tatacara pengurusan majlis pengurusan ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan...

43
TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK) 2019 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Upload: others

Post on 11-Feb-2020

52 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

TATACARA PENGURUSAN

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

2019

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Page 2: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

SENARAI KANDUNGAN

PARA PERKARA HALAMAN

1 PENDAHULUAN 1

2 INFO PANTAS 1

3 TAFSIRAN 2

4 TARAF PERKHIDMATAN 4

5 TEMPOH PERKHIDMATAN 4

6 PIHAK BERKUASA MELANTIK 5

7 SYARAT-SYARAT PELANTIKAN 6

8 PROSEDUR PELANTIKAN 7

9 PROSEDUR PERTUKARAN 9

10 SYARAT-SYARAT PENAMATAN 10

11 PROSEDUR PENAMATAN 10

12 PEMANGKUAN JAWATAN 12

13 KADAR ELAUN 13

14 PROSEDUR PENYALURAN ELAUN 15

15 PROSEDUR PEMBAYARAN ELAUN 16

16 PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) 19

17 MESYUARAT MPKK 21

18 PENUBUHAN BAHARU 22

19 STRUKTUR ORGANISASI 24

20 FUNGSI UTAMA 25

21 PENUTUP 38

Page 3: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA HALAMAN

1 SENARAI PIHAK BERKUASA MELANTIK MENGIKUT NEGERI

5

2 JAWATANKUASA PEMILIHAN MPKK PERINGKAT DAERAH/ BAHAGIAN (SARAWAK)

7

3 JENIS, KADAR DAN KEKERAPAN PEMBAYARAN ELAUN MPKK

14

4 PEMBERAT PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

19

5 JAWATANKUASA PERTIMBANGAN PENUBUHAN BAHARU MPKK

23

Page 4: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA HALAMAN

A BORANG PERMOHONAN JAWATAN PENGERUSI MPKK

40

B FORMAT SENARAI PENGERUSI/ SETIAUSAHA/ AHLI JAWATANKUASA MPKK YANG DILANTIK

46

C FORMAT SURAT PERAKUAN MUKTAMAD

47

D CARTA ALIR PROSES PELANTIKAN PENGERUSI MPKK

49

E CARTA ALIR PROSES PELANTIKAN SETIAUSAHA DAN AHLI JAWATANKUASA MPKK

50

F CARTA ALIR PROSES PENAMATAN ANGGOTA MPKK

51

G FORMAT LAPORAN PRESTASI KEWANGAN PERUNTUKAN ELAUN MPKK

52

H FORMAT BUKU PROFIL KAMPUNG (BPK)

57

I FORMAT PELAN TINDAKAN KEMAJUAN KAMPUNG (PTKK)

82

J FORMAT LAPORAN PRESTASI KPI MPKK

87

K CARTA ALIR PROSES PENUBUHAN BAHARU MPKK

88

Page 5: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[1]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

1. PENDAHULUAN

1.1 Tatacara Pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebagai garis

panduan kepada Pihak Berkuasa Melantik, Agensi Pembayar dan lain-lain

pihak yang terlibat secara langsung dalam urusan pelantikan, penamatan

dan pertukaran Anggota MPKK agar segala pelaksanaan adalah cekap,

telus dan seragam.

1.2 Ketetapan yang terkandung di dalam Tatacara ini adalah merupakan

keputusan yang telah dibuat dalam beberapa siri Mesyuarat Jemaah

Menteri dan mesyuarat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar

(KPLB). Walau bagaimanapun pematuhan terhadap Garis Panduan

adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik dari semasa ke semasa

dengan justifikasi selagi mana ketetapan yang dibuat tidak melanggar

dasar-dasar utama yang telah diputuskan di peringkat Jemaah Menteri.

2. INFO PANTAS

2.1 Selaras dengan Arahan No 3, Rancangan Pembangunan Negara dan

Luar Bandar, JKKK mula ditubuhkan pada tahun 1962 dan pada

peringkat awal ia dinamakan sebagai Jawatankuasa Kemajuan

Kampung (JKK). Pada Ogos 1975, Majlis Keselamatan Negara melalui

arahan Rukun Tetangga dan Rancangan Perhubungan Masyarakat

dengan mengambil kira unsur keselamatan dalam kampung, telah

mengemas kini nama JKK kepada Jawatankuasa Kemajuan

Keselamatan Kampung (JKKK).

2.2 Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Mei 2018 telah bersetuju supaya

Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)

dibubarkan dan hanya institusi JKKK dikekalkan.

Page 6: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[2]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

2.3 Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 telah bersetuju JKKK

distrukturkan semula agar menjadi institusi yang lebih efektif dan efisien di

dalam pembangunan kampung. Antara penstrukturan semula yang

terlibat adalah seperti nama baharu JKKK kepada Majlis Pengurusan

Komuniti Kampung (MPKK), kuasa pelantikan oleh pihak Kerajaan Negeri,

kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan

MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah

wanita, penetapan kadar baharu elaun dan insentif baru iaitu Geran

MPKK.

2.4 Mesyuarat Penyelarasan antara YB Menteri Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah dan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) pada 30 Julai

2018 telah bersetuju supaya pelantikan Anggota MPKK Penggal 1

berkuatkuasa bermula 1 Oktober 2018 sehingga 31 Disember 2020.

2.5 Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Oktober 2018 telah bersetuju

mengenai pertambahan lima (5) Anggota MPKK yang dilantik oleh

KPLB dan pembayaran elaun MPKK secara Electronic Fund Transfer

(EFT) oleh KPLB bagi negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Kerajaan

Pakatan Harapan kecuali negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, elaun

MPKK hanya akan disediakan oleh KPLB sekiranya Kerajaan Negeri

bersetuju dengan pertambahan lima (5) Anggota MPKK tersebut.

3. TAFSIRAN

3.1 Pihak Berkuasa Melantik (PBM) adalah bermaksud pihak Kerajaan

Negeri dan pentadbiran di bawahnya yang diberi kuasa untuk

menguruskan pelantikan, penamatan dan pertukaran Anggota MPKK.

3.2 Pihak Pemantau KPI adalah bermaksud pihak yang bertanggungjawab

atau pihak yang diturunkan kuasa untuk melaksanakan pemantauan dan

penilaian KPI.

Page 7: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[3]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

3.3 Agensi Pembayar bermaksud pihak yang dilantik dan bertanggungjawab

untuk melaksanakan pembayaran elaun MPKK dan melaporkan prestasi

kewangan.

3.4 Akaun Khas (Akaun Amanah) adalah bermaksud akaun yang

diwujudkan oleh Agensi Pembayar (Kerajaan Negeri) bagi tujuan

penerimaan peruntukan dan pembayaran elaun MPKK.

3.5 Akaun Bank MPKK adalah bermaksud akaun yang diwujudkan oleh

MPKK bagi tujuan penerimaan elaun, peruntukan geran dan penerimaan/

perbelanjaan hasil dan modal MPKK.

3.6 EPM adalah bermaksud Elaun Pengendalian Mesyuarat.

3.7 EKM adalah bermaksud Elaun Kehadiran Mesyuarat.

3.8 BPK adalah bermaksud Buku Profil Kampung.

3.9 PTKK adalah bermaksud Pelan Tindakan Kemajuan Kampung.

3.10 Jawatankuasa Pemilihan MPKK Peringkat Daerah/ Bahagian

(Sarawak) adalah bermaksud Jawatankuasa yang membuat pemilihan

calon Pengerusi MPKK yang berkelayakan melalui kaedah temuduga atau

saringan atau lain-lain kaedah yang sesuai.

3.11 Jawatankuasa Pertimbangan Penubuhan Baharu (JPPB) adalah

bermaksud Jawatankuasa yang menilai dan melulus permohonan

penubuhan baharu MPKK.

3.12 Keanggotaan MPKK bermaksud struktur organisasi MPKK yang terdiri

daripada seorang Pengerusi, seorang Setiausaha dan 11 orang Ahli

Jawatankuasa.

Page 8: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[4]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

4. TARAF PERKHIDMATAN

4.1 Setiap Anggota MPKK adalah merupakan individu yang dilantik untuk

berkhidmat secara sukarela dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan

sebagai pemudahcara dan penghubung antara Kerajaan dengan

masyarakat.

4.2 Anggota MPKK tidak berstatus sebagai Penjawat Awam. Namun

Penjawat Awam boleh dilantik sebagai Anggota MPKK tertakluk dengan

kebenaran Ketua Jabatan masing-masing. Surat kebenaran yang

berkenaan perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melantik sebagai

rekod bagi tujuan pelantikan.

4.3 Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Kerajaan terhadap khidmat

bakti dan sumbangan Anggota MPKK, maka disediakan elaun kepada

Pengerusi dan Setiausaha secara bulanan dan Ahli Jawatankuasa secara

tuntutan.

5. TEMPOH PERKHIDMATAN

5.1 Tempoh perkhidmatan adalah selama dua (2) tahun atau bersamaan

satu (1) penggal.

5.2 Semua pelantikan Anggota MPKK bagi setiap penggal hendaklah bermula

01 Januari dan tamat pada 31 Disember tahun berikutnya.

5.3 Sekiranya berlaku pertukaran/ pengisian baharu, tempoh perkhidmatan

Anggota MPKK yang baharu dilantik tersebut akan tamat mengikut tarikh

akhir penggal yang sedang berkuatkuasa.

5.4 Pihak Berkuasa Melantik boleh melantik semula Anggota MPKK bagi

penggal baharu selagi mana Anggota MPKK tersebut tidak melanggar

mana-mana syarat-syarat pelantikan seperti di Para 7 dan dapat

mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan seperti di

Para 16.

Page 9: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[5]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

6. PIHAK BERKUASA MELANTIK (PBM)

6.1 Kuasa dan urusan pelantikan, penamatan dan pertukaran Anggota MPKK

adalah diberikan kepada pihak Kerajaan Negeri dan pentadbiran di

bawahnya atau dikenali sebagai Pihak Berkuasa Melantik (PBM).

6.3 Jadual 1 berikut menunjukkan senarai PBM mengikut negeri:

Jadual 1: Senarai Pihak Berkuasa Melantik (PBM) Mengikut Negeri.

NEGERI PIHAK BERKUASA MELANTIK

PENGERUSI SETIAUSAHA AHLI JAWATANKUASA

MELAKA YAB KETUA MENTERI

PULAU PINANG

YAB KETUA MENTERI

KELANTAN YAB MENTERI BESAR

NEGERI SEMBILAN

YAB MENTERI BESAR

JOHOR YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH

SELANGOR YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH

PAHANG YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH

PERAK YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH

TERENGGANU YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH

KEDAH YAB MENTERI BESAR PEGAWAI DAERAH

PERLIS YAB MENTERI BESAR SUB BAHAGIAN

PENTADBIRAN DAERAH

SARAWAK RESIDEN BAHAGIAN PEGAWAI DAERAH

SABAH SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH

WP LABUAN YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Page 10: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[6]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

7. SYARAT-SYARAT PELANTIKAN

7.1 Warganegara Malaysia.

7.2 Berumur 21 hingga 68 tahun semasa pelantikan.

7.3 Pemastautin kampung berkenaan.

7.4 Tahap pendidikan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah

(PMR)/ Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Lower Certificate Education (LCE)

atau setaraf.

7.5 Tidak muflis.

7.6 Tiada rekod jenayah.

7.7 Sihat mental dan fizikal.

7.8 Bebas daripada penyalahgunaan dadah.

7.9 Aliran pemikiran dan daya kepimpinan dapat diterima oleh masyarakat

setempat dan pemimpin tempatan.

7.10 Mengamalkan nilai integriti dan kepimpinan berwibawa.

7.11 30% keanggotaan terdiri daripada kalangan wanita.

7.12 Syarat tambahan lain selain di atas yang ditetapkan dari semasa ke

semasa oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Page 11: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[7]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

8. PROSEDUR PELANTIKAN

8.1 PENGERUSI MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

8.1.1 PBM hendaklah mengumumkan kekosongan jawatan kepada

penduduk setempat. Selain menerima permohonan secara terus

daripada individu yang berminat, permohonan juga boleh diterima

daripada pemimpin tempatan.

8.1.2 Setiap calon hendaklah mengemukakan borang permohonan yang

lengkap seperti di LAMPIRAN A serta dokumen-dokumen

sokongan yang diperlukan oleh PBM.

8.1.3 Pemilihan calon yang berkelayakan boleh dilaksanakan melalui

kaedah temuduga atau saringan atau lain-lain kaedah yang sesuai

oleh Jawatankuasa Pemilihan MPKK Peringkat Daerah/ Bahagian

(Sarawak). Keanggotaan Jawatankuasa Pemilihan ini adalah

seperti di Jadual 2 berikut.

Jadual 2: Jawatankuasa Pemilihan MPKK Peringkat Daerah/

Bahagian (Sarawak).

Jawatan Keanggotaan

Pengerusi Pegawai Daerah / Pegawai Residen Bahagian (Sarawak)

Ahli

i. Ahli Parlimen/ Penyelaras Parlimen; ii. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/ Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN); dan, sekiranya dirasakan sesuai atau perlu, iii. Pegawai Agama; dan/ atau iv. lain-lain pihak yang dirasakan perlu.

Urus setia Pejabat Daerah/ Pejabat Residen Bahagian (Sarawak)

Page 12: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[8]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

8.1.4 Selepas pelantikan Pengerusi diluluskan, PBM perlu menyedia dan

menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi yang

berkenaan.

8.1.5 Senarai lengkap Pengerusi MPKK yang telah diluluskan dan

dimuktamadkan oleh PBM perlu dikemukakan kepada KPLB

melalui Kerajaan Negeri/ Perbadanan Labuan (WP Labuan sahaja)/

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (Sabah sahaja)

mengikut format seperti di LAMPIRAN B berserta surat perakuan

muktamad seperti di LAMPIRAN C. Senarai Pengerusi berserta

maklumat lengkap perlu dikemukakan dua (2) kali setahun iaitu

pada atau sebelum 15 Disember (tahun sebelum) dan pada

atau sebelum 15 Jun (tahun semasa) bagi tujuan penyelarasan

penyaluran peruntukan Elaun MPKK.

8.1.6 Maklumat Pengerusi yang tidak lengkap atau tidak mengikut format

yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan untuk tindakan

selanjutnya oleh KPLB.

8.1.7 Carta alir proses pelantikan Pengerusi MPKK adalah seperti di

LAMPIRAN D.

8.1.8 Semua Pengerusi yang telah dilantik adalah diwajibkan untuk

menghadiri Kursus Induksi MPKK yang dilaksanakan oleh KPLB.

8.2 SETIAUSAHA DAN AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PENGURUSAN

KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

8.2.1 Pejabat Daerah/ Pejabat Residen mengenalpasti dan

memperakukan calon yang berkelayakan.

8.2.2 Senarai calon tersebut kemudiannya diangkat kepada PBM untuk

persetujuan dan kelulusan.

Page 13: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[9]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

8.2.3 Selepas pelantikan Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa diluluskan,

PBM perlu menyedia dan menyerahkan watikah pelantikan kepada

Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa yang berkenaan.

8.2.4 Senarai lengkap Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa MPKK yang

telah diluluskan dan dimuktamadkan oleh PBM perlu dikemukakan

kepada KPLB melalui Kerajaan Negeri/ Perbadanan Labuan

(WP Labuan sahaja)/ Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Sabah (Sabah sahaja) mengikut format seperti di LAMPIRAN B

berserta surat perakuan muktamad seperti di LAMPIRAN C.

Senarai Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa berserta maklumat

lengkap perlu dikemukakan dua (2) kali setahun iaitu pada atau

sebelum 15 Disember (tahun sebelum) dan pada atau sebelum

15 Jun (tahun semasa) bagi tujuan penyelarasan penyaluran

peruntukan Elaun MPKK.

8.2.5 Carta alir proses pelantikan Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa

MPKK adalah seperti di LAMPIRAN E.

8.2.6 Semua Setiausaha yang telah dilantik adalah diwajibkan untuk

menghadiri Kursus Induksi MPKK yang dilaksanakan KPLB.

9. PROSEDUR PERTUKARAN

9.1 Sebarang pertukaran pelantikan atau pengisian Anggota MPKK yang

baharu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh 01 haribulan.

9.2 Sebarang penamatan (selain atas sebab meninggal dunia) Anggota MPKK

hendaklah berkuatkuasa pada tarikh 28/ 29 haribulan (bagi bulan Februari

sahaja) atau 30/ 31 haribulan.

Page 14: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[10]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

10. SYARAT-SYARAT PENAMATAN

10.1 Perkhidmatan Anggota MPKK boleh ditamatkan oleh PBM atas satu (1)

atau lebih sebab-sebab berikut:

10.1.1 meninggal dunia;

10.1.2 tamat tempoh pelantikan;

10.1.3 melanggar mana-mana syarat pelantikan seperti di Para 7;

10.1.4 mengalami kecacatan kekal atau diperakukan oleh

pengamal perubatan Kerajaan bahawa Anggota MPKK

berkenaan tidak berupaya untuk menjalankan tugas;

10.1.5 tidak melaksanakan tugas atau tidak mencapai KPI yang

ditetapkan seperti di Para 16;

10.1.6 mencemar nama baik MPKK atau Kerajaan; atau/ dan

10.1.7 meletak jawatan.

11. PROSEDUR PENAMATAN

11.1 Senarai Anggota MPKK yang hendak ditamatkan perkhidmatan atas

sebab-sebab seperti di Para 10 (kecuali Para 10.1.1) perlulah diluluskan

oleh PBM.

11.2 Keputusan untuk penamatan perkhidmatan hendaklah dimaklumkan

secara rasmi kepada Anggota MPKK yang berkenaan. Jika terdapat

sebarang rayuan, hendaklah dikemukakan kepada PBM untuk

pertimbangan muktamad.

Page 15: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[11]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

11.3 Anggota MPKK yang ditamatkan perkhidmatan perlu menyerahkan

dokumen-dokumen rasmi MPKK kepada Anggota MPKK lain yang masih

berkhidmat/ baharu dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tarikh

kuatkuasa penamatan. Dokumen-dokumen tersebut (yang berkaitan)

adalah sepertimana berikut:

11.3.1 buku/ penyata akaun bank MPKK;

11.3.2 penyata kewangan MPKK;

11.3.3 rekod inventori;

11.3.4 rekod aset (kekal/ mudah alih)

11.3.5 Buku Profil Kampung (BPK);

11.3.6 Pelan Tindakan Kemajuan Kampung (PTKK);

11.3.7 fail-fail pentadbiran, kewangan dan biro-biro;

11.3.8 senarai tugas dan status projek pembangunan yang

dikendalikan; dan

11.3.9 senarai lain-lain jawatan yang disandang semasa menjadi

Anggota MPKK.

11.4 Kegagalan mematuhi perkara di Para 11.3 di atas membolehkan PBM

membuat laporan kepada Pihak Berkuasa.

11.5 Sekiranya terdapat Anggota MPKK yang meninggal dunia, waris

hendaklah memaklumkan segera kepada PBM untuk tindakan lanjut yang

sewajarnya.

11.6 Carta alir proses penamatan Anggota MPKK adalah seperti di

LAMPIRAN F.

Page 16: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[12]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

12. PEMANGKUAN JAWATAN

12.1 Semasa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi MPKK, Setiausaha

boleh memangku tugas-tugas Pengerusi tersebut sehingga jawatan

berkenaan diisi. Pemangkuan tugas ini membolehkan Setiausaha

melaksanakan tugas-tugas utama Pengerusi seperti berikut:

12.1.1 mempengerusikan mesyuarat MPKK;

12.1.2 mengesahkan minit mesyuarat MPKK secara manual / atas

talian;

12.1.3 menghadiri mesyuarat yang berkaitan di peringkat mukim,

daerah dan negeri;

12.1.4 membuat keputusan berkaitan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di

kampung; dan

12.1.5 memantau aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan

oleh Ahli Jawatankuasa (Biro).

12.1.6 menjadi penasihat kepada pertubuhan sukarela, pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan sosial yang ada di

kampung;

12.1.7 melaporkan kepada Pejabat Tanah jika terdapat tanah-tanah

Kerajaan di dalam kampung yang telah diceroboh;

12.1.8 melaporkan isu-isu di kampung kepada pihak yang berkaitan

dan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkenaan

serta memastikan tindakan diambil;

12.1.9 menyedia dan mengemukakan Pelan Tindakan Kemajuan

Kampung (PTKK) untuk tempoh 2 tahun (1 Penggal); dan

12.1.10 menyedia / mengemaskini Buku Profil Kampung (BPK).

Page 17: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[13]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

12.2 Walau bagaimanapun, sepanjang memangku tugas-tugas Pengerusi

tersebut, Setiausaha tidak dibenarkan untuk mengesahkan/

menandatangani sebarang dokumen perjanjian.

12.3 Semasa tempoh kekosongan jawatan Setiausaha MPKK, Ahli

Jawatankuasa yang dipilih oleh Anggota MPKK boleh memangku tugas-

tugas Setiausaha sehingga jawatan tersebut diisi. Pemangkuan tugas ini

membolehkan Ahli Jawatankuasa melaksanakan tugas-tugas utama

Setiausaha seperti berikut:

12.3.1 menjadi setiausaha mesyuarat MPKK;

12.3.2 menyediakan minit mesyuarat MPKK secara manual / atas

talian;

12.3.3 membantu menyedia PTKK;

12.3.4 membantu menyedia/ mengemaskini BPK; dan

12.3.5 membantu menyelaras penganjuran mesyuarat MPKK.

12.4 Tiada sebarang elaun memangku akan disediakan oleh KPLB kepada

pihak yang memangku jawatan Pengerusi/ Setiausaha MPKK.

13. KADAR ELAUN

13.1 Jenis, kadar dan kekerapan pembayaran elaun MPKK yang telah

diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 adalah

seperti di Jadual 3 berikut.

Page 18: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[14]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Jadual 3: Jenis, Kadar Dan Kekerapan Pembayaran Elaun MPKK

Bil. Jenis Kadar Kekerapan

1. Elaun Pengerusi RM500 Setiap bulan

(12 kali setahun)

2. Elaun Setiausaha RM300 Setiap bulan

(12 kali setahun)

3. *Elaun Pengendalian Mesyuarat (EPM) (Institusi MPKK)

RM100 Setiap mesyuarat

(terhad kepada 6 kali tuntutan setahun)

4. *Elaun Kehadiran Mesyuarat (EKM) (Ahli Jawatankuasa sahaja)

RM50 Setiap mesyuarat

(terhad kepada 6 kali tuntutan setahun)

*Nota : Mesyuarat yang diadakan melebihi 6 kali tidak akan dibayar EPM dan EKM

oleh KPLB

13.2 Bagi Pengerusi dan Setiausaha yang meninggal dunia semasa

perkhidmatan, kadar elaun pada bulan terakhir berkhidmat adalah dibayar

secara pro-rata berdasarkan bilangan hari yang layak. Contoh pengiraan

adalah seperti penerangan berikut.

Contoh : Tempoh perkhidmatan Tuan Haji Zami bin Azmi sebagai

Pengerusi MPKK adalah 01 Januari 2019 hingga 31 Disember 2020.

Tetapi beliau meninggal dunia pada 12 Jun 2019. Cara pengiraan

elaun beliau pada bulan Jun tersebut adalah seperti berikut:

= RM500 x 12 (hari berkhidmat) 30 (jumlah hari penuh pada bulan Jun) = RM200 (jumlah elaun dibayar pada bulan Jun)

13.3 PBM boleh menambah kadar elaun yang telah ditetapkan oleh Jemaah

Menteri dengan menggunakan peruntukan kewangan negeri masing-

masing.

13.4 Pengurangan kadar elaun atau bilangan tuntutan untuk EPM dan

EKM seperti yang telah ditetapkan di Jadual 3 adalah tidak dibenarkan.

Page 19: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[15]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

14. PROSEDUR PENYALURAN ELAUN

14.1 Adalah menjadi tanggungjawab pihak Agensi Pembayar untuk

menubuhkan satu Akaun Khas (Akaun Amanah) di bawah Seksyen 9

Akta Acara Kewangan 1957 bagi tujuan:

14.1.1 penerimaan peruntukan elaun MPKK daripada Kementerian

Pembangunan Luar Bandar; dan

14.1.2 pembayaran Elaun MPKK kepada Anggota yang dilantik.

14.2 Agensi Pembayar perlu menyediakan Surat Ikatan Amanah bagi akaun

tersebut. Antara perkara yang perlu dinyatakan dalam surat tersebut

adalah Agensi Pembayar hanya diberikan kuasa untuk

membelanjakan peruntukan Elaun MPKK yang disalurkan bagi tujuan

pembayaran elaun kepada MPKK yang dilantik sahaja dan lain-lain

tujuan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Kementerian

Pembangunan Luar Bandar.

14.3 Pengurusan akaun khas tersebut hendaklah mematuhi tatacara kewangan

semasa yang berkuatkuasa.

14.4 Penyaluran peruntukan elaun akan dibuat dua (2) kali setahun iaitu Fasa 1

pada bulan Januari (bagi bayaran elaun Pengerusi dan Setiausaha bulan

Januari-Jun) dan Fasa 2 pada bulan Julai (bagi bayaran elaun Pengerusi

dan Setiausaha bulan Julai-Disember) setiap tahun. Manakala peruntukan

bagi Elaun Pengendalian Mesyuarat dan Kehadiran Mesyuarat akan

disalurkan penuh bersekali dengan penyaluran peruntukan yang dibuat

pada Fasa 1.

14.5 Sekiranya terdapat keperluan peruntukan tambahan, KPLB hanya akan

meluluskan tambahan peruntukan sekali setahun. Permohonan secara

rasmi berserta justifikasi keperluan peruntukan tambahan serta senarai

Anggota MPKK yang terlibat dengan keperluan tersebut perlu

Page 20: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[16]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

dikemukakan kepada KPLB sebelum pada 30 September tahun

semasa. Permohonan peruntukan tambahan selepas tarikh ini tidak akan

dipertimbangkan.

14.6 Bagi tujuan penyaluran peruntukan, PBM perlu mengemukakan dokumen-

dokumen berikut:

14.6.1 senarai Anggota MPKK sepertimana format di LAMPIRAN B;

14.6.2 surat perakuan muktamad Anggota MPKK sepertimana format

di LAMPIRAN C;

14.6.3 salinan penyata akaun bank Agensi pembayar;

14.6.4 laporan prestasi kewangan sepertimana format di LAMPIRAN G

bagi bulan Januari hingga Disember tahun sebelum) untuk

penyaluran Fasa 1 dan Januari hingga Jun tahun semasa bagi

penyaluran Fasa 2.

14.7 Dokumen seperti dinyatakan di Para 14.6 perlu dikemukakan dua (2) kali

setahun iaitu pada atau sebelum 15 Disember (tahun sebelum) dan

pada atau sebelum 15 Jun (tahun semasa) setiap tahun.

14.8 Permohonan penyaluran peruntukan secara kebelakang (backdated)

melebihi dua (2) bulan atas sebab-sebab yang tidak munasabah tidak

akan dipertimbangkan.

15. PROSEDUR PEMBAYARAN ELAUN

15.1 Pembayaran yang terlibat adalah terdiri daripada empat (4) jenis elaun

MPKK iaitu:

Page 21: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[17]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

15.1.1 Elaun Pengerusi;

15.1.2 Elaun Setiausaha;

15.1.3 Elaun Pengendalian Mesyuarat (EPM); dan

15.1.4 Elaun Kehadiran Mesyuarat (EKM).

15.2 Agensi Pembayar adalah di bawah Kerajaan Negeri masing-masing.

15.3 Pembayaran elaun Pengerusi dan Setiausaha MPKK hendaklah dibayar

pada setiap 24 haribulan secara Electronic Fund Transfer (EFT).

Sekiranya, tarikh tersebut jatuh pada hari pelepasan am/ perayaan,

pembayaran elaun hendaklah diawalkan kepada hari bekerja yang

terdekat.

15.4 Elaun Pengerusi dibayar pada setiap bulan terus ke akaun Pengerusi.

Dokumen wajib yang diperlukan bagi tujuan ini adalah salinan watikah

pelantikan/ surat kuatkuasa pelantikan, salinan kad pengenalan dan

salinan buku/ penyata akaun bank.

15.5 Elaun Setiausaha dibayar pada setiap bulan terus ke akaun Setiausaha.

Dokumen wajib yang diperlukan bagi tujuan ini adalah salinan watikah

pelantikan/ surat kuatkuasa pelantikan, salinan kad pengenalan dan

salinan buku/ penyata akaun bank.

15.6 EPM dibayar terus ke akaun MPKK berdasarkan tuntutan yang

dikemukakan oleh MPKK. Maksima pembayaran adalah enam (6) kali

setahun. Dokumen wajib yang diperlukan bagi tujuan ini adalah minit

mesyuarat yang telah disahkan oleh Pejabat Daerah/ Residen, dokumen

sokongan seperti gambar mesyuarat dan salinan buku/ penyata akaun

bank MPKK.

15.7 EKM dibayar terus ke akaun MPKK berdasarkan tuntutan yang

dikemukakan oleh MPKK. Elaun ini hanya layak dibayar kepada Ahli

Page 22: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[18]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Jawatankuasa (AJK) yang menghadiri mesyuarat sahaja. Maksima

pembayaran adalah enam (6) kali setahun. Biro Pengurusan Kewangan

bertanggungjawab untuk mengagihkan EKM kepada Ahli Jawatankuasa

yang hadir. Dokumen wajib yang diperlukan bagi tujuan ini adalah salinan

watikah pelantikan/ surat kuatkuasa pelantikan AJK, minit mesyuarat

berserta senarai kehadiran yang telah disahkan oleh Pejabat Daerah/

Residen, dokumen sokongan seperti gambar mesyuarat dan salinan buku/

penyata akaun bank MPKK.

15.8 Tuntutan EPM dan EKM hendaklah dikemukakan oleh MPKK kepada

Agensi Pembayar dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh mesyuarat.

15.9 Agensi Pembayar hendaklah memproses bayaran EPM dan EKM dalam

tempoh 14 hari selepas menerima dokumen tuntutan yang lengkap

daripada MPKK.

15.10 Tarikh terakhir tuntutan EPM dan EKM perlu dikemukakan kepada Agensi

Pembayar adalah pada 15 November setiap tahun bagi memastikan

pembayaran boleh dilaksanakan pada tahun semasa.

15.11 Pembayaran terakhir EPM dan EKM hendaklah dibuat oleh Agensi

Pembayar sebelum 31 Disember tahun semasa (atau tarikh akhir lain

yang ditetapkan oleh Bendahari Negeri selagi mana tidak melepasi tahun

semasa).

15.12 Naziran terhadap proses pembayaran elaun MPKK akan dilaksanakan oleh

KPLB ini dari semasa ke semasa untuk memastikan:

15.13.1 pematuhan terhadap tatacara kewangan semasa yang

berkuatkuasa;

15.13.2 elaun dibayar kepada Anggota MPKK yang telah dilantik

sahaja; dan

15.13.3 pematuhan terhadap ketetapan pembayaran yang ditetapkan

oleh KPLB.

Page 23: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[19]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

15.13 Laporan prestasi kewangan elaun MPKK bulanan hendaklah dikemukakan

kepada KPLB pada atau sebelum lima (5) haribulan setiap bulan

berikutnya. Format laporan adalah seperti di LAMPIRAN G.

15.15 Pembayaran elaun kepada Anggota MPKK yang layak perlu dibuat pada

masa dan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh KPLB.

16. PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

16.1 KPLB telah menetapkan lima (5) KPI kepada MPKK selaras dengan dasar

baharu Kerajaan. Tujuan penetapan KPI ini adalah untuk memastikan

bahawa MPKK yang dilantik untuk menjalankan urus tadbir kampung

benar-benar menjalankan fungsi mereka dalam menggerakkan komuniti

setempat untuk memajukan pembangunan dan kesejahteraan kampung.

16.2 PBM atau Pihak Pemantau KPI (iaitu pihak yang diturunkan kuasa oleh

PBM untuk menilai KPI) perlu melaksanakan pemantauan terhadap KPI

yang ditetapkan mengikut kaedah masing-masing.

16.3 Hanya MPKK yang melepasi KPI yang ditetapkan akan dipertimbangkan

untuk disambung perkhidmatan pada penggal yang akan datang.

Pemberat bagi setiap KPI adalah ditetapkan seperti di Jadual 4 berikut:

Jadual 4: Pemberat Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

KPI PEMBERAT

Mesyuarat MPKK enam (6) kali setahun 20%

Aktiviti anjuran MPKK 11 kali setahun 20%

Pengisian anggota MPKK sekurang-kurangnya 30% wanita 20%

Penyediaan/ pengemaskinian BPK bagi setiap penggal 20%

Penyediaan PTKK bagi setiap penggal 20%

Page 24: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[20]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

16.4 Pelantikan semula Anggota MPKK adalah disyorkan kepada MPKK yang

mencapai markah KPI sekurang-kurangnya 80% atau lebih.

16.5 Lima (5) KPI yang telah ditetapkan tersebut adalah seperti berikut:

16.5.1 melaksanakan mesyuarat MPKK enam (6) kali setahun;

MPKK perlu mengadakan mesyuarat MPKK sekurang-

kurangnya enam (6) kali setahun dan minit mesyuarat perlu

dikemukakan sebagai dokumen pembuktian kepada PBM

atau Pihak Pemantau KPI.

16.5.2 melaksanakan aktiviti anjuran MPKK 11 kali setahun

(1 aktiviti bagi setiap biro);

Setiap Biro yang diketuai oleh seorang Ahli Jawatankuasa

perlu menganjurkan satu (1) aktiviti yang disertai oleh

komuniti setempat. Aktiviti yang dilaksanakan boleh

diselaras oleh satu biro atau gabungan beberapa biro.

Aktiviti yang dilaksanakan ini perlu dilaporkan semasa

meyuarat MPKK disamping mengemukakan gambar aktiviti

sebagai dokumen pembuktian.

16.5.3 pengisian anggota MPKK sekurang-kurangnya 30%

wanita;

Struktur MPKK perlulah diisi dengan golongan wanita

sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan

keanggotaan MPKK.

Page 25: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[21]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

16.5.4 penyediaan/ pengemaskinian BPK bagi setiap penggal;

dan

MPKK perlu menyediakan/ mengemaskini BPK yang lengkap

mengikut format Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional

(SPKPN) bagi setiap penggal seperti di LAMPIRAN H.

Nota : BPK perlu disediakan sebelum 30 April tahun

pertama bagi setiap penggal untuk dikemaskini di dalam

SPKPN.

16.5.5 penyediaan PTKK bagi setiap penggal.

MPKK perlu menyediakan PTKK yang meliputi perancangan

aktiviti atau projek yang akan dilaksanakan oleh MPKK

dalam tempoh dua (2) tahun dengan penglibatan masyarakat

kampung tersebut dalam usaha untuk memajukan kampung.

Format penyediaan PTKK adalah seperti di LAMPIRAN I.

Nota : PTKK perlu disediakan sebelum 30 April tahun

pertama bagi setiap penggal.

16.6 PBM atau Pihak Pemantau KPI perlu membuat pemantauan secara

berkala dan mengemukakan laporan prestasi KPI MPKK kepada KPLB

dua (2) kali setahun iaitu pada atau sebelum 15 Jun dan pada atau

sebelum 15 Disember setiap tahun seperti format laporan di LAMPIRAN J

atau berdasarkan keperluan KPLB dari semasa ke semasa.

17. MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

17.1 Mesyuarat MPKK hanya boleh diadakan dengan dipengerusikan oleh

Pengerusi MPKK atau Setiausaha MPKK sahaja. Manakala setiausaha

mesyuarat adalah Setiausaha MPKK atau mana-mana Ahli Jawatankuasa

yang dipilih oleh Anggota MPKK.

Page 26: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[22]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

17.2 Agenda tetap yang perlu dibincangkan dan dilaporkan dalam setiap

mesyuarat adalah seperti berikut:

17.2.1 kewangan MPKK;

17.2.2 isu berkaitan infrastruktur/ kemudahan di kampung;

17.2.3 aktiviti biro; dan

17.2.4 isu / masalah di kampung (sekiranya ada).

17.3 Korum mesyuarat mestilah 2/3 daripada jumlah keseluruhan keanggotaan

MPKK bagi melayakkan EPM dan EKM dibayar.

17.4 MPKK digalakkan menjemput pegawai-pegawai Jabatan / Agensi

Kerajaan atau individu-individu tertentu sekiranya perlu. Status mereka

adalah sebagai turut hadir.

17.5 MPKK perlu mendapatkan pengesahan minit mesyuarat daripada Pejabat

Daerah/ Pejabat Residen (negeri Sarawak) sebelum pembayaran EPM

dan EKM boleh dibuat oleh Agensi Pembayar.

17.6 Kekerapan mesyuarat adalah bergantung kepada keperluan MPKK.

Walau bagaimanapun, MPKK hendaklah melaksanakan mesyuarat

sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun.

18. PENUBUHAN BAHARU

18.1 PBM yang bercadang untuk menubuhkan MPKK baharu perlu

mengemukakan perkara-perkara berikut untuk pertimbangan KPLB, iaitu:

18.1.1 surat permohonan yang disertakan dengan kertas cadangan

penubuhan dan justifikasi penubuhan baharu;

18.1.2 BPK mengikut format SPKPN;

Page 27: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[23]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

18.1.3 Pelan Persempadanan Kampung (daripada sumber rasmi/

sah);

18.1.4 PTKK (untuk tempoh 2 tahun); dan

18.1.5 senarai cadangan keanggotaan MPKK.

18.2 PBM perlu memastikan cadangan penubuhan MPKK tersebut memenuhi

kriteria bilangan penduduk seperti ketetapan berikut:

18.2.1 Semenanjung Malaysia - 1,000 orang penduduk / 200 buah

rumah;

18.2.2 Sabah/ WP Labuan – 150 orang penduduk / 30 buah rumah;

dan

18.2.3 Sarawak – 100 orang / 20 buah rumah.

18.3 Permohonan yang lengkap akan dibawa kepada Jawatankuasa

Pertimbangan Penubuhan Baharu (JPPB) MPKK untuk dinilai.

Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah seperti di Jadual 5.

Jadual 5 : Jawatankuasa Pertimbangan Penubuhan Baharu

(JPPB).

Jawatan Keanggotaan

Pengerusi Ketua Setiausaha, KPLB

Timbalan Pengerusi

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPLB

Ahli Tetap

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) PLANMalaysia, KPKT Pihak Berkuasa Melantik Bahagian Kewangan, KPLB Pejabat Daerah / Residen

Ahli Tidak Tetap

Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bahagian Prasarana, KPLB Bahagian Kemajuan Tanah Dan Wilayah, KPLB Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Urus setia Bahagian Komuniti Desa, KPLB

Page 28: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[24]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

18.4 KPLB hanya akan mempertimbangkan permohonan yang lengkap

berdasarkan justifikasi, kriteria yang ditetapkan dan kelulusan

peruntukan tambahan oleh Kementerian Kewangan.

18.5 Wakil daripada Kerajaan Negeri / Pejabat Daerah / Residen yang

berkaitan akan membentangkan permohonan penubuhan yang telah

dikemukakan.

18.6 Keputusan permohonan yang diputuskan dalam JPPB akan diangkat

kepada YB Menteri KPLB untuk pertimbangan dan kelulusan akhir.

18.7 Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara rasmi kepada PBM.

Keputusan adalah muktamad.

18.8 Carta alir proses penubuhan baharu MPKK adalah seperti di

LAMPIRAN K.

19. STRUKTUR ORGANISASI

19.1 Jumlah keanggotaan MPKK adalah seramai 13 orang yang terdiri

daripada seorang (1) Pengerusi, seorang (1) Setiausaha dan 11 Ahli

Jawatankuasa (AJK).

19.2 Setiap AJK MPKK hendaklah dilantik sebagai:

i) Pengerusi Biro Pembangunan Prasarana;

ii) Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan

iii) Pengerusi Biro Kesejahteraan dan Keceriaan

iv) Pengerusi Biro Belia, Sukan dan NGO;

v) Pengerusi Biro Keselamatan dan Kesihatan;

vi) Pengerusi Biro Pengurusan Kewangan;

vii) Pengerusi Biro Pendidikan dan Inovasi;

viii) Pengerusi Biro Pemantapan Spiritual;

Page 29: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[25]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

ix) Pengerusi Biro Kebajikan dan Kesukarelawan;

x) Pengerusi Biro Infostruktur dan Komunikasi; dan

xi) Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

19.3 30% daripada keanggotaan setiap MPKK hendaklah terdiri daripada

golongan wanita.

20. FUNGSI UTAMA

20.1 MPKK berfungsi untuk merancang dan melaksanakan pelan

pembangunan kampung dengan penglibatan komuniti setempat

menggunakan pendekatan bottom-up approach ke arah mewujudkan

kampung yang maju dan sejahtera.

20.2 Setiap MPKK perlu mewujudkan satu (1) Akaun Bank atas nama MPKK

bagi tujuan seperti berikut:

20.2.1 penerimaan EPM dan EKM;

Agensi Pembayar akan membuat pembayaran EPM dan

EKM berdasarkan tuntutan dan dokumen lengkap yang

dikemukakan oleh MPKK.

20.2.2 penerimaan peruntukan Geran MPKK;

Agensi Pembayar akan membuat penyaluran peruntukan

Geran MPKK kepada MPKK berdasarkan kelulusan

permohonan.

20.2.3 penerimaan modal dan hasil MPKK;

Penerimaan modal adalah wang yang diterima bukan

daripada aktiviti biasa MPKK seperti jualan aset bukan

semasa, derma khas yang bertujuan untuk membiayai

sesuatu projek dan peruntukan dari Kerajaan. Penerimaan

hasil adalah wang yang diterima daripada aktiviti biasa

Page 30: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[26]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

MPKK seperti hasil sewa, kutipan jualan aktiviti MPKK, yuran

pertandingan dan derma yang bukan bertujuan untuk

membiayai projek.

20.2.4 perbelanjaan modal dan hasil MPKK.

Perbelanjaan modal adalah wang yang digunakan untuk

membina atau membeli aset bukan semasa atau yang

menambah nilai aset bukan semasa seperti pembinaan

tapak pasar malam/ letak kereta/ gelanggang permainan dan

ubahsuai bangunan. Perbelanjaan hasil adalah wang yang

digunakan untuk membeli aset semasa seperti pembelian

alat tulis untuk kegunaan MPKK dan belanja pengurusan

dan pentadbiran MPKK.

20.3 Segala aktiviti kewangan termasuk penerimaan dan perbelanjaan serta

lain-lain berkaitan akaun ini hendaklah mempunyai catatan dan direkodkan

oleh Biro Pengurusan Kewangan dengan dikawal selia oleh Pengerusi dan

Setiausaha MPKK. Laporan prestasi kewangan Akaun MPKK perlu

dilaporkan dalam setiap mesyuarat MPKK yang dilaksanakan.

20.4 Fungsi utama Pengerusi, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa adalah

sepertimana berikut :

20.4.1 Pengerusi

Sebagai ketua dan pemimpin di peringkat kampung yang

bertanggungjawab dalam merancang, memastikan pelaksanaan

pembangunan kampung, menyatupadukan penduduk serta

membina kehidupan masyarakat kampung yang sejahtera. Secara

khusus tugasnya adalah seperti berikut:

(i) bertanggungjawab kepada Pejabat Daerah / Residen;

Page 31: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[27]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

(ii) mempengerusikan mesyuarat MPKK sekurang-kurangnya

enam (6) kali setahun;

(iii) membentuk Ahli Jawatankuasa mengikut Biro dan

menentukan pengagihan tugas mengikut Biro;

(iv) memantau perkembangan aktiviti Biro dan memastikan

kesempurnaan pelaksanaannya;

(v) menghadiri mesyuarat yang berkaitan di peringkat

mukim, daerah dan negeri;

(vi) menjadi penasihat kepada pertubuhan sukarela,

pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan

sosial yang ada di kampung;

(vii) mendukung hasrat dan dasar-dasar Kerajaan serta

menyampaikannya kepada penduduk;

(viii) menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan

mengambil tindakan mengenai arahan-arahan Kerajaan;

(ix) menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan

Kerajaan dan badan-badan bukan Kerajaan;

(x) membantu penduduk kampung menyelesaikan masalah

yang berkaitan dengan tanah dan melaporkan kepada

Pejabat Tanah jika terdapat tanah-tanah Kerajaan di dalam

kampung yang telah diceroboh;

(xi) melaporkan isu-isu di kampung kepada pihak yang berkaitan

dan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkenaan

serta memastikan tindakan diambil;

Page 32: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[28]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

(xii) menyedia / mengemaskini BPK seperti format di Lampiran

H dan mengemukakan kepada Penggerak (Agensi di bawah

KPLB) / Pejabat Daerah sebelum 30 April tahun pertama

bagi setiap penggal untuk dikemaskini di dalam SPKPN;

(xiii) menyedia dan mengemukakan PTKK untuk tempoh 2 tahun

berdasarkan format di Lampiran I kepada Pejabat Daerah/

Residen sebelum 30 April tahun pertama bagi setiap

penggal;

(xiv) mengesahkan minit mesyuarat secara manual/ atas talian;

(xv) mengawal selia aktiviti dan rekod kewangan MPKK

termasuk penerimaan dan perbelanjaan serta lain-lain

berkaitan akaun MPKK;

(xvi) mengawal selia pengurusan penggunaan kemudahan-

kemudahan di kampung untuk kegunaan komuniti setempat;

(xvii) menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

20.4.2 Setiausaha

(i) Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab kesetiausahaan;

(ii) Membantu menyelaras penganjuran mesyuarat MPKK;

(iii) Menyediakan minit mesyuarat secara manual/ atas talian;

(iv) Mengurus dan menyelaras pengurusan rekod dan fail

berkaitan MPKK;

Page 33: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[29]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

(v) Membantu Pengerusi untuk mengawal selia aktiviti dan

rekod kewangan MPKK termasuk penerimaan dan

perbelanjaan serta lain-lain berkaitan akaun MPKK;

(vi) Membantu mengawal selia pengurusan penggunaan

kemudahan-kemudahan di kampung untuk kegunaan

komuniti setempat; dan

(vi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

20.4.3 Biro Pembangunan Prasarana

(i) Menyelaras dan bertanggungjawab bagi memastikan PTKK

berkaitan pembangunan prasana dilaksanakan mengikut

perancangan dan jadual serta mengikut keutamaan;

(ii) Merancang peruntukan tahunan projek pembangunan

kampung dan menyediakan anggaran belanjawan

pembangunan;

(iii) Memantau program / aktiviti pembangunan / pembaikan dan

pemuliharaan yang dirancang oleh Kerajaan dan MPKK

supaya berjalan lancar;

(iv) Memberi maklumbalas kepada agensi terlibat mengenai

projek-projek yang dikenalpasti bermasalah untuk tujuan

penambahbaikan;

(v) Memberi maklumbalas kepada pihak Kerajaan berkaitan

kesan (impak) projek ke atas kumpulan sasar;

(vi) Mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai Agensi

Kerajaan/ Swasta/ NGO/ pelbagai pihak bagi tujuan

pembangunan berterusan;

Page 34: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[30]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

(vii) Menyediakan laporan prestasi projek / aktiviti pembangunan

dan kewangan projek secara berkala;

(viii) Membantu pengurusan MPKK dalam merancang, melaksana

dan memantau pelaksanaan projek-projek infrastruktur,

kemudahan awam dan sosio ekonomi;

(ix) Membantu menyelaras dan mengurus penggunaan

kemudahan-kemudahan di kampung untuk kegunaan

komuniti setempat; dan

(x) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

20.4.4 Biro Ekonomi dan Keusahawanan

(i) Menggerakkan program / aktiviti ekonomi melalui kerjasama

/ bantuan Kerajaan / swasta kepada penduduk kampung;

(ii) Menyelaras dan memantau aktiviti / program ekonomi yang

dilaksana secara kerjasama;

(iii) Mengenalpasti sumber-sumber sedia ada yang berpotensi

untuk menjana pendapatan kepada kampung mengikut

keutamaan dan menyediakan kertas cadangan serta laporan

pelaksanaan;

(iv) Menyediakan laporan program / aktiviti ekonomi yang telah

dilaksanakan;

(v) Menyediakan laporan kejayaan program / aktiviti ekonomi;

(vi) Menggerakkan masyarakat untuk melaksanakan aktiviti

ekonomi berdasarkan potensi dan sumber yang dikenalpasti;

Page 35: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[31]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

(vii) Mengadakan aktiviti ekonomi seperti ekspo, pameran,

karnival dan sebagainya;

(viii) Merancang dan melaksanakan kegiatan ekonomi dengan

kaedah yang lebih tersusun dan terancang;

(ix) Membentuk golongan usahawan, menganjurkan seminar

usahawan dan sebagainya;

(x) Mengadakan hubungan kerjasama atau perjanjian

persefahaman (ekonomi) dengan pelbagai agensi Kerajaan

atau swasta sama ada dalam atau luar negara; dan

(xi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

20.4.5 Biro Kesejahteraan dan Keceriaan

(i) Menggalakkan penduduk kampung menjaga kebersihan

persekitaran dan kemudahan awam;

(ii) Menganjur aktiviti gotong-royong secara berkala melibatkan

semua lapisan masyarakat;

(iii) Mengadakan kerjasama dengan agensi Kerajaan / bukan

Kerajaan berkaitan pemuliharaan alam sekitar;

(iv) Memastikan persekitaran kampung di dalam keadaan ceria

dan menarik;

(v) Mengadakan aktiviti yang dapat memupuk, menggalak

serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat dan

tolong-menolong di kalangan masyarakat;

(vi) Meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan

mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat;

Page 36: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[32]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

(vii) Menyelaras program berbentuk kesenian dan kebudayaan

yang disertai penduduk kampung; dan

(viii) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

20.4.6 Biro Belia, Sukan dan NGO

(i) Merancang dan melaksanakan program-program

kemasyarakatan dengan penglibatan tenaga belia;

(ii) Memberi galakan kepada semua lapisan masyarakat

terutama golongan belia untuk bergiat dalam sukan bagi

melahirkan generasi yang sihat;

(iii) Menyediakan peralatan dan kemudahan sukan untuk

keperluan masyarakat kampung;

(iv) Mengenalpasti penduduk kampung yang berpotensi untuk

diketengahkan sebagai ahli sukan;

(v) Mengatur / menerima kunjungan / lawatan berbentuk

kesukanan dengan pelbagai pihak;

(vi) Mengatur dan melaksanakan aktiviti bersama pertubuhan

NGO; dan

(vii) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

20.4.7 Biro Keselamatan dan Kesihatan

(i) Berperanan dalam mengambil langkah persediaan untuk

memastikan keselamatan penduduk kampong;

Page 37: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[33]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

(ii) Menyediakan pelan keselamatan seperti pelantikan petugas,

jadual bertugas, nombor talian kecemasan, tapak tempat

berkumpul ketika kecemasan dan sebagainya;

(iii) Menyediakan dan menyelenggara infrastruktur / kemudahan

/ peralatan keselamatan (saluran air bomba, pemadam api

dan sebagainya);

(iv) Mengawal selia harta awam di kampung supaya sentiasa

dalam keadaan baik dan boleh digunakan;

(v) Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk

menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan

awam;

(vi) Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan

penduduk kampung;

(vii) Membantu agensi Kerajaan yang berkaitan untuk

menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan

undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit;

(viii) Mewujudkan jaringan kerjasama dengan pihak klinik

kesihatan untuk memudahkan pelaksanaan program

kesihatan seperti kempen kebersihan dan kesihatan, derma

darah dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian;

(ix) Mewujudkan pasukan banteras dadah;

(x) Memantau tahap kesihatan penduduk kampung dengan

mengenal pasti penduduk yang mempunyai penyakit

berjangkit atau merbahaya agar bantuan yang sesuai dapat

diberikan; dan

(xi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

Page 38: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[34]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

20.4.8 Biro Pengurusan Kewangan

(i) Menjalankan tugas sebagai Bendahari untuk merancang,

mengurus, melaksana, mengawal dan memantau aktiviti

pengurusan sumber kewangan (hasil dan perbelanjaan);

(ii) Menyediakan rekod kewangan (kira-kira) bagi segala urusan

kewangan (hasil dan perbelanjaan) termasuk penyediaan

dan penyimpanan resit, baucar, wang keluar masuk dan hal-

hal lain yang berkaitan dengan pengurusan dana MPKK;

(iii) Menguruskan pembelian peralatan keperluan kampung dan

bayaran bil-bil utiliti MPKK;

(iv) Menyediakan penyata kewangan bulanan dan laporan

kewangan MPKK yang telah disemak dan disahkan oleh

Pengerusi dan Setiausaha MPKK;

(v) Membentangkan penyata kewangan dalam mesyuarat

bulanan MPKK;

(vi) Menyimpan selamat akaun kewangan MPKK;

(vii) Mengagihkan EKM yang disalurkan ke akaun MPKK kepada

Ahli Jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat;

(viii) Menguruskan peruntukan MPKK mengikut amalan yang

dibenarkan / peraturan / prosedur kewangan / buku panduan

kewangan;

(ix) Membantu memberikan khidmat nasihat berkaitan urusan

kewangan terutamanya berkaitan urusan penambahan dana

kewangan sama ada melalui hasil atau sumbangan;

(x) Mengenalpasti dan menyediakan prosedur pengurusan

kewangan (kemasukan/ pengeluaran) wang melalui akaun

MPKK; dan

Page 39: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[35]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

(xi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

20.4.9 Biro Pendidikan dan Inovasi

(i) Memupuk budaya ilmu dan menguruskan latihan di kalangan

penduduk kampung berasaskan keperluan penduduk;

(ii) Meningkatkan kerjasama dengan institusi pendidikan

Kerajaan dan badan bukan Kerajaan dalam usaha untuk

mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan;

(iii) Mendapatkan maklumat daripada jabatan Kerajaan, badan

bukan Kerajaan dan swasta mengenai peluang-peluang

latihan kemahiran dan kemajuan kerjaya untuk disebarkan

kepada penduduk kampong;

(iv) Menguruskan bantuan pendidikan kepada pelajar kampung

yang cemerlang;

(v) Menubuhkan kelas-kelas pembelajaran berdasarkan

pelbagai peringkat umur, jantina atau kategori (contoh kelas

bahasa, kelas motivasi, kelas fardhu ain, kelas tambahan

dan sebagainya);

(vi) Menganjurkan karnival pendidikan dan kerjaya di peringkat

kampung yang melibatkan komuniti setempat dan sekitar;

dan

(vii) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

20.4.10 Biro Pemantapan Spiritual

(i) Memelihara kesucian agama Islam sebagai agama rasmi

Negara;

Page 40: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[36]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

(ii) Memelihara keharmonian beragama dalam masyarakat

berbilang kaum;

(iii) Merancang penganjuran majlis / kelas agama;

(iv) Menjaga kebersihan tanah perkuburan;

(v) Mengadakan program atau majlis-majlis ilmu secara berkala

mengikut kesesuaian kepelbagaian agama dan budaya yang

wujud di kampung; dan

(vi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

20.4.11 Biro Kebajikan dan Kesukarelawan

(i) Mengenal pasti jenis bantuan daripada mana-mana agensi

untuk membantu penduduk kampung yang daif membuat

permohonan;

(ii) Merancang program-program berbentuk kebajikan seperti

tabung khairat kematian, pungutan derma, lawatan ke rumah

penduduk kampung yang ditimpa kemalangan atau bencana;

(iii) Mengenalpasti dan membantu penduduk yang daif, Orang

Kelainan Upaya (OKU) dan uzur;

(iv) Membantu aktiviti kenduri kampung;

(v) Menganjurkan aktiviti kesukarelawan dalam membantu

masyarakat kampung yang di dalam kesusahan dan

memerlukan bantuan dalam bentuk tenaga; dan

(vi) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

Page 41: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[37]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

20.4.12 Biro Infostruktur dan Komunikasi

(i) Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat kepada

masyarakat kampung terutama golongan belia;

(ii) Membantu menyelaras penyediaan minit mesyuarat secara

atas talian;

(iii) Mempromosi kampung melalui laman sesawang/ media

sosial;

(iv) Membantu masyarakat kampung dalam aktiviti atas talian

e-Kerajaan seperti pendaftaran pemilih dan sebagainya;

(v) Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang

dijalankan oleh biro-biro jawatankuasa;

(vi) Menyediakan emel MPKK bagi tujuan penyaluran maklumat

daripada Kerajaan dan sebagainya;

(vii) Menghebahkan maklumat mengenai dasar-dasar, inisiatif,

serta bantuan Kerajaan dan berita semasa yang diperolehi

dari atas talian;

(viii) Menyediakan perkhidmatan seperti cetakan, penyediaan

maklumat, penghantaran dan penerimaan emel untuk

masyarakat kampung;

(ix) Menganjurkan kelas kemahiran komputer dan lain-lain kelas

yang berkaitan dengan teknologi maklumat; dan

(x) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

Page 42: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[38]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

20.4.13 Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga

(i) Mengadakan aktiviti yang dapat menggalakkan

permuafakatan di kalangan wanita di kampung;

(ii) Memastikan kepentingan golongan wanita di kampung

terjaga terutama golongan ibu tunggal;

(iii) Menyenaraikan senarai bantuan yang disediakan oleh

Kerajaan dan badan bukan Kerajaan seterusnya membantu

menyelaras permohonan bagi golongan wanita dan keluarga

yang memerlukan; dan

(iv) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

20.4.14 Biro Perpaduan

(i) Melaksanakan semak dan imbang dan melibatkan diri

dalam mesyuarat MPKK untuk bersama-sama memberi

pandangan agar keputusan yang dibuat telah mengambil

kira akan kepentingan semua golongan masyarakat;

(ii) Membantu memastikan objektif dan matlamat dasar-dasar

baharu Kerajaan dapat disampaikan dengan tepat dan jelas

hingga ke peringkat MPKK seterusnya mewujudkan suasana

yang harmoni dan bersatu padu di peringkat kampung; dan

(iii) Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

21. PENUTUP

Tatacara pengurusan MPKK ini hendaklah digunapakai di semua negeri bagi

mewujudkan keseragaman pelaksanaannya di semua peringkat dan ianya

adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan penstrukturan

semula MPKK seterusnya mencapai matlamat KPLB - Luar Bandar Sejahtera.

Page 43: TATACARA PENGURUSAN MAJLIS PENGURUSAN ...kuasa penetapan dasar, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita, penetapan

[39]

BAHAGIAN KOMUNITI DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

LAMPIRAN