malnutrisi

15
Pengenalan Malnutrisi adalah salah satu masalah kesihatan yang penting yang kini telah dikenal pasti oleh Kerajaan Malaysia. Masalah ini adalah menjadi factor penyumbang kepada masalah-masalah lain seperti nutrisi, parasitisme, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan juga aspek sosio- budaya yang berkaitan dengan kesihatan. Malnutrisi menjadi masalah yang penting terutamanya negara-negara mundur yang ekonomi dan pendidikan lemah di dunia seperti Somalia, Senegal dan Uganda di benua Afrika serta Bangladesh, Selatan India dan Pakistan di benua Asia. Di Malaysia ia merupakan masalah yang sederhana yang terkawal, hasil daripada keadaan ekonomi yang stabil dan pendidikan yang berkesan. Cuma malnutrisi ini masih terdapat di kawasan-kawasan pedalaman Malaysia kerana masalah lokasi dan perhubungan antara satu tempat dengan tempat lain yang lebih maju. Di kawasan terpencil ini perkhidmatan penjagaan kesihatan moden adalah rendah atau tidak kedapatan. Mengikut fakta, 2/3 kanak-kanak tidak sihat di dunia adalah di Asia manakala ¼ adalah daripada benua Afrika. Menurut kajian terdapat banyak penyakit yang berpunca daripada malnutrisi. Terdapat persetujuan mengatakan bahawa malnutrisi merupakan punca utama kepada kematian kanak-kanak di negara mundur dan sedang membangun termasuk Malaysia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga antaranya mengatakan : Seluruh dunia, disebabkan kekurangan langkah kesihatan walaupun langkah yang paling mudah, ramai orang mati disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah dan diubati, yang biasanya dapat dikaitkan dengan malnutrisi, ataupun hidup dengan kecacatan anggota dan mental.Definisi Malnutrisi Malnutrisi adalah satu keadaan yang terhasil atau terjadi apabila badan manusia memperolehi atau menerima kandungan yang tidak seimbang untuk vitamin, mineral dan nutrien yang lain, dimana kandungan tersebut diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tisu badan dan fungsi organ tubuh. Dalam ertikata lain, malnutrisi ( nutrisi yang tidak teratur ) adalah keadaan patologi yang terhasil daripada kekurangan relatif atau mutlak atau kelebihan satu atau lebih nutrien. Kategori dan Jenis Malnutrisi Malnutrisi boleh di kategori kepada 2 iaitu : 1. Malnutrisi primer - keadaan dietri tidak teratur 2. Malnutrisi sekunder - ketidaknormalan nutrisi akibat proses penyakit di dalam badan manusia Dua kategori utama malnutrisi ini dapat dibahagi lagi kepada empat jenis keadaan patologi seperti yang berikut: Nutrisi berkurangan Keadaan akibat daripada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi. Lazimnya ia ádalah kesan penggunaan terlalu sedikit nutrien yang penting atau menggunakan atau proses perkumuhan yang terlalu pantas daripada proses menggantikannya. Kanak-kanak, remaja, wanita mengandung dan perempuan yang menyusui bayi sangat memerlukan nutrien tambahan. Kehilangan banyak nutrien boleh juga disebabkan oleh diarrhea, kadar perpeluhan melampau, kehilangan banyak darah dan buah pinggang kurang berfungsi. Sementara itu pengambilan nutrien yang sepatutnya akan terhalang akibat daripada

Upload: shukri-saleh

Post on 12-Feb-2016

292 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: malnutrisi

PengenalanMalnutrisi adalah salah satu masalah kesihatan yang penting yang kini telah dikenal pasti oleh Kerajaan Malaysia. Masalah ini adalah menjadi factor penyumbang kepada masalah-masalah lain seperti nutrisi, parasitisme, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan juga aspek sosio-budaya yang berkaitan dengan kesihatan. Malnutrisi menjadi masalah yang penting terutamanya negara-negara mundur yang ekonomi dan pendidikan lemah di dunia seperti Somalia, Senegal dan Uganda di benua Afrika serta Bangladesh, Selatan India dan Pakistan di benua Asia. Di Malaysia ia merupakan masalah yang sederhana yang terkawal, hasil daripada keadaan ekonomi yang stabil dan pendidikan yang berkesan. Cuma malnutrisi ini masih terdapat di kawasan-kawasan pedalaman Malaysia kerana masalah lokasi dan perhubungan antara satu tempat dengan tempat lain yang lebih maju. Di kawasan terpencil ini perkhidmatan penjagaan kesihatan moden adalah rendah atau tidak kedapatan. Mengikut fakta, 2/3 kanak-kanak tidak sihat di dunia adalah di Asia manakala ¼ adalah daripada benua Afrika.Menurut kajian terdapat banyak penyakit yang berpunca daripada malnutrisi. Terdapat persetujuan mengatakan bahawa malnutrisi merupakan punca utama kepada kematian kanak-kanak di negara mundur dan sedang membangun termasuk Malaysia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga antaranya mengatakan : “Seluruh dunia, disebabkan kekurangan langkah kesihatan walaupun langkah yang paling mudah, ramai orang mati disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah dan diubati, yang biasanya dapat dikaitkan dengan malnutrisi, ataupun hidup dengan kecacatan anggota dan mental.”

Definisi Malnutrisi                                                           Malnutrisi adalah satu keadaan yang terhasil atau terjadi apabila badan manusia memperolehi atau menerima kandungan yang tidak seimbang untuk vitamin, mineral dan nutrien yang lain, dimana kandungan tersebut diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tisu badan dan fungsi organ tubuh.

Dalam ertikata lain, malnutrisi ( nutrisi yang tidak teratur ) adalah keadaan patologi yang terhasil daripada kekurangan relatif atau mutlak atau kelebihan satu atau lebih nutrien.

Kategori dan Jenis Malnutrisi

Malnutrisi boleh di kategori kepada 2 iaitu :1. Malnutrisi primer - keadaan dietri tidak teratur2. Malnutrisi sekunder - ketidaknormalan nutrisi akibat proses penyakit di dalam

badan manusia

Dua kategori utama malnutrisi ini dapat dibahagi lagi kepada empat jenis keadaan patologi seperti yang berikut:

Nutrisi berkurangan   Keadaan akibat daripada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi.  Lazimnya ia ádalah kesan penggunaan

terlalu sedikit nutrien yang penting atau menggunakan atau proses perkumuhan yang terlalu pantas daripada

proses menggantikannya.  Kanak-kanak, remaja, wanita mengandung dan perempuan yang menyusui bayi

sangat memerlukan nutrien tambahan. Kehilangan banyak nutrien boleh juga disebabkan oleh diarrhea, kadar

perpeluhan melampau, kehilangan banyak darah dan buah pinggang kurang berfungsi. Sementara itu

pengambilan nutrien yang sepatutnya akan terhalang akibat daripada penyakit tua, proses diet yang melampau,

alahan makanan, kecederaan yang tertentu atau penggunaan bahan makanan yang sia-sia.

Nutrisi berlebihan  

Page 2: malnutrisi

Hasil daripada pengambilan makanan yang berlebihan.  Dietari yang tidak seimbang ini juga akibat pengambilan makanan berlebihan yang salah dari segi kandungan nutriennya, senaman yang tidak mencukupi dan pengambilan terlalu banyak vitamin atau suplemen diet yang salah.  Risiko ini turut bertambah sekiranya memiliki berat badan berlebihan 20%, pengambilan

lemak  dan garam berlebihan serta pengambilan dos berlebihan untuk ; niacin untuk merendahkan tahap kolestrol

yang tinggi, vitamin B6 untuk melegakan sindrom pre-menstrual, vitamin A untuk menghilangkan masalah kulit

dan zat besi atau bahan mineral lain yang tidak mendapat preskripsi doktor.  Pengambilan nutrien yang tidak

teratur boleh mempengaruhi sistem tubuh badan serta deria bau, rasa dan melihat. Ia juga dapat melahirkan

perasaan cemas, perubahan perasaan hati dan simptom psikiatri.

Kekurangan spesifik

Keadaan berlaku akibat kekurangan relatif atau mutlak sesuatu nutrien yang penting seperti contohnya asid amino dan vitamin A.

Ketidakseimbangan  

Keadaan terhasil akibat daripada pengambilan nutrien yang diperlukan tidak seimbang bukan disebabkan kekurangan sesuatu nutrien.

Faktor-faktor Penyebab Malnutrisi 

Terdapat faktor tidak langsung dan faktor penyebab cara langsung yang menyebabkan berlakunya malnutrisi. Di antara faktor-faktor penyebab yang  utama adalah :

Page 3: malnutrisi

Keadaan sosio-ekonomi yang mundur – Kemiskinan dan Pengetahuan yang Rendah  

Menurut satu kajian : “….bagi sesuatu kumpulan yang dikaji, tahap kemiskinan didapati berkadar songsang dengan tahap pengambilan protein sumber haiwan…..”.  Ini jelas menunjukkan bahawa kemiskinan adalah salah satu punca utama manutrisi dan berkait rapat dengan tahap pengetahuan yang rendah. Pendapatan yang rendah menyebabkan mereka tidak berkeupayaan membeli makanan yang mempunyai diet yang seimbang. Ini akan menyebabkan diet berkurangan dan tidak sempurna.

Amalan Pemakanan dan PenyakitTabiat pemakanan semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat.  Orang tua yang hilang tabiat pemakanannya akan semakin diancam oleh malnutrisi.  Penyakit yang sering menyerang orang tua sepertiAlzheimer akan menyebabkan mereka lupa untuk makan makanan yang seimbang.

Risiko malnutrisi juga semakin meningkat bagi orang yang mengidap sesetengah penyakit bahaya contohnya buah pinggang, hati, kanser, AIDS dan gastrik. Penghidap penyakit ini  akan terhalang untuk memakan sesuatu jenis diet dan kelemahan sistem badan mereka untuk menyerap makanan yang telah dicernakan.

Orang yang bergantung hidup dengan dadah dan alkohol juga mempunyai risiko tinggi terhadap malnutrisi. Golongan ini mempunyai diet tertentu yang perlu diamalkan dalam satu tempoh jangkamasa yang ditetapkan. Diet ini akan mengurangkan keseimbangan makanan yang diambil, dan selalunya golongan ini mempunyai kegagalan dalam sistem pencernaannya akibat kesan pengambilan dadah dan alcohol terutama yang melibatkan organ hati, pankreas dan buah pinggang.

Alahan terhadap sesejenis makanan akan menyukarkan seseorang itu memperolehi makanan yang boleh mereka cernakan. Golongan ini memerlukan kalori tambahan yang diambil untuk mengekalkan berat yang diambil dan seterusnya mengekalkan berat badan mereka sendiri.

Sifat terlampau ingin kurus menyebabkan pemakanan yang tidak teratur bagi golongan anoreksia dan bulimia yang terlampau menghadkan pengambilan makanan mereka, sehingga tidak sihat akibat kekurangan nutrien yang penting untuk badan mereka. Adat resam sesuatu masyarakat juga mempengaruhi amalan makanan sesuatu golongan. Contohnya amalan masyarakat Melayu, wanita di dalam pantang di halang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutrien yang tinggi. Sedangkan pada masa ini ibu yang sedang  menyusui bayi memerlukan kandungannutrien yang tinggi. Ini menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit seperti anemia.

Parasitisme dan Infeksi PenyakitMasih terdapat penyakit berjangkit dan penyakit berparasit yang kronik berlaku di sesetengah tempat yang boleh menjurus kepada malnutrisi. Penyakit berjangkit yang lazim seperti tuberkulosis, malaria dan semua jenis disentri contohnya cirit birit, sementera penyakit berparasit adalah seperti askaris, trikuris, cacing usus dan kutu kepala. 

Penyakit- penyakit ini akan menyebabkan masalah-masalah berikut : 

Kehilangan nutrien yang tinggi

Keperluan fisiologi yang lebih tinggi terhadap nutrien dengan beban yang lebih, akibat daripada

penyakit

Malfungsi sistem penyerapan yang menghasilkan malserapan

Simptom Malnutrisi 

Page 4: malnutrisi

Di antara simptom-simptom kemungkinan malnutrisi adalah kehilangan berat badan tanpa disedari sebanyak 10 pound atau lebih. Orang yang tidak subur kebiasaannya berbadan kurus dan kepala agak besar dengan keadaan kulit mereka pucat, tebal, kering dan mudah nampak lebam. Gatal-gatal kulit dan perubahan pigmentasi selalu biasa berlaku kepada mereka.

Rambut adalah nipis, kerinting kasar dan mudah tercabut dari kulit kepala. Selalu berasa sakit pada bahagian sendi dan tulang mereka lembut dan mudah patah. Bahagian gusi selalu mengalami pendarahan dan lidah yang membengkak, berkedut serta retak-retak.    

Berlaku gangguan pada penglihatan termasuklah rabun malam dan sangat sensitif pada cahaya serta kilauan.Simptom-simptom malnutrisi yang lain adalah :

Diarrhea

Kebingungan

Berkeadaan bimbang

Kehilangan tindakan refleks dan koordinasi otot semakin berkurangan

Otot tersentak

Amenorrhea

Bibir dan mulut yang pecah dan retak

Kanak-kanak yang menghidapi malnutrisi kebiasaannya pendek umur, kurus, tidak dan mempunyai daya tahan badan yang sangat lemah.

Diagnosis MalnutrisiKehadiran malnutrisi pada seseorang dapat dikesan daripada penampilan keseluruhan diri seseorang, tingkah laku, agihan lemak pada badan dan fungsi organ tubuh badan.

Pesakit akan di temu bual dan direkodkan data tentang bahan yang dimakan pada waktu-waktu spesisifik mereka. X-ray boleh dijalankan bagi mengesan isipadu tulang, gangguan pada organ perut dan kerosakan pada bahagian hati serta jantung. 

Ujian darah dan air kencing juga dapat dilakukan bagi mengukur peringkat kandungan vitamin, mineral dan bahan kumuh pesakit. 

Status nutrisi pada seseorang juga dapat di anggarkan secara :

Membandingkan berat pesakit dengan carta Standard

Mengira indeks jisim badan (BMI) berdasarkan formula yang membahagikan tinggi terhadap berat

Mengukur ketebalan kadar lipatan kulit (‘skinfold’) atau lilitan pada lengan atas

Jenis-jenis Penyakit Akibat Malnutrisi

Page 5: malnutrisi

Di antara penyakit-penyakit utama berpunca daripada malnutrisi adalah seperti berikut :

1. Kwashiorkor

Penyakit berpunca daripada kekurangan zat protein atau di kenali juga sebagai penyakit “red boy”. Seseorang yang kekurangan protein asid–asid amino. Penyakit ini biasanya dijangkiti oleh kanak–kanak yang tidak lagi menyusu dengan ibunya ketika berusia 5 tahun dan selalunya akan makan makanan yang mengandungi sama ada bijirin, ubi kentang atau yang berkanji.Simptom umum  Kwashiorkhor :

Penampilan seolah-olah seperti anak gemuk (gemuk air) Penurunan kesedaran (lebih sering dari anak yang berpenyakit marasmus)

Tubuh menjadi lemah dan urat saraf

Otot-otot mengecil, anak berbaring terus-menerus

Anak sering menolak segala jenis makanan

Rambut berwarna kusam dan mudah dicabut

Gangguan kulit berwarna kemerahan dan merebak serta berubah menjadi hitam dan terkelupas

Pembesaran hati disebabkan kemasukan lemak.

Rawatan biasanya ialah memberi kanak–kanak makanan yang mengandungi asid–asid amino. Susu tepung tanpa lemak juga boleh diberikan bagi meningkatkan zat protein.

2. MarasmusMarasmus adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh kekurangan kalori dan protein (Protein Clorie Malnutrition Diseases). Ia biasanya berlaku pada kanak–kanak yang berumur 1 tahun di negara yang miskin dan sedang membangun.Simptomnya adalah seperti : 

Wajah seperti orang tua Sering terdapat penurunan kesedaran

Kulit kering, dingin dan kendur

Otot-otot mengecil sehingga tulang-tulang kelihatan jelas

Sering disertai diare atau konstipasi

Tekanan darah, frekuensi jantung dan frekuensi pernafasan berkurangan

Berat badan merosot

Sering cirit birit

Page 6: malnutrisi

Pemakanan yang diambil perlulah dapat menampung kalori dari jumlah protein yang diambil mencukupi dan mengandungi kandungan biologi yang baik serta kandungan mineral dan vitamin. Pengawalan penyakit ini boleh dilakukan dari awal iaitu dengan meminum susu kering tanpa lemak.

   3. XeroftalmiaMerupakan penyakit mata yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A. keadaan ini menyebabkan mata seseorang itu mengalami sensitif pada cahaya. Akibat dari pada penyakit ini, kelopak mata akan menjadi bengkak akibat daripada tiada rembesan air mata dan seterusnya melekat pada nanah. Selain itu juga, bakteria akan memasuki mata dan tumbuh pada kornea. Jika keadaan ini berterusan pesakit itu boleh menjadi buta.

4. Rabun Malam

Penyakit ini adalah kegagalan penglihatan untuk menyesuaikan secara pantas dari keadaan yang terang kepada

keadaan gelap di dalam bilik pada masa yang lama. Pesakit yang mengalami penyakit ini disebabkan kekurangan

vitamin A.

Pesakit hendaklah memperbanyakkan makan makanan yang mempunyai vitamin A yang boleh di dapati dari :

Susu Mentega keju

Kuning telur

Hati

Ikan berlemak

Sayur sayuran 

5. Beri-beriPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 tiamina. Ia adalah satu penyakit suku bangsa yang bergantung kepada makanan beras kisar sahaja sehingga memberi satu wabak penyakit.Tanda – tanda penyakit ini :

Kecederaan saraf

Kaki dan jari–jari kaki menjadi kebas dan terasa sengal – sengal.

Pergelangan kaki kaku

Badan menjadi lemah

Susah berjalan

Kemungkinan kaki boleh menjadi lumpuh

Hilang nafsu makan

Cepat letih

Pencernaan makanan tak sempurna

Terdapat dua jenis penyakit beri–beri iaitu :a) beri-beri basah

Page 7: malnutrisi

Penyakit orang dewasa, badan pesakit menjadi bengkak yang bermula dari kaki. Ini disebabkan oleh kelemahan jantung untuk mengepam darah ke paru–paru. Oleh itu tisu–tisu pada tangan akan penuh dengan cecair tisu dan akan membengkak serta boleh menyebabkan kematian.

b) beri-beri keringJuga terjadi pada orang dewasa, badan tidak menunjukkan bengkak tetapi otot–otot menjadi lisut dan boleh lumpuh. Penyakit ini adalah dari sistem saraf terutamanya bahagian yang mengawal otot–otot tangan dan kaki.Lama-kelamaan bahagian ini akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Pesakit perlulah makan makanan yang banyak tiamina seperti beras yang belum dikisar, kacang pis dan bijirin tulen.

5. Penyakit Tulang   Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan vitamin D yang menyebabkan tumbesaran tulang yang terencat berlaku pada kanak–kanak. Vitamin ini amat penting dalam metabolisme kalsium dan fosfurus yang membolehkan garam tak organik kalsium fosfat dienapkan di dalam tulang–tulang. Kekurangan vitamin ini menyebabkan kemerosotan enapan kalsium dalam tulang dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh serta mempercepatkan pembongkokkan dan pembantutan.

6. Beguk

Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan iodin. Kelenjar tiroid membengkak dan menyebabkan kemerosotan metabolisme asas seterusnya menjejaskan fizikal dan mental pesakit. Penyakit ini sering berlaku pada negara yang tiada sumber makanan diri laut, ini keranan ikan air laut mempunyai banyak iodin.

7.  Anemia

Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Jika berlaku penurunan kepekatan hemoglobin, ini menunjukkan tanda–tanda berlakunya Anemia. Tanda–tandanya adalah keletihan, hati membesar, susah bernafas dan kulit yang pucat. Punca kekurangan zat besi adalah dari segi amalan pemakanan, kehilangan darah yang berlebihan dan penyerapan zat besi yang lambat.

Langkah-langkah Rawatan Secara Am

Kebiasaannya status nutrisi bermula dengan penilaian terhadap nutrisi tersebut. Proses ini membolehkan ‘clinical nutrionist’ atau pakar pemakanan menentukan kehadiran malnutrisi, menilai kesan terhadap kekacauan nutrisi dan memformulasikan satu diet yang menyimpan nutrisi yang mencukupi.Pesakit yang tidak boleh atau tidak mahu makan atau sesiapa yang tidak dapat menyerap nutrient yang dimakan, akan disuap secara intravenous atau melalui kapilari tiub yang disumbat  ke dalam ‘gastrointestinal (GI) tract’.

  

Sistem menyuap menggunakan tiub biasanya digunakan kepada pesakit yang menderita terbakar badan atau penghidap penyakit yang melibatkan usus. Prosedurnya ialah memasukkan tiub kecil melalui hidung sepanjang kerongkong sehingga sampai ke dalam perut atau usus kecil. Sekiranya pesakit memerlukan cara tiub dalam jangkamasa yang lama, tiub akan dimasukkan terus ke dalam perut atau usus kecil melalui potongan/hirisan pada bahagian abdomen.

Pemakanan secara tiub tidak selalu boleh membekalkan nutrien yang mencukupi kepada pesakit yang: Serius ketidaksuburannya Memerlukan pembedahan

Menjalani kemoterapi atau rawan radiologi

Page 8: malnutrisi

Terbakar yang serius

Cirit birit dan muntah yang berterusan 

Bagi sistem pemakanan melalui saluran darah boleh membekalkan hamper kesemua nutrien yang diperlukan oleh pesakkit.

Langkah-langkah Pencegahan Awal

Memberi susu badan kepada bayi untuk selama sekurang-kurangnya enam bulan pertama adalah langkah terbaik mencegah malnutrisi pada peringkat awal bayi. Pada peringkat umur melebihi dua tahun adalah digalakkan mengikut tabiat yang berikut :

 Memakan banyak buah-buahan, bijirin dan sayuran

Makan makanan yang berkandungan lemak dan kolestrol yang rendah serta mengandungi

kandungan garam, gula dan sodium yang berpatutan.        

Melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian selama lebih kurang 30 minit beberapa kali dalam

seminggu  

Mencapai atau mengekalkan berat badan yang ideal 

 Elakkan penggunaan alkohol yang berlebihan

Setiap pesakit yang dimasukkan ke hospital perlulah di periksa dan di saring bagi mengesan kehadiran penyakit serta keadaan yang boleh menjuruskan kepada malnutrisi tenaga protein. Pesakit yang mempunyai risiko tinggi terhadap malnutrisi perlulah diberi penilaian yang lebih selama mereka dirawat di hospital atau di rumah.

                                                       

Kesimpulan

Malnutrisi sepatutnya boleh dicegah dari peringkat awal lagi sekiranya masyarakat sedar dan tahu kesan-kesan yang boleh disebabkannya. Pendidikan nutrisi merupakan langkah yang penting bagi melengkapkan pendidikan kesihatan. Pendidikan ini akan menjadi mustahak kepada sistem penjagaan kesihatan yang menekankan langkah-langkah mencegah dan promosi . Dalam erti kata yang lain, pendidikan nutrisi adalah berkesan bagi memerangi kejahilan tentang keperluan nutrisi dan ancaman-ancaman yang berkaitan dengannya. Kita perlu mengadakan aktiviti-aktiviti nutrisi yang cekap seperti pemeliharaan halaman rumah, kebersihan diri, pengimunan dan lain-lain program piawaian nutrisi yang penting dalam mengurangkan serta menghapuskan masalah malnutrisi dalam masyarakat kita.

                                                                

       

Page 9: malnutrisi

  

Anorexia Nervosaadalah gangguan psikis dimana penderitanya merasa bahwa dirinya terlalu gemuk dan membiarkan diri mereka kelaparan. Penderita anoreksia mencoba mempertahankan berat badan jauh di bawah normal sehingga terlihat sangat kurus. Mereka cenderung menolak makanan meskipun terasa lapar.

Anorexia nervosa tidak benar-benar mengenai makanan. Ini merupakan cara tidak sehat untuk mengatasi masalah emosional. Ketika anda memiliki anorexia nervosa, anda sering menyamakan kekurusan adalah bernilai.

Anorexia nervosa dapat sulit diperbaiki. Tetapi dengan pengobatan, anda dapat meningkatkan pemikiran yang lebih baik mengenai siapa diri anda, mengembalikan kebiasaan makan yang sehat dan menyembuhkan beberapa komplikasi serius anorexia.

Gejala Anoreksia Nervosa

Beberapa dari mereka dengan anorexia nervosa hilang berat badan umumnya karena membatasi jumlah makanan yang mereka makan. Mereka juga mungkin mencoba menghilangkan berat badan dengan berolahraga secara berlebihan. Orang lain dengan anorexia menggunakan minuman keras dan obat pencahar, sama seperti bulimia. Mereka mengontrol kalori yang di dapat dengan memuntahkan setelah mereka makan atau dengan penyalahgunaan obat laxative, diuretic atau enema.

Tidak peduli bagaimana pengurangan berat badan dicapai, anorexia memiliki sejumlah tanda dan gejala fisik, emosional dan kebiasaan.

Page 10: malnutrisi

Gejala fisik anoreksia: Hilang berat badan secara ekstrim Terlihat kurus

Kadar darah yang tidak normal

Kelelahan

Tidak bisa tidur

Pusing atau pingsan

Perubahan warna kebiruan di jari

Kuku rapuh

Rambut yang tipis, patah atau rontok

Terlambat menstruasi

Konstipasi

Kulit kering

Tidak tahan terhadap dingin

Ritme jantung yang tidak beraturan

Tekanan darah rendah

Dehidrasi

Osteoporosis

Bengkak pada lengan atau kaki

Gejala emosi dan kebiasaan anorexia: Menolak untuk makan Menyangkal rasa lapar

Berolahraga secara berlebihan

Suasana hati yang datar, atau lemah emosi

Menarik diri dari lingkungan sosial

Mudah marah

Berkurangnya ketertarikan terhadap aktifitas seksual

Depresi

Kemungkinan penggunaan produk herbal atau obat diet

Penyebab Anorexia Nervosa

Tidak diketahui secara khusus apa yang menyebabkan beberapa orang terkena anorexia. Seperti banyak penyakit lain, ini merupakan kombinasi faktor biologis, psikologis dan

Page 11: malnutrisi

sosiokultural.

BiologisBeberapa orang secara genetik mudah terkena anorexia. Wanita muda dengan saudara kandung perempuan atau ibu dengan gangguan makan memiliki risiko yang lebih tinggi.

PsikologisMereka dengan anorexia memiliki karakteristik yang berkontribusi terhadap anorexia. Sebagai contoh mereka memiliki kepercayaan diri yang rendah. Mereka mungkin memiliki kepribadian obsesif-kompulsif bawaan yang membuatnya lebih mudah untuk tetap melakukan diet ketat dan tidak makan ketika lapar. Mereka mungkin juga memiliki sifat perfeksionis yang tinggi, dengan maksud mereka tidak akan berpikir bahwa mereka telah cukup kurus.

SosiokulturalKultur negara barat sering menanamkan dan mempertebal keinginan untuk kurus. Media banyak menayangkan gambar model atau aktor bertubuh kurus. Kesuksesan dan keberhasilan selalu dikaitkan dengan tubuh kurus. Faktor pertemanan sebaya dapat menjadi alas an untuk menjadi kurus, khususnya pada gadis muda. Bagaimanapun, anorexia dan gangguan makan lain telah ada sejak berabad lalu, menunjukkan bahwa sosiokultural bukanlah semata-mata menjadi penyebab.

Faktor risiko

Anorexia lebih banyak terjadi pada wanita meskipun baik laki-laki maupun wanita dapat juga mengalami anorexia.

Anorexia lebih umum terjadi pada mereka yang berusia remaja.

Genetik. Para ahli menemukan area pada kromosom 1 menunjukkan hubungan peningkatan risiko anorexia nervosa. Sebagai tambahan, anorexia nervosa menurun pada keluarga.

Mereka yang mengalami kenaikan berat badan akan merasa rendah diri. Perubahan berat badan ini akan memicu seseorang untuk memulai diet yang ekstrim.

Masa transisi. Ketika baru pindah sekolah, rumah atau pekerjaan, putusnya hubungan, atau kematian atau sakit yang diderita oleh mereka yang dicintai, perubahan tersebut dapat membawa tekanan emosional dan meningkatkan risiko anorexia nervosa.

Olahraga, pekerjaan dan aktivitas seni. Beberapa bidang pekerjaan, olahraga dan seni yang menuntut tubuh kurus dapat meningkatkan risiko anorexia bagi mereka yang berkecimpung di dalamnya.

Media yang secara rutin menunjukkan gambar model dan aktor yang kurus dapat membuat penggemarnya ingin memiliki tubuh seperti mereka dan menempatkan risiko anorexia terhadap mereka yang ingin seperti model dan aktor tersebut.

Pencegahan Anoreksia

Tidak ada jaminan cara untuk mencegah anorexia atau gangguan makan lain. Jika anda memiliki anggota keluarga atau teman dengan kepercayaan diri yang rendah, diet parah atau tidak puas terhadap penampilan, pertimbangkan untu berbicara padanya mengenai hal ini. Meskipun anda tidak memiliki kemampuan untuk mencegah gangguan makan terjadi, anda dapat berbicara mengenai gaya hidup yang lebih sehat.

Page 13: malnutrisi

Bulimia Nervosa adalah suatu kelainan dimana makan secara berlebihan kemudian mencoba mengeluarkan kembali apa yang telah mereka makan. Bulimia adalah kelainan pola makan yang sering terjadi pada wanita. Kelainan tersebut biasanya merupakan suatu bentuk penyiksaan terhadap diri sendiri. Yang paling sering dilakukan oleh penderita bulimia nervosa adalah membuat dirinya muntah.

Selain itu, selain makan berlebih, penderita bulimia juga cenderung diet sangat ketat dan juga olah raga yang berlebihan. Ciri khas penyakit bulimia sudah tentu kebiasaan mengeluarkan makanan yang dimakan dengan sangat cepat, sehingga sangat aneh bagi orang biasa kalau sehabis makan kembali memuntahkan makanannya.

Membersihkan atau memuntahkan makanan ini diperkirakan sebagai aksi untuk mengurangi rasa benci atau rasa bersalah karena sudah binge. Pasien berobsesi untuk membersihkan diri mereka dari makanan itu, sehingga makanan yang masuk tidak sempat terserap tubuh.

Sama halnya dengan anorexia, bulimia selalu berhubungan dengan control diet ataupun penurunan berat badan. Penderita bulimia biasanya terlalu memperhatikan berat badan, selalu merasa kurang percaya diri dengan berat badan sehingga cenderung melakukan diet berlebih. Bedanya dengan

penderita anorexia, penderita bulimia memiliki berat badan yang lebih stabil sehingga penyakit ini jarang diketahui oleh masyarakat umum.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menderita Bulimia Nervosa yaitu

1. Konsep bentuk tubuh ideal di masyarakat2. Rasa minder atau rendah diri3. Pernah mengalami penyiksaan atau trauma4. Perubahan dalam hidup5. Profesi

Namun, penyebab yang paling mendominasi adalah karena rasa minder dan karena terlalu memperhatikan penampilan.

Akibat dan Bahaya Bulimia terhadap Kesehatan1. Pembengkakan kelenjar ludah di pipi2. Jaringan parut di buku jari tangan yang digunakan untuk merangsang muntah

3. Pengikisan email gigi akibat bulimia yang sering muntah dan mengeluarkan asam lambung

4. Kadar kalium yang rendah dalam darah

5. Gigi sensitive terhadap panas atau dingin

6. Masalah pada kelenjar ludah yang berupa rasa nyeri atau pembengkakan

Page 14: malnutrisi

7. Paparan asam lambung berlebih pada kerongkongan bisa menyebabkan borok, pecah atau penyempitan.  8. Terganggunya proses pencernaan akibat pencahar, bisa mengakibatkan disfungsi organ pencernaan . 

9. Ketidakseimbangan cairan tubuh akibat stimulus zat diuretic secara berlebih.

Sekian Artikel saya tentang Pengertian, Penyebab dan Akibat Bulimia Nervosa, Terima Kasih.

Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Bulimia_nervosa dan http://www.waspada.co.id/index.php?option=com_content&view=article&id=303955:faktor-penyebab-bulimia&catid=28:kesehatan&Itemid=48