makanan terdiri daripada 2 jenis nutrien iaitu makronutrien

26
Makanan terdiri daripada 2 jenis nutrien iaitu makronutrien dan mikronutrien MAKANAN MAKRONUTRIEN KARBOHIDRAT PROTEIN LEMAK MIKRONUTRIEN VITAMIN DAN GARAM MINERAL

Upload: atashi-wina

Post on 17-Nov-2015

380 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Makanan terdiri daripada 2 jenis nutrien iaitu makronutrien dan mikronutrien

Makanan terdiri daripada 2 jenis nutrien iaitu makronutrien dan mikronutrien

MAKANANMAKRONUTRIENKARBOHIDRATPROTEINLEMAKMIKRONUTRIENVITAMIN DAN GARAM MINERAL

MAKRONUTRIENKarbohidrat = Gula ataupun kanji yang merupakan sumber tenaga utama untuk menjalankan aktiviti harian.Contoh: nasi, mi, roti, biskut, pasta, ubi-ubian

Protein = berfungsi untuk membina, memelihara dan mengganti tisu dalam badan. Terlibat dalam pembentukan enzim dan hormon.contoh: Ayam, daging lembu, ikan, telur

Lemak = salah satu sumber tenaga. Berfungsi untuk melindungi organ penting dan penting untuk pembentukan sistem saraf dan otakcontoh: minyak, mentega, lemak pada haiwan

MIKRONUTRIENVitamin & Garam mineral = memastikan organ-organ badan berfungsi dengan baik.Contoh: vitamin A, B, C, kalsium, zat besi

MALNUTRISIMalnutrisi adalah lebih dari merasa lapar atau tidak mendapat makanan yang secukupnya. Malnutrisi bermaksud kekurangan makanan seimbang pada individu atau populasi. Sebagainya contohnya, kekurangansumber-sumber seperti protein yang diperlukan untuk membina badan dan otot yang sihat, sementara kalori pulaadalah sukatan bagi tenaga yang diperlukan oleh badan. Manakala zat besi pula diperlukan untuk membolehkan sel darah berfungsi dengan sempurna. Antara simptom yang boleh menunjukkan berlakunya malnutrisi adalah seperti kanak yang sangat kurus. Namun malnutrisi juga boleh berlaku kepada anak-anak terlebih berat badan. Kekurangan nutrisi biasanya berlaku di negara yang membangun termasuklah beberapa kawasan di dunia ini.

Sekiranya badan tidak dapat menerima tenaga yang mencukupi daripada makanan, sudah pasti berat badan akan menurun dan kekurangan jumlah otot juga akan berlaku. Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi tidak dapat menyimpan lemak yang secukupnya dan kekurangan otot. Perkembangan minda boleh terganggu,dan kanak-kanak ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit kerana badan mereka tidak dapat melawan sebarang jangkitan penyakit yang berlaku. Malnutrisi turut menyumbang kepadapeningkatan jumlah kematian di kalangan kanak-kanak di negara membangun.Malnutrisi=pemakanan tidak seimbang; sama ada tidak cukup atau terlebih nutrisi

PUNCA MALNUTRISI1. tahap kesihatan yang rendah (mempunyai masalah penghadaman dan penyerapan makanan)2. kemiskinan (tidak mempunyai wang untuk membeli makanan yang berzat)3. tahap pendidikan yang rendah (tiada pengetahuan tentang pemakanan)4. kekurangan sumber makanan (tamanan dan ternakan musnah akibat bencana alam)

KESAN MALNUTRISISembelitObesKurang berat badanMudah dijangkiti penyakitMudah letihMasalah pembelajaranHormon tidak stabil

Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan tidak mampu melakukan aktiviti fizikal. Malnutrisi juga boleh merencatkan proses tumbesaran, mengakibatkan penyakit yang serius dan boleh membawa kematian. Tindakan sebilangan pelajar yang tidak mengutamakan pengambilan sarapan pagi boleh membawa kepada masalah nutrisi.

Pada umumnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan malnutrisi di sesebuah negara, iaitu tahap kesihatan yang rendah (masalah penghadaman dan penyerapan makanan), kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah dan kekurangan sumber makanan. Di Malaysia masalah nutrisi yang berlaku hanyalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pemakanan yang seimbang

PENYAKIT AKIBAT MALNUTRISI Kwashiorkor - Kaki dan tangan mengecil serta perut buncit akibat kekurangan protein, karbohidrat, vitamin dan garam mineral.Kesannya proses pembesaran dan perkembangan mental terencat. Marasmus cirit-birit, dehidrasi, rambut dan kulit menjadi kering akibat kekurangan protein dan kalori dalam diet.Kesannya proses pembesaran dan perkembangan mental terjejas teruk. Beri-beri Keletihan, hilang selera makan, sakit bahagian abdomen akibat kekurangan vitamin B1 (tiamina) dan mineral.Kesannya Sukar pernafasan serta membawa maut.

Anemia - Keletihan, pucat, kebas bahagian kaki dan tangan, tiada selera makan akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik.Kesannya Pembesaran sel darah merah, cirit-birit, dan mengurangkan sel darah putih dan platlet di dalam darah. Rabun malam Sukar melihat dalam gelap dan malam akibat kekurangan vitamin A.Kesannya Menghadkan kemampuan untuk bergerak pada waktu malam

ALERGI MAKANANalergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen bahan yang membangkitkan reaksi dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak,diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal.

Lazimnya, sistem imun akan menyerang bacteria merbahaya, virus dan bendasing di dalam badan sedangkan makanan tidak dianggap merbahaya. Alergi makanan berlaku apabilasistem imun tersalah dan menganggap satu komponen makanan tertentu, biasanya protein sebagai merbahaya lalu menyerangnya

SIMPTOM ALERGI MAKANANSimptom yang paling biasa bagialergi makananialah kegatalan kulit (seperti ruam netel), kegatalan atau bengkak lidah dan bibir, bersin, hidung tersumbat atau berair, (seakan sama dengan demam alergi tetapi dikenali sebagai rinitis), nafas yang pendek dan batuk.

Simptom-simptom bagiintolerans makananadalah sakit perut ataukolik, kembung, angin,cirit-birit dan kadang-kalamuntah. Simptom-simptom seperti migrain, suka meragam, dan kemerahan juga dikaitkan dengan diet.

Terdapat banyak keadaan lain yang juga menyebabkan simptom-simptom seakan sama seperti penyakit Crohns, kolitis berulser dan penyakit kolik, jadi elakkan daripada mencuba membuat diagnosis sendiri. Penting untuk mendapatkan diagnosis doktor anda supaya anak anda mendapat rawatan perubatan yang betul.

PUNCA ALERGI MAKANANa) Peningkatan pendedahan terhadap penghasilan hama dalam habuk rumah.b) Peningkatan pencemaran spesifik dari enjin diesel yang mencetuskan perengsaan (irritation) bronkial dan menyebabkannya lebih mudah diresapi oleh alergen paru-paru.c) Pengurangan frekuensi penyakit yang tidak berbahaya semasa bayi. Ini menyebabkan sistem sel T helper(sejenis sel darah putih) beralih daripada sel Th1 ke sel Th2(yang memainkan peranan dalam tindak balas alahan).

TANDA-TANDA ALERGI MAKANANTandanya terdiri daripadagatal2 (gegata), eczema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronchitis.Kebanyakan reaksi adalah ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang membawa maut

MAKANAN yang MENGAKIBATKAN ALERGI1) Putih telur2) Susu lembu3) Soya4) Gandum5) Kacang tanah6) Buah-buahan citrus7) Biji bijan8) Ikan9) Sotong.10) Reaksi alahan terhadap bahan tambahan dalam makanan ( food additives) dan coklat adalah amat jarang.

LANGKAH MENGATASI ALERGICara yang paling baik ialah denganmenyusui bayi anda secara ekslusif selama sekurang2nya 6 bulan. Susuibu merupakansusu hipoalergenik yang unggul dansumber penting antibodyyang dikenali sebgai immunoglobulin a (IgA)

Antara langkah lain yang berkesan dalam mencegah mahupun mengurangkan risiko alergi makanan ialah :*tentukan risiko alergi bayi anda melalui catatansejarah alergi keluarga anda.*sekiranya anda tidak dapat menyusui anak anda kerana masalah perubatan, berundinglah dengan doctor anda tentang pilihan lain sepertirumusan hipoalergenik.

* susu kacang soya dan rumusan susu kambing tidak mengurangkan risiko alergi dengan berkesan.* makanan pejal diperkenalkan kepada bayi anda hanya selepas dia berumur 6 bulan. Berikan satu jenis makanan baru setiap minggu tetapi elakkan makanan yang sangat alergenik dalam tahun pertama.* kurangkan habuk di dalam rumah.* jangan pelihara haiwan di rumah atau di pusat penjagaan kanak2.* jangan merokok semasa mengandung ataupun berhampiran dengan anak anda.

ALERGI MAKANAN BAGI BAYIBayi kadangkala menjadi alergik kepada makanan tertentu, seperti gandum, telur, susu, makanan soya, kacang, kerang-kerangan, ikan dan buah sitrus. Simptom alergi semulajadi, umpamanya ruam tebal atauberdehit,atau bengkak bibir dan lidah, selalunya datang dalam satu atau dua jam selepas memakannya. Jika anda mensyaki bayi anda alergik terhadap sesuatu makanan, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda dan dia mungkin akan mencadangkan ujian alergi.

Bayi juga boleh menjadi alergik terhadap makanan tertentu dan ini adalah berbeza dari alergi semulajadi. Simptom ketidaktoleransi makanan lebih cenderung menjejaskan sistem pencernaan dan menyebabkan sakit perut,kolik,kembung,angin,diarhea,dan kadangkalamuntah.

Jika anda mensyaki anak anda mempunyai ketidaktoleransi makanan, jumpalah pakar pediatrik anda, yang akan merujuknya kepada pakar diet. Pakar diet mungkin merancangkan diet yang mengasingkan makanan larangan, yang mana makanan yang disyaki dikeluarkan kemudian dimasukkan kembali secara perlahan. Ini membantu mengenal pasti makanan yang menyebabkan alergi itu.

Jika bayi andadiberikan formuladan didapati mempunyaiketidaktoleransi atau alergi terhadap susu lembu,pakar diet mungkin akan mencadangkan agar bayi anda beralih keformula soyaatau formula yang mengandungi susu lembu yang sudah diubahsuai untuk bayi yang mempunyai alergi atau ketidaktoleransi.

SUP PASTA UNTUK KANAK- KANAK

SNEK SIHAT UNTUK KANAK- KANAK