makanan kegemaran saya

Upload: bongshuyng

Post on 13-Feb-2018

348 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Makanan Kegemaran Saya

    1/2

    Makanan Kegemaran Saya

    Menurut Kamus Dewan, makanan bermaksud apa-apa

    sahaja yang boleh dimakan oleh manusia seperti nasi,

    roti dan sebagainya. Sebenarnya, makanan yang kitaambil itu mengandungi zat seperti vitamin, protein

    dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis makanan

    yang boleh didapati di Malaysia seperti makanan laut,

    makanan tradisional, makanan ringan dan kuih-muih.

    Makanan kegemaran ialah makanan kesukaan kita

    sehari-hari.

    egara kita, Malaysia merupakan syurga pelbagaijenis makanan. !ntara makanan yang terkenal dan

    menjadi kegemaran ialah ikan bakar, sayur-sayuran,

    ayam goreng, nasi goreng, buah-buahan dan lain-lain

    lagi. Seperti orang lain, saya juga mempunyai

    makanan kegemaran yang tersendiri. Makanan

    kegemaran saya ialah ayam goreng.

    Saya menyukai makanan ini kerana ayam gorengsenang dimasak dan disediakan. "ahan mentah, yakni

    daging ayam mudah diperoleh di pasaran tempatan

    seperti di pasar pagi, pasar malam dan pusat beli-

    belah di seluruh negara. #arga daging ayam pula

    berpatutan. Selain itu, ayam goreng juga boleh

    didapati di $estoran K%&, jamuan majils perkahwinan

    dan hari jadi serta perayaan-perayaan utama di

    negara kita seperti #ari $aya 'uasa, Tahun "aharu&ina, Deepavali dan Krismas.

    Selain ayam goreng, pelbagai jenis resipi masakan

    daging ayam boleh kita nikmati. Masakan atau lauk

    yang berasaskan daging ayam adalah seperti rendang

  • 7/23/2019 Makanan Kegemaran Saya

    2/2

    ayam, kari ayam, ayam panggang, ayam per(ik, sate

    ayam, bebola ayam dan sebagainya. Sesungguhnya,

    makanan kegemaran saya, iaitu ayam goreng turut

    menjadi makanan pilihan utama rakyat majmuk

    Malaysia pada hari ini.