maklumat diri guru cemerlang sains

8
MAKLUMAT DIRI GURU CEMERLANG SAINS SK BANDAR ANGGERIK, SHAH ALAM Nama : Puan Rosanani binti Haji Alias Umur : 57 tahun Tarikh Lahir : 10 September 1958 Asal : Terengganu Nama Suami : Encik Yusoff bin Mohd Latar Belakang Pendidikan : 1. Sek. Men.Tengku Ampuan Intan, Kuala Brang, Terengganu 2. Sek. Men Padang Midin, Kuala Terengganu 3. Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur Perkhidmatan : 1. Sek. Keb. Perempuan Methodist, Kuantan 2. Sek. Keb. Bandar Anggerik, Shah Alam (sehingga sekarang) Pengalaman Manis : 1. Kejayaan murid cemerlang Sains dalam UPSR.

Upload: afida-ariffin

Post on 13-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

GC

TRANSCRIPT

MAKLUMAT DIRI GURU CEMERLANG SAINS

SK BANDAR ANGGERIK, SHAH ALAM

Nama : Puan Rosanani binti Haji Alias

Umur : 57 tahun

Tarikh Lahir : 10 September 1958

Asal : Terengganu

Nama Suami : Encik Yusoff bin Mohd

Latar Belakang Pendidikan :

1. Sek. Men.Tengku Ampuan Intan, Kuala Brang, Terengganu

2. Sek. Men Padang Midin, Kuala Terengganu

3. Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur

Perkhidmatan :

1. Sek. Keb. Perempuan Methodist, Kuantan

2. Sek. Keb. Bandar Anggerik, Shah Alam (sehingga sekarang)

Pengalaman Manis :

1. Kejayaan murid cemerlang Sains dalam UPSR.

2. Menghadiri kursus peringkat kebangsaan seluruh dunia di Pulau

Pinang pada tahun 2002.

Pengalaman Pahit :

1. Terpaksa berkorban untuk keluarga bagi merealisasikan tugas yang

diamanah.

TEMU BUAL BERSAMA GURU CEMERLANG SAINS,

PUAN ROSANANI BINTI HAJI ALIAS,

SK BANDAR ANGGERIK, SHAH ALAM

(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)

Guru : Assalamualaikum, puan. Saya dari Institut Pendidikan Guru Kampus

Bahasa Melayu. Bolehkah saya menemubual puan?

GC : Waalaikumsalam. Boleh.

Guru : Pertama sekali, boleh puan ceritakan latar belakang pendidikan puan dan

pengalaman mengajar puan?

GC : Saya belajar di S.M. Tengku Ampuan Intan, Kuala Brang, Terengganu dari

tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari tahun 1970 hingga tahun 1975.

Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke S.M. Padang Midin, Kuala

Terengganu dalam tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas pada tahun 1976 hingga

1977. Pada tahun 1978 hingga tahun 1980, saya melanjtkan pelajaran ke

Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur.

Guru : Bilakah puan dilantik sebagai guru cemerlang?

GC : Saya ditawarkan menjadi guru cemerlang pada 1 April 2002 dan sah dalam

jawatan guru cemerlang pada 1 April 2003.

Guru : Mengapakah puan memilih subjek Sains sebagai guru cemerlang?

GC : Saya memilih Sains kerana sehingga tingkatan 6 belajar dalam aliran Sains

dan saya berminat dengan subjek Sains.

Guru : Apakah pencapaian yang telah puan capai?

GC : Apabila dilantik sebagai guru cemerlang, saya selalu menghadiri mesyuarat

di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sebagai pembuat modul dalam

PdP dan membuat kajian tindakan bagi meningkatkan pencapaian Sains.

Saya juga dilantik sebagai pemeriksa kertas Sains UPSR sejak tahun 2007

hinggalah tahun 2014. Saya sering dijemput sebagai penceramah teknik

menjawab Sains negeri Pahang dan menghadiri mesyuarat untuk

peningkatan UPSR sejak tahun 2002 lagi. Saya juga pernah menghadiri

world conference di Pulau Pinang pada tahun 2003. Saya juga terlibat

sebagai penggubal modul Sains anak orang asli pada tahun 2002.

Guru : Begitu hebat pencapaian puan. Apakah pencapaian tertinggi yang telah

dicapai oleh puan?

GC : Pada tahun 2007, saya telah menghadiri Persidangan Guru Cemerlang

Peringkat Kebangsaan dan merupakan pembentang kertas kerja Sains.

Saya juga telah dipilih sebagai penggubal soalan Sains peringkat

kebangsaan sekolah harian anjuran FELDA.

Guru : Apakah pengalaman paling manis bagi puan sepanjang berkhidmat sebagai

seorang guru?

GC : Pencapaian paling manis apabila murid mencapai kejayaan cemerlang

Sains dalam UPSR.

Guru : Bagaimana dengan kenangan pahit pula?

GC : Setiap kejayaan atau memenuhi tugas seorang pendidik sudah tentu perlu

pengorbanan. Terpaksa berkorban untuk keluarga bagi merealisasikan

tugas yang diamanah. Terpaksa berkorban untuk mengejar cita-cita demi

untuk kejayaan anak berjaya. Apa yang penting anak perlu berjaya.

Alhamdulillah, seorang ibu yang hanya peroleh kemahiran dan pengalaman

sahaja tanpa ijazah demi kejayaan anak. Itulah perit menjadi guru cemerlang

berkorban untuk orang lain tetapi hati rasa puas.

Guru : Bagaimana dengan keluarga puan? Ceritakan serba sedikit kejayaan anak-

anak.

GC : Syukur alhamdulillah. Anak-anak semuanya berjaya. Mereka memperoleh

pekerjaan yang baik dan berjaya dalam hidup masing-masing.

Guru : Apakah harapan masa depan?

GC : Saya berharap agar kita dapat melahirkan generasi yang berilmu, beramal

dan berakhlak mulia.

Guru : Bilakah puan dilantik sebagai SISC oleh KPM?

GC : Pihak Kementerian Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru telah memilih

saya untuk dilantik sebagai SISC peringkat negeri Selangor bagi memantau

PdP dalam Sains bagi sekolah pendidikan khas Selangor dari tahun 2011

hingga tahun 2013.

Guru : Baiklah, puan. Sampai di sini dulu temu bual kita pada hari ini. Saya

ucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang puan berikan.

GC : Sama-sama.

Laporan Temu Bual Bersama Guru Cemerlang

Puan Rosanani binti Haji Alias merupakan seorang guru cemerlang dari SK Bandar

Anggerik, Shah Alam. Beliau dilahirkan pada tahun 1958 dan kini berusia 57 tahun.

Beliau mendapat pendidikan dari S.M. Tengku Ampuan Intan, Kuala

Brang,Terengganu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari tahun 1970 hingga

tahun 1975. Kemudian beliau menyambung pelajaran ke S.M. Padang Midin, Kuala

Terengganu dalam tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas pada tahun 1976 hingga 1977.

Pada tahun 1978 hingga tahun 1980, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab

Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur.

Puan Rosanani ditawarkan menjadi guru cemerlang pada 1 April 2002 dan

sah dalam jawatan guru cemerlang pada 1 April 2003. Beliau memilih subjek Sains

sebagai guru cemerlang kerana sehingga tingkatan 6 beliau belajar dalam aliran

Sains dan minat yang mendalam dengan subjek Sains.

Setelah dilantik sebagai guru cemerlang, beliau selalu menghadiri mesyuarat

di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sebagai pembuat modul dalam

pengajaran dan pembelajaran dan membuat kajian tindakan bagi meningkatkan

pencapaian Sains. Beliau juga dilantik sebagai pemeriksa kertas Sains UPSR sejak

tahun 2007 hinggalah tahun 2014. Malah, beliau sering dijemput sebagai

penceramah teknik menjawab Sains negeri Pahang dan sering menghadiri

mesyuarat untuk peningkatan UPSR sejak tahun 2002 lagi. Pada tahun 2002 juga,

beliau terlibat sebagai penggubal modul Sains anak orang asli.

Beliau pernah menghadiri world conference di Pulau Pinang pada tahun

2003. Pada tahun 2007, beliau telah menghadiri Persidangan Guru Cemerlang

Peringkat Kebangsaan dan merupakan pembentang kertas kerja Sains. Beliau juga

telah dipilih sebagai penggubal soalan Sains peringkat kebangsaan sekolah harian

anjuran FELDA.

Menurut beliau lagi, pihak Kementerian Pendidikan, Bahagian Pendidikan

Guru telah memilih beliau untuk dilantik sebagai SISC peringkat negeri Selangor

bagi memantau pengajaran dan pembelajaran dalam Sains bagi sekolah pendidikan

khas Selangor dari tahun 2011 hingga tahun 2013.

Sebagai guru, sudah pastinya ada perkara pahit dan manis yang pernah

dialami oleh Puan Rosanani. Pengalaman paling manis baginya ialah apabila murid

mencapai kejayaan cemerlang Sains dalam UPSR.

Menurut Puan Rosanani sebagai guru sudah pasti ada juga pengalaman pahit

yang terpaksa ditempuhinya. Setiap kejayaan atau memenuhi tugas seorang

pendidik sudah tentu perlukan pengorbanan. Beliau terpaksa berkorban untuk

keluarga bagi merealisasikan tugas yang diamanah. Terpaksa berkorban untuk

mengejar cita-cita demi untuk kejayaan, agar anak-anak didik berjaya dengan

cemerlang. Apa yang penting anak-anak didiknya perlu berjaya. Sebagai seorang

guru yang hanya peroleh kemahiran dan pengalaman sahaja tanpa ijazah demi

kejayaan anak-anak didik. Walaupun begitu beliau bersyukur. Perit menjadi guru

cemerlang yang terpaksa berkorban untuk orang lain tetapi hati berasa puas.

Beliau juga bersyukur kerana pengorbanan yang dilakukan dibalas dengan

kebaikan. Anak-anaknya semuanya berjaya. Mereka memperoleh pekerjaan yang

baik dan berjaya dalam hidup masing-masing.

Puan Rosanani berharap agar kita sebagai pendidik dapat melahirkan

generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.