simpulan bahasa - web viewkursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat...

33
1. Abang angkat Lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 2. Abang ipar Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Hafiz ialah abang ipar Umar. 3. Abang kandung Abang yang seibu sebapa. Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. 4. Abu angin Telah musnah sama sekali. Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar. 5. Abu Jahal Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. 6. Abu Lahab Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. 7. Abu Nawas Orang yang suka berhelah. Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu. 8. Ada akal Cara menyelesaikan sesuatu masalah. Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya. 9. Ada angin Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu. Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah. 10. Ada bakat Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya. Izzah ada bakat menjadi penulis novel. 11. Ada can Ada peluang. Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair. 12. Ada gaya Ada ciri-ciri yang memperlihatkan Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia

Upload: lythuan

Post on 01-Feb-2018

300 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

 

1. Abang angkat

Lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.

Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang iparSuami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.

Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang kandung Abang yang seibu sebapa.

Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu angin Telah musnah sama sekali.

Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu Nawas Orang yang suka berhelah.

Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada akal Cara menyelesaikan sesuatu masalah.

Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada anginOrang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

10. Ada bakat

Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.

Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada can Ada peluang.

Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

12. Ada gaya Ada ciri-ciri yang memperlihatkan

Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi

Page 2: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

kebolehannya. dan tampan.

13. Ada hati Keinginan.

Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada jalanAda cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-ada Ada sesuatu. Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.

16. Adat balai Adat dalam istana raja. Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

17. Adik angkat

Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.

Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik ipar Adik kepada isteri atau suami. Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik kandung Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.

Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu buku = Beradu buku Bertinju. Samad beradu buku dengan

Wahid.

21. Adu domba = Mengadu domba

Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.

Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

22. Adu kening = Beradu kening Berhadap-hadapan muka.

Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

23. Adu lengan = Beradu lengan Beradu kekuatan. Wira dan Jaka beradu lengan di

hadapan gadis itu.

24. Adu nasib = Mengadu nasib Mencari rezeki.

Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu untung Mencari rezeki.

        

Page 3: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

   

1. Babi buta = Membabi buta

Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.

Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.

2. Bahasa ibunda Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.

Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

3. Bahasa kasar = Berbahasa kasar

Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.

Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya.

4. Bahasa pasar Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.

Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan.

5. Baik budi Baik hati. Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.

6. Baik hati Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.

7. Baik sangka Berpendapat yang orang lain baik.

Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang.

8. Balas budi = Membalas budi

Balas jasa dan berterima kasih.

Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.

9. Balas guna Balas jasa dan berterima kasih.

10. Balik gagang = Berbalik gagang Berpihak kepada musuh.

Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.

11. Balik hati = Berbalik hati Berubah pendirian. Dia telah berbalik hati dan tidak

jadi meninggalkan kampungnya.

12. Bangkai bernyawa Orang yang tidak berguna. Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.

13. Bantal lengan = Berbantal lengan

Kehidupan yang terlalu miskin.

Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.

14. Banting tulang = Membanting tulang Bekerja bermati-matian.

Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.

Page 4: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

15. Banyak akal Banyak helah. Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.

16. Banyak cakap Orang yang suka berleter. Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya.

17. Banyak mulut Orang yang suka berleter.

18. Bapa angkat

Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.

Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri,kata Salmah kepada Karim."

19. Bapa kandung Bapa sebenar. Bapa kandung saya tinggal di Perak.

20. Basuh mulut = Pembasuh mulut

Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.

Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.

21. Batu api Orang yang suka menghasut.

Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.

22. Batu loncatan Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar.

Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan.

23. Bau-bau bacang Persaudaraan yang jauh.

Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.

24. Bawa alamat Memberi tanda. Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.

25. Bawa diri = Membawa diri

a. Pandai bergaul. b. Melarikan diri.

a. Mei Ling pandai membawa diri apabila bertemu keluarga mentuanya. b. Dia membawa diri ke seberang untuk mencari pekerjaan.

        

 

Page 5: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

 

1. Cabut nyawa Membunuh. "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta Rashidah.

2. Cacing gila Meronta-ronta. Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila.

3. Cacing kepanasan Gelisah. Dia seperti cacing kepanasan apabil disoal polis.

4. Cacing naik ke mata Kelakuan atau perbuatan yang melampau.

"Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata," kata Tuk Penghulu.

5. Cahaya mata Anak. Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.

6. Cakap angin Cakap-cakap yang tidak berfaedah.

Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan.

7. Cakap besar Meninggi diri. Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.

8. Cakap mulut Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.

Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut.

9. Cakap tinggi Meninggi diri.

10. Cakar awan = Pencakar awan

Bangunan-bangunan yang tinggi.

Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.

11. Cakar ayam Tulisan yang buruk. Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.

12. Cakar langit = Pencakar langit

Bangunan-bangunan yang tinggi.

13. Campur cakap Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

"Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya," kata ayah.

14. Campur mulut Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

15. Campur tangan Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

16. Cangkul angin Melakukan perbuatan yang sia-sia.

Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan.

17. Cari akal = Mencari akal Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan

Page 6: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

anak-anaknya.

18. Cari bala Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.

19. Cari fasal Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.

Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.

20. Cari fikiran Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

21. Cari ikhtiar Berusaha bersungguh-sungguh.

Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.

22. Cari jalan Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

23. Cari makan Bekerja atau mencari rezeki.

Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

24. Cari muka Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.

Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.

25. Cari nama = Mencari nama

Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.

Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

        

 

1. Dabik dada = Mendabik dada

Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.

Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya.

2. Dagang piatu Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara.

Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia.

3. Daki dunia Harta dunia. Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia.

4. Dakwat tumpah Rambut yang hitam lebat. Rambut Rozita yang bagai dakwat tumpah itu sungguh cantik dipandang.

5. Dalam kekeringan Sewaktu seseorang itu tidak Saya dalam kekeringan bulan

Page 7: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

mempunyai wang.

ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki kereta saya yang rosak.

6. Dalam tangan Sesuatu yang pasti akan dimiliki.

Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.

7. Dapat hati Beroleh cinta, cinta yang berbalas.

Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Jusoh sering kelihatan tersenyum sendirian.

8. Dapat khabar = Mendapat khabar Menerima berita.

Pak Leman mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di United Kingdom.

9. Dapat malu = Mendapat malu Menanggung malu.

Ah Hok mendapat malu apabila dia ditangkap kerana mengedar dadah.

10. Dapat nama = Mendapat nama Menjadi terkenal.

Anisa mendapat nama setelah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen.

11. Dapat terpijak Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

Zainon dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000.

12. Darah baru setampuk pinang Masih muda.

Walaupun Sira seperti darah baru setampuk pinang dia berani berhadapan dengan musuh di perbatasan.

13. Darah daging Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

Anak abang saya adalah darah daging saya.

14. Darah gemuruh Mudah gugup. Swee King tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh.

15. Darah manis Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.

Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.

16. Darah panas Cepat marah. Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas.

17. Darah putih Keturunan bangsawan.

Kassim sebenarnya berdarah putih dan nama sebenarnya ialah Raja Kassim bin Raja Alauddin.

Page 8: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

18. Datuk nenek Leluhur. Petua datuk nenek tidak harus dilupakan.

19. Delima merekah Warna bibir yang cantik. Bibirnya yang bagai delima merekah itu sentiasa mengukir senyuman.

20. Depan hidung = Di depan hidung Terlalu dekat.

Bakul besar yang di depan hidung pun dia tidak nampak, apalagi kalau disuruh mencari jarum.

21. Detak hati Perasaan, kata hati. Detak hatinya mengatakan bahawa adiknya masih hidup.

22. Detik jantung Bunyi degup jantung. Seakan terhenti detik jantung Ayu apabila mendengar berita kematian sahabat baiknya.

23. Diam diri = Berdiam diri Tidak berkata-kata. Dia hanya berdiam diri dalam mesyuarat itu.

24. Diam penggali Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.

Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali.

25. Diam-diam lepu Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.

Jangan percayakan Azhar itu kerana dia diam-diam lepu.

         

 

1. Ekor belangkas Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.

Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan.

2. Ekor lipas Rambut pada lubang tengkuk.

Anak remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.

3. Ekor mata Sudut mata. Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam.

4. Ekor pulau Hujung pulau. Tanah di bahagian ekor pulau itu sangat subur.

5. Elok budi Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah.

Jalilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Puteh.

6. Emas putih Campuran emas berwarna putih.

Cincin perkahwinannya yang diperbuat daripada emas putih itu berharga beribu-ribu ringgit.

Page 9: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

7. Emas tempawan Orang yang dikasihi. Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.

8. Embun betina Titis embun yang kecil-kecil.

Embun betina yang turun mendinginkan lagi suasana malam itu.

9. Embun jantan Titis embun yang besar-besar.

Aku berasa sejuk kerana embun jantan mulai turun,"" kata Nordin.

           

 

1. Faham kiri = Berfahaman kiri

Berfikiran politik yang radikal.

Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.

2. Fajar menyingsing Awal pagi.

Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Ledang sebelum fajar menyingsing.

3. Fasih lidah Pandai berkata-kata.

Dia memang fasih lidah dan dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan tepat.

         

 

1. Gadai bergolok = Bergadai bergolok

Berbelanja sehingga berhabis.

Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya.

2. Gadai nyawa = Bergadai nyawa

Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.

Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu.

3. Gadis sunti Anak perempuan yang belum baligh.

Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah.

4. Gaji butaMendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.

Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.

5. Gaji pokok Gaji tanpa bayaran yang lain.

Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan.

6. Gambaran hidup Teladan. Kita patut menjadikan kejadian

Page 10: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

tanah runtuh itu sebagai gambaran hidup.

7. Ganti tikarBerkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.

Arif rela ganti tikar daripada mengahwini perempuan lain tambahan pula anak-anaknya amat manja dengan adik iparnya itu.

8. Garam hidup Pengalaman. Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi.

9. Gatal mulut Suka bercerita keburukan orang.

Tidak salah berbual-bual dengan jiran tetangga asalkan tidak gatal mulut.

10. Gatal tangan Suka membuat yang bukan-bukan.

Saya tidak mahu membawa Halizah ke rumah Mak Busu kerana dia suka gatal tangan sehingga habis bunga Mak Busu dirosakkan.

11. Gelap buta Sangat gelap.

"Salmah, jangan berjalan dalam gelap buta seorang diri, takut terjadi sesuatu yang tidak diingini," nasihat Pak Mat kepada anaknya.

12. Gelap fikiran Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.

Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar.

13. Gelap hati Sukar memahami pelajaran. Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus.

14. Gelap mataa. Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah. b. Pitam.

Jabu terjatuh sebaik saja kakinya mencecah di garisan penamat dalam perlumbaan 500 meter itu kerana gelap mata.

15. Gelap pemandangan Pitam.

16. Gelap wang = Menggelapkan wang

Menggunakan wang yang bukan hak.

Pekerja yang menggelapkan wang syarikat itu sekarang berada dalam tahanan polis.

17. Gelegar buluh Bercakap besar tetapi kosong.

Saya tidak berminat mendengar ceramahnya kerana cakapnya lebih berbunyi gelegar buluh daripada tindakan sebenarnya.

18. Geli hati Rasa lucu hendak tertawa. Geli hati saya melihat telatah badut dalam persembahan sarkas itu.

Page 11: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

19. Gelora hati Perasaan yang tidak tenang. Dia tidak dapat menahan gelora hati untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Kashmir.

20. Gelora semangat Perasaan berkobar-kobar.

Bergelora semangatnya untuk mempertahankan rekod dunianya di Sukan Olimpik kali ini.

21. Gencatan senjata Memberhentikan peperangan.

Kedua-dua belah pihak yang berjuang telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.

22. Gendang paha = Bergendang paha

Bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan.

Musuh politiknya bergendang paha apabila tersebar berita dia dijatuhi hukuman penjara.

23. Gerak badan Bersenam.

Setiap pagi pasukan kadet itu berkawad dan melakukan gerak badan di padang kem tentera tersebut.

24. Gerak hati Perasaan. Gerak hatiku mengatakan aku akan berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.

25. Gerak jalan Latihan berjalan sebagai satu pasukan.

Rumah Biru mengadakan latihan gerak jalan pada setiap hari Sabtu.

         

 

1. Habis akal Bingung setelah berusaha sedaya upaya.

Saya seolah-olah habis akal untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.

2. Habis bulan Hujung bulan. Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.

3. Habis jadi abu Musnah.

Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

4. Habis jodoh Bercerai. Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.

5. Habis modal a. Tidak ada lagi modal yang tinggal. b. Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.

a. Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini. b. Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal

Page 12: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

untuk bercakap.

6. Habis nyawa = Menghabiskan nyawa

a. Mati. b. Menebus dengan nyawa.

a. Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya. b. Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.

7. Habis perkara Selesai. Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi.

8. Habis tahun Penghujung tahun.

Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.

9. Halwa mata Persembahan yang mengasyikkan.

Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.

10. Halwa telinga Sesuatu yang baik untuk didengar.

Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.

11. Hampa tangan Tidak mendapat apa-apa. Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu.

12. Hancur hati Sangat sedih. Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu.

13. Hangat hati Sangat marah. Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.

14. Hangat-hangat kuku Suam-suam.

Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik.

15. Hangat-hangat tahi ayam Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.

Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.

16. Hangus hati Sangat marah.

17. Harga diri Maruah. Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.

18. Harga mati Harga tetap. Semua barang di pasar raya itu

Page 13: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

dijual dengan harga mati.

19. Harga pokokHarga yang belum dicampur dengan belanja lain.

Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal.

20. Hati batu Degil atau mempunyai azam yang kuat.

Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.

21. Hati berlian = Berhati berlian Sangat baik hati.

Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri.

22. Hati kecil Perasaan dalam batin. Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.

23. Hati muda Rasa muda dalam hati. Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda.

24. Hati nurania. Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan. b. Perasaan hati yang murni.

a. Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur. b. Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.

25. Hati tawajuh Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.

Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan.

          

1. Ibu angkatPerempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.

Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.

2. Ibu ayam Perempuan yang memperdagangkan pelacur.

Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

3. Ibu kandungPerempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.

Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.

4. Ibu keladiOrang tua yang berkelakuan seperti orang muda.

Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

5. Ibu pertiwi Tanah tempat kelahiran. Malaysia merupakan ibu

Page 14: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

pertiwiku yang dicintai.

6. Ikat diri = Mengikat diri Terlalu berat.

Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.

7. Ikat hati = Mengikat hati Menawan. Senyumannya telah mengikat hati saya.

8. Ikat janji = Mengikat janji Membuat perjanjian.

Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.

9. Ikat kata = Mengikat kata Menggubah kata.

Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya.

10. Ikat perut Mengurangkan makan kerana kemiskinan.

Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.

11. Intan baiduri Orang yang dikasihi.

12. Iri hati Dengki. Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

13. Isi dada Sesuatu yang terfikir dalam hati.

Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.

14. Isi hati Sesuatu yang terfikir dalam hati.

15. Isi perut Sesuatu yang terfikir dalam hati.

16. Isi rumahKeluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.

Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya.

           

 

1. Jadi abu arang Barang yang telah rosak. Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.

2. Jadi bapa kudaOrang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.

Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu.

3. Jadi bumi langit Orang yang sangat diharapkan.

Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.

Page 15: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

4. Jadi fikiran = Menjadi fikiran

Masalah yang harus difikirkan.

Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri rumah.

5. Jadi umang-umang Suka menggunakan hak orang lain.

Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini.

6. Jaga hati = Menjaga hati Bertolak ansur dan saling menghormati.

Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing.

7. Jaga mulut Berhati-hati bila bercakap. Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan.

8. Jalan belakang Menggunakan cara yang tidak sah.

Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.

9. Jalan buntu Sesuatu yang tiada penyelesaian.

Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.

10. Jalan damaiMenyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.

Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan.

11. Jalan fikiran Cara berfikir. Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini.

12. Jalan kaki Berjalan tanpa kenderaan. Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.

13. Jalan tengah Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.

Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah dapat didamaikan.

14. Jarum halus Tipu muslihat.

Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin.

15. Jatuh air muka Menjadi malu. Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.

16. Jatuh bangun Maju mundur. Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.

Page 16: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

17. Jatuh cinta Menaruh cinta (kasih). Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

18. Jatuh dari langitMendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

19. Jatuh harga diri Jatuh maruah.

Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.

20. Jatuh hati Menaruh cinta (kasih).

21. Jatuh melarat Menjadi miskin.

Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami kerugian.

22. Jatuh nama Menanggung malu.

23. Jatuh sakit Mendapat sakit. Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan itu.

24. Jatuh semangat Hilang keberanian.

Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh.

25. Jejak bahu Sampai ke paras bahu.

         

 

1. Kacang hantu Orang jahat.

Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.

2. Kaki arak Orang yang suka minum arak.

Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak.

3. Kaki ayam = Berkaki ayam Tidak memakai kasut.

Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.

4. Kaki bangku Tidak pandai bermain bola. Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

5. Kaki botol Orang yang suka minum

Page 17: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

arak.

6. Kaki buliOrang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.

Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.

7. Kaki gaduh Orang yang suka bergaduh. Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.

8. Kaki gunung Di bahagian permulaan gunung.

Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak.

9. Kaki hutan Tepi hutan.

10. Kaki judi Orang yang suka bermain judi.

Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi.

11. Kaki langit Langit di bahagian bawah. Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.

12. Kaki lima Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.

Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti.

13. Kaki perempuan Lelaki yang suka mengganggu perempuan.

14. Kaki rambu Orang yang suka merayau.

Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.

15. Kaki seribu Cabut lari.

16. Kaki umpat Orang yang suka mengumpat orang.

Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja.

17. Kaki wayang Orang yang suka menonton wayang.

Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang ditayangkan di panggung itu.

18. Kaku lidah Tidak dapat bercakap dengan lancar.

Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam kes rasuah.

19. Kambing hitam Orang yang dipersalahkan. Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu.

Page 18: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

20. Kampung halaman Kampung tempat dilahirkan.

Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke kampung halamannya.

21. Kata dua

Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan.

Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.

22. Kata hati Perasaan.

23. Kata pujangga Perkataan orang bijak pandai.

Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.

24. Kata putus Ketentuan yang terakhir. Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-ahlinya bertelagah.

25. Kaya anak Banyak anak.

Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia.

        

1. Langit hijau Sangat jauh. Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit hijau.

2. Langkah baik

Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik.

Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran.

3. Langkah bendul Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.

Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya.

4. Langkah kanan Bernasib baik; bertuah.

Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah durian.

5. Langkah kiri Malang. Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan.

6. Langkah seribu Cabut lari. Kami membuka langkah seribu

Page 19: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

apabila dikejar oleh orang gila itu.

7. Langkah sumbang Cara atau perbuatan yang tidak betul.

Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya semasa bersilat tadi.

8. Lapang dada Perasaan lega.

Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti.

9. Lapang hati Perasaan lega.

10. Lapik perut Makan sedikit.

11. Lari semangat Terkejut.

12. Laut lepas Tengah laut. Ikan paus itu berada di laut lepas.

13. Lebai malang Orang yang selalu mengalami nasib malang.

Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.

14. Lembut gigi daripada lidah

Pandai berkata-kata; memujuk rayu.

Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah.

15. Lembut hati Penyayang. Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati.

16. Lena ayam Belum tidur betul. Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam.

17. Lepas angan-angan Membuat sesuatu yang diingini.

Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan untuk membeli kereta baru.

18. Lepas diri Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.

Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang hal itu.

19. Lepas tanganTidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

20. Lidah bercabangPercakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.

Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.

21. Lidah biawakPercakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.

Page 20: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

22. Lidah keras Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.

Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan.

23. Lidah panjang Suka menghasut. Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-peranda.

24. Lidah tak bertulang Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.

Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang lidah tak bertulang.

25. Lintah daratPeniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.

         

 

1. Mabuk darah

a. Pening kerana melihat darah yang banyak. b. Pengsan kerana terlalu banyak mengeluarkan darah. c. Mengamuk seolah-olah hilang ingatan kerana melihat darah.

a. Salmi mabuk darah apabila melihat keadaan adiknya. b. Salman mabuk darah kerana luka di dadanya mengeluarkan banyak darah. c. Tentera itu mabuk darah lalu melepaskan tembakan rambang.

2. Mabuk gunung Mabuk ketika berada di tempat yang tinggi.

Rahmah mabuk gunung semasa mendaki Gunung Kinabalu.

3. Mabuk kecubungSangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

4. Mabuk kepayangSangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

5. Mabuk laut Pening dan muntah semasa belayar.

Si Tanggang telah seminggu mabuk laut dan terlantar di geladak kapal.

6. Mabuk selasihSangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

7. Mahkota hati Orang kesayangan; kekasih.

8. Mahkota negeri Raja. Raja Nazrin telah ditabalkan menjadi mahkota negeri Perak Darul Ridzuan.

9. Main mata = Bermain Memberikan isyarat dengan Pemuda itu bermain mata untuk

Page 21: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

mata mata. mendapatkan perhatian daripada Kak Leha.

10. Makan angin Berehat atau bersiar-siar. Pada hujung minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke Kota Bharu.

11. Makan angkat Orang yang suka dipuji. Pembantu rumah saya makan angkat, kalau dipuji semakin rajin dia bekerja.

12. Makan beradapMakan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).

Mak Andak menemankan pengantin semasa makan beradap.

13. Makan berdamaiMakan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).

14. Makan besar Mengadakan jamuan. Jemputlah ke rumah kerana ada makan besar petang ini.

15. Makan budi = Termakan budi

Menerima pertolongan orang.

Akibat termakan budi pak ciknya, Zali dipaksa berkahwin dengan sepupunya.

16. Makan bungaMengambil keuntungan daripada wang yang dipinjamkan.

Ceti itu makan bunga dengan mengenakan kadar faedah 20% daripada jumlah wang yang dipinjam.

17. Makan darah Sesuatu yang dijual dengan harga yang sangat mahal.

Penjaja di kampung itu makan darah kerana kain yang dijualnya sangat mahal berbanding dengan harga di bandar.

18. Makan diriBerasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri.

Semenjak ditinggalkan oleh suaminya, dia makan diri sehingga menjadi kurus kering.

19. Makan duit Mengambil wang secara haram; rasuah.

Pekerja yang makan duit syarikat telah dikenakan tindakan undang-undang.

20. Makan gaji Bekerja untuk mendapatkan upah.

Hasrom bekerja makan gaji dengan abangnya.

21. Makan garam Mempunyai banyak pengalaman dalam hidup.

Dengarlah nasihat orang tua kerana mereka telah lama makan garam.

22. Makan hatiBerasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri.

23. Makan kawan Mencelakakan kawan sendiri.

Jabir makan kawan sendiri apabila dia memfitnah Jamil.

Page 22: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

24. Makan suap Mengambil wang secara haram; rasuah.

25. Makan sumpahMendapat kesusahan setelah mengingkari sumpah.

Akibat dimakan sumpah, hidupnya menjadi miskin dan melarat.

         

 

1. Naik angin Terlalu marah. Dia naik angin apabila kawan-kawan mengusiknya.

2. Naik darah Terlalu marah.

3. Naik geram Menyampah. Naik geram saya melihat tingkah lakunya yang mengada-ada itu.

4. Naik kepala Berbuat sesuatu yang melampaui batas.

Anak manja itu naik kepala apabila ayahnya ada di rumah.

5. Naik minyak Menjadi marah dan mengganas.

Semasa Ali naik minyak, semua barang-barang yang ada di dalam rumahnya dibaling dan dipecahkannya.

6. Naik pitam Pening. Nenek naik pitam dan hampir pengsan kerana cuaca terlalu panas.

7. Naik saksi Menjadi saksi. Datuk Ali naik saksi dalam perbicaraan itu.

8. Naik semangat Bertambah berani. Dali naik semangat apabila lawannya jatuh setelah ditumbuknya.

9. Nama baik Maruah. Nama baik keluarga hendaklah dijaga, walau di mana pun kita berada.

10. Nasi damai

Nasi yang dihidangkan kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu.

Pengantin baru dihidangkan nasi damai selepas mereka bersanding.

11. Nujum Pak Belalang Tukang tilik palsu. Usah percaya cakapnya, dia sebenarnya Nujum Pak Belalang.

12. Nyawa-nyawa ikan Hampir mati. Burung itu nyawa-nyawa ikan semasa ditemui Ali.

13. Nyiur gading Pokok kelapa kuning. Halaman rumahnya dihiasi dengan pokok nyiur gading.

Page 23: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

          

1. Oleh-oleh Hadiah.

Ibu membawa beberapa helai kain batik dan pasu berukir sebagai oleh-oleh dari Indonesia.

2. Omong kosong Cakap-cakap yang tidak berfaedah.

3. Orang asing Orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.

Orang asing yang tinggal di negeri ini diberikan layanan yang baik.

4. Orang asli Penduduk asal sesebuah negeri.

Kebajikan orang asli di negara ini dikendalikan oleh Jabatan Orang Asli.

5. Orang atasan Orang yang berpangkat tinggi; pembesar.

Majlis itu akan dihadiri oleh orang atasan sahaja.

6. Orang berada Orang yang berharta. Jamiah orang berada dan disegani di kampung ini.

7. Orang besar Orang yang berpangkat tinggi; pembesar.

8. Orang biasa Rakyat biasa. Walaupun Tengku Kamal kerabat diraja dia tidak kekok bergaul dengan orang biasa.

9. Orang buangan Orang yang dihukum buang negeri.

Dia menjadi orang buangan dan tidak dibenarkan balik ke negerinya untuk jangka masa sepuluh tahun.

10. Orang buruan Orang yang dicari kerana kesalahan jenayah.

Pihak polis berjaya menangkap orang buruan itu ketika mereka cuba melarikan diri ke negara jiran.

11. Orang dagang Orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.

12. Orang dalam Orang yang bekerja dalam sesuatu jabatan.

Orang dalam disyaki terlibat dalam kecurian itu.

13. Orang dapur Orang perempuan. Hidangan ini disediakan oleh orang dapur saya, kata ayah kepada tetamu yang datang.

14. Orang darat Penduduk asal sesebuah negeri.

15. Orang gaji Pembantu rumah. Orang gaji saya berasal dari Filipina.

Page 24: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

16. Orang galangOrang yang menjadi pelindung kepada orang lain.

Ahmad sedia menjadi orang galang demi keselamatan majikannya.

17. Orang halus Roh, jin atau orang bunian.

Seorang bomoh telah dipanggil untuk menghalau orang halus yang dikatakan telah mengganggu penduduk kampung.

18. Orang harapanOrang yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas.

Sarjan Haris menjadi orang harapan dalam misi yang berbahaya itu.

19. Orang kanan Orang yang diharapkan.

Haliza menjadi orang kanan di syarikat itu setelah Pengurus Besarnya meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.

20. Orang tua-tua Orang bijak dan berpengalaman.

Dengarlah nasihat orang tua-tua kerana mereka lebih berpengalaman dalam hidup.

21. Orang upahanOrang yang dibayar untuk membuat sesuatu kerja biasanya yang tidak baik.

Jaiman menjadi orang upahan dalam kes pembunuhan itu.

22. Otak beku Bodoh. Ajarlah dia secara berperingkat-peringkat kerana dia otak beku.

23. Otak cair Pandai. Habsah otak cair dan dia dapat menjawab semua soalan dengan tepat.

24. Otak udang Bodoh.

       

 

1. Pacat kenyang Pulang segera sesudah makan.

Rafeah seperti pacat kenyang kerana setelah dia makan segera hendak pulang.

2. Padang jarak padang tekukur Musnah.

Mengikut legenda, Pulau Langkawi telah disumpah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

3. Pak sanggupOrang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan.

Rahmat menjadi pak sanggup dengan mengahwini Aishah demi menjaga nama baik gadis itu.

4. Pak turut Orang yang mengikut sahaja.

Sikap Hamdan yang pak turut menyebabkan dia terjebak dalam sindiket penyeludupan.

Page 25: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

5. Paku belanda Harga tetap. Barang-barang di situ semuanya paku belanda dan tidak boleh ditawar lagi.

6. Paling hati = Berpaling hati Tidak setia.

Akibat tidak menepati janji, para penyokongnya telah berpaling hati.

7. Paling tadah Tidak setia.

8. Panas rezeki Sukar mendapat rezeki. Zahari panas rezeki dan sudah tiga bulan dia menganggur.

9. Panjang akal Cerdik.

Walaupun miskin tetapi dia panjang akal. Akhirnya dia berjaya menjadi seorang jutawan.

10. Panjang ekor Berani berbuat jahat.

Dia memang panjang ekor kerana murid lain ke sekolah tetapi dia berjalan-jalan di pasar raya.

11. Panjang fikiran Cerdik.

12. Panjang lidahSuka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap.

Jangan panjang lidah nanti terjadi pergaduhan di kalangan teman-teman sekerja.

13. Panjang tangan Orang yang suka mencuri.

14. Pasang badan Berhias diri untuk memikat.

Beberapa bulan selepas kematian isterinya, Pak Mail mula pasang badan.

15. Pasang kaki Mengadakan pengintip.

Pihak berkuasa terpaksa pasang kaki di pelabuhan-pelabuhan untuk membanteras kegiatan penyeludupan.

16. Pasang mata Memerhatikan baik-baik; waspada.

Pengawal keselamatan itu terpaksa pasang mata kerana barang kemas yang dipamerkan mahal-mahal belaka.

17. Pasang telinga Mengintip atau mencuri dengar perbualan.

Ah Mun pasang telinga semasa abangnya berbual di telefon.

18. Pasar gelap Tempat jual beli yang tidak sah.

Peniaga pasar gelap itu telah ditangkap kerana menjual barangan curi.

19. Patah arang = Berpatah arang

Perselisihan yang tidak dapat didamaikan lagi.

Sulaiman telah berpatah arang dengan keluarga Salimah setelah pinangannya ditolak.

20. Patah hati Kecewa. Sudin tidak patah hati walaupun telah dua kali gagal dalam

Page 26: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

pertandingan itu.

21. Patah kandarSesuatu yang bertambah sukar; hilang tempat bergantung.

Hidup Salmi patah kandar sejak suaminya tidak bekerja.

22. Patah lagu Getaran suara apabila menyanyi.

Dendangan lagu Siti Nurhaliza menarik perhatian saya. Patah lagunya sungguh mengasyikkan.

23. Patah lidah Tidak dapat berkata-kata dengan lancar.

Semasa perdebatan itu saya seperti patah lidah apabila hendak mengemukakan pendapat.

24. Patah perang Kalah perang.

Dalam pertempuran di sempadan Thailand, pihak komunis telah patah perang dengan tentera Malaysia.

25. Patah semangat Hilang kemahuan untuk berusaha.

Setelah berumah tangga Mas Anizan patah semangat untuk bergiat dalam bidang seni.

            

1. Rabun ayamTidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.

Ishak rabun ayam, sebab itulah dia tidak keluar pada waktu malam.

2. Rabun senjaTidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.

3. Raja bola Pemain bola yang handal. Mokhtar Dahari pernah menjadi raja bola pasukan Selangor.

4. Raja sehari Pengantin. Saya akan menjadi raja sehari dua hari lagi.

5. Rambang mata Tidak tahu mana yang hendak dipilih.

Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang cantik-cantik itu.

6. Rangkai hati Orang kesayangan; kekasih.

7. Retak tangan Nasib. Sudah retak tangan Kim Moi yang kehilangan ibu bapa pada usia yang begitu muda.

8. Rezeki harimau Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.

Tetamu yang datang ke majlis keraian itu dihidangkan dengan juadah bak rezeki harimau.

Page 27: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

9. Rezeki mahal Sukar mendapat rezeki.

10. Rezeki murah Selalu mendapat keuntungan.

Rahman rezeki murah kerana baru dua hari di bandar dia telah mendapat pekerjaan tetap.

11. Ringan kaki Suka melawat atau berkunjung.

Aku suka berkawan dengan Anis kerana dia ringan kaki dan mudah diajak berbincang.

12. Ringan kepala Mudah memahami.

Izyan memang bijak dan ringan kepala. Semua formula yang diajar oleh guru dapat difahaminya.

13. Ringan mulut Peramah dan fasih.

Izati seorang gadis yang ringan mulut dan berbudi bahasa, sebab itulah dia disenangi oleh rakan-rakannya.

14. Ringan tangan Suka menolong. Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia rajin dan ringan tangan.

15. Ringan tulang berat perut

Orang yang rajin bekerja dan memperoleh kesenangan.

Hasil usahanya yang ringan tulang berat perut dia hidup senang di waktu tua.

16. Ringan tulang Suka menolong.

17. Rosak hati Menderita. Rosak hati Zaiton kerana ditinggalkan suaminya.

18. Rosak nama Mendapat malu.

19. Rusuh hati Gelisah. Tuan Puteri Lelasari berasa rusuh hati kerana ayahandanya pergi berperang.

        

 

1. Sagu hatiWang atau pemberian yang diberikan sebagai ganti rugi.

Sagu hati akan diberikan kepada semua penghuni setinggan apabila rumah mereka dirobohkan.

2. Sakit akal Gila.

3. Sakit angauSangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

4. Sakit hati Marah kerana ditipu atau dihina.

Sakit hati saya apabila mendapat tahu dia telah menipu

Page 28: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

saya.

5. Sakit otak Gila.

6. Salah cakap Maklumat yang disampaikan tidak tepat.

Jangan cepat percaya pada cerita Salmi kerana dia selalu salah cakap.

7. Salah jalan = Tersalah jalan Tersesat.

Kami terlewat untuk menyaksikan persandingan Kamil kerana sewaktu kami hendak ke rumahnya, kami telah tersalah jalan.

8. Salah kata = Tersalah kata

Maklumat yang disampaikan tidak tepat.

9. Salah langkah Memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.

Disebabkan salah langkah hasil keluaran syarikatnya tidak mendapat pasaran yang baik.

10. Salah mulut Terlajak kata. Akibat salah mulut, Suzi telah dimarahi oleh ibunya.

11. Salah urat Terseliuh atau terpelecok. Dia salah urat semasa mengadakan latihan lompat tinggi semalam.

12. Sampah dunia Orang yang tidak berguna.

13. Sampah masyarakat Orang yang tidak berguna.

14. Sampai ajal Meninggal dunia. Sekian lama dia menderita sakit dan kini telah sampai ajalnya.

15. Sampai akal Dapat diterima akal.

16. Sampai hati Tergamak melakukan sesuatu.

Tidak sampai hati Tuk Ya hendak menembak rusa itu.

17. Saudara angkat

a. Orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita. b. Seseorang yang diakui sebagai saudara sendiri.

a. Jamil menjadi saudara angkat saya semenjak dia masih kecil. b. Semenjak Jamil tinggal bersama kami setelah kematian orang tuanya, kami menganggapnya sebagai saudara angkat kami.

18. Saudara anjing Adik-beradik seibu berlainan ayah.

Setelah ibunya berkahwin lain, Mariah memperoleh seorang saudara anjing bernama Mariana.

19. Saudara baru Orang yang baru memeluk agama Islam.

Salmiah Abdullah merupakan saudara baru dan kita perlu membimbingnya mendalami ilmu agama.

20. Saudara dekat Saudara -mara yang masih Kami saudara dekat kerana ibu

Page 29: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

dekat pertaliannya. kami adik-beradik.

21. Saudara jauh Persaudaraan yang jauh.

22. Saudara kandung Saudara seibu sebapa.

Ibu terpaksa menyerahkan saudara kandung saya kepada Mak Piah kerana kesempitan hidup.

23. Saudara pungut Orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita.

24. Saudara susu = Saudara susuan

Menjadi saudara atau adik-beradik kerana menyusu daripada perempuan yang sama.

Dia menjadi saudara susuan saya kerana ibu telah menyusuinya sejak dia masih bayi lagi.

25. Sehelai sepinggang Pakaian yang ada pada tubuh.

Mangsa kebakaran itu tinggal sehelai sepinggang kerana semua harta benda mereka telah musnah.

         

 

1. Tahan hati Cekal. Dia tahan hati menghadapi semua cabaran yang menimpa dirinya.

2. Tahi air Sampah yang mengapung di atas air.

Kolam itu dipenuhi dengan tahi air yang dibuang oleh penduduk di kawasan sekitar.

3. Tahi arak Orang yang suka minum arak.

4. Tahi ketam Sisa kayu yang diketam. Tahi ketam boleh digunakan untuk menanam pokok orkid.

5. Tahi lalat Titik atau tumbuhan kecil di kulit.

Mukanya bujur sirih dan bertahi lalat di tepi hidung.

6. Tahi minyak Cerewet. Linggam memang tahi minyak, ada sahaja yang tidak kena pada pandangannya.

7. Tahu adab Berbudi bahasa. Dia seorang yang tahu adab dan penghulu memandang tinggi kepadanya.

8. Tahu ada Mahukan sesuatu itu siap sedia.

Kita hendaklah berusaha memperoleh sesuatu yang dihajati, jangan tahu ada sahaja.

9. Tahu adat Sopan santun. Gadis yang tahu adat itu telah dipinang orang.

Page 30: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

10. Tahu bahasa Berbudi bahasa.

11. Tahu diuntung Sedar akan kedudukan diri. Husin tahu diuntung akan dirinya kerana itu dia tidak membangga diri.

12. Tajam akal Pintar.

Kanak-kanak yang tajam akal akan mendapat kemudahan menggunakan komputer secara percuma selama enam bulan di sekolah itu.

13. Tajam fikiran Pintar.

14. Tajam ingatan Tidak pelupa. Nenek yang berumur seratus tahun itu masih tajam ingatan tentang sejarah hidupnya.

15. Tajam lidahOrang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.

16. Tajam mulutOrang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.

17. Tajam pendengaran Lekas dapat mendengar. Walaupun sudah tua tetapi dia masih tajam pendengaran.

18. Tajuk mahkota Orang kesayangan; kekasih.

19. Tali barutOrang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain.

Si Hamzah menjadi tali barut Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

20. Tangan kanan Orang yang diharapkan.

21. Tangan kosong Hampa.

Zainab pulang dari bandar dengan tangan kosong kerana dia masih gagal mendapat sebarang pekerjaan.

22. Tangan panas Selalu gagal. Dia tangan panas kerana semua rancangannya tidak menjadi.

23. Tangan terbuka Suka menolong orang; murah hati.

Kasmini menerima tanggunggjawab membiayai pelajaran anak yatim itu dengan tangan terbuka.

24. Tangkai hati Orang kesayangan; kekasih.

25. Tangkai jering Sangat kedekut.

          

Page 31: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum

 

1. Ubat hati = Pengubat hati Penghibur hati.

Setelah Zaiton meninggal dunia, hanya Rokiahlah yang menjadi pengubat hati Mak Tijah.

2. Ubat jerih Upah.

Tersenyum lebar Zakiah apabila menerima enam ratus ringgit sebagai ubat jerih menyulam baju-baju itu.

3. Ubat lelah Upah.

4. Untung batu Nasib yang buruk. Nakhoda itu mengalami untung batu kerana kapalnya telah diserang lanun.

5. Untung sabut Nasib yang baik. Nakhoda Tanggang untung sabut kerana perniagaannya sangat menguntungkan.

      

1. Wang dukaWang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.

Ismadi mendapat wang duka hasil daripada kutipan derma kakitangan pejabat ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia.

2. Wang hantaranWang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.

Wang hantaran perkahwinan kakak berjumlah sepuluh ribu ringgit.

3. Wang kopi Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.

4. Wang suap

Bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.

Saya enggan membayar wang suap kepada pegawai yang berkenaan kerana perkara tersebut menyalahi undang-undang.

      

1. Zaman bahari Zaman purbakala.

Barang-barang yang ditemui itu merupakan barang-barang zaman bahari yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

2. Zaman puntung berasap Zaman kuno. Manusia di zaman puntung berasap kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan.

Page 32: Simpulan Bahasa - Web viewKursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. ... Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum