manual panduan penggunaan sistem e …etaksir.zakatpahang.my/manual_penggunaan_e-taksir.pdfmanual...

27
MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan........................................................................................................................................... 2 1.1 – Menu Utama .................................................................................................................................... 2 1.2 – Menu Pekeliling Wajib Taksir ........................................................................................................... 3 1.3 – Menu Borang Maklumat Kakitangan ............................................................................................... 4 1.4 – Menu Soalan Lazim .......................................................................................................................... 5 1.5 – Menu Borang Taksir ......................................................................................................................... 6 2.0 – Daftar Pengguna Baru .......................................................................................................................... 7 2.1 – Pendaftaran Baru ............................................................................................................................. 7 2.2 – Daftar Masuk Sistem ...................................................................................................................... 13 2.3 – Pilihan Menu .................................................................................................................................. 14 2.3.1 Menu Borang e-Taksir.......................................................................................................... 15 2.3.2 Menu Taksiran Lepas .......................................................................................................... 21 2.3.3 Menu Edit Profil .................................................................................................................. 22 2.3.4 Menu Buat Bayaran ............................................................................................................ 23 2.3.5 Log Keluar (LOGOUT) .......................................................................................................... 27

Upload: truongkhanh

Post on 02-Mar-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN

SISTEM e-Taksir Isi Kandungan

1.0 – Pengenalan ........................................................................................................................................... 2

1.1 – Menu Utama .................................................................................................................................... 2

1.2 – Menu Pekeliling Wajib Taksir ........................................................................................................... 3

1.3 – Menu Borang Maklumat Kakitangan ............................................................................................... 4

1.4 – Menu Soalan Lazim .......................................................................................................................... 5

1.5 – Menu Borang Taksir ......................................................................................................................... 6

2.0 – Daftar Pengguna Baru .......................................................................................................................... 7

2.1 – Pendaftaran Baru ............................................................................................................................. 7

2.2 – Daftar Masuk Sistem ...................................................................................................................... 13

2.3 – Pilihan Menu .................................................................................................................................. 14

2.3.1 Menu Borang e-Taksir .......................................................................................................... 15

2.3.2 Menu Taksiran Lepas .......................................................................................................... 21

2.3.3 Menu Edit Profil .................................................................................................................. 22

2.3.4 Menu Buat Bayaran ............................................................................................................ 23

2.3.5 Log Keluar (LOGOUT) .......................................................................................................... 27

Page 2: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

2

1.0 – Pengenalan

Sistem e-Taksir adalah merupakan satu inisiatif bagi memudahkan umat Islam

Negeri Pahang untuk membuat taksiran terhadap pendapatan secara atas talian

(On-Line) selaras dengan arahan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam

Melayu Pahang mewajibkan semua umat Islam di Negeri Pahang yang mempunyai

sumber pendapatan membuat taksiran zakat. Arahan ini bermula dengan taksiran

zakat pendapatan bagi umat Islam yang mempunyai pendapatan yang tetap. Umat

Islam dikehendaki memberikan maklumat pendapatan masing-masing.

1.1 – Menu Utama

Klik butang log masuk bagi pengguna lama yang sudah mempunyai akaun

Klik butang daftar bagi pengguna baru

Untuk sebarang pertanyaan pengguna boleh hubungi no yang tertera.

Page 3: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

3

1.2 – Menu Pekeliling Wajib Taksir

Skrin memaparkan pekeliling perlaksanaan arahan wajib taksir dan pembayaran zakat

pendapatan.

Page 4: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

4

1.3 – Menu Borang Maklumat Kakitangan

Borang ini perlu dilengkapkan oleh majikan.

Maklumat yang perlu dilengkapkan ialah nama majikan, no.telefon majikan, nama

pekerja, no.kad pengenalan pekerja, jawatan/gred pekerja dan tempat bertugas

pekerja.

Setelah dilengkapkan, majikan perlu menghantar borang ini kepada Pusat Kutipan Zakat

Pahang(PKZ).

Page 5: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

5

1.4 – Menu Soalan Lazim

Koleksi pelbagai soalan lazim yang boleh dijadikan rujukan untuk mengisi borang e-taksir

dan menambah pengetahuan berkenaan taksir pendapatan.

Page 6: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

6

1.5 – Menu Borang Taksir

Borang taksir yang perlu dilengkapkan oleh pengguna untuk menaksir pendapatan.

Pengguna perlu daftar pengguna dan daftar masuk sistem untuk mendapatkan borang

taksir.

Penerangan lanjut berkenaan borang taksir di bahagian 2.3.1 hingga 2.3.5.

Page 7: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

7

2.0 – Daftar Pengguna Baru

2.1 – Pendaftaran Baru

Skrin akan memaparkan ruangan untuk login bagi pengguna yang telah mendaftar dan

ruangan daftar untuk pengguna yang baru.

Pengguna perlu daftar masuk untuk memasuki sistem.

Bagi pengguna yang baru, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu.

Page 8: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

8

No. Pengenalan Diri – Masukkan nombor kad pengenalan anda yang sah.

No. Anggota (jika ada) – Masukkan nombor keanggotaan anda jika anda merupakan

anggota polis, tentera dan lain-lain.

Nama – Masukkan nama penuh anda seperti tertera di kad pengenalan anda.

Jantina – Sila pilih jantina anda mengikut pilihan yang diberi.

Status Perkahwinan – Sila pilih status perkahwinan anda mengikut pilihan yang diberi.

Klik “Hantar” setelah semua

maklumat dilengkapkan untuk

meneruskan proses

pendaftaran.

Klik “Batal” jika tidak mahu

meneruskan pendaftaran.

Page 9: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

9

No. Telefon Bimbit – Masukkan nombor telefon bimbit anda. Ini penting bagi proses

penghantaran kod pengesahan mengakses akaun.

Alamat Emel – Masukkan alamat emel yang sah. Jika anda tidak mempunyai sebarang

emel, daftarkan satu di mana-mana pembekal emel. Emel adalah penting bagi

komunikasi antara pihak anda dan pihak PKZ Pahang.

Alamat Rumah – Masukkan alamat rumah anda.

Nama Majikan – Masukkan nama majikan tempat bekerja anda.

Alamat – Masukkan alamat majikan tempat bekerja anda.

Poskod – Masukkan nombor poskod alamat rumah/majikan anda.

Anda akan menerima satu SMS melalui telefon bimbit anda seperti gambar diatas.

Masukkan kod pengesahan yang dihantar di kotak yang disediakan.

Page 10: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

10

Klik “Sahkan” setelah

memasukkan nombor kod

pengesahan.

Page 11: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

11

Kata Laluan Yang Dipilih – Masukkan kata laluan yang dipilih dan dicadangkan agar kata

laluan itu mestilah unik yang mengandungi aksara, digit dan simbol.

Sahkan Kata Laluan – Masukkan kata laluan anda yang sama sekali lagi.

Page 12: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

12

Paparan seperti rajah diatas menunujukkan pendaftaran yang dibuat telah selesai.

Anda boleh meneruskan akses sistem setelah menekan butang “Selesai”.

Page 13: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

13

2.2 – Daftar Masuk Sistem

Masukkan nombor MyKad/pasport beserta kata laluan di kotak yang disediakan.

Klik “Daftar Masuk” untuk meneruskan akses sistem.

Page 14: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

14

2.3 – Pilihan Menu

Paparan skrin menunjukkan menu yang diberi bagi membantu anda mengetahui

maklumat dan isi kandungan sistem.

Page 15: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

15

2.3.1 – Menu Borang e-Taksir

Borang e-Taksir zakat terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D.

Bahagian A : komponen pendapatan

Terdapat 4 item yang perlu diisi dalam bahagian ini iaitu A1: hasil penggajian setahun/ upah setahun, A2:

hasil bebas setahun, A3: hasil aset tetap setahun dan A4: jumlah semua A1, A2 dan A3.

A1: Hasil penggajian setahun/upah setahun – masukkan jumlah gaji setahun atau gaji bulanan

yang telah didarabkan dengan 12 bulan. Contohnya gaji sebulan RM 4,000 didarabkan dengan 12

maka jumlahnya Rm 48,000.

A2: Hasil bebas setahun – hasil yang diperolehi daripada pekerjaan yang dilakukan atas usaha

sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan

professional secara upah, imbuhan, royalti. Contoh bayaran yang diterima peguam atas khidmat

guaman yang diberikan, bayaran projek yang diterima oleh kontraktor.

A3: Hasil aset tetap setahun – masukkan jumlah hasil bagi aset tetap. Contohnya hasil sewaan,

hasil ladang sawit dan dijumlahkan semua hasil tersebut.

A4: Jumlah pendapatan – jumlah semua item pada A1, A2 dan A3.

Page 16: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

16

Sekiranya pengguna ingin membuat taksiran tanpa tolakan Had Kifayah, pengguna tidak perlu

mengisi maklumat di bahagian B dan C.

Klik untuk membuat

pilihan taksir tanpa

tolakan Had Kifayah

atau dengan tolakan

Had Kifayah.

Page 17: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

17

Bahagian B : komponen perbelanjaan

Terdapat 6 item yang perlu diisi dalam bahagian ini iaitu B1: diri sendiri, B2: pasangan bekerja, B3:

pasangan tidak bekerja, B4: anak 0-6 tahun, B5: anak 7 tahun keatas dan B6: jumlah semua B1 hingga B6.

B1 : Diri sendiri – ruangan ini adalah wajib diisi oleh semua orang.

B2 : Pasangan bekerja – pencari nafkah kedua atau sampingan

B3 : Pasangan tidak bekerja – isteri atau suami yang tiada punca pendapatan.

B4 : Anak 0-6 tahun – bersekolah serta dalam penjagaan dan pendidikan diuruskan oleh pihak

lain.

- Tidak bersekolah serta mempunyai urusan penjagaan domestik.

B5 : Anak 7 tahun ke atas – bersekolah dan masih menerima pendidikan lanjutan

- Tidak bersekolah dan tidak mempunyai pendapatan.

B6 : Jumlah semua item dari B1 hingga B5.

Page 18: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

18

Bahagian C : komponen perbelanjaan lain- lain

Terdapat lima bahagian yang perlu diisi iaitu C1 : pemberian wajib kepada ibu bapa, C2 : caruman KWSP/

LTAT, caruman di institusi yang membayar zakat bagi ahli, C4 : perbelanjaan perubatan dan C5 : semua

jumlah dari item C1 hingga C4.

C1 : Pemberian wajib kepada ibu bapa – masukkan jumlah pemberian kepada ibu bapa selama

setahun. Jumlah hanya terhad RM 4,200 setahun.

C2 : Caruman KWSP/ LTAT – masukkkan jumlah caruman KWSP / LTAT bagi tempoh setahun.

C3 : Caruman di insitusi yang membayar zakat bagi ahli – contoh tabung haji

C4 : Perbelanjaan perubatan : masukkan jumlah perbelanjaan perubatan bagi tempoh setahun.

Jumlah hanya terhad kepada RM 2400 setahun.

C5 : Jumlah semua item daripada C1 hingga C4

Page 19: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

19

Bahagian D : taksiran

Bahagian taksiran adalah untuk menentukan samada baki pendapatan perlu dikeluarkan zakat atau tidak,

setelah ditolak item-item pada bahagian A hingga C mengikut kadar nisab zakat semasa. Terdapat lima

item dalam bahagian ini iaitu D1: jumlah dari bahagian A, D2 : jumlah dari bahagian B dan C, D3 : baki

pendapatan, D4 : nisab zakat bagi tahun semasa dan D5 : jumlah yang perlu dikeluarkan zakat. Pengguna

hanya perlu tekan butang taksir zakat pada petak berwarna hijau dan semua item D1 hingga D5 akan

keluar secara automatik.

D1 : Jumlah bahagian A – jumlah pada bahagian A iaitu pada A4.

D2 : Jumlah bahagian B + C – jumlah pada bahagian B iaitu pada item B6 ditambah dengan jumlah

bahagian C iaitu pada C5.

D3 : Baki pendapatan untuk dikira zakat – D1 tolak D2 dan jumlahnya merupakan baki pendapatan

yang perlu ditaksir untuk kiraan Zakat Pendapatan.

D4 : Nisab zakat – kadar nisab zakat bagi tahun semasa.

Page 20: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

20

D5 : zakat – Amaun yang wajib dikeluarkan zakat. Tahunan ialah jumlah zakat yang perlu dibayar

setahun dan bulanan ialah jumlah zakat yang perlu dibayar secara bulanan. Bagi baki pendapatan

yang kurang daripada kadar nisab semasa, maka item pada D5 akan kosong kerana mereka tidak

perlu mengeluarkan zakat.

Klik pada butang simpan & tangguh untuk menyimpan maklumat dan menagguh proses taksir.

Klik pada butang hantar dan proses untuk menghantar maklumat dan meneruskan proses taksir.

Page 21: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

21

2.3.2 Menu Taksiran Lepas

Menu ini menunjukkan taksiran yang telah selesai dibuat oleh pengguna.

Ia turut menunjukkan amaun yang wajib zakat.

Klik pada ikon untuk

dapatkan rekod taksiran

zakat.

Page 22: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

22

2.3.3 Menu Edit Profil

Pengguna boleh mengemaskini maklumat di setiap ruangan profil pengguna

Klik butang simpan untuk sistem menyimpan profil pengguna yang telah dikemaskini.

Kilik butang batal untuk membatalkan proses kemaskini.

Page 23: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

23

2.3.4 Menu Buat Bayaran

Setelah selesai membuat penaksiran pendapatan, pengguna akan ditentukan sama ada wajib

atau tidak wajib menunaikan zakat.

Bagi pengguna yang wajib menunaikan zakat perlu membuat bayaran melalui kaedah yang telah

disediakan.

Bagi pengguna yang tidak wajib menunaikan zakat, pengguna tidak perlu membayar zakat,

namun jika ingin menunaikan zakat-zakat harta yang lain, pengguna boleh memilih kaedah yang

telah disediakan untuk membuat bayaran.

Pengguna boleh membuat bayaran dengan memilih tiga cara untuk membayar iaitu potongan

gaji bulanan, perbankan internet dan bayar di kaunter.

Page 24: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

24

Potongan Gaji Bulanan

Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Masukkan jumlah amaun yang hendak dipotong melalui pendapatan.

Klik butang hantar untuk meneruskan proses pembayaran dan sekiranya ingin membatalkan

proses klik butang batal.

Page 25: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

25

Perbankan Internet

Pengguna boleh memilih mana-mana bank yang terdapat dalam sistem ini dengan klik pada

nama bank yang tertera.

Pastikan pengguna mempunyai akaun perbankan atas talian bagi bank yang telah dipilih.

Setelah klik pada nama bank yang tertera, pengguna dikehendaki login pada laman bank

tersebut untuk meneruskan pembayaran.

Kilk butang kembali untuk tidak meneruskan pembayaran melalui perbankan internet.

Page 26: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

26

Bayar Di Kaunter

Pengguna boleh memilih mana-mana kaunter zakat Pahang seperti yang tersenarai.

Pengguna boleh klik pada butang lokasi pejabat untuk mendapatkan lokasi yang sebenar.

Page 27: MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e …etaksir.zakatpahang.my/Manual_Penggunaan_e-Taksir.pdfMANUAL PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-Taksir Isi Kandungan 1.0 – Pengenalan 2 1.1 – Menu

27

2.3.5 Log Keluar (LOGOUT)

Pautan log keluar disediakan untuk kemudahan pengguna untuk keluar dari sistem.

Pengguna hanya perlu klik pada pautan log keluar di bahagian bawah.