makan secara sihat

2
Tajuk: Makan Secara Sihat Hidup untuk makan ataupun makan untuk hidup?”. Tajuk pidato saya adalah Makan Secara Sihat. Kita bersyukur dilahirkan dalam Negara yang cukup makan. Maksudnya, belum ada lagi rakyat yang kebuluran.Kita dilimpahi dengan pelbagai jenis aneka makanan, samada makanan segera, makanan barat dan sebagainya. Sehingga kerana makan itulah yang menjadikan diri kita sakit’. Obesiti adalah gejala terbesar yang melanda Negara kita akibat makan secara tidak sihat. Negara kita dikategorikan sebagai Negara yang mempunyai penduduk obesiti yang tertinggi di Asia tenggara. Malah menurut National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Obesiti akan mengundang pelbagai penyakit lain seperti serangan jantung, kencing manis dan sebagainya. Hadirin sekalian. Makan secara sihat harus dipupuk sejak kecil lagi. Tabiat pemakanan anak harus dipantau. Bak kata pepatah ‘melentur rebung biar dari rebungnya’. Keluarga yang tidak mengamalkan makan secara sihat akan menyebabkan anak-anak menjadi tidak sihat, lemah, kurang daya tumpuan, lembab dan menjadikan mereka obesity. Alasan keluarga sibuk, tiada masa untuk memberikan makanan sihat adalah satu alasan yang silap yang akan menjadikan mereka akan sesal kemudian apabila si anak di timpa penyakit kelak. Hadirin yang saya muliakan, Di zaman era moden ini, pelbagai sumber kita boleh perolehi tentang makan secara sihat. Paling mudah, ikutilah pyramid makanan untuk mendapatkan nutrient dalam nisbah yang seimbang dengan keperluan makan kita setiap hari dan jadikan pyramid makanan sebagai panduan pemakanan. Kurangkan lemak dan kolestrol. Kolestrol adalah bahan seakan lemak yang dihasilkan di dalam tubuh secara semulajadi. Namun begitu, kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan boleh menyebabkan serangan jantung, strok serta penyakit lain. Makanan yang berlebihan lemak boleh menyebabkan tahap kolestrol tinggi.

Upload: boonyi-unai

Post on 17-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pidato spontan

TRANSCRIPT

Tajuk: Makan Secara SihatHidup untuk makan ataupun makan untuk hidup?. Tajuk pidato saya adalah Makan Secara Sihat. Kita bersyukur dilahirkan dalam Negara yang cukup makan. Maksudnya, belum ada lagi rakyat yang kebuluran.Kita dilimpahi dengan pelbagai jenis aneka makanan, samada makanan segera, makanan barat dan sebagainya. Sehingga kerana makan itulah yang menjadikan diri kita sakit. Obesiti adalah gejala terbesar yang melanda Negara kita akibat makan secara tidak sihat. Negara kita dikategorikan sebagai Negara yang mempunyai penduduk obesiti yang tertinggi di Asia tenggara. Malah menurut National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Obesiti akan mengundang pelbagai penyakit lain seperti serangan jantung, kencing manis dan sebagainya. Hadirin sekalian.

Makan secara sihat harus dipupuk sejak kecil lagi. Tabiat pemakanan anak harus dipantau. Bak kata pepatah melentur rebung biar dari rebungnya. Keluarga yang tidak mengamalkan makan secara sihat akan menyebabkan anak-anak menjadi tidak sihat, lemah, kurang daya tumpuan, lembab dan menjadikan mereka obesity. Alasan keluarga sibuk, tiada masa untuk memberikan makanan sihat adalah satu alasan yang silap yang akan menjadikan mereka akan sesal kemudian apabila si anak di timpa penyakit kelak.

Hadirin yang saya muliakan,

Di zaman era moden ini, pelbagai sumber kita boleh perolehi tentang makan secara sihat. Paling mudah, ikutilah pyramid makanan untuk mendapatkan nutrient dalam nisbah yang seimbang dengan keperluan makan kita setiap hari dan jadikan pyramid makanan sebagai panduan pemakanan. Kurangkan lemak dan kolestrol. Kolestrol adalah bahan seakan lemak yang dihasilkan di dalam tubuh secara semulajadi. Namun begitu, kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan boleh menyebabkan serangan jantung, strok serta penyakit lain. Makanan yang berlebihan lemak boleh menyebabkan tahap kolestrol tinggi.

Hadirin sekalian,

Makanan sihat selalu Nampak kurang sedap. Seperti, makanan kukus, rebus, panggang, bakar atau stew. Malahan kita perlu kurangkan kaedah masakan mengoreng. Makanan laut juga perlu di kurangkan kerana ia mengandungi kolestrol yang tinggi seperti ketam dan udang. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Apa salahnya kita berkorban untuk mendapatkan kualiti hidup yang baik. Bukannya kita boleh menikmati makanan segera atau berlemak, namun kurangkan pengambilan saja.Pikirlah dan renungkanlah. Makanlah secara sihat, insyallah kita terhindar dari penyakit yang berpunca dari makan yang tidak sihat. Sekian dan terima kasih.