majlis bandaraya petaling jaya jalan yong shook … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat...

30
1/30 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (6) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 3 TAHUN 2017 Tarikh : 29 Mac 2017 (Rabu) Masa : 10.30 Pagi 12.43 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 11 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Februari dan Mac 2017. 3. PERUTUSAN PENGERUSI 3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya untuk bersama- sama menghadiri Mesyuarat Majlis pada pagi ini. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Pengarah-pengarah Jabatan dan Unit serta kakitangan Majlis di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Datuk Bandar, MBPJ. Beliau berharap agar kerjasama yang diberikan ini berkekalan dan berpanjangan serta

Upload: ngodien

Post on 15-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

1/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (6)

MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017)

BILANGAN 3 TAHUN 2017

Tarikh : 29 Mac 2017 (Rabu) Masa : 10.30 Pagi – 12.43 Tengahari

Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO

2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 11 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Februari dan Mac 2017.

3. PERUTUSAN PENGERUSI

3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya untuk bersama-sama menghadiri Mesyuarat Majlis pada pagi ini. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Pengarah-pengarah Jabatan dan Unit serta kakitangan Majlis di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Datuk Bandar, MBPJ. Beliau berharap agar kerjasama yang diberikan ini berkekalan dan berpanjangan serta

Page 2: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

2/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

meningkatkan lagi kerja secara berpasukan dengan penuh rasa tanggungjawab, profesional dan penuh berintegriti untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Majlis.

3.2 SMART PJ : PETALING JAYA BANDAR RAYA PINTAR

Petaling Jaya menyahut cabaran Menteri Besar Negeri Selangor untuk “membangunkan Smart Selangor yang peduli” dengan membangunkan projek „Smart PJ‟ yang berteraskan kepada matlamat untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya pintar dengan aplikasi teknologi digital menjelang tahun 2030.

„Smart PJ‟ merupakan penyelesaian menyeluruh (total solution) sistem pengurusan bandar bersepadu dengan penggunaan meluas dan inovatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) belatar belakangkan data spatial untuk merancang dan berkongsi sumber bagi pembangunan ekonomi, alam sekitar dan sosial ke arah kehidupan lebih berkualiti dan mampan. Projek „Smart PJ‟ akan ditunjangi 3 tema utama iaitu „selamat‟ (safe), „bersih‟ (clean) dan „bahagia‟ (happy).

Melalui itu, satu Jawatankuasa Teknikal dan Pasukan Teknikal Smart PJ telah ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan projek „Smart PJ’ mencapai matlamat yang ditetapkan di mana Jabatan Perancangan Pembangunan merupakan penyelaras utama projek „Smart PJ‟.

Fasa 1 (version 1.0) akan meliputi pembinaan sebuah bangunan baru pusat kawalan ‘PJ Smart Centre’, lokasi berhampiran tempat letak kereta awam di hadapan Dewan Sivik, pembinaan 3 „Mini Smart Centre‟ melalui kerja ubahsuai di Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Penguatkuasaan dan Seksyen Aduan, Unit Komunikasi Korporat. Sistem aplikasi secara dashboard akan dibangunkan yang keseluruhannya berjumlah 7 dashboard.

„PJ Smart Centre‟ yang dibina berfungsi untuk menghubung, mengawasi dan mengawal aktiviti perbandaran berteraskan kepada 3 tema utama „Smart PJ’. Rekabentuk terperinci bangunan „PJ Smart Centre‟ ini akan disiapkan pada bulan Ogos 2017 dan kerja-kerja pembinaannya dijangka bermula pada September 2017 dan siap pada Ogos 2018. Sementara itu, 3 „Mini Smart Centre‟ akan dibina serentak dengan 7 dashboard meliputi „planning dashboard‟, „transportation dashboard’, „safe city dashboard’, „planning control dashboard‟, pjeye, pkkpj e-submission & monitoring dashboard dan

Page 3: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

3/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

i-map aduan dashboard yang dijangka disiapkan pada Ogos 2017. Ketiga-tiga „Mini Smart Centre’ ini akan dilancarkan pada September 2017.

‘PJ Smart Centre’ yang dibina ini adalah sebagai perlambangan dan pengurusan kepada integrasi data-data Majlis dengan penyediaan platform penyimpanan dan pemprosesan data bersepadu. Ia akan menjadi ‘integrated city manager’ melalui perkhidmatan (service) dan peranti (device) secara online. ‘PJ Smart Centre’ juga berfungsi untuk mengawal dan memantau Bandar raya Petaling Jaya dalam aspek perancangan guna tanah, pengurusan lalulintas dan keselamatan serta pengurusan aduan yang turut dilengkapi dengan infrastruktur ICT dan CCTV.

Tiga (3) „Mini Smart Centre’ disediakan sebagai ruang kerja utama untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time untuk dihubungkan ke „PJ Smart Centre‟. Ia juga berfungsi sebagai sumber pautan maklumat bagi „PJ Smart Centre‟ dan pusat tindakan untuk melaksanakan arahan.

Majlis juga akan menyertai „Selangor International Expo‟ dan „Selangor Smart City and Future Commerce Conference‟ pada bulan September hadapan ke arah memperkenalkan inisiatif dan pelaksanaan projek „Smart PJ‟. Majlis akan berkongsi amalan baik (best practices) sebagai pihak berkuasa tempatan terulung yang sedang menjalankan „smart system – integrated solution‟ bagi merancang, memantau dan mengawal aktiviti perbandaran berasaskan „aerial based‟.

3.3 NEGARA ASEAN: MALAYSIA TERBAIK DALAM PENARAFAN

JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

Malaysia mendahului negara ASEAN yang lain dengan menduduki tangga ke-35 daripada 113 negara dalam penarafan jaminan keselamatan makanan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian mengatasi Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Penarafan ini adalah berdasarkan keupayaan negara dalam menyediakan makanan kepada rakyat dan kualiti keselamatan makanan.

Page 4: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

4/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

Selain menekankan tentang aspek keselamatan makanan, kebersihan dan kualiti makanan di dalam negara ini juga perlu mengikut kaedah yang baik dan pembuatan yang baik sebagai contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi meningkatkan lagi kedudukan negara terhadap jaminan keselamatan makanan pada masa hadapan. Majlis Bandaraya Petaling Jaya amat komited terhadap soal kebersihan di dalam penyediaan makanan. Selain melakukan pemeriksaan berkala terhadap premis dan kedai-kedai makan, Majlis juga mengadakan bengkel dalam persediaan menyediakan makanan bagi memberikan maklumat dan info yang betul terhadap pemilik premis makanan dalam pengendalian mutu makanan.

3.4 PEMERIKSAAN TAPAK BAGI TUJUAN MENGEMASKINI REKOD

HARTA CUKAI TAKSIRAN

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan tapak bagi tujuan mengemaskini rekod harta cukai taksiran di seluruh kawasan pentadbiran Majlis.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta untuk memberikan kerjasama dengan mengemukakan maklumat tambahan seperti pelan bangunan terkini dan lain-lain maklumat berkaitan kepada kakitangan Majlis yang akan berada di tapak.

Majlis akan memberikan notis rasmi kepada pemilik harta sekiranya maklumat tambahan diperlukan dan juga sekiranya kakitangan Majlis dikehendaki untuk memasuki premis bagi menjalankan kerja-kerja semakan dan pengukuran keluasan pegangan. Ini adalah seperti apa yang termaktub di dalam Seksyen 140 (1), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang menerangkan bahawa:

“...pihak berkuasa tempatan boleh menghendaki pemunya atau penduduknya memberi penyata-penyata mengenai luasnya, tempat letaknya, kualiti, guna dan sewanya dan memberi segala maklumat yang perlu untuk menyediakan Senarai Nilaian atau pun bagi maksud nilaian itu, dan bagi maksud yang serupa pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya bagi maksud itu boleh, pada bila-bila masa memasuki dan memeriksa dan, jika perlu, mengukurnya.”

Page 5: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

5/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

Selain itu, di bawah Seksyen 140 (2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pula memperuntukkan bahawa:-

(2) “Seseorang yang –

(a) enggan atau tidak memberi penyata atau maklumat itu

dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima notis menghendakinya berbuat demikian;

(b) dengan diketahuinya membuat suatu penyata palsu atau

tidak betul atau memberi suatu maklumat palsu atau tidak betul;

(c) merintangi, menghalang atau menahan pihak berkuasa

tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya daripada memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana pegangan itu,

boleh, apabila disabitkan, dikenakan DENDA tidak lebih daripada DUA RIBU RINGGIT atau PENJARA selama tempoh tidak lebih daripada ENAM BULAN atau denda dan penjara itu kedua-duanya.”

3.5 BAHAYA DENGGI : CEGAH SEBELUM PARAH

Wabak denggi bukan lagi perkara baru bagi kita semua. Ia juga boleh diumpamakan seperti “malar segar dan tiada penghujungnya” dan ianya wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak.

Tahun 2016 Selangor mencatatkan jumlah tertinggi kes demam denggi di Malaysia dengan menyumbang kepada 50% kes wabak iaitu sebanyak 51,713 kes dengan 78 kematian.

Di kawasan pentadbiran MBPJ, sehingga 31 Disember 2016 yang lalu, jumlah kes denggi mencatatkan sejumlah 5,620 kes, berbanding 7,741 kes pada tahun 2015, penurunan sebanyak 27% (2121 kes). Jumlah kematian pula merekodkan sebanyak 6 kematian, berbanding 15 kematian pada tahun 2015, menurun sebanyak 60 % (9 kematian).

Bagi tahun 2017, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan sehingga 18 Mac (minggu ke 11/2017), adalah sebanyak 845 kes, jauh lebih rendah berbanding tahun 2016 untuk tempoh yang sama.

Page 6: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

6/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

Dalam tempoh ini juga, tiada kematian yang dilaporkan. Manakala jumlah lokaliti wabak adalah 33.

Lokaliti Wabak Jumlah Wabak ME 11/2017

Wabak Terkawal (WT) 19

Wabak Baru (WB) 1

Wabak Tidak Terkawal (WTK) 8

Hotspot (HS) 5

Jumlah Lokaliti Wabak 33

Terdapat 14 lokaliti wabak aktif iaitu 1 wabak baru, 8 wabak tak terkawal dan 5 wabak hotspot seperti berikut:

1) Mentari Court PJS 8 (41 kes) 2) SD 7 PJU 9 Bandar Sri Damansara (10 kes) 3) PJS 2d Taman Medan (10 kes) 4) Flat Pelangi Damanasara PJU 6 (9 kes) 5) Flat Desa Mentari PJS 6 (blok 1,2,3) (7 kes) 6) Flat Desa Mentari PJS 6 (blok 4,5,6) (5 kes)

Menyedari perkara ini, Kerajaan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Majlis telah mengambil langkah-langkah proaktif pada tahun 2017 ini dengan mengadakan program-program seperti berikut:

1) Program Semburan Aerosol Selangor 2017, “Satu Rumah

Satu Aerosol” yang diadakan pada 26 Februari lalu di lokaliti hotspot. Program ini dijalankan serentak di semua 12 PBT di seluruh Negeri Selangor.

2) Program SEDAR Komuniti, sebanyak 65 pasukan SEDAR

telah di tubuhkan dengan kerjasama JMB dan komuniti. 3) Ceramah/taklimat penggunaan “insect repellent dikalangan

ahli komuniti” apabila berada di luar rumah bagi mengelakkan terkena gigitan nyamuk di kawasan luar rumah. Sehingga minggu epid 11/2017, sebanyak 18 ceramah /taklimat telah diadakan.

Beliau ingin menasihatkan agar majlis tidak mengambil mudah dan berlengah-lengah dalam mendepani isu denggi ini. Antara salah satu faktor punca berlakunya wabak denggi ini adalah disebabkan oleh sikap kita sendiri yang tidak ambil peduli soal pembiakan jentik-

Page 7: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

7/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

jentik dan nyamuk aedes dan lebih parah jentik-jentik itu membiak di dalam rumah kita tanpa kita sedari.

Beliau menyeru agar semua pihak memainkan peranan dan sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam menangani kes wabak denggi di kawasan Petaling Jaya.

3.6 PEMATUHAN TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN

Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada tahap profesionalisme pengurusan, pengetahuan, kecekapan dan integriti setiap kakitangan dalam melaksanakan tugas. Beberapa penanda aras diwujudkan bagi mengukur tahap kecemerlangan sesebuah organisasi seperti penarafan indeks akauntabiliti yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara pada tiap-tiap tahun.

Pengurusan perolehan turut menyumbang kepada pencapaian penarafan indeks tersebut. Komitmen dari semua peringkat pegawai dan kakitangan sangat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan menyelia sesuatu perolehan dalam meningkatkan kawalan dalaman bagi meminimakan kelemahan dalam pengurusan perolehan.

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia telah menetapkan bahawa mana-mana perolehan awam mesti mengikuti lima (5) prinsip utama iaitu: Akauntabiliti Awam (Public Accountability), Diuruskan Secara Telus (Transparent), Nilai Faedah Yang Terbaik (Best Value For Money), Saingan Terbuka (Open Competition) dan Adil Dan Saksama (Fair Dealing).

Dalam usaha memerangi ketirisan dan pembaziran, proses perolehan yang cekap dan telus amat penting dan mustahak. Kualiti sesebuah pengurusan kewangan jabatan bukanlah sesuatu yang boleh „diwarisi‟ akan tetapi ia merupakan sesuatu yang „dimiliki‟ oleh jabatan melalui individu-individu yang mempunyai tahap integriti yang tinggi, mempunyai ilmu dalam pengurusan kewangan dan mengguna pakai ilmu tersebut untuk kejayaan jabatan pada satu-satu masa.

Beliau berharap agar pegawai dan kakitangan Majlis sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam mengatur langkah memperkasa sistem kawalan dalaman, dan terus berpandangan lebih global dan holistik terhadap sesuatu isu agar dapat menanganinya dengan berkesan dan menyeluruh.

Page 8: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

8/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

Sekiranya perkara-perkara seperti ini dipatuhi dan dititik beratkan di setiap peringkat pengurusan perolehan, maka sistem perolehan yang dibuat di Majlis akan menjadi lebih teratur, sistematik dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA:-

4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BILANGAN 2 TAHUN 2017 (PENGGAL 2016/2017)

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 2 Tahun 2017 bertarikh 28

Februari 2017 telah diluluskan dengan pindaan seperti berikut:- Perkara c) di muka surat 15 Encik Derek John Fernandez mencadangkan agar Majlis mengeluarkan notis lelong kepada orang awam memandangkan cara tersebut 60% berkesan.

DIPINDA Encik Derek John Fernandez mencadangkan agar Majlis mengeluarkan notis lelong kepada orang awam memandangkan cara tersebut lebih berkesan. Perkara 7.2.2 di muka surat 19 Beliau amat berharap agar majlis melihat semula penstrukturan kakitangan di Jabatan Pelesenan dan kakitangan yang mengambil masa yang lama melepak di kedai-kedai minum. DIPINDA Beliau amat berharap agar majlis melihat semula penstrukturan kakitangan di Jabatan Pelesenan dan melihat keseluruhan kakitangan yang mengambil masa terlalu lama melepak di kedai-kedai minum.

Page 9: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

9/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 2 TAHUN 2017 YANG TELAH DIADAKAN PADA 28 FEBRUARI 2017.

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

5.0

CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 10 JANUARI 2017

- Halangan kenderaan/lalulintas di hadapan Brickfields Collage dan sekolah-sekolah sekitar Petaling Jaya

Jabatan Penguatkuasaan masih meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dilokasi terlibat khusunya pada waktu puncak secara berkala.

Berikut merupakan statistik tindakan penguatkuasaan terkini di lokasi tersebut sehingga 21 Mac 2017 :-

i) Jumlah Kompaun Lalulintas = 66 buah

ii) Jumlah Kenderaan ditunda = 04 buah

iii) Jumlah kapit roda = 19 buah iv) Jumlah sitaan motosikal =20 buah

Satu mesyuarat penyelarasan bersama pihak pengurusan bangunan VSQ telah diadakan pada 07 Mac 2017 yang turut dihadiri oleh Jabatan Kejuruteraan dan Unit aduan MBPJ.

Page 10: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

10/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

Jabatan mencadangkan agar laluan masuk dan keluar kenderaan ke bangunan berkenaan diubah bagi mengelakkan kenderaan-kenderaan menunggu di tepi jalan laluan tersebut yang menyebabkan gangguan lalulintas. Pihak pengurusan bangunan VSQ didalam proses bagi melaksanakan perkara ini. YBhg. Datuk Pengerusi turut memaklumkan bahawa semasa perjumpaan Datuk Bandar se Malaysia yang diadakan baru-baru ini, Kementerian pendidikan membangkitkan isu penjaja dan lalulintas di kawasan sekolah. Pihak kementerian memohon kerjasama daripada PBT untuk mengambil tindakan ke atas penjaja yang berniaga di kawasan luar sekolah dan tindakan lalulintas memandangkan pihak kementerian tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi tujuan tersebut.

Page 11: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

11/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

Beliau turut memaklumkan bahawa diperingkat MBPJ terdapat peruntukan infrastruktur di bawah akaun amanah untuk disalurkan kepada sekolah yang mengemukakan permohonan. Selain daripada itu, bagi mengatasi masalah lalulintas, jabatan penguatkuasa akan mengambil tindakan ke atas kenderaan yang gagal mematuhi peraturan lalulintas. Majlis turut membuat tindakan ke atas penjaja tanpa lesen di kawasan luar dan tindakan susulan dari masa ke semasa memandangkan kesalahan ini sentiasa berulang.

Page 12: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

12/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

6.4

6.4.3

CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 13 FEBRUARI 2017 Terdapat aduan berulang berkaitan kerosakan lampu jalan ekoran projek yang dijalankan. Sehubungan dengan itu, beliau beharap agar Jabatan Kejuruteraan sentiasa memantau Kontraktor yang dilantik serta aduan semasa. Berkaitan perkara 3.0 (4.3) di muka surat 7, dimaklumkan bahawa pemaju masih belum mengambil tindakan ke atas pembaikan infrastruktur yang rosak di Jalan PJS 1/15. Mesyuarat memutuskan agar Pengarah Jabatan Kejuruteraan menyemak semula perkara ini.

Wakil pemaju, Encik Iskandar memaklumkan pihak kontraktor di dalam proses membuat kerja-kerja ukur di tapak. Cik Lee Yi Wei mencadangkan agar Jalan Universiti dan jalan SS 26/2 dimasukkan di dalam kerja tersebut memandangkan terdapat aduan berulang berkaitan kerosakan lampu jalan. Bahagian Mekanikal dan Elektrikal sentiasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan secara berkala dan memastikan setiap aduan semasa berkaitan kerosakan lampu jalan di kawasan Jalan Semangat di atasi dengan kadar segera selain memastikan ianya berfungsi dengan baik.

Pihak Bahagian juga sedang dalam proses melantik Kontraktor bagi kerja-kerja menaiktaraf lampu jalan kepada LED di Jalan Semangat.

Page 13: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

13/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

7.3.1

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DANIEL LEE MARN ZHI

- Jadual pembersihan kontraktor

Kerja-kerja tersebut dianggarkan akan bermula pada pertengahan bulan April atau selewat-lewatnya awal bulan Mei 2017. Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal memaklumkan bahawa terdapat beberapa cara untuk memaklumkan Jadual Pembersihan Kontraktor yang telah dipraktikan. Antaranya ialah:- i) Pemasangan papan

tanda di kawasan kejiranan. Bagi kontraktor yang telah bertukar, proses mengemaskini papan tanda sedang dalam tindakan.

ii) Dalam tempoh dua (2) tahun ini, jabatan telah mengedarkan pamplet di kawasan kejiranan.

iii) Memaparkan jadual

pembersihan kontraktor melalui group whatsApp bagi setiap kawasan.

Cadangan memaparkan

jadual pembersihan di

dalam laman web MBPJ

sedang diusahakan.

Page 14: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

14/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT

SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 7 MAC 2017 DAN 15 MAC. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/4 JLD. 4 (89) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/4 JLD. 4 (91) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Pusat Setempat, MBPJ. 6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DAN

PENGURUSAN KORPORAT BERTARIKH 9 MAC 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/15 JLD. 2 (17) 6.2.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Audit Dalam, MBPJ. 6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN

PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 13 MAC 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 2 (95)]

6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ.

Page 15: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

15/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 14 MAC 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (72)] 6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan seperti berikut:- Perkara 3 para 7.2.1 di muka surat 9 Tambahan ayat:-

YBhg. Datuk Pengerusi meminta Jabatan Kejuruteraan membuang `Bollard‟ yang dipasang di atas jalan tanpa kelulusan kerana telah menyempitkan laluan jalan sedia ada. Selain daripada `Bollard‟ terdapat beberapa perkara lain yang masih didalam perbincangan seperti `angle parking‟ untuk diselesaikan oleh Jabatan Kejuruteraan.

Perkara 3 para 7.3.1 di muka surat 12 Tambahan ayat:-

Encik Halimey bin Abu Bakar memaklumkan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan diperingkat ADUN dan Parlimen (bagi kes di jalan hadapan). Akan tetapi seperti persetujuan, pihak Maestron hendaklah menyiapkan pembinaan jambatan besi tersebut kerana ianya melibatkan isu keselamatan kepada pengguna.

Perkara 3 para 7.7.1 di muka surat 12 Tambahan ayat bagi perkara yang tidak diminitkan:-

Encik Wong Swee Sang turut memaklumkan kekurangakan tempat letak kereta di Jalan SS 2/72 memandangkan ia adalah kawasan komersial.

Perkara iii) b) di muka surat 23 dipinda kepada:- Stesen 1 dikenali sebagai Stesen Bandar Utama, Stesen

2 dikenali sebagai Stesen Sg. Kayu Ara dan Stesen 3 diserahkan kepada Prasarana untuk menentukannya.

Page 16: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

16/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

Perkara 6.6.2 c) di muka surat 40 dipinda kepada:- c) Pembatalan penutupan kekal lorong belakang

(sepanjang premis kedai Jalan 52/18) dan lorong tepi (antara TM Point ke Speedmart 99) sebagai ”PJ Art Lane @ Section 52” berikutan bantahan daripada Ahli Majlis dengan undian seperti berikut:-

13 orang Membantah penutupan kekal

07 orang Setuju dengan penutupan kekal

01 orang Mengisytiharkan kepentingan

01 orang Berkecuali

02 orang Tidak hadir

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

6.4.2 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan perkara 6.1 di muka

surat 39 berkaitan cadangan penutupan kekal lorong belakang (sepanjang premis kedai jalan 52/18) dan lorong tepi (antara TM Point ke Speedmart 99) sebagai PJ Art Lane @ Section 52. a) Encik Ong Swee Long membantah penutupan kekal

lorong belakang (sepanjang premis kedai jalan 52/18) di atas alasan melibatkan banyak petak letak kereta. Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat rungutan dari pekedai di kawasan tersebut tentang kemerosotan perniagaan yang terpaksa dihadapi ekoran daripada tindakan tersebut. Menurut beliau kebanyakkan pelanggan yang ingin berurusan atau menjamu selera akan mencari tempat letak kereta berdekatan dengan kedai bagi memudahkan urusan yang tidak melebihi dua (2) jam. Selain daripada itu, Seksyen 52 adalah berdekatan dengan pejabat MBPJ. Sehubungan dengan itu tempat letak kereta yang banyak diperlukan bagi kegunaan orang awam berurusan dengan majlis. Beliau turut mencadangkan agar Majlis melihat cara pengurusan tempat letak kereta di Singapura.

Page 17: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

17/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

b) Encik Terence Tan Teck Seng tidak membantah pelaksanaan projek kota seni, akan tetapi Majlis perlu mengambil kira pendapat dari peniaga yang kebanyakkannya membantah keputusan Majlis berkaitan penutupan kekal lorong belakang (sepanjang premis kedai jalan 52/18). Menurut beliau hasil daripada `Town Hall‟ yang pernah diadakan sebelum ini kebanyakan peniaga tidak bersetuju dan beliau mencadangkan agar majlis membuat bancian terhadap jumlah peniaga mengikut kategori setuju, tidak bersetuju dan senyap.

c) Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik pula mencadangkan agar Majlis mengemaskini tempat letak kereta di Komplek A dan Komplek C bagi tujuan penyediaan tempat letak kenderaan yang mencukupi dengan kadar tempat letak kereta yang berpatutan seperti berikut:-

i) Kompleks A

Tingkat atas digunakan oleh orang awam/kakitangan Majlis yang meletakkan kenderaan melebihi dua (2) jam.

Tingkat bawah dikhaskan kepada orang awam yang meletakkan kenderaan kurang dua (2) jam bagi sebarang urusan.

ii) Kompleks C

menamatkan sewaan tempat letak kereta

memperbaiki struktur yang rosak dan penyelenggaraan

kebersihan

d) Encik Derek John Fernandez telah mengisytiharkan kepentingan dan berpendapat dasar ini memang sesuai untuk mencantikan bandar akan tetapi terdapat cabaran di mana peniaga yang menjalankan perniagaan seperti bengkel membaiki kenderaan akan terjejas. Majlis telah memperbaharui lesen perniagaan bagi tahun ini dan sekiranya lorong belakang ditutup peniaga terpaksa berpindah memandangkan tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan bengkel membaiki kenderaan. Selain daripada itu, beliau berpendapat tempat letak kereta berdekatan adalah amat penting kepada orang awam yang tidak menggunakan kenderaan awam berurusan dan membeli barangan.

Page 18: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

18/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

Beliau bersetuju dengan pandangan Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik iaitu menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta dan memberi keselesaan kepada orang awam untuk meletakkan kenderaan di kompleks meletak kenderaan yang disediakan. Kemudahan seperti penyediaan lift, memperkemaskan komplek parking, sistem pencahayaan, sistem keselamatan dan memantau kebersihan untuk keselesaan orang awam perlu diutamakan.

e) Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud memaklumkan bahawa projek kota seni ini telah lama dibincangkan semenjak tahun 2015. Manakala pelaksanaannya telah dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut perancangan. Kebanyakkan orang awam telah mengetahui perancangan majlis untuk menutup lorong belakang sebagai `Art Lane@ Section 52”. Beliau turut berpendapat ada kemungkinan perniagaan bengkel kereta tidak sesuai di kawasan seksyen 52 bagi tempoh lima (5) tahun akan datang.

f) Cik Lim Yi Wei membantah penutupan kekal lorong belakang kerana beliau berpendapat 95% undian senyap bermakna bukan semestinya peniaga bersetuju dengan keputusan tersebut.

g) Encik Daniel Lee Marn Zhi bersetuju dengan cadangan

Encik Derek John Fernandez untuk menyelesaikan isu tempat letak kereta terlebih dahulu. Pada dasarnya beliau bersetuju dengan perancangan Projek Kota Seni selaras local agenda 21. Beliau turut mencadangkan agar Majlis mengadakan `Town Hall‟ sekali lagi bersama peniaga di kawasan tersebut sebelum sebarang keputusan penutupan lorong belakang dibuat.

h) Encik Halimey bin Abu Bakar turut bersetuju Majlis

menyelesaikan masalah tempat letak kereta, sewaan petak letak kereta dan menaiktaraf kompleks A, B dan C. Projek kota seni perlu diteruskan bagi mencantikkan dan menceriakan seksyen 52.

Page 19: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

19/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

i) YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa Projek Kota Seni adalah projek kerajaan negeri dan kerajaan negeri telah memilih MBPJ serta MBSA untuk merintis projek ini. Beliau amat kecewa dengan keputusan Ahli Majlis yang membantah penutupan projek kota seni. Beliau berpendapat Ahli Majlis yang tidak bersetuju dengan penutupan lorong belakang turut tidak bersetuju dengan Projek Kota Seni saranan Kerajaan Negeri. Alasan `peniaga tutup kedai‟ disebabkan penutupan tempat meletak kenderaan di lorong belakang adalah tidak boleh diterima. Kemerosotan perniagaan bukan disebabkan tempat letak kereta sahaja akan tetapi kemungkinan berpunca dari kualiti makanan atau barangan yang tidak memenuhi citarasa pelanggan. Beliau turut memaklumkan salah satu elemen yang perlu ada di dalam projek kota seni adalah mengindahkan lorong belakang. Ini adalah salah satu daya tarikan pelanggan ke kawasan tersebut pada masa akan datang. Beliau turut menyatakan bahawa sebarang pembaharuan yang akan dibuat oleh majlis akan mengundang bantahan dan kemarahan orang awam tanpa memikirkan kesenangan yang akan diperolehi akan datang. `Town Hall‟ bersama peniaga telah diadakan, dan beliau tidak bercadang untuk mengadakannya sekali lagi. Apa yang penting adalah kita perlu bersikap positif untuk menjayakan sesuatu projek. Pemilihan Seksyen 52 sebagai kota seni adalah kerana berdekatan dengan Ibu Pejabat MBPJ dan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan dibuat. Majlis tiada halangan untuk mengemaskini tempat letak kereta di kompleks A, B dan C sebagaimana yang disarankan oleh Ahli Majlis bagi menjayakan projek kota seni ini. Kemudahan seperti lift dan sebagainya akan diadakan demi keselesaan orang awam.

Page 20: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

20/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

Beliau turut mengambil contoh Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan yang telah melaksanakan pengindahan lorong belakang bagi tujuan tarikan pelancong dan pelanggan. Memandangkan ramai Ahli Majlis yang membantah keputusan penutupan kekal lorong belakang, YBhg. Datuk Pengerusi mengadakan undian. Keputusan undian adalah seperti berikut:-

13 orang Membantah penutupan kekal

07 orang Setuju dengan penutupan kekal

01 orang Mengisytiharkan kepentingan

01 orang Berkecuali

02 orang Tidak hadir

Beliau sekali lagi mengingatkan bahawa sekiranya Ahli Majlis tidak bersetuju dengan penutupan lorong belakang bermakna tidak bersetuju dengan perancangan projek kota seni oleh kerajaan negeri yang telah dilaksanakan di MBPJ.

6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER BERTARIKH 14 MAC 2017, 20 MAC 2017 DAN 24 MAC 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (34) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (36) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (38) 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ.

Page 21: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

21/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 15 MAC 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 2 (139)] 6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ.

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 21 FEBRUARI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/21 JLD. 2 (4)] 6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN BERTARIKH 20 MAC 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD 3 (95)] 6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 21 MAC 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (77)]

6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan Pembangunan, MBPJ.

Page 22: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

22/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN

FERNANDEZ

7.1.1 Saman secara AES

Beliau memaklumkan bahawa salah satu perkara yang dibangkitkan di surat khabar tempatan adalah tahap kemalangan yang tinggi, isu tempat letak kereta, isu penunggang motorsikal yang gagal mematuhi lampu isyarat dan sebagainya. Pada pandangan beliau isu ini semakin lama semakin teruk dan adalah tidak adil masalah ini terpaksa dipikul sendiri oleh majlis walaupun ia melibatkan banyak pihak seperti polis dan lain-lain agensi. Walaupun tindakan kompaun telah dikeluarkan oleh majlis, namun ia masih tidak dapat mengurangkan masalah tersebut.

Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar Majlis bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mengkaji rang undang-undang penguatkuasaan melalui sistem AES di Petaling Jaya. Pada pandangan beliau sistem AES amat membantu tindakan penguatkuasaan yang lebih effektif. Kajian ini amat penting bagi mengurangkan masalah kemalangan yang semakin meningkat di Petaling Jaya.

Tindakan : Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ, Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ, Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ.

7.1.2 Membaik pulih Kawasan Lapang dan Hijau di Petaling Jaya

Beliau mencadangkan agar majlis mewujudkan satu dasar pemulihan kawasan hijau dan lapang yang ada di Petaling Jaya seperti Bukit Gasing dan Kota Damansara yang hampir rosak kerana sering digunakan oleh orang awam untuk riadah. Beliau mencadangkan supaya ditutup selama tiga (3) bulan untuk kerja-kerja pembaikan. Penggunaan yang terlalu kerap tanpa sebarang kerja-kerja pembaikan terhadap rumput-rumput dan pokok akan merosakkan kawasan tersebut. Sekiranya berlarutan Majlis akan kehilangan kawasan hijau dan lapang pada masa akan datang.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

Page 23: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

23/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

7.2 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK AHMAD AKHIR BIN PAWAN CHIK 7.2.1 PPRT Lembah Subang

Sebagaimana yang kita maklum, PPRT Lembah Subang menjadi isu hangat dan dalam proses pengambilalihan oleh KPKT. Sepanjang proses berlaku, beliau telah mendapat aduan yang banyak daripada penduduk berkaitan masalah kebersihan sampah di kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar majlis dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini sama ada menyelesaikannya dengan cara mengadakan khidmat sosial atau memberi perkhidmatan kebersihan (sekiranya tidak menyalahi dasar).

Tindakan : Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MBPJ.

7.3 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK HALIMEY BIN ABU BAKAR 7.3.1 Kakitangan Beruniform Makan dan Minum di siar kaki

restoran/kedai makan Beliau menyentuh dan menyokong isu yang telah dibangkitkan oleh Encik Azri bin Mohamad Arish berkaitan kakitangan yang minum terlalu lama di dalam waktu kerja di dalam Mesyuarat Majlis bulan lepas. Beliau turut membangkitkan di mana terdapat segelintir kakitangan beruniform yang makan dan minum di kaki lima kedai/restoran selepas waktu bertugas dengan memakai uniform. Perkara ini menimbulkan kesalahan intigriti dan dibangkitkan oleh orang awam di mana kakitangan tersebut seolah-olah menyokong kesalahan peniaga yang meletakkan kerusi/meja di kaki lima kedai. Beliau berharap agar perkara ini dapat dibendung demi menjaga imej dan intigriti kakitangan majlis pada pandangan orang awam.

Page 24: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

24/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

Beliau turut memuji segelintir kakitangan beruniform yang sanggup memakai pakaian selain uniform semasa keluar minum pagi di waktu pejabat.

Tindakan : Semua Pegawai dan Kakitangan, MBPJ.

7.3.2 Pembinaan Dewan dan Penyelenggaraan Longkang di Zon 24 Beliau mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Datuk Bandar dan semua jabatan yang terlibat di dalam pembinaan dewan di kawasan beliau dan berharap agar penyerahan dan perasmian oleh YBhg. Datuk Bandar dapat dilaksanakan sebelum bulan Ramadhan. Permohonan untuk pembinaan dewan telah lama disuarakan namun hanya dapat dilaksanakan semasa YBhg. Datuk Mohd Azizi bin Mohd Zain dilantik sebagai Datuk Bandar, MBPJ. Beliau faham bagi tahun 2017, majlis akan fokus ke arah infrastruktur dan pembangunan. Akan tetapi beliau memohon agar majlis melihat keadaan longkang memandangkan banjir akan berlaku di waktu hujan. Tidak dinafikan, jabatan kejuruteraan berusaha keras untuk membaiki longkang bagi mengelakkan banjir berulang. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar jabatan berkaitan meneliti punca banjir terutama longkang di gerai majlis dan padang permainan. Kajian hendaklah dibuat semasa hujan memandangkan kawasan tersebut nampak cantik dan kering dan akan menjadi takungan air dan banjir waktu hujan.

7.3.3 Gotong Royong Zon 24

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program gotong royong yang diadakan hampir setiap minggu di zon 24. Jabatan Penguatkuasa turut bekerjasama untuk menunda kenderaan buruk dan rosak sepanjang program gotong royong diadakan. Jabatan Perkhidmatan Kesihatan pula bekerjasama dengan memberi penerangan berkaitan kebersihan dan kesihatan sepanjang program dijalankan.

Tindakan : Pengarah Jabatan Penguatkuasa, MBPJ, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MBPJ, Semua kakitangan MBPJ yang terlibat.

Page 25: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

25/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

7.3.4 Radio Internet Beliau memaklumkan pernah mencadangkan agar Majlis mewujudkan radio internet akan tetapi sehingga sekarang masih belum dilaksanakan lagi. Sehubungan itu, beliau berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan selaras dengan kemajuan IT di zaman sekarang.

Tindakan : Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ,

7.3.5 Identiti Majlis

Setiap Majlis mempunyai identitinya yang tersendiri. Sebagai contoh sebelum terbinanya Menara Kuala Lumpur, Menara MBPJ adalah salah satu icon yang menarik perhatian di Petaling Jaya. Walaupun Menara MBPJ semakin tidak dikenali akan tetapi usaha-usaha pencahayaan dan pelaksanaan program Kota Seni di kawasan tersebut sedikit sebanyak memberi kesan positif ke atas pembangunan kawasan sekitarnya. Beliau berpendapat adalah tidak salah sekiranya terdapat syarikat besar bekerjasama dengan MBPJ untuk menaikkan nama MBPJ. Sehubungan dengan itu beliau berharap agar jabatan terlibat mengambil tindakan ke atas perkara di atas.

Tindakan : Semua Pengarah/Ketua Jabatan, MBPJ.

7.4 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DANIEL LEE MARN ZHI 7.4.1 Isu Kebersihan Kedai

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Kesihatan yang banyak membuat pemeriksaan kebersihan di kedai-kedai makan dan mengambil tindakan tegas ke atas pekedai yang tidak mematuhi syarat perniagaan. Namun disebabkan kekurangan kakitangan (2 pasukan sahaja), masih terdapat aduan berkaitan kebersihan terutama longkang kedai/restoran di media sosial `Facebook‟. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar majlis menambah jawatan pegawai/kakitangan di jabatan berkaitan selaras dengan proses `right sizing‟ yang sedang dijalankan. Dengan penambahan pegawai/kakitangan ini pemantauan dan pemeriksaan gerai dan kedai makan dapat dibuat dengan lebih kerap.

Page 26: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

26/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

7.4.2 Media Sosial `Facebook‟ dan `Twitter‟ Beliau mengucapkan terima kasih kepada Unit Komunikasi Korporat yang aktif mewar-warkan aktiviti-aktiviti majlis di laman sosial `Facebook‟ dan `Twitter‟. Pelbagai jenis aktiviti rekreasi dan sukan tari dipaparkan di media sosial MBPJ sehingga mendapat komen daripada orang awam dan menggelar MBPJ sebagai kelab sosial. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar majlis mempelbagaikan aktiviti untuk dimasukkan ke dalam media sosial `Facebook‟ dan `Twitter‟ seperti tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalulintas dan letak kereta serta pemeriksaan gerai-gerai yang dibuat oleh majlis. Perkara ini dapat memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan tindakan dan pemantauan yang sentiasa dibuat oleh majlis. Menurut beliau, kesan ke atas tindakan mewar-warkan tindakan adalah positif di mana beliau mengambil contoh di sebuah restoran di Subang Jaya. Pengusaha restoran sentiasa mengingatkan pekerja beliau agar menjaga kebersihan kedai dan longkang. Hasil makluman didapati bahawa MPSJ telah membuat tindakan ke atas dua (2) restoran dibelakang yang gagal mematuhi peraturan dari segi kebersihan dan kesannya pengusaha restoran yang lain sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Beliau berharap cara di atas akan dapat mengurangkan aduan ke atas kebersihan dan pesalah lalulintas serta akan dapat menaikkan imej majlis.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.43 tengahari. YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

Bertarikh : 10 April 2017

Page 27: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

27/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

LAMPIRAN KEHADIRAN HADIR: 01. YBhg. Dato‟ Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

Datuk Bandar, MBPJ. 02. Tuan Johary bin Anuar,

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 03. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud,

Ahli Majlis, MBPJ. 04. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Terence Tan Teck Seng,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Azri bin Mohamad Arish,

Ahli Majlis, MBPJ. 07. Encik Ang Ming Ern,

Ahli Majlis, MBPJ. 08. Encik Ariffin bin Mahaiyuddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 09. Encik Azizi bin Ariffin,

Ahli Majlis, MBPJ.

10. Encik Tang Fuie Koh, Ahli Majlis, MBPJ.

11. Encik Suriase a/l Gengiah, Ahli Majlis, MBPJ.

12. Encik Halimey bin Abu Bakar, Ahli Majlis, MBPJ.

13. Encik Shatiri bin Mansor, Ahli Majlis, MBPJ.

14. Encik Ong Swee Long, Ahli Majlis, MBPJ.

Page 28: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

28/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

15. Puan Wong Yuet Leng, Ahli Majlis, MBPJ.

16. Cik Jamaliah binti Jamaluddin, Ahli Majlis, MBPJ.

17. Puan Elaine Magdaline Nathaniel, Ahli Majlis, MBPJ.

18. Encik Wong Swee Sang,

Ahli Majlis, MBPJ.

19. Puan Ghandimathi a/p Suppiah, Ahli Majlis, MBPJ.

20. Puan Ermeemarianna binti Saadon, Ahli Majlis, MBPJ.

21. Encik Derek John Fernandez, Ahli Majlis, MBPJ.

22. Encik Sugumaran a/l R Annamalai, Ahli Majlis, MBPJ.

23. Encik Daniel Lee Marn Zhi, Ahli Majlis, MBPJ.

24. Cik Lim Yi Wei, Ahli Majlis, MBPJ.

TIDAK HADIR:

01. Encik Oon Chong Ling, (dengan maaf) Ahli Majlis, MBPJ.

02. Puan Sia Siew Chin, (dengan maaf) Ahli Majlis, MBPJ.

Page 29: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

29/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

HADIR BERSAMA: 01. Tuan Haji Ahmad Mohayen bin Haji Said,

Timbalan Setiausaha, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Hajah Sa‟diyah binti Khasiman,

Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

03. Puan Sharipah Marhaini binti Syed Ali, Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

04. Tuan Ir. Ismail bin Shafie,

Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 05. Encik Muhd Zulfadli bin Burhan,

Wakil Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ. 06. Encik Aznan bin Haji Hassan,

Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ. 07. Puan Hamidah binti Ariffin,

Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ. 08. Puan Zuraidah binti Sainan,

Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ. 09. Puan Dr. Chithradavi a/p N Vadivellu,

Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

10. Tun Mohd Izlizam bin Bahardin,

Wakil Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ. 11. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ. 12. Encik Lee Lih Shyan,

Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

13. Puan Ruzaida binti Tormodi, Wakil Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

Page 30: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · untuk memasuk dan mengemaskini maklumat secara real-time ... contoh dari segi pembungkusan mahupun pengendalian bagi ... (Transparent),

30/30

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 29.3.2017, MBPJ

14. Puan Haniza binti Abdul Hamid, Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ.

15. Puan Hajah Norlida binti Md. Isa,

Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ. 16. Cik Nor Shabani binti Johari,

Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ. 17. Puan Hairulliza binti Abdul Rahman,

Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ.

18. Encik Samsul Bahari bin Nonchi, Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ.

19. Encik Mohamad Rosnani bin Haji Hamid, Timbalan Pengarah (Sumber Manusia), Bahagian Sumber Manusia, MBPJ.

20. Puan Sr. Saliza binti Mohd Masri, MRISM Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak), Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

URUSETIA:

01. Puan Haslida binti Samat, Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Sunita binti Saad,

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Encik Mohd Sakri bin Mat Zin,

Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

04. Puan Suriyati binti Othman, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.