cara mengerjakan sembahyang di dalam kapal terbang

34
CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab- sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut : 1. Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. ( Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan ). 2. Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqada'kan. BOHONG SUNAT Soalan; Assalamu alaikum ustaz. Saya ingin mendapat penjelasan dari ustaz; Apakah hukum 'berbohong sunat'? Perbuatan berbohong tersebut adalah untuk tujuan yang baik, misalnya untuk menjaga sillaturrahim. Terima kasih Jawapan; Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan; 1) Ketika peperangan 2) Untuk mendamaikan di antara manusia

Upload: yatie-sidek

Post on 31-Dec-2015

143 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

cara kerjakan solat di atas kapal terbang

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG

Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut :

1. Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. ( Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan ).

2. Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqada'kan.

BOHONG SUNAT

Soalan; Assalamu alaikum ustaz. Saya ingin mendapat penjelasan dari ustaz; Apakah hukum 'berbohong sunat'? Perbuatan berbohong tersebut adalah untuk tujuan yang baik, misalnya untuk menjaga sillaturrahim. Terima kasih

Jawapan;

Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;1) Ketika peperangan2) Untuk mendamaikan di antara manusia3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya(HR Imam Muslim)

Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentingan. Para ulamak telah membuat batasan bagi pendustaan/pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong/berdusta, maka ketika itu berbohong/berdusta adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk

Page 2: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

mencapainya). Contohnya; ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berdusta/berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya). Contoh lain; kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali; jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.

Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).

Bagi kes hubungan suami-isteri, maksud keharusan berdusta/berbohong ialah dalam menzahirkan kasih-sayang, berjanji sesuatu yang tidak lazim/mesti (ditunaikan) atau sebagainya. Sebagai contohnya; apabila isteri bertanya suami; sedap atau tidak masakannya? Suami pun menjawab; “sedap”, walhal sebenarnya tidak sedap. Jawapan itu bertujuan menjaga perasaan isteri walaupun sumai sebenarnya berbohong. Berbohong sebegitu tidaklah dicela kerana tujuannya untuk mengekalkan kasih-sayang. Adapun melakukan penipuan/pembohongan untuk mengelak dari tanggungjawab/kewajipan terhadap pasangan masing-masing atau untuk merampas haknya secara batil, maka ia adalah haram dengan ijmak para ulamak. (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi)

Wallahu a’lam.

Had Masa Bagi Muallaf Menerima Zakat Bahasa Asal

Melayu

Jumlah Pembaca

124

Negara Asal

Brunei

Tahun

1982

Pengarang

Ustaz Awang Haji Abdul Aziz Bin Juned & Dr Hj Ismail Bin Omar Abdul Aziz

Page 3: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

Rujukan

Jabatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam

Adakah ada had tahun yang membolehkan seorang muallaf itu tidak lagi berhak manerima wang zakat?

Jawapan:

Ketahuilah bahawa zakat itu telah Allah Ta’ala tentukan bagi orang-orang yang akan berhak menerimanya sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an bagi menerima bantuan kepada mereka dalam keadaan mereka yang sengsara dan bagi menggalakkan mereka berbuat bakti kepada umat Islam dan agama Islam.

Menurut kitab Al-Minhâj oleh Al-Imam an-Nawawi serta At-Tuhfah, orang muallaf itu siapa orang yang masuk Islam dan hatinya lemah pada orang-orang Islam atau pada agama Islam. Atau ia masuk Islam dan hatinya kuat dalam Islam, dan dia ada pengaruh sekira-kira diberikannya zakat, maka ada harapan orang-orang lain mengikut masuk Islam, sekalipun perempuan, sebagaimana ia telah masuk Islam.

Ini dua macam orang muallaf. Tujuan memberi zakat kepadannya bahawa menolong ia dalam keadaan hidup yang baharu, supaya ia dapat jinak dan tiada liar daripada orang-orang Islam atau dari agama Islam. Jika difikirkan orang muallaf itu masih mustahak ia diberi zakat, maka wajiblah diberi zakat padanya. Atau ia kuat hatinya dalam Islam, tetapi ia ada nama dan pengaruh, boleh menarik lain-lain orang masuk Islam, maka mustahak ia diberi zakat dari bahagian muallaf, kerana tujuan mengembangkan Islam kepada orang-orang yang belum masuk Islam.

Dengan erti yang telah deberikan oleh ulama-ulama fiqh pada perkataan muallaf di atas ini, maka tiadalah timbul setakat mana dan sampai bila dan berapa tahun lamanya akan diberi muallaf itu dari bahagian muallaf.

Pendek kata, pada memberi zakat kepada muallaf itu boleh dipandang dari hajat dan masalah orang muallaf itu sendiri atau boleh dipandang dari mashlahat dan faedah yang terpulang pada Islam itu sendiri. Maka atas Pegawai Tadbir Zakat boleh melihat dari dua segi ini pada memberi zakat kepada orang-orang muallaf supaya orang muallaf itu kekal dalam Islam dan supaya menarik orang-orang bukan Islam masuk Islam.

© INFAD 2010 All Ri

Page 4: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

Falsafah pendidikan islam

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

HUKUM BEKERJA DI KEDAI / TEMPAT YANG MENJUAL ARAK

Dengan Nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam atas Rasulullah SAW: amma ba’d;

HUKUM MINUM DAN JUAL ARAK

Sesungguhnya keharaman arak, telah dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya;

ا ي�ا �ي�ه� ن�وا ال�ذ�ين� أ ا ء�ام� �ن�م� م"ر� إ ر� ال"خ� ي"س� ال"م� اب� و� �ن"ص� األ" م� و� ال� �ز" األ" ي"ط�ان� ع�م�ل� م�ن" ر�ج"س- و� الش� ت�ن�ب�وه� اج" ون� ل�ع�ل�ك�م" ف� ل�ح� ا ت�ف" �ن�م� ي"ط�ان� ي�ر�يد� إ ة� ب�ي"ن�ك�م� ي�وق�ع� أ�ن" الش� اء� ال"ع�د�او� ال"ب�غ"ض� م"ر� ف�ي و� ال"خ�

ر� ي"س� ال"م� د�ك�م" و� ي�ص� ة� و�ع�ن� الل�ه� ذ�ك"ر� ع�ن" و� ال� ل" الص� ه� �ن"ت�م" ف� ون� أ ن"ت�ه� م�

Maksudnya;“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)” (surah Al-Maidah : 90-91)

Sesungguhnya Allah melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak, iaitu berdasarkan kepada Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas;

وعاصرها الخمر لعن الله إن محمد يا :فقال جبريل أتاه وسلم عليه الله صلى النبي أن وساقيها ومبتاعها وبائعها، وشاربها إليه والمحمولة وحاملها ومعتصرها،

Page 5: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

Maksudnya;“Sesungguhnya Nabi SAW didatangi oleh Jibril lalu berkata : Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, Orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya” (hadis riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Hakim. Telah mensahehkannya oleh Syaikh Albani didalam “saheh Jamik Saghir (2/907))

Dari firman Allah dan Hadis yang tersebut, jelas kepada kita bahawa arak adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah.

BEKERJA DI PASARAYA /KEDAI YANG ADA MENJUAL ARAKFuqaha’ telah menetapkan kaedah umum, iaitu ;

المقاصد أحكام للوسائل أن

Maksudnya;“Sesungguhnya, bagi (hukum) Wasilah (perantara) seperti hukum maqasid (tujuan)”

Maka dengan demikian, setiap perkara yang membawa kepada haram, maka ianya dikira sebagai haram dalam apa jua bentuk sekalipun, ini kerana, ianya dibawah ketegori ta’awun (Bantu membantu) dalam melakukan dosa.

Firman Allah ;

ن�وا ت�ع�او� و�ى ال"ب�رa ع�ل�ى و� الت�ق" ن�وا و�ال� و� �ث"م� ع�ل�ى ت�ع�او� ال"ع�د"و�ان� اإل" و�

Maksudnya;“Bantu membantulah kamu dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan, dan jangan kamu Bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan” (surah Maidah : 2)

Imam Al-Izz Bin Abdus Salam menyatakan didalam kitab Qawaid Al-Ahkam ;

إلى والوسيلة الوسائل أفضل هي المقاصد أفضل إلى فالوسيلة المقاصد أحكام للوسائل الوسائل أرذل هي المقاصد أرذل

Maksudnya;“Bagi Wasail (perantara) adalah hukum maqasid. Wasilah kepada maqasid yang afdhal adalah seafdhal-afdhal Wasail. Dan Wasilah kepada seburuk-buruk Maqasid adalah seburuk-buruk Wasail” (lihat Qawaid Al-Ahkam (1/46)

Page 6: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

Dari kaedah ini, difahami bahawa setiap perkara yang membawa kepada haram, maka perkara tersebut dikira sebagai haram juga.

Sekiranya bank yang mengamalkan system riba adalah sesuatu yang diharamkan, maka semua tindakan kearah memajukan bank tersebut dikira sebagai haram. Seperti orang yang bekerja sebagai akauntannya, scuritinya, juru kira-kiranya dan seterusnya.

Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW;

سواء هم : وقال وشاهديه وكاتبه ومؤكله الربا آكل وسلم عليه الله صلى الله رسول لعنمسلم رواه

Maksudnya;“Melaknat oleh Rasulullah SAW akan pemakan riba, pewakilnya, penulisnya dan dua saksinya. Dan berkata: mereka (semuanya) adalah sama (dari segi dosa)” (hadis riwayat Muslim)

Begitujuga, hukum haram kepada orang yang menjual dan bersekongkol dalam memajukan arak.

Ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang saheh;

م تعالى الله إن واألصنام والخنزير والميتة الخمر بيع حر|

Maksudnya;“Sesungguhnya Allah ta’ala mengharamkan Jual Arak, bangkai, Khinzir dan Patung berhala” (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah Al-Muqaddasi dalam mensyarahkan perkataan Al-Khurqi;

~ يتخذه ممن العصير وبيع باطل خمرا

Maksudnya;“menjual perahan (anggur atau apa pun) kepada orang yang mengambilnya (untuk dijadikan) arak, adalah batil”

Sebahagian Ulama Syafiiyyah berpendapat, menjual perahan (anggur)

Page 7: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

kepada orang yang hendak menjadikan arak adalah haram. Tetapi makruh sekiranya disangsikan untuk dijadikan arak.

Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah ;

“Begitulah hukum pada tiap-tiap perkara yang diqasadkan kepada yang haram, seperti menjual senjata kepada ahli harb (orang yang mesti diperangi) atau kepada qutta’ at-tariq (perompak tengah jalan), atau pada melakukan perkara fitnah, dan menjual akan alat muzik atau menyewakannya (untuk dijadikan alat melalaikan) atau menyewakan rumahnya untuk menjual arak padanya, atau menyewakan rumah untuk dijadikan gereja atau rumah api (untuk orang majusi) dan yang seumpama dengannya. Maka semua ini adalah haram dan aqadnya juga batal” (Al-Mughni : 4/207)

APA YANG HENDAK DIBUAT DENGAN HARTA HARAM?

Setiap harta yang terhasil dari pekerjaan haram, wajib di bersihkannya dengan di habiskan kepada bentuk kebajikan dan untuk kemaslahatan umum, seperti diberikan kepada fakir miskin, orang yang memerlukan, anak-anak yatim, muassasah kemasyarakatan atau seumpama dengannya.

Tidak harus kepada pemilik harta haram itu membelanjakan harta tersebut untuk dirinya, isterinya dan semua tanggungannya.

Harta haram tersebut tidak boleh dibuang dan dibazirkan, ini kerana perbuatan tersebut dilarang oleh Syarak.

Harta tersebut juga, mesti diambil dari pihak pemberi gaji, ini kerana, sekiranya tidak diambil, pihak ‘pemberi gaji’ akan menggunakan duit tersebut kepada menguatkan lagi usahanya kepada perkara yang haram.(lihat ulasan Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab “Fatawa Maasarah” (1/606))

Maka dengan demikian, duit yang terhasil dari perkara haram, adalah haram bagi diri pekerja dan diri ‘pemberi gaji’. Oleh itu, wajib kepada pekerja mengambil duit tersebut dan diberikan kepada tempat-tempat kebajikan, seperti rumah anak yatim, fakir miskin dan sebagainya.

Page 8: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

KESIMPULANIngatlah sabda Rasulullah SAW dari hadis yang diriwayatkan oleh An-Nu’man bin Basyir RA;

لدينه استبرأ فقد الشبهات اتقى فمن مشتبهات أمور وبينهما بين والحرام بين الحالل وعرضه

Maksudnya;“Halal itu jelas dan haram itu jelas. Dan diantara kedua-duanya adalah perkara yang kesamaran. Barangsiapa yang takut (menjauhi) perkara syubhat (kesamaran), maka sesungguhnya dia telah membersihkan bagi agamanya dan maruahnya” (muttafaqun Alaih)

Kepada sesiapa yang mempunyai kawan yang masih lagi bekerja di tempat-tempat yang bergelumang dengan perkara haram, wajib kepadanya menasihati kawan-kawannya itu agar mencari rezki dan bekerja di tempat yang lain.

Pesanlah kepada mereka dengan firman Allah;

ع�ل" الل�ه� ي�ت�ق� و�م�ن" ا ل�ه� ي�ج" ج~ ر� ه� م�خ" ق" ز� ي�ر" ي"ث� م�ن" و� ب� ال� ح� ت�س� و� الل�ه� ع�ل�ى ي�ت�و�ك�ل" و�م�ن" ي�ح" ه� ف� ب�ه� س" ر�ه� ب�ال�غ� الل�ه� إ�ن� ح� م"

د" أ� ع�ل� ق� ء� ل�ك�لa الل�ه� ج� ي" ا ش� د"ر~ ق�

Maksudnya;“Barangsiapa yang takutkan Allah, nescaya Allah jadikannya jalan keluar dan merezkikannya dari sudut yang tidak disangka-sangka. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka itu memadainya. Sesungguhnya Allah menyampaikan urusannya, sesungguhnya Allah menjadikan bagi setiap perkara dalam keadaan berkuasa” (surah At-Talaq : 2-3)

Begitujuga, firman Allah lagi

ع�ل" الل�ه� ي�ت�ق� و�م�ن" ر�ه� م�ن" ل�ه� ي�ج" م"~ أ� را ي�س"

Maksudnya;“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan kepadanya dari urusannya menjadi mudah” (surah At-Talaq : 4)

Wallahu A’lamSiakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri...

Masih ingatkah lagi pantun lama ini? Sejak kecil, kita sering diajar bahawa bohong adalah perbuatan yang tidak baik atau dalam istilah yang paling mudah difahami, “bohong itu jahat”. Namun dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi orang dewasa, bohong kadangkala menjadi suatu perkara yang biasa yang tidak dapat dielakkan. Namun, betulkah kita memang tidak dapat mengelak daripada

Page 9: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

berbohong?Mengapa berbohong? Jawapan yang paling tepat, kerana mahu menyelamatkan diri sendiri daripada sesuatu keadaan! Yang biasa berlaku, kita tersepit dalam sesuatu situasi dan situasi itu berlaku kerana kelalaian atauy kesalahan sendiri. Sekiranya kesulitan itu berlaku kerana kesilapan orang lain, tentulah kita tidak berbohong kerana kita dapat mencari pihak lain untuk diletakkan kesalahan itu.

Tetapi sebaliknya apabila kesalahan itu berpunca daripada kita sendiri, maka kita terpaksa mereka-reka alasan supaya kita tidka dipersalahkan. Apabila ‘terlalu bijak’, mereka-reka alasan, maka terjadilah pembohongan. Nampak mudah, bukan?Bohong bermaksud memberitahu susuatu yang tidak benar dan kita tahu bahawa hal itu tidak benar. Atau dengan kata lain, berdusta. Dari sudut pandangan Islam, sudah tentu hukumnya haram. Jika kita memberitahu orang sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu bahawa hal itu tidak benar, perbuatan itu bukanlah bohong namanya.

Jangan BerbohongDari Ibnu Umar r.a. katanya: Saya dengar Rasulullah SAW bersabda, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya, “Hanya dengan satu perkara: ‘Laa Takzib! (Jangan berbohong!).’ Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu. “Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum,” fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.”

Kalangan orang munafikSabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah).” (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada hadis yang disebutkan di atas, dapat kita fahami bahawa pembohong dikategorikan sebagai seorang munafik dan tempat mereka dalam neraka paling bawah. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.Dalam hadis riwayat Abdullah Umar, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai empat sifat orang munafik iaitu: 1. Apabila diamanahkan, dia mengkhianati amanah itu 2. Apabila bercakap, dia berbohong 3. Apabila berjanji, dia mungkiri 4. Apabila berkelahi, dia berlaku zalim atau melampau-lampau

Page 10: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, Rasulullah AW bersabda yang bermaksud, “Benar itu membawa kebaikan dan kebaikan tiu membawa ke syurga. Yang bercakap benar, akan ditulis benar, yang bohong akan mendorong seseorang itu kepada kejahatan. Kejahatan itu akan membawa seseorang ke neraka dan apabila orang itu bercakap bohong, maka dia akan ditulis sebagai seorang yang pembohong.”

Selain itu, hayati juga firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud, “Jangan kamu mengikuti sesuatu kamu tidak tahu mengenainya. Pendengaran dan penglihatan serta hati – semua anggota itu akan tetap ditanya mengenai segala yang dilakukannya.”

Oleh itu, secara moralnya, jika kita tidak tahu sesuatu perkara dengan jelas atau tidak sahih akan kebenarannya, jangan pandai-pandai bercakap apa-apa, kerana kita berkemungkinan boleh ditudih berbohong.

Bohong yang dibolehkan Walaupun pada prinsipnya, berbohong hukumnya haram, tetapi dalam keadaan tertentu, Islam memberikan kelonggaran. Namun, ia bukan dalam konteks yang terlalu ketat. Rasulullah SAW ada menyatakan, seseorang yang berbohong dengan niat ingin mendamaikan orang lain atau untuk tujuan kebaikan dalam masyarakat, dia tidak dikira berbohong. Dalam suatu riwayat, Ibnu Kalsum berkata, beliau tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran untuk bercakap dalam hal yang tidak betul, kecuali dalam tiga perkara : 1. Ketika peperangan 2. Untuk mendamaikan anggota masyarakat atau organisasi yang bertelagah 3. Dalam perhubungan suami isteri

Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a., sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.” (Hadis riwayat Bukhari)

Umat Islam pada hari ini masih lagi terumbang-ambing, lemah, miskin dan berpecah belah meskipun Islam sesungguhnya amat menggalakkan perpaduan, kesatuan, persefahaman dan keharmonian dalam kehidupan sejagat. Dalam erti kata lain, Islam melarang umatnya bergaduh, berperang apalagi bertengkar sesama sendiri sehingga melibatkan perbuatan mencederakan, membunuh dan sebagainya. Inilah sebabnya mengapa Islam memuliakan seorang manusia yang berusaha untuk mendamaikan orang yang bertelagah meskipun terpaksa dilaksanakan dengan cara menipu (perkara yang harus) demi menjalinkan semula ikatan persaudaraan tersebut agar keadaan kembali menjadi aman dan damai.Begitu juga untuk menjaga akidah, sekiranya seseorang dipaksa untuk mengucapkan sesuatu yang berlawanan dengan akidah, maka dia boleh berbohong. Namun, pembohongan itu dengan syarat, hatinya tetap dalam Islam. Hal ini mengingatkan kita kepada kisah yang menimpa Ammar Yassir yang terpaksa mengaku kembali menyembah berhala apabila dia diseksa teruk dan selspas melihat ibunya Sumayyah dan bapanya, mati ditikam Abu Jahal kerana mempertahankan akidah. Rasulullah SAW ketika

Page 11: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

ditanya mengenai kedudukan Ammar selepas itu, menyatakan bahawa Ammar tetap terpelihara akidahnya kerana dia dipaksa berbuat begitu dan hal itu di luar kerelaannya.

Berkata Imam an-Nawawi yang mengulas hadis ini, “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentinga n. Para ulama telah membuat batasan bagi pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong, maka ketika itu berbohong adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya) .Contohnya ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya) . Contoh lain kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali, jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.

Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).

Kawan berbohongBerbohong antarakawan - kawan pula, hanya dalam keadaan tertentu sahaja, maksudnya dalam perkara yang tidak menyentuh prinsip. Umpamanya,memujikebaikan kawankerana ingin ambil hatimereka, sedangkankebaikannya tidak kena langsung dengangayanya. Ataukekawankita memujikita kacak,baik hati dan sopan walaupun hakikatnyakita tidak sebaik mana. Tetapi asalkan dengan niat menjaga keharmonianpersahabatan danmengeratkanlagi hubunganprsahabatan serta persaudaraan antara umat Islam, hal itu dibenarkan.Kelonggaran dalam berbohong diistilahkan terutamanya oleh orang Melayu sebagai ‘bohong sunat’. Hakikatnya, dalam Islam tiada istilah ‘bohong sunat’, yang ada hanya kelonggaran yang diharuskan dalam keadaan tertentu. Sekiranya dapat mengelak daripada bohong, hal itu lebih digalakkan. Justeru, kelonggaran yang diberi atau dibenarkan untuk berbohong harus digunakan secara tepat untuk menyelesaikan halperibadi.Namun sebenarnya ramai yang menggunakan kelonggaran ini untuk tujuan yangsalah.

Berbohong satu pengkhianatanRasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Page 12: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Oleh itu Islam menganggap perbuatan berbohong atau berdusta adalah satu perbuatan munafik. Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

Jangan dibudayakan Dalam konteks hubungan majikan atau ketua denga para pekerja, bohong boleh berlaku jika majikan tidak menjelaskan hal sebenarnya mengenai pentadbiran syarikat yang merosot. Tetapi jika majikan berbuat demikian kerana tidak mahu para pekerja bimbang dan pada masa yang sama ingin mencari jalan untuk membaiki keadaan, hal itu dianggap satu kelonggaran.Namun sekiranya keadaan gagal dikendalikan, tidak wajar majikan atau ketua terus berbohong dan menyembunyikan hal sebenar keran itu seperti menganiaya pekerja.Tidak kurang juga yang sering berlaku dalam organisasi, perbalahan sesama pekerja yang mungkin akan membawa mudarat jika tidak ditangani dengan segera. Justeru, jika pembohongan tertentu dapat menyelamatkan keadaan dan mewujudkan keharmonian sesama pekerja, ia dibolehkan.

Namun, bohong jangan dibudayakan kerana ia lambat-laun akan merosakkan keharmonian dan boleh meruntuhkan masyarakat. Walaupun ada kelonggaran berbohong, jika boleh dielakkan, adalah lebih baik dielakkan!

PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

DEFINISI

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Pendidikan Islam di sekolah.

2. Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat GPI untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.

3. Menggembleng tenaga GPI dalam melaksanakan aktiviti panitia.4. Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam

pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.5. Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data / maklumat berkaitan dengan

Pendidikan Islam di sekolah.6. Menjadi penggerak kepada program dakwah dan bi'ah Islamiah di sekolah

ISU YANG PERLU DIFAHAMI

1. Pemahaman tentang struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia P.Islam

Page 13: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

2. Pemahaman dan kemahiran tentang pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam3. Kerjasama sesama guru-guru Pendidikan Islam dan pihak lain yang berkaitan4. Fungsi Mesyuarat dan Perjumpaan Panitia Pendidikan Islam5. Pendokumentasian data / maklumat Pendidikan Islam / sistem fail

SENARAI TUGAS

Ketua Panitia

1. Bertanggungjawab ke atas perancangan, perjalanan dan kemajuan P.Islam.2. Memastikan semua guru Pendidikan Islam menggunakan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

yang kemas kini.3. Mengadakan dan menyimpan fail-fail Pendidikan Islam.4. Memastikan semua guru Pendidikan Islam membina soalan-soalan peperiksaan dalaman

mengikut format yang ditentukan.5. Memastikan semua GPI menyediakan rancangan tahunan dan harian.6. Mempengerusikan Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.7. Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Setiausaha

1. Menyediakan surat-surat Pekeliling / Mesyuarat Panitia PI2. Menyediakan agenda untuk semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.3. Mencatat minit dalam semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.4. Membentang minit dalam semua Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.5. Menguruskan semua surat keluar masuk Panitia Pendidikan Islam.6. Menyediakan laporan bagi setiap kali program Panitia Pendidikan Islam.7. Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa

18/8/12 - Islam adalah ‘Agama Negara’, bukan sekadar Agama Rasmi untuk tujuan upacara (ceremonial purposes) sahaja. Undang-Undang Tertinggi Negara seawal Perkara 3 Fasal (1) memartabatkan – Islam is the religion of the Federation;

Tiada sepatah pun ungkapan ‘sekular’ termaktub dalam undang-undang tertinggi Negara. Aspirasi masyarakat bukan Islam mahupun sebahagian kecil umat Islam untuk menjadikan Persekutuan Negeri-Negeri Melayu sebagai sebuah Negara sekular tidak kesampaian apabila Raja-Raja Melayu memperkenankan Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini tanpa ungkapan “sekular”.

Kesinambungan kedaulatan (sovereignity) Kesultanan Melayu Islam tetap kekal teguh dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia jelas membuktikan Malaysia bukan lahir atas ihsan penjajah British semata-mata, malah atas perkenan Raja-raja Melayu untuk bersekutu.

Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam – melalui Perkara 37 – dengan mewajibkan Ketua Utama Negara- Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa.

Semua cabang Pemerintahan Negara – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.

Page 14: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

Pendirian mana-mana parti politik (sama ada DAP, PKR, MCA, MIC hatta PAS atau UMNO) yang mendokong unsur menentang kedaulatan Islam sebagai agama Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukun Negara – Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Mana-mana parti politik yang meletakkan prinsip sekular dan liberalisme mengatasi prinsip Islam wajib memperbetulkan fahaman politik masing-masing kerana sebagai warga Malaysia, rakyat Malaysia tiada pilihan lain selain dari menghormati prinsip Islam sebagai agama Negara dan memartabatkannya.

Karpal Singh membuat kenyataan yang mengelirukan seluruh rakyat apabila mengatakan Tun Salleh Abbas memutuskan Malaysia adalah Negara sekular dalam kes Che Omar B. Che Soh. Sedangkan pada hakikatnya Tun Salleh dalam kes tersebut hanya berpendapat undang-undang yang dilaksanakan Negara ini pada waktu itu, tahun 1988, adalah undang-undang secular. TUN SALLEH TIDAK SAMA SEKALI MEMUTUSKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR.

Suara-suara sumbang dan pandangan menyeleweng pelbagai pihak terutama dari kalangan para peguam, ahli politik, yang menjulang prinsip hak asasi manusia hingga menjejaskan kesucian dan kedaulatan Agama Islam adalah ancaman utama terhadap kestabilan politik Negara dan telah mengakibatkan terjejasnya kedudukan Islam sebagai agama Negara.

Tindakan menuntut hak kebebasan dari pengaruh kawalan prinsip Islam termasuk hak orientasi seks, hak kebebasan menghina agama Islam, hak kebebasan untuk murtad, hak kebebasan seks, hak kebebasan untuk menyelewengkan agama Islam, hak untuk bebas dari pengaruh Syariah adalah bukti jelas betapa sebahagian besar rakyat Negara ini terpengaruh dengan di’ayah kononnya Malaysia sebuah Negara sekular.

1. Haji hanya boleh dilakukan pada bulan tertentu iaitu Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama dalam Bulan Zulhijjah ). Umrah pula boleh dilaksanakan sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya.2. Haji mengandungi wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah. Dalam umrah tidak ada semua semua perkara tersebut, hanya tawaf, sa’i dan bercukur atau bergunting (tahallul).3. Rukun haji ada lima iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’i dan tahallul. Manakala rukun umrah hanya empat iaitu ihram, tawaf, sa’i dan tahallul4. Kewajipan mengerjakan haji telah disepakati oleh ijmak ulamak, tetapi kewajipan umrah ulamak berselisih pendapat ( tiada sepakat ulamak).

2. yang ciri-cirinya anda senaraikan di atas, secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi pemikiran dan personaliti anda, pembentukan sikap dan ilmu pengetahuan, serta kemahiran yang anda perolehi. Secara tidak langsung, guru ini juga mungkin mengubah tingkah laku anda.

3.4. Seorang guru yang baik ialah seorang guru yang boleh mengajar dengan berkesan.

Adakah keberkesanan pengajaran guru hanya diukur berdasarkan pencapaian akademik pelajar?

5. Apa pendapat anda tentang pandangan ini?6.7. 5.1.1 Ciri-ciri Guru yang Berkesan8. Perbincangan tentang guru yang berkesan memang banyak ditulis dan juga dikaji.

Aspek keberkesanan dilihat dari segi sekolah, pengurusan, media pengajaran, latihan

Page 15: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

guru dan lainlain. Dalam bahagian ini penumpuan diberikan kepada guru. Antara ciri-cirinya adalah:

9.10. (a) Kecekapan Bidang11. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam

tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru yang

12. berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang beliau kurang mahir.

13.14. (b) Kepelbagaian Kaedah Mengajar15. Pembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang

sesuai dengan isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk mengajar kemahiran. Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagai kaedah mengajar.

16.17. (c) Penglibatan Pelajar dalam Pengajaran18. Guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar

dalam pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lain-lain. Guru yang berkesan akan sentiasa sensitif dan prihatin dengan keperluan pelajar.

19.20. (d) Enthusiasm21. Guru yang bersemangat (enthusiastic) akan mempamerkan keyakinan dalam

perkara yang hendak diajar. Guru berkenaan menunjukkan kesungguhan semasa mengajar melalui nada suara dan gerak geri yang menunjukkan bahawa perkara yang hendak diajar adalah penting dan menarik. Guru juga kelihatan bertenaga dan gembira semasa mengajar.

22. (e) Susunan dan Kejelasan23. Guru yang berkesan menyediakan objektif pengajaran dengan jelas. Isi pelajaran

dan aktiviti pengajaran disusun mengikut objektif berkenaan. Isi pelajaran juga disampaikan mengikut urutan dan penerangan guru jelas dan boleh difahami oleh pelajar. Ini seterusnya menyumbang kepada pencapaian pelajar.

24.25. Sekian sahaja untuk perkongsian pada kali ini, terima kasih26. Bismillahirrahmanirrahim….

27. Assalamualaikum….

28.

Page 16: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

29.30.

31. Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan

yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2.

Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang

lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita

adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun

tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua

disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun

sudah baligh dulu.

32.

33.34.

Page 17: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

35. Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu

banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat.

Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu.

Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena

bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara

atau bagai mana mahu qada’ solat?

36. Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan

kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang

sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja

kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan

istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana

Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda

tidak tertidur atau terlupa.

37. Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu

sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di

luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam

waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”

38. Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam,

umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya

pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

39. Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

40. 1.   Solat Maghrib:

41. “Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

42.

43. 2.   Solat Isyak:

44. “Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Page 18: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

45. 3.   Solat Subuh:

46. “Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

4.   Solat Zuhur:

“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

5.   Solat Asar:

“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala

47. Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak

akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua

jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

48. Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk

qada,  pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan

solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah

ditinggalkannya.

49.

50. Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah

ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak

solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada

kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan

solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

51.

52. Selain itu ada juga orang bertanya,  jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat

mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

53.

Page 19: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

54. Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya

bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk

qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-

sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni

dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan

pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian

ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah

SWT.

55. Wallahualam…….

56. Tiada istilah qada solat 57. WARTAWAN SINAR HARIAN

6 April 2012

58.$entry.content.caption.value

59. Topik kali ini, membicarakan perihal mengqada solat dan hal yang berkaitan dengannya. Ini bertujuan agar dapat memberikan kefahaman yang sebenar daripada ajaran syariat al-Quran dan Sunnah mengenai apa itu qada solat dan atas sebab apa seseorang itu dibolehkan mengqada solatnya.

Perkara mengqada solat dirasakan penting untuk diterangkan kerana ada segelintir yang membuat fatwa peribadi bahawa solat itu boleh diqada sahaja jikalau berhadapan dengan sebarang bentuk kesukaran atau keuzuran tidak kira sekecil mana dua faktor penghalang tersebut.

Page 20: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

Profesor Madya yang juga Koordinator Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Nor Mamat berkata, secara asasnya tidak timbul istilah qada solat dalam sejarah, sebagaimana yang difahami masyarakat Muslim pada hari ini sebagai menggantikan solat yang ditinggalkan.

Menurutnya, hukum meninggalkan solat fardu adalah berdosa dan solat hanyalah diwajibkan untuk Muslim melaksanakannya pada waktu yang ditentukan untuknya.

“Contohnya, tidak ada kewajipan solat Zuhur pada waktu Asar, begitu juga tidak diwajibkan solat Maghrib pada waktu Isyak. Bagaimanapun, konsep qada solat ini boleh terjadi dalam keadaan tertentu.

"Sebenarnya tidak timbul hukum qada solat, kerana solat adalah ibadat khusus yang difardukan ALLAH pada waktu yang ditentukan, dan ia tidak diwajibkan pada waktu yang bukan waktunya,” katanya kepada Sinar Harian.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah An-Nisa’ : 103)

Kes tertentu

Mohd Nor berkata, hukum yang mengatakan boleh menangguhkan solat kemudiannya qada adalah tidak wujud dalam fiqah Islam kerana meninggalkan solat itu adalah berdosa. Bagi memudahkan untuk difahami katanya, asalnya hukum qada solat tidak wujud. Tetapi bagi kes tertentu seperti tertinggal solat disebabkan kelalaian yang di luar kawalan seperti tidur dan lupa, maka solat tersebut wajib segera diganti (qada) apabila terjaga dan teringat.

“Sementara dalam kes tertinggal solat sebab sengaja, ulama secara sepakat mengatakan wajib qada solat yang ditinggalkan secara sengaja, dalam keadaan tetap dikira berdosa,” jelasnya.

Selain itu, ditanya sama ada mengqada solat ini memang ada dalam Islam ataupun tidak, Mohd Nor berkata, asalnya tidak wujud. Namun dalam konteks untuk mudah difahami masyarakat hari ini, qada solat boleh berlaku pada beberapa suasana iaitu:

- Apabila tertinggal solat secara tidak sengaja, maka wajib terus ditunaikan solat tersebut apabila tersedar atau terjaga dan ia tidak berdosa. Terdapat dalam Islam arahan segera menggantikan (qada) solat yang tertinggal disebabkan oleh kelalaian di luar kawalan kita seperti terlupa, tertidur dan sebagainya, walaupun waktu solat tersebut telah pun berlalu.

- Apabila ditinggalkan solat secara sengaja, jumhur ulama sepakat mengatakan wajib digantikan solat tersebut tetapi ia tetap juga berdosa. Terdapat juga pendapat seperti Ibn Taimiyyah yang mengatakan tidak perlu mengqada solat yang ditinggalkan secara

Page 21: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

sengaja.

Beliau berkata, anggapan bahawa meninggalkan solat dengan sengaja dan boleh menggantinya pada waktu yang lain asal saja kewajipan itu tidak terus ditinggalkan atau dilupakan adalah satu anggapan yang salah dan bertentangan dengan fardu solat.

Waktu qada

Mengulas lanjut mengenai waktu mengqada solat, Mohd Nor menjelaskan sebaik sahaja seseorang itu tersedar daripada lupa atau tidur, maka hendaklah dia tunaikan solat tersebut dengan segera. Begitu juga mengikut jumhur ulama yang mengatakan wajib bagi Muslim mengqada solat yang ditinggalkan dengan sengaja, maka perlu disegerakan qadanya sebaik sahaja dia sedar dan bertaubat.

“Banyak juga kes yang saya temui kalangan mereka yang tidak bersolat sejak sekian lama, tetapi kemudiannya bertaubat dan bertanyakan mengenai waktu yang sepatutnya mereka qada solat yang ditinggalkan.

"Dalam hal solat yang ditinggalkan sekian lama, kebanyakan ulama mencadangkan supaya dibuat anggaran jumlah yang ditinggalkan dan diganti (qada) secara beransur-ansur mengikut kelapangan waktu.

“Terdapat juga sebahagian ulama yang berpendapat tidak perlu qada solat yang telah lama ditinggalkan, memadai dengan bertaubat dan perbanyakkan solat sunat sebagai ganti,” katanya.

Pada zaman Rasulullah, ketika perang contohnya, alternatif yang digunakan untuk menggantikan solat mereka jawabnya daripada sirah Rasulullah SAW, didapati solat ditonjolkan sebagai ibadat wajib yang tidak ada pengecualian daripada menunaikannya, walaupun dalam peperangan, sakit atau tidak dapat bergerak sekalipun.

Amalan Rasulullah dalam perang contohnya, tentera akan bergilir mendirikan solat dan mempertahankan pasukan daripada diserang musuh. Pernah sekali diriwayatkan berlaku dalam suatu peperangan, tentera Islam yang terlalu didesak musuh dan bersungguh-sungguh mempertahankan pasukan tentera mereka dilupakan daripada menunaikan solat sehinggalah mereka berhenti berperang pada malamnya.

Sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai solat tersebut (yang mereka terlupa sejak siang tadi), lalu Rasulullah SAW mengarahkan semua tenteranya berwuduk lalu didirikan (qada) solat yang tertinggal sejak siang satu demi satu solat sehinggalah diakhiri dengan solat Isyak.

Kisah pengajaran orang yang meninggalkan solat

Page 22: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, terjadi terhadap satu mayat yang salah satu sebab ia terseksa adalah kerana meninggalkan sembahyang. Setelah dimandikan dan dikafan dan ketika hendak disembahyangkan oleh penduduk, terjadi benda aneh apabila tiba-tiba kafan si mati bergerak-gerak sehingga mereka yang berada di samping mayat kehairanan melihatnya.

Mereka semua menyangka mayat hidup kembali. Setelah diuraikan ikatan kafannya, semua terperanjat melihat seekor ular melingkar tubuh mayat sambil menggigit seluruh tubuh si mayat. Serentak mereka mahu memukul ular tersebut.

Belum sempat mereka mendapatkan kayu, sang ular bertanya sebabnya mereka hendak membunuhnya. Padahal si ular hanya menjalankan perintah ALLAH untuk menyeksa mayat tersebut hingga ke hari kiamat. Orang ramai bertanyakan sebab mayat tersebut diseksa sedemikian dan apa dosanya.

Jawab ular itu ketika hayat si mayat telah berbuat tiga macam kesalahan yang menyebabkannya diseksa termasuk mendengar azan tetapi tidak segera menunaikan sembahyang.

: Penyembelihan : Pengertian Penyembelihan

Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang. Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan

menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :

Maksudnya:

“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”

(Riwayat Ibnu ‘Abbas)

HUKUM PENYEMBELIHAN

Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal dimakan. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai dan najis. Firman Allah subhanahu wata‘ala:

Page 23: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

Maksudnya:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma’idah 5:3)

 DALIL PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHAN

Firman Allah subhanahu wata‘ala:

Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118)

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(Riwayat Muslim)

RUKUN PENYEMBELIHAN

Penyembelih:

a) Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.

b) Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.

c) Berakal dan berfikiran waras.

d) Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).

Binatang Yang Disembelih:

Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya. Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan:

Page 24: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

a)          Haiwan darat. Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:

Babi dan keturunannya. Anjing. Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘ Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-

haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar seperti burung

helang, gagak, dan sebagainya. Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan, lipas, kala

jengking, dan seumpamanya Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut dan lebah. Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya. Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan

sebagainya.

b) Haiwan Laut. Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:

Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun. Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; dan semua jenis haiwan laut

yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan manusia.

Alat Penyembelihan:

Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan sebagainya.

Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripadaa gigi, tulang, atau kuku.

Bahagian Yang Disembelih:

Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.

Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.

SYARAT SAH PENYEMBELIHAN

Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:

Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab. Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah. Binatang itu masih hidup ketika disembelih.

Page 25: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang

Binatang itu adalah halal dimakan. Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang. Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan. Mati dengan sekali sembelihan sahaja. Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah. Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).

Tambahan: Sejajar dengan perkembangan semasa penyembelihan bagi tujuan komersil mesti dilakukan oleh orang yang mendapat sijil tauliah penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Negeri.

PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN

Membaca basmalah. Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat. Membaca salawat ke atas Nabi. Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati. Menggunakan pisau yang tajam. Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri. Melakukan penyembelihan dengan segera.

PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN

Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih. Menyembelih hingga terputus kepala. Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.

HIKMAH PENYEMBELIHAN

Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan sebagainya.

Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan sesuatu keburukan yang lain pula. Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:

Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan.

Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam.

Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.

Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut.

Sebagai meminta keizinan dari Allah subhanahu wata‘ala kerana haiwan dan manusia adalah makhluk Allah subhanahu wata‘ala yang bernyawa.

Page 26: Cara Mengerjakan Sembahyang Di Dalam Kapal Terbang