manual pengguna - e-klinik panelepanel.usm.my/manual_pengguna_epanel_klinik.doc · web viewa) skrin...

11
Manual Pengguna – E-Klinik Panel USM MANUAL PENGGUNA (KLINIK PANEL) a) Skrin Utama Sistem E-Klinik Panel dibangunkan untuk memantau lawatan pelajar, staf dan tanggungan staf ke klinik panel. Tujuan utama sistem ini adalah: 1. Menghadkan tuntutan bagi pelajar sebanyak 6 lawatan sahaja. Selebihnya pihak USM tidak akan membenarkan klinik panel untuk membuat tuntutan. 2. Memudahkan pihak klinik panel untuk membuat tuntutan 3. Memantau tuntutan klinik panel 1

Upload: others

Post on 06-Feb-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MANUAL PENGGUNA

Manual Pengguna – E-Klinik Panel USM

MANUAL PENGGUNA (KLINIK PANEL)

a) Skrin Utama

Sistem E-Klinik Panel dibangunkan untuk memantau lawatan pelajar, staf dan tanggungan staf ke klinik panel. Tujuan utama sistem ini adalah:

1. Menghadkan tuntutan bagi pelajar sebanyak 6 lawatan sahaja. Selebihnya pihak USM tidak akan membenarkan klinik panel untuk membuat tuntutan.

2. Memudahkan pihak klinik panel untuk membuat tuntutan

3. Memantau tuntutan klinik panel

A) LOGIN

Tujuan /objektif:

Skrin pertama merupakan skrin utama yang akan dilihat oleh pengguna. Sebarang pemberitahuan atau pengumuman akan dipaparkan di bahagian tengah pada skrin utama. Pengumuman hanya dilakukan oleh pihak administrator. Pengguna yang ingin menggunakan sistem perlu memasukkan username dan password di ruangan LOGIN di sebelah kanan skrin. Username dan password bagi setiap klinik adalah berlainan dan diberi oleh pihak administrator.

b) Skrin 2

Langkah- langkah

1. Masukkan username dan password pada bahagian login

2. Klik butang “Submit” untuk ke skrin seterusnya.

B) PENDAFTARAN

Tujuan /objektif:

Pendaftaran adalah proses pertama yang dilakukan untuk mencari maklumat pesakit dan mengenalpasti bilangan lawatan pelajar ke klinik panel. Sistem akan mengira setiap lawatan pelajar ke klinik panel. Bilangan lawatan akan dipaparkan di bahagian kiri di sebelah atas skrin. Lawatan pelajar ke klinik panel hanya dibenarkan sebanyak 6 kali sahaja.

c) Skrin 3

Langkah-langkah

1. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau staf pada ruang No Pengenalan seperti yang ditunjukkan pada Skrin 3. Untuk tanggungan, pengguna perlu memasukkan nombor kad pengenalan staf yang menjadi penanggung kepada pesakit.

2. Kemudian klik pada jenis pesakit yang ingin mendapatkan rawatan doktor untuk menentukan sama ada pelajar,staf atau tanggungan seperti yang ditunjukkan juga pada skrin .

3. Kemudian klik pada butang “Cari Maklumat Pesakit”

4. Sistem akan memaparkan maklumat pelajar seperti dalam Skrin 4.

d) Skrin 4

5. Klik pada butang “Cetak Borang SPP” untuk mencetak borang (Skrin 5). Borang yang dicetak adalah sama seperti borang yang sedia ada tetapi borang ini penting sebagai rekod simpanan klinik kerana mempunyai nombor siri preskripsi. Borang ini hendaklah diserahkan kepada doktor untuk diisi. Setelah selesai rawatan, petugas di kaunter perlu mengisi kembali kandungan dalam borang tersebut ke dalam sistem. Sila rujuk bahagian PRESKRIPSI untuk mengetahui bagaimana mengisi borang preskripsi ke dalam sistem.

e) Skrin 5

6. Untuk melihat sejarah kesihatan pesakit, pengguna boleh klik pada bahagian C dan sistem akan memaparkan senarai preskripsi bagi setiap lawatan pesakit ke klinik panel (Skrin 6). Klik pada “Detail” untuk mengetahui lebih lanjut tentang preskripsi berkenaan.

f) Skrin 6

C) PRESKRIPSI

Tujuan /objektif:

Tujuan utama modul preskripsi adalah untuk memudahkan pengguna memasukkan maklumat preskripsi ke dalam sistem. Maklumat ini adalah penting untuk digunakan dalam proses tuntutan. Selain itu, modul ini juga boleh memaparkan dan mencetak maklumat preskripsi untuk simpanan pihak klinik atau sebagai bukti untuk tujuan tuntutan.

g) Skrin 7

Langkah- langkah:

1. Klik pada menu preskripsi dan pengguna akan disediakan satu ruangan untuk memasukkan nombor siri preskripsi seperti dalam Skrin 7. Nombor preskripsi diperoleh daripada borang SPP yang dicetak untuk diisi oleh doktor seperti yang diterangkan dalam bahagian PENDAFTARAN langkah nombor 5.

2. Masukkan no siri preskripsi dan klik butang “OK”.

3. Sistem akan memaparkan borang seperti dalam Skrin 8 dan pengguna hendaklah memasukkan butir-butir preskripsi dengan lengkap dan betul.

h) Skrin 8

4. Setelah selesai mengisi borang, klik pada butang “Click to Add Drug” di bahagian bawah borang untuk mengisi borang ubat (Skrin 9). Borang untuk mengisi nama-nama ubat akan dipaparkan seperti dalam Skrin 10.

i) Skrin 9

5. Untuk mengisi nama-nama yang diberikan kepada pesakit, pengguna hanya perlu menaip kod ubat pada ruangan Drug. Seteleh selesai mengisi ruangan dos, kekerapan dan jangkamasa klik pada simbol “+” untuk direkodkan ke dalam sistem. Secara automatik sistem akan melakukan proses carian dan memaparkan nama ubat bagi kod yang telah dimasukkan (Skrin 10).

j) Skrin10

6. Klik “Done” jika semua ubat telah dimasukkan dan sistem akan memaparkan rumusan/ringkasan daripada maklumat yang telah dimasukkan. Pengguna juga boleh cetak preskripsi berkenaan.

k) Skrin 11

D) TUNTUTAN

Tujuan /objektif:

Tuntutan hanya boleh dilakukan oleh klinik utama dan tuntutan hanya boleh dilakukan sebulan sekali iaitu di akhir bulan terkini atau awal bulan berikutnya. Tujuan adalah untuk memudahkan dan membantu klinik panel membuat tuntutan. Di samping itu, pihak klinik, HEP, Jabatan Pendaftar dan Bendahari boleh membuat pantauan tentang tuntutan klinik.

l) Skrin 12

Langkah-langkah

1. Klik pada menu tuntutan dan paparan seperti dalam Skrin 12 akan dipaparkan. Pilih nama klinik dan bulan tuntutan. Jika klinik utama membuat tuntutan untuk klinik cawangan, hanya perlu pilih nama klinik cawangan. Kemudian klik “Submit”

2. Sistem akan menjana tuntutan. Semua preskripsi akan dipaparkan dan klik “Hantar” untuk dipos ke HEP atau Jab. Pendaftar.

m) Skrin 13

3. Sistem akan menjana nombor siri tuntutan. Satu pemberitahuan akan dipaparkan yang menyatakan tuntutan yang dihantar telah berjaya diterima oleh pihak berkenaan dan menunggu untuk diproses.

4. Pada paparan pemberitahuan, klik pada nombor sisi tuntutan untuk mencetak borang tuntutan (Skrin 15) dan klik pada “Tuntutan Seterusnya” untuk membuat tuntutan yang seterusnya.

n) Skrin 14

o) Skrin 15

5. Untuk menyemak status tuntutan, pengguna hanya perlu klik pada senarai tuntutan dan klik pada nombor siri tuntutan untuk melihat maklumat yang lebih terperinci.

p) Skrin 16

B

A

C

D

PAGE

9