manual eksperimen spring

8
LEMBARAN TUGASAN SPRING KAEDAH 2 TAJUK : Hukum Hooke HASIL PEMBELAJARAN : Dalam unit ini pelajar akan dapat mereka bentuk eksperimen berkaitan pemanjangan spring dengan pemberat. Situasi Pencetus Idea Murid : Kamal memerhatikan bahawa tayar kereta mainan mencecah lantai apabila dua orang kawannya duduk di atas kereta itu berbanding apabila seorang sahaja kawannya duduk di atas kereta itu. A) Berdasarkan permasalahan di atas, jalankan eksperimen dengan menggunakan bahan dan radas berikut : Spring , pembaris, pemberat berslot,penyangkut pemberat berslot dan kaki retort

Upload: zoulez

Post on 27-Sep-2015

591 views

Category:

Documents


48 download

DESCRIPTION

hooke's law

TRANSCRIPT

LEMBARAN TUGASAN SPRINGKAEDAH 2TAJUK : Hukum HookeHASIL PEMBELAJARAN : Dalam unit ini pelajar akan dapat mereka bentuk eksperimen berkaitan pemanjangan spring dengan pemberat.

Situasi Pencetus Idea Murid :Kamal memerhatikan bahawa tayar kereta mainan mencecah lantai apabila dua orang kawannya duduk di atas kereta itu berbanding apabila seorang sahaja kawannya duduk di atas kereta itu.

A) Berdasarkan permasalahan di atas, jalankan eksperimen dengan menggunakan bahan dan radas berikut :Spring , pembaris, pemberat berslot,penyangkut pemberat berslot dan kaki retort

B) Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Inferens: Pemanjangan spring dipengaruhi oleh daya yang meregangkannya.

2. Tujuan: Menyiasat hubungan antara pemanjangan spring dengan daya yang Meregangkannya.

3. Hipotesis: Pemanjangan spring berkadar terus dengan daya yang meregangkannya.

4. Pembolehubah(a) Dimanipulasikan: Daya yang meregangkan spring(b) Bergerakbalas: Pemanjangan spring(c) Dimalarkan: Diameter spring

5. Prosedur eksperimen: 5.1 Susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas disediakan.5.2 Panjang asal, lo, spring diambil dan dicatatkan5.3 Jisim berslot yang beratnya F = 1 N digantungkan pada hujung bawah spring dan panjang spring, l, diambil dan dicatatkan.5.4 Pemanjangan spring, x = l lo, dihitung.5.5 Langkah 6.3 hingga 6.4 diulangi dengan jisim berslot yang beratnya F = 2N, 3N, 4N, 5N dan 6N5.6 Semua bacaan F, I, dan x dijadualkan.5.7 Graf x melawan F diplotkan.5.8 Berdasarkan graf yang diplotkan, dideduksikan hubungan antara pemanjangan spring, x, dengan berat, W, jisim berslot yang meregangkan spring.

6. Penjadualan Data:

Panjang asal spring, lo = 59.3 cm

Berat,W / NPanjang spring,l / cmPemanjangan springx = l - lo / cm

1.063.34.0

2.068.39.0

3.072.313.0

4.0 77.318.0

5.081.822.5

6.085.826.5

7. Analisis Data:30Graf Pemanjangan spring melawan dayaPemanjangan spring ,l / cm252015105Daya,f / N 0 1 2 3 4 5 6 7 8

Kesimpulan: Pemanjangan spring berkadar langsung dengan daya yang meregangkan spring. Hipotesis diterima

C) Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincangan pemasalahan berikut:1. Selain daripada kaedah di atas, bagaimanakah lagi anda boleh buat untuk menjadikan spring dapat menampung beban yang lebih berat. Jelaskan.2. Berikan satu alatan sukan yang menggunakan spring yang berlainan kekerasan.Jawapan1. Menggunakan spring yang lebih besar diameter gelung / diameter dawai spring / bahan yang lebih keras. 2. Papan anjal gimnastik, sring pembesar otot

RADAS DAN BAHAN

BilRadas dan bahanKuantiti

1Spring beserta penanda aras1

2Pemberat Berslot6

3Penyangkut pemberat berslot1

4Kaki retort beserta pengapit1

5Pembaris1

SENARAI SEMAK MENGENDALIKAN EKSPERIMEN

Menjalankan EksperimenPersembahan DataPentafsiran Data dan GrafPenulisan Laporan

Menyusun Bahan & Radas

Mengukur panjang spring asal

Tekniki. Mengukur pemanjangan spring setelah diletakkan 1 jisim berslot ii. Teknik pengulangan pengukur pemanjangan spring setelah digantungkan jisim- jisim berslot yang lain sehingga 5 kali ulangan Meyelaraskan Jisim-jisim berslot

Pengumpulan Data

Merekod bacaan Panjang spring asal

Merekod bacaan Pemanjangan spring setelah digantungkan 1 jisim berslot

Menrekod bacaan pengulangan pemanjangan spring

Penjadualan Data

Lajur, baris, tajuk dan unit

Pembolehubah

Bacaan data betul pada 1 tempat perpuluhan data (konsisten dan malar)

Sistematik, kualiti, dan pengiraan Graf

Tajuk

Paksi dengan Unit

Skala sekata

6 titik diplotkan

Kekemasan keluk graf

Tajuk

Paksi dengan Unit

Skala sekata

5 titik diplotkan

Saiz graf 5 X 4

Garis yang licin dan seimbang

Soalan C1

Soalan C2

Inferen

Hipotesis

Tujuan

Pembolehubah

Bahan dan Radas

Susunan Radas dan bahan Prosedur

Penjadualan Data

Analisis data

Kesimpulan