maklumat

Upload: lydia-jia

Post on 08-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

Wednesday, July 1, 2009DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANApa dia pengajaran?Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.Apakah ciri-ciri Pengajaran? guru dan murid, guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar, hanya bermakna apabila ada pembelajaran, melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman, melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol, ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian, boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber, meliputi rancangan mengajar (KOPI), proses yang melibatkan interaksi dua hala, ada unsur sains dan seni.Apa dia pembelajaran?Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970)dalamThe Condition of Learning, pembelajaranmerupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.Mengikut Woolfolk (1980) dalamEducational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorangdengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.Pembelajaran : Satu proses yang berterusan, Secara formal dan tak formal, Secara formal melalui sekolah membaca, menulis& mengira dsb., Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, mediamassa, persekitaran. Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran, Empat mazhab pembelajaran utama behavioris, kognitif, sosial dan humanis.Posted bysarinaat8:35 PMhttp://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-dan-pembelajaran.html

TUESDAY, OCTOBER 16, 2012konsep pengajaran dan pembelajaran

KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum.

Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluankeperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar.

Pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk meyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah (Arbak 1985).

Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sains iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka.

Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar.

Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.

Secara ringkasnya pengajaran ialah(a) menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat(b) menghormati kanak-kanak dan remaja(c) berkongsi pengetahuan(d) membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang(e) menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid(f) menghadapi cabaran diri dan profesional(g) menyalurkan budaya dan nilai nasional

KONSEP PEMBELAJARAN

Apa pula yang dimaksudkan dengan konsep pembelajaran? Mari kita lihat definisi pembelajaran.

Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman.

Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang. Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar.

Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku.

Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985).

Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang.

Ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pembelajaran. Ahli teoris behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Pendukung teori kognitif pula menekankan tentang proses mental yang terlibat semasa pembelajaran berlaku tetapi tidak dapat diperhatikan.

Posted byHerney Aqilahat1:05 PMhttp://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/konsep-pengajaran-dan-pembelajaran.html

Pengertian PengajaranPengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk pelajar bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses pembelajaranCiri-ciri pengajaranPengajaran melibatkan kegiatan tertentu: MerancangMenentukan objektif pengajaran dan pembelajaranMemilih strategi pengajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranMenilai dalam satu-satu pengajaranPembelajaranPembelajaran diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman atau latihanPerkaitan antara pengajaran dan pembelajaran yang diteguhkanPengajaran yang berkesan berlaku jika pelajar menguasai dengan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guruKonsep PengajaranPengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuanPengajaran berkesan------ Merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajarPengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan maknaPengajaran merupakan aktiviti intelekIa melibatkan pemikiran,perasaan, dan penilaianPengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku dikalangan merekaTerdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran terkini dan tradisionalDalam pengajaran terkini, terdapat pengajaran yang memusatkan kepada muridDalam pengajaran tradisional, pengajaran memusatkan kepada guru

http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/pen_pem.htm