majlis perbandaran manjung permohonan … jawatan koson… · memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun...
TRANSCRIPT
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG
Kami merupakan organisasi Pihak Berkuasa Tempatan di Perbandaran Manjung, Perak Darul
Ridzuan sedang mencari individu Warganegara Malaysia yang profesional, dinamik, kreatif dan
bermotivasi untuk menyertai kami.
1) AKAUNTAN GRED WA41
A.
1. JAWATAN : AKAUNTAN GRED WA41
( PEGAWAI KEWANGAN )
KLASIFIKASI : KEWANGAN
PERKHIDMATAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
PERKHIDMATAN
TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK ( 1 KEKOSONGAN )
JADUAL GAJI : RM 2,820.00 – RM 9,585.00
(MINIMUM – MAKSIMUM)
KADAR KENAIKAN GAJI : RM 225.00
TAHUNAN
IMBUHAN TETAP KHIDMAT : RM 300.00
AWAM
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN : RM 300.00
BANTUAN SARA HIDUP : RM 250.00
SYARAT LANTIKAN :
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41 : RM 2,820.00); atau
(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41 : RM 2,820.00); atau
(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA).
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41 : RM 2,820.00); atau
[ Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1 (ii)
adalah seperti di Lampiran B3A ]
SYARAT TAMBAHAN KELAYAKAN :
Memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan
Kewangan dan Akaun.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
(2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PERGERAKAN GAJI TAHUNAN :
(3) Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua
Jabatan / Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
SKOP FUNGSI & BIDANG TUGAS :
a) Aspek Pengurusan Kewangan dan Akaun
i) Membantu dalam penyediaan dan kawalan belanjawan tahunan serta perekodan vot
perbelanjaan.
ii) Membantu dalam penyediaan laporan kewangan, laporan hasil dan belanja mengikut
suku tahun.
iii) Memantau dan menyelaras vot bagi setiap unit.
iv) Mengurus dan memantau urusan permohonan pinjaman kenderaan, komputer dan
kebajikan, pinjaman perumahan untuk kakitangan.
v) Menguruskan semua urusan kawalan berkaitan invois dan sipiutang serta urusan
berkaitan dengan pembayaran bil-bil / tuntutan dan arahan bayaran agensi.
vi) Menyelenggara proses penyediaan laporan-laporan berkala.
b) Aspek Pengurusan Belanjawan dan Kewangan Staf
i) Menyediakan belanjawan mengurus Majlis dan bertanggungjawab menguruskan
segala aspek pembayaran gaji untuk kakitangan bertaraf tetap, sementara, kontrak
dan sambilan.
c) Aspek Pelaburan
i) Menguruskan semua jenis kutipan hasil Majlis.
ii) Menguruskan aliran tunai harian, pelaburan jangka pendek dan panjang serta
menguruskan pengagihan pendapatan pelaburan.
iii) Memantau baki akaun bank semasa, menyediakan laporan daily cash flow forecast
dan menyediakan kertas cadangan bagi penempatan baru pelaburan tunai di bank dan
institusi kewangan.
iv) Menyelia dan memantau urusan pelaburan tunai; penempatan / pembaharuan /
pengeluaran pelaburan tunai, penerimaan sijil / faedah / pelaburan tunai dan
penyediaan penyata bulanan pelaburan tunai.
v) Menyelia dan memantau urusan pelaburan dengan pengurus dana; penyediaan kertas
cadangan pelaburan baru / tambahan, menyediakan laporan bulanan pengurusan
portfolio dan menyediakan peruntukan susut nilai pasaran pelaburan pada akhir
tahun.
d) Aspek Pengurusan Tunai dan Penguatkuasaan
i) Mengemaskini buku tunai setiap bulan untuk diselaraskan dengan GL (General
Ledger).
e) Aspek Pengurusan Pembayaran dan Perbelanjaan
i) Mengawal perbelanjaan mengurus, akaun pembangunan, akaun tabung, akaun
amanah dan akaun projek penyelidikan.
ii) Menyemak dan meluluskan pembayaran invois dan tuntutan dari jabatan.
iii) Pemantauan laporan perbelanjaan wang pendahuluan dan surat peringatan.
iv) Menyemak dan meluluskan panjar wang runcit.
f) Aspek Akaun
i) Memantau dan meluluskan baucar-baucar pembayaran serta menyemak laporan
kewangan bulanan, suku tahun dan tahunan.
ii) Menyediakan penyata kewangan tahunan dan menyelia dalam penyediaan penyata akaun
projek untuk pelbagai kumpulan wang.
iii) Memantau dan menutup akaun-akaun projek yang tidak aktif.
PANDUAN PERMOHONAN :
(1) Permohonan boleh dibuat melalui portal https://egerbang.perak.gov.my/vacancy
sahaja.
(2) Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang
diperlukan dalam portal ini.
(3) Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi
secara ONLINE. Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk
Sesi Ujian Bertulis / Temuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan
dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK
BERJAYA.
(4) Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat
melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan
Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan
perlu diserahkan semasa Sesi Ujian Bertulis / Temuduga.
(5) Calon-calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki membawa dokumen asal dan
salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-
sijil persekolahan / akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu
dikemukakan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
Tarikh tutup permohonan untuk jawatan yang diiklankan ialah pada 18 Ogos 2017 (Jumaat).
LAMPIRAN B3A
SENARAI KEAHLIAN BADAN PERAKAUNAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN
(i) Malaysian Association of Certified Public Accountants;
(ii) Institute of Chartered Accountants of Scotland;
(iii) Institute of Chartered Accountants in England And Wales;
(iv) Institute of Chartered Accountants in Ireland;
(v) Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);
(vi) Institute of Chartered Accountants in Australia;
(vii) Australian Society of Certified Practising Accountants;
(viii) New Zealand Chartered Accountants;
(ix) Canadian Institute of Chartered Accountants;
(x) Institute of Chartered Accountants of India;
(xi) Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom);
Nota:
Senarai ini seperti yang termaktub dalam Jadual 1, Seksyen 14(1)(b) dan Seksyen 15(b) Akta
Akauntan 1967 [Akta 94]