makluman prosedur mengakaunkan terimaan bagi tahun · pdf filemakluman prosedur mengakaunkan...

2
Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-5Jld.6(59) Tarikh : 22 Disember 2015 Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, MAKLUMAN PROSEDUR MENGAKAUNKAN TERIMAAN BAGI TAHUN 2015 Dengan hormatnya buletin eSPKB rujukan : ANM.PK.P/P.600-5Jld.6(54) bertarikh 7 Disember 2015 dan keputusan semasa Mesyuarat Prosedur Penutupan Akhir Tahun Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2015 Bagi Bank Utama Affin Bank Berhad (AFFIN) dan Bank Agen - CIMB Bank Berhad (CIMB) & Maybank Berhad (MAYBANK) pada 21 Disember 2015 adalah dirujuk. 2. Untuk makluman Ketua Jabatan / PTJ, berikut merupakan perkara-perkara tambahan yang perlu diberi perhatian bagi perkara 1 dan 2 sepertimana pada Senarai Semak Penutupan Akaun Tahunan (Unit Akaun) berkenaan tarikh akhir penghantaran Penyata Pemungut (PP) dan tarikh Cash In Transit (CIT): a) Tarikh akhir penghantaran PP elektronik (sistem eSPKB dan eTerimaan) adalah pada 29.12.2015 (Selasa). b) Semua terimaan secara tunai sahaja perlu dikreditkan pada 29.12.2015 ke Akaun Terimaan Affin dan Bank Agen CIMB dan Maybank sebelum jam 3.00 petang manakala tarikh akhir bagi terimaan bukan tunai (Cek/Telegraphic Transfer(TT)/Money Order(MO)/Postal Order(PO)/Credit Card/Bank Draf) adalah pada 23.12.2015 (Rabu) sebelum jam 4.00 petang disebabkan proses clearing transaction mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari bekerja. c) Terimaan yang diterima oleh pihak bank selepas tempoh yang dinyatakan adalah dianggap sebagai pungutan tempoh CIT (Cash In Transit) dan PP hanya akan dikembalikan kepada pihak Jabatan pada 04.01.2016 (Isnin). d) Pastikan PP yang berjaya diproses oleh pihak bank mempunyai cetakan bank (printed bank) pada Slip Bayar Masuk Bank. e) Jabatan adalah diingatkan sama sekali untuk membuat Proses Perakuan II dengan kadar segera bagi terimaan yang telah berjaya diproses oleh pihak bank sebelum jam 4.00 petang. f) PTJ adalah diingatkan sama sekali untuk tidak membuat Proses Perakuan II bagi PP yang tidak dikembalikan oleh pihak bank. g) Pastikan Proses Perakuan II dilakukan untuk PP yang berjaya diproses oleh pihak bank dan mempunyai cetakan bank (printed bank) pada Slip Bayar Masuk Bank. h) Bagi terimaan bertarikh 30.12.2015 dan 31.12.2015 akan dianggap sebagai pungutan tempoh CIT dan dalam tempoh tersebut butang Perakuan II berada dalam status disable dan hanya boleh diperaku pada 04.01.2016. PP masih boleh diproses seperti biasa sehingga ke peringkat Perakuan I.

Upload: hoangbao

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAKLUMAN PROSEDUR MENGAKAUNKAN TERIMAAN BAGI TAHUN · PDF fileMAKLUMAN PROSEDUR MENGAKAUNKAN TERIMAAN BAGI TAHUN 2015 ... ANM.PK.P/P.600-5Jld.6 ... pada 21 Disember 2015 adalah dirujuk

Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-5Jld.6(59)

Tarikh : 22 Disember 2015 Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, MAKLUMAN PROSEDUR MENGAKAUNKAN TERIMAAN BAGI TAHUN 2015

Dengan hormatnya buletin eSPKB rujukan : ANM.PK.P/P.600-5Jld.6(54) bertarikh 7 Disember 2015 dan keputusan semasa Mesyuarat Prosedur Penutupan Akhir Tahun Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2015 Bagi Bank Utama – Affin Bank Berhad (AFFIN) dan Bank Agen - CIMB Bank Berhad (CIMB) & Maybank Berhad (MAYBANK) pada 21 Disember 2015 adalah dirujuk. 2. Untuk makluman Ketua Jabatan / PTJ, berikut merupakan perkara-perkara tambahan yang perlu diberi perhatian bagi perkara 1 dan 2 sepertimana pada Senarai Semak Penutupan Akaun Tahunan (Unit Akaun) berkenaan tarikh akhir penghantaran Penyata Pemungut (PP) dan tarikh Cash In Transit (CIT):

a) Tarikh akhir penghantaran PP elektronik (sistem eSPKB dan eTerimaan)

adalah pada 29.12.2015 (Selasa).

b) Semua terimaan secara tunai sahaja perlu dikreditkan pada 29.12.2015 ke

Akaun Terimaan Affin dan Bank Agen CIMB dan Maybank sebelum jam 3.00

petang manakala tarikh akhir bagi terimaan bukan tunai (Cek/Telegraphic

Transfer(TT)/Money Order(MO)/Postal Order(PO)/Credit Card/Bank Draf)

adalah pada 23.12.2015 (Rabu) sebelum jam 4.00 petang disebabkan

proses clearing transaction mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari

bekerja.

c) Terimaan yang diterima oleh pihak bank selepas tempoh yang dinyatakan

adalah dianggap sebagai pungutan tempoh CIT (Cash In Transit) dan PP

hanya akan dikembalikan kepada pihak Jabatan pada 04.01.2016 (Isnin).

d) Pastikan PP yang berjaya diproses oleh pihak bank mempunyai cetakan bank

(printed bank) pada Slip Bayar Masuk Bank.

e) Jabatan adalah diingatkan sama sekali untuk membuat Proses Perakuan II

dengan kadar segera bagi terimaan yang telah berjaya diproses oleh pihak

bank sebelum jam 4.00 petang.

f) PTJ adalah diingatkan sama sekali untuk tidak membuat Proses Perakuan

II bagi PP yang tidak dikembalikan oleh pihak bank.

g) Pastikan Proses Perakuan II dilakukan untuk PP yang berjaya diproses oleh

pihak bank dan mempunyai cetakan bank (printed bank) pada Slip Bayar

Masuk Bank.

h) Bagi terimaan bertarikh 30.12.2015 dan 31.12.2015 akan dianggap sebagai

pungutan tempoh CIT dan dalam tempoh tersebut butang Perakuan II

berada dalam status disable dan hanya boleh diperaku pada 04.01.2016. PP

masih boleh diproses seperti biasa sehingga ke peringkat Perakuan I.

Page 2: MAKLUMAN PROSEDUR MENGAKAUNKAN TERIMAAN BAGI TAHUN · PDF fileMAKLUMAN PROSEDUR MENGAKAUNKAN TERIMAAN BAGI TAHUN 2015 ... ANM.PK.P/P.600-5Jld.6 ... pada 21 Disember 2015 adalah dirujuk

i) PP tempoh CIT akan dikembalikan kepada Jabatan pada 04.01.2016 (Isnin).

j) Jabatan / PTJ hendaklah memastikan setiap transaksi terimaan telah

diakaunkan dengan lengkap dan teratur sehingga tarikh terkini.

k) PP hendaklah disediakan dan diproses dengan segera bagi setiap transaksi

terimaan yang telah dikreditkan ke Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan /

Bank Agen.

3. Berikutan itu, JANM Negeri Perak memohon kerjasama daripada tuan / puan

yang mengendalikan pungutan hasil agar dapat mematuhi tarikh akhir penghantaran

PP (eSPKB dan eTerimaan) agar proses penutupan akaun bagi tahun 2015 berjalan

lancar.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Santah a/p Supramani di talian

05-2547304/05 samb. 151 atau Puan Noor Zafirah binti Kamaruzaman samb. 152.

Sekian, terima kasih. PENGARAH JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI PERAK