maklumat akkp osha

Upload: che-azmi

Post on 06-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Maklumat AKKP osha

    1/3

    1 / 3

    AKKP DAN ANDA

    AKKP

    AKKP merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994atau dikenali sebagai OSHA (Occupational Safety and Health), 1994.

    Tujuan AKKP

    Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orangyang sedang bekerja.

    Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang-orang yang sedang bekerja)

    Untuk mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaiandengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja.

    Untuk mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas kepadaperaturan-peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukanAkta

    Falsafah/Konsep AKKP

    Tangungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempatkerja terletak di atas mereka yang bekerja dengan bahayatersebut (pekerja) dan mereka yang mewujudkan bahayatersebut (majikan)

    Konsep SETAKAT YANG PRAKTIK Teruknya bahaya atau risiko terlibat Pengetahuan mengenai hazad, risiko dan cara mengawalnya. Kewujudan dan kesesuaian kaedah pengawalan Kos yang terlibat bagi mengawal bahaya atau risiko tersebut

    Prinsip AKKP

    Peraturan Kendiri atau Pengurusan Tempat Kerja Sendiri(SelfRegulation)

    Kerjasama Pekerja (Cooperation) dan, Perundingan (Consultation)

  • 8/2/2019 Maklumat AKKP osha

    2/3

    2 / 3

    Bagaimana Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994Melibatkan Anda Sebagai:

    Majikan Pekerja Perekabentuk/Perumus/ Pembuat/ Pembekal/ Pengimport

    ANDA SEBAGAI MAJIKAN

    Akta menghendaki anda,

    Untuk menyedia dan menyenggara loji dan sistem kerja yang selamatdan tanpa risiko kepada kesihatan

    Untuk menyusun langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dankesihatan dalam penggunaan atau pengendalian, penyimpanan danpengangkutan loji dan bahan

    Untuk menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagimemastikan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa bekerja

    Untuk menyenggara tempat kerja supaya selamat dan tanpa risikokepada kesihatan, termasuk cara masuk dan keluar darinya

    Untuk menyedia dan menyenggara persekitaran kerja yang selamatdan tanpa risiko kepada kesihatan, dengan kemudahan yangmencukupi bagi kebajikan pekerja.

    Penalti kerana gagal mematuhinya ialah:DENDA RM 50,000 atau DUA TAHUN PENJARA atau KEDUA-DUANYASEKALI

    ANDA SEBAGAI PEKERJA

    Akta menghendaki anda,

    Untuk memberi perhatian yang munasabah semasa bekerja bagikeselamatan dan kesihatan diri dan orang lain

    Untuk bekerjasama dengan majikan atau orang lain dalammenunaikan apa-apa kewajipan di bawah Akta atau Peraturan-peraturannya

    Untuk memakai atau menggunakan apa-apa kelengkapan ataupakaian perlindungan diri yang disediakan

    Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah keselamatan dankesihatan yang dikehendaki oleh Akta atau Peraturan-peraturannya

    Penalti kerana gagal mematuhinya ialah:DENDA RM 1,000 atau TIGA BULAN PENJARA atau KEDUA-DUANYASEKALI

  • 8/2/2019 Maklumat AKKP osha

    3/3

    3 / 3

    ANDA SEBAGAI PEREKABENTUK/PERUMUS/PEMBUAT/PEMBEKAL/PENGIMPORT

    Akta menghendaki anda,

    Untuk memastikan loji atau bahan adalah selamat dan tanpa risikokepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya

    Untuk menjalan atau mengaturkan supaya dijalankan ujian ataupemeriksaan yang perlu ke atas loji atau bahan

    Untuk menyediakan maklumat mengenai kegunaan loji atau bahantersebut supaya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabiladigunakan

    Perekabentuk atau pengilang loji, dan pengilang atau pembekal bahanuntuk kegunaan semasa bekerja hendaklah menjalankan ataumengaturkan penyelidikan yang perlu untuk menghapus ataumengurangkan apa-apa risiko terhadap keselamatan atau kesihatanyang mungkin ditimbulkan oleh loji atau bahan itu

    Pembina atau pemasang loji hendaklah mempastikan loji dibina dandipasang supaya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabiladigunakan oleh pekerja

    Penalti kerana gagal mematuhinya ialah:DENDA RM 20,000 atau DUA TAHUN PENJARA atau KEDUA-DUANYASEKALI

    Peruntukan-peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan1994 adalah:

    i. berasaskan kepada pendekatan PENGATURAN KENDIRI.ii. tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

    terletak pada mereka yang mewujudkan risiko dan bekerja denganrisiko tersebut.

    Konsep pengaturan kendiri ini menggalakkan:i. perundinganii. kerjasamaiii. penglibatan pekerja-pekerja dan majikan

    dalam usaha-usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di

    tempat kerja.