cinta t 20... · buku-buku yang dihasilkan oleh guru-guru bahasa ... saya mengucapkan syabas dan...

26
hasil karya Nur Syazwani Shaibani Cinta T

Upload: buiquynh

Post on 02-Jul-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

hasil karyaNur Syazwani Shaibani

Cinta T

Profesor Madya Dr. Muhammad Faishal IbrahimSetiausaha Parlimen KananKementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Sosial dan KeluargaPengerusi, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC)

Prakata oleh Pengerusi MLLPC

‘Pelajar Aktif, Pengguna Cekap’ merupakan matlamat pembelajaran Bahasa Ibunda di Singapura. Murid-murid haruslah dibekalkan dengan bahan bacaan yang kreatif untuk mendorong minat mereka terhadap pembelajaran Bahasa Ibunda. Lebih banyak bahan bacaan yang dapat mereka akses, lebih baik natijahnya.

Siri Nabil dan Nabilah telah diilhamkan pada tahun 2015 untuk murid-murid sekolah rendah khususnya bagi Darjah 1 dan 2 dengan tujuan untuk menambah jumlah bahan bacaan tempatan bahasa Melayu. Buku-buku yang dihasilkan oleh guru-guru Bahasa Melayu Singapura ini telah mendapat sambutan baik daripada kanak-kanak, ibu bapa dan juga para pendidik.

Lanjutan daripada maklum balas tersebut, Siri Nabil dan Nabilah diteruskan untuk murid-murid Darjah 3 dan 4 pula. Terdapat pembaharuan yang telah dilakukan terutama sekali aspek jalan cerita dan penampilan watak-watak dalam siri tersebut agar dapat memenuhi cita rasa para pembaca yang berusia antara sembilan hingga sepuluh tahun. Selain itu, aktiviti-aktiviti susulan setelah membaca disediakan untuk membolehkan ibu bapa dan ahli keluarga terlibat sama. Aktiviti membaca bersama-sama keluarga dapat memupuk sikap-sikap positif dan berpotensi menanamkan nilai-nilai yang baik.

Guru merupakan golongan yang dekat dengan murid. Mereka mengenali minat dan cita rasa murid. Oleh hal yang demikian, setiap sumbangan guru dalam penghasilan siri buku bacaan ini amat dihargai. Kepada guru-guru yang telah menyumbang dalam penulisan buku cerita ini, saya mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih.

Besar harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan dan lebih banyak karya dapat dihasilkan demi kemajuan dan pembangunan intelek anak-anak kita. Semoga mereka bakal menjadi pengguna bahasa ibunda yang cekap dan yakin serta berbangga akan bahasa dan budaya Melayu.

Burung punai di pucuk rebung,Anak kedidi terbang berempat;

Bahasa disanjung budaya dijunjung,Majulah seni bangsa berdaulat.

Para Penulis Buku Darjah 4

Salina Hussin Mulianya Hatimu Suzanah Yahaya Bo, Bo, Boling! Suriani Sokran Terima Kasih Md Hizammuddin Md Yusof Planet Ceper Juraida Miswari Salam Sayang Suzanah Miswari Pasar Malam Nurhidaya Mohd Sidik Pulau SemakauSuhainis Samsi Kota Singa Sarifah Hassan Di Manakah Ayah?Nur Syazwani Shaibani Cinta T Pengurusan Pembinaan Buku

Penasihat Projek ZafilinAbdulHamidEditor Zainaba OmarSekretariat MLLPC Siti Fazila Ahmad Murshidah Hassan Nasrudin Raja Sulaiman Nur Fa’izah Matnoor Nur Sifa Hussin Mislimah Misti

PENGHARGAAN

hasil karyaNur Syazwani Shaibani

Para Penulis Buku Darjah 4

Salina Hussin Mulianya Hatimu Suzanah Yahaya Bo, Bo, Boling! Suriani Sokran Terima Kasih Md Hizammuddin Md Yusof Planet Ceper Juraida Miswari Salam Sayang Suzanah Miswari Pasar Malam Nurhidaya Mohd Sidik Pulau SemakauSuhainis Samsi Kota Singa Sarifah Hassan Di Manakah Ayah?Nur Syazwani Shaibani Cinta T Pengurusan Pembinaan Buku

Penasihat Projek ZafilinAbdulHamidEditor Zainaba OmarSekretariat MLLPC Siti Fazila Ahmad Murshidah Hassan Nasrudin Raja Sulaiman Nur Fa’izah Matnoor Nur Sifa Hussin Mislimah Misti

Cinta T

2

Nabil mencapai telefon bijaknya. Dia tersenyum melihat pesanan ringkas daripada teman-temannya. Nabilah pula khusyuk melungsuri Internet mencari video kegemarannya di laman web.

3

“Nabil, Nabilah, Ibu telah menyediakan makanan kegemaran kamu berdua. Asam pedas ikan pari. Makanlah.

4

Di meja makan, mereka mengambil gambar hidangandi atas meja itu. Ibu dan ayah mereka hanya memerhatikan sahaja gelagat anak-anak mereka.

Wah, Ibu masak makanan kegemaran kami!

Mari kita ambil gambardan muat naik di Insta!

5

Letak telefon bijak kamu itu di tepi.

Ya, makanan sudah sejuk.

6

Saya bimbang melihat Nabil dan Nabilah. Mereka sibuk dengan telefon bijak dan tablet mereka.

Saya rasa menyesal membelikan mereka gajet-gajet itu.

Pada waktu makan malam sahaja kita dapat bersama-sama untuk berbual.

7

Pada keesokan harinya, Nabil dan Nabilah pun bangun lalu bersiap-siap untuk ke sekolah.

8

Nabil, Nabilah, jangan bawa telefon bijak atau tablet ke sekolah ya.

9

"Kring!!!"

Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Semua murid beratur dan mula berjalan ke kantin. Nabil dan Nabilah tidak ke kantin. Mereka berjalan ke perpustakaan. Sampai sahaja di situ, mereka menggunakan komputer. Setiap hari, itulah rutin harian Nabil dan Nabilah. Mereka sanggup tidak makan kerana ingin melungsuri Internet.

10

Setelah tamat sekolah, Nabil dan Nabilah pun pulang ke rumah. Tanpa menukar pakaian seragam sekolah, mereka mencapai telefon bijak dan tablet mereka.

11

“Nabilah! Skrin telefon bimbit Abang gelap. Tadi baru sahaja Abang caj.

Tablet Nabilah juga tidak boleh berfungsi! Apa telah berlaku?

12

Ibu rasa telefon dan tablet ini rosak kerana kamu berdua terlampau kerap menggunakannya.

Kami hendak buat apa sekarang, Ibu?

13

Ibu mengajak Nabil dan Nabilah bersiar-siar dan bermain layang-layang di taman. Sudah lama mereka tidak melakukan aktiviti tersebut bersama-sama kerana asyik bermain dengan telefon bimbit dan tablet.

14

“Nabil, Nabilah, apa perkara menarik yang berlaku di sekolah tadi?

Kami belajar membuat wau di kelas Bahasa Melayu, Ayah.

Ya, kemudian Ibu bawa kami ke taman untuk bermainlayang-layang!

15

Bagus juga alat-alat mereka itu tidak berfungsi ya.

Betul. Saya rasa gembira sekali dapat berbual mesra dengan mereka tadi.

16

Pada hujung minggu, ayah dan ibu Nabil dan Nabilahmembawa mereka berdua ke kedai menjual barang-barang elektronik. Mereka menyangka anak-anak mereka ingin membeli telefon bimbit dan tablet baharu.

Kami lebih gembira melakukan aktiviti lain, Ayah.

Buat masa ini, kami tidak perlukan telefon bimbit dan tablet itu, Ibu.

17

Ayah dan ibu Nabil dan Nabilah berasa amat bangga dengan keputusan yang dibuat oleh anak-anak mereka.

18

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak wujud?

Perkataan Maksud

gelagat (hlm. 4) tingkah laku / gerak geri menyesal (hlm. 6) berasa tidak senang kerana telah melakukan kesalahan

terlampau (hlm. 12) lebih daripada yang dijangka atau yang sepatutnya

bersiar-siar (hlm. 13) berjalan-jalan

berfungsi (hlm. 15) mempunyai peranan atau tugas

berbual (hlm. 15) bercakap-cakap

Glosari

19

20

Aktiviti Bersama Keluarga Nama Aktiviti: Perbincangan

Bincangkan dengan anak anda kebaikan dan keburukan penggunaan alat elektronik seperti telefon bijak dan tablet.

Coretan BebasCoretan BebasCoretan Bebas

21

Coretan BebasCoretan BebasCoretan Bebas

22

© 2018 Kementerian Pendidikan Singapura

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, menyimpan atau menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta buku ini.

Diterbitkan oleh

Kementerian Pendidikan Singapuradan

Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu

Illustration and Design by Thoughts CreationsEmail: [email protected]

First published 2018

All rights reserved. No part of this publication may be produced, stored in a retrieval system or transmitted, in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without prior permission of the copyright owner.

CINTA TISBN 978-981-11-6418-7 Printed in Singapore