persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

141
PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Perancangan Pelancongan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia MEI, 2008

Upload: doduong

Post on 12-Jan-2017

287 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN

JOHOR BAHRU)

NOOR AZRINA BT ITHNIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Perancangan

Pelancongan

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2008

Page 2: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

DEDIKASI

Subhanallah Alhamdulillah La Ilaha Illallah Allahuakbar, Ku panjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah atas segala nikmat dan rahmat-Mu pada kami

Sesungguhnya segala ujian yang kau berikan pada kami, itu, merupakan tanda kasih sayang-Mu pada kami,

Kaul berilah kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan ini.

Buat ayah, Pengorbananmu mendidik dan membesarkan hanya dapatku balas dengan menjadi anak yang solehah, amin

Iringan doa yang berterusan, Kesabaran yang tidak ternilai Kuhargai segala pengorbananmu yang tak terhingga

Insya Allah aku akan menyambung perjuangan yang belum selesai Segala pesananmu akan aku ingat dan merealisasikan,

Insya Allah...

Buat ibuku, Jutaan terima kasih kerana telah membesarkan, memberi sokongan dan tunjuk ajar dalam apa

jua perkara Jasamu hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya

Semoga kita akan lebih tabah menghadapi hari-hari yang mendatang

Buat kakak,,abang ipar dan adik-adik InsyaAllah aku tidak akan melupakan kalian semua,

Kalian semua adalah pendorong semangatku, Semoga kita sama akan mendapat berkat daripadaNya.

Buat pensyarah

Segala tunjuk ajar dan didikan yang diberikan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya, Kau umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain,

Semoga kalian dirahmati Allah Jutaan terima kasih di atas ilu yang diberikan dan semoga mendapat keberkatan.

Buaat sahabat-sahabat

Hanya ucapan terima kasih yang dapat ku berikan di atas segala pengertian, pertolongan dan sokongan yang diberikan,

Ribuan kemaafan dipohon di atas segala kesilapan dan kesusahan dariku, Semoga ikatan ukhuwah tidak akan putus setakat ini sahaja

Segala memori akan kukuh di ingatan...

Page 3: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah SWT, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Segala puji

bagi allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, di

atas kebesaran Allah SWT, dengan izinnya dapatlah saya menyelesaikan tesis

ini dengan sebaik mungkin mengikut kemampuan. Sesungguhnya saya tidak

akan dapat menyelesaikan kajian ini tanpa kerjasama dan tunjuk ajar daripada

yang lain.

Di kesempatan ini, saya ingin merakakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada penyelia tesis iaitu Pn Norhazliza Abd. Halim di atas bimbingan

yang berpanjangan. Beliau telah banyak berkongsi idea, cadangan dan nasihat

serta komen-komen yang membina sepanjang kajian ini dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan

kepada pensyarah, Prof. Madya Dr. Zainab Khalifah, Dr. Hairul Nizam Ismail dan

En. Ahmad Tajudin Hj Kecik serta semua pensyarah-pensyarah Fakulti Alam

Bina Universiti Teknologi Malaysia atas segala tunjuk ajar, nasihat dan bantuan

yang diberikan sepanjang tempoh pengajian.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang terlibat iaitu

responden yang banyak memberi komitmen. Jutaan terima kasih untuk yang

amat teristimewa iaitu kedua ibu bapa saya Ithnin b. Yunus dan Siti Mariam bt.

Samad yang tidak pernah kenal jemu meniupkan semangat, nasihat, motivasi

dan diiringi doa serta sokongan moral sehingga saya dapat menyelesaikan

kajian ini. Semoga Allah memberkati mereka. Dan tidak dilupakan kepada kakak

dan suami serta adik-adik tersayang.

Kalungan terima kasih ini didedikasikan untuk sahabat-sahabat akrab iaitu Zatul

Iffah, Nurul Azhani, Aiza Norshahua, Ahmad Nazrin, K.C.Goh, Jamaliah dan

rakan-rakan serta semua staff TPRG di atas dorongan berharga mereka dalam

menyelesaikan kajian ini.

Page 4: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

ABSTRAK

Istilah pelancongan kesejahteraan (wellness tourism) merupakan satu lagi

produk pelancongan yang telah diterima pakai dalam industri yang menjadi

penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara iaitu sektor pelancongan.

Pada masa ini, pelancongan kesihatan di Malaysia, bukan hanya melibatkan

kepada rawatan penyembuhan dan pencegahan penyakit, malah turut meliputi

aspek kesejahteraan (wellness) dan kesegaran (fitness). Pelancongan

kesejahteraan dikatakan berada dalam kedudukan yang baik sebagai

penyumbang kepada industri pelancongan yang semakin popular dan

mempunyai pasaran global. Sungguhpun industri ini memberi pulangan yang

banyak kepada ekonomi negara, hakikatnya masih ramai pengusaha spa yang

masih tidak tahu dan jelas dengan pengertian sebenar spa sehinggakan

menyebabkan pengguna tidak mendapat manfaat daripada perkhidmatan

tersebut Menyedari keperluan ini, kajian ini akan memfokuskan ke atas aktiviti

pelancongan yang melibatkan kepada lawatan penjagaan kesihatan, spa

kesejahteraan. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dijalankan

terhadap pelancong serta pengusaha-pengusaha spa dan presiden persatuan

spa. Kajian ini akan mengarah kepada pelancongan kesejahteraan (wellness

tourism) di mana pengkaji akan melihat persepsi pelancong terhadap

pelancongan kesejahteraan yang ditawarkan di kawasan kajian. Dengan

berfokuskan kepada kawasan kajian terpilih yang masyhur dengan memiliki

banyak produk pelancongan, kajian ini akan mengupas dan memberi gambaran

tentang fenomena pelancongan kesejahteraan yang bakal direalisasikan dalam

kawasan kajian. Seterusnya, kajian ini akan disusuli dengan beberapa cadangan

dalam membantu industri ini mengatur strategi serta menjenamakan produk

pelancongan kesejahteraan ini diperingkat yang lebih tinggi lagi.

Page 5: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

ABSTRACT

The term of Wellness Tourism is one of the tourism product, which overwhelmed

in the industry since it become the second biggest contributor for national

economic under tourism sector. Nowadays, Wellness Tourism in Malaysia not

only includes the healing service and disease prevention, but also included the

wellness and fitness aspects. Wellness Tourism seems belongs on good position

as contributor for tourism industry since it become more popular and create

global markets. Even this industry give a huge contribution to national economic,

the truth is, there were still a lot of spa owners that may not really understand the

spa definition until the customer didn’t acquire the benefit from the spa services.

Realizing these needs, this study will focused on the tourism research on the

healthcare and Spa Wellness. This research done based on field observation

and questionnaire circulation that have been distributed to the tourists, which

might use the spa service, spa owners as well as the spa association. This

research will concentrate on Wellness Tourism, where the researcher will

analyze the tourists’ perception on Wellness Tourism that offered in the research

area. This study aim to explore and to give feedback on Wellness Tourism and

which going to be realized in the study area. On top of that, this report will also

highlighting some recommendations on healthcare, spa and wellness

improvement, rebranding the Malaysia spa image as well as positioning the

Wellness Tourism products as part of Malaysia tourism icon.

Page 6: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

I

PENGENALAN 1.1 Pengenalan

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Persoalan Kajian

1.4 Objektif Kajian

1.5 Skop Kajian

1.6 Rangka Kerja Penyelidikan

1.6.1 Peringkat 1- Penyediaan dan Pemahaman Awal

1.6.2 Peringkat 2- Kajian Literatur

1.6.3 Peringkat 3- Pengumpulan maklumat dan kajian

lapangan

1.6.4 Peringkat 4- Analisis dan sintesis

1.6.5 Peringkat 5- Rumusan dan Cadangan

1.7 Metodologi Kajian

1.7.1 Kaedah Kajian

1.7.2 Instrumen Kajian

1.7.3 Pembentukan Borang Soal Selidik

1.7.4 Pemilihan Sampel

1.8 Batasan Kajian

1.9 Justifikasi Pemilihan Lokasi Kajian Soal Selidik

1.10 Kepentingan Kajian

1.11 Rumusan

1

3

4

5

5

6

7

7

7

8

8

10

10

13

13

14

15

16

19

19

Page 7: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

II

KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan

2.2 Pelancangan Kesejahteraan

2.2.1 Trend

2.2.2 Sejarah Evolusi Spa

2.2.3 Konsep Pelancongan Kesejateraan

2.2.4 Jenis-jenis Pelancongan Kesejahteraan

2.3 Pelancongan Kesejahteraan Di Malaysia

2.3.1 Jenis-jenis Pelancongan Kesejahteraan di Malaysia.

2.4 Persepsi Pelancong Terhadap Pelancongan Kesejahteraan

2.4.1 Proses Pemilihan Destinasi Pelancongan

Kesejahteraan

2.5 Kesimpulan

20

21

22

24

26

30

33

37

43

44

47

III

KAWASAN KAJIAN 3.1 Pengenalan

3.2 Profil Fizikal Kawasan Kajian

3.2.1 Latar belakang Kawasan Kajian 1 (Kuala Lumpur)

3.2.2 Latar belakang Kawasan Kajian 2 (Johor)

3.3 Senario Pelancongan Kesejahteraan Di Johor dan Kuala

Lumpur

3.3.1 Pelancongan Kesejahteraan di Kuala Lumpur

3.3.2 Pelancongan Kesejahteraan di Johor

3.3.3 Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM)

3.4 Justifikasi Pemilihan Lokasi Kajian Soal Selidik

3.4.1 Pusat Kecantikan dan Andaman Sal (Spa Harian)

3.4.2 Spa Village, Kuala Lumpur (Spa Resort)

3.4.3 The Pulai Spa (Spa Destinasi)

3.4.4 Ayurvedium Medispa (Spa Perubatan)

3.5 Kesimpulan

48

48

48

50

52

53

55

57

58

59

61

64

67

69

Page 8: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

IV

ANALISIS DAN PENILAIAN KAJIAN 4.1 Pengenalan

4.2 Kaedah Survey

4.2.1 Borang Soal Selidik

4.2.2 Temuramah

4.3 Justifikasi Penentuan Sampel

4.4 Analisis Deskriptif Pelancong

4.4.1 Profil Responden

4.4.2 Tempat Asal Responden

4.4.3 Pekerjaan dan Tahap Pendidikan Responden

4.4.4 Pendapatan Bulanan Pelancong Domestik dan

Antarabangsa

4.4.5 Kesedaran Terhadap Pelancongan Kesejahteraan

4.4.6 Kekerapan Kunjungan

4.4.7 Faktor Mempengaruhi Kunjungan

4.4.8 Persepsi Pelancong Terhadap Produk Spa

4.4.9 Persepsi Pelancong Terhadap Faktor Mempengaruhi

Pengalaman Spa

4.4.10 Persepsi Terhadap Faktor Kedatangan Pelancong

4.4.11 Persepsi Terhadap Perkhidmatan

4.4.12 Ramalan Industri Spa Akan Datang

4.5 Analisis Deskriptif Pelaku Pelancongan

4.5.1 Huraian Fenomena Pelancongan Kesejahteraan

4.6 Kesimpulan

71

72

72

73

73

75

75

76

77

78

79

80

82

83

85

89

89

90

91

95

97

V

RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan Kajian

5.2.1 Profil Pelancong

5.2.2 Corak Perjalanan

98

99

99

100

Page 9: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

5.2.3 Faktor Dan Persepsi Dalam Pemilihan Produk Pelancongan Kesejahteraan 5.2.4 Pembangunan Sumber Manusia 5.3 Cadangan

5.3.1 Pemasaran dan Promosi

5.3.2 Pembangunan Produk

5.3.3 Profesionalisme dan Kecemerlangan

5.3.4 Penanda aras

5.3.5 Integrasi Antara Pihak Hospital dengan Pelaksana

Pelancongan

5.4 Rumusan

100

101

102

102

104

106

107

108

110

RUJUKAN LAMPIRAN

Page 10: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jenis-jenis spa 30

2.2 Jenis dan Sub Kategori Spa 33

2.3 Senarai Spa dalam Pelancongan Kesejahteraan Malaysia

41

3.1 Jumlah Kedatangan Pelancong Ke Malaysia 53

3.2 Kedatangan Pelancong Ke Johor dan Bandaraya Johor Bahru 2004-2007

55

3.3 Kedatangan Pelancong Ke Johor dan Bandaraya Johor

Bahru Mengikut Negara 2007

58

4.1 Sampel Kajian 73

4.2 Pengiraan Saiz Sampel 74

4.3 Pekerjaan dan Tahap Pendidikan 78

4.4 Kekerapan Kunjungan Mengikut Jenis Spa 80

4.5 Kunjungan Spa Yang Sama 82

4.6 Pemilihan Produk yang Ditawarkan 84

4.7 Persepsi Terhadap Faktor Pengalaman Spa 85

4.8 Kepentingan Dalam Mempengaruhi Pengalaman Rawatan Spa

86

4.9 Persepsi Pelancong Terhadap Faktor Kedatangan Pelancong

89

Page 11: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK MUKA SURAT

1.1 Carta Alir Kajian 9

1.2 Potensi gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif 11

1.3 Peta Kawasan Kajian (Kuala Lumpur) 18

1.4 Peta Kawasan Kajian (Johor) 18

2.1 Ciri-ciri segmen pelancongan kesihatan dan spa 28

2.2 Konsep Pelancongan Kesihatan di Malaysia 34

2.3 Pelancongan Kesejahteraan di Malaysia 39

2.4 Model Kesedaran dan Pemilihan Destinasi 46

3.1 Peta Kawasan Kajian (Kuala Lumpur) 49

3.2 Peta Kawasan Kajian (Shah Alam) 49

3.3 Peta Kawasan Kajian (Johor) 49

3.4 Wilayah Pembangunan Iskandar 57

4.1 Peratusan Responden Mengikut Umur dan Jantina 76

4.2 Peratusan Responden Mengikut Jantina 76

4.3 Tempat Tinggal Responden 76

4.4 Tahap Pendidikan 77

4.5 Pendapatan Bulanan 79

4.6 Kesedaran Terhadap Pelancongan Kesejahteraan 79

4.7 Kekerapan Mengunjungi Spa 80

4.8 Penggunaan Spa Yang Sama 81

4.9 Faktor Mempengaruhi Kunjungan Ke Spa 83

4.10 Persepsi Terhadap Perkhidmatan 90

4.11 Ramalan Industri Spa Pada Masa Hadapan 90

Page 12: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BAB 1: PENDAHULUAN

Page 13: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN Dewasa ini, industri pelancongan menjadi semakin penting iaitu merupakan

pemangkin dalam pembangunan ekonomi Malaysia serta banyak menyumbang

kepada pendapatan dan pertumbuhan negara. Ia mencakupi aktiviti-aktiviti

ekonomi seperti perusahaan perhotelan, penginapan, pengangkutan,

perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Industri ini dilihat sebagai

penyumbang kepada penjanaan perolehan tukaran asing, guna tenaga dan

pendapatan. Industri pelancongan Malaysia mempunyai potensi untuk

meningkatkan mutu, tarikan dan keunggulan produk dan perkhidmatan

pelancongannya setanding dengan destinasi pelancongan yang lain di kawasan

Asia Tenggara. Malaysia sedang giat dalam mempelbagaikan lagi jenis produk

pelancongan yang berkualiti bagi merangsang permintaan pelancongan di

peringkat antarabangsa dan domestik. Di samping itu, strategi promosi yang

lebih berkesan akan dijalankan secara berterusan di pasaran sedia ada dan

pasaran yang baru muncul bagi mendapat tempat dalam pasaran pelancongan.

Sehubungan dengan ini, berbagai-bagai produk pelancongan telah ditawarkan

bagi memenuhi pelbagai minat dan permintaan pelancong. Antara produk

pelancongan tersebut termasuklah mempromosikan Malaysia sebagai destinasi

pelancongan kesejahteraan (wellness tourism).

Page 14: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMk9) oleh Perdana

Menteri Malaysia iaitu Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat,

sektor pelancongan turut dibincangkan. Bagi membangunkan sektor

pelancongan, Malaysia sedang giat berusaha dalam menjadikan negara ini

sebagai pusat pelancongan kesihatan serantau bagi rawatan perubatan

tradisional dan moden dengan mewujudkan jenama perkhidmatan Malaysia

sebagai ‘Health Malaysia’. Bagi menempatkan Malaysia sebagai pusat

pelancongan kesihatan yang baru di dunia, usaha mempromosi pelancongan

kesihatan dengan lebih giat lagi adalah perlu. Hakikatnya, pelancongan

kesihatan ini sudah lama wujud dan banyak negara seperti Australia, Singapura,

Amerika Syarikat, India telah dikenali kerana mempunyai kemudahan dan

perkhidmatan bertaraf dunia yang memberi penekanan dari aspek kesihatan,

kecergasan, pemulihan dan penyembuhan. Malaysia juga dilihat mempunyai

potensi untuk menjadi destinasi pelancongan kesihatan yang kompetitif. Hal ini

dapat dilihat daripada peningkatan kemasukan pelancong khususnya dari

Indonesia, Brunei dan Singapura untuk mendapatkan rawatan di Malaysia.

Menjelang 2010, pelancongan kesihatan dijangkakan menghasilkan pendapatan

berjumlah RM2.0 billion. Pelancongan kesihatan bukan sahaja terhad kepada

rawatan penyembuhan, bahkan ia juga meliputi aspek kesejahteraan (wellness)

dan kesegaran (fitness).

Sememangnya pelancongan berupaya menjadi penyumbang utama kepada

ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan serta turut memperluaskan

jaringan perniagaan. Spa merupakan sebahagian komponen dalam industri

pelancongan yang memberi peluang pekerjaan dan secara tidak langsung turut

menyumbang kepada pendapatan negara melalui nilai tukaran wang asing.

Pada penutup tirai tahun 2007, Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah dalam

menganjurkan Festival Spa dan Kesejahteraan Asia, 2007. Hal ini bertujuan bagi

menggalakkan lagi peningkatan industri spa serta melonjakkan kedudukan

negara sebagai destinasi pelancongan kesihatan. Datuk Khamsiyah Yeop iaitu

Page 15: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Timbalan Menteri pembangunan Usahawan dan Koperasi berpendapat bahawa

industri spa berpotensi untuk menjana pendapatan negara menerusi kerjasama

dengan industri pelancongan.

Strategi yang kemas dan bersepadu amat perlu untuk mempertingkatkan lagi

tahap profesionalisma, jenis dan kualiti perkhidmatan pelancongan yang

disediakan oleh para pengusaha pelancongan tempatan. Sehubungan dengan

itu, kajian ini akan membincangkan tentang trend perkembangan spa, peluang,

dan jurang perbezaan pengetahuan dalam bidang pelancongan dan

kesejahteraan (wellness). Kajian akan melihat kepada bagaimana persepsi

pelanggan berkelakuan terhadap pelancongan spa.

1.2 PENYATAAN MASALAH Kajian terhadap tahap pelancongan spa di Malaysia adalah perlu bagi

meletakkan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan yang terkemuka

supaya mendapat kepercayaan dan keyakinan pelancong. Hal ini memainkan

peranan penting dalam aktiviti pemasaran agar dapat memastikan pelancongan

kesihatan setaraf dengan spa-spa lain di luar negara yang sudah terkenal.

Dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-9, negara mensasarkan untuk

menggiatkan lagi usaha dalam mempromosikan pelancongan kesihatan bagi

menempatkan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan baru di dunia.

Malaysia juga bercadang untuk turut serta dalam memainkan peranan sebagai

pelengkap kepada industri pelancongan kesihatan dengan menawarkan rawatan

perubatan tradisional dan spa. Ini disebabkan oleh kesedaran masyarakat di

negara membangun memberi penekanan terhadap kepentingan penjagaan

kesihatan yang semakin meningkat. Ini dikukuhkan lagi dengan melihat kepada

pasaran global untuk rawatan tradisional pada lima tahun kebelakangan ini

Page 16: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

mencatatkan 80% daripada penduduk Asia Tenggara telah dikenal pasti

menggunakan rawatan tradisional secara aktif.

Pada masa ini persepsi tentang spa tiada keseragaman. Banyak spa yang

memperkenalkan mereka menyediakan perusahaan spa, namun begitu secara

praktiknya ia tidak memenuhi kriteria /elemen-elemen yang sepatutnya ada pada

sesebuah spa. Sesetengah rawatan spa yang ditawarkan tidak lain daripada

perkhidmatan yang disediakan oleh salun biasa. Pada hakikatnya, konsep spa

sebenarnya menawarkan perkhidmatan yang unik dan eksklusif. Bahkan

terdapat persepsi negatif terhadap industri spa kerana tindakan segelintir

pengusaha spa memanipulasi dan menyalahgunakan premis untuk tujuan yang

tidak bermoral dan mengakibatkan ramai dikalangan masyarakat memandang

serong terhadap industri ini. Industri spa juga berdepan dengan hambatan

budaya dan kemasyhuran teknik spa dari luar negara seperti urutan ala Bali,

Ayurvedik, urutan Thai, Japanese Shiatsu, European facials dan banyak lagi.

Sedangkan, negara kita mempunyai khazanah sumber alam yang tiada ternilai

seperti herba, rempah ratus, disamping mempunyai rawatan tradisional yang

masih kurang dieksploitasi lagi.

1.3 PERSOALAN KAJIAN Beberapa persoalan kajian dikenal pasti dalam kajian ini, seperti:-

1. Bagaimana fenomena trend pasaran pelancongan kesejahteraan secara

umum?

2. Apakah yang dikatakan sebagai konsep pelancongan spa serta ciri-ciri

khusus pelancongan kesejahteraan?

3. Apakah persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan?

4. Bagaimana untuk meningkatkan pelancongan kesejahteraan di Malaysia?

Page 17: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

1.4 OBJEKTIF KAJIAN Berikut adalah antara objektif-objektif yang telah digariskan, iaitu:

1. Memahami serta mengupas fenomena pasaran pelancongan

kesejahteraan secara umum dan di Malaysia khususnya.

2. Mengenal pasti/memahami dan menilai konsep pelancongan

kesejahteraan serta ciri-ciri khusus pelancongan kesejahteraan.

3. Menilai persepsi pelancong menegenai pelancongan kesejahteraan

4. Dapat memberi cadangan tindakan kepada pengusaha spa untuk

mengendalikan dengan jayanya dalam trend spa hari ini.

1.5 SKOP KAJIAN Berdasarkan objektif tersebut, skop kajian ditumpukan kepada:

i. Mengkaji ciri-ciri pelancongan kesejahteraan di Malaysia.

• Ciri-ciri • Konsep • Imej

ii. Mengkaji dan menilai profil pelancong dan trend perkembangan pelancongan spa bagi pelancong yang berkunjung ke kawasan kajian untuk tujuan ‘wellness tourism’ (pelancongan spa).

Profil pelancong akan dikaji dan dinilai untuk mengenal pasti bentuk tipologi

dan kelakuan pelancong, iaitu

• Umur • Jantina • Tempat tinggal • Tahap pendidikan • Pekerjaan • Pendapatan • Tujuan dan sebab • Kekerapan kunjungan yang dibuat

Page 18: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

iii. Penilaian terhadap faktor-faktor yang menarik kedatangan pelancong spa ke kawasan kajian sebagai destinasi pelancongan kesejahteraan. Penilaian terhadap padangan, persepsi pelancong terhadap faktor-faktor

yang boleh menarik pelancong untuk memilih kawasan kajian sebagai

destinasi pelancongan kesejahteraan serta mengaitkan persepsi ini dengan

profil pelancong berdasarkan konsep teoritikal.

iv. Mengemukakan cadangan yang boleh diguna pakai dalam menonjolkan kawasan kajian sebagai destinasi pelancongan kesejahteraan. Cadangan ini akan mengenal pasti peluang-peluang yang dapat diterokai

dalam membangunkan dan mengukuhkan industri pelancongan spa sebagai

produk utama.

1.6 RANGKA KERJA PENYELIDIKAN Dalam menghasilkan kajian ini, rangka kerja penyelidikan yang juga merupakan

rumusan terhadap langkah kajian akan dijalankan secara berperingkat-peringkat

dan bersistematik. Terdapat lima peringkat utama yang dikenal pasti, iaitu

Peringkat 1 – Penyediaan Dan Pemahaman Awal

Peringkat 2 - Kajian Literatur

Peringkat 3 – Pengumpulan Maklumat Dan Kajian Lapangan

Peringkat 4 – Analisis Dan Sintesis

Peringkat 5 – Rumusan dan Cadangan

Page 19: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

1.6.1 Peringkat 1 – Penyediaan dan Pemahaman Awal Dalam peringkat ini, kajian dimulakan dengan mengenal pasti isu dan masalah

sebelum menetapkan matlamat dan objektif. Seterusnya, penyediaan dan

pemahaman awal ini merangkumi pembentukan objektif, skop, pendekatan

kajian. Bagi mencapai objektif kajian, skop kajian dirangka agar penyelidikan

dapat dijalankan mengikut sepertimana yang telah dirancang.

1.6.2 Peringkat 2 – Kajian Literatur Kajian literatur ini merupakan bahagian yang meghuraikan topik yang akan dikaji

secara teoritikal dan terperinci. Ia melibatkan ulasan-ulasan buku, jurnal, keratan

akhbar serta kajian-kajian lepas yang berkaitan. Antara kandungan yang akan

diperincikan dalam bahagian ini merangkumi penyelidikan berkaitan dengan

definisi health & wellness tourism, sejarah spa, konsep pelancongan kesihatan

dan spa secara umum, proses pemilihan destinasi pelancongan kesejahteraan

dan persepsi pelancong terhadap sesebuah destinasi pelancongan.

Secara ringkasnya, dalam bahagian ini pengkaji perlu memahami bidang kajian

dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, untuk memberi pemahaman,

pendedahan dan gambaran yang jelas terhadap kajian yang bakal dijalankan

agar dapat disesuaikan semasa kajian dilakukan.

1.6.3 Peringkat 3 – Pengumpulan Maklumat dan Kajian Lapangan Seterusnya, peringkat ini melibatkan dua komponen iaitu data primer dan data

sekunder. Bagi data primer antara instrumen yang akan digunakan ialah kajian

tapak yang dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik dan

temu bual. Kajian akan menyentuh dan menerangkan berkaitan kajian kes iaitu

latar belakang kawasan kajian, kedudukan lokasi, pembangunan produk

pelancongan kesejahteraan. Kajian lapangan dan pengumpulan maklumat

Page 20: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

merupakan antara bahagian terpenting dalam sesebuah kajian. Ia bertujuan

untuk melihat senario semasa kawasan kajian. Dalam peringkat ini, hasil

daripada pengumpulan data ini akan digunakan dalam peringkat seterusnya iaitu

peringkat analisis dan sintesis.

1.6.4 Peringkat 4 - Analisis dan Sintesis Segala data dan maklumat yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis bagi

mendapatkan penemuan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan teknik

dan kaedah yang bersesuaian bagi mendapat jawapan kepada hasil kajian.

Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan sistem perisian SPSS

(Statistical Package For The Social Sciences). Hasil penemuan kajian akan

dirumuskan dalam peringkat seterusnya bagi menentukan situasi serta bentuk

tindakan dan cadangan yang akan dirancang.

1.6.5 Peringkat 5 – Rumusan dan Cadangan Peringkat ini meliputi rumusan daripada penemuan-penemuan kajian dari

perspektif teori dan juga amalan. Rumusan kajian akan mengupas tentang profil

pelancong, trend perkembangan dan persepsi pelancong. Cadangan atau hasil

akhir akan dikemukakan berdasarkan kepada rumusan dan penemuan kajian.

Pembentukan cadangan adalah hasil daripada penemuan kajian yang telah

dikenal pasti. Peringkat ini juga turut menjawab persoalan kajian yang dibentuk

dan seterusnya mencapai matlamat kajian yang telah dibentuk.

Page 21: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

FASA 1: KAJIAN AWAL

FASA 2: KAJIAN LITERATUR

FASA 3: PENGUMPULAN DATA

FASA 4: ANALISIS

FASA 5: RUMUSAN DAN KAJIAN

Rajah 1.1 : Carta Alir Kajian

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

RUMUSAN DAN CADANGAN

PENEMUAN KAJIAN

ANALISIS PENILAIAN

KAJIAN LITERATUR

SKOP KAJIAN

PERSOALAN KAJIAN

KAEDAH KUANTITATIF • BORANG SOAL SELIDIK

PELANCONG

PENGUMPULAN DATA

KAEDAH KUALITATIF • TEMURAMAH PUSAT SPA • TEMURAMAH PRESIDEN

PERSATUAN SPA (SWIAM)

TREND DAN CIRI-CIRI PELANCONGAN KESEJAHTERAAN

• PERSEPSI PELANCONG • PROFIL PELANCONG

SPSS

Page 22: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

1.7 METODOLOGI KAJIAN 1.7.1 Kaedah Kajian Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah hubungkait. Ia merupakan

gabungan antara kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam proses mengumpul data.

Merujuk kepada Berg (2004),

‘kajian kuantitatif merujuk untuk kiraan dan ukuran tentang sesuatu. Berbeza dengan, penyelidikan kualitatif merujuk untuk makna-makna, konsep-konsep, takrif-takrif, ciri-ciri, metafora, simbol-simbol, dan huraian-huraian tentang sesuatu’.

Berg (2004), mengemukakan alasan bahawa pengkaji mungkin boleh

memperlihatkan keberhasilan dan seringkali dapat mendalami dengan baik

pemahaman daripada prosedur kualitatif. Di samping itu, kajian kes adalah satu

daripada strategi kajian kualitatif yang mana bersesuaian untuk penyelidikan

persepsi ini. Fraenkel dan Wallen (1993) menyatakan bahawa kajian kes itu

memberi peluang kepada pengkaji untuk mempelajari lebih tentang kajiannya

secara mendalam.

Pengkaji mengendalikan sesi temuramah untuk memperoleh data yang lebih

terperinci dalam menjawab keseluruhan persoalan kajian. Tuckman (1999)

menyatakan bahawa pendekatan ini membenarkan penyelidik untuk menemukan

apa yang dialami dalam kehidupan seseorang dan apa yang berlaku pada masa

sekarang. Bagaimanapun, ia agak rumit untuk menganalisis data yang

diperolehi.

Bagi menjawab persoalan kajian yang timbul serta mengukur keberkesanan

sesuatu penemuan, kajian ini akan menggunakan kaedah yang berbeza ke atas

data yang dikumpul. Kaedah yang sesuai digunakan dalam kajian ini adalah

pendekatan kualitatif dan kuantitatif.

Page 23: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Rajah 1.2 : Potensi gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif

Sumber: Casebeer dan Verboef, 1997 (Dipetik dari : Mielniczak, A. and Sinuga, S. 2005)

Pendekatan kualitatif berupaya untuk memahami seseorang dan kehidupan

mereka dengan bertanya kepada mereka untuk memahami karekter pengusaha

spa dan sesiapa yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, terlibat dalam

perbualan temu ramah, mendengar serta memerhati pendapat, pandangan,

harapan dan idea yang disampaikan oleh mereka. Kaedah kualitatif ini tidak

melibatkan bilangan sampel yang ramai iaitu dalam kajian ini hanya melibatkan

presiden persatuan spa (SWIAM) dan juga pengurus/pengusaha empat jenis spa

terpilih.

Untuk kajian kualitatif, melibatkan kajian yang terperinci dalam usaha untuk

mendapatkan informasi yang meluas bagi mencapai maksud idea dan isu yang

berkaitan dalam penyediaan untuk program yang akan datang.

Seterusnya, menerusi kaedah kualitatif tersebut dapat menyokong lagi dapatan

kajian melalui pengagihan borang soal selidik (questionnaire designing) iaitu

merupakan kaedah kuantitatif. Pendekatan kuantitatif merupakan kajian yang

dapat menghasilkan dapatan kajian yang ‘valid’ dan ‘reliable’. Hal ini kerana,

penggunaan kaedah kuantitatif ini dapat membuktikan kesahihan yang kukuh

dengan menggunakan angka iaitu hasil daripada analisis.

POTENSI MENGGABUNGKAN KAEDAH KUANTITATIF DAN KUALITATIF Alasan menggunakan data kuantitatif dan kualitatif

Untuk membuat ukuran Untuk mengenal pasti fenomena yang relevan Untuk menghuraikan data kuantitatif Untuk menghuraikan data kulitatif Untuk mendapatkan persamaan nilai daripada kedua jenis data

Page 24: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Kaedah kuantitatif bertujuan untuk mengumpulkan maklumat daripada

responden dalam kuantiti yang besar bagi mendapatkan kesimpulan bagi satu

kumpulan yang besar. Dengan menggunakan kedua-dua pendekatan tersebut, ia

dapat menyokong antara satu sama lain dalam membantu kajian yang dijalankan

serta dapat memahami dan menganalisis situasi dan konsep spa daripada

kedua-dua pihak terlibat iaitu pengusaha dan pelancong spa.

Dalam kajian ini, pengkaji cenderung untuk mengkaji tentang persepsi pelancong

terhadap pelancongan kesejahteraan yang diperkenalkan di Malaysia. Dengan

mengedarkan borang soal selidik, pengkaji mengukur punca yang menyumbang

kepada persepsi pelancong. Pengukuran ‘5 skala likert’ dan membandingkan

kumpulan manusia mengenai bagaimana mereka memilih instrumen-instrumen

ini boleh memberi hasil statistik melalui satu prosedur objektif. Soal selidik

membenarkan pengkaji untuk mendapat lebih informasi tentang sesuatu dalam

masa yang singkat.

Merujuk pada huraian di atas dan kesesuaian dalam menjalankan kajian, maka

kajian ini akan mengunakan kombinasi kaedah pendekatan kualitatif dan

kuantitatif dengan tujuan menghasilkan kajian yang lebih mendalam dan

terperinci. Selain itu, hasil penyelidikan juga akan dapat diguna semula atau

diulangi di kawasan-kawasan lain yang mempunyai ciri-ciri persekitaran yang

sama dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan atau untuk mencadangkan

sesuatu perubahan pada sesebuah kawasan pelancongan.

Page 25: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

1.7.2 Instrumen Kajian Kajian berhubung ‘Persepsi Pelancong Terhadap Pelancongan Kesejahteraan:

Kajian Kes di Kuala Lumpur dan Johor’ dijalankan dengan menggunakan teknik

‘pertemuan bersemuka’. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri

daripada soal selidik yang direka bentuk untuk menepati tujuan kajian dan

menjawab persoalan kajian. Kaedah ini merupakan teknik yang sesuai dan tepat

dalam mengkaji persepsi pelancong dalam penilaian, penyediaan serta

keberkesanan pelancongan kesejahteraan. Bersesuaian dengan kajian ini iaitu

dengan menggunakan kaedah kajian kes, beberapa sesi temuramah dijalankan

untuk mengumpulkan data ‘open-ended’ dan data yang menyeluruh

(comprehensive). Setelah itu, pengkaji telah menyenaraikan beberapa

responden yang difikirkan bersesuaian dan tepat. Temubual dijalankan ke atas

empat buah spa dan juga presiden persatuan spa (SWIAM). Terdapat banyak

penulis telah mengklasifikasikan kaedah pengumpulan data kepada tiga jenis

iaitu ‘structured interview’, ‘unstructured interview’ dan ‘semi-structured

interview’. Dalam kajian ini, dua kombinasi kaedah digunakan iaitu

i. ‘structured interview’ – dijalankan terhadap pelancong spa

dan juga pelancong yang berpotensi berkunjung ke spa.

ii. ‘semi-structured interview’ – dijalankan dengan

menemuramah beberapa responden yang terpilih seperti

pengusaha spa, Presiden Persatuan Spa (SWIAM).

1.7.3 Pembentukan Borang Soal Selidik Dalam pembentukan borang soal selidik, teknik ‘open ended’, ‘close-ended’ dan

‘cotigency question’ akan digunakan.

Page 26: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama

bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan profil responden. Manakala

bahagian kedua, mengandungi soalan berskala likert bertujuan untuk

mengetahui tahap kepentingan dan persepsi setiap elemen yang ada.

Borang soal selidik akan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

i. Bahagian A – Profil Pelancong

ii. Bahagian B – Persepsi Pelancong

Dalam kajian ini, soalan temuramah diadaptasi daripada kajian lepas antaranya

Mielniczak, A. and Sinuga, S. (2005) dan Jing, I. N. S. (2002). Ia turut

dibincangkan dan diperbetulkan beberapa kali bersama panduan penyelia

pengkaji dalam mendapatkan pemahaman dan bersesuaian kepada kajian ini.

1.7.4 Pemilihan Sampel Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelancong yang terlibat dalam aktiviti

spa kesejahteraan. Hanya pelancong yang mengunjungi spa sahaja yang dipilih

dalam kajian ini. Populasi kajian terdiri daripada golongan pengunjung spa di

negeri Johor dan Kuala Lumpur. Daripada populasi tersebut 99 orang telah

dipilih secara rawak sebagai sampel kajian.

Formula yang digunakan untuk menentukan saiz sampel adalah seperti berikut:

Penentuan Saiz Sampel

n = N/ [1+ N (e²) ]

Di mana n = saiz sampel yang diperlukan

N = jumlah keseluruhan (sample frame)

e = paras keyakinan (error limit)

Sumber: Yamanae, T. (1973) Statistic: An Introductory Analysis

Page 27: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Oleh itu, dengan mengambil kira paras keyakinan pada tahap keyakinan 90%

dan margin error 10%, maka saiz sampel ialah:

n = 9000

1 + (9000x0.10²)

= 9000

1+ 90.0

= 99 sampel

Berdasarkan kepada rumus penentuan sampel tersebut, setelah mengambil kira

data pengunjung spa daripada 4 spa yang terpilih, n=9000 merupakan jumlah

pengunjung setahun di keempat-empat spa tersebut. Maka, jumlah responden

yang perlu untuk menjalankan kajian soal selidik ini adalah seramai 99 orang.

1.8 BATASAN KAJIAN Di dalam menghasilkan penyelidikan ini, terdapat beberapa batasan yang

terpaksa dihadapi oleh penyelidik. Antaranya merupakan kekangan masa. Ini

berikutan masa bagi penyelidikan ini adalah selama empat bulan. Maka dengan

itu penyelidik haruslah membahagi masa secara efisyen agar dapat menyiapkan

kajian ini pada masa yang telah di tetapkan mengikut perancangan masa yang

telah di tetapkan. Kekangan yang kedua adalah hasil kajian. Ini berikutan kajian

hanya dijalankan di Johor dan Kuala Lumpur, maka dengan itu kita tidak boleh

membuat andaian bahawa itu dapat mengambarkan keseluruhan bagi impak di

Malaysia secara umumnya.

Semasa kajian ini dijalankan, pengkaji turut menghadapi masalah dalam

memperolehi beberapa data berkaitan dengan pelancongan kesihatan,

memandangkan pelancongan kesejahteraan ini masih lagi berada ditahap

permulaan dan baru. Antara kekangan yang dihadapi adalah untuk mendapatkan

senarai spa yang terlibat dengan pelancongan di Malaysia. Tiada senarai spa

Page 28: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

yang diperolehi dari MTPN dan Tourism Malaysia. Selain itu, untuk mendapatkan

keseluruhan senarai spa di Malaysia, pengkaji perlu mendapatkannya di setiap

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh itu, pengkaji telah mengambil inisiatif

dengan hanya mengambil senarai spa yang dipromosikan dalam laman web

Tourism Malaysia, yang hanya menyenaraikan beberapa buah spa di Malaysia.

Kempat-empat spa terpilih sebagai kawasan kajian adalah mewakili empat jenis

spa di Malaysia merujuk kepada yang telah diklasifikasikan oleh Persatuan Spa

Malaysia (AMSPA) iaitu spa harian, spa hotel/resort/pelayaran, spa destinasi dan

spa perubatan. Pemilihan spa hanya dilakukan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru

adalah atas pertimbangan yang dibuat terhadap kos, jarak dan masa.

1.9 JUSTIFIKASI PEMILIHAN LOKASI KAJIAN SOAL SELIDIK Empat lokasi telah dipilih sebagai kawasan untuk menjalankan kajian soal selidik

terhadap pelancong iaitu

i. Rawatan Kecantikan dan Andaman Sal, Shah Alam (spa harian)

ii. Spa Village Kuala Lumpur (spa resort)

iii. Ayuvedium Medispa, Kuala Lumpur (spa perubatan)

iv. The Pulai Spa, Johor (spa destinasi)

Dalam menjalankan penyelidikan ini, kajian melibatkan dua buah negeri iaitu

Kuala Lumpur dan Johor. Setelah membuat penelitian, tiga buah spa yang

terletak di Kuala Lumpur telah dipilih bagi mewakili tiga jenis spa iaitu

Ayurvedium Medispa (spa perubatan), Spa Village Kuala Lumpur (spa resort)

dan Rawatan Kecantikan dan Andaman Sal (spa harian). Pemilihan Kuala

Lumpur dan tiga kawasan kajian secara khususnya adalah berdasarkan kepada

dua kriteria utama iaitu kemudahsampaian untuk mendapatkan data dan juga

Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia yang dilihat menghimpunkan

serta menjadi tumpuan pelancong yang datang dari serata dunia. Kuala Lumpur

mempunyai banyak kelebihan untuk ditawarkan sebagai destinasi pelancongan

Page 29: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

kerana mempunyai infrastruktur dan sektor perkhidmatan yang baik disamping

kemudahan membeli belah, hiburan, hotel dan persidangan. Sumber-sumber

pelancongan di Kuala Lumpur secara umumnya adalah tarikan warisan dan

budaya, syurga membeli belah, makanan dan hiburan, tarikan rekreasi serta

kesihatan dan pendidikan. Kuala Lumpur mempunyai potensi menjadi destinasi

pelancongan kesejahteraan yang kompetitif kerana taraf kemudahan yang tinggi

dan juga mempunyai pelbagai jenis pakej rawatan dari Asia hasil kepakaran

masyarakat tempatan ditawarkan. Kuala Lumpur menjangkakan purata

peningkatan pelancongan sebanyak lebih kurang 3% untuk dua puluh tahun

yang akan datang.

Kawasan kajian kedua dipilih adalah negeri Johor. Kawasan kajian ini dipilih

adalah berdasarkan faktor kemudahsampaian untuk mendapatkan data. The

Pulai Spa yang terletak di Kota Tinggi melibatkan jarak lebih kurang 40 km dari

bandaraya Johor Bahru iaitu kedudukan Johor Bahru sebagai pintu masuk di

bahagian selatan Semenanjung Malaysia mampu untuk menarik pengujung dari

luar negara terutamanya negara jiran seperti Singapura. Bagi negara Singapura,

faktor jarak yang berdekatan menyumbang kepada keputusan pemilihan

percutian dibuat. Bagi pengunjung Singapura, terdapat pilihan untuk

menggunakan pengangkutan feri di Changi point, Singapura yang akan

mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Feri ini mampu menempatkan kira-

kira 400 penumpang dan 70 buah kereta.

Page 30: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Rajah 1.3: Peta Kawasan Kajian Kuala Lumpur

Rajah 1.4: Peta Kawasan Kajian Johor

Page 31: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

1.10 KEPENTINGAN KAJIAN

1. Membantu serta mendidik pengunjung/pelancong dalam memberi

pendedahan kepada mengamalkan gaya hidup yang sihat.

2. Membantu negara/destinasi dalam mempelbagaikan produk atau

sumberjaya yang berorientasikan wellness tourism

3. Menggalakkan pembangunan pelancongan dengan menggunakan

sumber kekayaan dan keunikannya (wellness tourism) dengan lebih

efektif pada masa akan datang.

4. Hasil daripada kajian ini boleh juga digunakan sebagai panduan kepada

pemaju spa untuk menjadikannya sebagai tarikan wellness tourism pada

masa akan datang

1.11 RUMUSAN Secara keseluruhannya, bab ini merupakan rangka dalam kajian penyelidikan ini.

Bahagian ini menggambarkan idea keseluruhan secara umum. Bab ini juga

menghuraikan latar belakang pemilihan topik, pembentukan maklumat, objektif

kajian, isu dan masalah sebagai persediaan dalam memahami kajian terhadap

produk pelancongan kesihatan yang dilihat berpotensi dalam menarik

kedatangan pelancong yang ramai dan dapat menjana perolehan pendapatan

negera.

Penyediaan cadangan penyelidikan ini perlu diberi perhatian sewajarnya kerana

ia dapat menyumbang pengetahuan baru dari segi pembangunan industri

pelancongan kesejahteraan yang terdapat di Malaysia dan khususnya di Johor

dan Kuala Lumpur. Penyelidikan ini juga adalah perlu sebagai panduan dan

pengetahuan kepada pihak perancangan pelancongan yang semakin pesat

dengan lebih baik dan terancang.

Page 32: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BAB II: KAJIAN LITERATUR

Page 33: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BAB II

KAJIAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Bab ini akan mengemukakan teori-teori dan menyorot kembali kajian lepas yang

berkaitan dengan aspek kajian. Kajian literatur ini merupakan bahagian yang

menghuraikan topik yang akan dikaji secara teoritikal dan terperinci. Ia

melibatkan ulasan-ulasan buku, jurnal, keratan akhbar serta kajian-kajian lepas

yang berkaitan. Antara kandungan yang akan diperincikan dalam bahagian ini

merangkumi penyelidikan berkaitan dengan definisi health & wellness tourism,

trend perkembangan pelancongan spa kesejahteraan (wellness tourism), dan

konsep pembangunan pelancongan semasa spa.

Secara ringkasnya, dalam bahagian ini pengkaji perlu memahami bidang kajian

dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, untuk memberi pemahaman,

pendedahan dan gambaran yang jelas terhadap kajian yang bakal dijalankan

agar dapat disesuaikan semasa kajian dilakukan.

Page 34: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

2.2 PELANCONGAN KESEJAHTERAAN Teras Healthism adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Healthism

ialah konsep yang menerangkan penekanan dan penumpuan kepada keeping

healthy, semakin maju dan mewah anggota sesebuah masyarakat, maka

semakin banyak penekanan diberikan kepada usaha untuk terus sihat.

Sumber: IUOTO, 1973. Daripada hasil semakan literatur Goeldner (1989) mendapati bahawa

pelancongan kesihatan sebagai tinggal berjauhan dari rumah, kesihatan sebagai

motif yang paling utama dan dilaksanakan dalam suasana yang santai.

Seterusnya, Goodrich and Goodrich (1987) dan Goodrich (1994), mendefinisikan

pelancongan kesihatan kepada skop konsep yang lebih kecil lagi sebagai

kecenderungan penyediaan kemudahan pelancongan (hotel) atau destinasi

untuk menarik pelancong dengan mempromosikan perkhidmatan dan

kemudahan penjagaan kesihatan di samping itu untuk kemudahan pelancong

yang biasa datang.

Secara lebih terperinci, Wellness tourism adalah sebahagian daripada

pelancongan kesihatan. Merujuk kepada Kaspar (1996) pelancongan kesihatan

adalah kesimpulan kepada perhubungan dan hasil fenomena daripada

perubahan lokasi dan tempat tinggal oleh seseorang dalam memajukan,

menyeimbangkan mental dan kesihatan yang sesuai menggunakan

perkhidmatan kesihatan dan kepada sesiapa, tempat di mana mereka menginap,

sementara atau juga tempat kekal daripada tempat tinggal atau kerja.

Pelancongan kesihatan adalah peruntukan kemudahan kesihatan yang

menggunakan sumberjaya semulajadi negara, khususnya air galian dan cuaca.

Page 35: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Sememangnya pelancongan berupaya menjadi penyumbang utama kepada

ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan serta turut memperluaskan

jaringan perniagaan. Spa adalah antara komponen dalam industri pelancongan

yang memberi peluang pekerjaan dan secara tidak langsung turut menyumbang

kepada pendapatan negara melalui nilai tukaran wang asing.

2.2.1 Trend Industri pelancongan mengakui pelancongan kesejahteraan sebagai salah satu

produk pelancongan yang semakin meningkat. Lantaran itu, merujuk kepada

Jabatan Penyelidikan Pelancongan Queensland, 2002 (dipetik darpada

Mielniczak, A. and Sinuga, S. 2005), menyatakan trend spa adalah seperti

berikut:-

i. Trend pelanggan: Ramai yang tidak lagi melihat spa sebagai tempat

‘memanjakan’ diri, tetapi sebagai satu cara untuk kekal sihat dan kelihatan

baik. Kebanyakan pelanggan inginkan kesederhanaan dalam

merasai/pengalaman spa mereka dan menginginkan spa yang bercorak lebih

tradisional. Masa yang diperuntukan pelanggan untuk ke spa adalah terhad

disebabkan oleh kekangan masa yang dihadapi. dan industri ini direka untuk

mereka yang berada di sekeliling/sekitarnya.

ii. Trend teknologi: industri ini menggunakan teknologi yang semakin

berkembang maju ini sekitar dua tahun lepas. Spa berkembang dengan

adanya internert sebagai satu tempat pencarian mudah, emel dan kini

merupakan pelaburan laporan utama dalam pengurusan pengkalan data,

menjadi saluran perhubungan pelanggan sistem dan pemasaran produk-

produk perkhidmatan dalam talian.

iii. Trend produk: pengaruh orang Timur dan Asia berterusan untuk menjadi

industri yang lebih kuat turut mempengaruhi produk-produk, perkhidmatan

Page 36: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

serta rekaan spa. Satu trend yang kuat kearah produk dan perkhidmatan

‘jenis perubatan’. Makanan dan rawatan-rawatan sebegini mendapat

populariti yang meluas.

iv. Establishment spa: spa harian terus mendominasi industri dari segi bilangan

pengukuhan, tetapi resort peranginan spa meningkat. Spa resort/hotel

merupakan sektor yang semakin meningkat dengan pantas, dengan

pengukuhannya sebagai segmen yang ke dua terbesar.

Permintaan pelanggan mendorong kepada peningkatan, di mana seseorang itu

mengelakkan diri daripada tekanan kerja serta mereka yang menyedari faedah

jangka masa panjang dalam penjagaan kesihatan mereka (Mielniczak, A. and

Sinuga, S. 2005). Manakala, Hall (2003) menyifatkan bahawa ia adalah hasrat

untuk cara hidup yang sihat, yang mana kepentingan pada asasnya untuk pergi

melancong, namun begitu sejak kebelakangan ini mereka pergi melancong

semata-mata untuk mendapatkan cara hidup yang sihat.

Secara global, spa dan industri kesejahteraan mengalami pertumbuhan pesat,

dengan pembangunan spa peranginan baru dan pembaharuan dan dinaik taraf

kemudahan-kemudahan spa perhotelan wujud. Sebagai contoh, beberapa spa

dibandar-bandar telah dipertingkatkan kemudahan dan perkhidmatannya akibat

permintaan yang semakin meningkat dalam industri spa dan pengalaman

kesejahteraan.

Data ke atas pasaran pelancong spa antarabangsa adalah sukar didapati, tetapi

maklumat penting tentang trend pelancongan kesejahteraan dan spa dikenal

pasti oleh syarikat pemasaran dan perjalanan spa, didapati bahawa:-

• Peningkatan penekanan terhadap kemewahan- ramalan akhir terhadap

pasaran mewah menjadi lebih eksklusif, privasi, pengalaman-pengalaman

Page 37: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

yang bermakna, baik dan pengalaman yang lebih menakjubkan dan

memanjakan diri.

• Spa dan keadaan pengunduran kesihatan akan membantu pengguna untuk mencapai matlamat kesihatan mereka dengan menggunakan

resort spa dan kesejahteraan untuk mencapai matlamat seperti berhenti

merokok, mengubati kesedihan, mendapat perhatian, kesedaran rohaniah

dan penyahtoksidan

• Spa sebagai pusat pendidikan - spa akan meningkatkan kualiti dan

jumlah program pendidikan spa dan bengkel serta penggunaan pakar

untuk memimpin di mana ia tertumpu kepada seminar.

• Lebih banyak tempahan melalui talian- portal pengembara akan

membolehkan pengembara-pengembara untuk menempah percutian spa

dan rawatan menggunakan talian dan sebagai sebahagian pakej

perjalanan. Tempahan spa melalui talian akan terus berkembang.

• Spa akan mempelbagaikan lebih banyak produk- banyak

menggunakan pengalaman asli dan produk contohnya urutan Thai,

Ayueveda, akupuntur, dan urutan batu panas

• Sambutan terhadap spa cuisine- merupakan permintaan yang baru

untuk kelas memasak spa dan chef spa. Lebih permintaan untuk

pelanggan dan kepelbagaian masakan spa

2.2.2 Sejarah Evolusi Spa Fenomena penggunaan spa ini telah lama wujud dan dipercayai telah

diperkenalkan sejak 400 SM di Rom iaitu merupakan zaman Hipokrates. Pada

awal kewujudannya, pancutan air panas semulajadi telah digunakan oleh tentera

untuk berehat dan merawat badan daripada keletihan dan luka selepas

berperang.

Page 38: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Namun begitu, ada juga yang mempercayai bahawa asal kewujudan nama bagi

spa ini datangnya dari Belgian yang merupakan bandar spa, juga telah diketahui

sejak zaman Roman untuk tujuan mandi (www.spas.about.com).

Secara umumnya, spa membawa maksud penyembuhan dengan air. Spa

merupakan akronim bagi perkataan yang berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Sanus

Per Aquam’, ‘Solus Per Aqua’, Salut Per Aqua’. (www.spas.about.com)

“Sanus Per Aquam” (SPA)- ‘sihat dengan @ melalui air’. “Solus Per Aqua” (SPA)- ‘sihat melalui air’. “Salut Per Aqua” (SPA)- ‘kerehatan yang diperolehi melaluii air’.

Kebiasaan mandi di mata air panas dan mata air galian sekurang-kurangnya

telah ada pada zaman Babylinians dan Greek dan mungkin juga lebih awal dari

itu.

Merujuk kepada seorang ahli sejarah spa iaitu Prof. Jonathan Paul de Vielvine,

kegiatan mandi merupakan kebiasaan proses budaya yang penting bagi

Mesopotamians, Egyptians, Minoans, Greek dan Roman apabila mereka

mencari kesihatan dan sokongan daripada kesakitan atau penyakit.

Penggunaan air dari spa galian dan mata air panas telah popular sejak zaman

Roman lagi dan ‘pengambilan air’ oleh golongan atasan pada abad ke 17 di

Eropah telah menyediakan asas kenikmatan atau kepuasan bagi yang memilih

konsep resort moden (Hall, 2003).

Pada abad ke 19, spa di Eropah merupakan salah satu destinasi yang dikelilingi

oleh pemandangan indah seperti gunung dan tasik untuk golongan kaya dan

bangsawan yang datang untuk ‘mengambil air’. Namun begitu, selari dengan

peredaran masa, spa mengalami proses asimilasi sedikit demi sedikit. Konsep

spa diubah suai dan telah dikomersialkan iaitu dengan adanya beberapa

kemudahan seperti penginapan dan perkhidmatan yang lain.

Page 39: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Di Eropah, mineral spring menjadi fokus utama bagi pelancongan kesihatan,

walaupun pada masa kini resort di pesisir pantai dan pergunungan turut

dibangunkan untuk mendapatkan perhatian pasaran kesihatan terutamanya

untuk ahli-ahli perniagaan dan rakan niaga mereka (Hall, 2003).

Spa di Asia pula dikatakan masih berada di tahap pengenalan dan masih baru

serta pembangunan prasarananya yang tidak begitu ketara. Namun begitu, telah

menjadi amalan bagi masyarakat di Asia mengunjungi kawasan kawah atau

mata air panas untuk mandi dan berendam kerana dipercayai sumber air panas

mempunyai kelebihan menyembuhkan penyakit (http://damaispa.com/spa.html).

Pada abad ke 21 ini, trend spa yang semakin popular mendorong banyak pihak

seperti ahli perniagaan kecil mahupun hotel dan resort berlumba-lumba untuk

menyediakan perkhidmatan tersebut. Spa hari ini, berperanan sebagai pusat

untuk penyembuhan dan menyihatkan minda, badan dan kerohanian. Generasi

pada abad ini, pergi ke spa untuk tujuan kesegaran(fitness), pengendalian

tekanan, ketenteraman minda, memanjakan diri, sihat dan kesejahteraan.

Menurut Lowenthal, 1962; Hembry, 1990; Mackaman, 1993; Towner, 1996;

Chambers, 1999 (yang dipetik oleh Hall, 2003) dalam Spa and Health Tourism

spa hari ini sangat menarik kerana ia menggabungkan di antara cara-cara

tradisional dengan alat-alat moden. Walau bagaimanapun, kaedah utama dalam

spa moden tidak lari dari spa tradisional yang menggunakan air dan kaedah

rawatan mengikut pendekatan agama yang berkembang disekitarnya.

2.2.3 Konsep Pelancongan Kesejahteraan

Dunn H.L., (1959) telah memperkenalkan konsep wellness selari dengan

falsafah wellness apabila pertama kali menulis tentang perkataan wellness iaitu

merangkumi keseluruhan yang melihat manusia sebagai terdiri daripada badan,

roh dan akal serta hidup bergantung kepada persekitarannya. Wellness menurut

Page 40: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Ardells (1986) dapat dilihat sebagai keharmonian sifat kesihatan badan, akal dan

roh, serta tanggungjawab diri, kekuatan fizikal/penjagaan kecantikan,

pemakanan yang sihat, aktiviti mental, pendidikan dan sensitiviti/keperihatinan

terhadap persekitaran. Seterusnya, Lutz Hertel (1992) merumuskan wellness

sebagai kunci utama kepada cara hidup, tanggungjawab diri sendiri terhadap

kesihatan dan eksploitasi terhadap kualiti yang ada pada diri sendiri untuk

mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik.

Definisi bagi pelancongan pelancongan kesejahteraan (wellness tourism) telah di

sesuaikan oleh Mueller. H dan Kaufmann Lanz (2001) berdasarkan kepada

definisi pelancongan kesihatan oleh Kaspar (1996) kedalam skop yang lebih

kecil. Wellness tourism adalah kesimpulan kepada semua perhubungan dan

fenomena hasil seseorang yang pergi berjalan dan tinggal dikediaman di situ

untuk memelihara atau meningkatkan tahap kesihatan diri. Mereka tinggal di

hotel tertentu yang lengkap menyediakan kepakaran proffesional dan penjagaan

diri. Mereka memerlukan pakej perkhidmatan yang menyeluruh terdiri daripada

kekuatan fizikal, pemakanan yang sihat, rehat dan aktiviti.

John Cohnell (2006) mengatakan bahawa pelancongan kesihatan adalah

mereka yang melawat spa kesihatan dengan tujuan utamanya untuk

mendapatkan hasil kesihatan yang bermanfaat. Adalah perlu untuk mengenal

pasti kepentingan produk kesihatan spa yang dimainkan dalam daya tarikan

pemasaran dan promosi atau sebagai komponen peningkatan strategi

pelancongan. Oleh itu, Hall (2003) telah mendefinisikan pelancongan kesihatan

sebagai

‘fenomena komersial dalam masyarakat perindustrian di mana ia termasuk seseorang yang dalam perjalanan dan bermalam, jauh dari suasana rumah yang biasa, untuk mendapatkan faedah dalam menjaga atau meningkatkan kualiti kesihatan serta menyediakan dan mempromosikan kemudahan dan destinasi yang boleh dicari untuk menyediakan faedah-faedah ini.’

Page 41: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Hall (2003) seterusnya pula menyifatkan pelancongan spa adalah sebahagian

daripada pelancongan kesihatan yang mana ia berkaitan dengan peruntukan

yang khusus kepada kemudahan dan destinasi kesihatan yang secara tradisinya

termasuk kepada peruntukan kepada air galian (mineral water) juga turut dirujuk

kepada resort pelancongan yang menggabungkan kemudahan kelengkapan

kesihatan.

Permintaan terhadap pelancongan kesejahteraan dan spa dilihat menjadi asas

pelancongan utama pada masa kini. Dalam bahagian permintaan Mueller dan

Kaufman (2001) telah mengandaikan bahawa wellness ini adalah sesuatu yang

dicari oleh mereka yang sihat, di mana tujuan utamanya ialah ‘pencegahan’.

Manakala pelancong-pelancong yang mencari ‘perubatan biasa/normal’ adalah

bertujuan untuk mengubati penyakit mereka.

Rajah 2.1 : Ciri-ciri bagi segmen pelancongan kesihatan dan spa berkaitan dengan motivasi dan saiz pasaran. Aktiviti berjemur Terlibat dalam aktiviti kesihatan, tetapi kesihatan bukan motif utama.

Subsidiari untuk lain-lain kepentingan

Tujuan utama perjalanan untuk kesihatan Cth: pergi ke pantai untuk membuktikan kepada kepercayaan ia menyihatkan Perjalanan untuk sauna,urutan dan Sekunder aktiviti kesihatan lain Cth: aktiviti pelancongan sukan dan Rawatan pengembaraan seperti mendaki, berbasikal dan golf Utama perubatan cth: pelayaran cth: spa resort cth: hospital atau kemudahan perubatan khusus Sumber: Spa and Health Tourism (Hall, 2003) Berdasarkan rajah 2.1 di atas, Hall (2003), jelas menunjukkan elemen-elemen

yang menarik dan memotivasikan pelancong untuk memilih destinasi

pelancongan mereka. Dapat dilihat di sini bahawa ciri-ciri yang berkaitan dengan

pelancongan kesihatan menjadi keutamaan dalam motivasi pelancong untuk

Page 42: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

melancong dan memilih destinasi yang disukai dan sesuai dengan kehendak

mereka.

Dalam sesetengah keadaan produk-produk wellness adalah tidak jelas. Tanpa

sistem pemantauan yang teliti maka ia tidak dapat menjamin kualiti produk yang

meyakinkan. Goodrich (1993), cadangan konsep pelancongan kesihatan

sekurang-kurang mempunyai dua kemungkinan pendapat dalam segmentasi

pasaran pengguna iaitu kesihatan dan pendapatan. Kesihatan merujuk kepada

pertimbangan kepada mereka yang ingin mengekalkan penampilan yang sihat

dan pendapatan pula adalah pendekatan kepada destinasi/hotel dan resort untuk

menjual kepada pelancong yang berpendapatan tinggi yang berkemampuan

untuk mendapatkan khidmat kesihatan dengan harga yang tinggi. Hall (2003)

pasaran pelancongan kesihatan ialah dibangunkan atas dua segmen berbeza

iaitu

(1) resort yang memfokuskan kepada meningkatkan keseluruhan

kesihatan dan kekuatan serta menggalakkan kesejahteraan.

(2) resort yang khusus menjurus kepada menyediakan khidmat kesihatan

bagi pelanggan yang menderita atau sakit.

Merujuk kepada Niv (1989), Israel telah dianugerahkan dengan empat kriteria

asas yang boleh digunakan dan menjadikannya pusat pelancongan kesihatan

antarabangsa iaitu (i) sumber asli yang baik, (ii) iklim yang selesa dan stabil

setiap tahun, (iii) salah sebuah negara yang mempunyai sistem perubatan yang

progresif dan (iv) lokasi pemandangan yang menarik yang memberikan

ketenangan kepada pesakit. Hall (2003), peruntukkan kepada resort spa dan

kesihatan sebahagiannya adalah berkaitan dengan adanya sumber asli yang

sesuai termasuk mineral spring atau kemudahan lanskap yang menarik. Walau

bagaimanapun, sumber ini harus dipertingkatkan dan dipromosikan terlebih

dahulu sebelum ia sesuai untuk digunakan di pasaran pelancongan.

Page 43: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Konsep spa telah berkembang dengan meluas, bukan hanya berasaskan hot

spring sahaja tetapi juga boleh merupakan sumberjaya semulajadi seperti iklim.

Seperti di New Zealand, mineral spring telah diperkenalkan oleh kerajaan

sebagai pelancongan antarabangsa dan peningkatan kesihatan bagi domestik

(Hall, 2003).

2.2.4 Jenis-jenis Pelancongan Kesejahteraan Terdapat pelbagai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan spa. Spa boleh

dikunjungi mengikut keselesaan pengunjung yang mena ia fleksibel terhadap

masa, situasi dan tempat. Kemudahan spa secara umumnya dapat

diklasifikasikan seperti berikut. Rujuk jadual 2.1 Jadual 2.1: Jenis-jenis spa

JENIS

HURAIAN

Spa harian (day spa)

Ia menawarkan rawatan asas kegunaan harian. Kebanyakannya juga turut menawarkan perkhidmatan salun.

Spa destinasi (destination spa)

Spa yang bertujuan membawa kepada cara hidup yang sihat melalui rawatan spa, senaman, dan program pendidikan. Menawarkan penginapan sekurang-kurangnya 2 malam. Sesetengahnya tempoh minimum tinggal adalah 3 atau 7 malam. Turut menyediakan secara eksklusif spa cuisine.

Spa resort/hotel (Resort/hotel spa)

Terletak di resort atau hotel. Menawarkan perkhidmatan spa, kelas kesegaran dan spa cuisine dengan penyediaan makanan seperti stik dan burger. Ia juga pilihan yang baik apabila seseorang menginginkan spa dan golf. Turut sesuai untuk pengembara dan keluarga.

Page 44: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Spa perubatan (medical spa)

Menawarkan rawatan yang menghendaki pengawasan doktor seperti laser resurfacing dan suntikan botox. Ia juga turut menawarkan rawatan spa.

Spa mata air galian (mineral spring spa)

Spa yang menawarkan rawatan hidroterapi yang menggunakan sumber semulajadi disesebuah kawasan seperti mineral, termal atau air laut.

Spa kelab (club spa)

Spa harian yang terletak di kelab kesihatan atau fitness facility.

Spa pelayaran (cruise ship spa)

Cth: bilik rawatan yang terdapat

di Silversea Mandara Spa

Perkhidmatan spa dalam kapal pelayaran yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan spa, kesegaran (fitness), wellness yang professional disertai dengan pilihan menu spa.

Spa lapangan terbang (airport spa)

Terletak di lapangan terbang dan khusus untuk rawatan yang tidak memakan masa yang lama dan sasarannya adalah pengembara. Antara rawatannya ialah kerusi urut selama 15 minit dan terapi oksigen. Sesetengahnya turut menawarkan rawatan yang lama.

Sumber : (http://spasabout.com/travel/spas/library/weekly/aa052699.htm:AboutSPAS)

Page 45: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Pelbagai pihak mempunyai kriteria-kriteria tersendiri dalam mengkategorikan

jenis-jenis spa mengikut kesesuaian tempat sendiri. Dalam soal mendefinisikan

pengalaman-pengalaman spa yang berbeza, takrif-takrif kategori berikut telah

dibangunkan oleh Persatuan Spa Australia iaitu:-

i. Spa Harian (Day spa)

ii. Spa Destinasi (Destination spa)

iii. Spa Semulajadi (Natural bathing spa)

iv. Spa-spa yang berkaitan

Spa harian: perusahaan yang menyediakan secara profesional mentadbirkan

khidmat spa yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan berasaskan spa

harian dengan kemudahan bersesuaian waktu harian.

Spa Destinasi: spa yang menyediakan reka bentuk rawatan-rawatan spa

dengan penginapan atau spa di dalam persekitaran penginapan

Spa semulajadi: perusahaan spa dijalankan di dalam lokasi yang tenang,

menawarkan penggunaan meluas satu tempat mandian dalam air atau kolam-

kolam lumpur/selut dengan dilengkapi perkhidmatan spa. Turut menyediakan

penginapan atau sebaliknya.

Spa berkaitan: perusahaan yang menggabungkan prinsip-prinsip spa ke dalam

falsafah dan amalan-amalan, dengan kemudahan terapi air yang minimum serta

kemudahan pengunjung yang minimum.

Intelligent spa adalah 100% syarikat penyelidikan bebas mengkhusus industri

spa. Telah diasaskan di Singapura pada 2001, ia telah mempelopori kajian

industri spa dalam rantau Asia Pasifik. Penerbitan Intelligent Spa direka dan

ditulis untuk menyediakan panduan untuk kemudahan spa dan perusahaan yang

Page 46: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

berkaitan dengan spa. Intelligent Spa merupakan satu organisasi yang telah

menjalankan kajian terhadap spa di kebanyakan negara. Definisi berikut adalah

definisi yang diguna pakai oleh Intelligent Spa (www.IntelligentSpas.com) dalam

mengklasifikasikan jenis-jenis spa. Tiga jenis spa berikut merupakan jenis-jenis

utama, dan setiap jenis mempunyai sub-kategori tersendiri.

Spa harian – Perusahaan spa yang berdiri sendiri Spa destinasi - Sebuah perusahaan spa yang diintegerasikan di dalam satu hartanah penginapan Lain-lain spa – Perusahaan spa yang tidak mempunyai kaitan dengan spa harian. Jadual 2.2: Jenis dan Sub Kategori Spa

Jenis Sub-kategori Spa harian • Spa harian

• Spa kesejahteraan • Spa perubatan • Spa kelab

Spa destinasi • Spa resort • Spa hotel • Spa destinasi kesihatan • Spa pelayaran

Lain-lain spa • Spa mandian semulajadi • Spa mandian dirumah • Spa salun • Retail spa • Spa pusat pelangsingan • Perkhidmatan spa mengikut permintaan

Sumber: Intelligent spa (2001)

2.3 PELANCONGAN KESEJAHTERAAN DI MALAYSIA Sejak kebelakangan ini, kerajaan telah melihat pelancongan kesejahteraan ini

secara menyeluruh dengan menyusun perancangan dengan lebih teliti. Dalam

konteks Malaysia, industri pelancongan kesejahteraan mula dibangunkan sejak

Page 47: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

tahun 1997 dan dilihat telah menjadi sesuatu yang penting dan memberi

sumbangan yang besar dan signifikan kepada ekonomi negara.

Perdana Menteri Malaysia dalam ulasannya menyatakan bahawa kerajaan juga

akan membangunkan pakej perkhidmatan kesihatan yang komprehensif untuk

menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan serantau bagi

rawatan tradisional dan moden.

Di Malaysia, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Chong Wei Yee, Boey Tuck

Sai & Nancy Vathsala, 2005 (dipetik dari Nur Hasimah, 2005), pelancongan

kesihatan juga semakin mendapat perhatian. Pada awal pengenalan

pelancongan kesihatan, ia dilihat lebih menjurus kepada kepada rawatan

perubatan. Namun begitu, kini pelancongan kesihatan tidak lagi hanya dilihat

sebagai rawatan perubatan, tetapi ia juga diperluaskan meliputi aspek

penjagaan(wellness) dan kesegaran (fitness).

Rajah 2.2 : Konsep Pelancongan Kesihatan di Malaysia.

Sumber: Chong Wei Yee, Boey Tuck Sai & Nancy Vathsala (2005) Merujuk kepada rajah 2.2 tersebut, konsep pelancongan kesihatan di Malaysia

sebagai merangkumi kedua-dua program iaitu rawatan penyembuhan dan

pencegahan penyakit. Program rawatan penyembuhan menggabungkan rawatan

PELANCONGAN KESIHATAN

Program Kesegaran (Fitness Programme)

Program Penjagaan (Wellness Programme)

Rawatan Perubatan (Medical Treatment)

Cth: Health

screening & spa

Rawatan Berpenyakit Cth: kanser

Pembedahan Cth:

pembedahan ‘bypass’

Rawatan Kecemasan

Cth: kemalangan,

serangan jantung.

Aktiviti Fizikal Cth: Yoga & golf

Page 48: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

perubatan dan ilmu perubatan alternatif bagi menyembuhkan penyakit. Program

pencegahan penyakit pula menawarkan health screaning, ubat pencegahan,

ketenangan, program penjagaan dan program kesegaran.

Dalam pembentangan Rancangan Malaysia keSembilan (RMk9), negara

mensasarkan untuk menggiatkan lagi usaha dalam mempromosikan

pelancongan kesihatan yang baru didunia. Malaysia juga bercadang untuk turut

serta dalam memainkan peranan sebagai pelengkap kepada industri

pelancongan kesihatan dengan menawarkan rawatan perubatan tradisional dan

spa iaitu kini diperkenalkan sebagai pelancongan kesejahteraan.

Sebagai bidang yang masih boleh dianggap baru muncul untuk negara

mengusahakannya, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan dalam

mengambil kesempatan daripada sektor ini. Industri pelancongan mengakui

pelancongan kesejahteraan ini sebagai salah satu industri yang luas dan

semakin meningkat dengan rancaknya. Negara-negara asia seperti Singapura,

Indonesia, Thai telah mendapat reputasi kerana mempunyai kemudahan dan

perkhidmatan yang bertaraf dunia yang memberi penekanan kepada aspek

kecergasan, kesihatan, pencegahan dan penyembuhan. Malaysia juga

berpotensi menjadi destinasi pelancongan kesejahteraan yang kompetitif.

Potensi industri pelancongan negara akan terus dipacu sepanjang tempoh

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMk9) dengan tumpuan utama diberikan

terhadap usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan

pelancong global selain mempromosi pelancongan domestik.

Dengan pertumbuhan spa yang semakin meningkat, tertubuhnya persatuan spa

dilihat sebagai sesuatu langkah yang tepat pada waktunya. Di Malaysia terdapat

dua buah persatuan spa iaitu Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) yang

dipengerusikan oleh Datin Ramona Suleiman, manakala Nurhashimah Mohd

Ishak pula merupakan presiden bagi Persatuan Industri Spa dan Kesihatan

Page 49: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Malaysia (SWIAM). Kedua-dua persatuan ini mempunyai misi yang sama iaitu

ingin meningkatkan lagi industri spa tempatan setanding pengusaha luar negara

serta berazam menjadikan industri spa pemangkin ekonomi negara.

Seperti di kebanyakan negara yang menjadi destinasi pelancongan, Malaysia

juga tidak ketinggalan dalam mengalami perkembangan pesat mempromosikan

industri spa. Di sana sini spa muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Sungguhpun, industri spa di negara ini masih baru, namun begitu ia dilihat turut

memberi sumbangan yang signifikan khususnya kepada sektor pelancongan

negara. Industri spa kini boleh dikatakan sebagai antara tunjang sektor

pelancongan negara apabila banyak spa diwujudkan sama ada dikendalikan oleh

hotel, resort, pusat beli-belah dan juga di destinasi-destinasi pelancongan.

Permintaan terhadap perkhidmatan spa semakin menggalakkan di serata

pelosok dunia contohnya dari kalangan pelancong barat dan Asia Barat. Sebagai

langkah menggalakkan pelancongan domestik, usaha perlu ditumpukan

terhadap memupuk budaya merancang percutian di kalangan masyarakat

Malaysia dan menggalakkan rakyat tempatan menjelajah ke pelbagai destinasi

pelancongan yang menarik dalam negara. Sepanjang tempoh Rancangan

Malaysia Kelapan (RMk8), pelancongan domestik merupakan komponen penting

dengan bilangan perjalanan domestik meningkat 30.1 peratus daripada 12.3 juta

pada 2000 kepada 16 juta pada 2005.

Melihat kepada fenomena permintaan terhadap spa sebelum ini tidak begitu

ketara namun begitu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, spa menjadi antara

perkhidmatan dalam sektor pelancongan yang mendapat sambutan begitu hebat

di kalangan penlancong domestik dan antarabangsa.

Menurut presiden SWIAM iaitu Nurhashimah (2008), bertempat di Tanjong Jara

Resort pada 3 Ogos, 2007 telah mempertemukan antara jabatan-jabatan

kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Jabatan Imigresen, Jabatan Polis

dan diraja Malaysia, RELA, MITI, persatuan-persatuan spa dan mereka yang

Page 50: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

terlibat dalam industri pelancongan telah membincangkan serta merangka

beberapa garis panduan untuk mereka yang terlibat dalam mengusahakan

industri spa. Berikut adalah empat Kriteria yang diselaraskan untuk semua yang

menjalankan perusahaan spa, iaitu:

i. Rawatan berasaskan air (hidroterapi)

ii. Rawatan urutan dan terapi

iii. Rawatan badan seperti bengkung

iv. Rawatan kecantikan ( manicure, pedicure dll)

Selain itu, spa-spa ini juga boleh memasukkan aktiviti perkhidmatan sampingan

seperti ayurvedik, reiki, yoga dan banyak lagi dalam pakej-pakej yang

ditawarkan.

2.3.1 Jenis-jenis Pelancongan Kesejahteraan di Malaysia.

Terdapat pelbagai telahan serta tafsiran dalam menentukan jenis-jenis spa.

Berlainan penulis dan pengkaji, maka berlainan juga pendapatnya. Namun

begitu, tiada yang salah dan tiada yang betul dalam penentuan jenis-jenis spa.

Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) telah membahagikan spa kepada empat jenis

iaitu:

i. Spa Harian (Day Spa)

ii. Spa Hotel/ Resort/ Pelayaran (Hotel/ Resort/ Cruise Ship Spa)

iii. Spa Destinasi (Destination Spa)

iv. Spa Perubatan (Medi Spa)

Page 51: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

i. Spa Harian (bukan hotel/resort) Perniagaan spa yang sah mengikut Kriteria Akreditasi yang digariskan dalam

Artikel 8.2 (AMSPA,2006) dan menyediakan pengurusan pentadbiran rawatan

dan perkhidmatan spa secara professional. Pengunjung yang datang adalah atas

keperluan harian dengan memperuntukan harinya dengan kemudahan yang di

sediakan.

ii. Spa Hotel/ Resort/ Pelayaran Perniagaan spa yang sah mengikut Kriteria Akreditasi yang digariskan dalam

Artikel 8.2 (AMSPA,2006), terletak dalam kemudahan Spa Hotel/ Resort/

Pelayaran yang menyediakan rawatan dan perkhidmatan spa secara

professional. Menawarkan kemudahan dan penginapan untuk bermalam.

Pengunjung mungkin datang sehari atau bermalam.

iii. Spa Destinasi Perniagaan spa yang sah mengikut Kriteria Akreditasi seperti yang digariskan

dalam Artikel 8.2 (AMSPA,2006), menawarkan program spa yang menyeluruh

dengan menyediakan rawatan dan perkhidmatan spa secara professional.

Menawarkan kemudahan penginapan untuk bermalam. Pengunjung juga

ditawarkan pelbagai hari untuk pengalaman menyeluruh dengan memberikan

100% untuk program spa/kesejahteraan termasuk kesegaran (fitness), diet dan

kesejahteraan (well-being) di bawah bimbingan staf yang berkelayakan dan

bukan menggilirkan kemudahan atau pilihan (berkaitan non-wellness) yang ada

kepada mereka.

Page 52: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

iV. Spa Perubatan Perniagaan spa yang sah mengikut Kriteria Akreditasi seperti yang digariskan

dalam Artikel 8.2 (AMSPA,2006), menawarkan program spa yang menyeluruh

merangkumi rawatan dan perkhidmatan spa yang professional dengan

mengintegrasikan rawatan, di mana ia dilakukan oleh pegawai perubatan yang

terlatih dan professional seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Berkemungkinan untuk menawarkan penginapan untuk bermalam.

Berdasarkan jenis-jenis spa yang telah dihuraikan merujuk kepada Persatuan

Spa Malaysia (AMSPA), di sini boleh disimpulkan bahawa pelancongan

kesejahteraan di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada 4 jenis pelancongan

kesejahteraan iaitu Pelancongan Spa Harian, Spa Hotel/ Resort/ Pelayaran, Spa

Destinasi dan Spa Perubatan.

Rajah 2.3: Pelancongan Kesejahteraan di Malaysia

Sumber : Persatuan Spa Malaysia (AMSPA)

PELANCONGAN KESEJAHTERAAN

Spa Perubatan Cth: Ayurvedium

Medispa

Spa Destinasi Cth: Spa Village,

Pangkor Laut

Spa Hotel/ Resort/ Pelayaran

Cth: Spa Village, KL

Spa Harian Cth: Energy Spa

Page 53: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Menurut Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) kriteria-kriteria Akreditasi

kemudahan yang perlu ada dalam sesebuah operasi spa ialah

i. Mengamalkan operasi yang mempunyai reputasi yang baik secara

beretika. Sekiranya terdapat bukti berlakunya amalan yang tidak

beretika, maka ia tidak akan diterima oleh persatuan.

ii. Berkelayakan, sekurang-kurangnya dalam satu kategori

perniagaan spa.

iii. Menjadi syarikat yang benar-benar berdaftar, syarikat tempatan

atau syarikat asing.

iv. Mempunyai lesen spa yang sah

v. Sekiranya dijalankan oleh pengusaha spa dari luar, perlu

mempamerkan bukti yang mengatakan pengusaha telah berdaftar

di Malaysia.

vi. Waktu operasi- perlu ditutup tidak boleh melebih dari tengah

malam.

vii. Mengambil hanya pekerja yang berkelayakan, staf yang terlatih dan

mengikut kriteria berikut

a. Ahli-ahli terapi mestilah berkelayakan dalam bidang spa

b. Ahli-ahli terapi perlu mempunyai paling minimum 600 latihan/

waktu kerja bagi setiap terapi sebagai terapi spa dalam tempoh

pengukuhan reputasi baik atau menunjukkan pengalaman

bekerja yang setara.

c. Penyeliaan dan staf pengurusan bertugas yang layak

sepenuhnya dalam waktu beroperasi.

d. Semua kakitangan harus menunjukkan tingkah laku yang

professional, bersesuaian dan beretika terhadap pelanggan

sepanjang masa.

e. Semua kakitangan perlu menjaga keselamatan tempat dan

kesejahteraan pelanggan melebihi segala yang lain.

viii. Semua kakitangan perlu beruniform lengkap

Page 54: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

ix. Semua pengunjung/pelanggan perlu mendaftarkan diri dan

direkodkan ke dalam fail

x. Mendokumenkan Standard Operating Procedures (SOPs) dan

panduan latihan di dalam kawasan dan sewaktu digunakan.

xi. Mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian

Kesihatan

xii. Mematuhi syarat-syarat keselamatan dan kebakaran yang telah

ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sepanjang masa.

xiii. Menggunakan hanya produk rawatan yang dibenarkan dan

disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

xiv. Mengasingkan kawasan persalinan dan mandian antara lelaki dan

wanita (kecuali bilik rawatan mewah)

xv. Mesti menggabungkan rawatan air dan/atau terapi air ke dalam

menu rawatan harian seperti yang didefinisikan di atas dan

mempamerkan bukti kemudahan rawatan air.

Jadual di bawah menunjukkan 44 spa yang terdapat dalam laman web yang

dipromosikan oleh Tourism Malaysia. Kandungan laman web ini digunakan

dalam mengenal pasti perkhidmatan spa yang ditawarkan dalam hubungannya

kepada aktiviti pelancongan dalam usaha mempromosikan pelancongan

kesejahteraan di Malaysia.

Jadual 2.3 : Senarai Spa dalam Pelancongan Kesejahteraan Malaysia

BIL. NAMA SPA NEGERI JENIS SPA 1 Indrani Spa Kuala Lumpur Day Spa 2 Spa Village, Kuala Lumpur Kuala Lumpur Resort Spa 3 Ozmosis Health & Day Spa Kuala Lumpur Day Spa 4 The Spa At The Datai Langkawi, Kedah Hotel spa 5 Mandara Spa Kuala Lumpur Spa Hotel 6 Spa Village, Pangkor Laut Perak Destination Spa 7 Spa Village Tanjong Jara Terengganu Resort Spa 8 Sembunyi Spa Kuala Lumpur Resort Spa 9 Casa Del Mar Langkawi, Kedah Resort Spa 10 RimBa Spa Kuala Lumpur Hotel Spa

Page 55: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

11 JoJoBa Spa Selangor Resort Spa 12 Royale Spa Selangor Hotel Spa 13 Serenity Spa Selangor Spa Harian 14 Gamelan Spa Kuala Lumpur Day Spa 15 Jari-Jari Spa Sabah Day spa 16 The Asia Spa Kuala Lumpur Day Spa 17 Senjakala (urban spa for men) Kuala Lumpur Day Spa 18 Dewi Sri Spa Kuala Lumpur Day Spa 19 Spa at Four Season Resort Langkawi, Kedah Resort Spa 20 JivaRhu Spa Langkawi, Kedah Resort Spa 21 CHI The Spa Pulau Pinang Resort Spa 22 Samadhi Spa at Japamala Pulau Tioman Resort Spa 23 Kenko Reflexology & Fish Spa Kuala Lumpur Day Spa 24 Aroma Garden Kuala Lumpur Day Spa 25 Vila Manja Kuala Lumpur Day Spa 26 Angsana Spa Kuala Lumpur Resort Spa 27 Energy Day Spa Kuala Lumpur Day Spa 28 Mandrayu Spa Pahang Resort Spa 29 Putrajaya Shangri-La Putrajaya, Kuala

Lumpur Hotel Spa

30 The Spa at Mandarin Oriental Kuala Lumpur Hotel Spa 31 Berjaya Redang Spa Resort Terengganu Resort Spa 32 Berjaya Langkawi Beach & Spa

Resort Langkawi, Kedah Resort Spa

33 Berjaya Tioman Beach, Golg & Spa Resort

Johor, Pahang Resort Spa

34 Colmar Tropicale, A French-themed Resort

Pahang Resort Spa

35 Meritus Pelangi Beach Resort & Spa

Langkawi, Kedah Resort Spa

36 Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa

Sabah Resort Spa

37 Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut

Perak Resort Spa

38 The Andaman Langkawi Resort Spa 39 Yoga Zone Kuala Lumpur 40 The Sampuoton Fish Spa Selangor Day Spa 41 Golden Sense Spa & Massage Sarawak Day Spa 42 Thienjing Reflexology Sarawak Day Spa 43 Tribal Remedy Sdn. Bhd. Sarawak Day Spa 44 The Westin Langkawi Resort &

Spa Langkawi, Kedah Resort Spa

45 Andana Spa Selangor Spa Harian Sumber: Tourism Malaysia (2008).

Page 56: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

2.4 PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN

Persepsi memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah

destinasi pelancongan. Menurut Wilkie yang dipetik oleh Decrop (2006) ‘persepsi membantu kita untuk mengetahui persekitaran melalui penterjemahan ransangan dari luar, dunia luar kepada dalaman, dan dunia pemikiran yang dialami oleh setiap orang’.

Dengan kata lain persepsi melibatkan proses penerimaan, pemilihan,

penyusunan serta penterjemahan maklumat berdasarkan pengalaman yang

dilalui pelancong terhadap sesebuah destinasi.

Persepsi merupakan tanggapan seseorang individu sama ada bersifat positif

ataupun negatif bergantung kepada faktor-faktor yang mempengaruhinya

terhadap sesuatu perkara (Nurul Iswani, 2006). Persepsi yang positif mungkin

merupakan produk atau destinasi yang menarik dan menonjolkan kelainan

berbanding dengan destinasi saingannya. Kajian terhadap persepsi pelancong

amat penting kerana ia dapat membantu dalam meningkatkan kualiti di sesebuah

destinasi. Zeithmal, et al. (1996) percaya bahawa kualiti perkhidmatan berkait

rapat dengan ramalan kelakuan/gelagat pada masa akan datang. Keperluan

hanya dinilai dengan mengukur persepsi pengguna terhadap persembahan

perkhidmatan yang diberikan. Seterusnya, menurut Ferguson, et al. (1999)

berdasarkan kepada persepsi terhadap perkhidmatan utama, pelanggan

mencapai kepuasan yang tinggi, keseluruhan pertimbangan tentang kualiti

perkhidmatan yang tinggi, kesediaan untuk kembali ke pusat thalassotherapy

dan akan mencadangkan kepada rakan kerja dan rakan-rakan lain.

Persepsi didefinisikan oleh Morrison (2002), sebagai pelanggan menggunakan

lima deria rasa mereka iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, sentuh dan bau

untuk menilai hospitaliti dan perkhidmatan perjalanan serta mesej industri

promosi. Menurutnya lagi, frasa ‘persepsi lebih daripada realiti’ menggambarkan

kebanyakan konsep pelakuan/gelagat pelancong. Keputusan yang dibuat lebih

Page 57: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

daripada bagaimana pelancong melihat kenyataan ke atas kenyataan kepada

mereka sendiri.

Pelanggan atau pengguna tidak hanya mempunyai motivasi untuk membeli

tetapi seharusnya melihat kepada perkhidmatan yang akan memenuhi keinginan

dan kehendak mereka. Penyelidikan terhadap persepsi dan sikap boleh

membantu perancang. Sekiranya berbeza profil kumpulan dalam lingkungan

komuniti yang tertentu adalah diketahui, strategi pembangunan boleh menjadi

pilihan yang meminimumkan sebarang potensi kesan negatif dan

memaksimumkan keseluruhan populasi sokongan seperti alternatif, namun

begitu terdapat sesetengah kumpulan yang tidak bersetuju dengan strategi ini

(Perez dan Nadal, 2005).

Oleh itu, persepsi merupakan proses yang mana menjadi pilihan individu,

organisasi dan menghuraikan maklumat untuk mencipta gambaran yang

bermakna. Pemahaman terhadap persepsi dapat membantu dalam kajian ini

iaitu dapat memahami dan menganalisa fenomena pelancongan spa seterusnya

memperbaiki mutu pelancongan spa pada masa akan datang. Kajian mengenai

persepsi pelancong berkaitan dengan industri spa yang ditawarkan dan terdapat

di Malaysia adalah amat penting. Hal ini kerana, ia dapat membantu pihak

pengusaha dalam merancang untuk meningkatkan lagi kualiti sesebuah

perkhidmatan dan penawaran.

2.4.1 Proses Pemilihan Destinasi

Pemilihan destinasi dilihat sebagai sesuatu proses yang penting. Adalah perlu

untuk kita mengetahui dan memahami terlebih dahulu bagaimana pelancong

mengambil keputusan untuk memilih sesebuah destinasi pelancongan. Sebelum

keputusan diambil, seseorang itu perlu mempertimbangkan kriteria-kriteria dalam

membuat pilihan ke sesebuah destinasi.

Page 58: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Kemasyhuran industri spa di Bali dan Thailand bukan lagi sesuatu yang asing. Ia

telah membuktikan bahawa perkhidmatan spa boleh dijadikan sebagai satu

tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke sesebuah negara. Melihat

kepada kemasyhuran spa di Bali dan Thailand membuatkan ramai yang

berpendapat kunjungan ke sana tidak lengkap sekiranya tidak merasai dan

menikmati keunikan spa di sana. Malaysia juga mampu dan mempunyai potensi

untuk menjadi destinasi pelancongan yang kompetitif. Kekayaan khazanah

sumber alam semulajadi serta keunikan rawatan tradisi masyarakat Malaysia,

tidak mustahil bagi Malaysia untuk menguasai kemahiran dan tarikan

pelancongan dalam bidang spa.

Apabila membincangkan berkenaan pelancongan, Woodside dan Lysonski

(1989) telah mengemukakan satu model iaitu dalam memilih destinasi

pelancongan mereka telah menggariskan beberapa aspek yang perlu diberi

perhatian (Rajah 2.4). Kesedaran destinasi yang mengandungi empat set

proses, yang mana proses pemilihan destinasi mengikut model ini didorong oleh

dua pemboleh ubah utama iaitu pemboleh ubah pemasaran dan pemboleh ubah

pengembara itu sendiri (terutamanya daripada pengalaman lepas).

Pemboleh ubah pemasaran menjadi pendorong kepada pelancong untuk

membuat pilihan ke atas sesebuah destinasi antaranya ialah pengiklanan,

saluran pengedaran, tawaran harga dan reka bentuk produk yang ditawarkan.

Sementara itu, pemboleh ubah pengembara pula terdiri daripada gaya hidup,

sistem nilai dan budaya, kitaran hayat, pendapatan, umur dan juga pengalaman

lepas destinasi yang dipilih. Selain kedua-dua pemboleh ubah yang tersebut,

pemilihan sesebuah destinasi juga didorong oleh hubungan yang kuat antara

kesedaran wujudnya destinasi itu dengan pemilihan sesebuah destinasi. Antara

lain, ia juga turut didorong oleh pemboleh ubah yang dinyatakan sebagai

pemboleh ubah situasi.

Page 59: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Rajah 2.4 : Model Kesedaran dan Pemilihan Destinasi oleh Woodside dan Lysonski, (1989). 2 1 4 5 6 7

8 9 Sumber: Vacation Decision Making (Decrop. A., 2006) Menurut model ini, proses pemilihan destinasi yang dibahagikan kepada empat

langkah utama bermula dengan kesedaran destinasi. Pelancong terlebih dahulu

menyedari kewujudan destinasi itu dan faktor ini telah didorong oleh dua aspek

seperti yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu pemboleh ubah pemasaran dan

pemboleh ubah pengembara. Langkah kedua melibatkan keutamaan destinasi

pengembara di mana pelancong akan menyenaraikan destinasi yang menjadi

Kesedaran Destinasi

Set

pertimbangan

Set kaku

Set tidak diperoleh

Set tidak sesuai

Pemboleh ubah Pemasaran

1. Pengiklanan 2. Saluran agihan 3. Harga 4. Reka bentuk produk

Pemboleh ubah Pengembara

1. Gaya hidup,

sistem nilai 2. Kitar hayat,

pendapatan, umur 3. Pengalaman

destinasi yang lepas

Keutamaan Destinasi Pengembara

Tujuan Lawatan

Perhubungan berkesan

Pemboleh ubah Situasi

Pemilihan

3

Page 60: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

pilihannya dan seterusnya membuat penilaian ke atas destinasi tersebut. Ia juga

berdasarkan dua aspek yang telah dinyatakan di atas.

Seterusnya, proses pemilihan destinasi ini akan melihat kepada tujuan lawatan

dibuat. Lantaran itu, wujudnya keinginan untuk mengunjungi destinasi berkenaan

setelah mengambil kira semua aspek yang terlibat. Peringkat terakhir, barulah

pelancong melalui langkah keempat iaitu pemilihan di mana mereka membuat

pilihan destinasi yang sesuai dikunjungi.

2.5 KESIMPULAN Pelancongan spa merupakan satu bidang yang sangat kompleks. Industri spa

mempunyai kelainan dan keunikannya yang berbeza-beza diantara satu-satu

kawasan iaitu dari segi perkhidmatan, penekanan dan juga cara. Walau

bagaimanapun, ia mempunyai satu tujuan yang sama iaitu penjagaan kesihatan.

Berdasarkan kepada kajian literatur ini, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan

kajian yang dijalankan adalah melibatkan spa harian, spa hotel dan spa

destinasi. Perspektif kajian mereka adalah tentang sejarah, motivasi dan faktor-

faktor yang mendorong penglibatan pelancong untuk mengalami pelancongan

kesejahteraan. Banyak faktor yang menunjukkan apakah sebenarnya

membuatkan kebanyakan manusia mengambil bahagian dalam sesetengah

aktiviti iaitu sebagai contoh spa. Peningkatan terhadap fenomena kebendaan

(materialism) menjadi penyumbang kepada pemilihan percutian dan perjalanan

seseorang. Selain itu, kebanyakan individu berminat kepada sesuatu yang

memberi kesan ke dalam gaya hidup mereka. Menyedari potensi pelancongan

kesejahteraan sebagai satu segmen pasaran baru, pengkaji akan menjadikan

pemahaman yang diperolehi daripada kajian teoritikal ini sebagai panduan dalam

menjalankan kajian.

Page 61: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BAB III: KAWASAN KAJIAN

Page 62: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BAB III

KAWASAN KAJIAN

3.1 PENGENALAN Kawasan kajian meliputi dua buah negeri yang melibatkan empat spa terpilih.

Keempat-empat spa dipilih berdasarkan jenis-jenis spa seperti yang telah

diklasifikasikan oleh Persatuan Spa Malaysia (AMSPA). Bab ini akan

menerangkan secara terperinci berhubung dengan kawasan pelancongan

kesejahteraan dalam usaha memahami latar belakang kawasan kajian. Oleh

yang demikian, bahagian ini akan turut menghuraikan secara terperinci profil

fizikal pembangunan pelancongan yang meliputi beberapa elemen dan produk

pelancongan di samping melihat senario pembangunan pelancongan

kesejahteraan di Malaysia.

3.2 PROFIL FIZIKAL KAWASAN KAJIAN 3.2.1 Latar belakang kawasan kajian I (Kuala Lumpur)

Bukit Bintang merupakan sebuah kawasan di mana terletaknya pusat aktiviti

manusia seperti gedung beli-belah dan hiburan yang masyhur serta menjadi

salah sebuah kawasan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur, termasuk kawasan

Page 63: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

sekitarnya, seperti Jalan Bukit Bintang. Kawasan ini menempatkan banyak

pusat beli-belah utama, kafe, kelab dan sebagainya. Bukit Bintang boleh akses

dengan menggunakan perkhidmatan awam seperti teksi dan bas. Selain itu,

terdapat perkhidmatan monorel yang menempatkan empat stesen di sekitar

kawasan Bukit Bintang iaitu Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang dan Raja Chulan.

Rajah 3.1: Kawasan Kajian di Kuala Lumpur.

Rajah 3.2: Kawasan Kajian di Shah Alam.

Page 64: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Seperti bandaraya utama lain, pelancongan memainkan peranan penting dalam

ekonomi Kuala Lumpur, dengan menyumbang kepada pendapatan, pekerjaan

dan memperluaskan peluang-peluang perniagaan. Industri pelancongan

mencakupi bidang perkhidmatan yang luas dan kemudahan yang diperlukan

adalah pelbagai, di samping dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada

semua lapisan penduduk.

Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan untuk ditawarkan sebagai destinasi

pelancongan. Ia mempunyai iklim yang bersesuaian dengan ciri-ciri tropika yang

unik, infrastruktur dan sektor perkhidmatan yang baik serta pelbagai tarikan

pelancongan, kemudahan membeli-belah, hiburan, hotel dan persidangan. Kuala

Lumpur juga bergerak maju dengan dihuni oleh masyarakatnya yang berbilang

kaum, agama dan kebudayaan dengan mewujudkan identiti dan imej tersendiri.

Pelancongan kesejahteraan masih diperingkat percambahan dan semakin

berkembang. Negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura serta

banyak negara lain telah dikenali kerana mempunyai kemudahan dan

perkhidmatan spa bertaraf dunia yang memberi penekanan kepada aspek

kecergasan, kesihatan, pencegahan, pemulihan dan penyembuhan. Malaysia

juga mempunyai potensi menjadi destinasi pelancongan kesejahteraan yang

kompetitif. Memandangkan Malaysia mempunyai kepakaran disamping

kemudahan yang berteknologi tinggi dan harga pakej rawatan yang ditawarkan

adalah rendah dan kompetitif berbanding dikebanyakan negara, Malaysia

dijangka mampu menarik lebih ramai lagi pelancong asing untuk mendapatkan

perkhidmatan kesihatan.

3.2.2 Latar belakang Kawasan Kajian II (Kota Tinggi, Johor) Kawasan kajian II merupakan sebuah daerah yang terletak di dalam negeri Johor

iaitu Kota Tinggi. Jarak perjalanan Kota Tinggi mengambil masa lebih kurang 40

Page 65: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

km dari bandaraya Johor Bahru. Daerah Kota Tinggi mempunyai keluasan

seluas 3488.7 kilometer persegi.

Kota Tinggi juga tidak kurang hebatnya berbanding destinasi-destinasi

pelancongan lain. Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya

berkunjung ke Kota Tinggi ialah air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang

16 km dari bandar Kota Tinggi. Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti,

Gunung Panti dan Gunung Muntahak. Antara pantai yang menjadi tarikan dan

boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung

Sedili.

Pantai Desaru merupakan pantai yang paling popular di Johor. Keindahan

pantainya yang memutih sepanjang 25 km dan dikelilingi pohon yang menghijau

menjadikan pantai ini menjadi tempat tarikan pelancong untuk berkunjung ke

Kota Tinggi. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini termasuklah berkelah,

memancing, snoerkling, berkayak, jungle tracking, menunggang

kuda. Kemudahan-kemudahan lain seperti penginapan, restoran, kedai

cenderamata dan padang permainan turut disediakan bagi memastikan

pengunjung dapat menikmati percutian mereka agar berjalan dengan lancar.

Rajah 3.3: Peta Kawasan Kajian Johor

Page 66: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Spa Pulai atau lebih dikenali sebagai Spa Desaru Perdana Beach Resort

terletak berhampiran Pantai Desaru iaitu di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas, teksi atau

berkenderaan sendiri, di mana jarak dan masa untuk sampai ke spa Desaru

Beach Resort tersebut adalah memakan masa seperti berikut:

Dari Johor Bahru : 102 km, 1 jam 30 minit

Dari Kuala Lumpur : 436 km, 4 jam 15 minit

Dari Singapura : 125 km, 2 jam 15 minit

Bagi pengunjung yang datang dari Singapura, terdapat pilihan untuk mereka

dengan menggunakan pengangkutan feri di Changi point, Singapura di mana

perjalanannya mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Feri ini mampu

menempatkan kira-kira 400 penumpang dan 70 buah kereta.

3.3 SENARIO PELANCONGAN KESEJAHTERAAN DI JOHOR DAN KUALA LUMPUR

Malaysia kini merupakan sebagai salah sebuah destinasi yang semakin popular

untuk mendapatkan rawatan perubatan terkini. Terdapat banyak kelebihan dalam

memilih Malaysia sebagai tempat mencari keperluan perubatan. Selain itu,

Malaysia turut tidak ketinggalan menawarkan pilihan secara meluas iaitu

mendapatkan rawatan spa kesejahteraan di samping dapat menghindarkan diri

daripada tekanan dan kebisingan kehidupan harian. Industri pelancongan

kesihatan dan kesejahteraan Malaysia mungkin belum semasyhur jika hendak

dibandingkan dengan beberapa negara jiran, namun begitu perkembangan

pelancongan kesihatan dan kesejahteraan ini pantas mengejar arus

perkembangan dengan munculnya tahap kesedaran masyarakat dunia tentang

kepentingan menjaga kesihatan. Malaysia antara negara yang mempunyai

kepakaran dalam bidang perubatan yang boleh diklasifikasikan di antara

kalangan terbaik di dunia.

Page 67: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Pelancongan kesejahteraan adalah sebuah komponen pelancongan kesihatan

selain daripada pelancongan perubatan. Komponen-komponen pelancongan

penjagaan kesejahteraan menjadi pelengkap kepada pelancongan kesihatan di

Malaysia, dengan tambahan produk-produk spa kesejahteraan dan kolam air

panas, ubat-ubat tradisional dan rawatan tradisional dan komplementari. Dengan

adanya kemudahan penjagaan kesihatan yang canggih dan cekap, serta tarikan

alam semulajadi, telah meletakkan Malaysia sebagai pusat pelancongan

kesihatan yang berdaya maju. Ia akan menjadi satu tarikan bersepadu antara

industri perubatan dan spa kesejahteraan.

Tidak dapat dinafikan lagi, sektor pelancongan merupakan salah satu

penyumbang utama kepada ekonomi negara dengan kemasukan pelancong ke

Malaysia dengan diramalkan akan meningkat kepada 24.6 juta orang pada tahun

2010 berbanding jumlah yang dicatatkan pada 2007 iaitu seramai 20.1 juta orang

seperti yang boleh dilihat dalam jadual 3.1. Justeru itu, sektor pelancongan

kesejahteraan ini mempunyai potensi yang lebih besar lagi untuk terus

berkembang dan mampu untuk pergi jauh lagi seperti keperingkat antarabangsa.

Jadual 3.1: Jumlah Kedatangan Pelancong ke Malaysia, 2001-2008

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008 (Jan-Mac)

Jum. pelancong

7,328 86,329 227,421 277,421 189,106 260,507 136,854 34,367

Sumber: Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), 2008.

3.3.1 Pelancongan Kesejahteraan di Kuala Lumpur

Sememangnya, kedua-dua kawasan kajian dilakukan terkenal dengan

menyediakan pelbagai infrastruktur dan perkhidmatan pelancongan kepada

masyarakat seperti penginapan, makanan dan kemudahan membeli belah pada

kadar berpatutan. Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan pusat-pusat spa yang

Page 68: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

menyediakan kombinasi rawatan moden, tradisional dan terapi alternatif yang

didapati semakin mendapat tempat di kalangan pelancong.

Walaupun mempunyai amalan, prinsip, warisan dan budaya yang berbeza,

kesemua ini telah diadun dengan jalinan hubungan melalui integrasi. Maka,

terhasillah warisan, budaya Malaysia yang unik dan kontemporari.

Kuala Lumpur sememangnya tidak asing di kalangan pelancong sebagai kota

yang pesat membangun dengan keunikannya tersendiri. Ia yang juga merupakan

ibu negara Malaysia turut menempatkan pelbagai tempat tarikan pelancong

seperti gedung beli belah terkemuka, pusat konvensyen dan pementasan

antarabangsa, muzium dan banyak lagi. Bagi menggalakkan peningkatan

industri spa tempatan serta melonjakkan kedudukan negara sebagai destinasi

pelancongan kesejahteraan, Kuala Lumpur sudah beberapa kali menjadi tuan

rumah bagi penganjuran-penganjuran peringkat antarabangsa seperti Festival

Spa dan Kesejahteraan Asia 2007. Acara tersebut telah berlangsung di Pusat

Pameran Mid Valley di ibu negara. Selain itu, Pameran dan Persidangan Spa

dan Kesihatan Antarabangsa (Iswec KL), juga akan berlangsung pada 15 hingga

17 Julai depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ibu kota Kuala Lumpur

bukan sahaja terkenal sebagai destinasi pelancongan tetapi juga dikenali

sebagai pusat kesejahteraan dan kesihatan di rantau ini. Mereka bukan sahaja

datang membawa balik barangan warisan dan budaya Malaysia tetapi juga

mendapat kesihatan dan kesegaran.

Kuala Lumpur akan terus menjadi destinasi persinggahan pelancong dan

antarabangsa juga domestik untuk menjelajah keunikan di Malaysia. Hal ini

bertepatan dengan kempen tahun melawat Malaysia 2007. Kuala Lumpur turut

membantu memperkenalkan lagi negara ini sebagai antara destinasi

pelancongan dunia yang menawarkan pelbagai keistimewaan.

Page 69: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

3.3.2 Pelancongan Kesejahteraan di Johor

Johor mensasarkan kedatangan 27 juta pelancong asing bagi tahun ini iaitu

peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding 24 juta orang pada tahun lalu. Hal

ini dapat dilihat berdasarkan unjuran langkah mempromosi, menaik taraf dan

tawaran pakej-pakej baru yang lebih menarik. Berdasarkan maklumat yang

diterima masih banyak ruang dan peluang yang boleh diteliti dan perhalusi untuk

dijadikan sebagai produk pelancongan bertaraf nasional mahupun antarabangsa.

Sehubungan ini, katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9)

Johor menerima peruntukkan sebanyak RM48,1750 untuk membangunkan

pelbagai rancangan pembangunan pelancongan.

Jadual 3.2: Kedatangan Pelancong ke Johor dan Bandaraya Johor Bahru Mengikut Laluan Masuk Pada Tahun 2004-2007.

2004 2005 2006 2007 Jumlah Pelancong

12,329,685 12,603,007 20,335,203 21,786,025

Sumber: Jabatan Imigresen Johor Bahru (2007)

Pemandangan di Pintu Masuk Johor-Singapura

Kerajaan Johor ingin mengukuhkan lagi komitmen untuk menjadikan WPI

sebagai projek pembangunan wilayah yang berjaya di peringkat global. Selaras

dengan perancangan terhadap koridor pembangunan di Malaysia, Iskandar

Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development

Page 70: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian

selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region

(SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.

Pelancongan merupakan satu sektor penting bagi Iskandar Malaysia. Ia

merupakan penyumbang utama kepada ekonomi di wilayah ini. Perkhidmatan

penjagaan kesihatan juga merupakan satu lagi aspek yang turut diberikan

penekanan oleh Iskandar Malaysia, terutamanya dengan adanya hospital-

hospital swasta yang moden dan canggih di Johor. Hal ini berdasarkan kepada

pengumuman pakej insentif dan sokongan terbaru, memandangkan sektor sektor

perkhidmatan dikenal pasti sebagai pemacu ekonomi di Iskandar, ia diberi fokus

khusus dan peluang pelaburan istimewa iaitu sektor pelancongan dan penjagaan

kesihatan turut tersenarai. Enam di mana sektor perkhidmatan yang diberi

tumpuan ialah:

a) Kreatif

b) Pendidikan

c) Rundingan dan Nasihat Kewangan

d) Logistik

e) Penjagaan Kesihatan

f) Pelancongan

• Hospital dan Pusat Perubatan Alternatif • Perkhidmatan pergigian dan Ortodontik

Bersepadu • Penyelidikan dan pembangunan dalam

penjagaan kesihatan • Perkhidmatan makmal bersepadu

• Hotel • Taman Tema, Pusat hiburan keluarga

dan Pusat Kebudayaan • Pusat Perdagangan dan Pameran • Perkhidmatan riadah dan Operasi

Serantau hotel.

Page 71: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Rajah 3.4: Wilayah Pembangunan Iskandar

Sumber: Pihak Berkuasa Tempatan Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA),2007.

Berdasarkan rajah 3.4 menunjukkan bahawa terdapat 5 kluster dalam Iskandar

Malaysia yang tidak sepenuhnya lagi dibangunkan. Pelancongan juga turut

tersenarai dalam 5 kluster tersebut. Penambahbaikkan dan pembangunan

kluster tersebut merupakan objektif utama dalam polisi dan strategi

pembangunan Iskandar Malaysia. Selain 5 kluster yang telah sedia ada,

Iskandar Malaysia kini juga turut akan melaksanakan pembangunan kluster baru

iaitu perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan kewangan

dan industri kreatif. Dengan perancangan pembangunan wilayah Iskandar

Malaysia ini, memperlihatkan kesungguhan dan betapa seriusnya kerajaan

dalam memajukan industri pelancongan dan kesihatan.

3.3.3 Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM)

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM), Kementerian

Kesihatan Malaysia menyedari bahawa pelancongan kesihatan memberi

pulangan besar kepada ekonomi negara. T&CM berpotensi menawarkan

perkhidmatan yang setanding, kos yang lebih murah serta infrastruktur

Page 72: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

pengangkutan yang lebih baik. Pada masa ini, T&CM telah memperkenalkan tiga

buah hospital integrasi yang turut terlibat dalam pelancongan kesihatan iaitu

i. Hospital Kepala Batas

ii. Hospital Putrajaya

iii. Hospital Sultan Ismail

Antara objektif pelancongan Kesihatan yang digariskan oleh Bahagian Perubatan

Tradisional dan Komplementari (T&CM) ialah

a) Membangunkan T&CM sebagai produk pelancongan berdaya saing

b) Mendedahkan pengusaha/pengamal dengan modaliti T&CM yang boleh

dimajukan

c) Mendedahkan pengusaha/pengamal dengan insentif yang disediakan

kerajaan

d) Meningkatkan kefahaman anggota KKM dengan modaliti-modaliti T&CM.

3.4 JUSTIFIKASI PEMILIHAN LOKASI KAJI SOAL SELIDIK Empat spa telah dipilih untuk pengkaji menjalankan kajian soal selidik terhadap

pengusaha spa serta pelancong mengikut jenis-jenis spa seperti yang ditakrifkan

oleh Persatuan Spa Malaysia (AMSPA). Antaranya,

v. Pusat Kecantikan dan Andaman Sal (Spa harian)

vi. Spa Village Kuala Lumpur (Spa Resort)

vii. Ayuvedium Medispa, Kuala Lumpur (Spa Perubatan)

viii. The Pulai Spa, Johor (Spa Destinasi)

Lokasi pertama, kedua dan ketiga telah dipilih memandangkan ianya terletak di

Kuala Lumpur dan mudah untuk diakses. Di samping itu, ketiga-tiga lokasi spa

tersebut terletak di jalan utama. Spa perubatan di Malaysia masih lagi

berkurangan dan kebanyakan spa perubatan ini masih belum diketahui umum

Page 73: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

dengan jelas kelainan konsep spa perubatan berbanding spa-spa lain.

Ayurvedium Medispa mewakili jenis spa perubatan yang terletak di Starhill

Gallery.

Namun begitu, pemilihan The Pulai Spa sebagai kawasan kajian dibuat

memandangkan tidak terdapatnya jenis ‘spa destinasi’ di Kuala Lumpur dan

kawasan yang terdekat dengan pengkaji. Merujuk kepada laman web

MalaysiaSpaOnline ‘spa destinasi’ boleh didapati di Spa Village, Pangkor Laut.

The Pulai Spa dipilih bagi mewakili jenis spa destinasi yang mana terdapat pakej

spa di sini yang menawarkan rawatan spa bersama penginapan.

3.4.1 Pusat Kecantikan dan Andaman Sal (Spa Harian)

Pusat Kecantikan dan Andaman Sal Bagi spa yang memulakan operasinya pada tahun 2004 ini, menawarkan rawatan berasaskan rawatan tradisional. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini terdiri daripada pelabagai lapisan peringkat umur, tahap sosial. Secara umumnya, rawatan spa ini mampu untuk dinikmati dan dicuba oleh sesiapa saja iaitu bukan hanya untuk golongan berada dan berpendapatan tinggi sahaja. Spa ini menggunakan produk yang berasaskan ’Sendayu Tinggi’. Spa ini mempunyai 3 orang terapi yang mendapat latihan secara professional iaitu dalam bidang spa ini.

Page 74: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Pusat Kecantikan dan Andaman Sal merupakan

sebuah tempat yang dapat membantu memberikan

ketenangan untuk lelaki dan wanita bagi mereka

yang ingin meningkatkan kesegaran badan, minda

dan jiwa. Dekorasi spa yang sederhana ini, di mana

dapat memberikan ketenteraman dan ketenangan

dan dapat memanjakan diri.

Pusat Kecantikan dan Andaman Sal telah dibuka secara rasminya pada tahun

2004 dan terletak di bangunan PKNS Shah Alam yang merupakan lokasi yang

strategik dan mudah untuk ditemui. Spa ini juga mempunyai terapi-terapi yang

berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Antara pekej yang ditawarkan oleh spa ini adalah seperti urutan aroma, skrub

badan, aromaterapi, rawatan wap, rawatan wajah (facial), mandi susu / mandi

bunga, lulur serta semua pakej pengurangan tekanan yang di minta untuk

menyegar dan menguatkan badan, minda dan semangat, Berikut adalah antara

pakej spa yang popular ditawarkan.

MENU PAKEJ

• Steam and One Hour Body Massage • Aromatherapy Steam Bath • Therapeutic Body Wrap • Scrub, Steam, Massage and Harmonizing Facial • Manicure, Pedicure • Milk Bath • Sauna

Page 75: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

3.4.2 Spa Village, Kuala Lumpur (Spa Resort)

Spa Village Kuala Lumpur yang berkeluasan

seluas 12,000 kaki persegi merupakan

sebuah kawasan penjanaan semula dan

cantik di tengah-tengah kesibukan bandaraya

Kuala Lumpur. Di sini jugalah tempat

pertemuan antara Timur dan Barat, baru dan

lama, menghimpun serta menawarkan

keunikan penyembuhan pelbagai budaya.

Keunikan pengunduran diri ini menawarkan campuran kebanyakan terapi yang

terbaik dan diintegrasikan dengan amalan penyembuhan dari serata kawasan di

dunia. Bayaran kepada kepelbagaian budaya dan kekayaan khazanah warisan

penyembuhan, menurut gaya terkini yang diadun bersama amalan lama dan

moden, menggunakan ramuan asli tempatan untuk memberikan kerehatan yang

membahagiakan dan pemulihan.

Selari dengan arus perkembangan teknologi, masyarakat kini tidak lari daripada

tuntutan pekerjaan, tekanan dan persaingan yang hebat. Lantaran itu, Spa

SPA VILLAGE, KUALA LUMPUR Spa Village merupakan anak syarikat dibawah YTL group, merupakan salah satu cawangan daripada enam Spa Village. Selain Kuala Lumpur, Spa Village juga boleh di dapati di Cameron Highland, Tanjong Jara, Tembok Bali, Pangkor. Spa Village Kuala Lumpur memulakan operasinya pada tiga tahun lalu iaitu 2005. Spa ini mempunyai seramai 15 orang terapi, di mana 2 orang daripadanya adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Keunikan yang ditonjolkan oleh kumpulan Spa Village ini ialah menggunakan bahan dan kaedah rawatan yang terdapat di Malaysia antaranya menggunakan 3 asas utama minyak Relax(Melayu), Uplift(Cina) dan Purify(India).

Page 76: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Village dapat memberikan keunikan suasana yang terasing dari persekitaran

kota untuk mendapatkan kerehatan, ketenangan dan meningkatkan kembali

keyakinan dan semangat.

Spa Village Kuala Lumpur juga turut memberi penghormatan dengan

menonjolkan kekayaan kepelbagaian budaya dan warisan penyembuhan rantau

Nusantara Malaysia, kepulauan melingkungi tanah besar dari Myanmar kepada

Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau Indonesia dan Filipina.

PAKEJ SPA BERPASANGAN (COUPLE SPA)

Trade Winds Rawatan Tradisil Diraja Melayu (Traditional Royal Malay Treatment) Rawatan Nusantara (Tradisi Asia Tenggara) Nusantara Treatment (Traditional Southeast Asia) Rawatan Peranakan Cina (Chinese Peranakan Treatment)

PAKEJ PERSEORANGAN (SINGLE SPA)

Trade Winds (East Meets West) • Terra Timur Body Scrub (Gentlemen) or Papaya Gentle Body Scrub (Ladies) * • Swedish Massage • European Facial Rawatan Cina Peranakan (Chinese Peranakan Treatment) • Milk Nectar Meditation • Pearl And Rice Facial • Egg Undulation Face Treatment • Mulberry Leaf Eye Clarity Treatment • Moxa Navel Activation * • Rattan Tapping Qi-Gong and Tui-na An-mo (Massage) • Saffron Tea Terapi Gadapura (Lelaki) (Gandaputra Therapy -Gentlemen) • Rejuvenation Hair Treatment

Page 77: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Terra Timur Body Masque • Steam Therapy * • Luxurious Bath • Gandapura Body Massage Terapi Rose (Perempuan) (Rose Therapy -Ladies) • Rose Hair Wrap • Rose Petals Body Masque • Steam Therapy • Rose Milk Bath Hang Tuah (Lelaki) (Hang Tuah -Gentlemen) • Urutan Pasak Bumi (Gentlemen's Traditional Warrior Massage) • Lulur Julang Perkasa (Body Scrub) • Siram Julang Seri (Royal Herbal Bath) • Lumur Lumur Sakti (Herbal Oil Application) • Ukup Wira Jati (Rejuvenating Body Steaming) • Santapan Pati Berahi (Herbal Tonic Drink) Tun Teja (Perempuan) (Tun Teja -Ladies) • Urutan Kebayan (Ladies Traditional Princess Massage) • Lulur Cendana Cangi (Body Scrub) • Siram Panca Cahaya (Royal Herbal Bath) • Alin-Alin Puteri (Herbal Oil Application) • Wap Cindai Berahi (Scented Body Steaming) * • Santapan Junjung Puteri (Scented Roots Drink)

PAKEJ ALA CARTE

Sensory Exploration Nail Care

Hair Care Skin Care

Massage Therapy Add On -Steam Bath, Rest and Relax -Aroma Bath

Page 78: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

3.4.3 The Pulai Spa (Destinasi Spa)

Pulai Spa merupakan tempat yang sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan

diri, mencari ketenangan serta terhindar daripada kesibukan kota dengan konsep

yang kontemporari. Ia menggabungkan dan mengharmonikan antara dekorasi

moden Bali, dilengkapi oleh rimbunan lanskap tropika dan kolam koi. Di sini,

pengunjung dapat menenangkan fikiran dan jiwa serta alami pengalaman yang

menyegarkan. Pengunjung akan diberi keistimewaan untuk memilih sepenuhnya

The Pulai Spa, Desaru. Telah dibuka pada empat tahun lepas iaitu 2004, di miliki oleh bekas Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato’ Chua Jui Meng. Namun begitu, kini ia telah diambil alih oleh Bina Resort. Spa ini mempunyai 3 buah bilik kelamin (couple room). The Pulai Spa adalah berada di bawah kelolaan bahagian Pusat Sukan (Sport Centre) hotel. Dengan dilengkapi kemudahan sukan dan rekreasi seperti studio aerobik, billiard room, bilik sukan/permainan (games room), gymnasium, Jakuzi. Pelbagai kemudahan serta aktiviti yang disediakan kepada pengunjung.

The Pulai Massage 60min

Pulai Spa Harmony 60min

Back Massage 30min

Javanese Lulur 60min

Balinese Boreh 60min

Lavender Scrub 60min

Cocoa Scrub 60min

Citrus Salt Scrub 60min

The Pulai Facial 60min Anti-Aging Facial 60min Pulai Indulgence 30min Tropical Mist 120min (urutan & skrub badan) Pulai Treat 120min (urutan & rawatan muka) Melana Package 180min (urutan, rawatan muka & skrub badan) Magellan Package 150min (urutan, skrub badan & urutan kaki)

Page 79: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

rawatan spa yang menenangkan termasuk urutan, rawatan muka dan skrub

badan.

‘The Pulai Spa’ dilengkapi dengan bilik rawatan yang selesa bagi mereka yang

datang secara berpasangan atau bersendirian. Dengan berlatarbelakangkan spa

tropika dengan pengaruh dekorasi Asia. The Pulai Spa menawarkan menu

rawatan yang menggabungkan antara yang terbaik dari Timur dan Barat, dengan

menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, urutan asli secara

professional serta minyak daripada tumbuhan yang didatangkan khas dari

Australia.

Antara yang menjadi tarikan sejak sekian lama dan menjadi satu kemestian

dalam menu spa adalah urutan Bali, urutan Aromaterapi dan refleksologi. Asas

kekayaan minyak Sweet Almond mengandungi 100% minyak asli Australia

diberikan kepada pengunjung spa dengan pelbagai gabungan bertujuan untuk

memberikan kesan terhadap fizikal dan mental. Regangan, tapak tangan dan

teknik titik tekanan urutan membantu dalam melonggarkan otot–otot yang

bersimpul dan bantuan untuk memperbaiki pengaliran darah.

Page 80: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Pengunjung juga mempunyai banyak pilihan aktiviti kesihatan (healthcare) dan

kesegaran (fitness) untuk dilakukan yang telah disediakan seperti berikut: ISNIN SELASA RABU

Water Babes (Renang- corrections strokes) Splashing Good Time! (Aerobik Air) Hit & Giggles (Perlawanan Tenis) 5-a-Side (Futsal) Watch It! (Filem pilihan)

Power Walk (Jogging) The Dual (Table Tennis Competition) Water Games (Bola tampar air) Night Safari (A walk on the course) Watch It! (Filem pilihan)

Perfect Your Swing (Klinik Golf) Mini Explorace (Treasure Hunt) Splashing Good Time! (Aerobik Air) Water Games (Bola tampar air) Watch It! (Filem pilihan)

KHAMIS JUMAAT The Mind Game (Pertandingan Chess & Karom) How Good Are Your Hands? (Kraftangan) Water Babes (Renang- corrections strokes) 5-a-Side (Futsal) Hit The Target (Pertandingan Dart)

Water Babes (Renang- corrections strokes) Golf Clinic (Driving Range) Keep on Rolling! (8 Ball Pairs Competition) Splashing Good Time! (Aerobik Air) Watch It! (Filem pilihan)

SABTU AHAD Power Walk (Jogging) Shake It Up! (Sessi Aerobik) Be a Pro (Table Tennis Coaching Tips) Water Games (Bola tampar air) Night Safari (A walk on the course)

Water Babes (Renang- corrections strokes) Splashing Good Time! (Aerobik Air) Watch It! (Filem pilihan) The Dual (Table Tennis Competition) The Mind Game (Pertandingan Chess & Karom) Watch It! (Filem pilihan)

Page 81: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

3.4.4 Ayurvedium Medispa (Spa Perubatan) Ayurveda adalah sistem penyembuhan turun

temurun dari India secara meluasnya membawa

mesej ‘Wisdom of Life’. Ayurveda menjadi sistem

perubatan yang berkembang daripada ujian

falsafah India, yang menjelaskan bagaimana

untuk hidup dalam keadaan harmoni melibatkan

dalaman diri seseorang dengan dunia di

sekeliling.

Ayurveda yang diamalkan dalam Ayurvedium Medispa-premium Malaysia spa

perubatan, menentukan ketulenan rawatan Kerala Ayurvedic yang menekankan

ke atas penyelengaraan kesihatan yang positif dan mencegah penyakit. Doktor

Ayurvedic (Vaidya) akan membantu dengan menganalisa pesakit secara

perundingan dan perbincangan dengan terperinci.

Hal ini bergantung kepada penilaian Prakriti

(keadaan bawaan sejak lahir) yang mana

membantu untuk membaca dan memahami

ketidakseimbangan dosha, dan berdasarkan

AYURVEDIUM MEDISPA Ayurvedium Medispa telah beroperasi secara rasminya pada November, 2006. Spa ini menawarkan rawatan yang berasaskan ‘herbal medical’. Rawatan serta kemudahan(facilities) Ayurveda ini didatangkan khas dari India. Doktor K.P. Harilal merupakan doktor yang berkelulusan dalam bidang perubatan dari India bertanggungjawab dalam menjalankan spa perubatan ini. Seramai 5 orang terapi mempunyai kelayakan dalam bidang ini adalah dari India. Ayurvedium Medispa ini akan meluaskan lagi perusahaan ini dengan membuka cawangan terbarunya di The Gardens, Mid Valley City. Boleh dikatakan pengunjung yang datang adalah 70% daripadanya pelancong antarabangsa dan 30% domestik. Kebanyakan mereka adalah ’repeat customer’.Bagi, pelancong antarabangsa kebanyakannya datang dari Jepun, Australia, Norway dan juga mereka dari Timur Tengah.

Page 82: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

perkara tersebut, pelanggan pesakit tersebut akan

diberi cadangan dan nasihat untuk memperbaiki

gaya hidup mereka. Diagnosis denyutan nadi

dilakukan untuk menentukan dominan dosha yang

mana menjelaskan aliran tenaga yang sukar

difahami.

Page 83: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

3.5 KESIMPULAN

Pembangunan pesat sektor kesihatan yang menyediakan penjagaan berkualiti

dan mampu diperoleh, telah mewujudkan persekitaran kondusif bagi

menggalakkan pelancongan kesejahteraan.

Pelancongan kesejahteraan akan terus dipromosikan dengan penglibatan yang

lebih meluas daripada sektor kesihatan swasta. Sehubungan itu, pakej

perkhidmatan yang komprehensif di mana Malaysia mempunyai kelebihan

bersaing akan dibangun. Usaha juga akan diambil untuk membangunkan lagi

perkhidmatan penjagaan kesihatan di destinasi pelancongan popular disamping

mempromosikan tarikan lain.

Pembangunan berterusan dalam sektor kesihatan, khususnya penjagaan

kesihatan tertiari di hospital sektor swasta, akan memberikan persekitaran yang

selesa dalam menggalakkan pelancongan kesihatan. Dalam hubungan ini,

penggunaan rangkaian telekesihatan juga akan menyokong mengoptimumkan

penggunaan pelbagai kategori tenaga manusia pakar dalam sektor kesihatan.

Jawatankuasa Pelancongan Kesihatan Kebangsaan seharusnya memberi

penekanan kepada tenaga manusia dan infrastruktur kesihatan yang akan

disediakan untuk menggalakkan lagi pelancongan kesihatan.

Kehadiran kepelbagaian sistem perubatan di Malaysia, seharusnya dilihat

sebagai perkembangan yang sihat kerana setiap sistem perubatan itu

mempunyai matlamat yang serupa iaitu ingin membebaskan seseorang daripada

cengkaman penyakit dan memberikan kesejahteraan dan kesihatan kepada

anggota masyarakat. Kewujudan pelbagai sistem perubatan dalan sesebuah

masyarakat ini memberi peluang memilih sesuatu yang bersesuaian dengan

mereka dari segi masa, perbelanjaan dan pandangan dunia (world-view).

Page 84: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Setiap sistem perubatan di Malaysia mempunyai keistimewaannya yang

tersendiri, sebagai contoh perubatan Melayu kaya dengan ubatan akar kayunya,

perubatan Cina terkenal dengan akupuntur, India dengan Ayurveda serta

khazanah-khazanah daripada kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Setiap

satunya mempunyai kepakarannya tersendiri. Terpulang kepada setiap jenis

sistem perubatan ini untuk menonjolkan dan memperkenalkan perkhidmatan dan

keistimewaannya. Pengguna perlu diberikan pendidikan dan memaklumkan

tentang perubatan dan kesihatan secukupnya bagi membolehkan mereka

membuat pilihan yang terbaik.

Pembangunan produk pelancongan di kawasan kajian dilakukan oleh

pengusaha-pengusaha spa itu sendiri mengikut citarasa dan kesesuaian

berdasarkan jenis spa yang ditawarkan. Dari kajian lapangan yang yang

dilakukan pengkaji, didapati bahawa adanya perbezaan antara fasiliti

kemudahan pada setiap spa. Baik ianya dilihat dari konsep reka bentuk,

senibina, produk rawatan yang ditawarkan dan sebagainya.

Setiap jenis spa mempunyai cara dan kaedah tersendiri dalam pelaksanaan

pembangunan yang mereka lakukan di mana pada akhirnya akan mempengaruhi

hasil pembangunan itu sendiri. Secara prinsipnya, jika pelaksanaan dan

pembangunan yang dilakukan oleh agensi-agensi yang berbeza tentunya juga

akan menghasilkan sesuatu yang berbeza. Hal ini dapat dilihat pada fasiliti yang

ada disetiap spa, dimana adanya perbezaan konsep pembangunan, reka bentuk

dan lain-lain.

Pada bab seterusnya akan dilakukan analisis dan penilaian terhadap kawasan

kajian, di mana kriteria penilaian yang dipilih telahpun disesuaikan dengan teori-

teori dan pinsip-prinsip pembangunan yang sebenarnya.

Page 85: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BAB 1V: ANALISIS DAN PENILAIAN KAJIAN

Page 86: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BAB IV

ANALISIS DAN PENILAIAN KAJIAN 4.1 PENGENALAN Bab ini akan menyentuh analisis penemuan kajian hasil daripada kajian

lapangan yang telah dijalankan di empat buah spa terpilih mengikut jenis-jenis

spa di Malaysia iaitu Spa Harian, Spa Hotel/Resort/Pelayaran, Spa Destinasi dan

Spa Perubatan. Antara perkara-perkara yang akan dihuraikan serta dianalisis

melibatkan elemen pelancongan antaranya profil pelancong kesejahteraan,

persepsi terhadap program pelancongan kesejahteraan yang diperkenalkan di

Malaysia serta faktor-faktor yang menarik yang menjadikan Kuala Lumpur dan

Johor Bahru sebagai destinasi pelancongan.

Analisis yang dijalankan dalam bab ini, akan dibahagi kedua bahagian iaitu

bahagia yang

i. Menghuraikan kaedah dan justifikasi penentuan sampel soal

selidik yang digunakan

ii. Pengkaji akan memberi penekanan terhadap tipologi dan

persepsi pelancong dalam menggambarkan senario semasa

pelancongan kesejahteraan.

Dalam hasil analisis, penekanan terhadap dapatan daripada hasil jawapan dan

tindak balas responden terhadap persoalan yang dikemukakan dalam borang

Page 87: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

soal selidik serta pandangan key informants presiden persatuan spa dan

pengusaha/pengurus spa. Ini bersesuaian dengan objektif kajian yang meliputi

pendapat terhadap aspek:

i. Menilai persepsi pelancong mengenai pelancongan kesejahteraan

ii. Mengenal pasti dan menilai konsep pelancongan kesejahteraan

serta ciri-ciri khusus pelancongan kesejahteraan.

Secara keseluruhannya, data-data yang telah dikumpul akan diguna pakai

sepanjang proses penganalisisan data ini berlangsung. Oleh itu, bab ini

merupakan antara bab yang terpenting untuk menghasilkan penemuan kajian

sekaligus dapat mencapai tujuan dan objektif kajian secara menyeluruh.

4.2 KAEDAH SURVEY

Kajian ini merupakan kajian lapangan yang bertujuan untuk melihat aktiviti

pelancongan kesejahteraan di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa.

Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tinjauan seperti borang soal selidik

dan temuramah. Kaedah borang soal selidik ini mempunyai darjah kepercayaan

yang tinggi, kos yang murah dan jangka masa yang singkat.

4.2.1 Borang soal selidik Dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu merujuk kepada kiraan dan

ukuran tentang sesuatu, persoalan kajian dapat dijawab dengan mengukur

keberkesanan sesuatu penemuan. Pemilihan sampel soal selidik pengunjung

menggunakan teknik persampelan secara rawak iaitu setiap pengunjung spa

berpotensi untuk menjadi responden. Berdasarkan kaedah temuramah, kita

dapat memperolehi maklumat berkaitan latar belakang, ciri-ciri spa yang boleh

ditawarkan untuk pelancongan serta maklumat-maklumat lain yang diperlukan.

Page 88: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

4.2.2 Temuramah Kaedah kualitatif melibatkan kajian yang terperinci dalam usaha untuk

mendapatkan informasi yang meluas bagi mencapai maksud idea dan isu yang

berkaitan dalam penyediaan untuk program yang akan datang.

4.3 JUSTIFIKASI PENENTUAN SAMPEL

Kajian yang telah dijalankan melibat penyertaan seramai 99 orang responden

yang merupakan pengunjung spa-spa di empat buah spa yang terlibat sebagai

kawasan kajian. Populasi kajian terdiri daripada pelancong domestik dan

antarabangsa yang terlibat dengan mengunjungi spa di empat buah spa iaitu

Ayurvedium Medispa, Spa Village Kuala Lumpur, Pusat Kecantikan dan

Andaman Sal serta The Pulai Spa. Daripada populasi tersebut 99 orang seperti

yang telah dinyatakan diatas telah dipilih secara rawak (cluster sampling-

‘convenient sampling’) sebagai sampel kajian. Pembahagian responden bagi

jenis spa dipilih berdasarkan jumlah kedatangan pelancong tahunan. Kaedah

pengiraan adalah dengan mencari peratusan bagi empat jenis spa terpilih,

seperti dalam jadual

Jadual 4.1: Sampel Kajian

Jenis Peratusan (%) Jumlah

Spa Harian 26.3 26

Spa Hotel/

Resort/Pelayaran

33.4 33

Spa Destinasi 26.3 26

Spa Perubatan 14.1 15

Jumlah Keseluruhan 100 99

Page 89: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Pengiraan saiz sampel dibuat dengan merujuk kepada Yamane, T (1973) adalah

dengan mengambil kira tahap keyakinan 90% dengan margin error 10%, maka

saiz sampel adalah:

n = 9000

1 + (9000 x 0.10²)

= 99 sampel Jadual 4.2 : Pengiraan saiz sampel

Size sample (n) for precion (e) of

Populasi (N) +1% +2% +3% +4% +5% +10%

9,000 - 1,957 989 584 383 99

10,000 5,000 2,000 1,000 588 385 99

Sumber: Yamane, T (1973), Statistic And Introduction Analysis.

Secara umumnya, jumlah 99 saiz sampel ini dipilih daripada 9000 sample frame

dengan margin error sebanyak 10%.

Kaedah temuramah digunakan sebagai panduan untuk memastikan pengkaji

akan dapat meliputi segala isu dan persoalan yang timbul. Bagi penentuan

sampel temuramah, pengkaji akan menemuramah pegusaha/pengurus disetiap

spa. Selain itu, juga pengkaji turut mengadakan sesi dialog bersama presiden

Industri Spa dan Kesejahteraan Malaysia (SWIAM).

Penggunaan gabungan kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitaif diguna pakai

bagi mengukuhkan lagi dapatan yang ingin diperolehi. Penyelidik telah

menggunakan program SPSS (Statistical Package of Social Sciences) untuk

mencari kekerapan, peratusan serta menguji perhubungan.

Page 90: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

4.4 ANALISIS DESKRIPTIF PELANCONG Bahagian ini akan membentangkan segala dapatan yang diperolehi berdasarkan

analisis yang telah dijalankan ke atas 99 soal selidik yang telah dikembalikan

kepada pengkaji. Penganalisisan data telah dijalankan dengan menggunakan

perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 10.0. Data-data

yang diperolehi akan dianalisis melalui kaedah analisis Deskriptif. Analisis akan

dibuat dengan membentangkan dapatan dalam bentuk peratusan, carta bar,

carta pai dan jadual.

4.4.1 Profil Responden

Daripada jumlah keseluruhan responden yang terlibat iaitu seramai 99 orang,

38% terdiri daripada responden lelaki, manakala, perempuan pula mencatatkan

sebanyak 62%. Mereka yang terlibat ini adalah daripada pelbagai peringkat umur

antaranya sebanyak 31% responden wanita adalah berumur antara 20-29 tahun,

19% mereka yang berusia 30-39 tahun dan bagi peringkat umur antara 40-49

mencatatkan sebanyak 11%. Manakala, bagi responden lelaki pula menunjukkan

sebanyak 14% bagi mereka yang berusia antara 40-49 tahun, diikuti dengan

11% berumur sekitar 30-39 tahun. Seterusnya, 9% adalah mereka yang berada

dalam lingkungan usia 50-59, manakala 3% melibatkan umur sekitar 20-29 dan

terdapat juga 1% merupakan responden lelaki yang mewakili usia kurang

daripada 20 tahun.

Page 91: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

<20 20-29 30-39 40-49 50-59

0

10

20

30

40

UMUR (THN)

JANTINA

UMUR RESPONDEN MENGIKUT JANTINA

Lelaki Perempuan

Peratusan Responden Mengikut Jantina (%)

38%

62%

Lelaki Perempuan

Rajah 4.1: Peratusan responden yang mengunjungi Rajah 4.2: Peratusan responden mengikut Jantina spa megikut kumpulan umur dan jantina

Sumber : Kajian Lapangan (2008) Sumber : Kajian Lapangan (2008)

4.4.2 Tempat Asal Responden

Berdasarkan rajah 4.3, peratusan menunjukkan sebanyak 47% daripada jumlah

keseluruhan responden adalah pelancong antarabangsa. Manakala, 53% pula

adalah pelancong domestik. Pelancong domestik adalah kebanyakannya dari

Kuala Lumpur, Johor Bahru, Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka, Kedah,

Penang. Manakala, pelancong antarabangsa pula dari Jakarta, Jepun, Rusia,

Singapura, Sri Lanka, Canada, Australia, UK, Dubai, New Zealand, France, India

dan London.

Rajah 4.3 : Tempat asal responden

53%

47%

Domestik Antarabangsa

Sumber : Kajian Lapangan (2008)

Page 92: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

4.4.3 Pekerjaan dan Tahap Pendidikan Responden Dengan merujuk kepada carta di bawah, dapat dilihat bahawa pelancong yang

terlibat dalam aktiviti pelancongan kesejahteraan ini terdiri daripada mereka yang

berpendidikan tinggi, diikuti dengan mereka yang mendapat pendidikan

menengah dan seterusnya, sekolah rendah, pendidikan tidak formal serta lain-

lain. Responden yang mempunyai tahap pendidikan tinggi telah mencatatkan

peratusan tertinggi pergi ke spa. Ianya diikuti dengan 10% adalah lain-lain, 9%

sekolah menengah, 7% sekolah rendah dan 2% adalah sekolah rendah.

Rajah 4.4 : Tahap Pendidikan Responden

Tahap Pendidikan Responden

72%

9%

7%2%

10%

Pendidikan tinggiPekolah menengahSekolah rendahTidak formalLain-lain

Sumber : Kajian Lapangan (2008)

Berdasarkan kepada 99 responden yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan

bahawa peratusan majoriti responden adalah Usahawan (Businessman) iaitu

sebanyak 26.3%. Manakala, 20.2% atau 20 orang pelancong yang ditemui

adalah mereka yang bekerja dalam bidang professional/ teknikal. Seterusnya,

kakitangan kerajaan pula mencatatkan sebanyak 17.2% dan diikuti dengan

pengurus/pentadbir (15.2%), pelajar (11.1%), jurujual/kerani (4.0%), surirumah

(3.0%), pesara (2.0%) dan lain-lain seperti yang dinyatakan dalam jadual 4.3.

Page 93: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Jadual 4.3: Pekerjaan dan Tahap Pendidikan

Sumber : Kajian Lapangan (2008)

4.4.4 Pendapatan Bulanan Pelancong Domestik dan Antarabangsa (USD/RM)

Rajah 4.5, menunjukkan peratusan majoriti responden mempunyai pendapatan

bulanan sebanyak USD/RM3,000-4,999 bagi kedua-dua domestik (28.7%) dan

antarabangsa (27.7%). Manakala, bagi pelancong antarabangsa, responden

mempunyai pendapatan bulanan antara lebih daripada USD7,000 mempunyai

peratusan yang sama dengan peratusan antara USD3,000-4,999. Diikuti pula

dengan 17% USD5,000-6,999, 10.6% (USD1000-2,999), 10.6% bagi kategori

lain-lain dan sebanyak 6.38% berpendapatan dibawah USD999.

Bagi pelancong domestik pula, pendapatan bulanan kedua tertinggi adalah

antara RM1,000-2,999. Seterusnya, sebanyak 15.4% adalah mereka yang

mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000-6,999, diikuti oleh lain-lain

sebanyak 13.3% dan 11.5% (lebih RM7,000) serta 5.5% adalah mereka yang

mempunyai pendapatan dibawah RM999. Secara keseluruhannya, dapat dilihat

di sini bahawa mereka yang berkunjung ke spa adalah mereka yang

berpendapatan tinggi, juga merupakan mereka yang terdiri daripada kumpulan

professional dan usahawan serta mempunyai kuasa beli yang besar.

Pekerjaan danTahap Pendidikan Pekerjaan Pendidikan

Tinggi Sekolah

MenengahSekolah Rendah

Tidak Formal

Lain-lain

Jumlah

%

Professional/ Teknikal

15 - 3 1 1 20 20.2

Pengurus/Pentadbir 10 - - 5 15 15.2Pelajar 6 2 2 - 1 11 11.1Usahawan/Peniaga 23 2 - - 1 26 26.3Pesara 2 - - - - 2 2.0 Jurujual/Kerani 2 1 - - 1 4 4.0 Kakitangan kerajaan

11 3 2 - 1 17 17.2

Surirumah 2 1 - - - 3 3.0 Lain-lain - - - 1 - 1 1.0 Jumlah Peratus(%)

71

71.1

9

9.1

7

7.1

2

2.0

10

10.1

99

100

100

Page 94: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

0

51015202530

Peratus (%)

< 999 1,000-2,999

3,000-4,999

5,000-6,999

>7,000 Lain-lain

(USD/RM)

Peratus Pendapatan Bulanan Pelancong Tempatan Dan Antarabangsa (USD/RM)

Temapatan(%)Antarabangsa(%)

KESEDARAN TERHADAP PELANCONGAN KESIHATAN

54%

46%

Yes No

Rajah 4.5:Peratusan Pendapatan Bulanan Pelancong Domestik dan Antarabangsa Sumber: Kajian Lapangan (2008) 4.4.5 Kesedaran Terhadap Pelancongan Kesejahteraan

Berdasarkan rajah 4.6, didapati bahawa kesedaran responden terhadap

pelancongan spa adalah baik. Daripada sejumlah responden yang menjawab

borang soal selidik ini, sebanyak 54% daripadanya mengetahui tentang

pelancongan kesejahteraan. Manakala, sebanyak 46% pula menyatakan tidak

mengetahui mengenai pelancongan kesejahteraan. Walau bagaimanapun,

mereka juga adalah merupakan pengunjung spa.

Rajah 4.6: Kesedaran Terhadap Pelancongan Kesejahteraan

Sumber: Kajian Lapangan (2008)

Page 95: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

4.4.6 Kekerapan Kunjungan

Berdasarkan Rajah 4.7, boleh dirumuskan bahawa sejumlah besar pelancong

datang untuk mendapatkan rawatan di spa adalah dengan kekerapan sebanyak

sebulan sekali (62%). Manakala, 16% adalah mereka yang pergi ke spa setahun

sekali dan disertai dengan kekerapan kunjungan spa bagi pilihan lain-lain

sebanyak 13% atau seramai 13 orang. Terdapat juga responden berkunjung

dengan kekerapan seminggu sekali mencatatkan peratusan sebanyak 9%. Rajah 4.7: Kekerapan Mengunjungi Spa

KEKERAPAN MENGUNJUNGI SPA

Seminggu sekali9%

Sebulan sekali62%

Setahun sekali16%

Lain-lain13%

Seminggu sekali Sebulan sekali Setahun sekali Lain-lain

Sumber : Kajian Lapangan (2008) Jadual 4.4: Kekerapan Kunjungan Mengikut Jenis Spa

Kekerapan Mengunjungi Spa Seminggu

sekali Sebulan sekali

Setahun sekali

Lain-lain

Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Spa Harian - - 13 13.1 8 8.1 5 5.0 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

3 3.0 23 23.2 4 4.0 3 3.0

Spa Destinasi 5 5.0 17 17.2 3 3.0 1 1.0 Medispa 1 1.0 8 8.1 1 1.0 4 4.0 Sumber : Kajian Lapangan (2008)

Page 96: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Melihat kepada jadual 4.4 di atas, didapati bahawa kekerapan mengunjungi spa

yang tertinggi dicatatkan oleh responden dari jenis spa resort iaitu sebanyak

sebulan sekali dengan peratusan 23.2%. Secara umumnya, dilihat bahawa

semua resonden setiap jenis spa mempunyai kekerapan sebulan sekali

mengunjungi spa berbanding seminggu sekali dan setahun sekali. Kekerapan

berkunjung ke spa yang mencatatkan jumlah terbanyak iaitu sebulan sekali

adalah seperti berikut iaitu spa resort 23.2%, seterusnya, spa destinasi

sebanyak 17.2% (17 orang), spa harian mencatatkan 13.1% (13 orang) dan

8.1% adalah dari Medispa.

Rajah 4.8 : Penggunaan Spa Yang Sama

Ya, 26.3%

Tidak, 73.7%

0 20 40 60 80

Peratus (%)

Ya

Tidak

ADAKAH MERUPAKAN SPA YANG SAMA?

Sumber : Kajian Lapangan (2008) Bertitik tolak daripada kekerapan yang telah dinyatakan di atas, didapati bahawa

kebayakan responden memberikan jawapan ‘tidak’ bagi persoalan ‘adakah ia

merupakan spa yang sama?’. Sebanyak, 73.7% menjelaskan bahawa kunjungan

mereka tidak hanya tertumpu pada spa yang sama. Hal ini kerana, responden

turut mendapatkan rawatan spa di tempat dan jenis spa yang berlainan. Hanya

seramai 26 orang (26.3%) sahaja memberikan jawapan ‘ya’ pada kenyataan

tersebut. Ia dapat dilihat pada rajah 4.8.

Page 97: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Dengan merujuk kepada jadual 4.5, kebarangkalian untuk responden berkunjung

ke spa yang sama mengikut responden daripada jenits spa yang berbeza.

Secara keseluruhannya, bagi semua responden di keempa jenis spa ini

memberikan jawapan ’tidak’ iaitu mereka tidak hanya mengunjungi spa yang

sama sahaja. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada jadual di atas iaitu

sebanyak 26 orang (26.2%) pengunjung spa resort ini memberikan jawapan

’tidak’. Seterusnya, ia turut diikuti oleh spa destinasi yang mencatatkan 21.2%,

manakala 14.1% (14 orang) bagi responden spa harian dan akhirnya 12.1% (12

orang) adalah daripada Medispa.

Jadual 4.5 : Kunjungan Spa Yang Sama

Sumber: Kajian Lapangan (2008) 4.4.7 Faktor Mempengaruhi Kunjungan Berhubung dengan soalan soal selidik yang diedarkan, dapat dilihat di sini

bahawa responden telah membuat pilihan yang banyak kepada empat kriteria

berikut iaitu faktor yang mempengaruhi mereka adalah untuk mendapatkan

kerehatan (relaxation), meningkatkan kesihatan, tujuan kecantikan dan galakan

daripada rakan-rakan. Dua pilihan yang lain yang diberikan seperti rasa ingin

tahu dan lain-lain tidak menjadi pilihan responden. Berdasarkan carta di bawah,

kerehatan (relaxation) menjadi faktor yang menjadi kegemaran responden iaitu

sebanyak 40% memilih relaxation, dan diikuti oleh tujuan kecantikan dengan

peratusan sebanyak 30%. Manakala, faktor meningkatkan kesihatan juga

merupakan jawapan kesukaan bagi kebanyakan responden iaitu mencatatkan

Adakah spa yang sama? Ya Tidak

Bil. % Bil % Spa Harian 12 12.1 14 14.1 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

7 7.0 26 26.2

Spa Destinasi 5 5.0 21 21.2 Medispa 2 2.0 12 12.1

Page 98: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

peratusan sebanyak 27%. Bagi faktor galakan daripada rakan-rakan hanya

sebanyak 3% sahaja.

Rajah 4.9: Faktor mempengaruhi kunjungan ke spa

FAKTOR MEMPENGARUHI KUNJUNGAN KE SPA

27%

30%

40%

3%

Meningkatkan kesihatan Tujuan kecantikan

Relaxation Galakkan rakan-rakan

Sumber : Kajian Lapangan (2008) 4.4.8 Persepsi Terhadap Produk Spa

Berdasarkan jadual 4.6 di bawah, secara keseluruhannya adalah persepsi

kebanyakan responden terhadap produk spa yang ditawarkan. Antaranya,

responden sangat berminat untuk merasakan urutan (49.4%). Selain itu, sauna,

jakuzi, mandi wap, program diet, rawatan muka dan balutan herba dinyatakan

oleh responden sebagai ‘berminat’. Namun begitu, responden memilih

Balneotherapy, Thalassotherapy antara yang tidak diminati dalam mendapatkan

rawatan spa. Ia mungkin disebabkan oleh, ianya kurang didedahkan kepada

masyarakat tentang kewujudan kedua-dua rawatan tersebut. Berdasarkan trend

pelancongan kesejahteraan dinegara luar, aktiviti kesegaran (fitness) semakin

diminati dan menjadi rawatan dan kemudahan sampingan disediakan oleh

sesetengah spa. Di Malaysia, mungkin elemen ini masih baru dan janggal untuk

tawaran sesebuah spa.

Page 99: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Jadual 4.6: Pemilihan produk yang ditawarkan berdasarkan minat responden.

Minat untuk membeli produk (%)

Indikator Tidak

berminat

Kurang

berminat

Agak

berminat

Berminat

Sangat

berminat

Min

Sauna 6.1 12.1 21.2 43.4 17.2 3.54 Jakuzi 6.1 10.1 20.2 45.5 18.2 3.60 Mandi wap 6.1 10.1 26.3 38.4 19.2 3.55 Mandi air galian 8.1 26.3 28.3 20.2 17.2 3.12 Mandi dgn air sejuk dan panas

5.1 28.3 25.3 25.3 16.2 3.19

Pancutan air utk urutan

8.1 24.2 31.3 32.3 4.0 3.0

Balneotherapy 21.2 36.4 26.3 13.1 3.0 2.40 Urutan 8.1 10.1 12.1 20.2 49.5 3.93 Yoga aerobic 21.2 30.3 18.2 18.2 12.1 2.70 Gym 21.2 29.3 22.2 19.2 8.1 2.64 Program diet 16.2 20.2 19.2 38.4 6.1 2.98 Thalassotherapy 30.3 32.3 21.2 11.1 5.1 2.28 Rawatan muka 3.0 11.1 15.2 42.4 28.3 3.82 Balutan herba (herbal wrap)

8.1 11.1 13.1 46.5 21.2 3.62

Sumber: Kajian Lapangan (2008)

Berdasarkan soalan yang dikemukakan dalam mengenal pasti persepsi

responden terhadap pelancongan kesejahteraan dengan pemilihan jawapan oleh

responden adalah berdasarkan Skala Likert. Dapatan kajian adalah seperti yang

tertera dalam jadual diatas. Jadual 4.6 menunjukkan nilai min bagi tanggapan

responden terhadap elemen rawatan yang mempengaruhi pemilihan dibuat.

Hasil dapatan menunjukkan min yang tertinggi ialah bagi elemen ‘urutan’ iaitu

nilai min sebanyak 3.93. Seterusnya, diikuti dengan rawatan muka (min 3.82),

balutan herba (min 3.62), jakuzi (min 3.6).

Page 100: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

4.4.9 Persepsi Pelancong Terhadap Faktor Mempengaruhi Pengalaman Spa Jadual 4.7: Persepsi Pelancong Untuk Mengalami Rawatan Spa

Kepentingan Dalam Mempengaruhi Pengalaman Rawatan Spa

Indikator

Tidak penting

Kurang penting

Sederhana

penting

Penting

Sangat penting

Min

Harga 5.1 9.1 22.2 23.2 40.4 3.85 Kualiti 3.0 9.1 5.1 21.2 61.6 4.29 Rekabentuk (Design)

- 11.1 14.1 30.3 44.4 4.08

Pengiklanan 3.0 9.1 24.2 32.3 31.3 3.80 Rawatan popular/disukai

3.0 7.1 6.1 54.5 29.3 4.00

Kemudahan moden

2.0 8.1 11.1 36.4 42.4 4.09

Rawatan tradisi 4.0 8.1 13.1 39.4 35.4 3.94 Kaedah cadangan

1.0 6.1 49.5 24.2 19.2 3.55

Nilai dan imej 2.0 11.1 12.1 33.3 41.4 4.01 Unik - 8.1 18.2 30.3 43.4 4.09 Authenticity 1.0 7.1 18.2 27.3 46.5 4.11 Sumber : Kajian Lapangan (2008)

Kebanyakan responden yang berkunjung ke spa melihat harga (40.4%), kualiti

(61.6%), reka bentuk spa (44.4%), kemudahan moden 42.4%), nilai dan imej

(41.4%), unik (43.4%) dan asli (46.5%) adalah sebagai sangat penting. Sebagai

contoh, kualiti yang ditawarkan oleh spa daripada aspek rawatan, pengetahuan,

staff yang berkemahiran, bahan yang digunakan dan banyak lagi mempengaruhi

persepsi pelancong untuk mendapatkan rawatan tersebut. Berdasarkan jadual di

atas juga, dapat dilihat keaslian (authenticity) mencatatkan min tertinggi iaitu

sebanyak 4.11 dan dikuti dengan aspek ’unik’ dan kemudahan moden yang

mempunyai dan bekongsi nilai min yang sama (4.09). Aspek yang mendapat

nilai min terendah adalah ‘kaedah cadangan’(word of mouth method) dengan

nilai minnya adalah 3.55.

Page 101: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Jadual 4.8: Kepentingan Dalam Mempengaruhi Pengalaman Rawatan Spa.

Kepentingan Dalam Mempengaruhi Pengalaman Rawatan Spa

Indikator

Tidak penting

Kurang penting

Sederhana

penting

Penting

Sangat penting

Min

Harga Spa Harian 4 7 3 7 5 26 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

6 9 18 33

Spa Destinasi 1 2 8 3 12 26 Medispa 5 4 5 14

Kualiti Spa Harian 3 9 6 8 26 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

2 9 22 33

Spa Destinasi 3 4 19 26 Medispa 2 12 14

Rekabentuk(Design) Spa Harian 11 3 9 3 11 26 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

4 10 19 33

Spa Destinasi 5 6 15 26 Medispa 2 5 7 14

Pengiklanan Spa Harian 3 9 5 7 2 26 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

7 10 16 33

Spa Destinasi 7 10 9 26 Medispa 5 5 4 14

Rawatan popular/disukai Spa Harian 3 6 2 10 5 26 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

18 15 33

Spa Destinasi 1 4 15 6 26 Medispa 11 3 14

Kemudahan moden Spa Harian 2 8 1 10 5 26 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

4 9 20 33

Spa Destinasi 4 11 11 26 Medispa 2 6 6 14

Rawatan tradisi Spa Harian 4 7 6 7 2 26

Page 102: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

4 10 19 33

Spa Destinasi 1 3 13 9 26 Medispa 9 5 14

Kaedah cadangan Spa Harian 5 10 7 4 26 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

1 18 5 9 33

Spa Destinasi 1 15 8 2 26 Medispa 6 4 4 14

Nilai dan imej Spa Harian 2 10 4 7 3 26 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

4 11 18 33

Spa Destinasi 1 3 9 13 26 Medispa 1 6 7 14

Unik Spa Harian 5 12 8 1 5 26 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

2 10 21 33

Spa Destinasi 2 4 8 12 2 26 Medispa 1 4 9 1 14

Authenticity Spa Harian 6 11 5 4 26 Spa Hotel/ Resort/ Cruise Ship

1 10 22 33

Spa Destinasi 1 1 5 8 11 26 Medispa 1 4 9 14 Sumber : Kajian Lapangan (2008)

Faktor-faktor seperti harga, kualiti, reka bentuk, pengiklanan, rawatan yang

diminati, kemudahan moden, rawatan tradisi, kaedah cadangan, nilai dan imej,

Unik dan authenticity dilihat dapat menjadi pengukur kepada kehendak dan

kepuasan pelancong. Dengan merujuk kepada International Spa Association

(ISPA) iaitu telah menyatakan 10 segmen penting dalam industri spa yang mana

ianya turut meliputi faktor-faktor yang terdapat dalam jadual di atas. Antara

segmen yang telah digariskan oleh ISPA mempunyai kaitan dengan faktor-faktor

yang telah disebutkan ialah nilai estetika, ruang fizikal, nilai dan seni

budaya/sosial, pemasaran dan pengurusan.

Page 103: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Hasil kajian menunjukkan majoriti responden mengatakan harga adalah sangat

penting dalam menentukan sesuatu pengalaman spa. Hal ini kerana,

pengalaman yang dialami adalah biharapkan berbaloi dengan harga yang

dibayar. Sebanyak 18 orang reponden spa hotel menyatakan harga adalah faktor

yang sangat penting dalam membuat pilihan. Ia juga turut disertai dengan

sebanyak 12 responden daripada spa destination yang merasakan harga adalah

’sangat penting’. Namun begitu, berbeza pula dengan spa harian yang mana

harga merupakan sesuatu yang ’penting’ dalam mempengaruhi pemilihan.

Seterusnya, melihat kepada faktor kualiti, jawapan yang berbeza diperolehi

berdasarkan perspektif responden di jenis yang berbeza. Daripada sejumlah 26

orang responden spa harian, 9 orang daripadanya menyatakan kualiti adalah

kurang penting. Manakala, bagi tiga spa yang lain iaitu spa hotel, medispa dan

spa destinasi berpendapat bahawa kualiti turut menyumbang kepada faktor

pemilihan sesuatu destinasi spa mereka. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh

perbezaan taraf kehidupan yang mana kebanyakan pengunjung spa hotel,

destinasi dan Medispa adalah darripada pada golongan yang kebanyakannya

berpendapatan tinggi, manakala bagi spa harian mampu di cuba oleh setiap lapis

masyarakat.

Dewasa ini, terdapat banyak permintaan terhadap rawatan tradisional dan

alternatif. Kebanyakan pelancong dari luar ingin mencuba sesuatu yang baru dan

lain daripada tempat lain. Berdasarkan hasil dapatan dalam kajian ini, kesemua

responden bersetuju bahawa rawatan tradisi mempengaruhi mereka dalam

membuat pilihan spa. Hal ini kerana, perolehan jawapan yang tinggi adalah pada

tahap sangat penting dan penting bagi keempat-empat jenis spa tersebut.

Page 104: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

4.4.10 Persepsi Terhadap Faktor Kedatangan Pelancong Jadual 4.9: Persepsi Pelancong Terhadap Faktor Kedatangan Pelancong

Indikator

Tidak penting

Kurang penting

Sederhana

penting

Penting

Sangat penting

Mean

Lokasi berhampiran tarikan pelancong

3.0 7.1 13.1 27.3 49.5 4.13

Penginapan 1.0 10.1 19.2 33.36 36.4 3.94 Kemudahan resoran dan makanan

4.0 16.2 30.3 35.4 14.1 3.39

Kedai bentuk moden

1.0 2.0 30.3 35.4 31.3 3.94

Kedai bentuk tradisional

2.0 8.1 19.2 44.4 26.3 3.85

Keunikan kedai 1.0 7.1 20.2 53.5 18.2 3.81 Harga keseluruhan pakej spa

1.0 10.1 18.2 33.3 37.4 3.96

Suasana spa 1.0 4.0 11.1 32.3 51.5 4.29 Perkhidmatan yang disediakan

2.0 6.1 9.1 29.3 53.5 4.26

Tempat yang selamat

3.0 5.1 10.1 22.2 59.6 4.30

Sumber : Kajian Lapangan (2008)

Berdasarkan jadual di atas, dapat dikemukakan di sini bahawa tanggapan

pelancong terhadap lokasi yang berhampiran dengan tarikan pelancongan lain

(49.5%) adalah sangat penting. Selain itu, aspek penginapan, harga keseluruhan

pakej, suasana/persekitaran menjadi keutamaan kepada pengunjung untuk

menikmati dan mengalami rawatan spa. Seterusnya, aspek perkhidmatan yang

disediakan dan tempat yang selamat mendapat peratusan tertinggi berdasarkan

tahap ‘sangat penting’.

4.4.11 Persepsi Terhadap Perkhidmatan Dengan berdasarkan tiga pernyataan seperti ‘terapi tidak terlatih’, ‘suasana spa

yang lemah’ dan ‘mahal’, kebanyakan responden memberikan respon bahawa

terapi tidak berkemahiran memberikan pengalaman yang teruk iaitu sebanyak

80%. Seterusnya, sebanyak 11% responden menyatakan suasana spa yang

lemah memberikan pengalaman yang buruk dan diikuti oleh aspek mahal

mencatatkan peratusan terendah iaitu 9% sahaja.

Page 105: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

3 1

58.6

37.4

0102030405060

Tida

k Ba

gus

Berkem

ungk

inan

Bagu

s

Sang

at Bag

us

RAMALAN INDUSTRI SPA PADA MASA HADAPAN

Rajah 4.10: Persepsi Terhadap Perkhidmatan

Terapi tidak berkemahiran

80%

Suasana spa yang lemah

11%

Mahal9%

Terapi tidak berkemahiran Suasana spa yang lemah Mahal

Sumber : Kajian Lapangan (2008) 4.4.12 Ramalan Industri Spa Pada Masa Hadapan

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden meramalkan industri spa

pada masa akan datang adalah ’bagus’ iaitu mencatatkan peratusan sebanyak

58.6%. Dengan sambutan yang diberikan akan dapat meningkatkan dan

memperkenal lagi industri pelancongan spa di Malaysia. Seterusnya, peratusan

kedua tertinggi untuk ramalan ini adalah sangat bagus (37.4%). Terdapat juga

responden yang memberikan jawapan tidak bagus dan berkemungkinan seperti

yang digambarkan dalam rajah 4.11 di bawah

Rajah 4.11: Ramalan Industri Spa Pada Masa Akan Datang Sumber : Kajian Lapangan (2008)

Page 106: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

4.5 ANALISIS DESKRIPTIF PELAKU PELANCONGAN (STAKEHOLDER)

Bahagian ini mengandungi perbincangan berkaitan dengan hasil pengumpulan

data melalui kaedah semi-structured interview. Antara perkara-perkara yang

akan dibincangkan adalah analisis pandangan daripada temubual yang

dijalankan di keempat-empat spa terpilih. Empat spa tersebut merupakan wakil

bagi setiap jenis spa di Malaysia iaitu spa harian, spa hotel/resort/pelayaran, spa

perubatan dan juga spa destinasi.

Dalam mencapai objektif kajian yang telah dirangka, pengkaji telah menjalankan

sesi temubual dengan beberapa orang pengurus, pengusaha spa serta presiden

salah sebuah persatuan spa (SWIAM) di Malaysia. Hal ini kerana, segala

maklumat yang diperolehi adalah untuk mencapai objektif kajian secara lebih

jelas mengenai konsep spa yang berhubung dengan pengertian sebenar spa,

ciri-ciri spa serta potensi pelancongan kesejahteraan pada masa akan datang.

Daripada tinjauan pengkaji, didapati bahawa industri spa pada masa ini semakin

berkembang dan mendapat sambutan daripada pelbagai pihak. Namun begitu,

masih tiada lagi senarai spa secara keseluruhannya diperolehi. Hal ini kerana,

perusahaan spa adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan di

setiap daerah dan negeri. Oleh itu, adalah merupakan sesuatu kekangan kepada

pengkaji untuk mendapatkan keseluruhan senarai spa di Malaysia. Namun

begitu, pengkaji telah mengambil inisiatif melalui laman web Tourism Malaysia

dalam usaha mengumpulkan senarai spa yang terdapat di Malaysia. Walau

bagaimanapun, senarai spa tersebut bukanlah keseluruhan spa yang terdapat di

Malaysia.

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan tentang pengertian sebenar

perkataan spa. Analisis ini akan menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu

memerlukan pengkaji menghurai konsep pelancongan spa dan ciri-ciri khusus

pelancongan kesejahteraan?

Page 107: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Semua responden menyatakan adalah perlu untuk mereka yang terlibat dalam

industri spa mengetahui pengertian spa terlebih dahulu secara mendalam.

Menurut mereka terdapat ramai pengusaha yang menjalankan perusahaan spa

tidak mengetahui konsep spa sebenar.

Responden Spa Destinasi menjelaskan ‘Spa merupakan perawatan untuk merehatkan badan melalui

pengunaan air untuk tujuan mendapat serta mengekalkan kesihatan’.

Responden daripada Resort Spa dan Day Spa juga turut memberikan pengertian

yang mempunyai persamaan maksud iaitu Spa Resort ‘spa melibatkan rawatan

berasaskan air yang dapat memberikan ketenangan daripada hujung rambut

sehingga ke hujung kaki’ dan Spa Harian pula menegaskan ‘spa adalah satu

tempat dimana seseorang dapat merehatkan badan serta melepaskan tekanan

dengan rawatan yang berasaskan air merupakan elemen utamanya. Responden

juga turut menambah bahawa konsep spa kini ‘dalam dunia moden sekarang spa

juga dilihat sebagai tempat untuk menjaga kecantikan diri.’

Pemahaman mengenai pengertian spa sebenar dikukuhkan lagi oleh Presiden

Persatuan Industri Spa dan Kesihatan Malaysia (SWIAM) yang menyatakan

bahawa ‘spa merupakan tradisi kesihatan, di mana seseorang meletakkan

badannya, serta menyerahkan diri mereka kepada ahli terapi untuk memberikan

rawatan seperti yang dikehendaki oleh mereka seperti yang terdapat dalam

pakej rawatan yang ditawarkan’.

Beliau turut menambah bahawa ‘industri spa ialah di mana kita letakkan budaya

masyarakat iaitu dengan mengintegrasikan antara budaya dan terapi air. Spa

juga merupakan ‘industri sentuhan’ yang membawa maksud bahawa dengan

sentuhan daripada seseorang terapi yang berkelayakan, maka akan memberikan

kesegaran kepada pengunjung. Sentuhan memainkan peranan penting untuk

Page 108: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

memulihkan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Tidak dapat dinafikan juga,

air merupakan salah satu elemen penyembuhan dan kesegaran yang terbaik’.

Namun begitu, responden daripada Medispa berpendapat bahawa ‘spa merupakan sesuatu tempat yang menyediakan suasana mewah dan

menarik serta kemudahan yang dapat membantu seseorang dalam

mendapatkan perkhidmatan yang melibatkan kesihatan’.

Berdasarkan pemerhatian daripada pengkaji Medispa mempunyai konsep yang

sedikit berlainan berbanding jenis spa lain. Hal ini kerana, rawatan (treatment)

yang terdapat di Medispa adalah rawatan kesihatan yang lebih cenderung

melibatkan kesakitan, penyakit, kanser, sakit belakang, pengurusan kesihatan

tulang dan sendi, pemulihan lumpuh. Namun begitu, tetap menawarkan pakej-

pakej seperti yang terdapat di spa-spa lain seperti hidroterapi,urutan dan banyak

lagi. Medispa ini, menawarkan suasana yang berbeza dengan hospital dan klinik,

tetapi mempunyai persamaan dari segi kemudahan dan rawatan yang diberikan

di klinik serta pusat-pusat kesihatan.

Dalam analisis ini juga turut menyentuh ciri-ciri yang perlu ada dalam sesebuah

spa bagi melengkapkan spa dalam usaha mempromosikan spa sebagai

sebahagian daripada pelancongan kesejahteraan. Responden dari Spa Resort berpendapat bahawa ‘Spa seharusnya mempunyai staf/kakitangan yang bagus,

produk yang baik serta dapat menyediakan rawatan, perkhidmatan dan

kemudahan yang terbaik’.

Dalam analisis ini, pengkaji mendapati kebanyakan responden melihat

perkhidmatan serta kemudahan yang lengkap dan menyeluruh merupakan ciri-

ciri penting yang seharusnya ada pada sesebuah spa.

Page 109: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Ini telah dinyatakan oleh responden Spa Harian,

‘asal kewujudan spa adalah berasaskan air. Maka seharusnya

sesebuah spa itu perlu mempunyai kemudahan(facilities) dan

perkhidmatan (service) yang dapat memberikan kelegaan dan

kesegaran, serta tidak lari daripada asas spa iaitu elemen air.’

Responden daripada MediSpa juga melihat dalam memastikan sesebuah spa

dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik, spa perlu mempunyai ciri-ciri

seperti berikut iaitu sistem yang digunakan (cth: perubatan Ayurveda),

mempunyai doktor dan ahli terapi yang berkelayakan dan terlatih, disamping

mempunyai kakitangan teknikal yang pengkhususannya dalam spa perubatan,

spa yang menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan serta ubat-

ubatan yang meyakinkan dan memuaskan hati. Tidak dapat dinafikan juga

bahawa lokasi dan keadaan suasana turut memainkan peranan penting dalam

perusahaan sesebuah spa. Responden Spa Destinasi turut mengulas ‘ciri-ciri

yang perlu ada dalam sesebuah spa sebenar mestilah dapat menyediakan

kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dengan tidak hanya mempunyai

beberapa elemen spa sahaja (seperti urutan, rawatan kecantikan dll) sudah

menganggap mereka adalah spa’.

Seterusnya, berdasarkan temuramah yang dilakukan, kebanyakan responden

berpendapat bahawa trend spa pada masa ini adalah berdasarkan citarasa

pengguna/pengunjung. Semakin ramai pengunjung yang melihat spa sebagai

salah satu tempat di mana mereka boleh mengekalkan dan menjaga kesihatan

serta amalan hidup yang sihat berbanding melihat spa sebagai tempat untuk

memanjakan diri dan merupakan sebuah tempat yang mewah. Spa kini mampu

dicuba dan dialami oleh setiap peringkat masyarakat. Selain itu, disebabkan oleh

Daripada perspektif pengusaha spa, kesemua responden bersetuju menyatakan

bahawa industri pelancongan kesejahteraan mempunyai potensi yang cerah

Page 110: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

untuk berkembang serta mendapat tempat dihati masyarakat pada masa akan

datang. Ini bersesuaian dengan pendapat responden iaitu presiden SWIAM,

‘Industri spa akan terus bekembang dan berpanjangan selagi masih ada

yang menghargai kecantikan dan berkeinginan untuk mengekalkan, juga

mementingkan kesihatan diri, maka selagi itulah spa diperlukan dan terus

berkembang.’

Menurut responden daripada Spa Destinasi ‘spa mempunyai potensi yang

sangat besar untuk mendapat sambutan daripada pelbagai pihak. Akan datang

spa mungkin akan meluaskan lagi skopnya dengan lebih banyak lagi rawatan

serta turut dilengkapi oleh kemudahan kesegaran(fitness) yang berteknologi

tinggi.’

Pernyatan di atas turut disokong oleh responden MediSpa iaitu ‘spa akan

berkembang pada masa hadapan dan lebih ramai masyarakat akan mula

menyedari kehadiran konsep spa perubatan dan menggunakannya’.

4.5.1 Huraian Fenomena Pelancongan Kesejahteraan Industri pelancongan spa masih dianggap baru dan di peringkat awal. Kajian

terhadap bidang ini juga masih lagi kekurangan. Oleh kerana itu, tidak terdapat

angka yang benar-benar lengkap berhubung dengan jumlah kedatangan

pelancong serta pendapatan yang dihasilkan dalam bidang pelancongan

kesejahteraan ini. Menurut presiden spa SWIAM, industri spa belum dapat

diterima dengan baik kerana individu yang datang ke spa masih lagi keliru

kenapa mereka datang ke spa, terutamanya lelaki. Adakah mereka datang ke

spa untuk tujuan kesihatan ataupun stimulasi.

Page 111: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Selain itu, dikatakan juga bahawa mentaliti masyarakat Malaysia yang

memandang spa adalah tempat untuk rawatan kecantikan dan khusus untuk

wanita sahaja turut memberi impak kenapa industri ini lambat berkembang.

Tanggapan sinis dan negatif masyarakat kita menjadi salah satu sebab dan

menjadi kekangan bagi industri ini untuk terus berkembang. Spa disalahgunakan

oleh segelintir masyarakat serta pusat-pusat spa dengan menjalankan aktiviti-

aktiviti yang tidak bermoral. Ini sedikit sebanyak turut menjejaskan imej industri

spa negara.

‘disebabkan oleh itu, kita tubuhkan persatuan spa atas tujuan

membantu kerajaan untuk menarik balik lesen spa-spa yang bukan

menjalankan aktiviti-aktiviti seperti yang sepatutnya dan menolak terapi-

terapi yang menjalankan aktiviti yang tidak mengikut etika’

(Nurhashimah Mohd Ishak , 2008)

Industri ini memerlukan ahli-ahli bijak pandai, pakar dalam bidang ini dan lebih

ramai lagi usahawan untuk melibatkan diri dalam bidang yang mempunyai

potensi yang besar ini. Hal ini kerana, menurut presiden SWIAM industri spa

Malaysia masih belum dapat melahirkan lebih ramai pelapis dan mereka yang

berkemahiran dalam bidang ini. Bagi mereka yang mempunyai sedikit atau tiada

kemahiran pula membuka perusahaan spa tanpa melakukan kajian sebelumnya.

Industri ini masih lagi kurang dari segi pengetahuan tentang spa, pekerja yang

berkemahiran dan kekurangan pengusaha yang ingin berkecimpung dalam

industri spa.

Pada masa ini, pengusaha spa tidak dapat lari daripada menghadapi banyak

tentangan dari segi birokrasi, termasuk permohonan lesen, pekerja spa tempatan

dan asing, promosi dan sebagainya. Seharusnya kerajaan, terutamanya pihak

berkuasa tempatan (PBT) dapat lebih memahami konsep dan peranan spa, dan

tidak menggolongkan semua spa sebagai tempat menjalankan maksiat

Page 112: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

4.6 KESIMPULAN Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, beberapa penemuan kajian telah

diperolehi. Penemuan tersebut membolehkan pengkaji merumuskan serta

mencapai objektif kajian serta persoalan kajian untuk melihat persepsi pelancong

terhadap pelancongan kesejahteraan di Malaysia umumnya, dan di Johor Bahru

dan Kuala Lumpur khususnya. Melalui pemahaman terhadap persepsi serta

konsep, ciri-ciri permintaan pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

dapat dikenal pasti. Dari segi profil pelancong, maklumat ini digunakan bagi

melihat kumpulan bagaimana yang berpontensi untuk terlibat dalam

pelancongan kesejahteraan. Selain itu, kajian juga turut mengenal pasti corak

kunjungan pelancong kesejahteraan bagi melihat tujuan dan kekerapan

kunjungan dibuat dalam mencapai objektik kajian iaitu bagi melihat potensi-

potensi tarikan tersebut untuk ditonjolkan sebagai salah satu produk

pelancongan. Analisis berkaitan persepsi atau tanggapan pengunjung spa

membolehkan pengkaji untuk mengenal pasti jenis program/ pakej yang menjadi

pilihan pelancong.

Analisis penglibatan badan organisasi dalam sektor pelancongan pula adalah

bertujuan untuk melihat sejauh mana peranan dan penglibatan setiap agensi

pelaksana dalam merealisasikan program pelancongan kesejahteraan.

Hubungan antara dua kelompok responden ini adalah perlu bagi memastikan

aktiviti dan program yang dijalankan sentiasa terkawal dan berterusan. Secara

keseluruhannya, analisis yang dijalankan boleh membantu dalam mengenal pasti

potensi program pelancongan kesejahteraan merujuk kepada dua kelompok

responden tersebut didalam bab seterusnya. Selain itu, beberapa cadangan

dirangka berdasarkan pendapat peserta dan agensi pelaksana serta kehendak

kajian di dalam bab 5.

Page 113: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BAB V: RUMUSAN DAN CADANGAN

Page 114: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BAB V

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Kajian ini telah dapat menjawab persoalan-persoalan daripada kajian ini. Oleh

itu, bab ini akan mengemukakan rumusan penemuan kajian serta beberapa

cadangan mengenai pembangunan produk pelancongan kesejahteraan.

Cadangan yang dikemukakan adalah sejajar dengan senario pembangunan

pelancongan semasa. Dengan melengkapkan cadangan di dalam bab ini, dapat

dirumuskan bahawa tercapai semua objektif yang digariskan dalam bab

terdahulu. Hal ini kerana, pembentukan cadangan juga merupakan salah satu

daripada objektif yang ingin dicapai.

Oleh itu, bab ini mengandungi rumusan dan cadangan yang dibuat berasaskan

penganalisisan data yang telah dijalankan. Rumusan dibuat berdasarkan kepada

pencapaian objektif-objektif yang telah ditetapkan di peringkat awal kajian.

Beberapa cadangan kepada pihak pengurusan organisasi akan dikemukakan.

Selain itu, cadangan bagi kajian lanjutan turut dinyatakan dalam kajian ini

sebagai garis panduan kepada pengkaji akan datang yang berminat untuk

membuat kajian lanjutan berkaitan skop ini.

Page 115: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

5.2 RUMUSAN KAJIAN Di dalam bab ini, hasil dapatan kajian akan dibincangkan dan dirumuskan

berdasarkan latar belakang responden dan objektif-objektif yang ingin dicapai.

Antara kesimpulan yang boleh dibuat adalah seperti berikut.

Berdasarkan kajian yang terdapat di bab-bab sebelum ini, jelaslah bahawa

pelancongan kesejahteraan ini wujud dan semakin berkembang di Malaysia.

Namun begitu, ianya lebih dikenali sebagai sebahagian daripada pelancongan

kesihatan yang menawarkan pakej pelancongan berasaskan perubatan.

Rumusan penemuan kajian yang diperolehi adalah meliputi profil pelancong dan

corak perjalanan pelancong serta dapatan daripada faktor pemilihan pelancong

terhadap empat jenis spa yang terpilih. Hasil daripada analisis kajian, beberapa

rumusan utama dari segi teori dan amalan program pelancongan kesejahteraan

dihasilkan iaitu:

5.2.1 Profil Pelancong Secara keseluruhannya, didapati bahawa kebanyakan pelancong yang terlibat

dalam pelancongan kesejahteraan umumnya, dan kunjungan ke spa khususnya

adalah terdiri daripada jantina perempuan iaitu sebanyak 62% berbanding lelaki

yang hanya mencatatkan sebanyak 38%. Dapat disimpulkan bahawa, golongan

perempuan merupakan penyumbang utama dalam pelancongan jenis ini. Hal ini

mungkin kerana, lelaki masih lagi keliru untuk apa kunjungan ke spa dibuat.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan terhadap peningkatan permintaan daripada

pihak lelaki. Kebanyakan golongan lelaki yang berkunjung ke spa adalah mereka

yang berusia antara 30-59 tahun dan merupakan kumpulan yang terdiri daripada

golongan di peringkat pertengahan dan profesional. Golongan umur

pertengahan, berpendidikan tinggi berpendapatan tinggi merupakan ciri utama

pelancong.

Page 116: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

5.2.2 Corak Perjalanan Berikut adalah rumusan bagi hasil penemuan ciri-ciri serta corak perjalanan

pelancong. Dengan merujuk kepada kesedaran pelancong terhadap

pelancongan kesejahteraan didapati bahawa 54% daripada jumlah reponden

sedar dan mengetahui tentang pelancongan spa. Ini merupakan satu petanda

yang baik bagi industri spa dan pelancongan. Telah ramai yang mula sedar akan

kepentingan penjagaan kesihatan dan pelancongan kesejahteraan yang

diperkenalkan.

Pelancongan jenis ini akan sentiasa mendapat sambutan dengan melihat kepada

kekerapan kunjungan dibuat. Berdasarkan analisis yang dibuat, kebanyakan

responden mengunjungi spa adalah sebulan sekali. Dengan kesedaran yang ada

pada pelancong dan juga kekerapan kunjungan ke spa dibuat memperlihatkan

bahawa pelancongan spa akan terus berkembang selagi manusia itu mempunyai

keinginan untuk hidup sihat. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa kunjungan

ke dikalangan responden spa tidak hanya melibatkan kunjungan ke spa yang

sama sahaja. Kunjungan turut dilakukan di pelbagai jenis spa dan juga di

pelbagai lokasi. Seterusnya, berhubung dengan penginapan pelancong, ianya

bergantung kepada jenis pelancongan kesejahteraan yang dipilih. Kebanyakan

pelancong yang bermalam merupakan tetamu atau mereka yang menginap di

hotel/resort, spa destinasi yang turut menyediakan kemudahan penginapan.

5.2.3 Faktor Dan Persepsi Dalam Pemilihan Produk Pelancongan Kesejahteraan Secara umumnya, kajian mendapati bahawa relaxation, tujuan kecantikan serta

ingin meningkatkan kesihatan merupakan antara situasi masyarakat masa kini

yang berada dalam kesibukan kerja dan berada ditengah-tengah kesibukan kota,

masyarakat kini dilihat mempunyai kegemaran dan keinginan untuk

mengasingkan diri daripada segala kesibukan dan kecelaruan tersebut. Jika

Page 117: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

dilihat kepada fenomena sebelum ini, kebanyakan masyarakat gemar untuk pergi

melancong serta bersiar-siar di tempat yang jauh daripada kota kesibukan untuk

mencari ketenangan dan meningkatkan tahap kesihatan. Kini, ketenangan yang

dicari bukan lagi hanya boleh didapati ditempat yang terletak jauh daripada kota,

bahkan ditengah-tengah kota ini juga kini turut menyediakan ruang dan suasana

yang memberi ketenangan. Industri spa yang tumbuh bagaikan cendawan ini

menjadikan ia sebagai salah satu alternatif terhadap kepelbagaian aktiviti untuk

dikunjungi. Dengan berbekalkan suasana, produk dan perkhidmatan yang terbaik

mampu memberikan kepuasan kepada seseorang.

Berdasarkan kepada jadual pemilihan produk yang merujuk kepada keinginan

responden untuk mencuba dan merasainya, didapati bahawa kebanyakan

reponden masih belum dapat menerima elemen kesegaran(fitness) seperti kelas

yoga aerobik, gym, program diet sebagai trend spa pada masa kini. Bagi

kebanyakan negara luar aktiviti ini sebagai sebahagian daripada elemen

sampingan spa yang ditawarkan. Kebanyakan pengunjung yang mendapatkan

rawatan spa ini melihat keunikan, keaslian, kualiti sebagai sesuatu elemen yang

penting dalam menjayakan lagi industri spa.

5.2.4 Pembangunan Sumber Manusia Memandangkan pertumbuhan yang pesat dalam industri spa ini, usaha dalam

menghasilkan nisbah personel/kakitangan dengan pelancongan kesejahtraan

adalah dilihat bertambah baik. Namun begitu, jumlah tersebut masih lagi belum

mencukupi untuk membolehkan profesion penjagaan kesihatan menawarkan

rawatan yang lebih baik. Keupayaan latihan ditawarkan oleh beberapa konsultan

dalam bidang spa ini masih perlu dipertingkatkan bagi melatih lebih ramai terapi,

ahli profesional dalam bidang ini.

Page 118: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Walaupun usaha latihan tersebut dilaksanakan, negara masih mengalami

kekurangan personel terlatih. Hal ini bertepatan dengan pandangan yang

dikemukakan oleh Nurhashimah (2008) bahawa Malaysia masih kekurangan

dan memerlukan lebih ramai profesional, kakitangan terlatih serta ahli terapi

untuk turut serta dalam industri yang semakin berkembang ini. Justeru itu,

langkah-langkah drastik perlu diambil bagi mengatasi kekurangan ini. Industri ini

telah memberi peluang kepada terapi yang didatangkan dari luar Malaysia.

5.2 CADANGAN Perbincangan di atas menunjukkan bahawa Malaysia umumnya berupaya

melaksanakan pembangunan pelancongan kesejahteraan. Walau

bagaimanapun, beberapa cadangan seperti di bawah adalah disarankan agar

pembangunan pelancongan kesejahteraan dapat dijayakan dengan sebaik

mungkin.

Setelah analisis dan rumusan dilakukan terhadap hasil kajian yang diperolehi,

beberapa masalah telah dikenal pasti seterusnya cadangan yang bersesuaian

dikemukakan untuk menangani permasalahan ini. Antara cadangan yang boleh

diketengahkan adalah seperti berikut:

5.2.1 Pemasaran dan Promosi Dengan melihat kepada peningkatan yang memberangsangkan dalam sektor

pelancongan kesejahteraan dan spa, ia merupakan peluang yang ada untuk

mempergiatkan lagi industri pelancongan di Malaysia dengan mempelbagaikan

aktiviti pelancongan yang lebih inovatif. Kekuatan pemasaran dan keperluan

kepada mekanisma promosi adalah penting untuk menarik lebih ramai jumlah

kedatangan pelancong. Penumpuan seharusnya diberikan kepada

penambahbaikan terhadap tarikan dan pasaran sedia ada serta membangunkan

Page 119: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

infrastruktur pelancong. Aktiviti promosi juga perlu ditumpukan kepada usaha

untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pengunjung untuk datang

melawat tarikan pelancong yang terdapat di Malaysia. Penyampaian terhadap

pelancongan kesejahteraan ini dengan mudahnya disampaikan dan disebarkan

melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi media massa. Ia juga

dilihat dapat membantu dalam membuat keputusan.

Untuk menarik kedatangan pelancong khususnya pelancong kesejahteraan, satu

strategi melibatkan pemasaran pengguna dan perdagangan perlu dibangunkan

untuk mempromosikan kepada pelancong tentang tawaran produk pelancongan

kesejahteraan Malaysia yang unik. Kempen pemasaran memainkan peranan

utama dalam menonjolkan produk pelancongan kesejahteraan. Satu kerjasama

kempen pemasaran spa dalam menonjolkan spa dan kesejahteraan sebagai

sebahagian daripada aktiviti pemasaran yang menjadi pengukuh kedudukan

Malaysia sebagai sebuah destinasi yang unik dan menarik. Walaupun,

mempunyai produk pelancongan kesejahteraan yang kukuh, ia tidak mungkin

menjadi motivasi utama mendorong seseorang untuk melancong. Lantaran itu,

untuk menarik pasaran antarabangsa untuk mendapatkan pengalaman spa

sebagai sebahagian daripada percutian mereka, pakej pelancongan

kesejahteraan boleh diketengahkan dalam pakej bersama aktiviti pelancongan

lain. Ia berkemungkinan merupakan ‘nilai tambah’ untuk pengunjung produk dari

negara lain, dan dengan penonjolaan imej akan menyumbang kepada

pemanjangan tempoh lawatan pelancong. Pengalaman daripada pelancongan

kesejahteraan dan spa ini akan menjadi tarikan minat pelancong dari luar

sekiranya ia dapat menonjolkan keunikan utama yang berbeza dengan

pengalaman spa dari tempat lain seperti di Bali dan Thailand. Ia juga boleh

merangkumi penggunaan produk asli dan kualiti yang unik daripada spa. Satu

strategi pemasaran pengguna dan pengusaha diperlukan untuk

memperkenalkan produk yang relevan ke pasaran antarabangsa.

Page 120: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Dari aspek permintaan adalah jelas bahawa terdapatnya permintaan terhadap

tarikan pelancong yang berunsurkan pelancongan kesejahteraan. Malaysia

mempunyai warisan dan khazanah budaya yang menarik dan mempunyai

potensi yang baik untuk dimajukan sebagai sebuah destinasi pelancongan

kesejahteraan. Adalah perlu diwujudkan pelan pemasaran yang khusus dan

tertumpu kepada pelancongan kesejahteraan bagi memastikan segala promosi

yang dijalankan adalah konsisten dan mencapai matlamat pemasaran yang

dikehendaki.

Pelancongan kesejahteraan seharusnya terus dipromosikan dalam tempoh

Rancangan Malaysia dengan penglibatan yang lebih meluas daripada pelbagai

sektor kesihatan swasta dan awam. Sehubungan itu, pakej perkhidmatan yang

komprehensif di mana Malaysia mempunyai kelebihan bersaing akan dibangun.

Pakej ini turut melibatkan perkhidmatan rawatan tradisional dan komplementari

(T/CM), spa serta kosmetik. Usaha juga perlu diambil untuk membangunkan lagi

perkhidmatan penjagaan kesihatan di destinasi pelancongan yang popular.

Aktiviti promosi kesihatan dan kesejahteraan termasuk saringan yang mampu

diperoleh di hospital dan klinik terpilih yang akan dipasarkan bagi menarik lebih

ramai pelancong menggunakan perkhidmatan tersebut.

5.2.2 Pembangunan Produk

Sektor industri pelancongan kesejahteraan sedang berkembang dengan rancak.

Kini kebanyakan resort, hotel, tempat-tempat destinasi turut berminat untuk

menyediakan perkhidmatan spa. Adalah perlu untuk membuat satu audit secara

keseluruhan produk spa yang berfungsi menjadi panduan penawaran produk spa

di Malaysia. Setiap penawaran produk perlu untuk memberikan kelainan antara

ciri-ciri yang terdapat di tempat yang lain. Kini, penawaran produk spa dilihat

berpotensi untuk penyediaan pakej secara menyeluruh dan saling melengkapi

iaitu penginapan, makan, membeli belah, penerbangan untuk menggalakkan

Page 121: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

perjalanan dengan memasukkan spa kesejahteraan dalam program-program

mereka.

Penyediaan bagi program pelancongan kesejahteraan hendaklah ditambah baik

dari masa ke masa dengan perluasan perkhidmatan berkenaan di lebih banyak

spa-spa di setiap negeri. Usaha yang lebih giat lagi perlu bagi mengukuhkan

perkhidmatan yang disediakan diperingkat industri pelancongan kesejahteraan.

Kemudahan, produk, perkhidmatan penting bagi menyediakan satu pakej

perkhidmatan yang komprehensif.

Dalam usaha untuk meningkatkan permintaan kepada pasaran antarabangsa,

Destinasi-destinasi spa mungkin perlu meneroka peluang-peluang dengan

memasukkan dan memperkenalkan produk-produk asli yang merupakan

khazanah negara yang tidak ternilai seperti urutan yang terdapat di Malaysia

mewakili setiap bangsa. Sehubungan itu, produk-produk serta rawatan yang

bersumberkan kawasan tempatan dilihat semakin diberi perhatian dan cuba

ditonjolkan. Sektor pelancongan kesejahteraan masih lagi berada pada tahap

sederhana walaupun memperlihatkan peningkatan. Kemunculan pelancongan

kesejahteraan haruslah dilihat sebagai satu trend industri global yang sangat

berpotensi. Ia juga merupakan bantuan untuk membawa perubahan gaya hidup

yang dicari oleh golongan-golongan yang melihat kepada kepentingan gaya

hidup yang sihat dan teratur untuk mencegah masalah-masalah kesihatan yang

semakin meningkat membelenggui masyarakat kini.

Program saringan bagi mengesan penyakit seperti pernafasan, kanser, stroke

dan banyak lagi seharusnya dipertingkatkan di spa perubatan memandangkan

jenis spa ini mempunyai fungsi yang sama dengan perkhidmatan di klinik dan

hospital.

Page 122: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

5.2.3 Profesionalisme Dan Kecemerlangan Pelancongan kesejahteraan merupakan satu perkhidmatan yang ditawarkan

secara lebih dekat dengan pengguna. Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh

pelaku-pelaku dalam industri spa adalah sangat penting dalam memberikan

pengalaman yang berkualiti. Kajian di Malaysia menegaskan keperluan-

keperluan sumber khusus dalam pembangunan pelancongan kesejahteraan

yang berkualiti tinggi dan produk-produk pelancongan kesejahteraan. Produk-

produk pelancongan kesejahteraan dan perkhidmatan seharusnya diusahakan

secara selamat, beretika dan boleh dipercayai dari segi pengurusan risikonya.

Kerana tawaran produk pelancongan kesejahteraan ini melibatkan fizikal dan

emosi seseorang, dengan membayar kepada kualiti produk.

Kebanyakan aktiviti-aktiviti dan rawatan yang melibatkan pelancongan

kesejahteraan perlulah mematuhi piawaian untuk memberikan latihan dan

perkhidmatan oleh badan professional. Badan-badan professional ini biasanya

menawarkan program-program persijilan seperti ahli terapi yang disahkan oleh

persatuan yang terlibat.

Keutamaan dalam pembangunan sumber manusia perlu bagi menangani

kekurangan dalam pelbagai agensi antaranya pihak kerajaan, swasta juda NGO

dalam meningkatkan keupayaan latihan. Sehubungan itu, sekolah, institusi

khusus ini akan menjadi ‘spa pengajar’. Program pembangunan profesional

berterusan seharusnya diperkukuhkan bagi membangunkan kemahiran dan

kecekapan setiap personel.

Page 123: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

5.2.4 Penanda aras Pemantauan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian

Pelancongan adalah perlu terhadap usaha bagi memastikan pelancongan

kesejahteraan mendapat akses kepada penjagaan yang selamat, komprehensif,

berkualiti serta mampu diperoleh. Inisiatif meningkatkan kualiti yang

dilaksanakan termasuklah Pensijilan Akreditasi. Hanya sejumlah spa yang

berkelayakan dan memenuhi syarat akan menerima akreditasi.

Secara globalnya dan industri spa dan kesejahteraan sedang melalui

pertumbuhan pesat, dengan pembangunan resort-resort spa baru dan hotel-hotel

dan pembaharuan dan meningkatkan kemudahan-kemudahan spa yang sedia

ada. Dalam beberapa contoh, bandar-bandar spa seluruh telah dipertingkatkan

sebagai kesan permintaan semakin meningkat untuk spa dan kesejahteraan.

Kerajaan negeri seharusnya turut bersama dengan operator-operator sektor

swasta dan persatuan spa Malaysia dan telah membawa satu langkah

melangkaui arus amalan itu peraturan dan penguatkuasaan piawaian industri

melalui perundangan.

Peranan yang seharusnya di mainkan oleh pihak Kementerian sebagai menyelia

pertumbuhan dan pembangunan sektor spa dengan tugas-tugasnya untuk

membantu dalam kemajuan garis panduan dan norma-norma khusus untuk

industri spa Malaysia. Piawaian industri tempatan dibangunkan selaras dengan

kualiti penanda aras untuk kualiti diterima oleh industri spa sejagat bagi

meningkatkan daya tarikan spa kesihatan, urutan Melayu tradisional, dan produk

penjagaan kesihatan untuk tempoh tiggal yang panjang dan perkhidmatan

Oleh itu, keselamatan, kebersihan kualiti perkhidmatan dan jaminan kualiti

adalah keutamaan-keutamaan utama. Untuk mencapai keyakinan pengguna dan

mengukuhkan piawaian antarabangsa yang diterima untuk industri, kementrian

Page 124: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

perlu menyediakan beberapa garis panduan untuk kesihatan spa di perakuan

dalam bentuk logo jika didapati sesuai.

Penekanan terhadap kesihatan adalah merupakan trend dunia masa kini.

Pelancongan perubatan dan spa adalah antara tarikan utama negara di tawarkan

oleh Malaysia kepada dunia kerana standard dan kualiti yang tinggi. Mengalami

spa kesihatan dengan tujuan untuk mendatangkan penyelarasan badan dan

fikiran. Satu cabaran utama yang perlu dihadapi oleh industri spa adalah untuk

menjayakan industri ini tanpa menghilangkan keunikan dan nilai-nilai serta

falsafah bagi setiap satinya dan kini sentiasa tumbuh persaingan dunia dimana

terikat kepada peraturan dan ekonomi.

Istilah dalam mendapatkan satu pengalaman spa yang positif, satu suasana

santai dan tahap khidmat pelanggan adalah utama. Lokasi dan persekitaran

adalah juga didapati menjadi penting, bersama dengan isu-isu seperti

penyediaan makanan yang enak, kepelbagaian rawatan dan kemudahan-

kemudahan yang ditawarkan, penginapan yang berkualiti di mana sesuai dan

nilai untuk wang

5.3.5 Integrasi Hospital dengan Pelaksana Pelancongan

Kebanyakan pendapat mengatakan spa adalah sebahagian daripada

pelancongan. Namun begitu, kerjasama antara industri spa dan pelancongan

masih belum kelihatan jelas lagi. Tiada keseragaman dalam menentukan

standard-standard yang perlu dipatuhi di setiap negeri. Hal ini kerana, kesemua

operasi spa adalah merujuk dibawah Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh itu,

seharusnya perjalanan operasi industri ini dikelolakan oleh satu badan yang

sama bagi meningkatkan mutu sesebuah spa dan pengurusannya. Secara lebih

jelas, adalah sepatutnya diuruskan oleh persatuan spa yang sah.

Page 125: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Dalam konteks rangkaian hospital telah menjadi integrasi kedalam industri

pelancongan. Kumpulan hospital utama di Malaysia, menguruskan penerbangan,

menempah hotel untuk saudara pesakit dan membantu mengatur pelancongan

di sekitar. Hotel di Malaysia juga menjadikan kerjasama dengan hospital.

Jika pelancongan adalah tentang perjalanan dan pengalaman budaya-budaya

lain maka keseluruhan pelancongan perubatan ialah pelancongan. Biasanya ia

adalah juga lebih daripada itu, jika hanya apabila pelancong perubatan boleh

kembali ke rumah apabila mereka sudah cukup sihat untuk meneruskan

perjalanan.

Akhirnya ‘pelancongan’ adalah lebih daripada hanya satu perkataan untuk satu

kegiatan. Kebanyakan pelawat dan sememangnya mereka yang mengiringi

mereka turut mencari aktiviti untuk pelancongan beberapa ketika. Tambahan

pula, dalam pada masa yang sama, infrastruktur industri pelancong seperti ejen

pelancongan, sistem penerbangan, hotel-hotel dan teksi semua masih dianggap

bidang baru. Sesungguhnya, sebahagian penting pesakit mungkin memerlukan

tempoh waktu panjang untuk pemulihan. Justeru itu, ganjaran peluang untuk

industri pelancong dan terutama sektor perhotelan adalah banyak.

Dalam memperkasakan lagi program pelancongan kesejahteraan ini, usaha

perlu dipertingkatkan dalam sistem penyampaian dan memperbaiki kualiti

penjagaan kesihatan dan kesejahteraan. Penekanan perlu diberikan ke atas

pengintegrasian perkhidmatan pelancongan kesejahteraan melalui kerjasama

yang lebih baik antara sektor awam dengan swasta serta badan bukan kerajaan

(NGO). Penyampaian pelancongan kesejahteraan akan terus ditambah baik

melalui integrasi yang lebih kukuh, peningkatan kualiti perkhidmatan dan

mengoptimemkan penggunaan sumber.

Usaha perlu diambil bagi memperkukuhkan kerjasama dan kesepakatan antara

penyelian penjagaan kesihatan awam dan swasta bagi memastikan penggunaan

Page 126: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

dalam pelancongan kesejahteraan adalah digalakkan bagi memberi penekanan

yang lebih terhadap pencegahan penyakit dan menggalakkan amalan gaya

hidup yang sihat.

5.4 RUMUSAN Secara keseluruhannya, daripada hasil yang diperolehi menunjukkan keempat-

empat objektif yang ditetapkan pada awal kajian telah tercapai. Kajian ini dapat

melihat tahap kesedaran pelancong dan pihak pelaku industri spa iaitu

pengusaha dan presiden persatuan serta persepsi mereka terhadap

pelancongan sesejahteraan ini.

Masyarakat dan budaya di Malaysia adalah dinamis. Dengan kedinamisan ini

telah mewujudkan satu suasana yang sentiasa berubah selari dengan peredaran

masa. Berhubung dengan suasana yang berubah ini berserta dengan

pengalaman baru sudah tentu menyumbang kepada keperluan-keperluan baru.

Kehadiran kepelbagaian sistem perubatan di Malaysia, seharusnya dilihat

sebagai perkembangan yang sihat kerana setiap sistem perubatan itu

mempunyai matlamat yang serupa iaitu ingin membebaskan seseorang daripada

cengkaman penyakit dan memberikan kesejahteraan dan kesihatan kepada

anggota masyarakat. Kepelbagaian produk pelancongan kesejahteraan

diperkenalkan adalah sesuatu yang positif. Kata orang lebih ramai, lebih ceria’.

Maka lebih banyak pilihan diberikan, adalah baik untuk pengguna kerana

pengguna mempunyai kuasa memilih dan terikat kepada mana-mana sistem

perubatan sahaja terserlah kepada pengguna untuk menentukan pilihan mereka.

Kajian ini membuka peluang dan ruang untuk kita mengenal pasti kelemahan

dan seterusnya untuk meletakkan kita dilandasan perjalanan mencapai taraf

negara maju menjelang 2020. Penyediaan perspektif jangka panjang, dirangka

bagi menghasilkan prestasi lebih baik dan meningkatkan impak daripada

Page 127: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

gabungan usaha pembangunan negara. Komitmen dan tindakan bersama setiap

pihak adalah perlu bagi memastikan kejayaan program pelancongan

kesejahteraan.

Kesemua cadangan di atas adalah bertujuan untuk menambah baik dan

menambah nilai kewujudan tarikan pelancongan kesejahteraan ini. Namun

begitu, ianya mungkin bertambah mengikut kehendak dan permintaan pelancong

yang seiring dengan trend semasa, citarasa serta peningkatan kualiti hidup.

Page 128: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BIBLIOGRAFI

Page 129: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

BIBLIOGRAFI Ardell, D. B. (1986). High Level Wellness (2nd edition). Berkeley1986.

Connell, J. (2006). Medical Tourism: Sea, sun, sand...and surgery, in: Australia.

Deng, W (2006). Using a revised importance performance analysis approach:

The case of Taiwanese hot spring tourism, in: Taiwan of Bussiness

Administration.

Dunn, H. L. (1961). High Level Wellness, Arlington 1961.

Gee, C. Y. , Makens, J. C. and Choy, D. J. (1997) The Travel Industry 3rd

Edition: Canada.

Goodrich, J. N. and Goodrich, G. E. (1987). Health-care Tourism, in Managing

Tourism. London: Taylor & Francis.

Hall, C.M.(2003) Health and spa tourism. In S. Hudson (Ed), International sport

and adventure tourism. New York : Haworth Press.

Henderson, J. C., (2004). Paradigm Shifts: National Tourism Organisations and

Education and Healthcare tourism. The Case of Singapore, in: Tourism

and Hospitality Research London. Vol. 5, Iss. 2, p. 170-180.

Jing, I. N. S, (2002). Pelancongan Kesihatan: Kajian Kes Mengenai Spa da

Pusat Kesihatan di Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.

Kerajaan Malaysia (1996). Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005. Kuala

Lumpur: Cetakan Kerajaan.

Page 130: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Kerajaan Malaysia (1996). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala

Lumpur: Cetakan Kerajaan.

Ling-Feng Hsieh, Li- Hung Lin and Yi-Yin Lin (2007) A service quality

measurement architecture for hot spring hotel in Taiwan, in Taiwan

Journal of Technology Management.

Mielniczak. A. and Sinaga, S., (2005). Shall We Go To The Spa? The Spa

Trends In Gothenburg and Its Region, Goteborg University.

Morrison, A. M.,(2002) Health Hospitality and Travel Marketing 3rd Edition.

United State: DELMAR.

Mueller, H. and Kaufmann, E. L. (2000). Wellness Tourism: Market analysis of

special health tourism segment and implication for the hotel industry, in:

Switzerland Journal of Vacation Marketing, Volume 7, Number 1.

Niv, A. (1989). Health Tourism In Israel: A Developing Industry. Revue de

Tourisme, 44(4): 30-32.

Norhazani Mohd Shariff (2004). Bisnes Pelancongan –Siri keusahawanan dan

Perniagaan, PST Publication & Distribution Sdn. Bhd, Pahang.

Nur Hasimah Baharudin (2005). Pelancongan Kesihatan di Melaka: Ciri-ciri

Perjalanan dan Motivasi Pelancong Indonesia, Universiti Teknologi

Malaysia.

Sekine, M., Nasermoaddeli, A., Wang, H., Kanayama, H., and Kagamimori, S.,

(2006). Spa resort use and health-related quality of life, sleep, sickness

absence and hospital admission: The Japanese civil servants study, in

Department of Welfare Promotion and Epidermiology: Japan.

Page 131: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Witt, S. F. (2002). Reviving spa tourism- the AIEST congress, in: UK of

Management Science.

Wolf, R., (1996) Mineral Water and Spas in Israel. New York: Clinics in

Dermatology.

Yee, C. W., Sai, B. T., and Vathsala, N. (2005). Promoting Health Tourism in

Malaysia. School of Hospitality and Tourism Malaysia, Taylor’ College,

TEAM Conference.

Intelligent Spas Pte Ltd, 2003 www.intelligentspas.com http://www.malaysiaonline.com/index.php?cat=10

Tourism Malaysia : Activities : Spa http://travel.tourism.gov.my/consumer/activities/default.asp?PageNo=2&activity_id=2 Spa Evolution, A Brief History of Spas spas.about.com/cs/spahistory/a/spahistory.htm What is AMSPA www.amspa.org.my/factsheet.pdf Victoria's Spa and Wellness Tourism Action Plan: Executive summary tourism.vic.gov.au/spaandwellness/executive-summary

Iskandar Development Region http://www.irda.com.my/content.aspx?mid=3&title=Iskandar%20Malaysia Tourism Malaysia’s Official Site http://www.tourism.gov.my/

Page 132: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

LAMPIRAN

Page 133: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Please or fill your answer accordingly: PART A: Tourist Profile 1. Gender Male Female 2. Age: ………………years Below 20 20-29 30-39 40-49 50-59 Over 60

3. Country of origin: Local(please specify)

………………………………… Foreign(please specify)

…………………………………… 4. Marital status Single Married 5. Your Occupation Professional/Technical Managerial/administration Student Businessman Retiree Sales & Clerical Government House wife Unemployed Manual Worker Others (please specify) …………………………………… 6. Highest education level achieved

Tertiary education Secondary education

Primary education No formal education Others (please specify) ……………………………………

7. Gross Monthly Income (RM/USD) Below 999 1,000 – 2,999 3,000 – 4,999 5,000 – 6,999 Above 7,000 Others (please specify)………………

PART B: Tourist Perception 8. Do you know about Wellness

Tourism? Yes No 9. Have you ever visited any Day Spa/Destination/Resort/Hotel/ Medical/Mineral Spring/Club/Cruise ship and Airport Spa? Yes No If Yes, i. Where is the Health Spa/ Spa Resort located(you may have more than one answer) Malaysia Thailand Indonesia Singapore Others (please specify)……………… ………………………………………………… ii. How frequent do you get the health spa service/ treatment? Once a week Once a month Once a year Others, (please specify) ……………

10. Is it the same Spa? Yes No 11. Main source of information you get (you may have more than one answer) Friends/relatives visited Malaysia Travel agents Travel guide books Business Travel magazine Internet News paper Friends/relatives living in

Malaysia Airlines Tourism Malaysia collaterals Others (please specify) ……………………………………

12. How do you rate the Health Spa Service/treatment in this hotel? Good Average Poor 13. How would you rate the price of the Day Spa/ Destination/ Resort/

Hotel/ Medical/Mineral Spring/ Club/Cruise ship and Airport Spa?

Very expensive Reasonable Cheap 14. What the factors that encourage you to take up the Day Spa/

Destination/Resort/Hotel/ Medical/Mineral spring/ Club/ Cruise ship and Airport Spa?

Health improvement Beauty purpose

Relaxation Curiosity Friends encouragement Others, (please specify)

……………………………… 15. How likely are you to buy each of the following products? Please tick (/) your answers. 1 Would not purchase 2 Not likely 3 Somewhat likely 4 Likely 5 Very likely Blitz water jet 1 2 3 4 5

Sauna 1 2 3 4 5

Jacuzzi 1 2 3 4 5

Steam bath 1 2 3 4 5

Mineral bath 1 2 3 4 5

Bath with cool/hot water

1 2 3 4 5

Quick water jet for massaging

1 2 3 4 5

Balneotherapy 1 2 3 4 5

Massage 1 2 3 4 5

Yoga aerobic 1 2 3 4 5

Gym 1 2 3 4 5

Diet program 1 2 3 4 5

Thalassotherapy 1 2 3 4 5

Facial treatment 1 2 3 4 5

Herbal wrap 1 2 3 4 5

16. How important are the following factors in influencing you to experience the spa treatment? Please tick (/) the appropriate answers. 1 Unimportant 2 Of little importance 3 Moderately Important 4 Important 5 Very important Costs/price 1 2 3 4 5

Quality 1 2 3 4 5

Post-graduate Student Department of Urban and Regional Planning Faculty of Built Environment University Technology of Malaysia 81000 Skudai.

SURVEY ON TOURIST PERCEPTION ON WELLNESS TOURISM (SPA)

Page 134: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Design 1 2 3 4 5

Spa advertising 1 2 3 4 5

Favorite/popular treatment

1 2 3 4 5

Modern facilities 1 2 3 4 5

Traditional treatment

1 2 3 4 5

Word of mouth method (i.e friends recommending

1 2 3 4 5

Spa image & its values

1 2 3 4 5

Uniqueness 0 1 2 3 4

Authenticity 0 1 2 3 4

17. How important are the following physical attributes making you choose to experience the spa treatment? 1 Unimportant 2 Of little importance 3 Moderately Important 4 Important 5 Very important Location in or near tourist attraction

1 2 3 4 5

Accommodation (Hotel/transportation)

1 2 3 4 5

Eating or restaurant facilities

1 2 3 4 5

Store with a modern appearance

1 2 3 4 5

Store with a traditional appearance

1 2 3 4 5

Unique/artistic store appearance

1 2 3 4 5

Price of whole spa package (accommodation, treatment and meal)

1 2 3 4 5

Atmosphere of the store

1 2 3 4 5

Service provided by spa destination

1 2 3 4 5

Safety place 1 2 3 4 5

18. Do you usually book a whole package (accommodation, spa treatment and meal) or just a spa treatment?(in other case, if you want to book a spa)

Whole package Spa treatment & accommodation Only spa treatment 19. What makes the spa experience bad? Unskilled therapist Poor Spa ambiance Too expensive 20. What kind of Spa that you ever had before?(you may have more than one answer) Day Spa Destination Spa Resort/Hotel Spa Medical Spa Mineral Spring Spa Club Spa Cruise ship Spa Airport Spa i. Frequency of visit 1 never 2 seldom 3 Occasionally 4 Often 5 Always Day Spa 1 2 3 4 5

Destination Spa 1 2 3 4 5

Resort/Hotel Spa 1 2 3 4 5

Medical Spa 1 2 3 4 5

Mineral Spring Spa 1 2 3 4 5

Club Spa 1 2 3 4 5

Cruise ship Spa 1 2 3 4 5

21. How would you predict the spa market in the future

1 2 3 4 5 Very Bad

Bad Somewhat Good Idea

Very Good

22. What is your suggestion to improve the quality of spa tourism in Malaysia? ..................................................................................................................................

23. Do you have any comment about spa in Malaysia? ..................................................................................................................................

THANK YOU FOR YOUR COOPERATION

Page 135: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

• Ahad, 04 Mei 2008 [27 Rabiulakhir 1429]

Ramai keliru istilah spa

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

RASMI: Cha (dua dari kanan) bersama penceramah yang terbabit dalam Iswec yang akan berlangsung

di ibu kota, Julai depan.

Salah faham jadi punca masyarakat pandang serong terhadap perkhidmatan

ditawarkan

BEBERAPA tahun kebelakangan ini mengunjungi spa bukanlah sesuatu yang asing.

Bagi yang berkemampuan ia sudah pun dipadatkan dalam jadual harian, tidak kira

sebagai aktiviti memenuhi masa lapang atau sekadar merehatkan diri pada waktu

terluang selepas penat berkerja.

Kini ia bukan lagi milik wanita, sebaliknya ada pengusaha spa yang menyediakan

khidmat untuk lelaki dengan alasan, lelaki juga perlu tampil serapi wanita. Keadaan

berkenaan menyebabkan spa tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Di mana-mana saja

Page 136: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

ada spa, sama ada memenuhi aspirasi spa sebenar atau sebaliknya, tidak ada yang

tahu.

Di sebalik nama berkenaan, ada juga pusat rawatan yang mengambil kesempatan

menyediakan perkhidmatan ‘lain’ tetapi berselindung sebalik pusat spa, menjadikan ada

pihak yang memandang industri berkenaan, kotor dan tidak keterlaluan dikatakan tidak

bermaruah.

Perunding spa, Andrew Jacka, berkata sungguhpun spa membawa pulangan berbilion

ringgit kepada ekonomi negara, hakikatnya masih ramai pengusaha spa yang tidak

mengetahui makna sebenar spa hingga menyebabkan kadangkala pengguna tidak

mendapat manfaat daripada perkhidmatan spa.

Katanya, sekiranya dibandingkan dengan Thailand dan Indonesia, ia jauh lebih baik dan

membangun, hingga negara berkenaan boleh terkenal dengan identiti spa mereka

tersendiri. Malaysia mungkin punyai identiti spa tersendiri, tetapi ia kurang di

komersialkan menjadikan tidak

ramai yang tahu mengenainya.

“Mengusahakan spa bukan

sekadar menyediakan teknik

urutan dan disudahi dengan air

mandian, ia lebih daripada itu.

Hari ini saya melihat banyak

yang mencemarkan nama spa

dengan menyediakan produk

BERPOTENSI: Perniagaan Spa boleh mencapai pulangan berbilion ringgit tetapi masih ada salah

sangka mengenai industri berkenaan.

Page 137: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

rawatan spa, atau pun salon rambut yang menyatakan menyediakan rawatan spa untuk

rambut, sedangkan spa dan salon adalah dua jenis rawatan yang berbeza. Ada spa

hotel dan ada spa harian yang punyai fungsi dan sasaran berbeza,” katanya ketika

ditemui baru-baru ini.

Beliau terbabit dalam bidang hospitaliti sejak 1977 dan mula serius dalam sektor spa

pada 1995 lalu. Perunding Horwath Spa di Bangkok, Thailand itu baru-baru ini

menerima anugerah Asia’s Leading Spa Consultancy 2007’ oleh World Travel Awards,

satu anugerah berprestij.

Jacka antara penceramah yang terbabit dalam Pameran dan Persidangan Spa dan

Kesihatan Antarabangsa (Iswec KL), yang akan berlangsung 15 hingga 17 Julai depan

di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Antara penceramah lain terbabit dalam

persidangan berkenaan ialah Jacquelina Le Sueur, Vanessa Gay, Carina Chatlani dan

pengerusi penganjur, Donald Cha.

Beliau berkata, pengusaha spa juga perlu tahu di mana sebenarnya operasi mereka

supaya kerja pengembangan operasi dapat berjalan dengan lancar.

Seorang pengusaha Thailand yang membuka spa di ibu kota, yang hanya ingin dikenali

sebagai Wong mengakui menerima sambutan kurang menggalakkan kerana spa masih

dianggap kotor sedangkan beliau menawarkan spa khusus untuk keluarga.

“Di Thailand ia tidak menimbulkan banyak masalah, tetapi di sini masih ada yang salah

anggap terhadap perniagaan ini. Sementara itu di kalangan rakan menyatakan sukar

mendapatkan terapi tempatan,” katanya.

Page 138: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Ada juga kalangan yang hadir pada persidangan berkenaan menyatakan, sukar

menentukan spa mana yang bagus dan begitulah sebaliknya, melainkan mendapat

maklumat menerusi media. Berdasarkan pengalamannya, ada spa yang diklasifikasikan

sebagai terbaik, tetapi rawatan diberikan tidak seperti dijangkakan.

“Saya hanya diberikan rawatan urut dan kemudian mandi herba. Urutan yang dikenakan

pula memenuhi kehendak saya. Apakah makna spa sebenarnya sedangkan ia

mengenakan khidmat ratusan ringgit,” katanya.

Memenuhi matlamat memberikan penerangan dan berbincang mengenai masalah spa

menjadi pemangkin kepada penganjuran Iswec.

Cha berkata, pengusaha spa perlu menghadiri persidangan berkenaan kerana ia bakal

menyingkap bagaimana menghasilkan spa yang membawa pulangan bilion ringgit

daripada penceramah berkaliber.

Cha bergelumang selama 15 tahun mengedar produk kosmetik di Malaysia

bagaimanapun sejak lima tahun kebelakangan ini memberi fokus dalam produk spa.

Spa pertama beliau di Hotel Marriott Putrajaya; Eastin Hotel Petaling Jaya dan Palm

Spa di Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya.

Katanya rantau Asia khususnya menghadapi satu kesedaran yang sangat tinggi

terhadap faedah dalam pemupukan satu pendekatan profesional untuk industri berbilion

ringgit yang akan menerajui pertumbuhan dalam sektor pelancongan kesihatan, sektor

hospitaliti dan industri sokongan lain.

Page 139: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

“Selaras dengan tema tahun ini iaitu Persidangan Hijau, Iswec akan menyediakan

platform yang ideal untuk ahli profesional sedunia, pencetus aliran dan pihak

penguatkuasa untuk bertemu dan bertukar idea mengenai isu semasa serta

mendefinisikan semula anjakan paradigma baru dan pertumbuhan pesat industri spa

dan kesihatan merentasi Asia Pasifik.

“Antara topik dibincangkan termasuklah mendefinisikan fungsi seorang pengurus spa

dan juruterapi spa selain memupuk pertumbuhan perniagaan. Pada masa sama acara

berkenaan turut memberi peluang kepada pengusaha mengetengahkan produk

menerusi pameran diadakan nanti,” katanya.

Jelasnya, pelabur korporat, pembuat keputusan, pemilik salon dan individu terbabit

dalam dunia spa perlu mengetahui rahsia serta panduan daripada penceramah yang

mempunyai puluhan tahun dalam bidang berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai Iswec boleh menghubungi talian 03-8023 0820.

Page 140: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

Disember 29, 2007 -Sabtu

PESTA SPA DIBUKA DI KUALA LUMPUR - JUMLAH SPA DI MALAYSIA DIJANGKA BERGANDA DUA MENJELANG TAHUN 2010

Friday 30/11/2007

Kuala Lumpur, 30 Nov – Pesta Spa Dan Kesejahteraan Asia 2007, Acara Spa Terbesar Di Asia Dibuka Hari Di Pusat Pameran Mid Valley Sehingga Hari Ahad. Pesta anjuran AIC Exhibitions Sdn Bhd dan Persatuan Hotel Malaysia ini merangkumi pameran spa, persidangan serantau dan Anugerah Spa dan Kesihatan Malaysia 2007. Pameran bertaraf antarabangsa ini disertai oleh lebih

dari 60 syarikat tempatan dan antarabangsa dan mempamerkan barangan serta perkhidmatan spa, kecantikan dan kesihatan. Persidangan serantau pula memperlihatkan 200 peserta yang terdiri dari pengusaha-pengusaha spa dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, India, China, Jepun dan Australia. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Khamsiyah Yeop ketika melancarkan Pesta Spa berkata, “Spa bukan merupakan fenomena yang baru di Malaysia. Kita memiliki tradisi dan warisan ratusan tahun di dalam bidang urut tradisional, mandi bunga dan sebagainya. Cuma, tradisi ini tidak dipromosikan seperti di negara jiran, Indonesia dan Thailand”. Beliau turut menyeru agar lebih ramai usahawan menceburi bidang ini dan menjadikan Malaysia destinasi spa serantau. Pengerusi Pesta Spa, William Ng pula berharap kerajaan dapat menubuhkan satu agensi pusat untuk memantau dan mempromosikan

Majlis Pelancaran Pesta Spa Dan

Kesejahteraan Asia 2007 oleh YAB Dato' Khamsiah Yeop

Page 141: persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan

spa dan urut tradisional. Kata beliau, “Buat masa ini, penguasaha spa menghadapi banyak tentangan dari segi birokrasi, termasuk permohonan lesen, pekerja spa tempatan dan asing, promosi dan sebagainya. Kita berharap kerajaan, terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat lebih memahami konsep dan peranan spa, dan tidak menggolongkan semua spa sebagai tempat menjalankan maksiat.” William menambah, “Spa bukan sahaja merupakan halatuju masa depan, malah merupakan komponen penting di dalam industri pelancongan, di samping mampu menjana pertukaran wang asing untuk negara dan menawarkan ribuan pekerjaan kepada rakyat.” Pameran dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari sehingga Ahad ini. Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut layari www.asiaspafestival.com.