osha 94 - seminar

67
Prepared and Presented by: Major K. Subramaniam (Rtd), B Sc (Sec. Mgt), MBA Jan 2015 OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH PRESENTATION

Upload: supervehl7468

Post on 20-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Responsibilities of Security Personnel in the safety and health domain.

TRANSCRIPT

Slide 1

Prepared and Presented by: Major K. Subramaniam (Rtd), B Sc (Sec. Mgt), MBAJan 2015

OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTHPRESENTATION

PROFIL FASILITATOR

PERSEMBAHAN DUA JAM INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEWUJUDKAN KESEDARAN DALAM KEPENTINGAN OSHA ATAU AKKP 1994 BAGI ANGGOTA-ANGGOTA KESELAMATAN

ANDA MUNGKIN TERTANAYA TANYA MENGAPA TUAN-TUAN PERLU MENGETAHUI MENGENAI PERKARA-PERKARA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN. OSHA 1994 ATAU AKKP 1994!

PADA UMUMNYA, DALAM APA JUA ORGANISASI, FUNGSI TERAS PEGAWAI KESELAMATAN/PERLINDUNGAN ADALAH UNTUK MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN KITARAN PERLINDUNGAN/KESELAMATAN:

UNTUK MENCEGAH SEMUA HAZAD MUNGKIN DARI MENJADI ANCAMAN;

UNTUK MITIGASI IMPAK ANCAMAN DENGAN MENGURANGKAN KEBARANGKALIAN DAN POTENSI AKIBATNYA ;

JUGA BERTINDAK SECARA BERKESAN DAN MENEPATI MASA AGAR DAPAT MENGELAKKAN SEMUA JENIS KEJADIAN RUGI UNTUK MENGAWAL KEADAAN.

HAZAD DI TANDAS

PERANAN PEGAWAI KESELAMATAN DALAM HAL AKKP

PEGAWAI PERLINDUNGAN/KESELAMATAN ADALAH DIBERI LATIHAN UNTUK MELAKUKAN DAN MENGENALPASTI POTENSI BAHAYA DI TEMPAT KERJA. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERLINDUNGAN ADALAH UNTUK MELAPORKAN DAN MEMBETULKAN PERBUATAN TIDAK SELAMAT, KEADAAN YANG TIDAK SELAMAT, DAN POTENSI BAHAYA KETIKA MENJALANI RONDAAN RUTIN DI TEMPAT KERJA. PEGAWAI PERLINDUNGAN/KESELAMATAN YANG MEMERHATIKAN SEBARANG PELANGGARAN KESELAMATAN OLEH PEKERJA HARUS BERTINDAK SEPERTI BERIKUT:

MEREKODKAN NAMA PEKERJA.

HUBUNGI PENYELIA PEKERJA TERSEBUT DAN MEMBERI TAHU KEPADANYA MENGENAI PELANGGARAN UNDANG-UNDANG AKKP.

PEGAWAI PERLINDUNGAN YANG MEMERHATIKAN KEADAAN YANG TIDAK SELAMAT, ATAU MERBAHAYA PATUT BERTINDAK SEPERTI BERIKUT:

MEMBETULKAN KEADAAN YANG MERBAHAYA ATAU MELAPORKAN KEPADA PIHAK YANG BOLEH MEMBETULKANNYA.

JIKA TINDAKAN PEMBETULAN SEGERA TIDAK MUNGKIN DIAMBIL, TANDAKAN KAWASAN/TEMPAT YANG MERBAHAYA TERSEBUT.

DOKUMENTASIKAN TINDAKAN YANG DIAMBIL KEATAS KEADAAN YANG HAZAD ATAU MERBAHAYA DAN MAJUKAN LAPORAN UNTUK TINDAKAN SEWAJARNYA.

MALANGNYA FAKTOR PALING BAHAYA ATAU RISIKO BERKAITAN KESIHATAN BUKAN MUDAH UNTUK DIKENALPASTI. MAKA PEGAWAI KESELATAN MESTI TUMPUKAN PERHATIANNYA TERHADAP SIMPTOM-SIMPTOM KEADAAN HAZAD DAN MELAPORKANNYA UNTUK SIASATAN AWAL.

KEADAAN HAZAD ATAU MERBAHAYA LAZIM TERDAPAT DI TEMPAT KERJA

PEGAWAI PERLINDUNGAN/KESELAMATAN PERLU AMBIL TAHU SESETENGAH HAZAD ATAU KEADAAN MERBAHAYA YANG KERAP WUJUD:

1. HAZAD TERHADAP PERLINDUNGAN KEBAKARAN.2. HAZAD TERHADAP HOUSEKEEPING / PENGEMASAN TEMPAT KERKA.3. HAZAD TERHADAP PINTU KECEMASAN KEBAKARAN.4. HAZAD TERHADAP KESELAMATAN KENDERAAN DAN FLEET. 5. HAZAD TERHADAP PERALATAN PERLINDUNGAN (PPE) PERIBADI.6. HAZAD TERHADAP PENYELENGARAAN JENTERA-JENTERA/PERALATAN.7. HAZAD-HAZAD YANG LAIN SEPERTI: - BEKALAN PERTOLONGAN CEMAS TIDAK DISIMPAN SECARA WAJAR. - LALUAN KECEMASAN TIDAK DITANDAKAN SECARA BAIK DAN SECUKUPNYA. - BARANG-BARANG BERBAHAYA TIDAK DILABEL DENGAN WAJARNYA.

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994(AKKP 1994)

Video Clip OSHA History

Tujuan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Skop Akta

Ciri-ciri Penting Akta

Gagal Mematuhi Undang-undang

TUJUAN POLISI KESIHATAN & KESELAMATAN ADALAH UNTUK MENGURANGKAN RISIKO DAN MENGELAKKAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA.

Polisi bagi Menggunakan Peralatan Perlindungan PeribadiContoh Kenyataan Polisi:PPE YANG DISEDIAKAN HENDAKLAH DIGUNAKAN DAN DISIMPAN DALAM SYARAT-SYARAT SANITARIVideo Clip: PPE

Gagal Mematuhi Undang-undang

AKTA JENTERA & KILANG 1967

Peraturan-peraturan AKJ 1967 Dandang Stim dan Pengandung Tekanan Tak Berapi. Lif Barangan dan Pengangkutan Elektrik. Pemagaran (alat mengawal) Jentera dan Keselamatan. Orang Bertanggungjawab. Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan. Pentadbiran di tempat kerja. Peperiksaan-Sijil Kelayakan. Pemberitahuan, Sijil Kelayakan dan Pemeriksaan. Pengkompaunan Kesalahan. Kesalahan-kesalahan yang Boleh Dikompaunkan. Plumbum/Lead. Proses Asbestos. Operasi Bangunan dan Kerja-kerja Pembinaan Kejuruteraan. Pendedahan pada Bunyi. Habuk Logam/Mineral.

KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA TAHUN 2014

APAKAH ITU KECEMASAN?

Kecemasan - keadaan / kejadian yang berpotensi mengancam nyawa, memusnahkan hartabenda biasanya berlaku tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Tindakan respon serta-merta adalah penting.Kecerdasan bertindak balas boleh bermakna perbezaan antara hidup dan mati atau antara kerosakan kecil dan kerosakan besar

Video Clip: Common Hazards

JENIS-JENIS KECEMASAN

Gempa BumiTsunamiTaufanGangguan bekalan letrik / utilitiInsiden KebakaranInsiden kebocoran Kimia Insiden-insiden keselamatanKeganasan

Contoh: Bencana Alam

Contoh: Perbuatan Manusia

TANGGUNGJAWAB-TANGGUNGJAWAB ORGANISASI PENGURUSAN KECEMASAN

Persediaan Kecemasan-Elemen Penting Dalam Perancangan Persediaan Kecemasan: Kenal pasti bahaya dan menilai risiko. Menilai keupayaan dan sumber-sumber yg diperlukan. Membangunkan pelan kecemasan dan prosedur. Mengintegrasikan rancangan itu dengan pelan masyarakat (jika perlu). Perhubungan awam yang efektif. Menjalankan Latihan secara konsisten. Membangunkan Perancangan Prosedur Odit.

Peranan & Tanggungjawab Tim Respon KecemasanMenentukan skop dan kesan kejadian: Mengutamakan tindakan kecemasan, spt. pengungsian dll.Mengatur dan menyelaraskan sumber dan peralatanMenyampaikan maklumat kritikal dan arahanMemantau dan menilai semula keadaan Berhubung dan menyelaras dengan agensi-agensi luaranLaksana dan memantau operasi pemulihan

Emergency Response Team

Medical Team

Muster Coordinators

On-SceneCommander (OSC)

ProcessControl TeamKomander Di tempat kejadian dapat menyelaras semua aktiviti di tapak.......... Melalui orang-orang penting/pakar yang mengetuai pasukan-pasukan khusus

Asset -ProtectionOrganisasi Kecemasan di Tapak (Korporat)

Pasukan-pasukan Pengurusan Kecemasan di TapakPelan Kecemasan sekurang-kurangnya terdiri daripada 14 orang anggota untuk menangani insiden Kecemasan. Pasukan-pasukan terlibat adalah :

Pasukan Petugas KecemasanPasukan Perlindungan/keselamatan - TambahanPasukan PerubatanPasukan KomunikasiPasukan KeselamatanPasukan Roll Call Pasukan Mencari & MenyelamatPasukan Pemulihan

Nota: Ahli-ahli ERT terdiri daripada anggota-anggota pasukan tersebut.

TINDAKAN RESPON KECEMASANPERINGKAT KORPORAT DAN AJENSI-AJENSI LUARAN

Video Clip ERT QU / MISC

ERT Squad

Pasukan/Tim Tindakan Kecemasan (ERT Korporat) Pasukan/Tim Tindakan Kecemasan (ERT) adalah satu pasukan khas yang bertindak serta-merta keatas kecemasan am dan setempat untuk memudahkan pemindahan/pengungsian dan keselamatan personel.

Pasukan ERT menghentikan perkhidmatan bangunan, dan kemudahan awam/utiliti seperti yang diperlukan dalam kecemasan.

Pasukan ERT bekerja dengan pihak berkuasa awam untuk melindungi dan menyelamat harta syarikat.

Pasukan ERT menilai aspek keselamatan sebelum memberi kebenaran masuk semula kakitangan.

Ahli Tim Respon Kecemasan - Apakah yang perlu dia tahu?Beliau juga merupakan sebahagian daripada pasukan kecemasan di tapak sebagai ahli berguna tambahan.Dia harus mempunyai komitmen terhadap keselamatan orang, harta & persekitaran.Dia harus membiasakan diri dengan Prosedur Pelan Kecemasan di tapak.

Ahli Tim Kecemasan - Peranan & TanggungjawabApabila Siren kecemasan dibunyikan: -Langkah pertama adalah untuk menyemak kerja sendiri sama ada dia boleh berhenti dan meninggalkan tempat itu atau tidak.Memahami pengumuman Keadaan Kecemasan.Tahu arah angin dan memulakan pemindahan/pengunsian kecemasan bagi orang bawahan dan pekerja lain termasuk pekerja kontrak . Mengarahkan mereka ke tempat Perhimpunan selamat yang berdekatan.Beliau harus berwaspada dalam keadaan kecemasan dan memaklumkan kehadirannya kepada Bilik Kawalan keselamatan / Ketua Syif.Sebelum ia beredar dari tempat kerjanya, perlu memeriksa seluruh kawasan bagi mana-mana pekerja yang lain.Selepas pemindahan/pengungsian, ia secara langsung hendaklah melaporkan diri kepada Ketua ERT untuk arahan seterusnya.

(samb).Beliau juga perlu sedia menyedari mengenai:

Pusat Kawalan Kecemasan & Pusat AlternatifSistem penggera kebakaran dan Peti Suis Utama Tempat Perhimpunan & Petunjuk Angin (jika ada) Sistem Pili Bomba dan Alat Pemadam Api Kecil Sistem Pengumuman Umum & Sistem IntercomProsedur Pemindahan/pengungsian KecemasanKetersediaan Peralatan Kebakaran & KeselamatanSiapakah Ahli Pertolongan Cemas dan di mana letaknya Kotak Pertolongan Cemas yang berdekatan kawasan kerja beliau?Nombor-nombor Kecemasan

SAMPEL PROSEDUR TINDAKAN KECEMASAN KEBAKARAN

MENGESANMENYIASATMEMAKLUMKANTINDAKAN - KEBAKARAN DALAMANTINDAKAN - KEBAKARAN LUARANMEMULIHKANMENGUMUKAN

Video Clips: Exit Route

MENGESANAktifkan penggeraBau asapLaporan lisanMelihat secara visualMENYIASAT

Menentukan lokasi / saiz api dan berapa cepat ia boleh merebak. Dua orang kakitangan yang ditetapkan perlu membawa walkie-talkie dan menyiasat kawasan dalaman yang syaki terbakar. Jangan menjalani siasatan seorang sahaja. Teruskan ke tingkat kejadian dilaporkan melalui tangga Semak sama ada sebarang langkah/tindakan respon telah pun di ambil atau tidak. (spt. pemadam digunakan, pengungsian dimulakan, dan lain-lain.)

MAKLUMKAN

Hubungi 999 untuk memberitahu mengenai kecemasan.Sertakan nama bangunan dan alamat jalan.Terangkan lokasi dan keterukan kebakaran.Laporkan status kecederaanBeri nama dan nombor telefon untuk di hubungi. Pengurus Fasiliti akan membuat pengumuman awal kepada semua penghuni dengan kadar segera mengenai kejadian. Langkah-langkah kawalan yang sedang diambil. Apakah tindakan perlu dilakukan oleh penghuni-penghuni Maklumakan kepada unit keselamatan. Maklumkan kepada pihak-pihak yang lain seperti jiran-jiran bersebelahan.

TINDAKAN RESPONS KAKITANGAN - KEBAKARAN DALAMAN

Pengurus Fasiliti menguruskan perlindungan sementara mengikut prosedur di dalam bangunan jika diperlukan.Kakitangan/penghuni bangunan dan pihak keselamatan perlu mengawal masuk dan keluar berhampiran tempat kejadian.Staf membantu teknikal, selepas bincang dengan kakitangan kecemasan, menutup atau menyesuaikan sistem HVAC sebagaimana yang sesuai.Kakitangan bangunan dan keselamatan mewujudkan zon keselamatan 300 kaki di sekitar kebakaran.Pihak keselamatan mengawal dan menasihat semua yang berkenaan mengenai penggunaan radio untuk komunikasi penting dan kritikal sahaja.

TINDAKAN RESPONS KAKITANGAN - KEBAKARAN LUARAN

Pengurus Fasiliti melaksanakan aktiviti pengungsian mengikut prosedur yang ditetapkanStaf membantu teknikal membantu tim respons kecemasan dan menyediakan : - maklumat kejadian - rajah bangunan - kunci kunci utama - perkara-perkara lain seperti yang diminta3. Staf membantu teknikal menutup sistem HVACKakitangan/Penghuni bangunan melaporkan kecederaan; menyediakan pertolongan cemas jika diperlukanStaf membantu teknikal padamkan suis penggera dan menutup injap kawalan pemercik hanya selepas menerima arahan daripada kakitangan Jabatan Bomba6. Pihak keselamatan mengawal dan menasihat semua yang berkenaan mengenai penggunaan radio untuk komunikasi penting dan kritikal sahaja.

MEMULIHKANMengasingkan kawasan yang terjejas dan mengawal akses. Mengambil gambar kerosakan.Hubungi khusus konraktor-kontraktor untuk membaiki kerosakan (pengesan asap, elektrik, air, kaca, dan lain-lain)Memulih dan menetapkan semula sistem-sistem bangunan - Cth: Reset pam kebakaran, penggera, dan sistem kebakaran yang lain) - Gantikan Kampala pemercik yang rosak) - Membuka Injap kawalan pemercik) - Merawat alat pemadam api)5. Meluluskan perkhidmatan lif dan peralatan kritikal yang lain.Mengaktifkan pelan kesinambungan jika diperlukan.Sediakan laporan kejadian menggunakan format ditetapkan.8. Menyediakan perkhidmatan kaunseling jika diperlukan

MENGUMUMKAN

Apabila keadaan bangunan terkawal dan selamat, memberitahu kepada semua ketua unit, kakitangan dan penghuni bangunan agar tindakan pemulihan dapat diteruskan untuk kembali ke keadaan asal.

KORDINASI DENGAN AJENSI-AJENSI PERKHIDMATAN KECEMASAN

MELAPOR KECEMASAN DI TEMPAT KERJA KEPADA PERINGKAT YANG TINGGI (LUARAN)Kakitangan mesti tahu bagaimana untuk melaporkan kecemasan

MERS "999" adalah kaedah yang lazim digunakan untuk melaporkan kecemasan jika agensi tindak balas kecemasan luar terlibat.

ALIRAN PANGGILAN KECEMASAN 999

PUSAT-PUSAT RESPONS 999 SERANTAU

Selamat Berjumpa Lagi

Terima Kasih