malaysia dan oic new

12
Malaysia dan OIC OIC(Organisation of Islamic Cooperation) ---> D8 (Developing Eight)

Upload: aynuranajwa

Post on 14-Jun-2015

252 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Malaysia dan oic new

Malaysia dan OIC

OIC(Organisation of Islamic Cooperation) ---> D8 (Developing

Eight)

Page 2: Malaysia dan oic new

Organization Of Islamic Cooperation (OIC)

• Merupakan pertubuhan kedua terbesar selepas PBB• Dianggotai oleh 57 buah negara• Punca penubuhan OIC adalah kerana pembakaran

Masjid Al-Aqsa– Pertubuhan yang saling membantu sesama Islam agar

negara-negara Islam dapat membangun sebagai negara maju.– Pertubuhan yang mengutip suara umat Islam sedunia bagi

menjaga kebajikan mereka• Ibu pejabatnya di Jeddah, Arab Saudi• Bahasa perantara yang digunakan adalah bahasa Arab,

bahasa Inggeris dan bahasa Perancis

Page 3: Malaysia dan oic new

TUJUAN OIC

• Memupuk perpaduan dalam kalangan negara anggota• Menyelaras kerjasama dalam kalangan negara anggota

merangkumi pelbagai bidang• Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan

penjajahan dalam sebarang bentuk. (Masih berlaku penindasan contoh di Syria, Rohingya dan perkauman terhadap negara Islam di Benua Afrika)

• Mengambil langkah untuk melahirkan keamanan dan keselamatan

• Menyokong perjuangan Palestin (Namun kebanyakan dasar luar OIC sebenarnya tidak memihak kepada Palestin)

Page 4: Malaysia dan oic new

Setiausaha agung OIC

• Al-Marhum Tunku Abdul Rahman ( Malaysia 1971-1973)• Hassan Al-Touhami ( Mesir 1974-1975)• Dr Amadou Karim Gaye ( Senegal 1975-1979)• Habib Chatty ( Turki 1979-1984)• Syed Sharifuddin Pirzada ( Pakistan, 1985-1988)• Dr Hamid Algabid ( Niger, 1989-1996)• Dr Azeddine Laraki ( Maghribi, 1997-2000)• Dr Abdelouahed Belkeziz ( Maghribi, 2001-2004)• Prof Dr Ekmeleddin Ihsanoglu ( Turki, 2005-2013)• Iyad Ameen Madani (Saudi Arabia ,kini )

Page 5: Malaysia dan oic new

PIAGAM OIC :

• Menegakkan perpaduan dalam Islam• Mengambil tindakan bersama dalam menjaga

keamanan dan memastikan keadilan antarabangsa• Membentuk hubungan yang harmoni antara agama • Memperjuangkan keadilan hak asasi manusia• Membentuk negara anggota yang mempunyai

pentadbiran yang baik demi perkembangan ekonomi dan sosial.

Page 6: Malaysia dan oic new

STRUKTUR INSTITUSI• Pembuat Dasar - Melalui sidang kemuncak ketua-ketua kerajaan negara

OIC– forum bagi para pemimpin dunia Islam menilai perkembangan yang

berlaku di negara-negara Islam– forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan

dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan• Persidangan Menteri-menteri Luar - Melibatkan menteri luar

– membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam.

– meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota

• Sekretariat OIC - Dikenali sebagai Setiusaha Agung OIC• bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh

Persidangan Islam.

Page 7: Malaysia dan oic new

Institusi yang diwujudkan oleh OIC• Universiti Islam Antarabangsa (Malaysia, Uganda dan Bangladesh )

• IRCICA – Pusat Penyelidikan Sejarah,Seni dan Kebudaaan Islam – berpusat di Istanbul (muzik,filem,pameran foto,kraf dan siri kuliah)

• ISESCO – Rabat – Pertubuhan Kebudayaan, Sains dan Pendidikan negara-negara Islam -mengukuhkan kerjasama di kalangan negara anggota (OIC) dalam bidang pendidikan, sains, budaya dan komunikasi

• membangunkan sains gunaan dan penggunaan teknologi canggih • menyatukan persefahaman di kalangan umat Islam, dan

menyumbang kepada pencapaian keamanan dunia dan keselamatan, terutamanya melalui pendidikan, sains, budaya dan komunikasi.

Page 8: Malaysia dan oic new

PERANAN MALAYSIA• Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (OIC-CERT)

– Malaysia menjadi pengerusi pasukan petugas OIC-CERT iaitu pasukan tindak balas untuk menjaga keselamatan teknologi (ICT) negara-negara anggota

– pada Jun 2006– Malaysia menjadi pengerusi kerana mempunyai kepakaran dan kemahiran ICT

• Organisasi Zakat Antarabangsa– Persidangan pertama di Kuala Lumpur pd November 2006 - membentuk kesepakatan bahawa

kerjasama erat diperlukan bagi mengkaji aplikasi zakat sebagai sumber kewangan kpd Organisasi Zakat Antarabangsa

• Program Jaminan Kualiti di IPT– Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan bantu negara-negara anggota OIC bg membangunkan

program ini agar IPT mrk boleh bersaing di dalam dan di luar negara.

• Standard Halal Antarabangsa– Malaysia antara negara peneraju industri halal - berkongsi kepakaran dalam industri makanan

halal dgn negara-negara OIC– Kepakaran Malaysia dlm membangunkan standard dan sijil kelayakan halal dijadikan penanda

aras - membangunkan Standard Halal Antarabangsa oleh Pakatan Halal Antarabangsa

• Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF)– Mengumpulkan tokoh-tokoh ekonomi, intelektual dan pemimpin ternama dari dunia Islam dan

Barat.– Tujuannya mewujudkan platform bagi membincang dan menerapkan idea untuk

membangunkan ekonomi ummah.

Page 9: Malaysia dan oic new

PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH OIC

• mencari penyelesain dalam peperangan Iran dan Iraq.• Memulihkan hubungan Mesir dengan negara-negara Arab

yang terputus selepas Mesir dipulaukan kerana hubungannya dengan Israel.

• Memberi naungan kepada penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) yang bertempat di Jeddah.

• Memberi bantuan kepada negara-negara Islam yang dilanda malapetaka dan kebuluran di Afrika.

• Menyelesaikan masalah Palestin-Israel.• Membebaskan Baitul-Muqaddis dan Masjid Al-Aqsa daripada

dikuasai oleh Israel.

Page 10: Malaysia dan oic new

D8• Diwujudkan oleh OIC untuk membentuk kerjasama ekonomi dan

perdagangan • Merupakan sebuah forum melibatkan 8 buah negara Islam membangun• Negara-negara yang terlibat adalah Malaysia, Bangladesh, Mesir, Iran,

Indonesia, Pakistan, Turkey dan Nigeria

Objektif :• Membasmi kemiskinan• Menambah peluang pekerjaan• Membasmi buta huruf• Meningkat kemajuan teknologi• Memajukan pelaburan

Page 11: Malaysia dan oic new

Isu-isu berkaitan OIC• (OIC) mengutuk rusuhan yang tercetus di daerah Minbyar di negeri Rakhine, Barat

Myanmar yg mengakibatkan tiga orang terbunuh dan memusnahkan tempat ibadat serta lebih 400 buah rumah.

• (OIC) menggesa supaya diadakan persidangan penderma untuk membangunkan semula segala-galanya yang musnah di Gaza akibat pencerobohan tentera Israel semasa konflik Israel-Gaza.

• (OIC) berharap dialog antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Kebangsaan (BRN) untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap pergolakan di selatan negara itu akan turut dibuka kepada penyertaan pihak lain.

• (OIC) akan membentuk tabung bagi menangani kempen memburukkan Islam dan Islamofobia

• Tan Sri Syed Hamid Albar, yang baru dilantik sebagai Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Etnik Islam Rohingnya di Myanmar, berkata keutamaan beliau adalah untuk mempunyai komunikasi yang lebih baik dengan kerajaan Myanmar.

• Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad berkata, OIC tidak boleh mengabaikan tangggungjawab memelihara kesatuan umat Islam di Iraq.

Page 12: Malaysia dan oic new