malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … 19112018 - isnin.pdflabuan apabila kota kinabalu...

19
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 19 NOVEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 38 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1412-L02255 Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keluasan kawasan untuk projek penanaman semula hutan besar-besaran yang akan dilaksanakan oleh badan bukan Kerajaan Tropical Rainforest Conservation and Research Centre. Adakah ini bermakna sistem pengurusan hutan secara mampan yang diguna pakai selama ini telah mengakibatkan kemerosotan hutan asli. 2. PR-1412-L02177 Dato' Seri Hamzah bin Zainudin [ Larut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan halatuju dan bentuk bantuan yang disediakan bagi usahawan-usahawan tempatan dalam mengharungi era ekonomi digital pada Revolusi Industri 4.0. 3. PR-1412-L(5)00020 Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mewujudkan satu sistem baru yang lebih telus seperti tempahan dan pembayaran nombor pendaftaran kenderaan baru dibuat secara atas talian terus @ direct online kepada orang ramai untuk mengelakkan keterlibatan pihak-pihak tertentu yang dilaporkan mengambil kesempatan atas penjualan nombor-nombor tersebut. Adalah juga diminta agar nombor pendaftaran kenderaan istimewa yang selalu mendapat permintaan tinggi dapat diberi harga siling (ceiling price) dalam pembelian terbuka kepada orang ramai. [ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

Upload: others

Post on 01-Mar-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 19 NOVEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

38

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L02255

Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keluasan kawasan untuk projek penanaman semula hutan

besar-besaran yang akan dilaksanakan oleh badan bukan Kerajaan Tropical Rainforest Conservation and Research Centre. Adakah ini bermakna sistem pengurusan hutan secara mampan yang diguna pakai selama ini telah mengakibatkan kemerosotan hutan asli.

2. PR-1412-L02177

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin [ Larut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan halatuju dan bentuk bantuan

yang disediakan bagi usahawan-usahawan tempatan dalam mengharungi era ekonomi digital pada Revolusi Industri 4.0.

3. PR-1412-L(5)00020

Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mewujudkan satu sistem baru yang lebih telus seperti tempahan dan pembayaran nombor pendaftaran kenderaan baru dibuat secara atas talian terus @ direct online kepada orang ramai untuk mengelakkan keterlibatan pihak-pihak tertentu yang dilaporkan mengambil kesempatan atas penjualan nombor-nombor tersebut. Adalah juga diminta agar nombor pendaftaran kenderaan istimewa yang selalu mendapat permintaan tinggi dapat diberi harga siling (ceiling price) dalam pembelian terbuka kepada orang ramai.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

2 AUM DR 19/11/2018

4. PR-1412-L02077

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah pelaburan langsung asing (FDI) yang telah berjaya dibawa masuk bagi tahun 2018 serta berapakah jumlah FDI yang telah berjaya dibawa masuk dari Negara China.

5. PR-1412-L02562

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah- langkah Kerajaan untuk meringankan

beban tugasan guru yang menjadi rungutan yang tidak berkesudahan. Berapakah orang guru yang dilaporkan menjalani rawatan kesihatan fizikal dan mental disebabkan oleh faktor tekanan kerja.

6. PR-1412-L01686

Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sejauh mana tindakan

Kementerian dalam menghapuskan monopoli syarikat swasta seperti ASTRO di dalam sektor penyiaran dan membuka ruang kepada syarikat lain untuk memberikan perkhidmatan sama.

7. PR-1412-L01902

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [ Jeli ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan berapakah luas tanah rizab Orang Asli yang sudah diwartakan dan berapakah yang belum diwartakan. Apakah bentuk kerjasama yang diadakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menangani tuntutan untuk mewartakan tanah rizab Orang Asli di Kelantan.

8. PR-1412-L01739

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian

untuk memastikan syarikat gergasi multinasional mengutamakan penggajian rakyat Malaysia berbanding warga asing di dalam bidang kepakaran tinggi.

9. PR-1412-L01707

Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) apakah langkah positif yang diambil oleh Kementerian untuk menyegerakan kerja-kerja menaiktaraf Hospital Papar yang lewat disiapkan tidak mengikut jadual; dan

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

AUM DR 19/11/2018 3

(b) adakah Kementerian akan membina sebuah mini hospital di Pekan Papar untuk mengelakkan kesesakan pesakit mendapat rawatan di Hospital Papar serta mengatasi kekurangan doktor-doktor pakar di Hospital Papar yang menyebabkan ramai pesakit kritikal di hantar ke Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu.

10. PR-1412-L02806

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan langkah Kerajaan daripada segi kewangan untuk meningkat kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan KAFA selain pelantikan guru KAFA ke jawatan tetap dan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu bahagian khusus pendidikan Islam di bawah JAKIM.

11. PR-1412-L01920

Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian akan memperjuangkan lebih banyak peruntukan untuk sekolah-sekolah mubaligh supaya mereka mampu menyelenggara infrastruktur sekolah.

12. PR-1412-L02130

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan perincian jumlah syarikat/individu yang telah mendaftar dan mendapat manfaat Skim Insurans Pekerjaan (Employment Insurance Scheme) setakat hujung bulan September 2018.

13. PR-1412-L02183

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah bantuan-bantuan yang dirancang untuk

menjadikan Labuan sebagai pusat pelancongan ternama memandangkan pelancong-pelancong dari China dan Korea Selatan sudah mula datang ke Labuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan, peruntukan aktiviti pelancongan yang diluluskan untuk Perbadanan Labuan (PL) adalah terlalu kecil.

14. PR-1412-L02316

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kesediaan untuk mengkaji semula

penggunaan Hentian Greenwood yang dihentikan terutama penggunaan bas daripada Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

4 AUM DR 19/11/2018

15. PR-1412-L02356

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

bahawa telah dirancang pembinaan Klinik Kesihatan jenis 3 (poliklinik) di Bahagian Sarikei, bilakah pembinaan klinik tersebut akan bermula dan di manakah kawasan klinik tersebut akan didirikan.

16. PR-1412-L02056

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah peratus penyakit HIV yang berpunca daripada amalan hidup songsang LGBT berbanding dengan perkongsian jarum suntikan oleh penagih dadah.

17. PR-1412-L01639

Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah ada usaha yang dilakukan oleh Kementerian dalam merealisasikan kewujudan Hospital Pakar khususnya di daerah Tampin di mana kewujudannya amat penting kerana warga Tampin perlu ke Hospital Segamat atau ke Hospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan pakar.

18. PR-1412-L01473

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula kelayakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan apakah ada rancangan penambahbaikan skim bantuan sedia ada untuk penerima bantuan.

19. PR-1412-L02530

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status kajian semula (review) Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 oleh Kerajaan iaitu sama ada akta zalim tersebut akan dimansuhkan sepenuhnya oleh Kerajaan atau sebaliknya hanya dipinda sahaja..

20. PR-1412-L02619

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan kesediaan Kementerian menunaikan janji

menambah 1 juta peluang pekerjaan kepada golongan belia dan apakah perancangan terhadap penambahan peluang pekerjaan kepada belia di Sabah dan Sarawak.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

AUM DR 19/11/2018 5

21. PR-1412-L01990

Dato' Mansor Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik terkini mengikut negeri, jumlah unit-unit (lot) perumahan yang diperuntukkan kepada Bumiputra tetapi tidak dapat dijual oleh pemaju-pemaju perumahan dan apakah perancangan Kementerian untuk tangani isu ini.

22. PR-1412-L01652

Dato' Haji Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan tindakan yang telah dilaksanakan berkenaan

pembinaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) baharu di Jempol agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk di kawasan luar bandar yang sangat memerlukan dan mengharapkan kewujudan kemudahan tersebut.

23. PR-1412-L01913

Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PERTAHANAN

menyatakan jumlah anggota tentera tidak berpencen dan berapa ramaikah di kalangan mereka yang menerima bantuan sara hidup.

24. PR-1412-L01624

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk

memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti [AUKU] 1971 sepertimana yang diperjuangkan sebelum ini serta adakah suatu Akta baharu akan diperkenalkan bagi mengawal pentadbiran universiti dan hal ehwal pelajar.

25. PR-1412-L02172

Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah alternatif Kementerian dalam mengatasi masalah akses kepada TASKA berdaftar, memandangkan sistem insentif cukai sedia ada gagal mengatasi masalah ini kerana lebih daripada 60% daripada tenaga kerja di negara ini bekerja di dalam sektor tidak formal.

26. PR-1412-L01554

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pelan dan kerangka pelaksanaan TVET untuk melahirkan pekerja mahir dapat dicapai.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

6 AUM DR 19/11/2018

27. PR-1412-L02493

Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian akan mengkaji semula pemberian Lesen Import (AP) Sisa Plastik untuk diproses di negara kita yang jelas membawa kesan-kesan negatif dan ancaman terhadap alam sekitar.

28. PR-1412-L02393

Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci laporan kedudukan setiap Kementerian dalam Public Service Corruption Ranking (PSCR) yang diterbitkan oleh SPRM.

29. PR-1412-L01505

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha dan langkah Kementerian untuk

memperkembangkan sektor pelancongan perubatan memandangkan terdapat pertumbuhan tahunan dalam sektor ini dan penyumbang terbesar kepada industri pelancongan negara.

30. PR-1412-L01429

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan peruntukan pengurusan pusat khidmat Parlimen dan sama ada caruman KWSP dan SOCSO juga akan dibuat oleh Kerajaan untuk kakitangan pusat khidmat Parlimen.

31. PR-1412-L02142

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan pelajar Institut Pengajian

Tinggi (IPTA) pada masa ini dan nyatakan langkah Kerajaan bagi membantu pelajar IPTA yang berkenaan yang tidak mampu seperti yuran pengajian asrama (tempat tinggal) dan kos sara hidup.

32. PR-1412-L02669

Tuan Mordi Bimol [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang sedang diambil tentang masalah dadah yang semakin meruncing dan ada laporan tidak rasmi menyatakan masalah pengambilan dadah kini menular di peringkat sekolah rendah dan semakin serius di kawasan luar bandar terutama di kawasan sempadan.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

AUM DR 19/11/2018 7

33. PR-1412-L01475

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan “dredging” di kuala Sungai Limbang yang semakin tohor dan mendap untuk mengatasi masalah banjir di bandar Limbang dan perkampungan di sepanjang sungai Limbang semasa air pasang besar dan musim hujan.

34. PR-1412-L02507

Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa lamakah tempoh yang ditetapkan untuk mendapatkan jawapan dan keputusan bagi permohonan mendapatkan IC warganegara.

35. PR-1412-L02516

Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status terkini kapal layar Equanimity dan

berapakah kos keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh Kementerian bermula daripada tarikh dibawa pulang hingga sekarang.

36. PR-1412-L01727

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pendatang asing (sama ada dengan

izin atau tanpa izin) yang berdaftar dan tidak berdaftar di dalam rekod agensi Kerajaan bagi Parlimen Wangsa Maju dan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kebanjiran pendatang asing di kawasan Wangsa Maju .

37. PR-1412-L01750

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan

adakah benar dakwaan berlakunya penswastaan lebih 40,000 hektar tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara kepada sebuah syarikat milik tiga individu pada zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

38. PR-1412-L02778

Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan akan menggubal satu undang-undang yang ketat bagi peminum-peminum arak yang menimbulkan kekacauan seperti pergaduhan dan juga akibat dan meminum arak berlebihan boleh menyebabkan keruntuhan institusi keluarga seperti penceraian dan sebagainya.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

8 AUM DR 19/11/2018

39. PR-1412-L02824

Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan semua produk-produk kegunaan orang awam adalah selamat agar kejadian kematian akibat keracunan alkohol tidak berulang.

40. PR-1412-L02026

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penjawat-penjawat awam di peringkat Kerajaan Persekutuan mengikut jawatan dan gred gaji yang berasal dari negeri Sarawak.

41. PR-1412-L02243

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan impak kejatuhan nilai mata wang Turki dan Argentina ke atas pasaran ekonomi membangun amnya dan Malaysia khasnya serta usaha-usaha untuk melindungi negara daripada kesan tersebut.

42. PR-1412-L02605

Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah spesifik yang akan diambil oleh

Kementerian dalam memastikan nilai mata wang Ringgit tidak terus menyusut sekali gus memberi kesan kepada kadar inflasi negara.

43. PR-1412-L01441

Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan bilakah proses tawaran kerja akan dibuat untuk lima fasa berikutnya bagi jalan Pan Borneo Coastal Highway dari Tuaran ke Kudat memandangkan projek ini amat diperlukan bagi memacu sektor pelancongan dan ekonomi penduduk di sepanjang jalan tersebut.

44. PR-1412-L02789

Datuk Seri M. Saravanan [ Tapah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam jangka masa 100 hari dan 5 tahun akan datang apakah sasaran Kerajaan Pakatan Harapan dalam mempermudahkan proses mendapatkan lesen dan permit perniagaan dalam sektor perkhidmatan yang banyak disertai oleh kaum India, seperti sektor pengangkutan, logistik dan pusat kitar semula.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

AUM DR 19/11/2018 9

45. PR-1412-L02730

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah rancangan dan inisiatif Kementerian yang akan diambil untuk pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak khasnya dari segi infrastruktur, jalan kampung yang berturap, jambatan dan jambatan gantung, bekalan air bersih yang terawat termasuk melalui hidro mini dan kecil, bekalan elektrik dan kemudahan-kemudahan asas yang lain. Di pedalaman Sabah, lebih dari 95% jalan kampung tidak diturap dan berlumpur semasa musim hujan, lebih dari 70% tiada bekalan air bersih yang terawat, banyak jambatan yang daif dan diperbuat dengan balak, banyak jambatan gantung yang memerlukan pembaikan dengan segera dan masih banyak yang tiada bekalan elektrik dimana pelajar terpaksa membaca tanpa lampu elektrik atau tidak berpeluang membaca dan menyediakan kerja-kerja sekolah dalam kegelapan. Salah satu punca adalah Kerajaan Sabah tidak mempunyai dana dan hasil yang mencukupi sebab hasil-hasil dan royalti minyak yang berhak diterima negeri Sabah mengikut Perlembagaan Persekutuan tidak ditunaikan dan tidak dibayar balik oleh Kerajaan Persekutuan.

46. PR-1412-L02862

Tuan Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah mekanisme pihak Kerajaan dalam berdepan

dengan golongan intra religion (fahaman syiah dll).

47. PR-1412-L(5)00021

Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan ke atas keterangan bohong yang telah diberikan oleh Tan Theng Hooi daripada Syarikat Deloitte Malaysia dalam sisatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Jun 2016 di mana beliau mempertahankan pengauditan 1MDB yang ternyata palsu.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

10 AUM DR 19/11/2018

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Kewangan 2018.

2. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018.

3. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018.

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

AUM DR 19/11/2018 11

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R 21/2018 ) Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 - Menyambung

semula perbahasan atas masalah, " Bahawa Rang

Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua

sekarang," ( 15 November, 2018 )

DAN

Usul dibuat oleh YB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang

Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang

sebanyak tidak lebih dari lima puluh enam bilion tujuh ratus juta ringgit

(RM56,700,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan

bagi tahun 2019, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan

yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 yang dibentangkan sebagai

Kertas Perintah 24 Tahun 2018, adalah diuntukkan di bawah Maksud-

maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan

butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah ( 15 November, 2018 )

2. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan

mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

12 AUM DR 19/11/2018

Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang-undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Luar Negeri ]

4. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 billion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran-butiran termasuk terma-terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

AUM DR 19/11/2018 13

5. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa­Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut." [ Menteri Luar Negeri ]

6. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang-kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan." [ Menteri Sumber Manusia ]

7. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum-kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran."

[ Menteri Pendidikan ]

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

14 AUM DR 19/11/2018

8. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu-isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini." [ Menteri Kewangan ]

10. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020." [ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

AUM DR 19/11/2018 15

11. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan." [ Menteri Pendidikan ]

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

16 AUM DR 19/11/2018

12. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain." [ Menteri Pembangunan Usahawan ]

13. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi berbanding

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

AUM DR 19/11/2018 17

dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000-RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia." [ Menteri Sumber Manusia ]

14. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan." [ Menteri Pendidikan ]

15. PR-1412-U(27)011 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

18 AUM DR 19/11/2018

16. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat." [ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

17. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18. PR-1412-U(27)026 Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya membawa isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk dibahaskan kerana ia menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Hal demikian kerana dalam Konvensyen ini istilah “diskriminasi kaum” adalah terlalu luas di mana pemberian keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh diklasifikasikan sebagai suatu bentuk diskriminasi. Kerajaan telah menjelaskan bahawa ratifikasi Konvensyen ini boleh dibuat dengan pengecualian tanpa melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada. Hakikatnya, komitmen dalam sesebuah Konvensyen antarabangsa seperti ICERD pastinya akan mendesak dan menekan negara kelak untuk membuat pindaan undang-undang yang selari dengan pendirian Konvensyen ini untuk menghapus sebarang bentuk diskriminasi kaum. Justeru, penjelasan umum yang lebih spesifik serta perbahasan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat perlu dilaksanakan sebelum Kerajaan bertindak untuk mengesahkan Konvensyen tersebut kerana ia mampu melibatkan implikasi yang besar kepada negara." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 19112018 - Isnin.pdfLabuan apabila Kota Kinabalu mula berhadapan dengan kesesakan pelancong dari negara tersebut. Untuk Pengetahuan,

AUM DR 19/11/2018 19

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 19.11.2018 (Isnin)

1. YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi)

1. Isu Berkaitan Rakyat Miskin Melalui Program Pembinaan Rumah PPRT Di Dalam Kawasan Parlimen Kota Tinggi (P156)

1. YB Menteri Pembangunan Luar Bandar

2. 19.11.2018 (Isnin)

2. YB Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya)

2. Kesan Penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Terhadap Kanak-kanak Yang Dilahirkan

2. YB Menteri Kesihatan

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)