majlis perhimpunan bulanan jabatan peguam · pdf fileperkembangan mengenai semua kes...

10
1 MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM NEGARA BIL. 1/2015 10 FEBRUARI 2015 TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI ABDUL GANI PATAIL PEGUAM NEGARA, MALAYSIA Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1AGC, YBhg. Datuk Peguam Cara Negara, YBhg. Datuk/Dato’ Timbalan-Timbalan Peguam Cara Negara, Ketua-Ketua Bahagian, Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian, dan semua warga Jabatan Peguam Negara (AGC) yang dikasihi sekalian.

Upload: dinhnhu

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM · PDF fileperkembangan mengenai semua kes berkepentingan awam ... Litigasi di Aras 7 dan Sektor Perundangan di Aras ... bulan Mac 2015, semua

1

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN PEGUAM NEGARA BIL. 1/2015

10 FEBRUARI 2015

TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI ABDUL GANI PATAIL

PEGUAM NEGARA, MALAYSIA

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1AGC,

YBhg. Datuk Peguam Cara Negara,

YBhg. Datuk/Dato’ Timbalan-Timbalan Peguam Cara Negara,

Ketua-Ketua Bahagian,

Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian,

dan semua warga Jabatan Peguam Negara (AGC) yang dikasihi

sekalian.

Page 2: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM · PDF fileperkembangan mengenai semua kes berkepentingan awam ... Litigasi di Aras 7 dan Sektor Perundangan di Aras ... bulan Mac 2015, semua

2

2. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan limpah dan kurnia-Nya, kita semua dapat berhimpun pada pagi

ini dalam Perhimpunan Jabatan yang pertama bagi tahun 2015 anjuran

Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang (BPPUU).

Hadirin sekalian,

PENGENALAN

3. Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua warga AGC

atas segala usaha dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan yang

berterusan untuk menjadikan AGC sebagai suatu organisasi undang-

undang yang disegani dan dihormati. Tanpa kerjasama semua warga

AGC, sudah pasti segala dasar dan perancangan yang dirangka tidak

dapat dilaksanakan dengan berkesan. Saya mengharapkan agar segala

usaha dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan dalam memajukan AGC

akan berterusan pada tahun-tahun mendatang.

PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN 2014

4. AGC sering dilihat sebagai pelopor transformasi dan contoh

kepada perkhidmatan awam yang lain kerana rekod cemerlang yang

diperlihatkan menerusi pelbagai pencapaian yang telah diraih oleh AGC.

Tahun 2014 telah menyaksikan beberapa kejayaan dan pencapaian

yang memberangsangkan bagi AGC seperti yang berikut:

(a) Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) – Pengiktirafan 5

Bintang (Five Star) bagi Agensi Sektor Awam

Page 3: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM · PDF fileperkembangan mengenai semua kes berkepentingan awam ... Litigasi di Aras 7 dan Sektor Perundangan di Aras ... bulan Mac 2015, semua

3

AGC telah diberikan pengiktirafan ‘5 STAR’ bagi Agensi

Sektor Awam bagi Sistem Penarafan Bintang (SSR) Tahun

2012 – 2013 dan seterusnya mengekalkan kecemerlangan

ini sebanyak dua (2) kali berturut-turut. Anugerah ini telah

disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara

kepada saya pada Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam

(AISA) 2014 yang telah diadakan pada 9 Oktober 2014 lalu.

(b) Anugerah Pengurusan Hari Inovasi dan Kecemerlangan

Jabatan Perdana Menteri 2014 – Anugerah HRMIS

Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji

Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri

pada 29 Oktober 2014 sempena Hari Inovasi dan

Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2014.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada AGC kerana

berjaya mencapai tahap “Sangat Melepasi Sasaran

(Significantly Exceed Target – ST) Petunjuk Prestasi Utama

(KPI) HRMIS tahun 2013.

(c) Anugerah Information Security Management System

(ISMS) MS ISO/IEC 27001:2007

AGC telah dianugerahkan sijil MS ISO IEC 27001:2007

berdasarkan penilaian yang telah dilaksanakan oleh pihak

MAMPU dan Cyber Security meliputi skop Keselamatan

Pengurusan Sistem E-Mel. Anugerah ini diberikan setelah

dibuktikan bahawa keselamatan ICT Jabatan ini berada

Page 4: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM · PDF fileperkembangan mengenai semua kes berkepentingan awam ... Litigasi di Aras 7 dan Sektor Perundangan di Aras ... bulan Mac 2015, semua

4

pada tahap yang baik dan mematuhi standard

antarabangsa.

Walau bagaimanapun, saya menyarankan agar semua

warga AGC sentiasa berwaspada terhadap keselamatan ICT

kerana cubaan pencerobohan sentiasa berlaku melalui

pelbagai teknologi dan teknik terkini. Oleh itu, saya

menggesa agar seluruh warga AGC supaya mematuhi Dasar

Keselamatan ICT yang boleh dirujuk di laman CVO dan

Portal AGC.

5. Selain itu, beberapa perkara lain yang turut dilaksanakan di AGC

sepanjang tahun 2014 seperti—

(a) penubuhan suatu pasukan petugas khas untuk memantau

perkembangan mengenai semua kes berkepentingan awam

yang dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan. Pasukan ini

akan menyediakan laporan mingguan yang akan

dikemukakan kepada beberapa pelanggan Jabatan Peguam

Negara termasuk Menteri-Menteri dan agensi-agensi yang

berkaitan. Laporan ini juga akan dikemukakan kepada

pejabat Perdana Menteri.

(b) penubuhan suatu Task Force di bawah seliaan dan

pengawasan YBhg. Datuk Timbalan Peguam Cara Negara I,

iaitu “Sedition and Injurious Comments Cases Task Force”.

Semua kes yang berunsur hasutan atau menyentuh

sensitiviti perkauman dan agama akan ditaklimatkan oleh

agensi penguatkuasaan yang berkenaan kepada Task Force

Page 5: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM · PDF fileperkembangan mengenai semua kes berkepentingan awam ... Litigasi di Aras 7 dan Sektor Perundangan di Aras ... bulan Mac 2015, semua

5

tersebut. Penubuhan Task Force ini adalah sebagai suatu

inisiatif AGC dalam usaha untuk mengendalikan kes-kes

tersebut dengan lebih efektif dan menyeluruh.

(c) Sejajar dengan hasrat AGC untuk menjana modal insan dan

melahirkan warga AGC yang berprestasi tinggi, seramai 22

orang pegawai AGC telah dilantik oleh Ketua-Ketua

Bahagian Ibu Pejabat AGC/PUU Negeri untuk menganggotai

Program Rakan Pembimbing AGC. Para pegawai ini telah

berjaya menerima Sijil Pentauliahan Rakan Pembimbing

Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2014 daripada Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam pada 11 Disember 2014 di

Hotel Royale Bintang, Pulau Pinang. Syabas dan tahniah

diucapkan kepada para pegawai yang dilantik sebagai

Rakan Pembimbing AGC.

DASAR KERAJAAN DAN DASAR AGC BAGI TAHUN 2015

6. Program transformasi, inovasi dan kreativiti akan terus menjadi

tunjang kepada pelbagai program dan aktiviti di AGC. Sebagaimana

yang kita semua sedia maklum, Program Transformasi AGC telah

diperkenalkan sejak tahun 2010 seperti Chambers Open Office (COO),

Chambers Virtual Office (CVO), Integrated Legal Management System

(ILMS), AGC Platform for E-Learning (A-PEL) dan Bekerja dari Rumah

(BDR). Program Transformasi AGC ini diperkenal bagi membuka jalan

kepada pencapaian Misi Nasional, iaitu Wawasan 2020.

7. Anjakan paradigma penting dalam kesediaan menyahut

perubahan atau transformasi yang dibuat yang kadang kala bersifat

Page 6: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM · PDF fileperkembangan mengenai semua kes berkepentingan awam ... Litigasi di Aras 7 dan Sektor Perundangan di Aras ... bulan Mac 2015, semua

6

drastik dan jauh daripada norma dan kebiasaan. Pada masa yang sama,

perlu ditekankan bahawa transformasi yang dijalankan perlulah seiring

dengan keperluan untuk memastikan perbelanjaan yang dibuat adalah

berhemah dan menguntungkan Kerajaan untuk jangka masa panjang.

8. Sehubungan dengan itu, saya menyarankan agar semua warga

AGC melatih diri untuk mengubah dan memupuk budaya dan cara

bekerja selaras dengan usaha transformasi supaya menjadi amalan

pada masa-masa akan datang.

CHAMBERS OPEN OFFICE (COO)

9. AGC merupakan perintis kepada konsep COO yang antara objektif

utamanya ialah penjimatan. Ia bertujuan untuk mengoptimumkan ruang

pejabat dan mewujudkan suatu persekitaran yang lebih kondusif. COO

juga dapat menggalakkan pegawai untuk bekerja secara berkumpulan

bagi menghasilkan kualiti kerja yang lebih bermutu dan produktif.

Konsep COO ini menggalakkan perbincangan, interaksi, penjanaan idea

dan kreativiti di kalangan pegawai dan kakitangan selaras dengan

perubahan dalam suasana dan cara bekerja.

10. Projek COO Fasa III kini sedang giat dijalankan yang melibatkan

Aras 4 dan Aras 9 dan dijangka siap menjelang penghujung bulan Mac

2015. Setelah siap kelak, Bahagian Penasihat dan Bahagian Hal Ehwal

Antarabangsa akan ditempatkan di Aras 9, manakala Bahagian

Pengurusan akan berada di Aras 4. Penempatan Bahagian bagi Projek

COO ini adalah mengikut sektor, iaitu Sektor Penasihat di Aras 9, Sektor

Litigasi di Aras 7 dan Sektor Perundangan di Aras 6. Dengan

pelaksanaan projek COO sepenuhnya yang dijangka pada penghujung

Page 7: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM · PDF fileperkembangan mengenai semua kes berkepentingan awam ... Litigasi di Aras 7 dan Sektor Perundangan di Aras ... bulan Mac 2015, semua

7

bulan Mac 2015, semua warga AGC di Bangunan C3, Presint 1 akan

dipindahkan ke Bangunan 4G7, Presint 4, Putrajaya.

11. Namun begitu, dengan pelaksanaan COO ini, perlu diingatkan

bahawa tatacara menerima, memproses, menyimpan dan menghantar

dokumen terperingkat hendaklah dipatuhi sepenuhnya bagi

mengelakkan daripada berlakunya pelanggaran arahan keselamatan.

Peringatan ini diberikan kerana saya mendapati bahawa terdapat warga

AGC yang telah mengabaikan aspek pengurusan dokumen terperingkat

ini dengan meletakkan dokumen berkenaan di atas meja tanpa

pengawasan yang sewajarnya.

12. Di samping itu, saya juga mengingatkan supaya semua maklumat

terperingkat Kerajaan tidak dibocorkan memandangkan pada masa ini

banyak maklumat terperingkat tersebut dipercayai telah didedahkan oleh

penjawat awam. Warga AGC yang didapati melakukan kecuaian,

kelalaian dan pelanggaran arahan keselamatan boleh didakwa di bawah

Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] atau diambil tindakan tatatertib

terhadapnya.

CHAMBERS VIRTUAL OFFICE (CVO)

13. CVO telah diperkenalkan bagi membolehkan pegawai di AGC

menjalankan tugasan harian secara maya (virtual) dengan lancar

melalui penggunaan teknologi yang optimum. Keupayaan penggunaan

teknologi secara optimum ini akan dapat memudahkan pelaksanaan

tugasan harian seseorang pegawai tidak kira di mana jua pegawai

berada, sama ada di dalam atau di luar pejabat. Langkah ini diambil

selaras dengan pelaksanaan projek Bekerja Dari Rumah (BDR) yang

Page 8: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM · PDF fileperkembangan mengenai semua kes berkepentingan awam ... Litigasi di Aras 7 dan Sektor Perundangan di Aras ... bulan Mac 2015, semua

8

membolehkan pegawai mengakses dokumen dari rumah dan

memudahkan proses kerja harian pegawai. Secara tidak langsung,

pelaksanaan CVO ini dapat meningkatkan sistem penyampaian AGC

dan dapat menjimatkan perbelanjaan seperti kos penggunaan telefon

dan sewaan bangunan selaras dengan langkah berjimat cermat dan

perbelanjaan berhemah AGC.

INTEGRATED LEGAL MANAGEMENT SYSTEM (ILMS)

14. ILMS digunakan untuk merekodkan fail dan kertas siasatan dan

mengemaskinikan status mengikut fail yang membolehkan pegawai

melakukan kerja harian sebagaimana berada di pejabat. Selain itu,

melalui penggunaan ILMS ini juga, rekod peribadi pegawai dapat

dikemaskinikan oleh pegawai melalui ILMS-CREST yang boleh diakses

pada bila-bila masa dan di mana jua pegawai berada bagi memastikan

bahawa rekod peribadi dan perkhidmatan pegawai itu adalah terkini.

Bagi maksud pelaporan tugasan harian juga, setiap pegawai hendaklah

mengisi Laporan Harian masing-masing dengan mengakses ILMS.

AGC PLATFORM FOR E-LEARNING (A-PEL)

15. AGC juga telah berinovasi dengan menggarapkan elemen

pembelajaran secara dalam talian melalui pengenalan A-PEL.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, terdapat keperluan untuk

menghadiri 7 hari latihan/kursus dalam setahun bagi melengkapkan diri

dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi demi menjalankan tugas dan

tanggungjawab harian. Sekiranya terdapat warga AGC yang tidak

berkesempatan menghadiri kursus atas sebab-sebab tertentu,

Page 9: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM · PDF fileperkembangan mengenai semua kes berkepentingan awam ... Litigasi di Aras 7 dan Sektor Perundangan di Aras ... bulan Mac 2015, semua

9

pembacaan dokumen melalui A-PEL merupakan alternatif bagi

memenuhi keperluan 7 hari berkursus.

BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

16. Projek BDR membolehkan pegawai untuk menjalankan kerja

pejabat di rumah dengan waktu bekerja yang fleksibel. Projek Perintis

BDR Fasa Keenam telah bermula pada 2 Januari 2015 yang akan

berakhir pada 30 April 2015. Berdasarkan rekod, jumlah pegawai yang

telah menyertai Projek BDR mulai Fasa Pertama hingga Fasa Keenam

adalah seramai 340 orang.

PEMBENTUKAN WARGA AGC YANG BERDISIPLIN DAN

BERINTEGRITI

17. Saya juga ingin menegaskan perkara berkaitan dengan disiplin

dan integriti di kalangan warga AGC. Seperti yang kita semua sedia

maklum, tugasan harian kita banyak melibatkan pihak-pihak lain

termasuk orang awam. Tanpa asas disiplin dan integiriti yang baik,

seseorang pegawai itu tidak akan menjadi pegawai yang maju dan

berjaya dalam kariernya. Oleh itu, adalah wajar seseorang pegawai itu

mempunyai disiplin dan integriti yang tinggi dalam dirinya supaya tidak

timbul masalah berhubung dengan kelancaran tugasan harian

SALAH GUNA MEDIA SOSIAL

18. Selaras dengan perkembangan teknologi, penggunaan jaringan

media sosial menjadi trend pada masa kini. Setiap tindakan yang

diambil di media sosial perlu dilaksanakan dengan penuh

Page 10: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM · PDF fileperkembangan mengenai semua kes berkepentingan awam ... Litigasi di Aras 7 dan Sektor Perundangan di Aras ... bulan Mac 2015, semua

10

tanggungjawab dan rasa hormat terhadap sensitiviti warga Malaysia.

Sehubungan dengan itu, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa

perhatian yang tinggi perlu diberikan dalam hal ini.

PENUTUP

19. Pencapaian dan kejayaan harus seiring dengan semangat bersatu

padu. Saya percaya cabaran yang mendatang semakin hebat dan akan

hadir dalam pelbagai bentuk. Justeru, kekuatan yang dibina perlulah

berasaskan kepada nilai-nilai integriti yang tinggi di samping kasih

sayang dan perpaduan yang mantap. Saya juga menyeru kepada

semua warga AGC agar meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan

dan dedikasi bagi memastikan pencapaian pada tahun 2014 dapat

dipertahankan dan menjadi lebih baik.

20. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina

kepada semua warga AGC yang menyambutnya pada 19 dan 20

Februari 2015. Gong Xi Fa Cai.

Sekian, terima kasih.

PEGUAM NEGARA, MALAYSIA