kk11 rozaiman makmun

29
Pengajaran Terancang Kata Pinjaman Bahasa Inggeris: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Bahasa Melayu Oleh Rozaiman Bin Makmun Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah Universiti Brunei Darssalam Bahasa Melayu dianggap kurang nilai intelek dan tidak sempurna kerana pustaka ilmu Melayu dianggap muflis atau dengan perkataan lain kosa ilmu dalam bahasa Melayu tipis, sempit dan dangkal (Ibrahim 1990:6, dalam Noriah Mohamed 2003:116). Allah tidak menetapkan mana-mana bahasa di dunia ini sebagai satu-satunya bahasa yang mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa tamadun kerana setiap bahasa diberikan kemampuan itu dan bergantung pada umat atau bangsa yang berkenaan memajukan bahasanya sendiri.(Awang Sariyan, 2006:9) Pengenalan Tuntutan untuk menguasai multibahasa terasa kian relevan pada masa ini, lebih-lebih lagi bagi individu, kelompok, masyarakat dan negara yang terlibat dalam komunikasi maklumat dan ilmu pengetahuan. Manusia hidup secara berkelompok yang disebut sebagai masyarakat. Untuk terus hidup dan survival manusia perlu berkomunikasi. Komunikasi ini berlaku baik pada tahap interkelompok mahupun intrakelompok. Alat yang digunakan untuk berkomunikasi inilah yang dinamakan sebagai bahasa. Jadi, hubungan bahasa dengan masyarakat sangatlah erat. Hubungan timbal balik ini saling pengaruh-mempengaruhi (Noriah Mohamed, 2003:7-8). Maknanya, bahasa berpotensi untuk mempengaruhi perkembangan masyarakat dan organisasinya. Sebaliknya, kewujudan, perkembangan dan

Upload: api-3740802

Post on 07-Jun-2015

856 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

Pengajaran Terancang Kata Pinjaman Bahasa Inggeris: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Bahasa Melayu

Oleh

Rozaiman Bin Makmun Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah

Universiti Brunei Darssalam

Bahasa Melayu dianggap kurang nilai intelek dan tidak sempurna kerana pustaka ilmu Melayu dianggap muflis atau dengan perkataan lain kosa ilmu dalam bahasa Melayu tipis,

sempit dan dangkal (Ibrahim 1990:6, dalam Noriah Mohamed 2003:116).

Allah tidak menetapkan mana-mana bahasa di dunia ini sebagai

satu-satunya bahasa yang mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa tamadun kerana setiap bahasa diberikan kemampuan itu

dan bergantung pada umat atau bangsa yang berkenaan memajukan bahasanya sendiri.(Awang Sariyan, 2006:9)

Pengenalan Tuntutan untuk menguasai multibahasa terasa kian relevan pada masa ini, lebih-lebih lagi bagi individu, kelompok, masyarakat dan negara yang terlibat dalam komunikasi maklumat dan ilmu pengetahuan. Manusia hidup secara berkelompok yang disebut sebagai masyarakat. Untuk terus hidup dan survival manusia perlu berkomunikasi. Komunikasi ini berlaku baik pada tahap interkelompok mahupun intrakelompok. Alat yang digunakan untuk berkomunikasi inilah yang dinamakan sebagai bahasa. Jadi, hubungan bahasa dengan masyarakat sangatlah erat. Hubungan timbal balik ini saling pengaruh-mempengaruhi (Noriah Mohamed, 2003:7-8). Maknanya, bahasa berpotensi untuk mempengaruhi perkembangan masyarakat dan organisasinya. Sebaliknya, kewujudan, perkembangan dan

Page 2: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

161

mobiliti masyarakat juga berpotensi mempengaruhi perkembangan bahasa.

Perkembangan bahasa dapat mencerminkan perkembangan kehidupan bangsa. Bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang mampu berkembang dalam segenap bidang terutamanya bidang pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan agama. Perkembangan bidang-bidang kehidupan ini tidak akan berlaku jika perkembangan bahasa terencat. Ini bermakna, bahasa merupakan komponen penting dalam pengukuhan tamadun bangsa (James T. Collins, 1999:137).

Bahasa itu sendiri merupakan asas tamadun setiap bangsa (Awang Sariyan, 2006:12). Sebagai contoh, tamadun masyarakat Melayu akan terancam jika bahasa Melayu (selepas ini BM) mengalami kemunduran, apatah lagi kepupusan. Hakikat dan peranan BM sebagai tonggak tamadun bangsa Melayu perlu dihayati dan sentiasa dingat-ingat. Pada zaman globalisasi ini, kewujudan BM perlu dikaji. Ini kerana, kemaraan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris (selepas ini BI) boleh mengugat kedudukan BM jika perancangan yang betul dan sistematik tidak dilakukan. Jika pantauan yang sistematik sentiasa dilaksanakan, perkembangan BI mahupun bahasa-bahasa asing yang lain di negara ini setentunya akan memberikan impak yang positif terhadap masyarakat dan BM sendiri. Dalam artikel ‘Penulisan sains dan teknologi dalam bahasa Melayu dari aspek penerbitan di Negara Brunei Darussalam,’ Dato Paduka Haji Alidin Haji Othman (2001:19-20) mencatatkan dua faktor yang menyebabkan beberapa orang lulusan sains tidak menulis menggunakan BM, iaitu latihan dan kebiasaan. Mereka telah dilatih begitu lama menggunakan BI sehingga mereka terbiasa dan selesa menggunakannya berbanding BM. Sedangkan, usaha mengembangkan ilmu dalam BM melalui tulisan adalah salah satu tanggungjawab untuk mengisi Dasar Bahasa Kebangsaan (Awang Sariyan, 1996). Menurut Dato lagi, jika latihan dan kebiasaan menjadi punca, ia boleh diatasi dengan latihan dan mengubah kebiasaan semula. Jika sukar mengubah kebiasaan mereka yang telah lama menggunakan BI, pada hemat penulis, mungkin lebih wajar kita mengubah latihan dan kebiasaan di peringkat awal, iaitu peringkat sekolah.

Page 3: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

162

Dari perspektif pendidikan, ada dua perkara asas yang perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan menguasai multibahasa. Pertama, memberi kesempatan kepada pelajar untuk memilih dan mempelajari bahasa asing yang diminatinya. Kedua, pengajaran terancang kata pinjaman (selepas ini KP) bahasa asing sebagai salah satu komponen dalam subjek BM di peringkat sekolah rendah atas, menengah dan dalam kursus BM di institusi tinggi. Bagi usaha pertama, setiap pelajar di sekolah menengah diberi kesempatan untuk memilih satu bahasa asing untuk dipelajarinya. Pelajar-pelajar diberi peluang sepenuhnya untuk memilih bahasa asing yang diminati mereka untuk dipelajari secara mendalam. Bahasa asing yang dimaksudkan antaranya bahasa negara-negara ASEAN, bahasa Arab, bahasa Barat dan Eropah sebagai pewahana keagamaan (bahasa Arab), ilmu dan perhubungan. Namun, usaha di atas hanya dapat dicapai dengan berkesan jika pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam konteks yang sesuai; bersifat interaktif; melibatkan pendedahan kepada penutur natif; dan pendedahan terhadap budaya bahasa asal. Bagi usaha kedua, komponen KP perlu diajarkan dalam subjek BM. KP dari BI perlu diajarkan secara sistematik. Antara bahasa lain yang perlu diusahakan ialah bahasa Arab, Sanskrit, Parsi dan lain-lain.Di samping itu, KP dari bahasa-bahasa serumpun dengan bahasa Melayu, seperti bahasa Iban, Kadazan-Dusun, Jawa dan sebagainya perlu juga diajarkan Kertas kerja ini akan membincangkan saranan pengajaran terancang KP BI sebagai salah satu komponen dalam subjek BM. Dimensi perancangan atau pembinaan korpus bahasa Perancangan bahasa terbahagi kepada dua peringkat utama, iaitu perencanaan satatus bahasa dan perencanaan pembinaan bahasa (Collins, 1999). Menurut Asmah Haji Omar (1993), perencanaan pembinaan bahasa juga disebut sebagai perancangan korpus bahasa yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu kodifikasi (codification) dan peluasan (eleboration) yang masing-masing ada pecahannya. Untuk memudahkan pemahaman kita, penulis

Page 4: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

163

hanya menyentuh empat dimensi, iaitu (1) Penentuan ejaan dan tulisan (graphization), (2) Penyeragaman (standardization), Pemodenan (modernization), dan (4) Pemantapan (stabilization). Penentuan ejaan dan tulisan (Graphization) Menurut Nik Safiah Karim (1981), penentuan ejaan bermaksud usaha mencipta satu sistem ejaan bagi bahasa-bahasa yang belum mempunyai ejaan. Dimensi perkembangan ejaan BM mempunyai sejarah yang panjang. Sebenarnya tarikh mula BM mempunyai ejaan atau sistem tulisan sukar dikenal pasti. Namun ahli sejarah dan ahli bahasa percaya sistem tulisan BM sudah wujud dalam bentuk tulisan Sanskrit dan Jawa Kuno, seperti yang dikatakan oleh Haji Hashim (2002) bahawa dalam sejarah awal perkembangan tamadun BM, hasil tulisan khususnya sastera Melayu ditulis dengan tulisan Sanskrit (huruf Pali), Rencong, dan tulisan Jawa Kuno, iaitu huruf Kawi. Namun tulisan awal ini hanya dikuasai dan difahami oleh segelintir golongan karaton atau elit.

BM kemudiannya menjadi lingua franca setelah kedatangan agama Islam. Tulisan Arab yang diperkenalkan oleh pedagang-pedagang Islam akhirnya menjadi tulisan BM yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Pada awalnya tulisan Jawi yang digunakan mempunyai 29 abjad Arab namun untuk lebih memudahkan ejaan dan penyesuaian penyebutan BM, beberapa abjad Jawi Melayu telah ditambah dari semasa ke semasa dan kini menjadi 37 abjad. Perkembangan sistem tulisan dan ejaan BM semakin pesat apabila bahasa ini menerima sistem tulisan dan ejaan rumi. Ini bermakna, BM telah diungkapkan dan ditulis mernggunakan dua sistem tulisan dan ejaan, iaitu tulisan Jawi dan tulisan Rumi. Penggunaan kedua-dua sistem tulisan dan ejaan ini berlanjutan bahkan semakin berkembang hingga ke hari ini.

Menurut Abdullah Hassan (1993), abjad-abjad Romawi mula diperkenalkan di alam Melayu ketika menerima pengaruh Kuasa Barat. Ketibaan orang-orang Belanda dan Inggeris dalam kurun ke-18 telah mengakibat bermulanya kemerosotan tulisan Jawi. Abjad-abjad Romawi kemudiannya dikenali sebagai tulisan Rumi yang digunakan pada ketika itu untuk mengembangkan agama Kristian.

Page 5: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

164

Penyeragaman (standardization) Menurut Garvin dan Mathiot (1969), bahasa standard merupakan satu bahasa yang bentuknya telah dikodifikasikan, diterima dan bertugas sebagai model atau norma bagi komuniti bahasa yang lebih luas. Manakala Haugan (1972) mendefinisikan bahasa standard sebagai satu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk (Nik Safiah Karim, 1981). Malaysia sebagai sebuah negara yang heterogeneous menghadapi masalah untuk mewujudkan rasa kesatuan dan perpaduan. Tanpa perpaduan, Malaysia akan menghadapi hambatan untuk maju dan bersaing dengan negara-negara luar. Hambatan ini bukan sahaja berbentuk politik bahkan hambatan dalam bentuk sosial, khususnya hubungan dan kerjasama antara jenis kaum, puak atau masyarakat yang ada. Bagi tujuan mempersatukannya sebagai satu unit yang bulat dan bersatu, maka bahasa telah dipercayai memainkan peranan yang penting. Kemunculan satu bahasa kebangsaan merupakan satu keperluan untuk mencapai kestabilan dan sebagai identiti bangsa dan negara secara keseluruhannya. Pendaulatan sesuatu bahasa kebangsaan bererti menaikkan taraf sesebuah bahasa tempatan menjadi lambang kebangsaan dan lambang penyatuan. Dengan demikian juga bahasa tersebut akan berupaya untuk berfungsi sebagai alat yang sesuai bagi pentadbiran kerajaan, serta sebagai alat penyampaian ilmu dan sebagai alat pembinaan kebudayaan yang tinggi (Nik Safiah Karim, 1981). Hal yang sama juga berlaku bagi Brunei Darussalam. BM telah muncul sebagai bahasa perpaduan, bahasa kebangsaan, bahasa pemerintahan, bahasa pentadbiran, bahasa keagamaan, bahasa pengantar pendidikan, bahasa kebudayaan dan sebagainya. Penyeragaman Ejaan Marsden merupakan sarjana Inggeris yang pertama yang membicarakan ejaan BM di dalam bukunya A grammar of The Malayan Language (1812). Kemudian, W.G. Shellabear menghasilkan buku The Evolution of The Malay Spelling (1901). Pada tahun 1902, Kerajaan Negeri-negeri bersekutu (Selangor, Perak, Pahang dan negeri Sembilan) mula membentuk jawatankuasa yang diketuai oleh Wilkinson yang akhirnya

Page 6: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

165

membuahkan hasil Ejaan Wilkinson sebagai dasar Ejaan Sekolah. Usaha ini dilanjutkan oleh Pendeta Za’ba yang menghasilkan Petua-petua Ejaan Rumi (Abdullah Hassan, 1993). Berikutan dengan itu, Ejaan Wilkinson digantikan dengan Ejaan Za’ba sebagai Ejaan Sekolah. Perhatian pihak kerajaan terhadap masalah ejaan BM mula semakin meningkat apabila perbincangan mengenai ejaan telah diadakan di dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III pada tahun 1956. Pada tahun 1957 sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk bagi membuat perbincangan dan keputusan mengenai ejaan Rumi dan penyatuan bahasa Indonesia sehingga terwujudnya Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia. Kemudian, pada 29 Disember 1972 Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia terbentuk lalu menghasilkan pedoman umum ejaan bagi kedua-dua negara. Pada 24 Ogos 1981, Menteri Pelajaran Malaysia telah mengisytiharkan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Secara ringkas, hasil penyeragaman ejaan BM yang diusahakan kini mempunyai 25 konsonan yang terdiri daripada 20 huruf tunggal dan lima huruf gabung. Enam fonem yang digunakan, iaitu [a], [i], [é ], [e], [o] dan [u] dilambangkan dengan lima huruf vokal. Fonem e taling [é] dan e pepet [e] dilambangkan dengan huruf vokal yang sama, iaitu huruf e. Peringkat penyeragaman ini akan berlaku terus-menerus dan tidak akan tercapai dengan segera. Namun, pemantauan, arahan dan pelaksanaannya di pelbagai peringkat masyarakat perlu diusahakan, lebih-lebih lagi di peringkat sekolah. Usaha-usaha untuk menyeragamkan penggunaan BM bukan berhenti pada peringkat penentuan vokal dan konsonan sahaja. Penyeragaman ini seterusnya berlangsung pada semua peringkat tatabahasa daripada bunyi, huruf, morfem, kata, peristilahan, ayat dan seterusnya. Penjelasan mengenai perkembangan peristilahan dan KP boleh diikuti seterusnya dalam bahagian pemodenan berikut. Pemodenan (modernization) Usaha yang lebih terancang khususnya usaha pemodenan BM semakin giat apabila Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956 di Johor. Bermula pada tahun 1957, DBP mula mengatur

Page 7: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

166

rancangan memodenkan BM yang lebih banyak menjurus kepada pembentukan istilah-istilah baharu sesuai dengan perkembangan zaman sains, teknologi dan komunikasi maklumat. Kesan yang lebih ketara ialah di bidang leksikal. Cawangan Peristilahan Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberikan peranan yang sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia sebagai badan yang mempergiat pembentukan dan pemantauan perkembangan istilah-istilah baharu. Dalam jangka masa sepuluh tahun, sebanyak 71,000 istilah dan rangkai kata baharu telah dicipta, dan jumlah ini terus meningkat sebanyak 136,019 istilah pada tahun 1973. Setentunya pada hari ini istilah yang berjaya dicipta semakin bertambah. Perlu juga difahami bahawa penciptaan istilah ini bukan semata-mata bermaksud mengadakan istilah yang asalnya tiada, proses penciptaan ini juga melibatkan penggunaan perkataan-perkataan yang sedia ada di dalam BM, cuma diberikan pengertian yang baharu atau digunakan untuk merujuk konsep-konsep baharu. Istilah-istilah yang benar-benar baharu kebanyakannya diambil daripada BI, Belanda, Arab dan Sanskrit melalui proses peminjaman (Nik Safiah, 1981). Setentunya proses peminjaman ini menyesuaikan ejaan kata-kata yang dipinjam itu berdasarkan sistem ejaan dan sebutan BM. Pemantapan (stabilization) Pemantapan merupakan dimensi atau peringkat teratas di dalam perancangan korpus bahasa. Oleh kerana BM bukan hanya digunakan di Malaysia, maka proses pemantapan itu perlulah ditinjau sehingga ke negara-negara luar yang menggunakannya, khususnya sebagai bahasa rasmi dan pengantar ilmu di dalam pendidikan. Maka, selain Malaysia, pemantapan itu perlu juga dilihat berdasarkan perkembangan BM di Indonesia dan Brunei Darussalam sebagai ahli MABBIM. Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan BM Ketiga (Abdullah Hassan, 2007: 619), beberapa keputusan tentang ejaan telah diambil, antaranya: (a) Ejaan di Malaya dan Indonesia hendaklah disamakan atau

disatukan; (b) Peraturan ejaan hendaklah mudah, dan untuk ini maka

sistem fonemik diterima sebagai sistem yang lebih baik

Page 8: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

167

daripa sistem fonetik, dan satu fonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja;

(c) Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam;

(d) Kata-kata daripada bahasa asing hendaklah disesuaikan dengan sistem fonologi Melayu.

Berdasarkan perbincangan di atas, usaha untuk memasukkan pengajaran KP bahasa asing, khususnya BI sebagai salah satu komponen subjek BM di Brunei Darussalam perlu difikirkan. Peringkat pemasyarakatan KP bukan hanya perlu berlaku di peringkat AJK Tertinggi MABBIM, tetapi ia hendaklah dilaratkan hingga menjangkau dimensi pendidikan di negara ini. Apa yang lebih penting ialah KP telah digunakan secara meluas di pelbagai peringkat di negara ini. Bahagian berikut ini akan memaparkan serba sedikit contoh penggunaan KP bermula di peringkat sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti. Penggunaan KP di pelbagai peringkat 1. Penggunaan KP dalam buku teks BM sekolah menengah.

Buku teks menengah 1: BM Menengah Bawah Negara Brunei Darussalam

Kini tumpuan berpindah kepada industri gas. Gas asli mempunyai banyak kegunaan. Yang utama ialah sebagai bahan bakar menggantikan minyak dan batu arang. Gas asli juga digunakan sebagai bahan mentah dalam industri petrokimia yang menghasilkan plastik, bahan pencuci dan baja. (Nik Safiah Karim, 1997: 160)

Buku teks menengah 2: BM Menengah Bawah Negara Brunei Darussalam

Setiap organisma memerlukan makanan daripada bahan-bahan mentah untuk membina tisu dan sel baharu. Organisma juga memerlukan tenaga untuk keperluan proses dan pertukaran kimia. Binatang-binatang makan makanan untuk membina tisu dan mengeluarkan tenaga. Tumbuh-tumbuhan pula

Page 9: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

168

memproses sumber makanannya bagi keperluan tenaga untuk membesar. Proses ini disebut fotosentesis. (Nik Safiah Karim, 1998: 144)

2. Pelajar menengah enam yang memilih subjek BM akan berpeluang mempelajari komponen terjemahan. Dalam komponen ini pelajar-pelajar akan diberikan teks bacaan BI untuk diterjemahkan ke BM. Pengajaran penggunaan KP BI sudah tentu akan dapat membantu mereka menghasilkan terjemahan yang baik. Perlu disedari bahawa penggunaan perkataan dan istilah pinjaman dalam kegiatan penterjemahan ada batas-batasnya. Penterjemah yang baik perlu menguasai had dan panduan meminjam istilah (Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan, 2006). Hal ini memperkukuh saranan penulis agar komponen KP perlu segera diajarkan di peringkat sekolah menengah.

3. Bagi pelajar UBD yang mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan BM, istilah-istilah berikut sering digunakan: Induksi set, teknik, teori, metodologi, instrumen kajian, skop kajian, behaviurisme, mentalisme, kognitif, skemata, prapenulisan, pascapenulisan, linguistik, sosiolonguistik dan lain-lain.

4. Bagi pelajar universiti yang mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan pendidikan Kesusasteraan Melayu (selepas ini KM), istilah-istilah berikut sering digunakan: Epilog, prolog, antifrasis, onomatopia, klasisisme, romantisme, realisme, modensisme, pascamodenisme, kartunisme, kolonialisme, filologi, sosiologi, psikologi, dialog, multilog, heterokosmos, klimaks, antiklimaks, eksposisi, konfliks dan lain-lain.

5. Mahasiswa yang mengikuti kursus-kursus pendidikan BM, KM dan MIB juga disuguhkan dengan buku rujukan akademik tulisan tokoh-tokoh terkenal, seperti PM Dr Hj Hashim, Profesor Emeritus Mohd Taib Osman, PM Dr. Hj. Jaluddin, Prof. Dr. Hashim Awang, Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Awang Sariyan, prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Prof. Emeritus Dr. Asmah Haji Omar, Kamaruddin, dan ramai lagi. Semua tokoh yang sempat disebutkan ini tidak sunyi daripada

Page 10: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

169

menggunakan kata-KP bahasa asing, khususnya BI. Jika mahasiswa tidak dibudayakan dengan KP sejak peringkat sekolah menengah lagi, sudah tentu mereka agak lambat memahami buku-buku rujukan tersebut. Izinkan penulis memetik beberapa perenggan daripada buku-buku tokoh terkenal di atas yang menunjukkan adanya penggunaan KP. Profesor Madya Dr. Hj. Hashim

Perlu diingat bahawa membentuk falsafah, dasar dan sistem pendidikan bukanlah kerja ala kadar. Kerja itu harus mencerminkan nilai dan norma-norma hidup bangsa di samping memberikan harapan kepada bangsa tentang bagaimana menghadapi kehidupan, baik yang berbentuk sosial, ekonomi, agama, politik dan hambatan-hambatan antarabangsa. Membuat dan merancang falsafah, dasar dan sistem pendidikan negara wajarlah ditangani oleh orang Brunei yang komited, pakar dan berpengalaman, jika tidak (survival) negara bangsa (nation) tidak dapat dipertahankan, jauh sekali untuk mempunyai kekuatan daya saing. (Haji Hashim Haji Hamid, Junjung Tinggi, 1993:108)

Profesor Emeritus Mohd Taib Osman

Untuk membuat pertimbangan yang matang dan saksama, pembacaan perlu dilakukan. Jika masyarakat Melayu benar-benar ingin maju, mereka harus membiasakan diri dengan membaca dan menimba pemikiran daripada penerbitan serius, seperti buku yang diperkatakan di sini. Menurut laporan akhbar, buku picisan yang menangguk di air keruh kerana kegawatan politik yang melanda orang Melayu, sangat laris dijual pada perhimpunan agung khas Umno, baru-baru ini. Kalau inilah pilihan pembacaan masyarakat Melayu, gemar pada sensasi, yang kebenarannya belum diketahui hujung pangkalnya; didorong oleh nafsu-nafsu penulis dedalu yang bertujuan mengaut

Page 11: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

170

keuntungan dan kepentingan diri, maka di situlah duduk darjah pemikiran mereka. Walhal dalam dewan persidangan, pemimpin berapi-api mengajak orang Melayu menjadi bangsa moden, tetapi apa yang ditunjukkan oleh laporan akhbar tadi akan menjadi sebaliknya. (Mohd Taib Osman, 2004:171-17)

Kesalahan penggunaan KP Bukan sahaja hakikat penggunaan yang meluas di atas itu menjadi pendorong untuk kita mengajarkan KP dalam pendidikan, tetapi yang lebih mendorong ialah hakikat berlakunya kesalahan penggunaan KP yang berleluasa. Berikut ini dipaparkan beberapa kesalahan KP yang berlaku di sekolah rendah dan universiti. Sekolah Rendah Hjh. Masnordina Binti Haji Jainuddin (2006), mahasiswa di bawah seliaan penulis, telah melaksanakan latihan ilmiah tentang ejaan KP dalam kalangan murid darjah enam. Kajian ini menggunakan 60 orang murid daripada empat buah sekolah rendah di daerah Tutong. Secara imlak, pengkaji telah menguji sampel untuk mengeja KP sebanyak 40 patah perkataan yang biasa mereka gunakan atau dengar sehari-hari. Antara dapatan kajian tersebut adalah seperti berikut. Bagi prinsip ‘oo’ (BI) menjadi ‘u’ (BM) dalam perkataan ‘cartoon’, sejumlah 46.7% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘kartun’. Bagi prinsip ‘c’ (BI) menjadi ‘k’ (BM) dalam perkataan ‘comic’, sejumlah 68.3% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘komik’. Bagi prinsip ‘ck’ (BI) menjadi ‘k’ (BM) dalam perkataan ‘subject’, sejumlah 60% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘subjek’. Bagi prinsip ‘x’ (BI) menjadi ‘ks’ (BM) dalam perkataan ‘taxi’, sejumlah 28.3% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘teksi’.

Page 12: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

171

Bagi prinsip ‘ve’ (BI) menjadi ‘f’ (BM) dalam perkataan ‘positive’, sejumlah 53.3% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘positif’. Bagi prinsip ‘sh’ (BI) menjadi ‘sy’ (BM) dalam perkataan ‘shampoo’, sejumlah 88.3% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘syampu’. Bagi prinsip ‘g’ (BI) menjadi ‘j’ (BM) dalam perkataan ‘sausage’, sejumlah 80% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘sosej’. Bagi prinsip ‘konsonan gandaan’ (BI) menjadi ‘konsonan tunggal’ (BM) dalam perkataan ‘battery’, sejumlah 60% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘bateri’. Universiti Brunei Darussalam Di peringkat universiti pula, penulis berkesempatan meneliti kertas-kertas jawapan peperiksaan semester I, 2006 bagi pelajar tahun 2 dan tahun 3 yang mengikuti kursus PL2220 Pengajaran Tatabahasa Pedagogi BM dan PL3232 Pengajaran Penulisan di IPSHB, UBD. Beberapa kesalahan penggunaan KP yang sempat dikesan adalah seperti berikut: Mikanisma: sepatutnya ‘mekanisme’:

Berebeza daripada teori tradisional, teori ini mengutamakan pengajaran lisan daripada penulisan. Ahli teori ini mengatakan bahasa merupakan mikanisma yang boleh dihasilkan melalui kaedah membentuk kebiasaan. (pelajar tahun 2, UBD)

Sosialogi: sepatutnya ‘sosiologi’ Pengajaran tatabahasa adalah merupakan satu tugas amali yang menggunakan disiplin-disiplin linguistik seperti ilmu linguistik, psikologi dan sosialogi. (pelajar tahun 2, UBD)

Fleksible, flexibal: sepatutnya ‘fleksibel’ Pertama ialah pelajar mampu menggunakan sistem bahasa secara spontan dan fleksible bagi menggambarkan fikiran, perasaan dan keadaan yang bersesuaian mengikut konteks, situasi dan tujuan tertentu. (pelajar tahun 2, UBD)

Page 13: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

172

Pelajar berkebolehan menggunakan sistem bahasa secara spontan, flexibal utk mengambarkan fikiran, perasaan dan keadaan yg sesuai mgikut konteks, situasi dan tujuan tertentu. (pelajar tahun 2, UBD)

Exstensif: sepatutnya ‘ekstensif’ ... penglibatan intensif dan exstensif pelajar dalam interaksi lisan adalah penting ... (pelajar tahun 2, UBD)

Aktibiti: sepatutnya ‘aktiviti’ Aktibiti2 yang memberi peluang pelajar terlibat seperti penyelesaian masalah adalah sesuai dijalankan... (pelajar tahun 2, UBD)

Grammatis: sepatutnya ‘gramatis’ Morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil yang bermakna dan berfungsi grammatis atau menjalankan tugas nahu. (pelajar tahun 2, UBD)

Mood: sepatutnya ‘mod’ Minat pelajar boleh membantu merealisasikan aktibiti pengajaran dan pembelajaran berkesan dan sempurna dijalankan kerana ini mempengaruihi mood atau perasaan mereka. (pelajar tahun 2, UBD)

Professional: sepatutnya ‘profesional’ Mereka berpendapat bahawa, pelajar hanya dianggap sebagai professional jika mereka: 1. Mereka memahami dan menguasai struktur

dan sistem bahasa yang dipelajari dan tahu cara menggunakannya. (pelajar tahun 2, UBD)

Analysis: sepatutnya ‘analisis’ Pengaruh teori ini masih lagi digunakan untuk dijadikan rujukan terhadap pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, mengenai analysis perkataan. (pelajar tahun 2, UBD)

Komplement: sepatutnya ‘komplemen’ Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada 3 jenia iaitu:-

a. Ayat majmuk pancangan relatif b. Ayat majmuk pancangan komplement c. Ayat majmuk pancangan keterangan

(pelajar tahun 2, UBD)

Page 14: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

173

Behaviourisma: sepatutnya ‘bahaviurisme’ Beliau juga salah seorang dari aliran Behaviourisma. Beliau menganggap bahasa itu berhubungkait rapat dengan perlakuan manusia. (pelajar tahun 2, UBD)

Koheran: sepatutnya ‘koheren’ Penulis juga harus membuat penyemakan dari aspek koheran dan kohesi. (pelajar tahun 2, UBD)

Para linguistik: sepatutnya ‘paralinguistik’ Di samping itu juga, pelajar mesti memahami unsur-unsur para linguistik (menggeleng, mengangguk dan mengerling) yang digunakan dalam komunikasi sosial. (pelajar tahun 2, UBD)

Formel: sepatutnya ‘formal’ Bidang disiplin linguistik yang memberi huraian tentang struktur, undang-undang serta sistem bahasa dilihat sebagai sesuatu yang bersifat formel dan abstrak, ... (pelajar tahun 2, UBD)

Negetif: sepatutnya ‘negatif’ Setelah itu diikuti pula dengan hasil tindakan. Ini merupakan hasil dari tindakan yang telah diambil oleh [ihak berkuasa, sama ada positif atau negetif. (pelajar tahun 3, UBD)

Sinario: sepatutnya ‘senario’ Dalam isu, penulis boleh membuat takrif sesuatu bidang yang dipersoalkan atau membuat gambaran / sinario tentang isu yang diperkatakan. (pelajar tahun 3, UBD)

Chancellor: sepatutnya ‘canselor’ Ayat majmuk terhasil daripada satu ayat yang digabungkan menjadi dua atau lebih ayat. Sebagai contoh: ... Saya pergi ke dewan chancellor untuk menyaksikan pameran. (pelajar tahun 3, UBD)

Musik: sepatutnya ‘muzik’ Sebagai contoh; Untuk mengatasi masalah ini, beberapa perkara harus diberi perhatian, bukan sahaja pihak yang berwajib, tetapi juga melibatkan peminat-peminat musik tanah air. (pelajar tahun 3, UBD)

Di’photostate’: sepatutnya difotostat atau difotokopi

Page 15: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

174

Teks karangan pelajar tersebut hendaklah di’photostate’ dan diberikan kepada setiap pelajar. (pelajar tahun 3, UBD)

Otamatis: sepatutnya ‘automatik’ Walaupun bahasa itu diperolehi daripada keadaan di sekelilingnya, tetapi dikembangkan secara otamatis dari dalam dirinya. (pelajar tahun 3, UBD)

Stalistik: sepatutnya ‘stilistik’ Dapat menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan boleh menggunakan stail (gaya stalistik) dalam menulis sebuah karangan. (pelajar tahun 3, UBD)

Modal: sepatutnya ‘model’ Modal penulisan yang mantap ini dapat digunakan oleh para pelajar sebagai panduan untuk menjawab soalan peperiksaan. (pelajar tahun 3, UBD)

Terdapat pula kesalahan imbuhan awalan pinjaman seperti ‘pra penulisan’ dan pra-penulisan’ yang sepatutnya dieja ‘prapenulisan’. Begitu juga halnya ‘pasca penulisan’ dan ‘pasca-penulisan’ yang sepatutnya dieja ‘Pascapenulisan’. Syarat penyerapan atau pinjaman kata BI Dalam pengajaran, guru perlu menjelaskan penyerapan atau pinjaman kata atau istilah BI perlulah berdasarkan syarat tertentu. Kita hanya meminjam kata atau istilah BI jika (Pedoman umum pembetukan istilah bahasa Melayu, 2006: 2-3): 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan

mudahnya pemindahan timbal balik (intertransferability) antara istilah asing itu dengan istilah Melayu mengingat keperluan pemindahan ilmu penegtahuan.

2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca kerana memberi ciri transparensi teks.

3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya.

4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya.

5. Istilah asing yang akan diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk.

Page 16: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

175

Panduan penyerapan atau peminjaman Guru mestilah mengajarkan panduan untuk menyesuaikan ejaan kata atau istilah BI yang dipinjam berdasarkan aturan ejaan BM. Panduan berikut petikan sebahagian kecil yang disesuaikan dari buku Pedoman Umum Pembetukan Istilah bahasa Melayu (1990 dan 2006) dengan beberapa penyesuaian dan tambahan penulis. Rujukan juga dibuat melalui buku Daftar kata bahasa Melayu, Jilid I dan II (2004) dan Menguasai bahasa Melayu Tinggi (2001). Panduan ini hanya dipetik sebahagian kecil sahaja bertujuan untuk memperlihatkan peri penting dan kesesuaian ejaan KP diajarkan di sekolah. Untuk pengajaran di peringkat sekolah, tiga kaedah yang mudah boleh digunakan, iaitu penyerapan dengan penyesuaian ejaan; penyerapan tanpa penyesuaian ejaan; dan penyesuaian imbuhan. Penyerapan dengan penyesuaian ejaan Penyesuaian ejaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu penyesuaian vokal dan penyesuaian konsonan. Cara ini mampu memperlihatkan perubahan vokal yang berlaku daripada kata atau istilah asing kepada kata atau istilah BM. Penyesuaian vokal 1) aa tetap aa bazaar (bazaar) 2) ae tetap ae aedes (aedes) 3) ae jadi e estetika (aesthetics),

ensikloedia (encyclopaedia)

4) ae jadi a larva (larvae) 5) ai tetap ai trailer (trailer) 6) ai jadi e rel (rail), kapten (kaptain) 7) au tetap au automatik (automatic), auditorium (auditorium) 8) e tetap e efektif (effective) 9) ea tetap ea idealis (idealist), gear

(gear) 10) ea jadi i gris (grease), rim (ream)

Page 17: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

176

11) ee jadi i jip (jeep), cimpanzi (chimpanzee) 12) ei tetap ei ateis (atheist), protein

(protein) 13) eo tetap eo stereo (stereo), geometri (geometry) 14) eu tetap eu neutral (neutral), petroleum (petroleum), neutron (neutron) 15) ia tetap ia dialek (dialect) 16) ie tetap ie diesel (diesel) 17) ie jadi i kalori (calorie) 18) ie jadi ai pai (pie) 19) io tetap io ion (ion), studio (studio) 20) iu tetap iu premium (premium), stadium (stadium) 21) o tetap o sektor (sector), canselor (chancellor) 22) oa jadi o kadbod (cardboard), kot

(coat) 23) oo jadi u monsun (monsoon), rakun

(raccoon), kartun (cartoon) 24) oo tetap oo zoologi (zoology) 25) ou jadi u jurnal (journal), serius

(serious) kupon (coupon) 26) ou jadi au akauntan (accountant),

paun (pound), kaunter (counter)

27) u tetap u unit (unit) 28) ua tetap ua akuarium (aquarium) 29) ue digugurkan katalog (catalogue), dialog

(dialogue), teknik (technique)

30) uu jadi u kontinum (continuum), vakum (vacuum) Penyesuaian konsonan

Page 18: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

177

1) c jadi k karbon (carbon), klasik (classic), korpus (corpus)

2) c jadi s sen (cent), silinder (cylinder) 3) cc jadi k akomodasi (accomodation), akumulasi (accumulation) 4) cc jadi ks aksen (accent), vaksin (vaccin) 5) ch, cch jadi k karisma (charisma), kolera (cholera), teknik (technique) 6) ch jadi s mesin (machine) 7) f tetap f faktor (factor), infastruktur (infrastructure) 8) g tetap g generator (generator), tragedi (tragedy) 9) ph jadi f fosforus (phosphorus), fizik (physics), fotostat (photostat), amfibia (amphibian), atmosfera (atmosphere), fotograf (photograph) 10) q jadi k kuiz (quiz), akuarium (aquarium), frekuensi (frequency) 11) rh jadi r retorik (rhetoric), retma

(rhythm) 12) sc jadi sk skor (score), skuter (scooter), skrip (script) 13) sc jadi s senario (scenario) 14) sch jadi sk skim atau skema (scheme) 15) th jadi t teater (theater), teologi (theology), teori (theory) 16) v tetap v novel (novel), universiti (university), vitamin (vitamin) 17) x tetap x xenon (xenon) 18) x jadi ks ekstra (extra), teksi (taxi),

Page 19: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

178

ekspedisi (expedition), eksperimen (experiment), ekspo (expo), eksport (export), ekspres (express), indeks (index), kompleks (complex) 19) y jadi i enzim (enzyme), fizik (physics), karbohidrat (carbohydrate) akademi (academy), aktiviti (activity), ekonomi (economy) 20) z tetap z ozon (ozone), enzim (enzyme), kuiz (quiz) 21) Konsonan ganda jadi konsonan tunggal hobi (hobby), buletin (bulletin), canselor (chancellor), komuniti (community), asimilasi (assimilation), kaset (cassette), klasik (classic), bateri (battery) Penyerapan tanpa penyesuaian ejaan Kaedah ini boleh digunakan supaya pelajar dapat mengenal pasti kata atau istilah yang tidak mengalami perubahan ejaan. Perkataan yang termasuk dalam kumpulan ini tidak begitu banyak, antaranya aerosal, bank, deposit, protein, kafein, internet, multimedia, novel, agenda, propaganda, sonar, solar, molar, memorandum, referendum, vitamin, dan lain-lain. Penyesuaian Imbuhan Pelajar juga perlu diajarkan beberapa penyerapan imbuhan asing (BI) yang sesuai dengan peringkat dan keperluan mereka. Berikut ini dipetik beberapa contoh yang sesuai diajarkan kepada pelajar. Imbuhan awalan 1. abs- tetap abs- abstrak (abstract). 2. ana- tetap ana- anafora (anaphora).

Page 20: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

179

3. ante- tetap ante- anteseden (antecedent). 4. anti- tetap anti- antibiotik

(antibiotic). 5. bio- tetap bio- biologi (biology), Biografi

(biography), bioteknologi

(biotechnology), biokimia (biochemical).

6. co- jadi ko- koordinat (co- ordinate), kokurikulum (co- curriculum),

7. eco- jadi eko- ekologi (ecology), ekospesies (ecospecies).

8. geo- tetap geo- geografi (geography), geologi (geology). 9. hemi- tetap hemi- hemisfera

(hemisphere). 10. haemo- jadi hemo- hemoglobin (haemoglobin), hemodialisis (haemodialysis). 11. hexa- jadi heksa- heksagon

(hexagon). 12. homo- tetap homo- homofon (homophone),

homonim (homonym), homoseksual (homosexual). 13. hyper- jadi hiper- hiperaktif (hyperactive).

Page 21: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

180

14. in- tetap in- induksi (induction). 15. inter- tetap inter- interkom (intercom). 16. mono- tetap mono- monolog

(monologue), monoksida (monoxide).

17. multi- tetap multi- multinasional (multinational).

18. para- tetap para- paralinguistik (paralinguistic).

19. poly- jadi poli- poligami (polygamy), polisemi (polysemy), poliklinik

(polyclinic). 20. pre- jadi pra- prasejarah

(prehistory), prauniversiti (pre-university), prakata (preface), prasekolah (preschool), prapenulisan (pre-writing).

Di samping penggunaan imbuhan awalan di atas, pelajar

juga perlu diajarkan beberapa pengecualian berikut: ekopelancongan (ecotourism), penulis bersama (co-author), biokitar (biocycle), dwibahasa (bilingual), pencegah peluh (antiperspirant), geosejarah (geohistory), geopusat (geocentric), hiperpeka (hypersensitive), tak transitif (intransitive), tak langsung (indirect), antarabangsa (international), saling bersambung (interconnect), ekabahasa (monolingual), multiaras (multilevel), multilapis (multilayer), pelbagai bahasa (multilingual), pelbagai suku kaum (multiethnic), pelbagai bangsa (multiracial), pelbagai fungsi (multifunctional), boleh serap (absorbable), boleh dimakan (palatable) dan lain-lain.

Page 22: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

181

Imbuhan akhiran 1. -able, -ble jadi -bel variabel (variable),

kapabel (capable), fleksibel (flexible), kabel (cable)

2. -ac jadi -ak artifak (artefact), maniak (maniac). 3. -acy, -cy jadi -asi, -si demokrasi (democracy), farmasi (pharmacy), polisi (policy). 4. -age jadi -ej pakej (package),

sausej (sausage), mesej (message).

5. -age jadi -aj kolaj (collage), kabotaj (cabotage), garaj (garage), sabotaj (sabotage).

6. -ance, -ence- jadi -ans, ambulans(ambulance), -ens insurans (insurance)

7. -ant jadi -an akauntan (accountant), informan (informant), dominan (dominant). 8. -ar tetap -ar kalendar (calendar), oskar (oscar). 9. -archy jadi -arki anarki (anarchy), oligarki

(olgarchy), monarki (monarchy).

10. -sm jadi -sma protoplasma (protoplasm), mekanisma (mechanism),

organisma (organism). 11. -ein tetap -ein kasein (casein),

krosein (crocein). 12. -ency jadi -ensi frekuensi (frequency),

efisiensi (efficiency), agensi (agency).

13. -ic, -ique jadi -ik antik (antique), kosmetik (cosmetic), kritik (critique).

Page 23: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

182

14. -ical, jadi -is, -ikal ekonomis (economical), mekanikal (mechanical)

praktikal, praktis (practical), tropikal (tropical).

15. -icle jadi -ikel artikel (article), partikel (particle).

16. -ics jadi -ik elektronik (electronics), dialektik (dialectics),

linguistik (linguistics), fizik (physics).

17. -ide jadi -ida oksida (oxide), dioksida (dioxide), klorida (chloride),

hidroksida (hydroxide). 18. -ific jadi -ifik genetik (genetic), pasifik

(pacific), spesifik (specific). 19. -ine jadi -in disiplin (discipliine), marin

(marine), kuarantin (quarantine).

20. –ism jadi -isme kapitalisme (capitalism), komunisme (communism),

egoisme (egoism), ekspresionisme (expressionism),

patriotisme (patriotism). 21. -ity jadi -iti aktiviti (activity), komoditi

(commodity), komuniti (community), kualiti

(quality), imuniti (immunity), realiti (reality), universiti (university).

22. –ive jadi -if kohesif (cohesive), distingtif (distinctive), pasif

(passive), aktif (active). 23. -le jadi -il, -el kabel (cable), stabil

(stable).

Page 24: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

183

24. -lysis jadi -lisis analisis (analysis), elektrolosis (electrolysis), hidrolisis (hydrolysis), paralisis (paralysis).

25. -logy jadi -logi analogi (analogy), ekologi (ecology), sosiologi

(sociology), teknologi (technology).

26. -logue jadi -log analog (analogue), katalog (catalogue), epilog

(epilogue), monolog (monologue).

27. -ose jadi -osa dekstrosa (dextrose), fruktosa (fructose), glukosa (glucose).

28. -sion jadi -si, diskusi (discussion), -sion difusi (diffusion),

-syen profesion (profession) televisyen (television).

29. -tion jadi -si, aksi (action), -syen emosi (emotion),

infeksi (infection), konvensyen (convention),

konvokesyen convocation). 30. -ure jadi -ur prosedur (procedure),

struktur (structure). 31. -y jadi -i minoriti (minority),

majoriti (majority), monarki (monarchy), parti (party), royalti (royalty).

Senarai perkataan di atas hanya sebahagian kecil bentuk peristilahan yang telah ditetapkan oleh MABBIM. Istilah-istilah yang dipersetujui telah berjaya dibukukan oleh DBP, Malaysia, antaranya Perjawatan dan Jabatan (1960); Pentadbiran (1961); Ekonomi (1965); Pendidikan (1966); Geografi (1967); Biologi, Perhutanan, Pertanian, Fizik, Matematik dan Kimia (1968); Kejuruteraan (1970) dan lain-lain (Abdullah Hassan, 1993). DBP Negara Brunei Darussalam juga tidak ketinggalan dalam usaha

Page 25: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

184

ini. Menurut senarai buku terbitan DBP Brunei Darussalam, sehingga tahun 2006, telah diterbitkan sejumlah 111 buah buku istilah mengikut bidang-bidang tertentu, antaranya yang boleh dimanfaat bagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah Istilah Asas Sains Komputer, Istilah Ekonomi Industri, Istilah Kesusasteraan, Istilah Kimia Permakanan, Istilah Penternakan, Istilah Perbankan, Istilah Perhutanan, Istilah Perikanan, Istilah Perubatan, Istilah Sosiologi, Istilah Teknologi Maklumat dan lain-lain. Keperluan menguasai KP dalam kalangan pelajar Mahzan Arshad (2003) menekankan peri pentingnya tumpuan diberikan terhadap pedagogi BM di sekolah dan institusi tinggi. Pelajar-pelajar perlu didedahkan kepada tingkat kemahiran literasi bahasa yang tertinggi. Namun pendidikan formal sahaja masih belum mencukupi. Pihak-pihak yang berkenaan perlu berganding bahu supaya pendidikan literasi bahasa bukan sahaja disampaikan secara formal, bahkan juga secara informal dan nonformal (Ee Ah Meng, 1993). Ini kerana, bukan sahaja pelajar-pelajar kita yang tidak menguasai tingkat tertinggi literasi bahasa, bahkan kakitangan organisasi-organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kemahiran literasi berfungsi sangat penting bagi pembangunan masyarakat dan negara. Kecepatan dan kecanggihan teknologi maklumat menyebabkan kebudayaan asing serta percambahan bidang-bidang baru terus-menerus masuk ke dalam masyarakat tanpa menanti kesediaan kita. Perkembangan budaya terutamanya literasi BM merupakan aspek dominan bagi melahirkan manusia yang berkualiti yang menguasai pelbagai bidang di dalam kehidupan; menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan teknologi yang sesuai dengan perkembangan dan kehendak zaman (T.A. Ridwan, (2000). Hal ini bermakna, untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti mereka perlu didedahkan dengan BM moden, yang mampu mengungkap segenap bidang moden, di samping bidang tradisi yang sudah lama kita kuasai.

Di sekolah, untuk menguasai kemahiran berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis memerlukan upaya pelajar-pelajar menguasai sistem ejaan baku dan seragam

Page 26: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

185

(Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman, 2006). Apatah lagi pelajar-pelajar perlu menghasilkan karangan yang terdiri daripada pelbagai jenis, format dan bidang. Ada kalanya pelajar-pelajar perlu menulis karangan berkenaan kesihatan, sukan, ekonomi, isu-isu semasa, pelancongan dan banyak lagi (lihat sukatan pelajaran BM peringkat rendah hingga menengah). Penulisan yang pelbagai jenis ini sudah tentu memerlukan penguasaan pelajar tentang kepelbagaian istilah. Di sini letak pentingnya penguasaan KP dan kekayaan kosa kata pelajar (Pg. Haji Mahmud Bin Pg. Damit, ). Pengajaran bahasa berkait rapat dengan penguasaan perbendaharaan kata (Yahya Othman, 2005). Kekayaan kosa kata pelajar sudah tentu sangat membantu mereka untuk membincangkan pelbagai isu dan bidang. Setiap isu dan bidang yang dibicarakan sudah tentu memerlukan laras-laras yang berbeza (Abdullah Sukor Shaari, Nuraini Yusoff dan Mohd Isha Awang, 2003). Kekayaan kosa kata akan menambahkan minat dan keyakinan pelajar dalam proses pembelajaran.

Individu dalam masyarakat adalah aset bagi setiap negara. Namun untuk menjadi aset yang berkualiti dan berpotensi, individu perlu menguasai literasi bahasa, kemudian memanipulasinya lalu mengaplikasinya sesuai dengan peranan dan posisi mereka dalam masyarakat. Akhirnya, kita menjadi masyarakat yang berilmu, maju dan berbudaya. Kita perlu sedar bahawa bahasa ialah pancaran kebudayaan (Awang Sariyan, 2004). Perkembangan literasi bahasa perlu bagi perkembangan dan pembinaan tamadun bangsa. Dengan berbekalkan bahasa kita berbudi bahasa, berbudi pekerti dan berbudi bicara. Di samping agama Islam, BM merupakan tunggak kebudayaan orang-orang Brunei (Haji Hashim Haji Abd. Hamid, 1998:83). Hubungan perkembangan bahasa dan masyarakat melalui ilmu sosiolinguistik yang menumpukan perhatian terhadap wujudnya variasi bahasa dalam kalangan masyarakat seharusnya mendapat perhatian para ilmuan di negara kita. Kefahaman tentang wujudnya variasi bahasa ini boleh memperkaya kosa kata BM dan memperkukuh sistem BM itu sendiri. Penggunaan BM sebagai laras bahasa ilmu dan bidang-bidang kehidupan masih diragui oleh masyarakat kita sendiri (Salleh Buang, 2003).

Page 27: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

186

Masyarakat kita perlu bersedia menyelidiki variasi bahasa di negara ini. Dialek-dialek yang ada, kata-kata daerah yang tersebar luas dapat diangkat dan dijadikan istilah-istilah bagi bidang-bidang yang bersesuaian. Proses peminjaman bahasa asing juga perlu untuk memperkaya perbendaharaan kata, namun yang sebaik-baiknya, kita sepatutnya berusaha untuk mencari kata-kata lokal yang berpadanan maksudnya dengan kata-kata yang ingin dipinjam. Jika tidak ada kata-kata yang sesuai barulah kita meminjam kata-kata asing dengan syarat kata-kata itu mestilah akur dengan sistem ejaan dan sebutan BM. Rasional pengajaran KP Berdasarkan perbincangan di atas, berikut ini dirumuskan rasionalnya pengajaran KP di sekolah-sekolah perlu diusahakan: 1. KP digunakan oleh pelajar peringkat rendah dan menengah. 2. KP digunakan oleh guru ketika mengajar. 3. KP digunakan dalam buku-buku teks BM. 4. KP digunakan bagi komponen terjemahan BM di peringkat

menengah enam. 5. KP digunakan di institusi tinggi. 6. KP digunakan dalam buku hiburan. 7. KP digunakan dalam akhbar. 8. KP digunakan dalam buku akademik. 9. KP digunakan dalam borang-borang kerajaan dan swasta. 10. KP digunakan dalam media massa bertulis dan elektronok. Rumusan Risau dengan kedudukan BM dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam, Awang Mataim Bakar (2001:16) mencatatkan pernyataan ini: “Demi kepentingan pembangunan negara dan generasi akan datang, BM sebagai bahasa negara perlu diberi tempat dalam bidang pendidikan. Tuntutan ini perlu diambil kira setelah adanya dapatan terbaru mengenai hubungan bahasa pengantar pendidikan dengan perkembangan ekonomi negara.” Pada hemat penulis, selagi usaha perancang BM tidak dilaratkan ke peringkat sekolah, khususnya pengajaran KP bagi segenap bidang, selagi itulah usaha untuk memodenkan BM dan seterusnya menjadikannya sebagai bahasa ilmu moden akan menemui kebuntuan. Faktor latihan dan kebiasaan (Dato Paduka

Page 28: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

187

Haji Alidin, 2001) penggunaan BM moden sejak di peringkat pendidikan rendah perlu diusahakan.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (2001) untuk menjadi bahasa ilmu, BM perlu berperanan sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden. Untuk mencapai taraf bahasa ilmu, BM perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Namun, jika keintelektualan dan kesempurnaan bahasa ini tidak dikuasai oleh pelajar dan tidak digunakan di peringkat sekolah, usaha memodenkan BM akan menjadi sia-sia.

Awang Sariyan pernah menulis “Tidak ada kesangsian BM telah memasuki era moden. Yang penting kita tanyakan kini bukan kemampuan BM, tetapi kemampuan setiap orang daripada kita sebagai pendukungnya untuk mengungkapkan fikiran dan perasaan dalam BM yang berwibawa.” (1996:83) Kita sebagai bangsa Melayulah yang perlu menggunakannya. Bahagian Perancang bahasa (MABBIM) dan DBP telah melakukan tugas mereka, kini kitalah yang perlu memantapkan penggunaannya. Titik permulaan yang terbaik adalah sekolah. Kemudian, usaha itu perlu berlarutan ke peringkat luar sekolah. Setiap individu selaku anggota masyarakat perlu bersedia menerima bidang-bidang baru yang berpotensi untuk berkembang di dalam negara. Perkembangan bidang-bidang ini akan secara langsung memberikan kesan positif ke atas perkembangan literasi bahasa. Masyarakat perlu bersikap terbuka dan bersedia menerima proses-proses perkembangan literasi bahasa melalui peminjaman istilah, penyesuaian istilah bagi setiap bidang, penyerapan kata-kata daerah dan sebagainya. Dengan usaha seperti ini, kita sebagai masyarakat moden tidak akan kikuk untuk berbicara dan beraksi dalam bidang-bidang moden, seperti sains, teknologi, sistem maklumat, ekonomi, undang-undang, perubatan, perdagangan, pasaran saham dan sebagainya (Mahzan Arshad, 2003). Cadangan kajian lanjut Sebelum KP diserapkan atau diajarkan sebagai salah satu komponen dalam sukatan pelajaran BM di sekolah, beberapa kajian perlu dilaksanakan dari segi:

Page 29: KK11 ROZAIMAN MAKMUN

PROSIDING SETALING II

188

1. peringkat penyerapan: sesuaikah KP diajarkan di peringkat rendah?;

2. teknik pengajaran; 3. aktiviti yang sesuai dijalankan; 4. pendekatan dan kaedah pengajaran; 5. aspek-aspek KP yang perlu ditekankan; 6. konteks pengajaran dan pembelajaran yang sesuai; 7. bahan bacaan, buku rujukan dan buku teks; 8. alat bantu mengajar; 9. hubungan KP dengan kemahiran berbahasa yang lain; 10. kesediaan guru dan pelajar menerima komponen KP; dan

banyak lagi. Kajian yang mendalam berdasarkan kajian kualitatif dan kajian kuantitatif menggunakan sampel yang lebih besar perlu dijalankan sebelum KP diserapkan ke sekolah.

Usaha hendaklah dibuat untuk menjadikan BM sebagai bahasa ilmu yang lebih luas. Oleh itu perlu ada

keyakinan supaya BM dapat berfungsi lebih luas sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan. ... Membina

keyakinan adalah suatu perkara yang agak sukar tetapi jika ada kemahuan dan kesungguhan ia akan dapat

dilaksanakan. Saluran yang paling sesuai ialah melalui sistem pendidikan yang menggunakan BM sebagai

bahasa pengantar. (Dato Paduka Haji Alidin Haji Othman, 2001:23)