malaysia dewan negara aturan urusan mesyuarat … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran...

25
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 10 OKTOBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 13 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1312-L17435 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) kedudukan dan ekuiti Khazanah Nasional Berhad kini ; dan (b) apakah nama-nama saham milik Khazanah Nasional Berhad yang dijual dan berapakah jumlahnya serta kaedah penjualan saham tersebut. 2. PN-1312-L17421 Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang sedang diambil oleh Kerajaan untuk membasmi gejala gangsterisme dan apakah tindakan jangka panjang bagi memastikan generasi muda daripada terjebak dalam gejala ini. 3. PN-1312-L16923 Datuk Pau Chiong Ung minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) apakah nisbah bilangan doktor terhadap warga negara pada masa kini; dan (b) terdapat pihak menyatakan jumlah doktor negara tidak mencukupi manakala pihak yang satu lagi menyatakan bilangan doktor kita akan berlebihan, minta Kementerian menjelaskan situasi sebenarnya. 4. PN-1312-L17465 Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan jangka panjang Kerajaan bagi mendapatkan punca hasil baru menggantikan punca hasil daripada petroleum yang akan habis beberapa tahun akan datang.

Upload: dangxuyen

Post on 02-Mar-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 10 OKTOBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 13

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1312-L17435

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) kedudukan dan ekuiti Khazanah Nasional Berhad kini ; dan (b) apakah nama-nama saham milik Khazanah Nasional Berhad

yang dijual dan berapakah jumlahnya serta kaedah penjualan saham tersebut.

2. PN-1312-L17421

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang sedang diambil oleh Kerajaan untuk membasmi gejala gangsterisme dan apakah tindakan jangka panjang bagi memastikan generasi muda daripada terjebak dalam gejala ini.

3. PN-1312-L16923

Datuk Pau Chiong Ung minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) apakah nisbah bilangan doktor terhadap warga negara pada masa kini; dan

(b) terdapat pihak menyatakan jumlah doktor negara tidak

mencukupi manakala pihak yang satu lagi menyatakan bilangan doktor kita akan berlebihan, minta Kementerian menjelaskan situasi sebenarnya.

4. PN-1312-L17465

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan jangka panjang Kerajaan bagi mendapatkan punca hasil baru menggantikan punca hasil daripada petroleum yang akan habis beberapa tahun akan datang.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

2 AUM DN 10/10/2013

5. PN-1312-L17363 Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini penambahbaikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan adakah terdapat kerja-kerja yang masih tertangguh dan apakah tindakan Kementerian bagi mengatasinya.

6. PN-1312-L17348

Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan pengguna lebuh raya yang menggunakan kad 'Touch & Go' serta 'Smart-Tag' turut terpaksa menunggu lama untuk melepasi 'toll-gate' setiap kali masa puncak (peak-hour) yang kadang-kadang memakan masa sehingga 10 ke 15 minit.. Apakah tindakan pihak Kementerian untuk mengatasi keadaan ini.

7. PN-1312-L16934

Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengenakan bayaran levi ke atas semua kenderaan yang memasuki negara ini terutamanya daripada Singapura memandang kenderaan negara ini dikenakan pelbagai caj apabila memasuki negara berkenaan.

8. PN-1312-L16992

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah Kementerian menangani isu penyeludupan diesel ke negara jiran yang didalangi oleh pengusaha stesen minyak yang beroperasi berdekatan dengan sempadan negara jiran yang jelas dilakukan secara terbuka mengakibatkan negara terpaksa menanggung kerugian yang tinggi setiap tahun.

9. PN-1312-L17220

Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah penyatuan Kementerian Pendidikan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2010-2015 dapat membantu meningkatkan ranking universiti kita di peringkat antarabangsa.

10. PN-1312-L17530

Datuk Dr. Lucas Umbul minta PERDANA MENTERI menyatakan komitmen Kerajaan untuk memberikan tumpuan dan fokus kepada isu ekonomi Bumiputera perlu dilaksanakan oleh penggubal dasar, penjawat awam, kumpulan-kumpulan pengusaha dan usahawan Bumiputera dengan amanah bagi mengelakkan ketirisan. Justeru itu, apakah langkah-langkah Kementerian dalam mengelakkan ketirisan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera.

11. PN-1312-L17258 Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dasar dan peraturan untuk mengambil Pengawal Keselamatan. Adakah syarikat yang berlesen diberi kebenaran mengambil warga asing sebagai Pengawal Keselamatan dan nyatakan Pengawal Keselamatan daripada negara manakah yang dibenarkan.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 3

12. PN-1312-L17007 Tuan Lihan Jok minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pendekatan serius yang sedang diambil untuk mengatasi masalah kekurangan rumah-rumah guru di sekolah luar bandar, khususnya di SK Long Kevok dan banyak lagi di pedalaman kawasan P.220 Baram.

13. PN-1312-L17311

Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana fungsi dan peranan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam konteks menjaga keselamatan setelah ia menjadi agensi bertaraf jabatan.

14. PN-1312-L17184 To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta PERDANA MENTERI menyatakan pencapaian sebenar pegangan ekuiti Bumiputera masa kini dan nyatakan langkah Kerajaan khususnya menerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) untuk mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti Bumiputera dalam sektor ekonomi menjelang 2020.

15. PN-1312-L17340 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kelayakan akademik dan pengalaman kerja Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), tarikh pelantikan dan tempoh beliau memegang pangkat tersebut.

16. PN-1312-L17055 Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Universiti Teknologi MARA bersedia menerima pelajar keturunan Siam, yang telah diiktiraf oleh pihak Kerajaan sebagai Bumiputera, untuk melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.

17. PN-1312-L17048

Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah akhirnya pihak Kementerian telah merangka sebarang Pelan Dasar Pembangunan Luar Bandar, yang pelancarannya telah dirasmikan beberapa tahun lalu, dan sekiranya ada, di manakah pelan tersebut sekarang dan adakah ia akan dibentangkan di Parlimen.

18. PN-1312-L17136

Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keberkesanan Ops Cantas di setiap negeri, terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan adakah pegawai yang menggunakan senjata api berat ini akan menakutkan pelancong asing.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

4 AUM DN 10/10/2013

19. PN-1312-L17478 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) apakah faktor-faktor yang telah membolehkan Universiti Malaya

mencapai kedudukan top 200 universiti terbaik di dunia iaitu di tangga ke-156 pada tahun 2012 dan ke 167 pada tahun 2013 di dalam senarai yang dikeluarkan oleh QS World University Ranking; dan

(b) apakah tindakan yang akan diambil oleh lain-lain IPTA di

Malaysia bagi mencapai top 200 universiti terbaik di dunia. 20. PN-1312-L17411

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah permohonan yang telah diterima bagi kemasukan IPTA baru-baru ini dan berikan pecahan mengikut kaum dan kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan penempatan serta kursus yang dipohon oleh pelajar.

21. PN-1312-L17375 Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian merasakan dengan memberikan buku teks percuma kepada pelajar di IPTA dan IPTS sebenarnya lebih berkesan berbanding memberikan mereka baucar buku teks dan berapakah anggaran perbezaan kos yang akan ditanggung sekiranya perkara ini dilaksanakan.

22. PN-1312-L16981

Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah Kementerian dalam menangani kesan langsung yang mempengaruhi Indeks Harga Pengguna (IHP) terutamanya di bandar besar sekaligus memberi kesan langsung kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

23. PN-1312-L17262

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah statistik kemalangan sejak tiga tahun kebelakangan ini yang melibatkan kematian, cedera dan kemusnahan harta dan apakah langkah-langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah ini.

24. PN-1312-L17352 Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk memastikan RTM kekal berdaya saing dengan stesen tv dan radio yang lain. Apakah yang telah dan sedang dilakukan oleh Kementerian untuk memastikan mutu siaran serta kualiti bahan-bahan yang disiarkan di RTM.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 5

25. PN-1312-L17542 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha-usaha dan perancangan Kementerian untuk membendung peningkatan penghidap AIDS di kalangan pelajar-pelajar dalam negara ini yang mencecah 4,663 kes pada tahun 2008 dan meningkat kepada 4,799 kes pada tahun 2012. Ramai daripada penghidap AIDS ini terdiri daripada pelajar kolej dan universiti. Apakah punca sebenarnya golongan ini terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini dan bagaimana mengatasinya dengan lebih berkesan.

26. PN-1312-L17202 Dato' Jaspal Singh minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas :-

(a) berapa banyakkah anggota-anggota polis yang terlibat dan

apakah perbelanjaan yang dianggarkan untuk operasi ini ; dan (b) apakah bilangan mereka yang telah disiasat dan ditahan oleh

Kementerian untuk siasatan lanjutan dan berapakah telah dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan dan dijatuhkan hukuman.

27. PN-1312-L17148

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terakhir mengenai keputusan untuk menubuhkan Mahkamah Koroner Khas seperti yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 19 Jun 2013.

28. PN-1312-L17001 Tuan Lihan Jok minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan cadangan untuk membaik pulih Menara Padang Terbang Marudi yang sudah usang dan serba daif dalam kawasan P.220 Baram, Sarawak.

29. PN-1312-L17559

Puan Chew Lee Giok minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak minyak dan gas yang masih ada di dalam kawasan Malaysia. Boleh bertahan berapa tahun lagi mengikut volume produksi sekarang.

30. PN-1312-L17247 Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perancangan yang telah dirangka di peringkat Kementerian untuk mengurangkan defisit dan menambah wang kepada Perbendaharaan negara serta usaha-usaha penambahbaikan sistem cukai di negara ini.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

6 AUM DN 10/10/2013

31. PN-1312-L16971 Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah Kementerian dalam usaha memacu FDI (Foreign Direct Investment) di sebalik tahun 2012 yang dijangka suram serta faktor lain seperti kekurangan pekerja mahir, kapasiti teknologi yang bertahap rendah, birokrasi, industri kecil dan sederhana yang tidak matang dan keadaan keselamatan yang kurang.

32. PN-1312-L17522

Dato Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta PERDANA MENTERI menyatakan kaum Bumiputera di Sarawak menyambut baik strategi pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang baru diumumkan. Atas sebab faktor geografi, infrastruktur dan kemudahan asas yang masih berkurangan, apakah pendekatan khusus bagi mengatasi masalah seperti sistem penyampaian, kos tinggi dan “usahawan Ali Baba” jika tujuannya untuk membantu kumpulan sasar.

33. PN-1312-L17064

Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh mana keberkesanan dan kejayaan Malaysia sebagai fasilitator rundingan damai di Selatan Thailand dan Filipina. Adakah usaha rundingan yang sedang berjalan di Selatan Thailand menunjukkan tanda akan menemui kejayaan atau jalan buntu memandangkan pergolakan yang berlaku pada setiap hari di wilayah berkenaan.

34. PN-1312-L17482

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) bilangan kereta tahunan yang telah dikeluarkan oleh Malaysia

jika dibandingkan dengan Thailand sejak tahun 1995; dan (b) apakah persamaan dan perbezaan polisi automatif negara bagi

kedua-dua buah negara Malaysia dan Thailand dan apakah faktor-faktor yang membolehkan Thailand berjaya mengeluarkan sebanyak 2.48 juta buah kereta pada tahun 2012 iaitu angka mengikut International Organisation of Motor Vehicle Manufacturers, Paris.

35. PN-1312-L17371

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah Kementerian berpendapat perlunya diwajibkan pusat jagaan kanak-kanak di setiap pejabat awam dan juga swasta yang memiliki lebih dari 100 orang kakitangan kerana ia akan memberikan kesan yang sangat positif kepada pekerja tersebut dan dapat mengurangkan kes penderaan di rumah oleh pembantu rumah.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 7

36. PN-1312-L17161 Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan terdapat laporan bahawa Kem PLKN White Resort berada dalam keadaan yang buruk. Akibatnya ada ibu bapa yang membawa balik anak mereka daripada kem tersebut. Bagaimana keadaan seperti ini boleh berlaku di kem tersebut dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan perkara-perkara seperti ini tidak berulang di kem-kem yang lain.

37. PN-1312-L16975

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan semula ISA atau menggubal undang-undang baru yang lebih tegas agar tiada lagi cubaan memporak-perandakan hubungan antara kaum dan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

38. PN-1312-L17415 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) jumlah pecahan sebenar pengangguran di kalangan lepasan

Sijil Pelajaran Malaysia, Diploma dan Ijazah ; dan (b) apakah usaha-usaha Kementerian untuk mengatasinya.

39. PN-1312-L17534

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian dalam pengambilan anggota keselamatan di seluruh negara khususnya di negeri Sabah agar membuat pengambilan yang lebih ketat kepada calon-calon agar insiden mengkhianati negara dapat dikawal lebih awal sepertimana insiden pencerobohan Lahad Datu yang didalangi oleh anggota keselamatan yang tidak patriotik terhadap negara dan memberikan maklumat pertahanan kepada pihak penceroboh.

40. PN-1312-L16950

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pandangan Kementerian berkaitan cadangan agar dikenakan levi ke atas kenderaan asing daripada Singapura yang memasuki negara ini sebagai timbal balik kenderaan dari Malaysia yang dikenakan pelbagai caj bila memasuki republik itu.

41. PN-1312-L17027

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan setakat ini berapakah lagi tuntutan ke atas wilayah termasuk pulau-pulau yang bertindih dengan negara-negara lain dan apakah status ke atas tuntutan tersebut.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

8 AUM DN 10/10/2013

42. PN-1312-L17401 Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah perkembangan terkini dua (2) projek jejambat (fly-over) di Bandaraya Kota Kinabalu di Batu 5.6 Jalan Tuaran dan di Jalan Kolam untuk mengatasi masalah kesesakan trafik yang serius. Apakah sebab-sebab kelewatannya, berapa peruntukan yang disediakan dan jadual pelaksanaannya.

43. PN-1312-L17299

Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah tangkapan yang dilakukan terhadap PATI hasil operasi bersepadu besar-besaran yang dilakukan oleh PDRM, ATM, Imigresen dan agensi Kerajaan yang lain mengikut jantina dan negara asal mereka. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah PATI berkenaan melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.

44. PN-1312-L17526

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian agar peluang kenaikan pangkat secara “timebase” di perluaskan kepada para Jururawat dan pembantu perubatan seperti U29 ke U32 hanya dalam masa 10 tahun berbanding sekarang selama 13 tahun, kemudian dari U32 ke U36 diberi 8 tahun kerana pada masa ini Jururawat dan pembantu perubatan hanya menikmati sekali “timebase” iaitu dari U29 ke U32. Untuk mereka bergerak ke gred U36 mesti menunggu kekosongan. Jika tidak ada kekosongan maka mereka akan berada pada gred U32 sehingga mereka bersara.

45. PN-1312-L17074

Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah subsidi perubatan yang diperuntukkan oleh Kerajaan. Adakah Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kadar subsidi perubatan sejajar dengan peningkatan kos perubatan di negara ini.

46. PN-1312-L17013

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah ada tafsiran yang jelas berhubung dengan “Seniman Jalanan” yang menjalankan kegiatan “busking” di tempat-tempat awam.

47. PN-1312-L17118

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan peranan sebenar dan kuasa-kuasa Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan juga jenis salah guna kuasa oleh anggota-anggota RELA yang biasanya dilaporkan dan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan tidak berlakunya salah guna kuasa.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 9

48. PN-1312-L17427 Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa ramaikah belia yang mendapat manfaat daripada program belia tani dan apakah usaha Kementerian dalam menyebarkan maklumat berhubung dengan program ini agar lebih ramai belia kita menceburi bidang industri asas tani.

49. PN-1312-L16948

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah seterusnya oleh pihak PDRM selepas melancarkan Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) dan langkah pengharaman kongsi gelap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966.

50. PN-1312-L17268

Dato' Dr. Johari bin Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk melaksanakan Maqasid al-Syariah dalam pentadbiran negara sebagaimana titah Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalan pembukaan Sidang Dewan Penggal Pertama tahun 2013 baru-baru ini.

51. PN-1312-L17174 Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bagaimana respons orang ramai mengenai penyiaran lagu Negaraku di panggung-panggung wayang. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap sesiapa yang tidak menghormati lagu kebangsaan dalam panggung wayang.

52. PN-1312-L17359

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah peranan Kementerian dalam mengawal iklan-iklan makanan dan minuman ringan di stesen televisyen tempatan dan adakah Kementerian bersetuju bahawa sudah tiba masa bagi stesen televisyen tempatan mengurangkan iklan-iklan ini oleh kerana kadar obesiti di Malaysia meningkat saban tahun.

53. PN-1312-L16980

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan susulan Kementerian terhadap persatuan pendidikan Cina yang berterusan mempersoalkan sistem pendidikan negara hasil pembentangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) walaupun jelas pelan ini memberi manfaat dan bakal meningkatkan kualiti pendidikan kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

54. PN-1312-L17457

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dasar dan justifikasi yang diguna pakai oleh Kementerian bagi penempatan tapak pusat pelupusan menggunakan “incinerator” di negeri-negeri yang memerlukan kos kewangan yang agak tinggi.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

10 AUM DN 10/10/2013

55. PN-1312-L17210 Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah mekanisme yang dirancangkan oleh Kementerian dalam memperkasakan wanita di bidang sukan.

56. PN-1312-L17021

Tuan Lihan Jok minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan cadangan untuk mewujudkan satu zoo yang bertaraf antarabangsa di Sarawak sebagai satu produk pelancongan pada masa hadapan.

57. PN-1312-L17461

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah alternatif baru penempatan pelajar Malaysia bagi menggantikan tempat pengajian yang terjejas di Mesir kesan krisis yang sedang berlaku.

58. PN-1312-L17041

Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kesan pelaksanaan Ops Cantas yang dilancarkan sejak 17 Ogos lalu serta bilangan tangkapan yang telah dilakukan mengikut negeri.

59. PN-1312-L17080

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan Kad Perubatan (Medical Health Cards) lebih mampu dimiliki (more affordable) memandangkan sebilangan besar rakyat yang benar-benar memerlukan kemudahan ini tidak mampu membayar premium yang terlampau tinggi itu.

60. PN-1312-L17141

Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status dan perkembangan terkini Bahagian Kampung Baru di Kementerian dan peranannya dalam menjaga kepentingan Kampung Baru di seluruh negara.

61. PN-1312-L17203

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan subsidi keseluruhan yang disalurkan oleh Kerajaan untuk minyak (petrol) dan gas asli (natural gas) setiap tahun. Apakah pecahan subsidi ini. Berapakah yang disalurkan kepada pengguna awam.

62. PN-1312-L17510

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah urusan kos yang perlu dibayar oleh Kerajaan ke atas syarikat-syarikat konsesi AES yang mana ianya telah diambil alih operasinya oleh PDRM bermula awal September 2013.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 11

63. PN-1312-L16944 Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jaminan Kerajaan agar kepentingan Perusahaan Milik Negeri (SOE) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bakal dilindungi dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

64. PN-1312-L17249

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak Kementerian telah bersedia untuk membasmi gejala peminjam wang haram atau Ah Long dengan mengenakan tindakan dan sekatan terhadap bank-bank dan individu tertentu yang memberi bantuan kewangan untuk mempergiatkan aktiviti haram ini.

65. PN-1312-L17303

Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan setakat mana Imigresen memburu 45,000 majikan yang menggaji dan menyewakan tapak niaga kepada PATI.

66. PN-1312-L17538

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian ini dalam mewartakan tanah-tanah pertanian di seluruh negara dijadikan tanah sawah penanaman padi bagi meningkatkan pengeluaran beras tidak terjejas dalam negara dan mengurangkan import luar negara. Bagaimana langkah-langkah Kementerian mengawal agar tanah-tanah sawah ini tidak dijadikan tapak bagi perumahan komersial.

67. PN-1312-L16935

Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes jenayah yang dilaporkan di tanah rancangan Felda di seluruh negara bagi tahun 2012 dan 2013 terkini dan nyatakan nisbah bilangan anggota polis berbanding jumlah penduduk di tanah rancangan Felda serta nyatakan adakah Kementerian bercadang mewujudkan pondok polis di setiap rancangan Felda sebagai langkah bagi membendung kegiatan jenayah yang semakin meningkat di kawasan tanah rancangan Felda masa kini.

68. PN-1312-L17315

Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan berikutan tanah perkuburan Islam di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar seluruh negara menjadi semakin sempit disebabkan pertambahan penduduk yang mendadak di kawasan bandar.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

12 AUM DN 10/10/2013

69. PN-1312-L17447 Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah kerjasama dengan Negara-negara ASEAN yang boleh diambil untuk mengurangkan atau memansuhkan caj perantauan (Roaming Charges), seumpama yang diamalkan oleh Kesatuan Eropah baru-baru ini.

70. PN-1312-L17514

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan secara terperinci aktiviti penguat kuasaan oleh Kementerian terhadap sindiket-sindiket eksploitasi remaja, kanak-kanak, pengemis jalanan dan orang kelainan upaya (OKU) dalam aktiviti kutipan derma dan sedekah agar eksploitasi sindiket ini dapat dihapuskan.

71. PN-1312-L17104

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menentukan bahawa agensi-agensi Kerajaan seperti SPRM dan SPR tidak disalahkan gunakan untuk kepentingan politik Kerajaan. Bolehkah Menteri beri jaminan bahawa badan-badan tersebut dan juga agensi Kerajaan yang lain bebas daripada campur tangan politik.

72. PN-1312-L16963

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah Kementerian bagi membendung gejala cetak rompak filem termasuk rompakan digital filem yang ditayangkan di internet seperti filem KL Gangster 2.

73. PN-1312-L16993

Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) jumlah statistik terkini golongan wanita yang memegang jawatan

di peringkat pembuat keputusan (decision maker) di sektor korporat ; dan

(b) inisiatif Kementerian dalam mencapai kuota 30 peratus wanita di

peringkat pembuat dasar. 74. PN-1312-L17009

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan mengenai peranan yang dimainkan oleh FINAS dalam memajukan industri perfileman tempatan secara berkesan dan efektif dan sejauh mana filem-filem yang dihasilkan oleh FINAS dapat mendidik dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 13

75. PN-1312-L17273 Dato' Nalla K. S. minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah sambutan program IM4U di seluruh negara dan bagaimana sambutan program tersebut di kalangan kaum belia India.

76. PN-1312-L17122

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah Kementerian dapat menentukan bahawa ubat-ubatan yang dibeli untuk hospital-hospital serta klinik-klinik Kerajaan tidak disalurkan ke kedai-kedai ubat swasta untuk kepentingan peribadi individu-individu tertentu. Di samping itu apakah jumlah kerugian yang dialami oleh Kerajaan disebabkan oleh kegiatan haram ini.

77. PN-1312-L17267 Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membina SMK Marak Parak dalam daerah Marudu dan sekiranya ada, bilakah ia akan dapat dilaksanakan.

78. PN-1312-L17017

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah orang asing (foreigner) yang mati semasa dalam tahanan atau dalam penjara hingga setakat ini dan apakah punca kematian tersebut.

79. PN-1312-L17279 Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa baru-baru ini ramai individu ditembak mati. Mengapakah perkara ini tiba-tiba berlaku dan bagaimanakah pihak polis akan menangani masalah ini.

80. PN-1312-L17336

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilangan serta jumlah keluasan ladang-ladang di Malaysia, kapasiti penghasilan komoditi dan tahap jaminan makanan negara, rizab beras, minyak masak, gula dan gandum negara.

81. PN-1312-L17275

Dato' Nalla K. S. minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah relevannya pengharaman menyalakan suar dan membaling resit semasa perlawanan bola sepak yang dinyatakan oleh FAM sedangkan aktiviti itu adalah perkara normal di liga-liga antarabangsa.

82. PN-1312-L17240

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian akan melakukan operasi menangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) mengikut model operasi Ops Cantas dengan mengadakan pasukan khas di peringkat pusat yang didapati membuahkan hasil yang berkesan. Berpandukan model seperti ini dapat mengatasi rasuah dan penyelewengan oleh pihak-pihak tertentu yang boleh menggagalkan usaha menangkap PATI.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

14 AUM DN 10/10/2013

83. PN-1312-L17292 Datuk Chiw Tiang Chai minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pembinaan loji tenaga nuklear sebagai satu jaminan sumber tenaga dan satu-satunya opsyen berdaya maju ke arah keperluan tenaga jangka panjang berbanding sumber tenaga alternatif lain seperti solar, gas, arang batu dan "renewable energy" (tenaga diperbaharui).

84. PN-1312-L17159

Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak Kementerian bercadang untuk mewujudkan semula Ordinan Darurat (EO) atau undang-undang baru yang setara sebagai salah satu langkah mencegah jenayah berat yang berleluasa sekarang ini.

85. PN-1312-L16964

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan bagi menyediakan jaringan keselamatan daripada segi kebajikan kepada ibu bapa penjawat awam berjawatan kontrak dan adakah Kerajaan bercadang memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa penjawat awam berjawatan kontrak sebagai komitmen Kerajaan untuk melahirkan masyarakat penyayang.

86. PN-1312-L17420

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) situasi terkini pelajar-pelajar yang berada di Mesir dan yang

pulang daripada Mesir; dan (b) apakah usaha-usaha Kementerian untuk menyelesaikan

keengganan lebih daripada tiga ribu pelajar Malaysia yang tidak mahu kembali belajar di Mesir.

87. PN-1312-L17284

Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan usaha-usaha Kementerian untuk meningkatkan bilangan jenama francais Malaysia termasuk mengembangkan jenama francais tempatan ke peringkat antarabangsa.

88. PN-1312-L17280

Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bahawa terdapat kes-kes di mana surat-surat yang sepatutnya dihantar kepada penerima-penerima tidak dihantar oleh posmen. Sebaliknya surat-surat tersebut dibuang di tempat-tempat yang sunyi oleh posmen yang berkenaan. Apakah tindakan Kementerian untuk memastikan surat-surat tetap diterima oleh orang-orang yang patut menerimanya.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 15

89. PN-1312-L17449 Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang berdaftar setakat ini mengikut jenis amalan perubatan tradisional dan bagaimana Kementerian membantu untuk menambah dan menggalakkan bilangan pengamal perubatan tradisional Melayu.

90. PN-1312-L17390

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menarik balik gelaran berprestij yang dianugerahkan kepada tokoh-tokoh tertentu susulan perbuatan mereka bersekongkol dengan pemimpin pro-pembangkang secara langsung yang telah mencemarkan maruah dan nama baik Malaysia di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa.

91. PN-1312-L17023

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Apakah Malaysia benar-benar mendapat manfaat daripadanya.

92. PN-1312-L17355

Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kementerian masih terus mengeluarkan lesen baru untuk syarikat penerbangan tambang murah yang beroperasi di negara ini.

93. PN-1312-L16997

Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) sejauh manakah Kementerian berjaya menarik pelabur asing

dalam bidang berasaskan bioteknologi; dan (b) senarai syarikat dan nilai pelaburan berasaskan teknologi ini

yang melabur di negara kita bagi tahun 2011/2012. 94. PN-1312-L17153

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kementerian sedia mengkaji cadangan seorang pakar ekonomi (dilaporkan di akhbar New Straits Times pada 6 September 2013) bahawa Petronas diminta mengambil alih syarikat-syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) sebagai satu langkah jangka masa panjang mengurangkan perbelanjaan negara untuk subsidi gas.

95. PN-1312-L17140

Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah rakyat dan peniaga telah bersedia dengan cadangan pelaksanaan TPPA di negara kita.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

16 AUM DN 10/10/2013

96. PN-1312-L17201 Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa Projek 6P, iaitu pendaftaran PATI, sudah lama dijalankan tetapi masih terdapat PATI yang belum berdaftar. Bagaimanakah pihak Kementerian bercadang untuk memastikan semua PATI di negara ini dapat didaftar.

97. PN-1312-L17144

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pendirian Kementerian mengenai tindakan SMK Seri Sentosa untuk memasang televisyen litar tutup (CCTV) di tandas murid lelaki dan perempuan dan apakah langkah-langkah kawalan untuk memastikan CCTV ini tidak disalah gunakan baik oleh kakitangan sekolah, murid-murid dan/atau penceroboh.

98. PN-1312-L17546

Puan Chew Lee Giok minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan tentang pembangunan TCM atau perubatan tradisional di hospital Kerajaan.

99. PN-1312-L17188

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah penanda aras kemajuan bandar utama seluruh negara yang perlu diperincikan menjelang 2020 memandangkan masih terdapat banyak kekurangan pada bandar-bandar tertentu untuk mencapai negara maju.

100. PN-1312-L17288

Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah kejayaan sistem e-perolehan (sistem perolehan tender Kerajaan secara dalam talian) membantu melancarkan urusan perolehan secara elektronik termasuk memudahkan agensi Kerajaan membuat pembelian barangan dan standard baru melalui proses tender.

101. PN-1312-L17554

Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan penyelesaian terhadap beberapa isu pendidikan yang sering dibangkitkan oleh ibu bapa pelajar Orang Asli seperti pengangkutan dan akses jalan raya, bekalan air bersih, kanak-kanak tidak bersekolah, sikap pengetua dan guru-guru kurang mesra dan pengunaan wang KWAPM kepada tujuan yang tidak dibenarkan.

102. PN-1312-L17112

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sebab-sebab yang munasabah kenapa subsidi yang dinikmati oleh pemilik IPP tidak dikurangkan memandangkan bahawa pemilik IPP sedang mengaut keuntungan yang lumayan.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 17

103. PN-1312-L17236 Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan untuk mengstruktur semula semua pasar-pasar yang ada di dalam negara bagi memperlihatkan ciri-ciri pasar yang bersih, kemas, selamat dan selesa bagi kegunaan orang ramai dan peniaga.

104. PN-1312-L17474

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah persiapan Kerajaan Malaysia dalam memperkasakan negara dalam peperangan siber, keselamatan internet dan siber dan apakah dasar, strategi, polisi dan insentif Kerajaan dalam meningkatkan penggunaan produk-produk cryptography buatan tempatan dan keselamatan maklumat dalam agensi-agensi Kerajaan, agensi pertahanan dan keselamatan negara dan GLC; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan agensi khusus

dalam bidang cryptography seperti di negara-negara maju dan juga negara-negara ASEAN yang lain contohnya seperti Lembaga Sandi Negara Indonesia (LEMSANEG) dan Singapore Infocomm Technology Security Authority (SITSA).

105. PN-1312-L17067

Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik pekerja asing mengikut sektor pekerjaan dan perkhidmatan di negara ini, serta langkah-langkah pihak Kementerian untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja-pekerja asing ini terutama dalam sektor-sektor strategik negara.

106. PN-1312-L17521

Dato Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta PERDANA MENTERI menyatakan seluruh negara khususnya Sarawak dan Sabah baharu saja meraikan sambutan Hari Malaysia ke-50, integrasi rakyat Sarawak, Sabah dan Semenanjung diberi penekanan dan fokus, khusus oleh Kerajaan dengan kerjasama seluruh rakyat semenjak penubuhan Malaysia. Sejauh manakah kejayaan usaha tersebut.

107. PN-1312-L17092

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai suatu pelan menyeluruh untuk mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas di kota-kota penting di Malaysia dan setakat manakah pelan ini (jika ada) sedang dilaksanakan.

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

18 AUM DN 10/10/2013

108. PN-1312-L17187 To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengenakan bayaran levi ke atas semua kenderaan yang memasuki negara ini terutamanya daripada Singapura memandang kenderaan negara ini dikenakan pelbagai caj apabila memasuki negara berkenaan.

109. PN-1312-L17328

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah untuk memperbaiki imej agensi-agensi di bawah Kementerian.

110. PN-1312-L17486

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) kedudukan terkini industri ternakan ayam di Malaysia dan

mengapa setiap tahun semasa bulan puasa (Ramadan) Malaysia telah menghadapi krisis kekurangan bekalan dan harga ayam yang tinggi; dan

(b) adakah Malaysia mempunyai projek "Halalan Toyyiban Vertical Integrated Poultry", apakah insentif-insentif yang akan diberikan untuk projek tersebut dan mengapa Malaysia tidak menjadi pengekspot ayam segar ke Saudi Arabia dan juga lain-lain negara Islam.

111. PN-1312-L17307

Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah perkembangan rancangan mewujudkan pakej Jejak Pelancongan Islam di setiap negeri sebagai salah satu tarikan pelancong ke negara ini.

112. PN-1312-L17490

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) mengapakah Kerajaan Malaysia tidak mengwajibkan operator

telefon mudah alih iaitu Maxis, Celcom dan Digi memasang dan “switch on” “The Original GSM Network 42 Built In Encryption Security Protection System” dan akibatnya pelanggan-pelanggan dan pengguna-pengguna 42.6 juta telefon mudah alih di Malaysia telah terdedah kepada pintasan (interception), ancaman keselamatan, pengumpulan dan pendedahan maklumat peribadi melalui rakaman perbualan telefon mudah alih dan SMS tanpa ada lagi privacy; dan

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 19

(b) adakah Malaysia mengeluarkan produk-produk berasaskan teknologi cryptography hardware based bagi melindungi pengguna-pengguna telefon mudah alih daripada pintasan (interception).

113. PN-1312-L17565

Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah pengikut Syiah semakin bertambah dan sehingga kini telah terdapat seramai 250,000 pengikut, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan fahaman Syiah di negara ini semenjak tahun 1996 dan apakah kuasa perundangan yang ada pada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menyekat penyebaran Syiah di negara ini.

114. PN-1312-L16987

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) kekangan yang dihadapi oleh pihak keselamatan negara dalam

memantau aktiviti penyeludupan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand; dan

(b) adakah cadangan menggantikan pagar kawat berduri yang telah

uzur dan tidak lagi sesuai hari ini dengan tembok konkrit yang lebih kukuh sekaligus mampu menangani aktiviti penyeludupan.

115. PN-1312-L17367

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah susulan yang boleh diambil oleh Kementerian dalam menaikkan kembali ranking IPTA di negara kita yang mana telah mengalami penurunan yang agak ketara mengikut QS World University Rankings.

116. PN-1312-L16965

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah peningkatan harga petrol dan diesel baru telah mempegaruhi harga rumah di negara ini dan nyatakan langkah Kementerian bagi memastikan harga rumah yang berpatutan dan mampu dimiliki.

117. PN-1312-L17332 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status pelaksanaan Pelan Strategik untuk Pembangunan Orang Asli.

118. PN-1312-L17252

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah kesan Operasi Cantas Khas yang telah dilancarkan oleh PDRM, merangkumi, jumlah tangkapan, pendakwaan dan yang telah disabit kesalahan. Bagaimanakah kedudukan indeks jenayah setelah operasi tersebut dilakukan.

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

20 AUM DN 10/10/2013

119. PN-1312-L17426 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) apakah kelebihan dan kebaikan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan sistem pendidikan yang ada sekarang; dan

(b) apakah Kementerian akan bertegas menggunakan Bahasa

Malaysia sahaja dalam PPPM (2013-2025) sebagai medium integrasi nasional.

120. PN-1312-L17324

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang tuduhan penipuan bernilai jutaan ringgit dalam Program Pemutihan Pekerja Asing 6P. Apakah yang berlaku kepada pekerja asing yang ditangkap dalam program tersebut, sama ada didakwa atau dihantar pulang ke negara asal.

121. PN-1312-L17400

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah hasil usaha Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja yang terlatih, bersikap positif dan berkos kompetitif yang kini menjejas pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dalam pelbagai sektor ekonomi. Apakah keberkesanan kerjasama dengan beberapa Kementerian yang berkaitan, seperti pendidikan dan hal ehwal dalam negeri.

122. PN-1312-L17499

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini (kemajuan) projek pembinaan masjid di kawasan Brickfields, Kuala Lumpur yang rancangan pembinaannya telah diluluskan lebih dua tahun yang lalu, tetapi hingga persidangan Dewan Negara ini bulan Julai 2013 pelaksanaannya masih kurang lancar.

123. PN-1312-L17049

Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) perkhidmatan wifi yang disediakan melalui projek Kampung

Tanpa Wayar 1Malaysia (KTW1M) terutama di negeri Kedah; dan

(b) apakah kaedah terbaru bagi menangani masalah perkhidmatan

rangkaian jalur lebar yang terjejas kelancarannya berikutan peningkatan bilangan pengguna internet walaupun spesifikasi kelajuan sudah mencapai sehingga 4Mbps berserta penyediaan Access Point (AP).

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 21

124. PN-1312-L17216 Dato' Maznah binti Mazlan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan yang diambil Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk mengurangkan kemalangan pengangkutan awam seperti kemalangan bas di Genting Highlands. Adakah kemalangan seperti ini dapat dikurangkan sekiranya pemandu bas dibayar gaji minimum dan bukan mengikut trip perjalanan.

125. PN-1312-L17503

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sekiranya benar bahawa nilai import komoditi pertanian telah meningkat daripada RM26,697,710 pada tahun 2009 kepada RM36,153,838,491 pada tahun 2012. Apakah sebab atau punca peningkatan yang begitu tinggi dalam masa yang demikian singkat. Apakah usaha Kementerian untuk membendung dan mengurangkan jumlah dan nilai import yang demikian besar.

126. PN-1312-L17105 Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan ajaran syiah semakin berleluasa dan boleh merosakkan akidah umat Islam di negara ini, adakah perlu Kerajaan menggubal Akta Keselamatan Akidah bagi menangani isu-isu berkaitan penyelewengan akidah di negara ini.

127. PN-1312-L17507 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah dan tindakan yang telah diambil untuk memenuhi komitmen dan tanggungjawab Malaysia sebagai salah satu negara yang turut menanda tangani “Convention on the Rights of the Child 1995 and the Child Act in 2001”. Menurut satu risalah yang diterbitkan oleh UNICEF dengan kerjasama EPU dan UNDP, paling kurang 400,000 kanak-kanak di Malaysia pada masa ini dalam kalangan keluarga yang hidup di bawah garis kemiskinan.

128. PN-1312-L17103 Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM, mengambil perhatian terhadap sebarang laporan/siaran sama ada melalui media cetak, elektronik atau media alternatif jika ada dakwaan bahawa terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen serta orang politik yang dikatakan terbabit dalam video seks. Jika ada setakat ini berapa banyak tindakan telah diambil atau kajian sudah dijalankan untuk mengenal pasti terhadap individu yang menyiarkan dalam youtube.

129. PN-1312-L17431 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) bilangan perumahan yang sedang dibina, lokasi, harga, dan

kelayakan pemohon; dan

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

22 AUM DN 10/10/2013

(b) adakah Kementerian berusaha untuk memastikan semua pasangan yang berkahwin mampu memiliki rumah.

130. PN-1312-L17553

Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah sumbangan hasil pertanian dan industri asas tani kepada ekonomi Malaysia.

131. PN-1312-L17379 Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta PERDANA MENTERI menyatakan pandangan Kementerian berkaitan kenyataan yang dibuat oleh beberapa ahli jemaah Menteri dan pentadbiran Kerajaan yang menyoal ketelusan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan tugasan mereka sekaligus bertentangan dengan prinsip dan etika di mana sebarang kenyataan perlulah seiring dengan pandangan kepimpinan yang diwakili.

132. PN-1312-L17097 Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah jaminan kepada majikan daripada agen pembantu rumah bahawa tenaga kerja Indonesia itu dapat menjalankan tugas lebih profesional seimbang dengan peningkatan kadar bayaran kepada pembantu rumah warga asing. Nyatakan dari tahun 2008-2012 jumlah pembantu rumah yang telah di bawa masuk mengikut negara.

133. PN-1312-L17442 Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kriteria yang digunakan dalam pemberian pinjaman JPA dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan ketelusan dalam pemberian pinjaman tersebut.

134. PN-1312-L17223 Dato' Maznah binti Mazlan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah Kementerian akan mengendalikan latihan kemahiran dalam bidang "marine engineering" di pusat latihan ILP dan ADTEC bagi memastikan industri perkapalan (ship building and repair) tidak bergantung kepada pekerja mahir luar negara.

135. PN-1312-L17093 Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mekanisme yang bagaimanakah akan digunakan untuk memastikan akiviti “orang tengah” dapat dibanteras membabitkan golongan petani, peladang dan penternak.

136. PN-1312-L17058 Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah dasar-dasar serta insentif terkini pihak Kementerian bagi menggalakkan kaum wanita profesional dan separa profesional terus menyumbang dan bekerja sama ada di pejabat atau daripada rumah serta insentif Kementerian bagi membantu suri rumah sepenuh masa di rumah.

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 23

137. PN-1312-L17229

Dato' Maznah binti Mazlan minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) persediaan yang dibuat daripada segi produk dan promosi bagi

persediaan Tahun Melawat Malaysia 2014; dan (b) program promosi pelancongan di luar negara untuk Tahun

Melawat Malaysia yang akan datang. 138. PN-1312-L17086

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jika Kerajaan pusat mengharamkan import shisha, adakah produk lain seperti tembakau dan rokok juga akan diberi perhatian yang sama. Sekiranya tindakan pengharaman import barangan berkenaan diambil berapakah jumlah cukai akan hilang.

Page 24: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

24 AUM DN 10/10/2013

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 8/2013) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan

dan Pemerluasan) 2013- Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Oktober, 2013) [Menteri Dalam Negeri]

2. PN-1312-U17436

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak dan menyokong Kerajaan bertindak tegas bagi menghapus ajaran Syiah di seluruh negara dan juga meminta Kerajaan menangkap dan mendakwa pemimpin dan pengikut ajaran Syiah secepat mungkin."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] 3. PN-1312-U17440

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini merakamkan tahniah dan syabas kepada pihak Kumpulan Utusan Melayu yang berusaha 75 tahun yang memiliki bangunan baru di Jalan Enam (Jalan Utusan) off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 13 September 2013."Peranannya diperakui dalam membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir, baik mengenai politik, ekonomi, pentadbiran, Kerajaan, jenayah, hiburan, sukan dan sebagainya. Saya juga amat berharap semua badan Kerajaan, Syarikat Milik Kerajaan dan syarikat-syarikat swasta terutamanya milik Bumiputera supaya terus memberi sokongan kepada Kumpulan Utusan dengan menemah iklan yang lebih banyak".Sebagaimana ditegaskan oleh YAB. Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Semoga utusan terus berada di persada terhebat media Malaysia dan dunia."

[ Menteri Komunikasi dan Multimedia ]

4. PN-1312-U17441 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini bertindak tegas terhadap PATI dan Kumpulan Kongsi gelap. "

[ Menteri Dalam Negeri ]

Page 25: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · kursus yan ditawarkan bagi sesi pembelajaran tahun ini, serta apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam mengagihkan

AUM DN 10/10/2013 25

UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri yang Bertanggungjawab

1.

10.10.2013 (Khamis)

1. YB. Sen. Dr.

Syed Husin Ali

1. Skim Rumah Mesra

Rakyat, Gadaian Tanah Zalim

1. Menteri Kewangan