makmum masbuk dan makmun muwafiq

16
PENGAJIAN ISLAM hd Izzat Hilmi Bin Moha

Upload: abuoaaa

Post on 23-Jun-2015

1.655 views

Category:

Documents


38 download

TRANSCRIPT

Page 2: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq
Page 3: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

SOLAT BERJEMAAH• Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan

lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.

• Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada

solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Page 4: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

Didalam solat berjemaah samaada wajib atau sunat bagi seorang makmum semasa berjamaah dengan imamnya, dia mesti berada dalam salah satu dari dua keadaaan, sama ada dia menjadi seorang muwafik(bersama) dengan imamnya atau masbuk(didahului) oleh imamnya.

Oleh itu, seorang makmum kadang-kadang dia menjadi seorang masbuk dah kadang-kadang dia menjadi seorang muwafik. Jika semasa dia menjadi seorang muwafik maka wajib keatasnya menjaga hukum-hukum dan syarat-syarat seorang muwafik. Jika tidak, solat makmum itu tidak sah dan batal.

Begitu juga semasa dia menjadi seorang masbuk, berkewajipan keatasnya memelihara syarat-syarat seorang masbuk pula.

MAKMUM

Page 5: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

MAKMUM MASBUK DAN MAKMUM MUWAFIKJENIS MAKMUM

MASBUK MUWAFIK

Yang tidak sempat mengikuti imamnya

kerana tidak mempunyai waktu yang cukup untuk dapat digunakan membaca fatihah

Mempunyai cukup waktu mengikuti imamnya untuk menyelesaikan bacaan fatihah.

Page 6: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

• makmum Muwafiq ialah makmum yang dapat membaca surah fatihah dalam masa berdiri imam dengan kiraan pertengahan / sederhana maka wajib ke atas makmum membaca fatihah dengan sempurna.

MAKMUM MUWAFIQ

Page 7: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

Makmum yang lambat membaca kerana kelemahan semulajadi.

Makmum yang syak sebelum rukuk dan kemudian dari rukuk imam lalu ia teringat yang ia belum lagi membaca fatihah.

Makmum yang lupa membaca fatihah hingga rukuk imam dan sebelum ia rukuk maka teringat bahawa ia masih belum membaca fatihah.

Makmum yang membaca doa iftitah dan ta'awuz lalu imam pun rukuk sedang makmum masih belum sempat menghabiskan bacaan fatihahnya.

Makmum yang dengan sengaja tidak membaca fatihah sebab menanti diam imam lepas membaca fatihah terus rukuk ataupun imam membaca surah yang pendek hingga tidak sempat makmum menghabiskan bacaan fatihahnya.

SEBAB – SEBAB MUWAFIQ

Page 8: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

Dalam keadaan ini wajid atas makmum menghabiskan bacaan fatihahnya dan dia dibolehkan ketinggalan dari imam hingga 3 rukuk yang panjang. Yang dimaksudkan dengan 3 rukuk itu ialah:

Rukuk

Sujud yang pertama

Duduk antara dua sujud.

1

2

3

Page 9: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

Jika imam masuk pada rukun yang ke 4 sedangkan makmum masih belum sempurna lagi bacaan fatihahnya maka wajib atas makmum memilih antara dua iaitu:

Mengikut imam dengan ditambah satu rakaat lagi setelah imam selesai memberi salam yang pertama.

Niat mufarakah dari imam (bercerai dari mengikut imam).

1

2

Page 10: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

• Seorang makmum yang sempat berjamaah dengan imam semasa berdiri imamnya.

• Di mana sempat berjemaah dengan imam sekadar

masa yang membolehkan dia membaca surah Al-Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan dikalangan uruf orang ramai.

• Bukan berdasarkan kepada bacaan makmum itu dan juga bukan berdasarkan kepada bacaan imamnya.

SIAPAKAH MAKMUM MUWAFIK?

Page 11: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

• Makmum Masbuq ialah makmum yang tidak dapat membaca fatihah dalam masa imam berdiri maka tidak wajib atasnya menyempurnakan bacaan fatihahnya. Bacaanya hanya sekadar yang dapat dan dikehendaki rukuk bersama-sama dengan imam.

MAKMUM MASBUQ

Page 12: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

SEBAB – SEBAB MASBUQMakmum masbuq dikehendaki mengikut imam pada setiap perbuatan dan dikehendaki tambah mana-mana rukun yang tertinggal umpamanya satu rakaat dapat bersama imam pada solat maghrib maka dikehendaki tambah dua rakaat lagi setelah imam memberi salam.

Solat Subuh makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang tadi.

Jika makmum masbuq sedang membaca surah tiba-tiba imam rukuk maka hendaklah diputuskan bacaan surah itu dan rukuk bersama imam,

Jika makmum sedang takbir tiba-tiba imam beri salam maka ia ditegah duduk kerana duduk itu untuk mengikut imam. Jika makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya makan batallah sembahyangnya itu. Tetapi jika ia terlupa maka tidaklah batal sembahyangnya itu dan wajib ia bangun dengan segera dan sunat melakukan sujud sahwal pada akhir sembahyangnya itu.

Page 13: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

SIAPAKAH MAKMUM MASBUQ?• Makmum masbuk ialah seorang makmum yang tidak

sempat berjamaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca Al-Fatihah dan bacaan yang pertengahan.

• Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, malahan perhitungan bacaan Al-Fatihah itu tidak berpandukan kepada bacaan imam dan tidak berpandukan bacaan makmum itu tetapi mengikut uruf orang ramai.

• Mana-mana makmum yang tidak sempat berjamaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan dia membaca Al-Fatihah hingga selesai maka dinamakan makmum masbuk.

Page 14: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

KEADAAN MAKMUM MASBUK

Apabila sempat mengikuti imamnya ketika imam sedang meruku’, maka wajib terus ruku’ berserta imam dan Al-Fatihah gugur untuknya dan sudah dapat dihitung satu , jikalau ruku’nya itu dapat berthuma’ninah berserta imam.

Apabila sempat mengikuti imam ketika imam itu masih sedang berdiri, tetapi imam tadi terus ruku’ sebelum makmum itu selesai Fatihahnya, maka makmum itu

wajib terus ruku’, jikalau ia di saat itu tidak sedang membaca doa iftitah atau ta’awwudz. Jadi kekurangan Fatihahnya yang belum sempat diselesaikannya itu

menjadi gugur untuknya.

Sekiranya makmum itu mempunyai kesempatan mengikuti imamnya dalam ruku’, maka dianggaplah satu rakaat untuknya, tetapi kalau imam itu sudah i’tidal sebelum makmum itu ruku’, maka dianggaplah bahawa makmum tadi sudah terlambat satu

rakaat. Adapun kalau imam itu sudah bersujud sebelum selesainya makmum itu membaca, maka batallah shalatnya.

Apabila sempat mengikuti imam sewaktu imam itu masih sedang berdiri dan makmum itu sedang membaca doa iftitah atau ta’awwudz, tiba-tiba imam ruku’

sebelum makmum tadi menyelesaikan Fatihahnya. Dalam keadaan sedemikian ini makmum wajiblah membelakang sementara waktu yang dapat digunakan untuk

menyelesaikan bacaan doa iftitah atau ta’awwudznya.

Page 15: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

HUKUM MAKMUM MUWAFIQ• Makmum wajib menyempurnakan Fatihahnya. Jikalau imam itu ruku’ sebelum makmum menyelesaikan

Fatihahnya, wajiblah makmum membelakang sebentar untuk menyempurnakan Fatihahnya itu.• Apabila makmum itu membelakang dari imamnya kerana perlu membaca Fatihah, maka ia boleh

membelakang sampai hitungan tiga rukun, jikalau ada uzur sebagaimana di bawah ini:

Apabila makmum muwafiq itu memang lambat membacanya yakni tidak dapat bersegera menyelesaikannya dan bukan kerana was-was dalam bacaannya, padahal

imamnya sedang dalam membacanya yakni tidak terlampau cepat atau perlahan.

Apabila makmum itu terlupa dalam membaca Fatihah dan ingat sebelum ruku’ berserta imamnya. Maka jikalau ingatnya itu sesudah ruku’nya imam, makmum tersebut tidak

perlu membaca Fatihah, tetapi wajib terus mengikuti imamnya sehingga salam.

Apabila makmum sedang membaca doa iftitah atau ta’awwudz dan mempunyai sangkaan bahawa ia akan mempunyai kesempatan waktu untuk mengikuti imamnya

untuk membaca Fatihah, tiba-tiba kesempatan itu tidak ada. Jadi persangkaannya salah. Dalam hal ini, jika makmum itu nyata sudah terlambat dan tidak sempat

mengikuti imamnya untuk melakukan ruku’, maka dianggaplah ia terlambat satu rakaat dan ini wajib disempurnakan (yakni yang satu rakaat tadi) setelah selesai salamnya

imam.

Page 16: Makmum Masbuk Dan Makmun Muwafiq

SEMBAHYANG LAH KAMU DENGAN KUSYUK…INSYAALLAH

SEKIAN TERIMA KASIH