malaysia dewan rakyat aturan urusan … (selasa) new… · perubatan di hospital kerajaan dari...

37
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 8 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 5 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1352-MQT0129 Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [ Sungai Besar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapakah proses pengambil alihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd. (Splash) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan krisis air di Lembah Klang terpaksa ditangguh sebanyak 2 kali dan masih belum dapat dimeterai serta sejauh manakah tahap kerjasama Kerajaan negeri bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan. 2. PR-1352-MQT0135 Tuan Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pelancaran MRT II dari Semantan ke Kajang baru-baru ini mendapat sambutan para pengguna pengangkutan awam. Apakah perancangan Kementerian untuk memastikan pembangunan projek pengangkutan awam ini dapat menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang lancar, selesa dan mampu dibayar pengguna. 3. PR-1352-MQT0134 Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah usaha yang diambil oleh Kementerian dalam menangani isu peminjam yang belum lagi dibenarkan membuat penggabungan pinjaman yang diambil ketika diploma dan kemudiannya di peringkat ijazah yang dikenakan CCRIS.

Upload: trandung

Post on 06-Mar-2018

262 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 8 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

5

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1352-MQT0129

Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [ Sungai Besar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapakah proses

pengambil alihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd. (Splash) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan krisis air di Lembah Klang terpaksa ditangguh sebanyak 2 kali dan masih belum dapat dimeterai serta sejauh manakah tahap kerjasama Kerajaan negeri bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan.

2. PR-1352-MQT0135

Tuan Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pelancaran MRT II dari Semantan ke Kajang

baru-baru ini mendapat sambutan para pengguna pengangkutan awam. Apakah perancangan Kementerian untuk memastikan pembangunan projek pengangkutan awam ini dapat menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang lancar, selesa dan mampu dibayar pengguna.

3. PR-1352-MQT0134

Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah usaha yang diambil oleh

Kementerian dalam menangani isu peminjam yang belum lagi dibenarkan membuat penggabungan pinjaman yang diambil ketika diploma dan kemudiannya di peringkat ijazah yang dikenakan CCRIS.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 8 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

30

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1352-L01874

Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh manakah persediaan dan persiapan

Kementerian dalam menjayakan Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

2. PR-1352-L02342

Dato' Haji Mahfuz Bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan berapakah jumlah pinjaman dan

geran projek bekalan air bersih yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.

3. PR-1352-L01417

Dato' Wira Othman Bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk

membenarkan lori pengangkut bahan batu, tanah dan pasir mengguna dua trailer, bukan menambahkan berat muatan yang boleh menyebabkan kerosakan jalan raya.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 2

4. PR-1352-L01931

Dr. Azman Bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil Malaysia untuk meyakinkan dunia bahawa perladangan sawit kita adalah mapan dan tidak merosakkan hutan hujan semula jadi negara.

5. PR-1352-L01540

Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha-usaha BERNAS sebagai pengimport beras tunggal untuk membantu Kementerian dan pesawah-pesawah meningkatkan hasil padi dan apakah usaha seterusnya Kementerian untuk merealisasikan Gelombang Tani Nasional.

6. PR-1352-L02026

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) apakah justifikasi cadangan pihak Kementerian untuk menyelaraskan SPM berdasarkan standard pendidikan di Eropah; dan

(b) kesediaan pendidik dan murid dalam mengaplikasikan standard pendidikan Eropah di Malaysia.

7. PR-1352-L01701

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) kejayaan yang telah dicapai sejak tertubuhnya Esscom-Eastern Sabah Securiry Command ; dan

(b) berapakah jumlah kes tangkapan ke atas penjenayah yang masuk ke perairan dan sempadan negara melalui jalan-jalan tikus terutama sekali oleh kumpulan militan dari Malaysia, Indonesia dan Filipina yang ingin bersembunyi di negara ini .

8. PR-1352-L02370

Datuk Mohd Idris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perancangan dan perlaksanaan menjadikan institusi keluarga sebagai Pusat Persekolahan Pertama dan utama bagi menjamin fenomena 'kelarai sesat taja' dapat dielakkan dalam permulaan pendidikan dan pembangunan anak-anak.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

3 AUM DR 8/8/2017

9. PR-1352-L02147

Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kementerian dalam masa lima tahun ke hadapan dalam memastikan pembangunan yang lebih seimbang bagi kawasan luar bandar dan bandar yang membolehkan rakyat di kawasan luar bandar dapat menikmati sama kemudahan-kemudahan yang ada di bandar.

10. PR-1352-L01955

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) jumlah kakitangan yang bekerja di setiap Pejabat Pos di Sibu; dan

(b) apakah sebab perkhidmatan dan penghantaran Pos di kawasan Sibu Jaya amat tidak memuaskan sejak satu tahun yang lalu dan sering menerima aduan.

11. PR-1352-L02092

Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah bilangan lantikan kontrak pegawai

perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta dalam negara dan mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu yang tidak dipanggil untuk "housemanship".

12. PR-1352-L02635

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status usul bersama Ketua Pembangkang DUN

dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai kadar penolakan tinggi oleh Bank Negara bagi pinjaman perumahan dan bolehkah Kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap pemilik rumah kos rendah dan sederhana rendah yang menyewakan rumah mereka kepada orang lain.

13. PR-1352-L01711

Datuk Dr. Ewon Bin Ebin [ Ranau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang

telah diperuntukkan bagi projek-projek berikut:-

(a) cadangan pembinaan jalan raya Kampung Bongkud ke Kampung Mininsalu, Ranau ; dan

(b) cadangan pembinaan jambatan di Kampung Togop Darat, Ranau.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 4

14. PR-1352-L02083

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah guru-guru mengikut kaum yang ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan iaitu biasiswa dengan cuti bergaji bagi mengikuti kursus ijazah doktor falsafah di universiti-universiti tempatan dan luar negeri pada tahun 2017.

15. PR-1352-L02265

Dato' Hajah Normala Binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan

apakah usaha-usaha dan peluang-peluang yang disediakan oleh pihak Kementerian bagi membantu usahawan-usahawan kecil khususnya daripada golongan wanita yang menjalankan perniagaan kecil seperti menjual sarapan pagi, membuat kuih, kraftangan dan sebagainya.

16. PR-1352-L02241

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan mengikut negeri jumlah pekerjaan baru yang telah dicipta 5 tahun kebelakangan. Berapakah antaranya pekerjaan berpendapatan tinggi dan nyatakan gaji bagi maksud pekerjaan berpendapatan tinggi.

17. PR-1352-L02169

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan contoh projek-projek R&D bioteknologi yang telah memberi sumbangan high social impact.

18. PR-1352-L02184

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah wang yang diterima oleh setiap NGO daripada SEDIC untuk tahun 2014-2017. Adakah Kerajaan telah melaksanakan kajian impak sosial dan nyatakan jumlah peserta program-program ini yang telah berjaya keluar daripada golongan B40 menerusi sokongan SEDIC.

19. PR-1352-L01618

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-

(a) bilakah Jalan Kanowit-Song-Kapit siap ; dan

(b) adakah pihak Kementerian bercadang untuk membina Jalan Nanga Mujong ke Rumah Tungku, Sg. Gaat, Kapit.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

5 AUM DR 8/8/2017

20. PR-1352-L01863

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) apakah proses yang digunakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, melalui portal sebenarnya.my. untuk menentukan kesahihan sesuatu berita; dan

(b) jumlah kos yang diperlukan untuk meneruskan operasi portal sebenarnya.my..

21. PR-1352-L02230

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) bilangan kes perkahwinan bukan Muslim yang melibatkan perempuan bawah umur 18 tahun mengikut pecahan etnik serta negeri dari 2007 hingga sekarang; dan

(b) jumlah permohonan perkahwinan bawah umur mengikut pecahan etnik serta negeri dari tahun 2007 sehingga kini; dan pencapaian Taskforce Perkahwinan Bawah Umur.

22. PR-1352-L02449

Ir. Shaharuddin Bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan serta langkah Kementerian untuk mengatasi masalah isu pemerdagangan manusia, penyeludupan petrol dan diesel dan juga isu penyeludupan barangan yang berbahaya seperti senjata api di ke semua pintu-pintu masuk negara dan kenapa usaha membanteras gejala ini tidak berkesan walaupun pelbagai sistem kawalan sempadan telah dibuat.

23. PR-1352-L02442

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) alasan membatalkan perjanjian membangunkan Bandar Malaysia bersama Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. (IWH)-CREC pada 3 Mei 2017; dan

(b) syarat-syarat bagi mendapatkan syarikat pemaju baru bagi meneruskan projek tersebut.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 6

24. PR-1352-L02491

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menggubal dasar, piawaian prosedur operasi yang lebih telus daripada segi pengambilan pekerja asing demi mengurangkan beban majikan dalam "Program Rehiring". Apakah rasional untuk melantik agen oligopoli untuk menguruskan pengambilan pekerja asing.

25. PR-1352-L01876

Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tanda aras pertumbuhan ekonomi negara yang diguna pakai dalam menghadapi suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dewasa ini.

26. PR-1352-L02228

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Jabatan Penerbangan Awam akan menetapkan ketinggian yang boleh dibenarkan bagi kawasan-kawasan tertentu serta kawasan-kawasan larangan selain daripada Putrajaya bagi aktiviti-aktiviti penerbangan dron memandangkan aktiviti sebegini semakin menawan hati orang ramai.

27. PR-1352-L01818

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) usha-usaha kementerian menjadikan negara kita sebagai negara yang paling menarik dari semua aspek dan dapat menjadi sebagai pilihan pertama ' Negara Mesti Melawat ' dirantau ini; dan

(b) apakah program-program tambahan , projek-projek dan tapak-tapak pelancongan baru yang akan dilaksanakan demi usaha ini.

28. PR-1352-L01739

Dr. Ismail Bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah nasib nelayan yang menjadi

penduduk tetap dan tidak terpilih untuk mendiami rumah di Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Tanjung Dawai.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

7 AUM DR 8/8/2017

29. PR-1352-L01633

Dato' Sri Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan graduan daripada Institut Pengajian MARA (IPMA) berkebolehan dan berpengetahuan di dalam bidang keusahawanan setelah mereka bergraduat kelak serta bantuan sokongan yang diberikan kepada mereka.

30. PR-1352-L02748

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

menyatakan bilangan kemasukan pelajar asing ke institusi pengajian tinggi di Malaysia sejak tahun 2010 mengikut tahun, negara asal dan jantina. Bagaimana Kerajaan memastikan mereka benar-benar hadir ke kelas.

31. PR-1352-L01520

Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membina lebih

banyak lagi teknikal kolej di luar bandar Sarawak bagi pelajar lepasan Tingkatan 5 yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tempat lain oleh kerana tak mampu daripada segi kos yang dikenakan.

32. PR-1352-L02664

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara selepas tempoh perkhidmatan beliau tersebut luput walaupun perlanjutan tersebut berkemungkinan besar adalah tidak berperlembagaan. Sekiranya ya, nyatakan sebabnya .

33. PR-1352-L01426

Dato' Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan pengajian asasi 'double major' di Universiti Awam (UA) yang merangkumkan pengajian agama Islam seperti Syariah, Usuluddin dan lainnya dengan pengajian sains dan teknologi seperti perubatan, farmasi dan kejuruteraan bagi melahirkan generasi ulul albab yang berkebolehan dan berkepakaran dalam kedua-dua bidang.

34. PR-1352-L02037

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bagaimana Kerajaan memilih mereka yang hendak menjana elektrik solar untuk dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Bagaimanakah harga elektrik solar yang dijual kepada TNB ditetapkan.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 8

35. PR-1352-L02038

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kenapa rakyat tidak menikmati kadar elektrik yang lebih rendah apabila bahan bakar untuk menjana elektrik seperti arang batu, gas dan petroleum telah turun mendadak.

36. PR-1352-L02167

Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status terkini pembukaan CIQ baru di Pandam, Limbang, Sarawak (Malaysia) dan Lumapas (Brunei) untuk mencegah kesesakan dan que yang panjang sehingga terpaksa menunggu sehingga 5 jam di CIQ Tedungan, Pandaruan dan Merapok semasa cuti-cuti Hari Perayaan yang bertembung antara Malaysia dan Brunei.

37. PR-1352-L02484

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) berapakah peningkatan hasil Kerajaan yang dijangka berikutan dari cukai pelancongan yang dikenakan ; dan

(b) apakah rancangan kegiatan yang telah diatur hasil dari cukai yang dipungut.

38. PR-1352-L01654

Datuk Hajah Norah Binti Abd. Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan solusi kepada sejumlah

RM60 bilion aset beku dalam negara yang dikatakan tidak dituntut oleh pewaris.

39. PR-1352-L01673

Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik Jenayah Seksual Terhadap Kanak-

Kanak sepanjang tahun lalu hingga awal tahun ini dan apakah langkah-langkah yang dilakukan bagi mengatasinya.

40. PR-1352-L01566

Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [ Sungai Besar ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan prestasi

serta kedudukan semasa industri getah dan sawit seluruh negara dari segi jumlah pengeluaran dan permintaan serta harga jualan dan nyatakan unjuran prestasi industri ini untuk tempoh sepanjang 2017.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

9 AUM DR 8/8/2017

41. PR-1352-L02284

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timur ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan tindakan yang diambil berkenaan hubungan Ketua Polis Negara dengan Gopinathan Krishnan. Jika tiada, kenapa.

42. PR-1352-L02488

Datin Mastura Binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah

usaha yang telah dibuat bagi memastikan industri seramik Malaysia mampu setanding dengan Jepun atau China.

43. PR-1352-L01524

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sebagai projek infrastruktur berimpak tinggi yang akan menjadi pencetus pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang melingkupi kawasan seluas lebih 66,000km persegi sepanjang Pantai Timur dan apakah perkembangan terkini projek ECRL berkenaan.

44. PR-1352-L02712

Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendekatan Kerajaan dalam mengkaji semula mekanisme pemberian sijil halal dan penjenamaan produk Islam oleh syarikat bukan Islam bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pengguna.

45. PR-1352-L01770

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasionalnya bekas Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) dilantik sebagai Pengerusi SPAD memandangkan beliau kini di bawah siasatan SPRM.

46. PR-1352-L01769

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa Tan Sri Syed Mokhtar boleh untung RM20 juta dalam penjualan Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. kepada MMC apabila Pelabuhan Pulau Pinang dijual kepadanya sebanyak RM170 juta, dan juga tanpa memenuhi syarat menjalankan 'capital dredging' sebanyak RM353 juta untuk mendalamkan laut kepada 15 meter dan juga menyerahkan pengurusan feri yang kerugian RM20 juta setahun kepada Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana).

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 10

47. PR-1352-L01467

Datuk Abd Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk membina Klinik Kesihatan di Pulau Tigabu, Banggi memandangkan penduduk di Pulau Tigabu amat memerlukan perkhidmatan tersebut.

48. PR-1352-L02158

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah status dengan 'Devolution' / 'Penurunan' kuasa yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak dan jika Perdana Menteri setuju bahawa satunya penyelesaian masalah Pendatang Asing Tanpa Izin yang telah menjadi warga Sabah melalui Projek IC adalah melalui penurunan (devolution/decentralization) kuasa kepada Kerajaan Sabah untuk menarik balik MyKad yang ada di Sabah dan melaksanakan pendaftaran balik dengan mengeluarkan Kad Pengenalan Khas untuk rakyat Sabah.

49. PR-1352-L02115

Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah

langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam mengawal kenaikan harga barang import disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit.

50. PR-1352-L01991

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa tiada pendakwaan dibawa terhadap

pemaju atau Kerajaan Negeri Kedah apabila jelas undang-undang dilanggar dengan menjalankan kerja-kerja penambakan tanah laut dalam projek pembangunan Aman Laut di Kuala Kedah tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar.

51. PR-1352-L01437

Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah

geran dan pinjaman kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negara setakat 1 Julai 2017 dan apakah perancangan strategik Kementerian dalam melonjakkan jumlah usahawan Bumiputera yang sekadar 37 peratus daripada 700,000 usahawan PKS di seluruh negara.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

11 AUM DR 8/8/2017

52. PR-1352-L01974

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

menyatakan tarikh jualan dan harganya bagi dua lot tanah menempatkan velodrom yang terletak di Batu 4, Jalan Cheras dan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal DBKL di Batu 2 1/2 Jalan Cheras sekarang. Berapakah kos penempatan semula dan pembinaan dua jabatan tersebut dan siapakah pembiayanya.

53. PR-1352-L02381

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan jumlah 'ship to shore container cranes' yang sedia ada di Senari Port Kuching. Secara terperinci, bagi setiap kren jadualkan dari segi usia sebenar, tahun sejak beroperasi, kapasiti mengikut design (designed capacity) serta kapasiti sebenar (actual capacity), peratusan tidak boleh beroperasi (down time %). Minta nyatakan juga dalam jadual berasingan, jumlah kontena yang diproses bagi setiap kren setiap hari semenjak tahun 2017 serta jika ianya dalam keadaan beroperasi (sekurang-kurangnya 80% 'up time') pada hari tersebut.

54. PR-1352-L01501

Datuk Jumat Bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan setakat ini berapakah bilangan kes penahanan penyokong ISIS di negeri Sabah dan berapa ramaikah yang melibatkan rakyat tempatan.

55. PR-1352-L01817

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah alasan penangguhan pindaan Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 dan adakah prinsip konsensus BN diaplikasikan untuk penangguhan itu.

56. PR-1352-L01686

Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) jumlah kenderaan di atas lebuh raya ketika musim perayaan pada tahun ini dengan 2016 serta berapakah jumlah kemalangan maut yang berlaku sepanjang musim Aidilfitri baru-baru ini; dan

(b) setakat ini sejauh manakan keberkesanan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberi Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) bagi mengurangkan kadar kemalangan serta mendidik sikap pengguna jalan raya.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 12

57. PR-1352-L02756

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan aduan polis berkenaan kes membuli di institut pengajian tinggi dan sekolah bagi tempoh tahun 2011-2016 mengikut pecahan negeri, dan jumlah kertas siasatan kepada Pendakwa Raya bagi tujuan pendakwaan kes-kes buli tersebut .

58. PR-1352-L02614

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah dan

mekanisme Kerajaan untuk memantau transaksi kiriman wang ke luar negara oleh pekerja-pekerja asing di Malaysia.

59. PR-1352-L02591

Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan pelaksanaan GST terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sejak ia dikuatkuasakan sehingga sekarang.

60. PR-1352-L01551

Puan Zuraida Binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan jika ada usaha untuk mengkaji apakah punca kepada gejala buli yang semakin tidak terkawal di kalangan pelajar sekolah.

61. PR-1352-L01519

Dato' Mansor Bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan statistik terkini tuisyen

percuma Tuisyen Rakyat @ KKLW termasuk bilangan pusat tuisyen mengikut negeri, peserta dan bagaimana keberkesanan pelaksanaan program ini.

62. PR-1352-L01936

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kerajaan akan mengkaji semula Perkara 24, Perlembagaan Persekutuan iaitu pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing bagi memperkasakan kedaulatan negara dan kesetiaan warganegaranya berikutan terdapat rakyat negara ini yang memiliki kewarganegaraan negara asing.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

13 AUM DR 8/8/2017

63. PR-1352-L02560

Dr. Izani Bin Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah proaktif kementerian dalam menyelesaikan isu buli yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja sehingga menyebabkan berlakunya kematian.

64. PR-1352-L02506

Puan Rubiah Binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status kelulusan

projek Bekalan Air Luar Bandar Asajaya Fasa II dan kelulusan permohonan baru Bekalan Elektrik Luar Bandar di kawasan Parlimen Kota Samarahan.

65. PR-1352-L01888

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan kenapa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak diletak di bawah satu Kementerian yang kini sedang mentadbir-uruskan bidang-bidang kuasa JPJ, AWAS, AES , MIROS dan KEJARA untuk menjamin pelaksanaan dasar dan undang-undang pengangkutan awam darat yang bersepadu serta membasmikan pertindihan kuasa antara satu Kementerian dengan yang lain.

66. PR-1352-L02696

Datuk Rozman Bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan statistik terkini hasil tanaman

kenaf bagi tujuan komersial sejak 2010 serta sejauh manakah tanaman ini dapat dijadikan sebagai tanaman komoditi utama negara yang mempunyai kegunaan biokomposit.

67. PR-1352-L02081

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimana kedudukan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah akan terjejas apabila pelabuhan-pelabuhan gergasi baru yang dirancang di Melaka (Malacca Gateway Port, Linggi Port), Selangor (Pulau Carey Port) dan Perak (Bagan Datuk Port) siap dibina pada masa depan.

68. PR-1352-L02418

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah tahap kerjasama dan perhubungan diplomatik di antara Malaysia dan negara Filipina.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 14

69. PR-1352-L01583

Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah pengajaran-pengajaran yang diperoleh daripada tindakan Amerika Syarikat keluar daripada TPPA dan United Kingdom keluar daripada 'European Community' (Kesatuan Eropah).

70. PR-1352-L01647

Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rentetan yang membawa kepada krisis Qatar yang sedang berlaku ini serta impaknya ke atas Malaysia, kawasan serantau dan dunia dari segi keselamatan, ekonomi dan politik.

71. PR-1352-L02273

Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan langkah susulan terhadap sebuah syarikat, Climate Protector Sdn Bhd, yang disenaraikan sebagai terlibat dengan perkhidmatan kewangan yang tidak menepati undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara.

72. PR-1352-L02502

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah perancangan Kementerian dalam melaksanakan penggunaan jenis huruf nombor plat kenderaan yang seragam memandangkan kini pelbagai jenis nombor plat kenderaan yang tidak mengikut piawaian digunakan; dan

(b) apakah tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap pemilik kenderaan sekiranya tidak mempamerkan nombor plat kenderaan yang mengikut piawaian .

73. PR-1352-L01808

Dato' Abdullah Sani Bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing yang tidak sah dari 31

Januari 2017 apabila kerajaan membenarkan pekerja asing yang tidak berdokumen dibenarkan dilayakkan sebagai pekerja asing yang disahkan.

74. PR-1352-L01598

Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan adakah Kementerian berhasrat

menaik taraf Loji Nuklear Penyelidikan di Nuklear Malaysia bagi menampung permintaan pemain industri yang semakin pesat.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

15 AUM DR 8/8/2017

75. PR-1352-L02720

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan mengapa isu 'profiteering' oleh penjaja dan pengendali makanan yang menaikkan harga masih berleluasa sedangkan harga minyak dan GST sepatutnya mengurangkan 'cascading effect' cukai SST.

76. PR-1352-L02240

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan cukai Kerajaan sejak 2010 dan

perbelanjaan tahunan Kerajaan ke atas subsidi rakyat untuk barangan seperti petrol, minyak masak dan gula sejak 2010..

77. PR-1352-L01894

Tuan Anuar Bin Abd Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan sistem pemberian mata demerit (KEJARA) bagi mengurangkan kesalahan pengguna jalan raya.

78. PR-1352-L01998

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik mengenai keganasan rumah tangga dari tahun 2012 hingga 2016 dan langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah ini.

79. PR-1352-L02138

Dato' Sri Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang bilakah kerajaan berhasrat untuk

menyeragamkan kadar bayaran Elaun Perumahan Wilayah (EPW) bagi kakitangan awam berasal dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat ke Sabah dan Sarawak mahupun kakitangan awam berasal dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat ke Semenanjung Malaysia.

80. PR-1352-L02637

Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perkembangan terkini Projek Landasan Keretapi

Pantai Timur (ECRL).

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 16

81. PR-1352-L01468

Datuk Sapawi Bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah usaha atau fokus yang ditumpukan ke arah melahirkan lebih ramai usahawan Melayu dan Bumiputera menerusi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) pada tahun ini, dengan sokongan atau kerjasama pelbagai agensi berkaitan, sebagai mana ditetapkan menerusi sasaran 100 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan PEB pada tahun lalu.

82. PR-1352-L01489

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa pekerja asing di beberapa kawasan sedang diugut oleh geng-geng untuk membayar wang perlindungan RM30 hingga RM70 sebulan. Mengapakah pihak polis tidak mengambil tindakan walaupun tahu amalan ini sedang berlaku.

83. PR-1352-L01734

Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah peranan utama Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di dalam membawa mesej keamanan kepada dunia.

84. PR-1352-L02572

Tuan Haji Nasrudin Bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah hubungan perdagangan Malaysia - Qatar terjejas susulan insiden pemboikotan beberapa negara Teluk termasuk Mesir dan Arab Saudi terhadap Qatar.

85. PR-1352-L01420

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terbaru dalam menjadikan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) dipertingkatkan sebagai hab logistik bagi rantau kawasan Pertumbuhan Ekonomi ASEAN Timur, Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) dan negara-negara Timur Jauh Asia serta Pasifik Selatan bagi hubungan perdagangan secara terus dengan negara-negara di rantau tersebut..

86. PR-1352-L02677

Dato' Sri Hasan Arifin [ Rompin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menentukan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dalam negara yang lebih rendah bagi memenuhi kemudahan dan kecairan pinjaman.

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

17 AUM DR 8/8/2017

87. PR-1352-L01838

Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kesediaan Kementerian mengkaji dan memperlihatkan semula (revisit) "Sistem Pendidikan" negara. Apakah Kementerian bersedia untuk memasukkan unsur-unsur pembinaan akhlak yang baik di awal-awal persekolahan seperti terdapat di negara Jepun dan beberapa negara barat. Juga adakah Kementerian bersedia memperlihat semula (revisit) kaedah pembelajaran di awal sekolah rendah di mana murid-murid dibebankan dengan membawa buku-buku yang berlebihan di samping kerja rumah yang sangat membebankan murid.

88. PR-1352-L01612

Dato' Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan

sejauh manakah projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) telah membantu masyarakat luar bandar yang berdepan dengan masalah bekalan air bersih khususnya di Sarawak.

89. PR-1352-L02098

Dato' Takiyuddin Bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membina

lapangan terbang kedua di negeri Kelantan, jika ada bilakah perancangannya.

90. PR-1352-L02608

Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakan dasar patuh syariah akan

dilaksanakan terutama daripada sudut pemakaian pramugari dalam semua sistem penerbangan di negara kita sama ada penerbangan awam atau swasta.

91. PR-1352-L02369

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) memandangkan nilai saham Felda Global Venture, FGV telah mengalami kejatuhan sebanyak RM13.4 billion sejak syarikat GLC ini disenaraikan di Bursa Malaysia, apakah krisis sebenar yang berlaku kepada syarikat FGV; dan

(b) apakah tindakan Kerajaan untuk membawa mereka yang bersalah dihadap ke muka pengadilan dan apakah rancangan Kerajaan untuk membela hak kepentingan pemegang-pemegang saham FGV dan peneroka Felda supaya kejadian sebegini tidak berulang.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 18

92. PR-1352-L01670

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah status terkini kolumbarium di Seksyen 2 Wangsa Maju.

93. PR-1352-L02742

Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tahap kesedaran

pemeliharaan alam sekitar di Malaysia.

94. PR-1352-L01778

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah tujuan sebenar dan

faedah mengadakan perhimpunan raksasa Veteran pada 31 Julai yang lalu dilihat membazir dan menyusahkan.

95. PR-1352-L02201

Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah nelayan dan petani di

Bachok yang masih dalam kategori miskin tegar dan miskin. Apakah Kerajaan mengakui bahawa dengan dasar dan langkah sedia ada, nasib nelayan dan petani di Bachok tidak banyak berubah.

96. PR-1352-L01988

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan keberkesanan 'Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020' dalam mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia terutamanya kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal dan status pelaksanaan 51 syor dalam Laporan Kemalangan Bas Jatuh Gaung Di KM 3.6 Jalan Genting Highlands-Karak pada 21 Ogos 2013.

97. PR-1352-L02348

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pegawai penjara yang dijangkiti oleh

penyakit Tuberculosis (TB) dan jumlah pegawai penjara yang telah meninggal dunia akibat penyakit Tuberculosis (TB), jika ada.

98. PR-1352-L02394

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya berpendapat bahawa jumlah pengundi N34 Paya Terubong (41,707) adalah 'lebih kurang sama banyak' dengan jirannya N23 Air Putih (12,752), justeru tidak berlaku ketidakpatuhan kepada Seksyen 2(c) Jadual ke-13.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

19 AUM DR 8/8/2017

99. PR-1352-L01915

Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan rancangan Kementerian mengasingkan urusan pentadbiran, pengurusan dan kewangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) daripada kalangan penjawat akademik bagi tujuan penambahbaikan kualiti pentadbiran universiti.

100. PR-1352-L02533

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan makluman tentang projek pengorekan

Sungai Sarawak dari Muara Tebas ke Pelabuhan Pending, Kuching berapakah peruntukan yang telah disalurkan, nama kontraktor yang dilantik, skop projek tersebut dan jangka masa ia akan disiapkan.

101. PR-1352-L02404

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status siasatan kes di mana dua belas (12) anggota polis tertinggi di Melaka ditahan dalam "Ops Gopi" dan kenapa tiada tindakan diambil berkenaan kes itu sehingga sekarang.

102. PR-1352-L02453

Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berkenaan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun yang turut membayar cukai GST, sama ada pihak Kerajaan mempunyai hasrat untuk memberi mereka hak mengundi pada umur 18 tahun dengan menurunkan kelayakan mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

103. PR-1352-L01969

Tuan Sivarasa A/L K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan tindakan yang diambil oleh Kerajaan terhadap Jho Low yang telah dilapor mempunyai pasport negara Malaysia dan negara St. Kitts and Nevis pada masa yang sama.

104. PR-1352-L02133

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha untuk melibatkan Ahli Parlimen dan Kerajaan Negeri dalam aktiviti SUKAN SEA 2017 termasuk aktiviti seperti Larian Obor.

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 20

105. PR-1352-L01867

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan nilai mata wang Malaysia (currency), yang ada pendapat menyatakan kedudukan nilai mata wang Malaysia akan menjadi yang terkukuh di Asian menjelang pilihan raya ke 14. Apakah dengan kenaikan nilai mata wang Malaysia ini, ekonomi akan pulih, Kerajaan akan membuka semula peluang-peluang pekerjaan, menilai semula pemberian dan penawaran biasiswa kepada pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS serta ke seberang laut. Memandang kepada keadaan sekarang, apakah kedudukan sebenar yang dihadapi oleh rakyat dan negara.

106. PR-1352-L01724

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah benar bahawa

70 peratus daripada cukai dikutip akan diagihkan dengan sama rata kepada Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Jika ya, nyatakan anggaran hasil cukai setahun berbanding dengan anggaran pengagihan cukai kepada tiga wilayah masing-masing.

107. PR-1352-L02774

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) bilangan syarikat berdaftar sebagai agensi pemungut hutang dan apakah kriteria dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan terhadap syarikat-syarikat pemungut hutang; dan

(b) apakah Kerajaan Persekutuan memantau dan memperhalusi gerak kerja syarikat - syarikat pemungut hutang supaya tingkah laku mereka tidak bertentangan dengan etika dan peraturan yang ditetapkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2012 dan mana-mana peruntukan perundangan yang berkaitan.

108. PR-1352-L(5)00013

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan oleh Perdana Menteri semasa membuat lawatan keluar negara dari tahun 2013,2014,2015, 2016 dan 2017. Berapa lamakah tempoh lawatan dan berapa jumlah ahli rombongan yang turut serta bagi setiap negara yang dilawati dengan kos perbelanjaannya.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5)]

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

21 AUM DR 8/8/2017

109. PR-1352-L(5)00016

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan sumber dana untuk membiayai insentif-insentif baru yang berjumlah RM1.42bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 23.7.2017 bagi membantu peneroka Felda apabila Felda tidak mempunyai dana dan sangat ditunggangi hutang.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 22

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

* Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017.

2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

* Rang Undang-undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017.

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

23 AUM DR 8/8/2017

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R.20/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017 – Pertimbangan Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (7 Ogos, 2017)

[ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

2. ( D.R.23/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. ( D.R.21/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

4. ( D.R.22/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

5. ( D.R. 28/2017 ) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017 [ Menteri Pengangkutan]

6. ( D.R.31/2017 ) Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 [ Menteri Pertahanan ]

7. ( D.R.30/2017 ) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 24

8. ( D.R.32/2017 ) Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 [ Menteri Pengangkutan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

9. ( D.R.13/2017 ) Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

10. ( D.R.17/2017 ) Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

11. ( D.R. 29/2017 ) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

12. ( D.R.27/2017 ) Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [ Menteri Sumber Manusia ]

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(1) dan subseksyen 11(2), Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.43/2017, ST.44/2017, ST.48/2017, ST.49/2017, ST.50/2017 dan ST. 51/2017 disahkan."

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 6(1), Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.45/2017, ST.46/2017 dan ST.47/2017 disahkan."

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 17(5) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.42/2017 disahkan."

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 25

16. PR-1352-U(27)038

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut: Pindaan Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

17. PR-1352-U(27)039

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 60 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan antara satu sama lain dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan Impian Malaysia." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18. PR-1352-U(27)040 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 26

19. PR-1352-U(27)041

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan semua rakyatnya kebebasan beragama. Dan mengambil maklum juga bahawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kesamarataan hak untuk warganya bagi menjalani kehidupan harian mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, Malaysia sebagai negara peneraju gerakan kesederhanaan global dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, telah berjaya memahat nama di persada antarabangsa dimana Malaysia menjadi model penerimaan kepelbagaian agama dan kaum sebagai sumber kekuatannya. Dan mengambil maklum juga bahawa, konsep penerimaan kepelbagaian agama dan bangsa melalui Gagasan 1Malaysia adalah model yang terbaik dalam mewujudkan keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kaum dan agama di negara ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, sejak akhir-akhir ini, perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semakin terhakis memandangkan terdapat segelintir rakyat yang tidak lagi peka kepada kepentingan untuk mengekalkan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semata-mata untuk kepentingan politik atau kepentingan individu mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, insiden-insiden yang boleh menyebabkan keruntuhan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama di negara ini kian menular dan yang terkini adalah dimana Azril Mohd Amin telah dengan lantang menggesa Kerajaan untuk mengharamkan "Christian Evangelicalism" dengan tanpa mengambil kira apa yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia. Maka, bagi menangani perkara-perkara yang boleh menggangu-gugat perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama yang negara ini kecapi oleh negara sekian lama, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah dengan segera mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang bertanggungjawab agar tidak menjadi teladan di masa akan datang demi untuk kepentingan negara."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

20. PR-1352-U(27)042

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan graduan dinegara ini adalah pada tahap yang amat minima dan keadaan ini telah menjadikan sumber tenaga manusia negara ini kurang berdaya saing di luar negara. Dan mengambil maklum juga bahawa, kebanyakan bahan-bahan rujukan untuk pengajian yang terdapat diatas talian dan buku-buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Mengambil maklum juga bahawa oleh kerana tidak dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik, sumber tenaga manusia dan para graduan dari negara Malaysia tidak berpeluang untuk berkerja dan bersaing di peringkat global.

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 27

Dan mengambil maklum juga bahawa sumber tenaga manusia daripada negara-negara yang membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran mereka, misalnya negara Filipina, adalah lebih mendapat pasaran tenaga kerja di peringkat antarabangsa. Mengambil maklum juga bahawa Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru Sabah telah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sejak penubuhannya pada tahun 1903 sehinggahlah dimansuhkan pada lewat tahun 1970an. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera meluluskan penubuhan sekolah menengah aliran Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya satu sekolah menengah disetiap kawasan Parlimen sebagai permulaan dan bagi kawasan Parlimen P.173 Putatan, Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru sebagai perintis."

[ Menteri Pendidikan ]

21. PR-1352-U(27)043

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, masalah setinggan dibandar adalah masalah yang saban hari saban meningkat kerana migrasi dari luar bandar ke bandar, terutama sekali untuk tujuan mencari pekerjaan. Dewan ini hendaklah juga mengambil maklum bahawa migran ekonomi yang berpindah daripada luar bandar ke bandar ini adalah dari golongan yang kurang berkemampuan / berpendapatan rendah dan mereka tidak mampu untuk membeli atau memiliki rumah-rumah yang dibina oleh pihak pemaju atau prima yang ada pada ketika ini, dimana kebanyakkan mereka ini hanya mampu untuk membayar kadar sewaan dibawah RM350.00 sebulan. Dan mengambil maklum juga bahawa, matlamat Kerajaan mensasarkan sifar setinggan terutama sekali dikawasan bandar adalah agak sukar untuk dicapai selagi masalah perumahan bagi migran yang dimaksudkan diatas tidak ditangani secara tuntas, Dan mengambil maklum juga bahawa, Program Perumahan Pakyat (PPR) yang dahulunya untuk sewaan tanpa had masa dilihat sebagai satu langkah alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dan sekaligus memberikan kumpulan sasar untuk menduduki rumah yang agak selesa. Tetapi malangnya, status PPR tersebut telah dipinda kepada status rumah transit untuk pendudukan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun. Dan mengambil maklum juga bahawa Program Perumahan Pakyat atau PPR yang ada sekarang ini merupakan sumber alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dimana rumah-rumah PPR ini diubah syarat daripada sewaan kepada sewa beli bagi membolehkan mereka yang dimaksudkan diatas untuk akhirnya memiliki rumah mereka sendiri. Maka, bagi menangani masalah setinggan bandar dan kekurangan perumahan untuk golongan kurang mampu, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan hendaklah meminda syarat pendudukan rumah PPR diseluruh negara daripada syarat sewaan bulanan kepada syarat sewa-beli." [ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 29: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 28

22. PR-1352-U(27)044 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Chinese Independent School di Malaysia menjalankan taksiran peperiksaan persekolahan mereka melalui sijil yang dikenali sebagai Unified Examination Certificate (UEC) yang mana dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Unified Examination Certificate -Junior Middle (UEC-JM), Unified Examination Certificate Vocational (UEC-V) dan Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC-SML). Dan mengambil maklum juga bahawa, persijilan UEC telah pun diguna pakai dalam persekolahan oleh United Chinese School Committees Association Of Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1975. Dan mengambil maklum juga bahawa sijil UEC yang diperkenalkan oleh UCSCAM ini telah diikiraf oleh universiti diserata negara seperti di United Kingdom, United States of America, Taiwan, Hong Kong, China, Australia, Canada, Singapore dan lain-lain negara. Dan mengambil maklum juga bahawa malangnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau secara khususnya, Lembaga Akreditasi Negara tidak mengiktiraf sijil UEC ini terutama sekali bagi kemasukkan ke universiti awam Malaysia, walaupun National University Of Singapore yang berkedudukan tempat keempat universiti terbaik di dunia mengiktiraf sijil UEC ini. Dan mengambil maklum juga bahawa dengan ketiadaan pengiktirafan yang dimaksudkan diatas, negara Malaysia secara tidak langsung mengalami kerugian yang besar dimana pemegang sijil UEC ini terpaksa meneruskan pendidikan tinggi mereka di luar negara dimana aliran wang keluar daripada negara ini dan juga kecenderungan lepasan sijil UEC ini untuk terus berkerja di luar negara adalah tinggi, di mana dalam hal ini negara Malaysia akan kerugian "aliran keluar" tenaga mahir ke luar negara. Maka, bagi menangani masalah ini, dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate bagi manfaat negara."

[ Menteri Pendidikan ]

23. PR-1352-U(27)045

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kesan pemanasan global dan perubahan cuaca kini menjadi topik perbualan harian diseluruh pelusuk dunia dimana ianya bukan lagi satu fenomena tetapi telah menjadi realiti yang mana setiap warga dunia mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan impaknya keatas kehidupan manusia. Dan mengambil maklum juga bahawa salah satu penyebab utama kedua-dua masalah diatas adalah akibat daripada kesan penebangan pokok-pokok disebabkan aktiviti ekonomi seperti pembukaan ladang dan sebagainya. Dan mengambil maklum juga bahawa pihak berkuasa tempatan berperanan untuk mengambil bahagian dalam usaha untuk langkah

Page 30: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 29

mitigasi bagi mengatasi kedua-dua masalah diatas walaupun dalam bentuk kecil, dengan menanam lebih banyak pokok-pokok diseluruh kawasan seliaan mereka. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan Malaysia hendaklah meminta pihak berkuasa tempatan untuk segera menanam lebih banyak pokok-pokok dikawasan dibawah seliaan mereka disamping memperbanyakkan kempen menanam pokok untuk menyemai budaya menanam pokok di kalangan rakyat setempat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

24. PR-1352-U(27)046

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa Kabinet Malaysia pada 19 Mac 2011 telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa Statut Rom "Rome Statute of the International Court (ICC)" Namun, sebarang tindakan kesertaan tidak dilakukan sehingga kini. Diharapkan Dewan ini akan mengambil keputusan dengan mengarahkan Kementerian Luar Negeri dan Peguam Negara untuk menfailkan kertas kerja yang diperlukan tanpa melengahkan masa lagi."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

25. PR-1352-U(27)047

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini membahaskan keadaan bon Kerajaan Malaysia."

[ Menteri Kewangan ]

26. PR-1352-U(27)048

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa bahawa Laporan penuh Jawatankuasa Siasatan Bebas mengenai kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 hendaklah diumumkan untuk makluman dan pengetahuan rakyat tentang punca-punca berlakunya kebakaran tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah dan mengelakkan tragedi kebakaran berulang lagi di mana-mana hospital atau pusat perubatan." [ Menteri Kesihatan ]

Page 31: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 30

27. PR-1352-U(27)049

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara." [ Menteri Pertahanan ]

28. PR-1352-U(27)050

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini bersetuju mengurangkan peruntukan untuk JPM dan menyalurkan kepada peruntukan bagi hal ehwal pendidikan, pengangkutan awam, kesihatan dan kebajikan rakyat. Peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri telah dihadkan tahapnya pada tahun 2008 iaitu masing-masing sebanyak RM3.4 bilion bagi peruntukan pengurusan dan RM3.5 bilion untuk pembangunan. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM6.9 bilion. Berbanding 2017, anggaran peruntukan pengurusan dan pembangunan telah melepasi tahap ditetapkan pada 2008 tersebut iaitu masing-masing sebanyak RM4.92 bilion dan RM11.02 bilion yang membawa kepada jumlah keseluruhan RM15.94 bilion." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

29. PR-1352-U(27)051

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memuatkan semua Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab, Jawapan-Jawapan Pertanyaan Bertulis, serta Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceedings) bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ke dalam portal rasmi Parlimen Malaysia untuk memastikan ketelusan Parlimen." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

30. PR-1352-U(27)052

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru mengeluarkan kenyataan bahawa "ketupat segera" yang dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya atau oleh penjual-

Page 32: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 31

penjual satay boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser. Ini kerana beg plastik yang mengandungi bahan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) digunakan untuk merebus ketupat dalam masa yang lama akan merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah terpeluwap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Kementerian Kesihatan mesti mengambil tindakan segera menyiasat dan mengambil tindakan bagi menasihati pengguna dengan kadar segera. "

[ Menteri Kesihatan ]

31. PR-1352-U(27)055

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari masyarakat umum berpendapat terdapat kecelaruan Kementerian Dalam Negeri mentadbir dan mengendalikan pendaftaran pekerja dan pendatang asing di negara ini. Adalah dicadangkan setiap warga asing yang menetap di negara ini sama ada sebagai pekerja, pelajar, pengajar, atau investors jika tinggal lebih lama dari satu masa yang layak seperti yang diberikan dalam visa, mereka mestilah memohon Kad Izin Tinggal Terbatas (KITT). Di dalam kad ini akan tersimpan nama, negara asal pemegang kad, tempuh tinggal yang dibenarkan, no. pasport, nama majikan, alamat dan no. telefon majikan, maklumat kesihatan dan lain-lain . KITT ini, seperti Mycard, diwarna dengan berbagai warga bagi memisahkan kategori mereka. Dengan mempunyai KITT ini, mereka tidak perlu lagi membawa pasport mereka. Juga amat mudah bagi pihak berkuasa mengesan mereka jika mereka tidak berada di tempat yang diluluskan untuk bekerja, atau mereka menghilangkan diri dari majikan mereka " [ Menteri Dalam Negeri ]

32. PR-1352-U(27)057 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota Menteri Kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Dewan Rakyat tiap-tiap tahun pada bulan Disember." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

33. PR-1352-U(27)059

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan selaras dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu di mana Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dibentang dan dikaji semula di Dewan Rakyat dengan kadar segera." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 33: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 32

34. PR-1352-U(27)060

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa cukai pelancongan perlu dimansuhkan memandangkan industri pelancongan terutama pengusaha hotel tempatan bakal berhadapan dengan risiko kemerosotan jumlah pelancong dan seterusnya akan menjejaskan peluang pekerjaan. Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil maklum bahawa pengenalan cukai ini juga berisiko melembapkan aktiviti ekonomi dan menjejaskan pendapatan rakyat yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan." [ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

35. PR-1352-U(27)061

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa banyak pengusaha teksi persendirian mahu pun berdaftar di bawah syarikat swasta menghadapi kesukaran dan ada yang terpaksa menutup operasi mereka. Salah satu punca permasalahan ini adalah dengan kewujudan Uber dan GrabCar yang jauh lebih efisien daripada operasi mereka melalui penggunaan teknologi aplikasi dengan menggunakan telefon pintar. Maka dengan menyedari hakikat ini, Dewan yang mulia ini hendaklah membahaskan langkah-langkah strategik bagi menyelamatkan pengusaha teksi yang ada dalam menghadapi persaingan daripada Uber dan GrabCar ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

36. PR-1352-U(27)063 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menggesa Kerajaan untuk menghentikan pembinaan pusat penyembelihan ayam di pasar borong Selayang sehingga kajian kesesakan lalu lintas dan alam sekitar dapat dilakukan." [ Menteri Wilayah Persekutuan ]

37. PR-1352-U(27)065 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Malaysia untuk membawa isu ketegangan Saudi dan Qatar ke OIC dan mewujudkan satu mekanisme pendamaian." [ Menteri Luar Negeri ]

Page 34: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 33

38. PR-1352-U(27)067 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gegaja pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai - kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama. " [ Menteri Kewangan ]

39. PR-1352-U(27)068 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan." [ Menteri Dalam Negeri ]

40. PR-1352-U(27)069 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai -nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [ Menteri Pendidikan ]

41. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] akan mencadangkan :- “Bahawa pada 24.07.2017, saya telahpun menerima surat pemberitahuan bertarikh 21.07.2017 dimana 3 soalan pertanyaan jawab lisan saya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) dan Peraturan Mesyuarat 23 (1)(g). Saya kepilkan di sini sesalinan surat-surat berkenaan untuk rujukan mudah Tan Sri

Page 35: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 34

Dengan segala hormatnya, saya usulkan supaya keputusan tersebut dikaji semula menurut Peraturan 43 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat di atas alasan-alasan berikut: 1. Pertanyaan PR1352-LO2403 berkaitan status siasatan kes 1MDB dan SRC bukan dikeluarkan dengan tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang dan yang belum jadi masalah sepertimana dinyatakan.

(i) Kes 1MDB dan SRC sedang disiasat oleh PDRM pada 12.04.2017,

Ketua Polis Negara telahpun menyatakan bahawa kertas siasatan telahpun dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya. (Sila lihat laporan Malay Mail Online yang dilampirkan di sini bertarikh 12.04.2017 yang jelas kandungannya.)

(ii) Oleh yang demikian, sebab soalan PR1352-LO2403 ditolak iaitu dengan

tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum jadi tidak betul dan

perlu diketepikan.

(iii) Adalah jelas bahawa soalan tersebut tidak melanggar mana-mana peraturan mesyuarat dan seharusnya dijawab.

2. Pertanyaan PR1352-LO2404 berkenaan dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh negara kita, Malaysia dalam saman DOJ di Amerika Syarikat khususnya di mana ianya melibatkan wang berbilion ringgit: (i) Ini tidak sama sekali melencungkan perkara yang sedang dibicarakan

oleh Mahkamah.

(ii) Tindakan mesti diambil oleh Malaysia untuk melindungi hak-hak kami dalam kes itu dan juga pastikan bahawa usaha dijalankan untuk menuntut semula wang yang boleh dituntut untuk negara kita khususnya di mana ianya melibatkan satu jumlah wang yang cukup besar.

(iii) Tindakan yang dicadangkan perlu dinyatakan dengan terperinci dan oleh

itu, keputusan Tuan Speaker untuk menolaknya seharusnya diketepikan dan soalan tersebut perlu dijawab.

3. Pertanyaan PR1352-LO2412 berkenaan dengan sama ada ataupun

tidak mana-mana Kerajaan lain telahpun meminta bantuan bersama dalam siasatan kes 1MBD atau SRC: (i) Perkara ini bukan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau

hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah.

(ii) Pada 14.04.2017, pihak berkuasa Switzerland telahpun dilaporkan

menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama sekiranya apa-apa bantuan diminta oleh Malaysia berkenaan siasatan SRC dan

Page 36: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 35

1MDB. (Sila lihat petikan daripada Malaysiakini bertarikh 14.04.2017.)

(iii) Pada 16.06.2017, Peguam Negara kita, Tan Sri Apandi Ali pula

dilaporkan berkata bahawa tiada mana-mana negara yang meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kes 1MDB. (Sila lihat petikan daripada NST bertarikh 16.06.2017.)

(iv) Jadi cukup jelas bahawa soalan PR1354-LO2412 adalah berkenaan perkara undang-undang yang sudah terjadi dan oleh itu sebab atas

mana soalan itu ditolak tidak berasas sama sekali. Ianya seharusnya dijawab.

Saya dengan segala hormatnya ingin menegaskan sekali lagi bahawa soalan-soalan yang ditanya itu adalah relevan dan perlu dijawab oleh Menteri-Menteri berkenaan. Saya juga difahamkan bahawa banyak soalan-soalan berkenaan 1MDB dan/ atau perkara yang berhubungkait dengannya telahpun ditolak. Soalan-soalan ini adalah penting dan berkaitan dengan perkara-perkara yang sedang berlaku dan diketahui umum sepertimana dinyatakan dan oleh yang demikian, adalah tugas dan tanggungjawab saya selaku Ahli Parlimen untuk membangkitkannya dalam Dewan Rakyat. Saya dengan itu merayu supaya usul saya dibenarkan dibahaskan dan keputusan Tuan Speaker itu dikaji semula dan diketepikan dengan serta-merta.” [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 37: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … (Selasa) new… · perubatan di hospital Kerajaan dari Universiti Tempatan awam dan swasta ... [ Kota Melaka ] ... berkemungkinan besar adalah

AUM DR 8/8/2017 36

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )

( KAMAR KHAS )

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1. 8.8.2017 (Selasa)

1. YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali

(Bagan Serai)

1. Memohon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Parlimen Bagan Serai.

1. YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

2. 8.8.2017 (Selasa)

2. YB Tuan Liew Chin Tong

(Kluang)

2. Keberkesanan Dan Kebebasan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia Mestilah Dijamin.

2. YB Menteri Pengangkutan

** Ucapan-ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)