi Sistem Rangkaian Setempat (LAN). Di dalam proses pemasangan komponen-komponen tersebut, haruslah dipastikan bahawa kerja-kerja konfigurasi dijalankan supaya setiap komponen yang dipasang mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Ujian komponen perlu dijalankan dan direkod untuk tujuan rujukan dan semakan sistem.

Bahagian Pengguna Sistem - Di bahagian ini, komponen-komponen yang digunakan hanya melibatkan perisian MapGuide Viewer dan rangkaian internet sahaja. Pengguna hanya perlu memuat turun fail ActiveX Viewer dari laman web AutoDesk untuk memaparkan peta GIS di dalam EIS Web. Rajah 12.0 menunjukkan carta alir architecture system MapGuide.

Page 30: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

21

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 12.0 : Architecture System MapGuide

• Pangkalan Data MapGuide Pangkalan Data MapGuide menggunakan teknologi RDBMS (Relational Database Management System) seperti OLE DB, ODBC, Oracle, SQL Server dan Microsoft Access untuk menguruskan pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Direktori pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini diletakkan di server GIS dan segala metadata Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan diletakkan secara berasingan mengikut projek RTD dan RSN yang berkaitan. Sila rujuk Rajah 13.0.

Page 31: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

22 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 13.0: Architecture System Pangkalan Data MapGuide Bagi Aplikasi EIS Web

• Bahasa Pengaturcaraan MapGuide menggunakan bahasa pengaturcaraan HyperText Markup Language (HTML), JavaScript, VBScript dan Active Server Pages (ASP) serta ArcIMS. b. ArcIMS, Perisian Dari Produk ESRI ArcIMS adalah merupakan produk keluaran ESRI yang dibangunkan di atas platfom server GIS Web Based. ArcIMS merupakan perisian yang membolehkan pengguna mengakses peta dan data GIS menerusi rangkaian internet. Versi ArcIMS 9.2 adalah merupakan versi terkini perisian ini. ArcIMS turut digunakan di dalam pelbagai aplikasi yang berkaitan dengan GIS Web Based seperti pelancongan, pengangkutan, perhutanan, ocenografi, kaji cuaca dan sebagainya.

Page 32: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

23

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

• Fungsi

Di antara fungsi-fungsi dan peranan ArcIMS di dalam pembentukan sesebuah EIS Web ini adalah seperti yang dinyatakan pada Jadual 7.0 di bawah. Jadual 7.0 : Fungsi-fungsi ArcIMS

Bil. Fungsi Keterangan

a. SQL (Structured Query Language)

ArcIMS menggunakan teknologi RDMS (Relational DaTaBase Management System).

b. Viewer Terdapat dua mod bahasa pengaturcaraan Viewer iaitu HTML dan Java.

c. Desktop Dekstop ArcGIS seperti ArcView, ArcEditor, ArcInfo dan ArcExplorer boleh digunakan untuk membuka EIS Web ArcIMS.

d. Peta GIS Interaktif

ArcIMS boleh memaparkan peta GIS menerusi internet dengan format lapisan GIS seperti warna, simbol, perkataan, skala paparan dan susunan lapisan GIS.

e. Format Data ArcIMS boleh membaca pelbagai format data iaitu: ESRI ShapeFile, ArcInfo coverages, DWG, DXF dan DGN .

f. Raster ArcIMS boleh membaca format Raster.

g. Sistem Koordinat ArcIMS boleh menggunakan sistem koordinat sedia ada yang terdapat di dalam ArcGIS.

• Komponen Perisian ArcIMS mempunyai 3 komponen perisian yang terlibat digunakan serentak untuk membina sebuah EIS Web ArcIMS iaitu;- ArcIMS Author – Fungsi ArcIMS Author adalah untuk mengurus pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Kesemua konfigurasi pangkalan data GIS ini dilakukan dengan menggunakan ArcXML dan disimpan di dalam fail berjudul map files.

ArcIMS Designer – Fungsi ArcIMS Designer adalah untuk menetapkan rekabentuk interface EIS Web dari segi susunan table, frame, layout, kandungan dan fungsi-fungsi yang perlu dimasukkan ke dalam EIS Web Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

ArcIMS Administrator - ArcIMS Administrator bertindak sebagai server terhadap Map Services server dan struktur Pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Page 33: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

24 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

• Architecture System ArcIMS

Viewer architecture system ArcIMS memaparkan pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan dengan menggunakan dua mod bahasa pengaturcaraan iaitu HTML dan Java. Mod bahasa pengaturcaraan Viewer ini membenarkan pengguna mengakses interface EIS Web Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Penggunaan dua mod bahasa pengaturcaraan tersebut, EIS Web ArcIMS turut boleh diakses menerusi dekstop ArcGIS iaitu seperti ArcView, ArcEditor, ArcInfo dan ArceExplorer 3.1.

Sistem Server ArcIMS memerlukan 4 komponen server bagi mengendalikan pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan iaitu;-

Web Server - Web Server merupakan perisian seperti Apache atau Internet Information Service (IIS) yang harus ada untuk mengurus EIS Web Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Tanpa perisian ini, Viewer dan Pelayan EIS Web tidak akan dapat berinteraksi antara satu sama lain.

Application Server - Application Server merupakan komponen penting yang berfungsi bagi mengurus query pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan dari Viewer atau Web Server. Di samping itu, Application Server juga berfungsi untuk merekod aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Map Services di samping dapat berhubung dengan server EIS Web yang lain.

Server Connectors - Server Connectors merupakan komponen penting sebagai perantara (Middleware) di antara Web Server (Apache atau IIS) dengan Application Server.

Spatial Server – Spatial Server merupakan komponen paling penting di dalam EIS Web ArcIMS di mana ia berfungsi untuk mengakses pangkalan data GIS RT dan RSN selain berfungsi untuk mengemaskini pangkalan data tersebut. Di samping itu juga, Spatial Server ini dapat mengabungkan pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan mengikut format yang dikehendaki oleh pengguna EIS Web. Data Level ArcIMS dapat membaca format data seperti ESRI shapefiles, ArcInfo Coverages, Layers ArcSDE serta data berformat Raster seperti JPEG, GIF, BMP. GeoTIFF. • Sistem Operasi EIS Web memerlukan sistem operasi (Operating System – OS) Windows Server 2003 untuk server Web Server, kerana komponen-komponen MapGuide perlu dipasang di atas platfom Windows Server 2003. Rajah 14.0 menunjukkan gambaran architecture system EIS Web ArcIMS.

Page 34: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

25

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 14.0 : Architecture System ArcIMS

• Bahasa Pengaturcaraan

ArcIMS menggunakan bahasa pengaturcaraan ColdFusion, Microsoft ASP, Java atau pun C++. c. MapExtreme, Perisian Dari MapInfo

MapExtreme merupakan produk perisian yang dikeluarkan oleh MapInfo. MapExtreme mempunyai dua versi platfom iaitu Windows dan Java. Pengguna MapExtreme boleh mengakses EIS Web di mana-mana platfom sedia ada pada komputer pengguna. • Fungsi

Fungsi dan peranan MapExtreme di dalam pembentukan sesebuah EIS Web adalah seperti yang dinyatakan di Jadual 8.0.

Page 35: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

26 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Jadual 8.0: Fungsi-fungsi MapExtreme

Bil. Fungsi Keterangan

a. Pengguna

Boleh memilih kategori maklumat untuk dipaparkan, mengubahsuai paparan peta lapisan (layer) data GIS, boleh membuat label untuk objek-objek di dalam peta GIS dan menukar warna sesuatu poligon objek GIS.

b. Lapisan GIS Lapisan GIS dipaparkan dalam mod renderers.

c. Viewer Menggunakan format GIF dan Java Applet.

d. Client Terdapat tiga bentuk mod client iaitu Thin Client, Medium Client dan Thick Client.

e. Peta GIS Interaktif

MapGuide boleh memaparkan peta GIS menerusi internet dengan format lapisan GIS yang boleh diubahsuai seperti warna, simbol, perkataan, skala dan susunan lapisan GIS.

f. Format Data Hanya membaca format MapInfo TAB dan ESRI Shape format.

g. Pangkalan Data Menggunakan teknologi RDBMS bagi Oracle dan SQL Server.

h. Raster Boleh membaca format Raster.

• Architecture System

Komponen Architecture System bagi perisian MapExtreme terdiri daripada 3 kategori Viewer iaitu;-

Thin Client – Pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan disimpan dalam format GIF. Fail ini akan dimasukkan ke dalam EIS Web untuk dipaparkan kepada pengguna.

Medium Client - Pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan disimpan di dalam fail format GIF dan dimasukkan ke dalam EIS Web dengan Java Applet untuk menjadikan peta GIS lebih interaktif.

Thick Client - Pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan dilayari menerusi browser EIS Web melalui enjin Java Applet. Bagi server MapExtreme, server memerlukan perkara-perkara berikut untuk mengakses EIS Web di rangkaian internet masing-masing;-

o Web Server - Perisian Web Server terdiri daripada Apache atau Internet Information Services (IIS).

o Application Server - Perantara untuk Web Server berinteraksi dengan Map Server.

o Map Server - Mengandungi fail MapExtreme Servlet Java Servlet untuk menghantar query pangkalan data GIS ke pengguna EIS Web.

Page 36: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

27

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

o Map Object - Berfungsi untuk mengurus elemen-elemen yang berkaitan dengan peta lapisan (layer) GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan seperti extents, zoom, sistem koordinat, lapisan data dan sebagainya apabila terdapat query terhadap data GIS.

Renderers - Berfungsi untuk membenarkan map Server memaparkan peta GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan apabila terdapatnya fungsi query pada peta lapisan GIS.

Providers - Berfungsi sebagai penghubung data di antara Map Object dan peta GIS.

Data Level MapExtreme boleh membaca format data MapInfo TAB dan ESRI ShapeFile serta format Raster seperti TIF, JPEG, BPM, GeoTIFF dan lain-lain lagi. Rajah 15.0 menunjukan architecture system MapExtreme.

Rajah 15.0 : Architecture System MapExtreme

• Pangkalan Data

MapExtreme Java menggunakan teknologi RDBMS yang terdiri daripada Oracle dan Microsoft SQL Server untuk mengurus, menyelia dan mengemaskini pangkalan data GIS RT dan RSN.

• Bahasa Pengaturcaraan

MapExtreme menggunakan bahasa pengaturcaraan Java, HyperText Markup Language (HTML), JavaScript, VBScript dan Active Server Pages (ASP).

ii. GIS Web Based Open Source

GIS Web Based Open Source adalah teknologi GIS Web Based yang menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, ASP.Net, VBSript, Java, Perl, Python dan ASP untuk mengintegrasi sistem GIS dan pangkalan data Relational Database Management System (RDBMS) ke dalam aplikasi GIS Web Based Open Source. Pengguna yang menggunakan GIS Web Based ini hanya memerlukan browser dan internet untuk mengakses peta GIS.

Page 37: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

28 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GIS Web Based ini boleh membaca pelbagai format data seperti ShapeFile, MapInfo File (TAB), JPEG dan TIFF.

Berikut adalah senarai nama perisian GIS Web Based Open Source yang digunakan di peringkat antarabangsa;- • 3map • Demeter Terrain Engine • Amein • DEM Tools • ArcView APR Parser • DEMViewer • AutoREALM • DGNLib • AVPython • drawmap • Batik • Fmaps • BBBike • GeoServer • BuddySpace • GpsDrive • CAVOR • GPSMan • CGAL • Gpspoint • Chameleon • GPStrans • Community Mapbuilder • GrADS • Computer Vision Library • GRASSLinks • DCMMS • iGeoPortal • Deegree • Intergraph WMS Viewer • InterMap • Python Cartographic Library • Mapbender • rmap • MapIt • Shapelib • MapLab • SharpMap • MapServer • STARS • Map GuIDE Open Source • SVG Viewer • OpenMap • Terraform • OpenSVGMapServer • TerraLib ww. vhclmaps • PostGIS • worldKit • PROJ.4 • Zodius

2.4.2 Direktori Pangkalan Data Pangkalan data EIS Web di simpan di dalam server GIS di mana struktur pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan adalah mengikut spesifikasi format metadata Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang disediakan oleh Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD. Rajah 16.0 menunjukkan struktur direktori pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi EIS Web.

Page 38: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

29

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 16.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan Bagi EIS Web

2.4.3 Fungsi-Fungsi EIS Web

Berikut adalah merupakan 6 fungsi-fungsi asas EIS Web iaitu;-

i. Capaian

Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sedia ada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan.

Page 39: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

30 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

ii. Carian

Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan paparan maklumat. Buat masa ini fungsi carian hanya menyediakan tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat. iii. Pautan

Pautan adalah sebuah program yang dibangunkan khusus untuk menghubungkan EIS Web dengan dokumen-dokumen sedia ada lain seperti pelan, rajah dan laporan. iv. Peta GIS

Fungsi peta GIS adalah untuk memaparkan peta lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Peta lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan sangat interaktif, dinamik dan pengguna boleh mejalankan manipulasi peta lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Peta GIS yang dipaparkan juga adalah tepat dan mempunyai sistem koordinat tempatan samada Cassini, RSO atau GDM2000. Imej satelit akan diletakkan ke dalam peta GIS di mana sistem akan mengawal paparan imej satelit tersebut mengikut skala. Jika skala peta GIS yang digunakan adalah kurang dari 1: 5000, maka imej satelit akan dipaparkan di dalam peta GIS. v. Sokongan GIS

Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis yang mudah seperti penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta membuat pertindihan lapisan data GIS melalui aplikasi Google. vi. Fungsi GIS

Fungsi GIS adalah merupakan menu arahan yang sering digunakan untuk memanipulasi peta GIS seperti arahan pilih objek, padam objek, Zoom In, Zoom Out, Zoom Fokus, Pan dan Zoom All. 2.4.4 Perkongsian Data EIS Web mempunyai kelebihan dari segi perkongsian data kerana rekabentuk sistem EIS Web membenarkan pangkalan data GIS diakses menerusi Sistem Rangkaian Setempat (LAN) atau Sistem Rangkaian Meluas (WAN). Menerusi kedua-dua rangkaian ini, data boleh dipindah terima dari satu sumber ke sumber yang lain dengan mudah. Proses ini berlaku berdasarkan protokol internet (IP) yang membolehkan pengguna melihat data GIS dalam bentuk grafik dan juga informasi. Sila rujuk Rajah 17.0.

Page 40: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

31

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 17.0 : Perkongsian Data EIS Web

2.4.5 Penyelenggaraan Perkara-perkara yang perlu diperhatikan dan memerlukan penyelenggaraan berkala adalah terdiri daripada 3 perkara berikut;- i. Fail ActiveX Kebiasaannya penyelenggaraan EIS Web dilakukan mengikut kepada keperluan dan tujuan kegunaan. Umumnya selepas sesuatu aplikasi EIS Web dipasang di dalam komputer, ianya akan dibiarkan tanpa gangguan. Penyelenggaraan aplikasi EIS Web dilakukan apabila perlu dinaik taraf versi sesuatu aplikasi ke versi yang terkini, sebagai contoh fail ActiveX Viewer. Ini boleh dilakukan dengan memuat turun fail tersebut menerusi laman web seperti AutoDesk, MapInfo atau ESRI. Versi fail ActiveX yang dinaik taraf juga mengandungi beberapa fungsi-fungsi GIS yang terkini. ii. Pangkalan Data Penyelenggaraan maklumat adalah berkaitrapat dengan pangkalan data GIS, perkhidmatan server internet dan pelayan Web AutoDesk MapGuide. Sistem analis perlu memastikan bahawa struktur direktori pangkalan data berada dalam keadaan baik dan mematuhi spesifikasi metadata. Sentiasa mengawasi dan menyelia komponen perkhidmatan server internet dan server Web AutoDesk MapGuide agar Sistem Maklumat Rancangan Tempatan berjalan lancar.

Page 41: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

32 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

iii. Peralatan fizikal Penyelenggaraan fizikal adalah untuk memastikan supaya server Web dan server GIS sentiasa berada dalam keadaan baik, bersih dan tersusun. Pentadbir sistem perlu memastikan bahawa keadaan fizikal server sentiasa berada dalam keadaan baik dari segi pendawaian dan sistem pendinginnya. 2.4.6 Perkakasan Spesifikasi perkakasan komputer yang sesuai dan berkemampuan untuk melayari EIS Web adalah seperti berikut;- i. Workstation

Jadual 9.0 menunjukkan spesifikasi workstation yang dicadangkan di dalam aplikasi EIS Web. Jadual 9.0 : Spesifikasi Workstation

Perkara Spesifikasi Pemproses Intel Pentium 4 Processor 3.00 GHz Sistem Operasi Windows XP Professional Chip Intel Memori 2 GB DDR-2 SDRAM Cakera Keras 200 GB SATA Monitor 19” Flat Panel LCD Kad Grafik 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285 Pemacu Optik 48X DVD-ROM/CD-RW

ii. Desktop Spesifikasi komputer meja yang dicadangkan bagi pengguna-pengguna yang akan melayari EIS Web di rangkaian internet adalah sepertimana yang dinyatakan pada Jadual 10.0. Jadual 10.0 : Spesifikasi Komputer Meja (Desktop)

Perkara Spesifikasi Pemproses Intel Pentium 4 Processor 3.0 GHz Sistem Operasi Windows XP Professional Chip Intel Memori 1 GB DDR-2 SDRAM Cakera Keras 200 GB SATA Monitor 19” Flat Panel LCD Kad Grafik 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285 Pemacu Optik 48X CD-ROM Drive

Page 42: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

33

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

iii. Komputer Riba (Notebook) Bagi pengguna-pengguna yang melayari EIS Web dengan menggunakan komputer riba, spesifikasi yang dicadangkan adalah seperti pada Jadual 11.0. Jadual 11.0 : Spesifikasi Komputer Riba (Notebook)

Perkara Spesifikasi

Pemproses Intel Pentium M Processor 1.73 GHz

Tanpa Wayar Intel PRO/Wireless 2200 Network Connection 802.11b/g

Bluetooth Ya

Tanpa Wayar Intel® Pro/Wireless 2200 802.11g integrated wireless LAN

Sistem Operasi Windows XP Professional

Chip Intel

Memori 1GB MB DDR-2 SDRAM

Cakera Keras 100 GB

Monitor 15.4” colour TFT WXGA Display

Kad Grafik 64 MB DDR ATI Mobility Radeon X600 Graphics

Pemacu Optik 24X CD Burner/DVD Combo Drive

iv. Server Server merupakan komponen yang paling penting di dalam memastikan kelancaran penggunaan sesebuah EIS. Jadual 12.0 di bawah menunjukkan server GIS yang dicadangkan untuk pengguna melayari EIS Web dengan lancar dan berkesan. Jadual 12.0 : Spesifikasi Pelayan (Server)

Perkara Spesifikasi

Pelayan ProLiant ML150 G2 Tower Server

Pemproses Intel® Xeon™ processor 3.0GHz

Bilangan Pemproses 2 Pemproses

Chip Intel

Sistem Operasi Microsoft Windows Server

Memori 2 GB DDR-2 SDRAM

Cakera Keras 300 GB SATA

Antaramuka 1 x Parallel, 1 x Serial, 1 x Pointing Device (Mouse), 1 x VIDEo, 1 x Keyboard, 1 x Network RJ-45, 2 x USB Ports

Page 43: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

34 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2.5 Pembangunan EIS Stand Alone EIS Stand Alone adalah merupakan aplikasi yang dibangunkan dan dipasang untuk kegunaan sesebuah komputer sahaja. Ini bermaksud, jika terdapat lebih dari satu komputer yang akan digunakan untuk melayari EIS, maka setiap komputer tersebut harus dilengkapi dengan aplikasi EIS Stand Alone. 2.5.1 Perisian EIS Stand Alone Berikut adalah di antara perisian-perisian GIS yang biasa digunakan untuk membangunkan sesebuah EIS Stand Alone;- i. ArcGIS Engine Perisian ArcGIS Engine merupakan set perisian yang komprehensif bagi penyediaan EIS Stand Alone. Secara asasnya ArcGIS Engine mempunyai 2 komponen asas utama yang mempunyai peranan yang berbeza. ArcGIS Engine Developer Kit digunakan bagi menghasilkan paparan aplikasi melalui IDE (Interfece Development Environment) tertentu seperti MS Visual Basic, MS Visual Studio.Net dan JBuilder. Perisian ini dapat menghasilkan set suaipakai EIS dengan menggunakan komponen yang disediakan seperti Map Control, TABle of Content Control dan Toolbar Control mengikut keperluan EIS. Manakala ArcGIS Engine Runtime berperanan menyokong komponen ArcObject yang disertakan dalam satu set instalasi berserta lesen perisian kepada pengguna bagi aplikasi penjanaan EIS. ii. MapInfo Professional MapInfo Professional adalah merupakan perisian GIS yang amat sesuai untuk persembahan produk GIS dalam bentuk grafik dan data. Ciri-ciri perisian GIS ini sangat mudah untuk membangunkan aplikasi EIS Stand Alone. Ini kerana MapInfo Professional mudah diintegrasikan dengan bahasa-bahasa pengaturcaraan lain seperti Visual Basic. Ini adalah kerana Visual Basic hanya dapat membaca format MapInfo TAB sahaja. 2.5.2 Bahasa Pengaturcaraan Bahasa pengaturcaraan yang boleh digunapakai di dalam pembangunan EIS Stand Alone adalah seperti pada Jadual 13.0 di bawah. Jadual 13.0 : Bahasa Pengaturcaraan EIS Stand Alone

Bil. Perisian GIS Bahasa Pengaturcaraan

a. ArcGIS

MS Visual Basic, MS Visual Studio.Net dan JBuilder

Boleh menggunakan bahasa ini untuk tujuan pembangunan aplikasi EIS.

Boleh menyokong pembangunan interface EIS

Page 44: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

35

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

b. MapInfo Professional

Bahasa Visual Basic - MapInfo mudah dan senang menggunakan bahasa ini untuk tujuan pembangunan EIS Stand Alone.

Mempunyai interface yang menarik dan interaktif.

Bahasa MapBasic -Menggunakan bahasa MapInfo yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan EIS Stand Alone. -Mempunyai kekurangan dari segi persembahan antaramuka kerana tidak begitu menarik dan sukar merekabentuk antaramuka.

2.5.3 Architecture System Architecture System yang digunakan di dalam pembangunan EIS Stand Alone dapat dibahagikan kepada 2 jenis sistem iaitu;- i. Architecture System ArcGIS Architecture System ArcGIS yang digunakan di dalam pembangunan sesebuah EIS Stand Alone melibatkan komponen-komponen berikut;-

• Komputer Pengguna - Komputer yang akan dilengkapi dengan aplikasi EIS Stand Alone.

• Aplikasi EIS Stand Alone - Pengguna menggunakan EIS Stand Alone untuk mengakses pangkalan data GIS, laporan, pelan dan rajah sama ada untuk Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

• Sistem Rangkaian Setempat (LAN) - Infrastruktur kabel untuk menghubungkan antara komputer pengguna dan server GIS.

• Server GIS – Server GIS akan menyimpan dan mengurus pangkalan data GIS yang menggunakan format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rajah 18.0 di bawah menunjukkan architecture system ArcGIS yang digunakan.

• Pangkalan Data GIS - Pangkalan data GIS terdiri daripada format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan, klasifikasi gunatanah dan kod warna gunatanah yang dibangunkan dalam Rancangan Struktur (RSN) dan Rancangan Tempatan (RT).

Page 45: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

36 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 18.0 : Architecture System ArcGIS

ii. Architecture System MapInfo Professional Architecture System MapInfo Professional yang digunakan untuk membangunkan sesebuah EIS Stand Alone adalah melibatkan komponen-komponen seperti berikut;-

• Komputer pengguna berkenaan akan dipasang perisian EIS Stand Alone di mana pengguna boleh mengakses pangkalan data GIS, laporan, pelan dan rajah seperti yang terkandung di dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

• Kabel bagi menghubungkan antara komputer pengguna dengan server GIS perlu dilakukan bagi mengaktifkan Sistem Rangkaian Setempat (LAN).

• Komputer pelayan GIS (Server) yang akan menyimpan dan mengurus pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

• Pangkalan data GIS perlu diwujudkan sebagai komponen struktur pangkalan data yang mana ianya perlu disusun mengikut folder dan spesifikasi metadata Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rujuk Rajah 19.0 di bawah.

Rajah 19.0 : Architecture System MapInfo Professional

Page 46: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

37

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2.5.4 Pangkalan Data Pangkalan data EIS Stand Alone boleh disimpan di 2 lokasi iaitu;- i. Komputer Pengguna Pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan boleh disimpan di komputer pengguna jika mempunyai ruang cakera keras (Hard Disk) yang besar dan mencukupi. Struktur pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan perlu mengikut format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rajah 20.0 di bawah menunjukkan struktur direktori pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang disimpan di dalam komputer pengguna. Rajah 20.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan Bagi Komputer Pengguna

Page 47: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

38 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

ii. Server GIS Pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan boleh disimpan di dalam server dan dihubungkan kepada komputer pengguna melalui Sistem Rangkaian Setempat (LAN). Struktur pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan adalah mengikut spesifikasi format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rajah 21.0 di bawah menunjukkan struktur pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi server GIS. Rajah 21.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan Bagi Server GIS

Page 48: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

39

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2.5.5 Fungsi-Fungsi EIS Stand Alone Di dalam setiap aplikasi EIS Stand Alone, terdapat 6 fungsi asas penting yang perlu diberi perhatian. Fungsi-fungsi asas tersebut adalah seperti berikut;- i. Capaian Fungsi capaian merupakan program capaian pantas pangkalan data GIS sedia ada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan. ii. Carian Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan paparan maklumat. Fungsi carian hanya menyediakan tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat. iii. Pautan Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS Stand Alone dengan dokumen-dokumen sediada seperti pelan, rajah dan laporan. iv. Peta GIS Fungsi peta GIS adalah untuk memaparkan peta lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Stand Alone. Lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh melakukan manipulasi terhadap peta lapisan GIS RSN dan RT. Imej satelit akan diletakan di dalam peta GIS yang mana sistem GIS sendiri akan mengawal paparan imej satelit tersebut mengikut skala yang bersesuaian. Sekiranya skala peta GIS yang digunakan adalah kurang dari 1:5000, maka imej satelit akan dapat dipaparkan di dalam peta GIS tersebut. v. Sokongan GIS Fungsi sokongan GIS adalah untuk membantu menjalankan analisis yang mudah seperti penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta membuat overlay lapisan data GIS dalam aplikasi Google . vi. Fungsi GIS Fungsi GIS adalah merupakan menu arahan GIS yang sering digunakan untuk melakukan manipulasi terhadap peta GIS seperti memilih objek, membuang objek, Zoom In, Zoom Out, Zoom Focus, Pan dan juga Zoom All.

Page 49: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

40 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2.5.6 Perkongsian Data Perkongsian data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan melalui EIS Stand Alone boleh dilakukan jika Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kemudahan infrastruktur sistem rangkaian setempat (LAN) dan server. Namun begitu perkongsian ini hanya melibatkan kawasan yang terhad sahaja. Rajah 22.0 di bawah menunjukkan gambaran perkongsian data bagi EIS Stand Alone. Rajah 22.0 : Perkongsian Data Bagi EIS Stand Alone

2.5.7 Penyelenggaraan Penyelenggaraan bagi sesebuah EIS Stand Alone boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu;- i. Aplikasi EIS Stand Alone Penyelenggaraan aplikasi EIS Stand Alone boleh dilakukan sebulan sekali. Jika aplikasi tersebut mempunyai masalah dari segi ralat (Bug) iaperlu direkod dan dilaporkan kepada pentadbir sistem untuk tindakan selanjutnya. Perunding GIS yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi tersebut perlulah membina fail berformat .exe yang baru dan bebas dari masalah tersebut. ii. Pangkalan Data Pangkalan data EIS Stand Alone mesti diselenggara setiap minggu untuk memastikan bahawa pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sentiasa berada dalam keadaan terkini, teratur dan mengikut spesifikasi metadata GIS yang telah ditetapkan. Sistem Analisis atau Pentadbir Sistem haruslah memastikan bahawa struktur pangkalan data sentiasa berada dalam keadaan baik. Ruang yang ada di dalam cakera keras (Hard Disk) haruslah diawasi supaya cakera keras tidak terlalu penuh dengan fail-fail yang tidak sepatutnya. Sentiasa membuat salinan kedua (Backup) terhadap pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan pada setiap minggu. Ini bagi memastikan bahawa pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sentiasa boleh digunakan.

Page 50: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

41

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

iii. Peralatan Fizikal Penyelenggaraan peralatan fizikal penting dalam memastikan server GIS, Workstation dan komputer (Desktop) pengguna sentiasa berada di dalam keadaan yang memuaskan. Pentadbir Sistem perlu memastikan semua perkakasan komputer sentiasa bebas dari pepijat (Bug) dan virus komputer. Sentiasa memastikan bahawa cakera keras (Hard Disk), memori komputer (RAM), kad grafik dan Sistem Rangkaian Setempat (LAN) sentiasa berada di dalam keadaan baik dan sempurna. Jika server diletak di bilik server pastikan penghawa dingin berada dalam keadaan baik dan sempurna. 2.5.8 Perkakasan Spesifikasi perkakasan yang sesuai dan boleh digunakan untuk melayari EIS Stand Alone dengan baik dan lancar adalah seperti berikut;- i. Workstation Spesifikasi Workstation yang dicadangkan untuk pengguna melayari sesebuah EIS Stand Alone adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 14.0 di bawah. Jadual 14.0 : Spesifikasi Workstation

Perkara Spesifikasi Pemproses Intel Pentium 4 Processor 3.00 GHz Sistem Operasi Windows XP Professional Chip Intel Memori 1 GB DDR-2 SDRAM Cakera Keras 200 GB SATA Monitor 19” Flat Panel LCD Kad Grafik 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285 Pemacu Optik 48X DVD-ROM/CD-RW

ii. Komputer Meja (Desktop) Spesifikasi komputer meja (Desktop) yang dicadangkan untuk pengguna melayari sesebuah EIS Stand Alone adalah seperti di Jadual 15.0 di bawah. Jadual 15.0 : Spesifikasi Komputer Meja (Desktop)

Perkara Spesifikasi

Pemproses Intel Pentium 4 Processor 3.0 GHz

Sistem Operasi Windows XP Professional

Chip Intel

Memori 512 RAM DDR-2 SDRAM

Cakera Keras 200 GB SATA

Monitor 19” Flat Panel LCD

Kad Grafik 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285

Pemacu Optik 48X CD-ROM Drive

Page 51: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

42 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

iii. Komputer Riba (Notebook) Komputer riba (Notebook) yang sesuai untuk pengguna melayari sesebuah EIS Stand Alone adalah berdasarkan kepada kemampuan ataupun spesifikasi komputer riba (Notebook) tersebut. Berikut (Jadual 16.0) menunjukan spesifikasi-spesifikasi komputer riba (Notebook) yang sesuai untuk tujuan tersebut. Jadual 16.0 : Spesifikasi Komputer Riba (Notebook)

Perkara Spesifikasi

Pemproses Intel Pentium M Processor 1.73 GHz

Tanpa Wayar Intel PRO/Wireless 2200 Network Connection 802.11b/g

Bluetooth Ya

Tanpa Wayar Intel® Pro/Wireless 2200 802.11g integrated wireless LAN

Sistem Operasi Windows XP Professional

Chip Intel

Memori 1GB MB DDR-2 SDRAM

Cakera Keras 100 GB

Monitor 15.4” colour TFT WXGA Display

Kad Grafik 64 MB DDR ATI Mobility Radeon X600 Graphics

Pemacu Optik 24X CD Burner/DVD Combo Drive

2.6 Analisis Perbandingan Aplikasi EIS Web dan EIS Stand Alone

Berikut adalah merupakan analisis perbandingan di antara aplikasi EIS Stand Alone dan EIS Web yang telah dilakukan dengan menggunakan teknik analisis SWOT. Rujuk Jadual 17.0 di bawah. Jadual 17.0 : Analisis SWOT Bagi Aplikasi EIS Web dan EIS Stand Alone

A. Kekuatan (Strenght) Bil. EIS Web EIS Stand Alone

a. Pangkalan data di simpan di dalam server

Pangkalan data di simpan di server atau komputer pengguna.

b. Pengurusan pangkalan data yang baik dan sistematik.

Perkongsian data boleh dilaksanakan di dalam sempadan Sistem Rangkaian Setempat (LAN) sahaja.

c.

Perkongsian data boleh dilaksanakan menerusi internet (WAN) dan Sistem Rangkaian Setempat (LAN).

• Menggunakan kabel LAN • Menggunakan infrastruktur LAN

d. Menggunakan teknologi jalur lebar berkelajuan maksima 2 gbps.

Bagus untuk permulaan penggunaan GIS di Pihak Berkuasa Tempatan yang kecil.

e. Penyelenggaraan dilakukan pada satu lokasi sahaja.

f. Pengguna boleh mengakses maklumat GIS di internet.

Page 52: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

43

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

B. Kelemahan (Weakness) Bil. EIS Web EIS Stand Alone

a. Perlu ada perisian Web Server Perlu dilengkapi dengan aplikasi EIS

pada setiap komputer pengguna.

b. Memerlukan sistem operasi Windows 2003 Server.

Perkongsian data hanya terhad dalam kawasan Sistem Rangkaian Setempat (LAN) sahaja.

c. Mengambil masa pemasangan sistem.

Pengemaskinian data tidak berpusat pada mana-mana komputer.

d.

•Menggunakan jalur lebar (Band Width) •Perlu menyediakan kemudahan jalur lebar

Memerlukan penyelenggaraan bagi setiap komputer pengguna.

e. Memerlukan spesifikasi perkakasan komputer yang baik terutama server GIS dan Web GIS Server.

f. Menggunakan sumber manusia yang ramai.

g. Memerlukan penyelenggaraan dan pemantauan sistem pada setiap masa.

C. Peluang (Oppurtunity) Bil. EIS Web EIS Stand Alone

a. Maklumat dapat diakses oleh pengguna yang berada di luar negara.

b. Dapat mempromosikan kawasan pentadbiran kepada dunia.

D. Ancaman (Threat) Bil. EIS Web EIS Stand Alone

a. Pengodam internet yang dapat mengodam pangkalan data GIS/EIS.

Pangkalan data GIS tidak dikemaskini dari masa ke semasa

b.

Pepijat komputer (virus), Malware, Spyware yang berpunca daripada penggunaan internet.

Terdapat banyak versi pangkalan data GIS pada setiap komputer pengguna disebabkan oleh sistem operasinya tidak diberpusat.

Berdasarkan kepada analisis SWOT, Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD Semenanjung Malaysia bersetuju bahawa penggunaan EIS Web adalah lebih efektif dan praktikal berbanding dengan EIS Stand Alone. Oleh yang demikian, EIS Web perlu dibangunkan di dalam setiap penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Di antara kelebihan EIS Web adalah : i. Perkongsian data antara agensi awam dan JPBD dapat dilaksanakan dengan

lebih efisyen dan menjimatkan masa dengan terdapatnya teknologi jalur lebar yang berkapasiti tinggi.

Page 53: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

44 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

ii. Dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat carian maklumat GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Pencarian maklumat GIS hanya dapat dicapai dengan hanya menggunakan internet sebagai platform perhubungan di mana-mana sahaja.

iii. Pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan ia hanya disimpan dan dikemaskini secara berpusat melalui sebuah server GIS.

iv. Kualiti dokumen Projek Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan seperi

pelan, rajah, laporan, garis panduan dan kelas gunatanah adalah lebih terjamin. v. Capaian dokumen-dokumen Projek Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan adalah lebih sistematik dan teratur kerana ia mengikut spesifikasi format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang disimpan di dalam server Web GIS.

vi. Menyokong dasar kerajaan di dalam menggalakkan penggunaan ICT

terutamanya aplikasi GIS di dalam memantapkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan.

Page 54: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

45

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

3.0 PANGKALAN DATA 3.1 Pengenalan

Secara umumnya, pangkalan data GIS merupakan koleksi data spatial yang membolehkan penggunanya mendapatkan maklumat yang diperlukan. Setiap EIS samada EIS Web atau EIS Stand Alone mempunyai pangkalan data tersendiri sama ada untuk Rancangan Struktur mahupun untuk Rancangan Tempatan. Pangkalan data EIS Web akan dimuat turun ke server GIS manakala data EIS Stand Alone akan di simpan di server GIS ataupun komputer pengguna sahaja. Pangkalan data GIS hendaklah mengikut spesifikasi format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD Semenanjung Malaysia. Keseragaman struktur pangkalan data GIS adalah amat penting di dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan terutamanya di dalam operasi carian (query) dan paparan peta GIS. Oleh yang demikian, perancangan Projek Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang akan dijalankan haruslah mematuhi piawaian skop metadata GIS yang telah ditetapkan. Setiap penambahan metadata GIS hendaklah direkodkan oleh perunding GIS agar kerja-kerja pengurusan pangkalan data dapat dilakukan dengan lebih efisen.

3.2 Pangkalan Data Rancangan Tempatan Penyediaan struktur pangkalan data yang terancang dapat memudahkan rekabentuk pembangunan sistem yang dicadangkan. Penyediaan pangkalan data ini akan disediakan dalam bentuk spatial dan attribute. Antara kandungan pangkalan data ini merangkumi;- 3.2.1 Data Sektoral Data Rancangan Tempatan akan disimpan secara sistematik mengikut sektor seperti Perancangan Fizikal, Penduduk, Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar, Pentadbiran dan Maklumat Tanah serta penambahan satu folder asas iaitu Peta Asas. Manakala data Rancangan Struktur terdiri daripada data sektoral seperti Perancangan Fizikal, Penduduk, Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar dan Pentadbiran serta turut mengandungi pernambahan satu Folder asas iaitu Peta Asas. 3.2.2 Data Tiga Dimensi (3D) Data spatial tiga dimensi (3D) dapat dijanakan melalui data GIS yang mempunyai sistem koordinat X, Y dan Z. Sebagai contoh, data topografi terdiri daripada garisan kontur berserta spot height. Melalui data 2-dimensi ini, ia dapat di bangunkan menjadi 3-dimensi.

Page 55: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

46 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

3.2.3 Data Raster Data Raster seperti imej satelit daripada Ikonos, Spot, Quickbird, Landsat, foto udara dan salinan pelan bercetak (hardcopy) yang telah diimbas seperti contoh di bawah.

3.2.4 Data Attribute Data attribute adalah data-data bertulis yang terdapat pada dokumen Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan. Data-data ini akan direkodkan dan disimpan didalam bentuk softcopy.

Page 56: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

47 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

3.3 Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan Struktur,

Oktober 2007

Page 57: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 24.0: Model Pangkalan Data Rancangan Tempatan

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Rancangan

Tempatan Oktober 2007

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

48

Page 58: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

49

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

3.4 Entity Relationship Diagram (ERD) Penggunaan Rajah ERD dalam konteks ini mengandungi dua elemen penting iaitu entiti dan perhubungan. Entiti merupakan suatu objek yang diwujudkan dan ia adalah berkait rapat dengan keadaan fizikal rupabentuk sebenar bumi. Selain daripada itu, ia juga mengandungi maklumat attribute yang tepat dan terperinci. Sebagai contoh attribute semasa, aktiviti 1 dan aktiviti 2 adalah merupakan attribute untuk objek atau entiti gunatanah. Perhubungan adalah merupakan perkaitan antara satu entiti dengan entiti yang lain. Sebagai contoh, perhubungan antara antara entiti Gunatanah dan entiti Sosial yang dihubungkan dengan kekunci Geokod. Rekabentuk logikal ERD dapat digambar di Rajah 25.0 sehingga Rajah 34.0. Rajah 25.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Perancangan Fizikal

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Page 59: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

50 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 26.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Penduduk

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Rajah 27.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Ekonomi

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Page 60: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

51

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 28.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Sosial

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Page 61: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

52 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 29.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Pengangkutan

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Page 62: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

53

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 30.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Utiliti

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Page 63: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

54 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 31.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Alam Sekitar

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Rajah 32.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Maklumat Tanah Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Page 64: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

55

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 33.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Pentadbiran

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Page 65: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

56 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 34.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Peta Asas

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

3.5 Sistem Unjuran

Sistem unjuran pemetaan di Semenanjung Malaysia yang mempunyai keluasan 51,000 batu persegi, meliputi kawasan di antara +1º 15’ U. - +6º 10’ U latitude dan 99º 30’T -103º 45’T longitud. Semenanjung Malaysia mengandungi sebelas buah negeri yang terdiri daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara Malaysia (JUPEM), adalah agensi yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengukuran dan pemetaan. Pemetaan Negara Malaysia adalah berdasarkan kepada unjuran Rectified Skew Orthomorphic (RSO) yang dikira di atas sistem triangulasi Malaysian Rectified Triangulation (MRT). Perkiraan dan pemetaan untuk kerja-kerja kadaster pula adalah berdasarkan kepada unjuran Cassini Soldner yang dikira di atas tiga sistem triangulasi yang berbeza iaitu Sistem Repsold, Sistem Perak dan Sistem ASA. Setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai sistem triangulasi yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

Page 66: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

57

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

3.5.1 Sistem Koordinat RSO Sistem koordinat RSO banyak digunakan di dalam pemetaan topografi bagi skala kawasan yang besar. Unjuran ini mengekalkan ciri samabentuk dengan selisih skala yang minima sepanjang bulatan gedang yang melintasi secara oblik sesuatu kawasan yang hendak dipetakan. Sistem unjuran RSO telah digunapakai sebagai Grid Rujukan Kebangsaan-Sistem Grid Asas yang digunakan untuk pemetaan Semenanjung Malaysia. Datum yang digunakan adalah Elipsoid Everest Modified, dengan semipaksi major, a = 6377304.063 m dan pesekan, f = 1/300.8017. Origin RSO yang digunakan adalah satu stesen triangulasi yang terletak di Kertau, Pahang. Stesen ini mempunyai nilai latitud dan longitud astronomi yang mempunyai nilai cerapan sebagai 3º 27’ 54.18” U dan 102º 37’ 13.63” T. 3.5.2 Sistem Koordinat GDM 2000 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kini telah membangunkan sistem koordinat baru yang dikenali sebagai GDM 2000 untuk tujuan kerja-kerja kadaster. Sistem koordinat GDM 2000 dikenali sebagai sistem koordinat kerangka unjuran akan digunakan untuk tujuan kerja-kerja kadaster bagi mengatasi masalah penukaran unjuran koordinat Cassini ke RSO dan sebaliknya. 3.5.3 Sistem Koordinat Cassini Soldner Sistem unjuran ini dikelaskan sebagai silinder, tangen, melintang, samajarak dan semigeometri. Permukaan unjuran silinder diletakkan pada kedudukan tangen sepanjang satu meridian yang terletak di tengah-tengah kawasan yang hendak dipetakan. Garisan-garisan grid Utara-Selatan adalah unjuran daripada bulatan-bulatan kecil yang selari dengan meridian pusat. Datum yang digunakan adalah juga Modified Everest, dengan semipaksi major, a = 637704.063 m, dan pesekan, f = 1/300.8 . Oleh itu,hampir setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai sistem unjuran tersendiri dengan meridian pusat dan origin masing-masing. Terdapat 10 sistem koordinat Cassini yang berlainan digunakan di seluruh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Di Negeri Perak contohnya, terdapat 2 sistem koordinat Cassini telah digunakan. Sistem koordinat Cassini dihitung dari sistem triangulasi sekunder dan ketiga yang digunakan untuk mengawal kerja-kerja ukur kadaster mengikut negeri masing-masing berdasarkan kepada meridian utama unjuran Cassini. Setiap negeri mempunyai origin sendiri dan origin-origin ini pula tidak dirujukkan kepada satu sistem triangulasi yang sama tetapi merujuk kepada sistem triangulasi yang berbeza iaitu Sistem Repsold, Sistem Perak dan Sistem ASA. Jadual 18.0 menunjukkan Sistem Koordinat Cassini bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Page 67: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

58 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Jadual 18.0 : Sistem Koordinat Cassini Bagi Setiap Negeri di Semenanjung Malaysia

Negeri Koordinat

Origin

Origin Rujukan Meridian Koordinat Sistem

Triangulasi Nama Stesen

Latitud (U)

Longitud (T)

Utaraan(rantai)

Timuran (rantai)

Johor G. Blumut G. Blumut 2º 02’ 33.30”

103º 33’ 45.93”

0.000 0.000 ASA

Negeri Sembilan

Batu R.S berhampiran Pej. Pos Seremban

Gun Hill 2º 42’ 44.22”

101º 56’ 28.20”

-47.152 -12.030 ASA

Pahang G. Sinyum G. Sinyum 3º 42’ 39.50”

102º 26’ 10.24”

0.000 0.000 ASA

Selangor Bt. Asa Bt. Asa 3º 40’ 49.24”

101º 30’ 29.68”

+2781.802 -1081.656 ASA

Terengganu G. Gajah G. Gajah 4º 56’ 46.11”

102º 53’ 42.75”

0.000 0.000 MRT

P.Pinang Kota Conrwallis Kota Cornwallis

5º 25’ 16.77”

100º 20’ 45.13”

0.000 0.000 PERAK

Kedah & Perlis G. Perak G. Perak 5º 57’ 54.53”

100º 38’ 15.34”

0.000 0.000 PERAK

Sistem Lama Perak

Ipoh G. Hijau Larut

4º 51’ 34.09”

100º 49’ 00.12”

+1443.947 -1437.000 PERAK

Sistem Revised Perak

Arbitrary G. Hijau Larut

4º 51’ 33.17”

100º 49’ 00.36”

+6633.947 0.000 MRT

Kelantan Bt. Panau Bt. Panau 5º 53’ 38.12”

102º 10’ 38.25”

0.000 0.000 MRT

3.6 Pengemaskinian Pangkalan Data

Pengemaskinian pangkalan data EIS samada Web atau Stand Alone adalah terdiri daripada 2 bahagian iaitu;- 3.6.1 Pengemaskinian Data Spatial Data spatial adalah merupakan data digital yang terdiri daripada 2 jenis data iaitu vector dan raster. Data vector adalah merupakan data yang bersifat seperti garisan, poligon dan titik. Manakala data raster pula adalah merupakan data yang berbentuk imej seperti imej satelit, foto udara dan salinan peta bercetak (hardcopy) yang diimbas ke dalam bentuk digital. Ia terdiri daripada pixel yang membentuk imej tersebut dan setiap pixel mengandungi nombor digitalnya yang tersendiri. Data spatial perlu dikemaskini dengan menggunakan perisian GIS samada ArcView, MapInfo Professional, ArcGIS atau AutoCad. Matlamat utama pengemaskinian data spatial adalah untuk menyelaraskan data digital tersebut seiring dengan perubahan gunatanah di atas muka bumi yang sering berubah dari masa ke semasa. 3.6.2 Pengemaskinian Data Atribut Data attribute adalah merupakan maklumat perincian bagi setiap data spatial yang dikenali sebagai metadata. Data attribute dapat dikemaskini dengan selari dengan pengemaskinian data spatial dengan menggunakan perisian GIS samada ArcView,

Page 68: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

59

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MapInfo Professional, ArcGIS atau AutoCad. Malah, ia juga dapat dibuat melalui perisian-perisian lain seperti Microsoft Excel yang mana maklumat yang disimpan pada perisian ini akhirnya dapat diintegrasikan ke dalam pangkalan data GIS.

3.7 Perkongsian Pangkalan Data EIS

Perkongsian pangkalan data GIS bagi aplikasi EIS Web dapat dibuat dengan mana-mana komputer samada di peringkat Sistem Rangkaian Setempat (LAN) atau Sistem Rangkaian Meluas (WAN). Namun begitu, komputer tersebut hendaklah mempunyai mekanisme yang sama dengan server EIS Web seperti dari segi perisian GIS. Ini adalah supaya data dapat dikongsi untuk tujuan kemaskini dan pertukaran data. Perkongsian pangkalan data EIS Stand Alone dengan EIS Web dapat dibuat dengan menggunakan sumber pangkalan data GIS untuk menjana paparan dan operasi sistem EIS Stand Alone. Rajah 35.0 : Architecture System Untuk Perkongsian Pangkalan Data Antara EIS Stand

Alone dan EIS Web

Page 69: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

60 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

4.0 FUNGSI-FUNGSI EIS 4.1 Pengenalan

Di dalam setiap EIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan, terdapat 6 fungsi asas aplikasi GIS yang perlu dibangunkan secera serentak. Operasi dan kegunaan setiap fungsi-fungsi asas aplikasi adalah berbeza di antara satu sama lain. Setiap fungsi aplikasi ini harus dibina secara bersepadu di dalam sistem EIS dan pengguna akan mengawalnya melalui menu tertentu yang disediakan. Paparan menu fungsi-fungsi asas di dalam EIS adalah dikawal oleh petunjuk (pointer) kategori pengguna yang telah ditetapkan. Bagi pengguna eksekutif dan pentadbir sistem, semua menu fungsi asas aktif akan dipaparkan ke dalam EIS. Manakala bagi pengguna awam, hanya menu fungsi-fungsi tertentu sahaja yang akan dipaparkan dan boleh digunakan.

4.2 Fungsi-fungsi Asas

Secara umumnya, berikut adalah kriteria fungsi-fungsi asas yang perlu ada di dalam EIS iaitu;- i. Tajuk Bahagian ini perlu diletakkan maklumat berkenaan Pihak Berkuasa Tempatan yang merupakan pemilik aplikasi ini. Antara maklumatnya adalah seperti berikut;- a. Nama penuh Pihak Berkuasa Tempatan. b. Logo Pihak Berkuasa Tempatan. c. Alamat penuh Pihak Berkuasa Tempatan. d. Nombor telefon dan nombor faks Pihak Berkuasa Tempatan. e. Identiti yang mengambarkan simbol pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan

tersebut seperti jata. ii. Capaian Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan. Cara menggunakan fungsi capaian ini adalah dengan hanya menekan pada senarai nama sediada yang terdapat pada interface aplikasi EIS ini mengikut kategori capaian. Kemudiannya, secara automatik akan dipaparkan hasil capaian tersebut pada skrin komputer dalam masa yang singkat. Rajah 36.0 menunjukkan fungsi capaian EIS. a. Lapisan Blok Perancangan - Untuk memaparkan lokasi kawasan sempadan dan

informasi berkenaan blok perancangan. b. Lapisan Gunatanah Semasa - Untuk memaparkan data GIS taburan gunatanah

semasa di dalam kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Page 70: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

61

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

c. Lapisan Gunatanah Cadangan - Untuk memaparkan data GIS taburan gunatanah cadangan dalam kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Rajah 36.0 : Fungsi Paparan EIS iii. Carian Fungsi carian adalah merupakan program operasi carian dan paparan maklumat GIS. Fungsi ini menyediakan 3 kelas carian iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat. Kelas-kelas carian boleh ditambah atau dibuang dari EIS Web sekiranya perlu. Fungsi carian ini menghendaki pengguna memasukkan maklumat tertentu ke dalam kotak program yang disediakan. Sistem akan membuat carian berdasarkan kepada maklumat yang dikehendaki dan sistem akan memaparkan lokasi objek serta maklumat tersebut jika carian diperolehi. Namun begitu, jika carian tersebut tidak berjaya maka mesej akan dipaparkan memaklumkan bahawa maklumat carian tersebut tidak berjaya atau tiada didalam pangkalan data GIS. Rajah 37.0 menunjukkan fungsi carian EIS. a. Lapisan Lot - Untuk membuat carian lot di dalam kawasan Rancangan Struktur

dan Rancangan Tempatan. b. Lapisan Jalan Raya - Untuk membuat carian jalan raya berdasarkan Nama Jalan

Raya. c. Lapisan Kemudahan Masyarakat jadual- Untuk membuat carian lokasi

kemudahan masyarakat di dalam kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Page 71: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

62 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 37.0 : Fungsi Carian EIS iv. Pautan Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS Web dengan dokumen-dokumen sediada seperti pelan, rajah dan laporan. Cara fungsi ini beroperasi adalah pengguna hanya perlu memilih menu terlebih dahulu samada untuk membuka pelan, rajah atau laporan. Kemudian klik pada menu tersebut. Sistem secara automatik akan membuka dokumen tersebut dan memaparkannya kepada pengguna EIS Web. Rajah 38.0 menunjukkan fungsi pautan EIS. Rajah 38.0: Fungsi Pautan EIS

Page 72: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

63

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

v. Peta GIS Fungsi peta GIS adalah untu memaparkan layer-layer data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Layer-layer data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh melakukan manipulasi terhadap peta GIS RT dan RSN. Peta GIS yang dipaparkan juga adalah tepat dan mempunyai sistem koordinat tempatan samada Cassini, RSO atau GDM2000. Sistem akan mengawal paparan peta GIS tersebut mengikut skala. a. Imej Satelit < Skala 1 : 5000 b. Lot < Skala 1 : 5000 c. Nombor Lot < Skala 1 : 500 Satelit imej akan dipaparkan oleh sistem secara automatik apabila skala peta GIS diturunkan kepada 1 : 5,000. Begitu juga dengan paparan lot dan nombor lot mengikut skala seperti yang dinyatakan di atas. Rajah 39.0 menunjukkan contoh peta GIS dalam EIS. Rajah 39.0 : Peta GIS Dalam EIS vi. Fungsi Analisis Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis mudah yang terdiri daripada penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta membuat overlay peta GIS ke dalam aplikasi Google. Jadual 19.0 menunjukkan fungsi sokongan GIS dan Tool Tips dalam EIS.

Page 73: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

64 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Jadual 19.0 : Fungsi Sokongan GIS Dalam EIS

Bil. Fungsi-fungsi

a. Buffer Buffer digunakan untuk melakukan operasi penyempadan dengan menunjukkan nilai jarak penyempadanan.

b. Remove Buffer Remove Buffer digunakan untuk memadam objek penyempadanan yang telah dibuat.

c. Distance Distance digunakan untuk mengukur jarak antara dua kawasan.

d. Area Area digunakan untuk mengukur keluasan sesuatu kawasan.

e.

GrafGraph digunakan untuk membuat pertanyaan statistik terhadap data GIS. Di antaranya adalah seperti penduduk dan gunatanah dengan memasukkan beberapa parameter statistik.

f. Help

g. Google untuk membuat operasi overlay layer GIS ke dalam aplikasi Google.

vii. Fungsi Ikon GIS Di Dalam Paparan EIS Fungsi serta peranan ikon yang mewakili setiap arahan GIS adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 20.0 di bawah. Jadual 20.0 : Fungsi-fungsi Ikon GIS Dalam EIS

Ikon Fungsi dan Peranan

Peta GIS (Home) kembali ke paparan asal peta GIS.

Select Object untuk memilih objek GIS di dalam lapisan GIS.

Unselect Object untuk menghilangkan objek yang dipilih dari sistem.

Zoom in yang berfungsi untuk membesarkan paparan peta GIS supaya lapisan-

lapisan GIS nampak lebih terperinci.

Zoom Out berfungsi untuk memperkecilkan paparan peta GIS supaya lapisan-

lapisan GIS boleh nampak keseluruhan.

Zoom to Selected berfungsi untuk memfokus paparan objek GIS yang dipilih.

Zoom Previous untuk melihat paparan sebelum paparan ini.

Pan untuk mengerakkan peta GIS ke atas, bawah, kiri dan kanan.

Page 74: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

65

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Zoom All untuk melihat keseluruhan lapisan-lapisan GIS.

Info untuk mendapatkan maklumat objek GIS yang dipilih.

Copy Image untuk menyalin imej peta GIS ke aplikasi lain seperti Word, Excel,

PowerPoint dan sebagainya.

Print untuk mencetak peta GIS dalam format A4, A3, A1 dan juga AO. Template

percetakan disediakan kepada pengguna untuk melihat terlebih dahulu pelan

percetakan sebelum dicetak.

viii. Lain-lain Fungsi Di antara fungsi-fungsi lain ikon GIS adalah seperti berikut;- a. Help File untuk membuat carian maklumat. b. Arah utara menunjukkan orientasi peta ke kutub utara. c. Status pengguna menunjukkan siapa pengguna EIS Rajah 40.0 : Fungsi-fungsi lain dalam EIS ix. Pelan Kunci Pelan lokasi menunjukkan kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan pada tetingkap kecil di dalam EIS. Di dalam pelan kunci terdapat peta asas GIS iaitu jalan raya utama, sungai utama, sempada daerah dan sempadan blok perancangan. x. Skala Peta Pengguna boleh memasukkan sendiri skala peta GIS untuk melihat paparan peta GIS mengikut skala yang dikehendaki. xi. Bantuan File (Help File) Tetingkap yang mengandungi dokumentasi berkenaan maklumat dan panduan penggunaan EIS.

OK l

Skala

Ikon Fungsi dan Peranan

Page 75: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

66 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

4.3 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Eksekutif Pengguna eksekutif akan mendapat semua fungsi-fungsi asas seperti berikut;- i. Capaian Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan. ii. Carian Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan paparan maklumat. Fungsi carian menyediakan tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat. iii. Pautan Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS Web dengan dokumen-dokumen sedia ada seperti pelan, rajah dan laporan. iv. Peta GIS Fungsi peta GIS adalah memaparkan lapisan-lapisan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh melakukan manipulai terhadap peta GIS RT dan RSN. Imej satelit akan di letakkan di dalam peta GIS di mana sistem akan mengawal paparan imej satelit mengikut skala. Ini bermaksud jika skala peta GIS adalah kurang dari 1 : 5000, maka imej satelit akan dipaparkan dalam peta GIS. v. Sokongan GIS Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis yang mudah yang terdiri daripada penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta membuat overlay layer GIS ke atas aplikasi Google. vi. Fungsi GIS Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk memanipulasi butang-butang GIS yang disediakan di dalam aplikasi EIS.

Page 76: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

67

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

4.4 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Admin Pentadbir Admin akan mendapat semua fungsi asas seperti berikut;- i. Capaian Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sedia ada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan. ii. Carian Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan paparan maklumat yang dijumpai. Fungsi carian menyediakan kepada tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat. iii. Pautan Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS Web dengan dokumen-dokumen sedia ada yang lain seperti pelan, rajah dan laporan. iv. Peta GIS Fungsi peta GIS adalah untuk memaparkan layer-layer data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Layer GIS Rancangan Tempatan dan Rancangan Struktur ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh melakukan manipulasi ke atas data-data GIS RT dan RSN. Imej satelit akan dimuatkan ke dalam peta GIS di mana sistem akan mengawal paparan imej satelit mengikut skala. Bermakna jika skala peta GIS adalah kurang dari 1 : 5000, maka imej satelit akan dipaparkan ke dalam peta GIS. v. Sokongan GIS Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis yang mudah yang terdiri daripada penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta membuat overlay layer GIS ke atas aplikasi Google

vi. Fungsi GIS Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk memanipulasi menu arahan GIS yang disediakan di dalam aplikasi EIS.

Page 77: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

68 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

4.5 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Awam Pengguna Awam akan mendapat semua fungsi-fungsi asas seperti berikut;- i. Capaian Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan. ii. Carian Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan paparan maklumat yang diperolehi hasil carian yang dilakukan. Fungsi carian menyediakan tiga kelas carian iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat.

iii. Pautan Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS Web dengan dokumen-dokumen sediada yang lain seperti pelan, rajah dan laporan.

iv. Peta GIS

Fungsi peta GIS adalah memaparkan lapisan-lapisan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Lapisan-lapisan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh membuat manipulasi ke atas layer-layer GIS RT dan RSN. v. Fungsi GIS Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk membuat manipulasi ke atas menu arahan GIS yang disediakan di dalam aplikasi EIS.

Page 78: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

69

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

5.0 ISU PERLAKSANAAN EIS 5.1 Pengenalan

Bahagian ini menerangkan isu-isu perlaksanaan EIS yang perlu diambil kira oleh Pihak Berkuasa Tempatan agar perlaksanaan dan pembangunan EIS berjaya dan mampu mencapai matlamat dan objektif sepertimana yang telah digariskan.

5.2 Sumber Manusia

Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai kemampuan perlu mempunyai personel seperti yang dicadangkan seperti berikut;- i. Pentadbir Sistem Personel yang berpengalaman di dalam bidang ICT untuk mengurus kerja-kerja berkaitan dengan sistem ICT, Web, server dan pangkalan data serta dapat mengurus, menyelia dan memantau pasukan ICT di bawah jagaannya. Individu yang berkenaan mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang ICT atau yang setaraf dengannya. ii. Sistem Analisis Personel yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan akan menganalisis setiap sistem ICT yang dipasang. Mempunyai kemahiran dan kepakaran di dalam pembangunan sistem Web, Sistem Rangkaian Setempat (LAN), Sistem Rangkaian Meluas (WAN), berpengetahuan dalam konfigurasi komponen Web Server serta boleh mengendalikan isu-isu keselamatan berkenaan server dan pangkalan data. Individu yang berkenaan mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang ICT atau yang setaraf dengannya. iii. Sistem GIS Personel yang berpengalaman akan mengurus dan membangunkan pangkalan data GIS. Mempunyai kelayakan serta pengetahuan didalam mengendalikan perisian GIS serta pangkalan data GIS samada EIS Web atau EIS Stand Alone. Personel ini harus memahami secara asas aspek-aspek pemetaan seperti sistem koordinat, sistem unjuran dan lain-lain lagi. Individu yang berkenaan mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang GIS / Ukur Tanah atau yang setaraf dengannya. iv. Pengaturcara Komputer Individu yang boleh membuat kod pengaturcaraan dengan menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan bagi platform Web atau Stand Alone. Mahir dalam membangunkan sesebuah kod pengaturcaraan dengan pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti Java, VBScript, HTML, ASP, JavaScript, C++, ASP dan lain-lain. Individu yang berkenaan perlu mempunyai kelayakan dalam bidang perkomputeran.

Page 79: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

70 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

5.3 Organisasi

Dicadangkan juga penubuhan organisasi Unit GIS di bawah kawalan dan bidang kuasa Bahagian Perancangan Bandar di Pihak Berkuasa Tempatan. Fungsi Unit GIS ini memantau pembangunan dan perlaksanaan GIS / EIS. Unit GIS ini akan diketuai oleh Ketua Unit GIS yang terdiri daripada Pentadbir sistem, Sistem Analis, Pengaturcara dan Sistem GIS. Rajah 41.0 di bawah menunjukkan cadangan organisasi Unit GIS di Pihak Berkuasa Tempatan. Rajah 41.0 : Cadangan Organisasi Unit GIS di Pihak Berkuasa Tempatan

5.4 Latihan Dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan mengenai teknologi GIS dan ICT, adalah digalakkan setiap penjawat awam di Unit GIS menghadiri program latihan, bengkel, kursus, seminar dan persidangan mengenai GIS atau ICT yang diadakan di dalam negara mahu pun luar negara. Ini dapat mendedahkan kakitangan kepada pengetahuan teknikal dan pengurusan GIS atau ICT yang baru yang boleh diadaptasi ke dalam unit ini.

5.5 Perkakasan Komputer Sekurang-kurangnya EIS memerlukan satu pakej perkakasan komputer yang baik untuk kegunaan dan pembangunan EIS di Pihak Berkuasa Tempatan. Jadual 21.0 dan Jadual 22.0 menunjukkan cadangan perkakasan komputer bagi perlaksanaan dan pembangunan EIS Web.

Page 80: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

71

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Jadual 21.0 : Kos Perkakasan Komputer Bagi EIS Web Perkakasan Komputer Kuantiti Kos / Unit (RM) Jumlah Kecil (RM) Stesen Kerja (Workstation) 1 6,500.00 6,500.00 Komputer Meja (Desktop) 1 3,000.00 3,000.00 Komputer Riba (Notebook) 1 6,000.00 6,000.00 Pelayan (Server) 1 15,000.00 15,000.00 Hub/Switch/Router/Modem 1 5,000.00 5,000.00

Jumlah Keseluruhan 55,500.00 Jadual 22.0 : Kos Perkakasan Komputer Bagi EIS Stand Alone.

Perkakasan Komputer Kuantiti Kos / Unit (RM) Jumlah Kecil (RM) Stesen Kerja (Workstation) 1 6,500.00 6,500.00 Pelayan (Server) 1 15,000.00 15,000.00 Hub/Switch/Router/Modem 1 5,000.00 5,000.00

Jumlah Keseluruhan 26,500.00 5.6 Sistem Operasi

Aplikasi EIS Web Server memerlukan sistem operasi Windows 2003 untuk dipasang pada Web Server. Ini kerana sistem operasi ini stabil dan dapat mengawal profil pengguna EIS. Anggaran kos sistem operasi bagi satu unit adalah RM2,000.00 sahaja. Aplikasi EIS Stand Alone memerlukan sistem operasi Windows XP Professional untuk dipasang di komputer pengguna. Anggaran kos sistem operasi bagi satu unit adalah RM 600.00 sahaja.

5.7 Jalur Lebar

Pihak Berkuasa Tempatan perlu mempunyai infrastruktur jalur lebar yang baik supaya EIS boleh diakses menerusi internet. Penyewaan jalur lebar boleh dibuat menerusi Telekom yang menawarkan akses Streamyx berkelajuan maksima sehingga 2Mbps (Mega Byte Per Second). Anggaran kos penyewaan jalur lebar Telekom bagi sebulan adalah RM150.00.

5.8 Perisian Web GIS

Aplikasi EIS memerlukan perisian Web GIS dipasang di dalam Server Web GIS. Perisian ini berfungsi untuk menghantar maklumat layer pangkalan data GIS kepada pengguna EIS. Tanpa perisian Web GIS, perlaksanaan dan pembangunan EIS tidak lengkap kerana pengguna tidak dapat mengakses peta GIS. Kos perisian aplikasi Web GIS adalah tinggi disebabkan oleh sistem ini mempunyai rekabentuk sistem yang kompleks dan berskala besar. Sebagai contoh, anggaran kos perisian MapGuide adalah lebih kurang RM110,000.00. Aplikasi EIS Stand Alone memerlukan perisian GIS untuk dipasang pada setiap komputer pengguna. Anggaran perisian GIS ini adalah lebih kurang RM 10,000.00.

Page 81: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

72 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

5.9 Penyelenggaraan Penyelenggaraan boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu penyelenggaraan perkakasan komputer dan penyelenggaraan perisian komputer. Penyelenggaraan perkakasan komputer harus dilakukan 2 kali sebulan bagi memastikan keadaan perkakasan komputer berada di tahap yang memuaskan. Ini dapat melancarkan operasi harian Unit GIS, Pihak Berkuasa Tempatan tanpa mengalami sebarang masalah teknikal. Begitu juga dengan penyelenggaraan perisian komputer, secara umum ianya harus dilakukan dua bulan sekali bagi memastikan perisian sediada dan sistem operasi komputer bebas dari sebarang ancaman virus dan masalah gangguan teknikal. Walau bagaimanapun, adalah digalakkan untuk membuat penyelenggaraan tambahan jikalau terdapat perkara-perkara yang harus dilakukan dengan segera seperti pindah terima fail sistem operasi, paten virus yang terkini dan sebagainya. Jadual 23.0 di bawah menunjukkan jadual penyelenggaraan perkakasan dan perisian sediada komputer. Jadual 23.0 : Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisisan

Bahagian Penyelenggaraan

Penyelenggaran Dalam Sebulan

Penyelenggaraan Tambahan

Perkakasan Komputer 2 kali Segera Perisian Komputer 2 kali Segera

5.9.1 Penyelenggaraan Perisian EIS Penyelenggaraan perisian EIS dibahagikan kepada empat (4) perkara berikut;- i. Aplikasi Web Server - Pentadbir sistem hendaklah memastikan bahawa

keadaan Server, Router, Modem, Hub dan Switch berada dalam keadaan baik dan sempurna pada setiap masa. Pastikan pengguna dapat mengakses Domain Name System (DNS) EIS tanpa menghadapi sebarang masalah.

ii. Aplikasi GIS Web - Sistem analisis hendaklah memastikan bahawa keadaan EIS

sentiasa berada dalam keadaan baik dan berjalan dengan sempurna. Pastikan bahawa setiap komponen-komponen GIS Web beroperasi dengan baik.

iii. Rangkaian Meluas (WAN) - Pastikan infrastruktur WAN berada dalam keadaan

baik supaya pengguna boleh akses halaman Web EIS. Jika terdapat masalah yang timbul di luar kawalan Pihak Berkuasa Tempatan, maka perkara ini hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Telekom untuk menyelesaikan masalah tersebut.

iv. Rangkaian Setempat (LAN) - Pastikan pengguna di peringkat dalaman Pihak

Berkuasa Tempatan boleh mengakses EIS dengan baik dan lancar.

Page 82: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

73

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

5.10 Pengurusan Pangkalan Data Setiap pangkalan data EIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan perlu mempunyai pelan pengurusan pangkalan data supaya data-data EIS yang disimpan adalah lebih tersusun dan sistematik. Pelan pengurusan pangkalan data EIS ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu;- i. Struktur Pangkalan Data Penyeliaan struktur pangkalan data lebih menjurus kepada mengawal, memantau dan membangunkan struktur pangkalan data GIS dari masa ke semasa. Bagi memastikan kelancaran sistem GIS di Unit GIS, Pihak Berkuasa Tempatan, satu struktur direktori pangkalan data harus menepati piawai struktur direktori metadata Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD. ii. Pengemaskinian Pangkalan data GIS perlu sentiasa dikemaskini setiap masa supaya layer-layer GIS mempunyai maklumat yang betul, tepat dan terkini. Pengemaskinian perlu dilakukan sepanjang masa supaya EIS boleh menggunapakai pangkalan data GIS pada setiap masa. iii. Kesahihan Data Kesahihan data penting supaya EIS dapat memaparkan maklumat GIS dengan betul dan tepat. Kesahihan data perlu sentiasa dilakukan sepanjang masa ketika proses pengemaskinian maklumat data GIS dibuat. iv. Pembersihan Data Data GIS yang yang mempunyai kewujudan ralat (Error) perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan perisian GIS. Semakan kualiti terhadap pembersihan data perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti. Pastikan data GIS bebas dari ralat Under Shoot, Over Shoot dan Poligon tidak tertutup. v. Perkongsian Data Pangkalan data GIS boleh berkongsi data menerusi WAN atau LAN di Unit GIS, Pihak Berkuasa Tempatan. Semua lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan diletakkan pada sebuah server berpusat.

Page 83: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

74 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

5.11 Kos Pelaksanaan Pembangunan EIS Anggaran cadangan kos perlaksanaan EIS di Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti pada Jadual 24.0 di bawah;- Jadual 24.0 : Kos Perlaksanaan Pembangunan EIS di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Perkara Kuantiti EIS Web

(RM) EIS Stand Alone

(RM) Perkakasan Komputer 1 55,500.00 26,500.00 Perisian EIS 1 110,000.00 10,000.00 Sistem Operasi Windows 1 2,000.00 600.00 Penyewa Jalur Lebar sebulan 150.00 150.00 Jumlah keseluruhan 167,650.00 37,250.00

Page 84: Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

M A N U A L P E N Y E D I A A N S I S T E M M A K L U M A T E K S E K U T I F ( E I S )

75

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

6.0 PENUTUP Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, merupakan inisiatif jabatan dalam menggalakkan pembangunan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) bagi setiap Rancangan Pemajuan yang disediakan. Manual EIS yang lengkap dan mudah difahami ini diharapkan dapat membantu dalam pembangunan EIS yang masih dianggap sesuatu perkara yang baru dalam penyediaan Rancangan Pemajuan. Panduan-panduan yang disediakan dalam Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) ini, diharapkan dapat membantu untuk memberi panduan bagi membangunkan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) yang baik. Penggunaan Manual ini disasarkan kepada perunding-perunding kajian Rancangan Pemajuan khususnya perunding GIS, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak-pihak yang berkenaan untuk menyedia dan mengendalikan EIS. Oleh yang demikian, adalah diharapkan, pihak-pihak yang berkenaan dapat memanfaatkan manual sebaik mungkin bagi menghasilkan EIS yang padat dengan informasi yang sahih dan terkini, mudah digunakan dan bersifat mesra pengguna. Penggunaan manual ini juga akan dapat memastikan keseragaman pembangunan EIS bagi rancangan pemajuan yang disediakan agar proses pemantauan mudah dilakukan. Pemantauan oleh pihak yang berkenaan dari masa ke semasa amat penting bagi memastikan kandungan EIS adalah bersifat terkini selaras dengan perubahan yang berlaku. Justeru itu, perlaksanaan EIS yang padat dengan informasi yang sahih dan terkini, mudah digunakan dan bersifat mesra pengguna adalah perlu bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Pihak Berkuasa Perancang Tempatan untuk mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat pengguna dan secara tidak langsung pembangunan negara maju dapat direalisasikan.