22eprints.usm.my/39953/1/usm_news_portal_-_usm_sumbang_kepakaran_dala…institusi penyelidikan dan...

4
4/5/2018 USM News Portal - USM SUMBANG KEPAKARAN DALAM PROJEK RECYCLED CARBON FIBRE (rCF) https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4795-usm-sumbang-kepakaran-dalam-projek-recycled-carbon-fibre-rcf 1/4 LANGKAWI, Kedah 21 Mac 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Composite Technology Research Malaysia (CTRM) dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) bersama Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) dalam projek recycling Carbon Fibre (rCF). Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, universiti mengambil maklum mengenai potensi industri pada masa hadapan yang merangkumi dua bidang utama iaitu aeroangkasa dan minyak dan gas seperti yang dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapa Mohamed dalam ucapannya. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... USM SUMBANG KEPAKARAN DALAM PROJEK RECYCLED CARBON FIBRE (rCF) 22 MAR

Upload: nguyendieu

Post on 12-Aug-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

4/5/2018 USM News Portal - USM SUMBANG KEPAKARAN DALAM PROJEK RECYCLED CARBON FIBRE (rCF)

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4795-usm-sumbang-kepakaran-dalam-projek-recycled-carbon-fibre-rcf 1/4

LANGKAWI, Kedah 21 Mac 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) menandatangani MemorandumPerjanjian (MoA) dengan Composite Technology Research Malaysia (CTRM) dan Agensi NuklearMalaysia (ANM) bersama Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) dalam projek recycling CarbonFibre (rCF).

Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, universiti mengambil maklum mengenaipotensi industri pada masa hadapan yang merangkumi dua bidang utama iaitu aeroangkasa danminyak dan gas seperti yang dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato'Sri Mustapa Mohamed dalam ucapannya.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

USM SUMBANG KEPAKARAN DALAM PROJEK RECYCLEDCARBON FIBRE (rCF)22

MAR

4/5/2018 USM News Portal - USM SUMBANG KEPAKARAN DALAM PROJEK RECYCLED CARBON FIBRE (rCF)

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4795-usm-sumbang-kepakaran-dalam-projek-recycled-carbon-fibre-rcf 2/4

Menurut Naib Canselor, kolaborasi "Triple helix" yang melibatkan usahasama Universiti Awam(UA) ,institusi penyelidikan dan industri merupakan satu contoh projek pemacuan berlandaskan industriyang mampu memberikan impak yang besar pada masa depan industri komposit negara.

Projek recycled Carbon Fiber (rCF) ini adalah selari dengan agenda kelestarian universiti dan ianyamenepati bidang penyelidikan fokus USM iaitu "Waste to Wealth".

Menurut sumber CTRM, pengeluaran pelbagai komponen kapal terbang dari bahan komposit carbonfibre menjana 310 ton sisa komposit setahun yang buat masa ini ianya dilupuskan di tapakpelupusan.

4/5/2018 USM News Portal - USM SUMBANG KEPAKARAN DALAM PROJEK RECYCLED CARBON FIBRE (rCF)

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4795-usm-sumbang-kepakaran-dalam-projek-recycled-carbon-fibre-rcf 3/4

USM melalui Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) bertanggungjawab dalammembangunkan teknologi "thermal pyrolysis" yang akan digunakan untuk menukarkan sisa kompositcarbon fibre menjadi rCF berkualiti yang berpotensi untuk digunakan dalam pelbagai industri. Inisecara tidak langsung akan membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara menerusi aktivitihiliran.

Majlis pertukaran MoA ini diadakan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA'17) diPusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi dan pada tahun ini buat pertama kalinya disertaioleh 36 buah negara dalam pameran udara dan maritim yang berlangsung dari 21 sehingga 25 Mac.

4/5/2018 USM News Portal - USM SUMBANG KEPAKARAN DALAM PROJEK RECYCLED CARBON FIBRE (rCF)

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4795-usm-sumbang-kepakaran-dalam-projek-recycled-carbon-fibre-rcf 4/4

Hadir sama Pengarah SERC Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak dan penyelidik dari Pusat PengajianKejuruteraan Aeroangkasa.

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Muhammad Firdaus Khiruddin 

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015