abdul malek bin jaffar @ abdullah - fp.utm.my · daripada faktor penolak (push factor) yang...

26
FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH DALAM GEJALA SOSIAL. KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAJIDI BARU, JOHOR BAHRU ABDUL MALEK BIN JAFFAR @ ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 08-Sep-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH DALAM GEJALA SOSIAL. KAJIAN KES DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN MAJIDI BARU, JOHOR BAHRU

ABDUL MALEK BIN JAFFAR @ ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

Faktor-Faktor Penglibatan Pelajar Melayu Sekolah Menengah Dalam Gejala Sosial.

Kajian Kes Di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru

Abdul Malek Bin Jaffar @ Abdullah

Laporan Projek Sarjana Muda Ini Di Kemukakan Sebagai Memenuhi Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

v

DEDIKASI

ISTIMEWA UNTUK IBUKU

PUAN HAJJAH HASNAH BINTI KALONG, ANAKKU MUHAMMAD MUZAKKIR

BIN ABDUL MALEK, ADIK-BERADIKKU, ANAK SAUDARAKU ABDUL

KHALIQ BIN ALAUDDIN, NUR ALLEYA BINTI ALAUDDIN SERTA ANAK-

ANAK SAUDARAKU YANG LAIN.

vi

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT, Pemilik sekelian ‘alam dan selawat salam ke atas junjungan

besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r’anhum dan

sesiapa yang mengikuti meraka dengan ikhlas hinggalah ke hari qiamat.

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan inayahNya, telah mengizinkan

saya menyiapkan tugasan Projek Sarjana Muda ini. Setinggi-tinggi penghargaan

ditujukan kepada penyelia dan pembimbing saya, Dr. Muhammad Sukri bin Saud, rakan-

rakan seperjuangan khasnya rakan sekelas, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan

Majidi Baru, Johor Bahru, guru kaunselor, guru displin, guru-guru lain serta para pelajar

sekolah tersebut yang terlibat secara langsung (menjadi responden) atau tidak langsung

kerana telah memberikan kerjasama yang yang cukup memuaskan kepada saya dalam

menjayakan usaha saya ini. Tidak lupa juga kepada pihak UTM, Kementerian Pelajaran

Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang telah memberikan keizinan untuk saya

menjalankan penyelidikan dasar pendidikan.

Besar harapan saya semoga usaha saya ini akan memberi manfaat kepada pihak

Kementerian Pelajaran, pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar sekolah,

masyarakat umum dan saya sendiri agar dapat mengambil langkah berkesan demi

membendung masalah gejala sosial.

Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan saya meminta keampunan Allah SWT atas

yang sedemikian itu kerana tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan

pertolonganNya.

Teguran yang membina adalah amat dialu-alukan.

Sekian, Wa billahi taufiq wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap faktor-faktor penglibatan pelajar

Melayu sekolah menengah dalam gejala sosial. Ia melibatkan kajian di Sekolah

Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru. Responden kajian ini terdiri daripada

60 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih berdasarkan rekod salah laku yang pernah

dilakukan oleh responden terbabit. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik.

Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat

data yang diperlukan. Nilai kebolehkepercayaan instrumen kajian adalah 0.829. Data

dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social Science’ versi

13.0 untuk mendapatkan nilai min, kekerapan dan peratus. Hasil kajian menunjukkan

faktor latar belakang keluarga adalah paling banyak mempengaruhi penglibatan pelajar

dalam gejala sosial. Ini diikuti oleh faktor iklim sekolah dan faktor pengaruh media

massa. Faktor pengaruh rakan sebaya paling kurang mempengaruhi penglibatan pelajar

dalam gejala sosial. Beberapa cadangan dikemukakan diharap akan dapat membantu

pihak bertanggungjawab mengenalpasti punca dan mengambil langkah perlu menangani

masalah gejala sosial tersebut.

viii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the level of involvement of the Malay

secondary school students in social problem. This study was held in Sekolah Menengah

Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru. The respondents comprised of 60 form four

students which were selected from the disciplinary records of this school. A set of

questionnaires was used as an instrument in this study. Reliability value of the instrument

was 0.829. The collected data was analyzed by using Statistical Package for the Social

Science version 13.0 to obtain the mean, frequency and percentage. The result indicated

that the factor of family’s background was the most influence involvement of students in

social problem. This was followed by the factor of school environment and the factor of

mass media influence. The factor of peers influence was the least influence over the

students in social problem. Several suggestions were forwarded to the authorities in

identifying the source and solving the social problem among the students.

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS i

JUDUL ii

KELULUSAN PENYELIA iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Operasional 13

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.8.1 Pelajar 13

1.8.2 Melayu 13

1.8.3 Sekolah Menengah 14

1.8.4 Gejala Sosial 15

1.8.5 Iklim Sekolah 15

1.8.6 Latar Belakang Keluarga 16

1.8.7 Pengaruh Rakan Sebaya 16

1.8.8 Media Massa 17

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Pendidikan Secara Pendekatan Kemanusiaan dan Pendekatan

Islam Sebagai Strategi Pencegahan 19

2.3 Faktor Iklim Sekolah 25

2.4 Faktor Keluarga 30

2.5 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 34

2.6 Faktor Pengaruh Media Massa 37

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Reka Bentuk Kajian 41

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 42

3.4 Instrumen Kajian 43

3.4.1 Bahagian A 44

3.4.2 Bahagian B 44

3.5 Prosedur Kajian 45

xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

3.6 Kajian Rintis 47

3.7 Analisis Data 48

IV ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisa Data Bahagian A 51

4.3 Analisa Data Bahagian B 55

4.3.1 Analisa Persoalan Kajian Pertama 55

4.3.2 Analisa Persoalan Kajian Kedua 57

4.3.3 Analisa Persoalan Kajian Ketiga 59

4.3.4 Analisa Persoalan Kajian Keempat 61

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 64

5.2 Rumusan 66

5.2.1 Pengaruh Iklim Sekolah Terhadap Masalah Gejala Sosial 66

5.2.2 Pengaruh Latar Belakang Keluarga Terhadap Gejala Sosial 69

5.2.3 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Gejala Sosial 70

5.2.4 Pengaruh Media Massa Terhadap Gejala Sosial 72

5.3 Perbincangan 74

5.4 Cadangan 77

RUJUKAN 79

Lampiran A - H 83

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.0 Pembahagian Soal Selidik Berdasarkan Aspek Kajian 44

3.1 Skala Pemeringkatan 48

3.2 Pengkelasan Skor Min dan Tahap 49

4.1 Jantina Reponden 51

4.2 Umur Responden 52

4.3 Bilangan Adik-beradik Responden 52

4.4 Pendapatan Bersih Bulanan Ibu Bapa atau Penjaga 53

4.5 Pekerjaan Bapa / Penjaga 53

4.6 Pekerjaan Ibu 54

4.7 Tahap Pendidikan Bapa 54

4.8 Tahap Pendidikan Ibu 55

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi

Pengaruh Iklim Sekolah 56

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi

Pengaruh Latar Belakang Keluarga 58

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi

Pengaruh Rakan Sebaya 60

4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi

PengaruhMedia Massa 62

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.0 Carta Alir Pengendalian Kajian 46

5.0 Carta Pai Bagi Keseluruhan Kajian 65

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Analisis Profil Responden 83

B Analisis Hubungan Responden Dengan Iklim Sekolah 86

C Analisis Hubungan Responden Dengan Keluarga 88

D Analisis Hubungan Responden Dengan Rakan Sebaya 90

E Analisis Hubungan Responden Dengan Media Massa 92

F Soal Selidik 94

G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia 101

H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh

Jabatan Pelajaran Negeri Johor 103

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Krisis masalah remaja kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah

dan sedang diambil untuk membenteras kegiatan tidak sihat ini di kalangan remaja.

Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja atau pelajar di negara kita

terus meruncing dan meningkat setiap tahun. Apa akan berlaku kepada generasi warisan

akan datang jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti

membunuh, melepak, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, mengamalkan seks bebas,

membuang bayi, melakukan jenayah juvana, lari dari rumah, berkelakuan lucah, menjadi

bohsia atau bohjan, meminum arak, mengunjungi disko, membuli, merokok dan lain-lain

lagi yang kian merebak dalam masyarakat kita?

Dalam keghairahan mengejar status negara maju pada tahun 2020 tidak dapat

dinafikan arus globalisasi yang melanda telah kesan kepada kehidupan masyarakat,

termasuklah potensinya dalam merosakkan akhlak anak-anak muda sekali gus menggugat

kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala-gejala seperti keruntuhan akhlak, rapuhnya

pegangan agama, krisis jiwa yang membajai gejala tidak bermoral seperti rogol dan

2

pelbagai lagi jenis jenayah yang sedia dimaklumi mungkin berpunca daripada kurangnya

penghayatan nialai-nilai agama dan krisis rumah tangga serta ketidakpekaan ibu bapa

terhadap masalah persekitaran yang mengancam jiwa anak-anak mereka.

Natijah daripada masalah ini telah menjadi “duri dalam daging” atau “api dalam

sekam” yang akan meruntuhkan tamadun kemanusiaan dan memundurkan masyarakat

serta negara. Apabila ini berlaku , masyarakat menuding jari sesama sendiri. Masing-

masing cuba melepaskan diri dan mensabitkan kesalahan kepada orang lain. Fenomena

ini tidak akan berkesudahan seandainya semua pihak (ibu bapa, kerajaan , sekolah,

masayarakat dan seumpamanya), tidak membuka mata dan membuat kajian terperinci

tentang punca masalah serta mengambil inisiatif untuk merawat “penyakit masyarakat”

yang kian parah ini.

Tanggal 28 Julai 2005 yang lalu, Muhamad Nooraidil seorang pelajar tingkatan tiga

yang dianggap mulut celupar oleh pelajar senior telah dibelasah di tepi bilik darjahnya, di

salah sebuah sekolah menengah di Senai. Beliau dimasukkan ke Hospital Kulai selepas

pengsan akibat ditumbuk, dipijak dan ditendang oleh lima pelajar senior. Difahamkan

bahawa mangsa mengalami kecederaan yang serius dalam badan menyebabkan pelajar

terbabit tidak dapat berdiri (Harian Metro, 30 Julai 2005).

Sememangnya masalah sosial yang dilakukan oleh kaum remaja sekarang amat

membimbangkan pelbagai pihak, baik ibu bapa, pemimpin politik, pendidik, ketua

masyarakat mahu pun pihak polis. Ini jelas terbukti apabila saban hari terpampang di

dada akhbar dan majalah mengenai gejala-gejala yang tidak sihat di kalangan remaja

seperti penagihan dadah, pelacuran, pecah rumah, mencuri, merogol, bergaduh, lari dari

rumah, lepak, ponteng sekolah, bohsia dan bohjan. Didapati bilangan remaja yang

terbabit dalam kes seumpama itu meningkat dari semasa ke semasa. Contohnya, menurut

satu kajian oleh sebuah universiti tempatan ke atas 6,110 remaja yang berusia antara 12

3

hingga 25 tahun yang ditemui berkelirian dan melepak di pusat-pusat membeli-belah,

panggung wayang, perhentian bas dan gerai-gerai jualan, didapati 70% merokok, 40%

menonton video lucah, 28% berjudi, 25% meminum meinuman keras, 14% mengambil

dadah, dan 18% mengadakan hubungan seks bebas (The Star, 11 Disember 1994).

Laporan akhbar berkenaan juga mejelaskan bahawa remaja terlibat bukan sahaja terdiri

daripada remaja yang sudah bekerja tetapi juga yang masih menuntut di bangku sekolah

lagi.

Selain itu, dalam kajian melepak 1994, ada meyebutkan beberapa punca remaja

lepak. Antaranya ada hubung kait dengan ketidak prihatinan atau kurang pengawasan ibu

bapa sehingga anak-anak remaja mereka boleh keluar melepak. Oleh kerana tidak ada

aktiviti di rumah (50.9%), ibu bapa yang tidak ambil peduli untuk melarang anak-

anaknya keluar (47.3%), keadaan di rumah tidak ada privacy langsung (33.3%), suasana

di rumah bising (31.8%), dan keadaan rumah yang amat sempit (24.2%) menjadi punca

mereka itu keluar melepak. Seharusnya ibu bapa dapat mengenal siapakah rakan anak-

anaknya dan ke mana mereka itu sering berkunjung, dan apakah minat serta kegemaran

mereka secara terperinci.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis (PPJP),Yaakub Ismail, Ketua Polis Daerah

Ulu Langat, pembabitan remaja dalam jenayah banyak disebabkan oleh faktor rakan

sebaya, persekitaran dan sosio-ekonomi keluarga (Utusan Malaysia, 12 Ogos 1994).

Tambahan lagi, menurut Abdul Rashid Abdul Rahman (1995), Timbalan Penguasa Polis

Polis Cawangan Penyelidik Bukit Aman, Kuala Lumpur, menyatakan bahawa dua

daripada faktor penolak (push factor) yang mendorong para remaja melakukan jenayah

ialah faktor pergeseran atau pertelingkahan yang berlaku antara anak dengan ibu bapa

atau keluarga, dan faktor ketidakharmonian hubungan ibu dan bapa dan lebih buruk lagi

apabila berlaku penceraian.

4

Ketelusan dalam membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial

semua pihak daripada seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama

yang padu di kalangan anggota masyaraakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan

keikhlasan semua pihak, gejala ini dapat ditangani dengan sebaiknya tanpa

membebankan mana-mana pihak. Justeru, pengkaji terpanggil untuk mengkaji sejauh

manakah penglibatan pelajar Melayu sekolah menengah dalam gejala sosial di Sekolah

Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Kementerian Belia dan Sukan generasi muda merupakan golongan terbesar

penduduk negara di mana pada tahun 1990, 42.39% atau 7.6 juta penduduk berumur

antara 15 hingga 39 tahun, manakala menjelang abad ke-21, kira-kira 60% penduduk

negara adalah terdiri golongan belia (Dewan Siswa, 1998).

Remaja merupakan harta (aset) dan khazanah negara yang paling istimewa,

berharga dan bernilai. Sejak akhir-akhir ini, berbagai pihak mulai menaruh kebimbangan

tentang keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Remaja hari ni merupakan tulang

belakang negara dan penyumbang generasi akan datang, bakal pemimpin agama,

masyarakat dan negara. Oleh itu, jika rosak remaja rosaklah sesebuah negara

sebagaimana pepatah Melayu mengatakan, “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang

negara.”

Ann, Wan Seng, pensyarah Jabatan Antopologi dan Sosiologi, Universiti Malaya,

menyifatkan remaja sebagai golongan yang mengalami tranformasi budaya dan sedang

5

mencari identiti diri. Mereka merupakan golongan yang melalui peringkat kritikal

perubahan diri dari segi mental dan fizikal. Perubahan dari alam kanak-kanak ke alam

dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja. Pelbagai fenomena yang ganjil

menghujani mental dan fizikal mereka dan para remaja menghadapi tekanan ini dengan

bersifat memberontak yang merupakan salah satu faktor pemangkin kepada timbulnya

pelbagai masalah displin para pelajar di sekolah khususnya.

Lazimnya, masalah displin di kalangan pelajar sekolah banyak berkisar di sekitar

kenakalan mereka merosakkkan harta benda awam (vandalisme), ponteng sekolah,

ponteng kelas, merokok, melepak dan sebagainya.

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh San Bernadino (California)

district attorney’s office, 78% daripada banduan memiliki rekod ponteng ketika di

bangku sekolah. Kebanyakan penjenayah remaja yang ditahan pernah terbabit dengan

kesalahan ponteng sekolah,pecah rumah, mencuri kenderaan, dan menyamun. Kaki

ponteng didapati lebih mudah terlibat dengan masalah yang berkaitan dengan dadah,

minuman keras, kumpulan samseng, dan keganasan. 67% daripada pelajar yang ponteng

didapati positif apabila dilakukan ujian air kencing, yang membuktikan mereka

mengambil dadah. 57% daripada masalah jenayah keganasan yang membabitkan remaja

didapati berlaku pada hari dan waktu persekolahan.

Kajian seterusnya mendapati bahawa terdapat korelasi atau perkaitan antara ponteng

dengan kadar jenayah yang berlaku pada waktu siang dan yang membabitkan pelajar.

Oleh itu, ponteng memang satu masalah yang serius. Orang yang bijak akan melihat

masalah ini sebagai masalah yang rencam, kompleks, dan melibatkan pelbagai faktor

kemanusiaan seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya, dan masyarakat umum, serta faktor

bukan manusia seperti sistem pendidikan itu sendiri, kemajuan sains dan teknologi, dan

sebagainya. Semua pihak perlu bersemuka dan berbincang untuk mendapatkan sebanyak

6

mungkin alasan untuk pelajar kaki ponteng kembali semula ke sekolah seperti biasa

(Pendidik, Januari-Februari 2005).

Haruslah disedari bahawa isu displin pelajar yang dipaparkan di dalam keratan

akhbar terutama masalah sosisal di kalangan pelajar adalah berpunca daripada hubungan

ibu bapa dan remaja. Pertentangan pendapat antara remaja dan ibu bapa timbul apabila

kedua pihak ini cuba mempertahankan kebenaran masing-masing.

Walaupun kita lihat masalah-masalah sosial yang terjadi di kalangan remaja itu

dilakukan atas kehendak dan dorongan peribadi individu itu sendiri, namun kita jangan

lupa bahawa dalam zaman remaja ini mereka itu memerlukan penjagaan,, pengawasan

dan pendidikan yang rapi daripada pihak ibu bapanya mahupun pihak sekolah dan

masyarakat setempat. Ibu bapa atau penjaga memainkan peranan penting dalam

membentuk pertumbuhan seseorang anak remaja itu. Kasih sayang, penjagaan yang rapi,

memberikan perhatian, suka mengambil tahu, dan bergaul mesra dengan anak-anak

remajanya akan membibitkan suasana kekeluargaan yang harmoni. Justeru itu remaja

tidak keluar rumah, terbiar hingga menjadi liar.

Perangkaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, memperlihatkan bahawa

kejadian-kejadian salah laku, menyimpang dan juvana di kalangan remaja bukan terdiri

daripada golongan mereka yang datang daripada keluarga di mana kedua-duanya orang

tuanya bekerja. Jika ini terjadi bolehlah dikatakan akibat tidak ada atau kurang penjagan

ibu bapa. Tetapi yang banyak terjadi ialah di kalangan keluarga yang hanya salah seorang

daripada orang tuanya bekerja. Ini bererti masih ada ibu atau bapa atau penjaga di rumah

yang seharusnya memerhati dan menjaga anak-anak mereka.

7

Inilah cabaran-cabaran yang bakal dan sedang dihadapi oleh ibu bapa dalam

merangka pembangunan anak-anak dari aspek intelek, emosi dan spiritual mereka.

Keluarga adalah proses petama pertama kepada pembentukan masyarakat dan negara.

Sebagai institusi asas, maka ia perlu diperkasakan dengan pelbagai penguasaan khasnya

daripada displin ilmu dan pendidikan. Prinsip bersepadu yang menekankan kepada

keselarasan ilmu, kemahiran dan sikap positif dalam menangani masalah dengan

mengambil iktibar daripada pengalaman orang lain amat berguna dan merupakan rencah

utama dalam menyediakan sebuah menu kejayaan yang gemilang

Justeru itu, dasar pendidikan telah digubal dan disesuaikan dari semasa ke semasa

untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa akan

datang. Ia dapat dibuktikan menerusi falsafah pendidikan negara dalam melahirkan

individu yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah

(JERIS). Sehubungan itu, konsep dan proses pendidikan mestilah merangkumi aspek

intelek, jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.

Berdasarkan laporan yang didedahkan oleh akhbar tempatan sepanjang tahun 1997-

2004, menunjukkan bahawa generasi penerus negara ini mengalami masalah keruntuhan

akhlak pada peringkat yang serius. Ini disebabkan, remaja dan pelajar sudah berani

menganggotai kongsi gelap, melakukan peras ugut, menyamun, merogol dan membunuh.

Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (1998) didapati sebanyak 67%

masalah gejala sosial membabitkan remaja Melayu, berbanding hanya 16% remaja Cina.

Menurut jurucakap Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, golongan remaja yang terlibat

dengan jenayah adalah dalam lingkungan usia 10 hingga 18 tahun, yang manaia

membabitkan kes bunuh, serangan dengan niat membunuh, pecah rumah, mencuri

kenderaan bermotor, menculik dan memukul. Jelaslah kini bahawa, situasi ini adalah

sesuatu yang mendukacitakan kerana ia meledak di saat negara menunjukkan prestasi

8

yang menggalakkan dari segi ekonomi dan peningkatan teknologi. Di kala negara ghairah

menuju era globalisasi yang lebih mantap dan maju, remaja yang diharapkan menjadi

pelapis pembangunan negara, rapuh rohani dan mental sehingga terdorong melakukan

pelbagai jenayah.

Menurut Robert Hamly (1997), perangkaan pihak polis menunjukkan bahawa

para remaja yang ditangkap oleh pihak polis kerana melakukan pelbagai kesalahan

jenayah telah meningkat setiap tahun dan daripada perangkaan itu juga, remaja lelaki

Melayu telah dikenalpasti sebagai golongan paling ramai terlibat dengan kes juvana dari

tahun 1993 hingga Mac 1996. Stastik juga menunjukkan daripada jumlah keseluruhan

9,505 kes juvana yang disahkan, sebanyak 5, 437 melibatkan lelaki Melayu dan ditahan

di pusat-pusat pemulihan. Manakala bagi golongan remaja perempuan, bangsa Melayu

paling ramai berbanding bangsa lain yang ditahan melibatkan kes juvana.

Di samping itu, masalah gadis bawah umur yang terbabit dalam pelacuran dan

bertugas sebagai pegawai perhubungan pelanggan atau Guest Relation Officer (GRO)

semakin membimbangkan. Penolong Pengarah Bahagian Maksiat Bukit Aman, (PPJP)

Jamaludin Arshad, beberapa faktor utama gadis-gadis terbabit terjebak dengan kerjaya ini

telah diselamatkan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2003 di seluruh negara.

Daripada jumlah yang ditangkap, seramai 80 orang berbangsa Melayu, 48 orang

bebangsa Cina dan 9 orang terdiri daripada bangsa-bangsa lain (Dewan Siswa, 1998).

Cabaran yang dihadapi oleh individu, sekolah dan ibu bapa kontemporari ialah yang

terbaik untuk mengekalkan hubungan yang sihat dan menjamin anak-anak menjadi

seorang yang berdaya saing dan mampu melahirkan masyarakat bertamadun serta negara

yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

9

1.3 Penyataan Masalah

Gejala sosial bukan sahaja berlaku di tempat awam, tetapi juga di tempat yang

mementingkan dispilin seperti di sekolah. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui

faktor-faktor yang mendorong pelajar Melayu dalam masalah gejala sosial di sekolah

menengah di sekitar bandaraya Johor Bahru. Memandangkan gejala ini telah merebak di

sekolah-sekolah menengah di sekitar bandaraya ini, penyelidik merasakan perlunya

dijalankan kajian dan penyelidikan mengenai permasalahan ini dibuat salah sebuah

sekolah menengah di sini, di mana ke-kes salahlaku ini ketara berlaku.

Oleh itu, dapatan daripada penyelidikan diharapkan dapat membantu pihak sekolah ,

ibu bapa atau penjaga mengetahui sejauh manakah faktor-faktor yang menyebabkan

penglibatan remaja sehingga berlakunya gejala sosial di kalangan pelajar sekolah

menengah dan hubungannya dengan beberapa pembolehubah seperti iklim sekolah, latar

belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya dan media massa.

1.4 Objektif Kajian

Bagi memudahkan perlaksanaan kajian ini, empat faktor utama telah ditentukan

untuk mengkaji faktor-faktor pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Bahru, Johor

Bahru dalam penglibatan gejala sosial. 4 objektif yang dipilih adalah:

10

i. Mengenalpasti iklim sekolah di mana gejala sosial ini berlaku.

ii. Mengenalpasti latar belakang keluarga pelajar yang terlibat dengan gejala

sosial.

iii. Mengenalpasti pengaruh rakan sebaya pelajar yang terlibat dengan gejala

sosial.

iv. Mengenalpasti pengaruh media massa yang mendorong pelajar terlibat

dengan gejala sosial.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik mempunyai 4 persoalan untuk dikaji. Persoalan-

persoalan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

i. Adakah iklim sekolah yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam gejala

sosial?

ii. Adakah latar belakang keluarga menyumbang kepada penglibatan pelajar

dalam gejala sosial?

11

iii. Adakah pengaruh rakan sebaya mendorong pelajar terlibat dalam gejala

sosial?

iv. Adakah pengaruh media massa mendorong pelajar terlibat dalam gejala

sosial?

1.6 Kepentingan Kajian

Masalah gejala sosial ini mesti dibendung sebelum ia meluas ke tahap yang lebih

membimbangkan dan boleh menjejaskan aspirasi rakyat dan negara. Kajian ini

diharapkan dapat dimanfaatkan oleh:-

i. Kementerian Pelajaran, agar dapat membuat perancangan untuk

pembangunan iklim sekolah ke arah peningkatan displin bagi membendung

masalah salah laku pelajar.

ii. Pihak sekolah yang terdiri daripada pihak pentadbiran dan guru sendiri,

dalam memahami dan mengetahui sebab-sebab berlakunya gejala salah laku

dan memikirkan langkah-langkah wajar dan berkesan agar masalah ini dapat

dibendung.

iii. Ibu bapa, dalam membantu mengawal anak-anak mereka daripada terlibat

dengan gejala sosial.