maksud komunikasi

2
Maksud komunikasi Komunikasi boleh di anggap sebagai satu proses manusia menghantar dan menerima mesej.Dengan erti kata lain komunikasi ialah satu proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea,maklumat dan perasaan.melalui komunikasi berkesan manusia boleh memahami antara satusama lain.Sebaliknya komunikasi yang tidak tepat menyebabkan salah faham sesama manusia yang seterusnya mencetuskan konflik yang lebih besar.Menurut Hybles dan Weavers(1992)umpamanya melihat komunikasi sebagai satu proses di mana seseorang berkongsi maklumat,idea dan perasaan.Sementara Byrnes (1975)menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia , di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat,gerak isyarat atau symbol,dengan tujuan untuk member dan bertukar-tukar maklumat dengan mempengaruhi tingkah laku,memujuk ataupun mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.Abraham(1986)pula berpendapat yang komunikasi merupakan satu proses yang berterusan melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklumat balas di antara kedua-duanya.ringkasnya ,dapatlah disimpulkan bahawa komunikasi itu ialah satu proses perkongsian makna yang terdapat dalam maklumat,idea atau perasaan melaluipenggunaan symbol sama ada yang berbentuk perkataan ,lisan,bahasa badan,tulisan,visual atau symbol lainnya daripada pihak sumber kepada pihak penerima dengan harapan akan menghaasilkan maklum balas atau respon yang dihajati. Maksud teori Di antara defenisi teori yang dinayatakan oleh Cragan dan Shield, (1998)ialah kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memehami ,menjelaskan ,menerang, menilai,membuat ramalan dan membuat kawalan terhadap fennomena.Manakala menurut Littlejohn(1996) pula

Upload: muhammad-syafiq

Post on 02-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Maksud komunikasi

TRANSCRIPT

Maksud komunikasi

Komunikasi boleh di anggap sebagai satu proses manusia menghantar dan menerima mesej.Dengan erti kata lain komunikasi ialah satu proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea,maklumat dan perasaan.melalui komunikasi berkesan manusia boleh memahami antara satusama lain.Sebaliknya komunikasi yang tidak tepat menyebabkan salah faham sesama manusia yang seterusnya mencetuskan konflik yang lebih besar.Menurut Hybles dan Weavers(1992)umpamanya melihat komunikasi sebagai satu proses di mana seseorang berkongsi maklumat,idea dan perasaan.Sementara Byrnes (1975)menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia , di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat,gerak isyarat atau symbol,dengan tujuan untuk member dan bertukar-tukar maklumat dengan mempengaruhi tingkah laku,memujuk ataupun mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.Abraham(1986)pula berpendapat yang komunikasi merupakan satu proses yang berterusan melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklumat balas di antara kedua-duanya.ringkasnya ,dapatlah disimpulkan bahawa komunikasi itu ialah satu proses perkongsian makna yang terdapat dalam maklumat,idea atau perasaan melaluipenggunaan symbol sama ada yang berbentuk perkataan ,lisan,bahasa badan,tulisan,visual atau symbol lainnya daripada pihak sumber kepada pihak penerima dengan harapan akan menghaasilkan maklum balas atau respon yang dihajati.

Maksud teori

Di antara defenisi teori yang dinayatakan oleh Cragan dan Shield,(1998)ialah kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memehami ,menjelaskan ,menerang, menilai,membuat ramalan dan membuat kawalan terhadap fennomena.Manakala menurut Littlejohn(1996) pula ialah percubaan untuk menerangkan /menjelaskan pengalaman ,idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku.Griffin(1997), teori adalah peta tentang kebenaran;teori adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena.Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah teori adalah kenyataan/penerangan yang kita bentuk untuk cuba menerangkan tentang sesuatu fenomena.Ia bersifat sementara .Kita boleh menerima menolak ataupun mengubahsuai teori berdasarkan kajian yang kita jalankan.Tanpa kita sedari,kita sebenarnya banyak berteori dengan perkara-perkara yang kita hadapi dalam kehidupan kita.Kefahaman tentang teori dapat membantu kita dalam kehidupan kita seharian.

Maksud teori komunikasi

Menurut Cragan dan Shields(1998),hubungan di antara konsep teoretikal yang membantu member ,secara keseluruhannya ataupun sebahagiannya ,keterangannya ,penjelasannya ,penerangan,penilaian ataupun ramalan tindakan manusia berdasarkan komunikator(orang) berkomunikasi (bercakap,menulis,membaca,mendengar,menonton dan sebagainya)untuk masa tertentu melalui media.Mnakala Littlejohn (1996) pula,satu teori atau kumpulan pemikiran kolektifyang di dapati dalam keseluruhan teori terutamanya yang berkaitan proses komunikasi.Borman(1998) satu perkataan /istilah yang merupakan payun untuk semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara berhati-hati ,sistematik dan sedar tentang komunikasi.