maklumbalas kepada perkara-perkara …marine21.marine.gov.my/appl/mkj/mesyuarat ketua... · dan...

16
MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN DAN BAHAGIAN JABATAN LAUT MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2012 PERENGGAN PERKARA TINDAKAN MAKLUMBALAS 1.2.1. Penguatkuasaan ISPS Di Terminal Kargo Pelabuhan Tok Bali Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat operasi tongkang/bot tunda yang membawa bijih besi bagi tujuan ekspot. Tongkang/bot tunda berkenaan menggunakan lesen yang dikeluarkan oleh pihak di Thailand dan perlu berdaftar di Pelabuhan Tok Bali sekiranya ia beroperasi di perairan Malaysia. Pengerusi mengesyorkan supaya penilaian dilakukan segera dan memasukkan sekali impak alam sekitar daripada operasi eksport bijih besi di dalam laporan penilaian tersebut. Pihak Jabatan Laut Wilayah Timur kemudian diminta untuk melaksanakan penguatkuasaan ISPS setelah permohonan diluluskan kelak. Jabatan Laut Wilayah Timur Penguatkuasaan ISPS di Pelabuhan Tok Bali telah dilaksanakan pada 2 Julai 2012 manakala Laporan Penilaian telah dikemukakan ke Unit ISPS, Bahagian Kawalan Industri IPL pada 6 Oktober 2012.

Upload: nguyenkhuong

Post on 12-Feb-2018

269 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

             

MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN DAN BAHAGIAN JABATAN LAUT MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2012

PERENGGAN PERKARA TINDAKAN MAKLUMBALAS

1.2.1.

Penguatkuasaan ISPS Di Terminal Kargo Pelabuhan Tok Bali Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat operasi

tongkang/bot tunda yang membawa bijih besi bagi

tujuan ekspot. Tongkang/bot tunda berkenaan

menggunakan lesen yang dikeluarkan oleh pihak di

Thailand dan perlu berdaftar di Pelabuhan Tok Bali

sekiranya ia beroperasi di perairan Malaysia.

Pengerusi mengesyorkan supaya penilaian dilakukan

segera dan memasukkan sekali impak alam sekitar

daripada operasi eksport bijih besi di dalam laporan

penilaian tersebut. Pihak Jabatan Laut Wilayah Timur

kemudian diminta untuk melaksanakan

penguatkuasaan ISPS setelah permohonan

diluluskan kelak.

Jabatan Laut Wilayah Timur

Penguatkuasaan ISPS di Pelabuhan Tok Bali telah dilaksanakan pada 2 Julai 2012 manakala Laporan Penilaian telah dikemukakan ke Unit ISPS, Bahagian Kawalan Industri IPL pada 6 Oktober 2012.

Page 2: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

1.2.2.

Jeti Sungai Pinang

Mesyuarat dimaklumkan mengenai Jeti Sungai

Pinang yang tidak digunakan dan hendak diserahkan

kepada pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

(LKIM).

Pengerusi kemudian meminta supaya perkara ini

disemak dengan Unit Pembangunan & Perancangan

Dasar mengenai status dan kajian yang telah

dilakukan serta penambahbaikan yang telah

dilaksanakan terhadap Jeti Sungai Pinang tersebut

bagi menentukan sama ada boleh atau tidak ianya

diserahkan kepada LKIM.

Unit Pembangunan & Perancangan Dasar

Pada 17 April 2012, Jabatan telah

kemukakan kepada Kementerian

memberi maklum balas tiada halangan

terhadap cadangan Menteri Sumber Asli

dan Alam Sekitar melalui

Memorandumnya (rujukan NRE (R) 601-

6/1/1-7bertarikh 4 April 2012) mengenai

pajakan keseluruhan tanah milik

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP),

HS(D) 29375, PT 4281, Pulau Pangkor,

Mukim Lumut, Daerah Manjung, Perak

seluas 2.023 hektar (4.998 ekar), tapak

jeti Sungai Pinang kepada LKIM untuk

tujuan jeti pendaratan ikan dan

perkhidmatan sokongan industri

perikanan.

Pada 7 Mei 2012, Kementerian

Pengangkutan Malaysia telah

menghantar surat kepada Ketua

Setiausaha Kementerian Sumber Asli

dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld.

Page 3: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

35 ( 2 ) menyatakan;

1. YB Menteri Pengangkutan telah

mengadakan perbincangan awal dengan

para nelayan di Pulau Pangkor dan para

nelayan tidak puas hati terhadap

cadangan penggunaan jeti Jabatan oleh

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

(LKIM)

2. pandangan Kementerian bahawa

LKIM wajar mengadakan perbincangan

lanjut dan menyeluruh dengan para

nelayan sebelum Memorandum ini

diangkat untuk pertimbangan Jemaah

Menteri.

3. Cadangan Kementerian agar Kertas

Memorandum Jemaah Menteri ini

ditangguh sehingga perbincangan lanjut

tersebut dijalankan.

Tiada penambahbaikan dirancang bagi

jeti ini kerana ia tidak digunakan

Page 4: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

4.1

Outcome Based Budgeting (OBB)

Mesyuarat telah mengambil maklum bahawa

tindakan telah pun diambil oleh Pengarah-Pengarah

Bahagian dalam melantik KPP yang menjadi focal

point dan seterusnya meminta supaya mereka

menyediakan KPI masing-masing.

Mesyuarat seterusnya dimaklumkan bahawa Bengkel

Outcome Based Budgeting (OBB) Jabatan Laut

Malaysia akan di adakan pada 5-7 Jun 2012.

Pengerusi kemudian meminta supaya semua

Semua Pengarah Bahagian, JLWilayah Sarawak dan JLW Sabah

sehingga kini. Walau bagaimanapun,

Unit Keselamatan Maritim telah selesai

menjalankan kerja ukur hidrografi di

lokasi ini pada bulan Julai 2012.

Pada 28 Ogos 2012, Jabatan telah memohon kerjasama JKR untuk menilai keadaan di lokasi ini untuk menyediakan anggaran kos dan jangkamasa cadangan pembinaan kargo ramp bagi ahan binaan berat. Pada 3 September 2012, JKR telah setuju untuk memberi kerjasama dan akan melawat tapak pada pertengahan bulan September 2012. JLWilayah Sarawak – Maklumbalas akan dibentangkan semasa mesyuarat kelak. JLWilayah Sabah - Tindakan pengemaskinian KPI sepertimana merujuk kepada perlaksanaan OBB sedang dilaksanakan.

Page 5: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

4.3

outcome-outcome daripada aktiviti jabatan yang

dilaksanakan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

diseragamkan.

Isu Tanah Yang Diberi Kepada JLW Sabah Di Bawah Rolling Plan 3, RMK 10 Mesyuarat dimaklumkan bahawa JLW Sabah telah

mengenal pasti tanah untuk dibangunkan bagi projek

ini. Carian maklumat di Jabatan Tanah dan Ukur

Kota Kinabalu serta Pejabat Pemungut Hasil Tanah

Kudat telah dilakukan secara rasmi namun pihak

Jabatan Tanah dan Ukur tidak dapat memberikan

maklumat yang dikehendaki.

Mesyuarat turut dimaklumkan oleh Pengarah Laut

Sabah bahawa Jabatan Laut mempunyai dua (2)

pilihan untuk membangunkan projek iaitu pilihan

pertama adalah membangunkan tanah berhampiran

Esplanade, di mana Majlis Perbandaran Kudat telah

memberikan kebenaran untuk membangunkan tanah

tersebut tetapi statusnya kekal menjadi hakmilik

majlis. Manakala pilihan kedua pula adalah Jabatan

akan mencari dan mengenalpasti tanah milik

Jabatan Laut Wilayah Sabah

Sehingga kini tiada sebarang maklum balas dikemukakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah ataupun Lembaga Perbandaran Kudat berhubung dengan tapak tanah berkenaan. Walaupun surat menyurat telah dimaklumkan. Pihak Jabatan berpendapat, bagi melaksanakan keperluan di bawah Rolling Plan 3, RMK 10, Proses perolehan secara pembelian akan dilaksanakan bagi memastikan keperluan pembinaan projek dapat dilaksanakan.

Page 6: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

4.5

persendirian dan kemudian membangunkan tanah

tersebut.

Pengerusi meminta supaya JLW Sabah mengambil

tindakan sususlan terhadap isu ini.

Penggunaan Sistem AIS Pada Bot-Bot Ikan Mesyuarat mengambil maklum akan tindakan

susulan yang telah diambil oleh Bahagian

Keselamatan Pelayaran. Pengerusi kemudian

meminta supaya keputusan penggunaan Sistem AIS

pada bot-bot ikan ini diperolehi dengan segera

kerana perkara ini adalah keputusan Majlis Maritim

Kebangsaan (Maritime Council). Seterusnya

Pengerusi mencadangkan supaya Transponder

Class B digunapakai oleh bot-bot nelayan sebagai

ujian untuk menilai kos operasi penggunaan Sistem

AIS ini.

Y.Bhg Dato’ Pengerusi juga meminta supaya

Bahagian Keselamatan Pelayaran mengadakan

perbincangan dengan Persatuan-Persatuan Nelayan

mengenai penggunaan Sistem AIS pada bot-bot

nelayan dan menjemput sekali nelayan-nelayan yang

dilanggar untuk turut serta dalam perbincangan

tersebut.

Bahagian Keselamatan Pelayaran

Perbincangan dengan Persatuan Nelayan bagi negeri Selangor dan Perak telah diadakan pada 18 Jun 2012. Hasil daripada perbincangan itu bahawa Ahli-Ahli Persatuan Nelayan belum bersedia secara sukarela untuk memasang AIS Kelas B. Jabatan Perikanan turut memaklumkan bahawa Jabatan itu mempunyai Sistem Pemantauan Vesel untuk mengesan bot nelayan Kelas C. Persatuan nelayan turut mencadangkan penerangan penggunaan AIS dipanjangkan kepada persatuan-persatuan di lain-lain kawasan.

Page 7: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

4.6

Mesyuarat kemudian dimaklumkan bahawa bot-bot

bunker yang kecil (<300GT) juga tidak mempunyai

sistem AIS. Pengerusi kemudian meminta supaya

Bahagian Kawalan Industri berbincang dengan

Penasihat Undang-Undang Jabatan tentang

bagaimana caranya untuk menguatkuasakan

penggunaan sistem AIS bagi kapal yang bersaiz

<300GT.

Laman Web Jabatan Laut Malaysia Mesyuarat mengambil maklum bahawa laman web

baru Jabatan Laut Malaysia yang telah dibentangkan

di dalam Mesyuarat JPICT Bil 1/2012 dan Bil 2/2012

sedang di dalam proses terjemahan kandungan

daripada Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris.

Y.Bhg Dato’ Pengerusi meminta supaya proses

terjemahan tersebut dilakukan dengan berhati-hati

dan semua terjemahan perlu ditapis terlebih dahulu

oleh Timbalan Ketua Pengarah Laut.

Bahagian Kawalan Industri Bahagian Khidmat Pengurusan

Perkara ini akan dimaklumkan oleh Pengarah Bahagian Kawalan Industri, IPL semasa mesyuarat nanti. Pihak Unit Teknologi Maklumat dan Kerajaan Elektronik, IPL telah melantik seorang Penterjemah portal untuk menguruskan penterjemahan ke dalam Bahasa Inggeris dan dijangka akan selesai pada akhir bulan September 2012.

Page 8: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

4.7

Pembentangan Kertas Kerja Penempatan Pegawai Di Bawah Program Penempatan Silang (Cross Fertilization) Mesyuarat mengambil maklum bahawa tawaran bagi

Program Penempatan Silang bagi pegawai-pegawai

Jabatan Laut Malaysia masih belum dibuka.

Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa pihak ILPPPL

sedang dalam proses perbincangan dengan syarikat-

syarikat kapal bagi mendapatkan tempat bagi

pegawai-pegawai yang layak menjalani Program

Penempatan Silang ini. Perbincangan ini adalah

untuk memastikan bahawa pegawai-pegawai jabatan

yang menjalani Program Penempatan Silang akan

mendapat faedah dari segi pengalaman dan juga

seatime.

Pengerusi seterusnya meminta supaya penempatan

bagi Program Penempatan Silang ini dibincangkan

dengan syarikat-syarikat yang besar seperti MISC,

AET dan Alam Maritim. Pengerusi kemudian

meminta pihak ILPPPL mengambil tindakan susulan

terhadap perkara ini.

ILPPPL

Berdasarkan maklum balas yang diterima, kebanyakan syarikat perkapalan tiada halangan untuk menempatkan pegawai-pegawai Jabatan di atas kapal mereka bagi tujuan mengumpulkan perkhidmatan laut. Oleh kerana pihak pengurusan mengkhususkan pelaksanaan program perkhidmatan silang ini kepada pegawai-pegawai Jabatan yang memerlukan perkhidmatan laut bagi memperolehi Perakuan Kekompetenan, adalah dicadangkan bahawa pegawai-pegawai yang berminat boleh berhubung terus dengan syarikat perkapalan yang berkaitan dan seterusnya memohon kepada Jabatan bagi menguruskan penempatan mereka melalui program penempatan silang tersebut.

Page 9: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

4.8

4.9

Maklumbalas Minit Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara Dengan Ketua-Ketua Agensi Persekutuan

Pengerusi memaklumkan bahawa Maklumbalas

Minit Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara Dengan

Ketua-ketua/Agensi Persekutuan hendaklah

dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat yang akan

datang.

Permohonan Pertukaran Pegawai dan Kakitangan Bukan Gunasama Jabatan Laut. Mesyuarat dimaklumkan mengenai seorang

Pembantu Laut Gred A17 yang berpindah dari

Wilayah Utara ke Wilayah Timur dan kemudian

gagal melaporkan diri selepas memohon

penangguhan sehingga 1 Mei 2012.

Pengerusi kemudian meminta supaya pertukaran

pegawai tersebut dibatalkan dan Jabatan Laut

Wilayah Utara diminta untuk mengesan di mana

pegawai tersebut berada.

Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Laut Wilayah Utara

Urusetia mesyuarat telah mengambil tindakan memasukkan Maklumbalas Minit Mesyuarat Ketua Setiausaha Negera Dengan Ketua-ketua Agensi Persekutuan pada Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan/Bahagian Bilangan 3 Tahun 2012. Pembantu Laut A17 berkenaan telah diluluskan penangguhan oleh pihak Jabatan Laut Wilayah Timur sehingga 30 Mei 2012. Penangguhan ini dibuat ekoran pegawai sedang menghadiri Kursus Persediaan Pegawai Awasan Dek Kurang 500 Tanan Kasar Pesisir Pantai di ILPPPL mulai 13.2.2012 hingga 20.4.2012. Selain itu juga pegawai perlu menyelesaikan urusan perpindahan yang lain sebelum bertukar ke Jabatan Laut Wilayah Timur. Surat rujukan : (2) JLWT 1/8/84 bertarikh 27 Februari 2012 adalah berkaitan.

Page 10: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

4.11

4.13

Pembentangan Kertas Kerja Permohonan Perjawatan Anggota Polis Bantuan Bagi Unit Polis Bantuan Jabatan Laut Malaysia Mesyuarat mengambil maklum mengenai status

terkini kertas kerja Perjawatan Polis Bantuan di mana

pihak Polis Klang Selatan telah pun menyemak serta

memberi komen terhadap struktur perjawatan yang

dicadangkan dan pihak ISPS kini sedang menunggu

maklumbalas daripada pihak Polis Cawangan

Selangor untuk perbincangan lanjut.

Laporan Pemeriksaan Jawatan Kader Jabatan Laut Pengerusi memaklumkan supaya pegawai kader

yang dihantar ke tempat yang tidak mempunyai bot

atau pegawai tidak ditugaskan untuk membawa bot,

ditarik balik dan mengesyorkan supaya satu sesi

perbincangan perlu diadakan dengan Pejabat

Pelajaran Daerah bagi menerangkan keperluan dan

justifikasi sebenar penempatan jawatan kader

Bahagian Kawalan Industri Bahagian Khidmat Pengurusan

Jabatan dimaklumkan bahawa kertas kerja Permohonan Kuasa Polis Bantuan Jabatan Laut Malaysia telah diterima daripada IPK Selangor dan sekarang di peringkat semakan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Bukit Aman Kuala Lumpur. Jabatan bercadang untuk mengumpulkan penyandang-penyandang jawatan kader termasuk Jabatan Pelajaran Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia di Semenanjung Malaysia (Fasa 1) untuk diberikan taklimat/penerangan mengenai hal-hal perkhidmatan pada bulan Oktober 2012 di ILPPPL. Manakala bagi Fasa 2

Page 11: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

5.1

tersebut. Pengerusi juga turut meminta supaya

pegawai-pegawai kader Jabatan dikumpulkan dan

diberi penerangan mengenai hal-hal berkaitan

perkhidmatan.

Seterusnya, Pengerusi mencadangkan supaya satu

naziran jawatan kader Jabatan Laut Malaysia

dilakukan supaya penempatan pegawai-pegawai

kader ini dapat disusun semula demi kemajuan

kerjaya mereka dan memberi faedah kepada jabatan

sendiri.

Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara Dan Ketua-Ketua / Agensi Persekutuan Bil 1 Tahun 2012

Mesyuarat mengambil maklum akan maklumbalas

yang telah diberikan. Pengerusi seterusnya meminta

supaya Bahagian Kawalan Industri mengemaskini

status kemajuan Focus Group Business Process

Re-engineering (FGBPR) jabatan kepada

mesyuarat. Pengerusi kemudian menyampaikan

peringatan bahawa FGBPR ini adalah di bawah

tanggungjawab Bahagian Kawalan Industri.

Bahagian Kawalan Industri

(Sarawak dan Sabah) akan ditentukan selepas Fasa 1 diberikan. Satu naziran telah dibuat oleh KPP (UPSM) dengan disertai oleh pihak Pusat Ko-kurikulum Pangkor, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, pegawai-pegawai dari Pejabat Laut Lumut dan Pangkor beserta dengan Pembantu-pembantu Laut (kader) pada 9 Julai 2012. Laporan naziran adalah seperti yang di Lampiran A. Jabatan dimaklumkan bahawa Business Licensing Elektronik Support System (BLESS) sedang dibangunkan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri dan dijangkakan akan siap pada penghujung bulan November 2012. Sebagai makluman, Bengkel URS (User Requirement Study) telah diadakan pada bulan Mac dan April 2012 anjuran ICU, JPM.

Page 12: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

6.0

7.0

Permohonan Pertukaran Pegawai dan Kakitangan Bukan Gunasama Jabatan Laut Mesyuarat dimaklumkan dengan permohonan-

permohonan dari pegawai dan kakitangan bukan

gunasama Jabatan Laut Malaysia.

Kursus-Kursus Dalam/ Luar Negeri Bagi Pegawai/ Kakitangan Jabatan Laut Malaysia Pengerusi seterusnya meminta supaya satu

peringatan diberikan kepada kakitangan Jabatan

Laut supaya menghantar buku log mereka kepada

Unit Pengurusan Sumber Manusia untuk tujuan

statistik dan rekod. Pengerusi juga mengingatkan

bahawa kepatuhan terhadap peraturan kursus

sekurang-kurangnya 7 hari bagi semua pegawai dan

kakitangan di bawah seliaan mereka adalah KPI bagi

semua Pengarah-Pengarah Bahagian dan Wilayah

Bahagian Khidmat Pengurusan Semua Pengarah Bahagian dan Wilayah

Pihak UPSM, IPL telah mengambil tindakan melaksanakan urusan pertukaran berdasarkan keputusan mesyuarat dan tarikh-tarikh pertukaran mengikut kesesuaian pegawai dan Ketua Jabatan masing-masing. IPL Peringatan telah dibuat melalui emel pada 9 Ogos 2012 kepada semua pegawai dan kakitangan supaya mengemukakan Buku Log Latihan ke UPSM bagi tujuan mengemaskini jumlah kursus yang dihadiri untuk dicatat ke dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan masing-masing dan statistik kursus. JLWSabah - Pihak Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah akan memastikan kehadiran berkursus dan menjalani latihan akan cukup minimum 7 hari dan pengisian Buku Log Latihan akan diselenggara dengan baik.

Page 13: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

9.1

Penubuhan Cawangan Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan Laut (ILPPPL) Di Kuala Baram, Miri, Sarawak.

Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan

kertas Cadangan Penubuhan Cawangan Institut

Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan

Laut (ILPPPL) Di Pusat Kecemasan Kuala Baram,

Miri, Sarawak.

Mesyuarat secara prinsipnya bersetuju dengan

cadangan penubuhan cawangan ILPPPL ini. Pihak

ILPPPL diminta untuk menyusul perkara ini sama

ada perkara ini perlu mendapat kelulusan Kabinet

atau kebenaran Ketua Setiausaha Kementerian.

Pengerusi kemudian mencadangkan supaya Pusat

Kecemasan tersebut dibersihkan dahulu dan bekalan

elektrik serta bekalan air disambungkan kembali.

Pengerusi seterusnya menyatakan bahawa

kemudahan ini perlu digunakan memandangkan

Kerajaan telah membelanjakan RM22 juta untuk

membina Pusat Kecemasan ini.

ILPPPL Jabatan Laut Wilayah Sarawak

Pihak Kemeterian Pengangkutan telah memaklumkan bahawa kelulusan penubuhan cawangan ILPPPL tidak diperlukan jika penubuhan tersebut tidak melibatkan permohonan perjawatan baru dan kemudahan aset baru. ILPPPL bersedia untuk menjalankan satu kursus kepada pegawai dan kakitangan Jabatan laut Sarawak dan Sabah pada tahun ini, jika pemulihan Pusat Kecemasan Kuala Baram telah selesai dan lengkap dilaksanakan oleh Jabatan Laut Sarawak. Kerja-kerja pembersihan telah dilaksakan mengikut perancangan. Bekalan air sememangnya bekalan tidak pernah diputus. Untuk urusan bekalan elektrik, permohonan telah dikemukakan kepada pihak SESCO dan kita masih menunggu pihak SESCO memasang meter-meter pada setiap bangunan yang ada di Pusat Kecemasan di Kuala Baram, Miri.

Page 14: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

9.2

10.3

Perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Melalui Sistem Green 5S.

Mesyuarat mengambil maklum mengenai

pembentangan Perlaksanaan Amalan Persekitaran

Berkualiti Melalui Sistem Green 5S oleh Bahagian

Khidmat Pengurusan.

Pengerusi seterusnya meminta supaya wakil

daripada Jabatan Laut Wilayah Sabah dan Jabatan

Laut Wilayah Sarawak dijemput untuk turut serta

menghadiri bengkel-bengkel yang dicadangkan.

Pengambilan Baru Pembantu Laut Mesyuarat dimaklumkan mengenai pengambilan

baru Pembantu Laut Gred A17 di mana kebanyakan

mereka tidak memiliki sijil kompetensi. Mesyuarat

turut dimaklumkan bahawa kebanyakan Pembantu

Laut terutamanya yang Merinyu Kapal yang

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Jabatan Laut Malaysia telah melancarkan Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Mellaui Pendekatan Green 5S pada 9 Julai 2012. Bengkel Green Belt 5S pula telah di adakan pada 16 – 18 Julai 2012 bertempat di ILPPPL di bawah kelolaan pihak SIRIM yang dilantik oleh Jabatan Laut. Jabatan bercadang untuk mengadakan Kursus Audit Dalaman pada 19 – 21 September yang akan dikendalikan oleh pihak SIRIM. Manakala Lawatan Sambil Belajar ke Lembaga Pelabuhan Kuantan ( yang telah memperolehi Sijil 5S) akan diadakan pada 27 September 2012. Pihak pengurusan Jabatan Laut telah bersetuju untuk mengambil kira seatime bagi kakitangan Jabatan yang mengambil Sijil Kompetensi buat pertama kali di kira dari tempoh perkhidmatannya.

Page 15: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur

menerima opsyen Pembantu Laut juga tidak memiliki

sijil kompentensi dan ini menjejaskan kemajuan

kerjaya mereka.

Pengerusi kemudian meminta supaya seatime bagi

kakitangan jabatan yang mengambil sijil kompetensi

buat pertama kali dikira daripada tempoh

perkhidmatannya.

Page 16: MAKLUMBALAS KEPADA PERKARA-PERKARA …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua... · dan Alam Sekitar rujukan KP/Y/368 Jld. 35 ( 2 ) menyatakan; 1. ... menjalankan kerja ukur