makanan yang mampu memberikan tenaga

12
MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA PROSEDUR MEMBUAT ADUAN TERHADAP INSTITUSI KEWANGAN SIHAT DAN CERGAS SEPANJANG HAYAT STANDARD DAN SUMBANGANNYA KEPADA MASYARAKAT PRODUK BELUM DIDAFTAR ANALISIS PRODUK MAKANAN YANG LESTARI AMALAN 3R - KITAR SEMULA TIP MENJIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA PROSEDUR MEMBUAT ADUAN TERHADAP INSTITUSI KEWANGAN SIHAT DAN CERGAS SEPANJANG HAYAT STANDARD DAN SUMBANGANNYA KEPADA MASYARAKAT PRODUK BELUM DIDAFTAR ANALISIS PRODUK MAKANAN YANG LESTARI AMALAN 3R - KITAR SEMULA TIP MENJIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM 1

Upload: others

Post on 15-Feb-2022

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA PROSEDUR MEMBUAT ADUAN TERHADAP INSTITUSI KEWANGAN

SIHAT DAN CERGAS SEPANJANG HAYAT STANDARD DAN SUMBANGANNYA KEPADA MASYARAKAT

PRODUK BELUM DIDAFTAR ANALISIS PRODUK MAKANAN YANG LESTARI

AMALAN 3R - KITAR SEMULA TIP MENJIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA

MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA PROSEDUR MEMBUAT ADUAN TERHADAP INSTITUSI KEWANGAN

SIHAT DAN CERGAS SEPANJANG HAYAT STANDARD DAN SUMBANGANNYA KEPADA MASYARAKAT

PRODUK BELUM DIDAFTAR ANALISIS PRODUK MAKANAN YANG LESTARI

AMALAN 3R - KITAR SEMULA TIP MENJIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM1

Page 2: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. Dato’ Mohd Zain Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGDr. Mohd Mokhtar bin Tahar

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGMasri bin Misran

Azendi bin Mohd ZawawiNorliana bte Ismail

Indrani ThuraisinghamSiti Rahayu bte Zakaria

DICETAK OLEHSyarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanushasama di antara Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.

Sumbangan artikel amat dialu-alukan.Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Bahagian Hal Ehwal PenggunaKementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aras 4, Lot 2G3, Presint 2Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Penggunaini tidak semestinya mencerminkan pendirian

dan dasar Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA

MINDA EDITOR

Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan wang, sama ada secarasah ataupun tidak. Tidak hairanlah wujud bermacam-macam bentukpenipuan atau scam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawabsebagai cara mudah mendapatkan wang.

Dalam era teknologi maklumat pada masa ini, penipuan turutdilakukan menggunakan internet dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Jika melalui internet, terdapatnya penipuan seperti surat nigeria,pelaburan internet, black money dan sebagainya. Pelbagai tawaranmenarik dijanjikan untuk menarik orang ramai terlibat dengannya.

Dengan jumlah pengguna telefon bimbit di Malaysia dalamlingkungan 20 juta, ia merupakan peranti yang mampu menjaringpengguna yang tidak berwaspada. Pengunaan SMS merupakan caramudah untuk menyebarkan pelbagai perangkap penipuan ini. Makawujudkan tawaran hadiah akademi fantasia, petronas, digi dansebagainya.

Kini telah menular pula penyelewengan oleh syarikat penyediakandungan komunikasi. Pengguna telefon bimbit dihujani pelbagaiperkhidmatan yang tidak mereka langgani, seperti nada dering,maklumat dan sebagainya. Setiap kali menerima perkhidmatantersebut, pengguna akan dikenakan bayaran sehingga sebanyak RM5bagi setiap perkhidmatan yang diterima. Jika ada pengguna yangmembuat aduan bahawa mereka tidak melanggani perkhidmatantersebut, syarikat telekomunikasi akan memulangkan kredit mereka.Tetapi berapa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang membuataduan. Biasanya daripada 10 orang pengguna yang terkena denganscam ini, mungkin 2 atau tiga orang sahaja yang tampil membuat aduan.

Apa yang menghairankan ialah kebanyakan scam ini menawarkanhadiah kepada pengguna tanpa mereka perlu menyertai sesuatuperaduan. Tetapi untuk mendapatkan hadiah tersebut, merekadikenakan bayaran tertentu. Ini yang kadangkala apabila difikirkanlangsung tidak masuk akal. Namun hakikatnya, ramai yang bersediamembayar untuk mendapatkan hadiah yang didakwa lumayan itu.

Umpamanya, pada bulan September lalu, seorang ahli perniagaantelah mendakwa memenangi cabutan bertuah di Hong Kong sebanyakRM24 juta. Namun, untuk mendapatkan hadiah tersebut, beliau dimintamenjelaskan bayaran tertentu. Peniaga tersebut telah membayarsebanyak RM1.7 juta untuk tujuan tersebut, tetapi masih gagalmendapatkan hadiah, kerana gagal menjelaskan bayaran terakhirsebanyak RM34,000. Yang lebih menjengkelkan ialah beliau masihmengharapkan untuk mendapatkan hadiah berkenaan, yangmenurutnya jika beliau dapat menjelaskan baki akhir sebanyakRM34,000, beliau akan memperolehi hadiah tersebut. Pelik juga,biarpun telah terkena, tetapi masih juga tidak sedar-sedar.

Ini merupakan satu daripada contoh yang telah berlaku, Mungkinterdapat banyak lagi kes seumpama itu yang tidak dilaporkan olehmedia.

Oleh itu para pengguna perlu sentiasa berhati-hati apabilaberhadapan dengan tawaran hadiah sama ada melalui emel atau sms.Buat semakan dengan pihak-pihak tertentu sama ada ia tulen ataupunpalsu. Jika berasa was-was, padam sahaja emel atau sms tersebut.

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM2

Page 3: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

Peralatan Elektrik Cekap Tenaga- Selamatkan Alam Sekitar

ISU PENGGUNA

OKTOBER 2007 > 3

Adakah anda sedar bahawa setiap kali anda membelipendingin hawa, alat elektronik, ataupun peralatanisirumah, pilihan anda akan mempengaruhi alam sekitar?Pembelian yang bijak bukan sahaja dapat meningkatkankualiti udara tetapi juga menjimatkan bil bulanan. Andaboleh menjimatkan wang dan melindungi alam sekitardengan memahami penggunaan tenaga di rumah danmemilih produk yang paling cekap tenaga.

Kebanyakan tenaga yang digunakan di rumah adalahdihasilkan oleh stesen penjana kuasa yang membakarbahan api fosil seperti arang, minyak, dan gas asli.Pencemaran daripada sumber bahan api ini merosakkanalam sekitar dan mengakibatkan penyakit respiratori,jerebu dan hujan asid. Ia juga menyumbang kepadaperubahan iklim sedunia.

Isi rumah yang membeli peralatan cekap tenaga bolehmengurangkan pengeluaran karbon dioksida denganbanyak sepanjang hayat peralatan tersebut – bersamaandengan mengeluarkan sebuah kereta daripada jalan rayaselama 7 tahun. Ia juga akan mengurangkan pengeluarannitrogen oksida; penyumbang utama kepada hujan asid.

Membeli peralatan elektrik cekap tenagaKos penggunaan elektrik sesebuah peralatan

sepanjang hayatnya biasanya melebihi kos pembelianperalatan tersebut. Oleh itu, dalam pembelian peralatan,“jumlah kos” peralatan tersebut perlulah diberi perhatian.Kos penjimatan elektrik untuk peralatan cekap tenaga(walaupun lebih mahal) berbanding dengan jangkahayatnya boleh melebihi dari kos extra pembelian.

Contoh dibawah menunjukkan perbandingan kosuntuk lampu. Perbandingan ini menunjukkan bahawalampu cekap tenaga boleh menjimat sehingga RM 54sepanjang hayat penggunaannya berbanding denganlampu pijar biasa.

Label rasmi Suruhanjaya Tenaga

Pelabelan tenaga

Semasa membeli peralatan elektrik, satu cara yang mudah untuk mencari kecekapan tenaga adalah mencarilabel tenaga. Di Malaysia, pelabelan tenaga rasmi telah diwujudkan untuk peti sejuk sejak tahun 2006. Skimpelabelan ini dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM.

Berikut merupakan maklumat tentang label tersebut:

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM3

Page 4: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

4 < OKTOBER 2007

Makanan yang MampuMemberikan Tenaga

PEMAKANAN

Pengambilan makanan yang tidak betul dan seimbangboleh memberikan kesan kepada kesihatan tubuh badan.Ia menyebabkan seseorang mudah berasa letih. Diantaranya tabiat makanan yang tidak betul ialahmeninggalkan sarapan. Sarapan penting kerana iamenjamin kesegaran tubuh badan di samping faktorkesihatan kerana sistem penghadaman manusiaberfungsi paling baik pada sebelah pagi.

Oleh itu, pengambilan makanan yang betul amatpenting bagi memberikan sumber tenaga yang diperlukanoleh tubuh badan. Di antara makanan yang bolehmemberikan sumber tenaga ini ialah:

Sayur-sayuran hijauSayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan

sebagainya mempunyai banyak magnesium.Kekurangannya menyebabkan keletihan. Setiap orangmemerlukan lebih kurang 350 miligram magnesium setiaphari. Magnesium juga diperlukan oleh otot-otot dalambadan bagi menukarkan karbohidrat kepada tenaga kaloriyang diperlukan.

Sayur jenis kekacangSayur-sayuran ini mempunyai banyak zat besi yang

diperlukan oleh darah. Kekurangannya bolehmenyebabkan penyakit anemia atau kurang darah. Olehitu ia menyebabkan keletihan dan kelesuan. Setiap orangmemerlukan 20 hingga 30 miligram zat besi setiap hari.Ia bertujuan untuk mengeluarkan hemoglobin yangberfungsi membawa oksigen kepada otot dan organ.Tanpa hemoglobin, otot menjadi lemah dan organ-organdalam badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

IkanProtein diperolehi daripada ikan seperti tuna, pelata

dan sardin. Ia dianggap sebagai makanan yang baik,terutamanya kepada otak. Ini kerana ia mempunyai asidamino tirosina yang diperlukan untuk mengeluarkanbahan kimia yang merangsang otak, iaitu norepinephrinedan dopamine. Bahan-bahan ini menyegarkan otak danmembolehkannya berfikir serta memberi tumpuan dalamsemua keadaan.

Jus oren asliBuah-buahan sangat kaya dengan sumber tenaga

karbohidrat. Ia diperlukan setiap hari. Buah oren kayadengan vitamin C. Vitamin C membantu prosespenyerapan zat besi yang diperlukan oleh sel-sel dalambadan. Keperluan harian seseorang adalah 40 miligramvitamin C. Pengambilannya dapat menyegarkan badan.

OatIa merupakan sejenis makanan biji-bijian yang kaya

dengan bahan karbohidrat dan serat. Ia mengeluarkantenaga secara berperingkat-peringkat. Pengambilannyadapat mencegah keletihan bagi jangka masa yang lama.

PisangPisang kaya dengan sumber tenaga disebabkan

kandungan gula di dalamnya mudah dihadam di sampingkaya dengan potassium. Potasium penting kepada badanbagi menyegarkan fungsi otot dan saraf. Lantaranpotasium tidak boleh disimpan lama oleh badan, makapengambilan buah-buahan seperti pisang dari semasake semasa membantu otot dan saraf mendapatkanpotassium yang diperlukan.

DadihMakanan yang kaya dengan kalsium, seperti dadih

yang dihasilkan daripada susu rendah lemak, dapatmembantu masalah keletihan bagi wanita sebelum danselepas haid.

Madu lebahMadu lebah mengandungi gula asli glukosa dan

fraktosa yang mudah dihadam. Madu juga mengandungivitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C serta pelbagai zat logamseperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin,belerang dan zat besi. Madu berkesan untuk merawatpenyakit buwasir, kulit dan sakit puan.

Sumber: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden,Dr. Danial Zainal Abidin, PTS Millinea Sdn. Bhd.

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM4

Page 5: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

OKTOBER 2007 > 5

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM5

Page 6: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

6 < OKTOBER 2007

Memilih Buah-Buahan yang SegarApabila membeli sbuah-buahan, ia hendaklah untuktujuan dimakan pada hari dibeli atau pada hari esok.Jangan membeli buah-buahan secara berlebih-lebihan,walaupun harganya murah, kerana:

Buah-buahan tempatan tidak tahan lama jikadisimpan lebih daripada tiga hari.Rasanya menjadi kurang sedap.

Cara memilih buah-buahanBeli buah-buahan pada musim buah agar dapatbuah-buahan yang lebih bermutu.Apabila membeli betik atau pisang, janganlahdipicit-picit. Perbuatan ini akan menyebabkan buah-

buahan tersebut lebam, rosak dan cepat busuk.Jangan membeli ketika pmbeli-pembeli lain sedangramai atau berebut-rebut membeli kerana:O Harga menjadi lebih mahalO Tidak dapat membuat pilihan dengan teliti.Perhatikan keadaan buah-buahan tersebut:O Keseluruhan buah-buahan tersebut kelihatan

segar dan tidak layu.O Rasanya beratO Tidak terdapat bekas terpotong, digigit ulat atau

binatang.O Tampuknya tidak mempunyai tanda

PANDUAN PENGGUNA

KESIHATAN

Kehidupan yang cergas dan aktifAktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi

kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta bolehmengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik.Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapatmenyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebihbaik dan kesejahteraan keseluruhannya.

Aktiviti fizikalAktiviti fizikal merujuk kepada pelbagai bentuk

pergerakkan. Ia di definisikan sebagai pergerakkan badanyang dihasilkan dari pengecutan otot dan meningkatkanpenggunaan tenaga, seperti berjalan, berbasikal, bermain,angkat berat, membuat kerja rumah dan lain-lain.

Senaman yang kerap dan berterusan membawakanpelbagai faedah kepada kesihatan kita termasuk;

Mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanandarah tinggi, osteoporosis, diabetes, dan obesiti.

Menjaga sendi-sendi, tendon dan ligamen anjal,supaya memudahkan pergerakan.

Mengurangkan beberapa kesan penuaan.

Membantu mengurangkan ketegangan dankegelisahan.

Meningkatkan tenaga dan ketahanan.

Membantu anda tidur dengan baik

Mengurangkan berat badan

Membantu kita mengawal berat badan danmencegah obesiti

Sihat dan Cergas Sepanjang HayatKecergasan seharian

Senaman yang berterusan adalah baik untukkesihatan anda. Umumnya, kita harus melakukan selama30 minit sebarang aktiviti fizikal setiap hari. Tambahkansetiap aktiviti anda sekurang-kurangnya 10 minit setiapkali. Mulakan dengan perlahan-lahan dan tingkatkannyasedikit demi sedikit.

Anda adalah dinasihatkan agar berunding dengandoktor terlebih dahulu jika anda telah lama tidak aktif,mempunyai sebarang masalah kesihatan, mengandungdan berumur 40 tahun ke atas.

Adalah penting untuk meningkatkan aktiviti dari yangringan kepada sesi aktiviti-aktiviti fizikal yang lebih intensif.Sediakan satu peningkatan dari berjalan kepada jogging,berlari dan seterusnya melakukan permainan. Setiap sesiharus bermula dengan memanaskan, regangan termasukdengan menyejukan badan.

Kita juga boleh meningkatan aktiviti-aktiviti fizikaldalam kehidupan seharian kita seperti:

Bermain dengan anak-anakBerkebunGunakan tangga, berbanding elevatorBerjalan kaki untuk pergi minum kopi di wakturehat, atau makan tengah hariBerjalanlah sebahagian atau keseluruhanperjalanan ke tempat kerjaLakukan kerja-kerja rumah dengan pantasPotong daun-daun atau lakukan kerja-kerja lain dihalamanMulakan dengan hanya 10 minit berjalan-jalan dantingkatkan tempohnya sedikit demi sedikit.

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM6

Page 7: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

Hari Standard Sedunia telah diraikan pada 14 Oktobersetiap tahun. Ia bertujuan untuk menghargai usaha-usahayang dilakukan oleh beribu-ribu pakar yang berkerjasamadengan International Electrotechnical Commitee (IEC),International Organization on Standardization (ISO) danInternational Telecommunication Union (ITU) untukmembangunkan Standard Antarabangsa bagimemudahkan perdagangan dan menyebarkanpengetahuan dan teknologi terkini.

Standard Antarabangsa membantu masyarakatmenggunakan hak mereka dan memenuhi kewajipanmereka. Perhubungan di antara standard dankemasyarakatan secara global merupakan tema untuktahun ini, ‘Standard dan Sumbangan Kepada Masyarakat’

Dunia tanpa standard bermakna segala aktiviti diseluruh dunia akan terhenti. Demikian juga sektorperdagangan dan pengangkutan tidak dapat dijalankan,internet tidak boleh digunakan, manakala kebanyakansistem yang bergantung kepada teknologi informasi dankomunikasi akan tergendala, daripada sektor kerajaan,sektor perbankan, kesihatan, kawalan trafik,perkhidmatan kecemasan dan juga diplomatikantarabangsa.

Standard Antarabangsa boleh diperolehi di mana-mana jua di dunia moden ini, sehingga menyebabkan

HARI STANDARD SEDUNIA KE 38 - 14 OKTOBER 2007

Standard dan Sumbangannyakepada Masyarakat

OKTOBER 2007 > 7STANDARD

semua tugasan harian menjadi mudah dan selamat.Malahan untuk membolehkan mesej Hari StandardSedunia di skrin komputer juga bergantung kepadaberatus-ratus standard yang telah diwujudkan bagimembolehkan komputer untuk berfungsi, memudahkanakses internet ataupun mencetak bahan bacaan dan jugamengedar bahan tersebut dengan menggunakan saizkertas yang standard.

Standard keselamatan untuk mesin untuk melindungipekerja di tempat kerja, di rumah, pembuatan peralatanelektrik mengikut standard bagi keselamatan. Begitu jugauntuk membantu peti sejuk dan alat penyaman udaramematuhi aspek alam sekitar bagi mengelakkanpemanasan global. Sistem audio, televisen dan DVD,telefon bimbit dan Wi Fi perlu mematuhi standard tertentuagar kita boleh menggunakannya.

Melalui usaha yang dilakukan oleh pelbagai pakardalam membangunkan standard, IEC, ISO dan ITUmembantu membuka pasaran, mempromosikanperlindungan alam sekitar, keselamatan, kesihatan danakses kepada informasi dan juga merapatkan jurang diantara negara kaya dan miskin. IEC, ISO dan ITU akanmeneruskan usaha-usaha ini dalam pembangunanstandard.

~ Sumbangan Persatuan Pengguna Standard Malaysia

menunjukkan telah lama dipetik atau telah lamadiperam.

Petua mengenali nanas yang masakMata-matanya tidak berapa timbul lagi.

Jambul atau kumpulan daun-daun yang tumbuh dihujung nanas mudah ditanggalkan.Warna nanas itu kelihatan menunjukkan warna-warnanya yang tertentu, iaitu kuning tua, kuningkeemas-emasan atau kuning kemerah-merahan.

Petua mengenali tembikai yang masakKulitnya agak licin.Pangkalnya gemuk dan semakin ke hujungwarnanya putih kuning air.

Sekiranya tembikai itu telah dibelah, pastikan:Jangan mudah terpengaruh dengan warna merahkerana ia mungkin dibalut dengan plastik berwarnamerah.Warna tembikai yang asli kelihatan merah berseri,bukannya pucat. Manakala isinya pejal dan rongga-rongganya kasar.Biji-biji isinya berwarna perang tua ataupun hitamdan agak keras.

... bersambung dari muka 6

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM7

Page 8: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

RUANGAN NCCC

ADIL PROFESIONAL BERKESAN

No. 1D, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/1747300 Petaling JayaSelangorTel : 03-7877 9000Faks : 03-7874 8097Emel : [email protected]

8 < OKTOBER 2007

NCCC telah menerima satu aduan daripada seorangpengguna yang menyatakan bahawa beliau telah membelisatu produk aerosol daripada sebuah pusat perubatanhaiwan. Doktor yang bertugas meyakinkan beliau bahawaproduk tersebut adalah produk yang biasa digunakanolehnya tetapi ia kini dikeluarkan dengan menggunakanlabel baru.

Apabila beliau menggunakan produk tersebut, ia telahmengeluarkan bau yang sangat kuat dan berkarat.Terdapat juga kesan sampingan ke atas haiwanpeliharaan beliau apabila produk ini digunakan. Beliaukemudiannya kembali ke pusat perubatan haiwan untukmemulangkan serta mendapatkan khidmat nasihatmengenai produk tersebut, malangnya jawapan yangdiberikan kurang memuaskan. Oleh yang demikian, beliautelah membuat aduan dan meminta bantuan NCCC untukmenyelesaikan masalah ini serta melindungi hak beliausebagai pengguna

TINDAKAN NCCCNCCC telah menulis surat rasmi kepada jabatan

perkhidmatan haiwan dan satu salinan telah dihantarkepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna, dan juga Dato' Dr. Chua Soi Lek,Menteri Kesihatan Malaysia. NCCC memberikan tempoh14 hari kepada jabatan perkhidmatan haiwan bagimenyediakan penyelesaian terhadap aduan yangdikemukakan serta memohon supaya perkara ini dapatdiselesaikan secara muafakat kedua-dua belah pihak.Akhirnya, NCCC telah menerima maklumbalas daripadapegawai yang bertanggungjawab menyatakan bahawapihak jabatan sedang menjalankan siasatan terhadapaduan tersebut. Jabatan perkhidmatan haiwankemudiannya memaklumkan bahawa produk tersebutbelum didaftarkan.

NASIHAT NCCCMemandangkan kesihatan merupakan harta yang

paling berharga, setiap benda hidup sangat memerlukanperkhidmatan kesihatan yang memuaskan. Menjalankanoperasi pusat kesihatan, sikap berhati-hati dalam

Produk BelumDidaftar

memberikan nasihat serta produk kesihatan kepadapengguna perlu dititikberatkan. Ini kerana, pengguna yangmenggunakan produk tersebut bergantung penuh kepadanasihat serta cadangan yang diperolehi daripada pakardalam bidang tersebut. Oleh yang demikian, sebarangkecuaian mengenai penggunaan sesuatu produkterbeban di pundak pakar kesihatan.

Dalam kes ini, pusat perubatan tersebut dinasihatkansupaya berhati-hati dalam membuat pemilihan ubat-ubatan veterinar supaya perkara yang sama tidakberulang lagi di masa hadapan. Nyawa yang melayangtidak dapat digantikan dengan wang ringgit.

Sekiranya pengguna mendapati mereka telahdikenakan caj yang melampau atau tidak berpatutan,mereka perlu berani bertindak melaporkan perkara inikepada pihak berkuasa. Tindakan mana-mana bankmengenakan caj yang tidak berpatutan atau tidak wajarkepada pengguna adalah salah di sisi undang-undang.Oleh itu, pengguna perlu berhati-hati apabila berurusandengan pihak bank agar tidak timbul masalah di kemudianhari.

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM8

Page 9: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

OKTOBER 2007 > 9KELAB PENGGUNA

Pelajar akan mempelajari bagaimana untuk menganalisisproduk makanan yang lestari. Aktiviti boleh dilaksanakansecara individu atau berkumpulan. Gerak kerja inimemerlukan pelajar mengadakan sesi temubual denganpeniaga yang menyediakan makanan di kantin sekolahatau penjual makanan di restoran makanan.

a) Pelajar dikehendaki memastikan semua aspekdalam kehidupan seperti bagaimana untukmenggalakkan dan menjayakan penggunaanlestari termasuk apa yang kita makan,bagaimanana makanan disediakan serta dijual dandari mana bahan-bahan mentah diperolehi.

Analisis Produk Makananyang Lestari

b) Pelajar dikehendaki mengisikan borang seperti dibawah semasa membuat sesi temubual bersamapenjual makanan dan penyedia makanan.

c) Skor menunjukkan produk makanan yang lestariialah 1= Tidak baik 2=Lemah 3=baik 4=sangat baik.

d) Cadangan terbaik pelajar hanya perlu memilih satujenis produk atau makakan yang dijual disekolah,restoran atau di kedai berhampiran tempat tinggalanda.

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM9

Page 10: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

dari muka 9 ...

ALAM SEKITAR

Dalam keluaran lalu kita melihat cara-cara menggunasemula dan juga tip-tip untuk guna semula. Bahan-bahanini jika tidak boleh digunakan semula, ianya boleh dikitarsemula.

Kitar semula di rumahSenantiasa melihat bahan-bahan yang boleh dikitarsemula.Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahanseperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik,bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitarsemula.Beli barangan yang boleh dikitar semula sepertibotol kaca dan tin.Beli produk-produk yang menggunakan barangankitar semula, ini dapat dikenal pasti melalui ekolabelyang terdapat pada barangan tersebut.Jangan membeli barangan yang mengandungibahan berbahaya. Ini kerana ia sukar dikitarsemula.Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapatuntuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitarsemula.

Mengitar semula di laman rumahMengitar semula barangan kebun dan menanampokok, boleh memperbaiki alam di laman anda.Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahanboleh reput, dapat digunakan semula sebagai bajadi laman. Ia adalah cara terbaik untukmengurangkan sisa dapur.Mengitar semula rumput merupakan cara yangringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanahapabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.

Mengitar semula di sesebuah komunitiPusat kitar semula: memberi ruang dankemudahan kepada sesuatu komuniti untukmenghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.Sekolah dan perniagaan: boleh memainkanperanan yang penting. Kedua-duanya bolehmenjadi tempat rujukan dan memberikankesedaran tentang kitar semula.Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktivitiuntuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti-aktiviti mengitar semula.Pemberian insentif oleh peniaga jika memberikanbahan-bahan untuk dikitar semula.

Amalan 3R - Kitar Semula

10 < OKTOBER 2007

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM10

Page 11: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

OKTOBER 2007 > 11

Peria merupakan sejenis sayuran yang agak pahitrasanya. Kebanyakan orang tidak menggemarinya.Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Periamempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak,mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Peria digunakan untuk merawat penyakit kencingmanis. Caranya minum perahan daripada 4 atau 5 bijiperia setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampurke dalam makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan airrebusan atau serbuk.

Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya,campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susudan minum setiap pagi selama sebulan. Akar yangdihancurkan boleh disapu pada tempat buasir.

Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yangmenyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Yang perludilakukan, campur segelas perahan peria dan secamcateh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikitsetiap hari selama empat hingga enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dgnmeminum air daun peria. Ia juga boleh mengatasimasalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.

Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilaiperubatannya sendiri. Ia mengandungi tonik bertindaksebagai julap dan mampu meningkatkan selera makan.

Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dalamair garam sebelum dimasak.

Kandungan peria

Buah83-92% - Air4-10% - Karbohidrat1.5-2% - protein1.2-1% - lemak0.8-1.7% - serabut, mineral besi, fosforus,

kalsium dan vitamin c

Daun82-86% - air17% - karbohidrat2.3% - protein0.1% - lemak0.8% - serabut, mineral besi, fosforus,

kalsium dan vitamin B.

Biji50-65% - Asid eleostearik

PERIA - Pahit tapi Berkhasiat

KHASIAT TANAMAN

Khasiat makanan

Buahnya yang belum masak dijadikan sebagaisayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus,masak kari dan sebagainya.Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagaiperisa dalam masakanBuahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkandan ditinkan.Mengandungi khasiat makanan keranamengandungi banyak mineral dan vitamin.Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.

Khasiat ubat-ubatan

Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jussebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, sertadimakan bagi mengubati penyakit artritis, demampanas, masalah hati, reumatisme, asma,membunuh cacing dalam perut dan urus sertamasalah kaum wanita.Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantumelawaskan buang air besar.Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harbaantimikrob, antitumor, membunuh cacing dalamperut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot,minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis,merawat kulit terbakat, luka-luka, sampu dan sakitperut.Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubatibatuk, bengkak sistem penafasan dan banyakkahak.Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM11

Page 12: MAKANAN YANG MAMPU MEMBERIKAN TENAGA

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADUE-ADUE-ADUE-ADUE-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

PENGGUNA LESTARI

12 < OKTOBER 2007

Tip MenjimatkanPenggunaan Tenaga

Penjimatan tenaga adalah penting, ini adalah sebabkebanyakan tenaga untuk kegunaan kita dihasilkandaripada sumber yang tidak boleh diperbaharui. Jikasumber-sumber ini kehabisan, maka adalah sukar bagikita untuk menjana tenaga elektrik ataupun menggunakanbahan api.

Adalah tepat pada masanya untuk memberikepentingan bagi mengembangkan penggunaan sumbertenaga yang bersih dan mesra alam pada masa yangsama akan senantiasa wujud.

Antara tip-tip kepada pengguna untuk menjimatkanpenggunaan sumber-sumber tenaga:

Berjalan, kayuh basikal, guna perkhidmatanpengangkutan awan atau kongsi kereta untuk kedestinasi yang diingini;Gunakan peralatan jimat elektrik (pastikan terdapatpengiktirafan akan kecekapan tenaga. Ini bagimengelakkan pengguna daripada tertipu);Gunakan alat pendingin hawa pada suhu yangselesa (bukannya sejuk);Tutup lampu jika tidak gunakan;Jika rumah teres, tanam pokok untuk memberikanteduhan daripada matahari kepada rumah;

Amalkan sikap mengurangkan penggunaan,mengguna semula, dan kitar semula;Cuci pakaian dengan mesin basuh hanya dalamkeadaan penuh, keringkan pakaian menggunakancahaya matahari;Berlepas ke tempat kerja lebih awal bagimengelakkan kesesakan trafik;Pastikan bahagian beku peti sejuk tidak penuhdengan air kerana ia akan meningkatkanpenggunaan tenaga;Pastikan tiada kebocoran elektrik (berbahaya danjuga menyebabkan penggunaan tenaga yangbanyak);Gunakan tenaga bersih (solar) jika andaberkemampuan.

Satu perkara yang paling penting adalah kesedaranpenjimatan. Sebagai pengguna, adalah tanggungjawabkita untuk memastikan pengguna lain juga mempunyaikesedaran ini. Marilah kita sama-sama soroti apakah yangterjadi kepada bumi ini jika tiada tenaga untuk digunakan.

Jadilah pengguna lestari, pengguna bijak danpengguna prihatin.

Senda Pengguna

Membeli barangan elektrik yang murahbukannya selalu selamat diguna. Pastikan ia ada

tanda keselamatan yang sah.

Buletin Pengguna 0710.p65 24-Jan-08, 7:02 PM12