manual eppt 2014

Upload: khairiyyah-ahmad-saifuddin

Post on 11-Oct-2015

79 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Manual EPPT 2014

TRANSCRIPT

Kementerian Pendidikan Malaysia

Program Peningkatan Profesiensi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah Agensi Kerajaan 2014(English Proficiency for Preschool Teachers)

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan1.1 Latar belakang1.2 Rasional 1.3 Matlamat1.4 Objektif 1.5 Kumpulan Sasaran

2.0 Tugas dan Tanggungjawab2.1 Mentor2.2 Mentee

3.0 Pelaksanaan

4.0 Pemantauan5.0 KesimpulanPenghargaan Lampiran

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

1.1.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (PPPM) menetapkan enam atribut murid yang akan dihasilkan melalui sistem pendidikan negara. Enam atribut tersebut ialah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Oleh itu, pendidikan prasekolah sebagai pendidikan asas perlu memulakan usaha untuk merealisasikan hasrat menghasilkan murid yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

1.1.2 Bab 5: Guru dan Pemimpin Sekolah dalam PPPM 2013 2025 juga menjelaskan tentang impak kualiti pengajaran ke atas pencapaian murid iaitu prestasi murid meningkat apabila mereka diajar oleh guru yang berprestasi tinggi dan sebaliknya. Oleh itu, usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti guru bagi memastikan pencapaian murid yang cemerlang.

1.1.3 Kesedaran tentang kepentingan pendidikan prasekolah terhadap perkembangan seseorang kanak-kanak menyebabkan pendidikan ini terus diberi fokus dalam Pelan Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme - GTP 2.0). GTP 2.0 untuk pendidikan prasekolah bermatlamat untuk meningkatkan enrolmen murid dalam pendidikan prasekolah dan kualiti pendidikan ini. Justeru itu, antara usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan ialah meningkatkan kualiti guru prasekolah melalui kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

1.1.4 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mula dilaksanakan pada 2010 di semua prasekolah kerajaan dan swasta menetapkan bahasa instructional di bilik darjah ialah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan kadar masing-masing sebanyak 50% di Sekolah Kebangsaan. Sementara di Sekolah Jenis Kebangsaan, kadar yang diperuntukkan untuk bahasa instructional ialah 1/3 dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.

1.2 Rasional

1.2.1 Guru prasekolah ialah guru opsyen pendidikan prasekolah dan bukan opsyen pendidikan Bahasa Inggeris atau Teaching English As A Second Language (TESL). Oleh itu, mereka kurang atau tidak mempunyai kemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris.

1.2.2 Berdasarkan Kajian Status Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Kelas Prasekolah di Malaysia pada tahun 2010, kebanyakan guru prasekolah kurang yakin untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris. Dapatan ini selari dengan dapatan Kajian KSPK 2012 yang menunjukkan persepsi guru yang kurang patuh dan tidak patuh dengan pelaksanaan bahasa instructional dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Dapatan ini juga selari dengan laporan pemantauan oleh pihak JNJK 2012 yang mendapati guru prasekolah tidak patuh dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.

1.3 Matlamat

1.3.1 Untuk meningkatkan tahap profesiensi Bahasa Inggeris guru prasekolah agensi kerajaan.1.3.2 Indek Prestasi Pencapaian (KPI) yang perlu dicapai adalah 100% guru prasekolah yang menghadiri kursus dapat meningkatkan profesiensi Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya 30%.

1.4 Objektif

Di akhir program guru prasekolah akan dapat:1.4.1 Berkomunikasi dengan yakin dan berkesan menggunakan strukur ayat yang mudah dalam Bahasa Inggeris berdasarkan empat kemahiran literasi.1.4.2 Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa instruksional dalam pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

1.5 Kumpulan Sasaran Guru-guru prasekolah KPM, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

2.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

2.1 Mentor

2.1.1 Menyedia dan mengagihkan Jadual Perancangan Bengkel Kumpulan kepada setiap ahli kumpulan, pegawai PPD, JPN dan KPM yang bertanggungjawab (rujuk Lampiran 3).2.1.2 Mengumpul Borang Maklumat Diri mentee dan menyimpan sebagai rekod untuk rujukan dan kegunaan bengkel kumpulan (rujuk Lampiran 4).2.1.3 Mematuhi jadual waktu dan menepati masa bengkel kumpulan seperti yang telah ditetapkan.2.1.4 Memastikan aktiviti bengkel kumpulan dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan.2.1.5 Memastikan ahli bengkel kumpulan hadir perjumpaan.2.1.6 Merekodkan kehadiran mentee dan menyimpan rekod kehadiran dalam fail (rujuk Lampiran 5).2.1.7 Membimbing dan membantu mentee untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.2.1.8 Sentiasa menjalin hubungan baik dengan mentee.2.1.9 Memaklumkan kepada pegawai bertanggungjawab di JPN untuk perkara-perkara berikut:i. Pertukaran tarikh, masa dan tempat bengkel kumpulanii. Masalah kehadiran menteeiii. Masalah pelaksanaan aktiviti (jika ada)iv. Masalah menggunakan bahan sumber yang disediakan2.1.10 Memberi maklum balas kepada PPD, JPN dan KPM tentang kekuatan dan kelemahan program serta keperluan mentee.2.1.11 Menyediakan Ringkasan Mengajar bagi setiap bengkel (rujuk Lampiran 6).2.1.12 Tidak boleh menukar mentee sesuka hati.

2.2 Mentee

2.2.1 Menghadiri bengkel kumpulan sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual perjumpaan.2.2.2 Menepati masa bengkel kumpulan seperti yang telah ditetapkan.2.2.3 Memaklumkan secara lisan dan bertulis kepada mentor jika terdapat masalah untuk hadir bengkel kumpulan.2.2.4 Aktif dalam aktiviti semasa bengkel kumpulan.2.2.5 Berkongsi idea dan pandangan dengan ahli kumpulan.2.2.6 Sentiasa berusaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.2.2.7 Sentiasa bekerjasama dan menghormati mentor dan ahli kumpulan.2.2.8 Mengaplikasi hasil bengkel kumpulan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.2.2.9 Tidak boleh bertukar kumpulan lain kecuali dengan kebenaran pegawai JPN yang bertanggungjawab.2.2.10 Menduduki pre-test dan post-test dengan pencapaian sekurang-kurangnya 30%.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Tempoh: April November 2014

3.2 Kumpulan: Satu mentor : 10 15 mentee

3.3 Bengkel kumpulan: 12 kali dan minimum 2 jam 30 minit setiap bengkel

3.4 Komponen bengkel:

Listening and Speaking Skills Reading Comprehension Strategies Writing Skills Grammar Phonics Strategies Teaching and Learning of Vocabulary Integration of Listening, Speaking, Reading and Writing Skills

3.5 Bahan sumber : Modul Program Peningkatan Profesiensi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah Agensi Kerajaan

3.6 Pemantauan: Jun November oleh Pegawai BPG, BPK, JPN dan PPD

4.0 PENUTUP

Program Peningkatan Profesiensi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah Agensi Kerajaan 2014 (English Proficiency for Preschool Teachers) diharap dapat meningkatkan tahap profesiensi Bahasa Inggeris guru prasekolah serta merealisasikan hasrat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

5.0 LAMPIRAN

Lampiran 1 - Instrumen Pemantauan Bengkel Kumpulan Lampiran 2 - Instrumen Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran Lampiran 3 - Jadual Perancangan Bengkel KumpulanLampiran 4 - Borang Maklumat DiriLampiran 5 - Borang Kehadiran Bengkel KumpulanLampiran 6 - Ringkasan Mengajar

Lampiran 1Kementerian Pendidikan MalaysiaProgram Peningkatan Profesiensi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah Agensi Kerajaan 2014(English Proficiency for Preschool Teachers)

Instrumen Pemantauan Bengkel Kumpulan

Maklumat Am

Nama Mentor

Tarikh

Masa

Tempat

Kehadiran

Skala: 1 Tidak memuaskan 2 Kurang memuaskan 3 Memuaskan 4 Sangat MemuaskanBilAspekItemSkorCatatan

1234

1Kaedah PenyampaianMentor mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan mentee.

Aktiviti yang dijalankan menarik dan merangsang pemikiran kreatif dan kritis.

Mentor berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat serta nada suara yang sesuai.

Mentor berjaya memotivasikan mentee dengan memberi pujian atau galakan.

Mentor berupaya membimbing mentee untuk meningkatkan penguasaan pembelajaran.

2Penguasaan isi kandunganMentor dapat menjelaskan konsep/fakta atau memberi jawapan dengan yakin, jelas dan tepat.

Mentor dapat menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran.

3Teknik PenyoalanMentor mengemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah, meliputi pelbagai aras.

Mentor memberi respons yang sesuai terhadap jawapan mentee.

Soalan yang dikemukakan dapat meningkatkan minat, pengetahuan dan pemahaman mentee.

4Penggunaan Sumber PendidikanPenggunaan sumber pendidikan yang pelbagai.

Penggunaan sumber pendidikan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan meningkatkan minat mentee.

5

Penguasaan Pembelajaran MenteeMentee dapat menggunakan sumber pendidikan dengan berkesan.

Mentee berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala.

Mentee dapat menggunakan bahasa dengan betul dan yakin.

Mentee dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/ soalan mentor.

Mentee dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan modul.

Mentee dapat menguasai kemahiran menulis berdasarkan modul.

Ulasan / Cadangan : ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Nama, Tandatangan dan Cap Pegawai Pemantau:

Lampiran 2Kementerian Pendidikan MalaysiaProgram Peningkatan Profesiensi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah Agensi Kerajaan 2014(English Proficiency for Preschool Teachers)

Instrumen Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran

Nama Guru Prasekolah:Opsyen:

Pengalaman Mengajar Prasekolah: Gred:

Alamat Sekolah:

Bandar/Luar Bandar:Negeri:

Tarikh:Masa:

Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran Tunjang Fokus : _____________________________________________________

Skala: 1 Tidak memuaskan 2 Kurang memuaskan 3 Memuaskan 4 Sangat MemuaskanBilItemSkorCatatan

1234

1Kesesuaian aktiviti menepati objektif

2Objektif PdP dicapai

3Set induksi sesuai dan menarik minat murid

4Set induksi dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris

5Guru memberi penerangan dalam Bahasa Inggeris

6Guru menyoal dalam Bahasa Inggeris

7Guru memberi arahan dalam Bahasa Inggeris

8Guru menjawab soalan murid dalam Bahasa Inggeris

9Murid menyoal dalam Bahasa Inggeris

10Murid menjawab dalam Bahasa Inggeris

11Murid berkomunikasi dengan rakan dalam Bahasa Inggeris semasa aktiviti PdP

12Guru membuat rumusan / kesimpulan dalam Bahasa Inggeris

13Penggunaan BBM sesuai dan menarik minat murid

14Penggunaan Bahasa Inggeris dalam PdP secara keseluruhan

Ulasan / Cadangan : _____________________________________________________________________________________________________________________________Nama, Tandatangan dan Cap Pegawai Pemantau:Lampiran 3Kementerian Pendidikan MalaysiaProgram Peningkatan Profesiensi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah Agensi Kerajaan 2014(English Proficiency for Preschool Teachers)

Jadual Perancangan Bengkel Kumpulan

Negeri: _________________________________Daerah: _________________________________Bil.MentorPusatTarikh Perjumpaan

MeiJunJulaiOgosSeptOktNov

Lampiran 4Kementerian Pendidikan MalaysiaProgram Peningkatan Profesiensi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah Agensi Kerajaan 2014(English Proficiency for Preschool Teachers)

Borang Maklumat Diri

Bengkel Kumpulan/Daerah :___________________________________________________________________________

Nama:No. Kad Pengenalan:

No. Tel. Bimbit:No. Tel. Rumah:

Nama dan Alamat Sekolah:

No. Tel. dan Faks Sekolah:Email:

Alamat Rumah:

Kelulusan Akademik Tertinggi : Gred Kelulusan B.Inggeris SPM :

Opsyen:

Pengalaman Mengajar:

Pengalaman Mengajar Prasekolah:

Waris untuk dihubungi:

Hubungan dengan waris:

No. Tel. Bimbit Waris :No. Tel. Rumah Waris:

Alamat Rumah Waris:

Lampiran 5Kementerian Pendidikan MalaysiaProgram Peningkatan Profesiensi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah Agensi Kerajaan 2014(English Proficiency for Preschool Teachers)

Borang Kehadiran Bengkel KumpulanNama Mentor:_____________________________________ Pusat/Daerah : _______________________________________BilNamaSekolahTarikh Perjumpaan

MeiJunJulaiOgosSeptOktNov

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Lampiran 6

Kementerian Pendidikan MalaysiaProgram Peningkatan Profesiensi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah Agensi Kerajaan 2014(English Proficiency for Preschool Teachers)

Ringkasan Mengajar

Nama Mentor:________________________________________Pusat/Daerah :________________________________________

BilTarikhPerkara/Aktiviti

1

2

PENGHARGAAN

1Tn. Hj. Ahmad Syare bin YusofBahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia

2En. Mohd Hafiz bin YusoffBahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia

3Pn. Chetriliah bt. OthmanEnglish Language Training Centre, BPG, KPM

4Pn. Harlina bt. MuhammadBahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

5Pn. Siew Siew KimBahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

6Pn. Rugayah bt. Abd. RahmanKEMAS Putrajaya

7Tn. Hj. Ab Wahab bin Mat RashidJabatan Pendidikan Perlis

8En. Makhazani bin Mat AlimJabatan Pendidikan Perlis

9En. Mat Shaari bin Abu HassanJabatan Pendidikan Kedah

10En. Rosli bin IshakJabatan Pendidikan Pulau Pinang

11Pn. Nur Suharziani bt. Mohd AzharJabatan Pendidikan Pulau Pinang

12Pn. Ainon bt. HashimJabatan Pendidikan Perak

13Pn. Azilawati bt. Abu BakarJabatan Pendidikan Selangor

14Pn. Sarah bt. SharifJabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

15Pn. Hjh. Hasnah bt. Hj. Mohd JaparJabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan

16Cik Saharawati bt. HarunJabatan Pendidikan Terengganu

17Pn. Hjh. Nik Asiah bt. SallehJabatan Pendidikan Kelantan

18En. Mohd Najib bin OmarJabatan Pendidikan Kelantan

19En. Mohd Saidi bin EmbongJabatan Pendidikan Pahang

20Tn. Hj. Rosli bin Mohd NorJabatan Pendidikan Melaka

21Pn. Hjh. Aminah bt. KaderJabatan Pendidikan Melaka

22Pn. Hjh. Kasmah bt. Hj. MahmudJabatan Pendidikan Negeri Sembilan

23En. Mohd Zakwan bin ZainudinJabatan Pendidikan Negeri Sembilan

24Cik Musleha bt. Mohd GhozaliJabatan Pendidikan Johor

25En. Jairun MaibaJabatan Pendidikan Sabah

26Pn. Irene JoumeyJabatan Pendidikan Sabah

27Pn. Siti Hadizah bt. IsmailJabatan Pendidikan Sabah

28Pn. Sariah bt. MosJabatan Pendidikan Sarawak

29Pn. Maria Reny James JuminJabatan Pendidikan Sarawak

30Pn. Norliyana bt. YusoffPejabat Pendidikan Daerah Langkawi

31En. Mohd Shukiman bin MuhammadPejabat Pendidikan Daerah Besut

32En. Ahmad Faizal bin TajuddeenPejabat Pendidikan Daerah Setiu

33Pn. Nur Haniah bt. SaidPejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai

34Pn. Dasimah bt. Yahia @ OthmanPejabat Pendidikan Daerah Bera

35Cik Nurmasnita bt. KamaluddinPejabat Pendidikan Daerah Bentong

36Pn. Tan Meng ChuPejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah

37Pn. Gloria MarshPejabat Pendidikan Daerah Seremban

38En. Rosafiz bin SudeenPejabat Pendidikan Daerah Seremban

39En. Wee Kok ChengPejabat Pendidikan Daerah Mersing

40En. Nazri bin SamadPejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat

41En. Chan Chee SiongPejabat Pendidikan Daerah Tenom

42Pn. Norma bt. DinSK Sena, Kangar, Perlis

43Pn. Karamjit Kaur a/p Kartar SinghSK Wan Sulaiman Sidiq, Alor Setar, Kedah

44Pn. Rahmah Bee bt. Mohd Kabibal SaibooSK Minden Height, Gelugor, Pulau Pinang

45Pn. Subathra Devi a/p RamakrishnanSK Taman Merak, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

46Pn. Juzaidah bt. Zainal AbidinSK Kota Setia, Perak

47Cik Komathy a/p ManikkamSK TLDM Lumut, Perak

48Pn. Sia Soh GuadSK Batu Unjur, Selangor

49Pn. Hor Lee LanSJKC Hin Hua, Selangor

50Pn. Soh Lih RuSK Puteri Pandan 1, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

51Pn. Tiong Mang ChingSK Seri Mega, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

52Pn. Norhafilah bt. Mohammad KhawariSK Putrajaya Presint 8 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya

53Pn. Noraini bt. Ab. RashidSK Putrajaya Presint 11 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya

54Pn. Norfarehein bt. Mohd YusofSK Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan

55Pn. Ana Hairani bt. AhmadSK Pekan Dua, Wilayah Persekutuan Labuan

56Cik Niksuzilawati bt. EnderinSK Klias, Beaufort, Sabah

57Pn. Yin Chin SJKC Cheng, Melaka

58Pn. Nurnabilah bt. M.YusofKEMAS, Putrajaya

59Pn. Sharifah Normala bt. Abd MutalibKEMAS, Putrajaya

60Pn. Hamimah bt. HusinKEMAS, Putrajaya

61Pn. Hairizah bt. MahmodJPNIN, Putrajaya

62Pn. Yashota a/p PunusamyJPNIN, Putrajaya