majalah aadk 01-2011[1]

28

Upload: abusirin

Post on 06-Aug-2015

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majalah AADK 01-2011[1]
Page 2: Majalah AADK 01-2011[1]

PenaungYBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj

Mohamed

PenasihatProf. Dr. Mahmood bin Nazar Mohamed

Ketua EditorEn. Mohd Amir Khusairi Harun

EditorEn.Mohd Saad bin Md Ani

Setiausaha KerjaUnit Media & Komunikasi Korporat

Penulis JemputanUstaz Mohd Zhafran Helmi bin Mokhtarudin

Dr. Salina Binti Aziz

Rekabentuk TeknikalEncik Prakash A/L Rajubathy

JurufotoCawangan Publisiti

Percetakan & EdaranUnit Media & Komunikasi Korporat

Sidang Redaksi MUKA HADAPAN

PERKARA

DARI MEJA EDITOR

GELOMBANG KESUKARELAAN BERMULA

PUJIAN YAB PM TERHADAP AADK

PUJIAN ANTARABANGSA TERRHADAP TRANSFORMASI AADK

CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)

SAMBUTAN LUAR JANGKAAN

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA AADK

APA KATA PAKAR?

ASSIST: SEJAUH MANA KEPARAHAN ANDA?

DETIK PERUBAHAN

PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2011

AADK TURUN PADANG’ TARIK MINAT BELIA

AADK SANA SINI

Alamat CCSC dan Klinik C&C 1Malaysia

M/S

1

2

4

6

10

12

14

15

16

18

20

22

24

25

Page 3: Majalah AADK 01-2011[1]

Alhamdulillah..

Terlebih dahulu saya ingin merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Majalah

AADK edisi 1/ 2011 dapat diterbitkan sekali lagi.Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak

yang terlibat khususnya kepada penulis jemputan bagi keluaran pada kali ini.

4 Julai 2011 merupakan satu titik sejarah untuk AADK apabila YB Dato' Seri Hishammudin Tun Hussein,

Menteri Dalam Negeri telah sudi melancarkan Gabungan Sukarelawan Antidadah 1Malaysia (SKUAD

1Malaysia) dan merasmikan bangunan Ibu Pejabat AADK. Bahang dan kemeriahannya masih terasa, seman-

gat AADK semakin membara bagi menangani masalah penagihan dadah dalam negara. Selain itu kerjasama

erat dan sokongan padu daripada masyarakat dan juga pihak badan bukan kerajaan (NGO) perlu diperting-

katkan lagi bagi memperlengkapkan persediaan berhadapan dengan masalah penagihan dadah yang semakin

mencabar.

Kenyataan ini amat signifikan sekali, ini kerana kejayaan yang dikecapi AADK melalui inisiatif Bidang Keber-

hasilan Utama Negara (NKRA) yang pertama iaitu mengurangkan kadar jenayah tidak akan terlaksana jika

AADK tidak mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Bermula dari Klinik Cure & Care 1Malaysia,

Cure and Care Service Centre (CCSC), Caring Community House(CCH) dan kini komitmen melalui gelom-

bang kesukarelaan SKUAD 1Malaysia, AADK yakin segala usaha berkenaan akan membawa kepada kejayaan

dalam merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan negara bebas dari ancaman dadah.

Sebelum mengakhiri nukilan pada kali ini, saya menyeru kepada semua pembaca Majalah AADK edisi 1/ 2011

agar terus menyokong usaha yang dilaksanakan oleh agensi ini dengan menyertai SKUAD 1Malaysia bagi

menyelamatkan generasi masa depan negara dari terlibat dalam penagihan dadah.Pastikan diri anda dan

keluarga anda melakukan aktiviti dan gaya hidup sihat setiap masa.

Sekian...

Dari Meja Editor

DARI MEJA EDITORDARI MEJA EDITOR 01

Page 4: Majalah AADK 01-2011[1]

02 GELOMBANG KESUKARELAAN BERMULAGELOMBANG KESUKARELAAN BERMULA

AADK sekali lagi melakar sejarah dengan pelancaran Sukarelawan Antidadah 1Malaysia (SKUAD 1Malaysia). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri ketika Majlis Perasmian Bangunan Ibu Pejabat AADK dan Pelancaran SKUAD 1Malaysia tengah hari tadi. Majlis yang diadakan di perkarangan ibu pejabat AADK turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah binti Hj. Mohamed, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Dalam ucapan beliau, YB. Dato’ Seri Hishammuddin telah melahirkan rasa kagum terhadap AADK kerana telah berjaya

Page 5: Majalah AADK 01-2011[1]

melaksanakan pelbagai transformasi yang begitu membanggakan dalam usaha membasmi masalah dadah dalam negara. “Mudah-mudahan melalui gabungan seperti ini, kita akan dapat bersama-sama bergerak dalam satu barisan sebagai satu pasukan untuk bersama memerangi penyalahgunaan dan pengedaran dadah. Mudah-mudahan juga, kita semua dapat bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan mangsa penagihan dapat dirawat dan dipulihkan secara lebih berkesan seterusnya membantu mereka kembali diterima ke dalam masyarakat. Saya berharap mulai hari ini, melalui gelombang yang dimulakan ini, AADK akan dapat menggerakkan satu gelombang yang lebih besar menjelang akhir tahun nanti , dan gelombang ini lah yang akan kita manfaatkan sepenuhnya untuk membawa kebaikan kepada negara dan bangsa, menjadikan negara bebas dari masalah penagihan dadah,” ucap YB Dato’ Seri Hishammuddin

ketika merasmikan majlis tersebut.

Majlis pada tengahari tersebut turut menarik perhatian dif-dif kehormat serta para hadirin dengan gimik perasmian aksi abselling yang dilakukan oleh empat orang warga kerja ibu pejabat AADK bagi menyerahkan topi dan replika logo SKUAD 1Malaysia kepada YB Menteri Dalam Negeri untuk pelancaran SKUAD 1Malaysia

GELOMBANG KESUKARELAAN BERMULAGELOMBANG KESUKARELAAN BERMULA 03

Page 6: Majalah AADK 01-2011[1]

04 PUJIAN YAB PM TERHADAP AADKPUJIAN YAB PM TERHADAP AADK

PUJIANTERHADAP

YAB PMAADK

Page 7: Majalah AADK 01-2011[1]

PUJIAN YAB PM TERHADAP AADKPUJIAN YAB PM TERHADAP AADK 05

G01 G02

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah berkesudian membacakan Perutusan Hari Antidadah Antarabangsa (HADA) 2011 di Bangunan Parlimen baru-baru ini. Dalam ucapan beliau YAB Perdana Menteri melahirkan rasa kagum diatas kejayaan yang telah dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha membasmi masalah penagihan dadah dalam negara. Selaras hasrat kerajaan iaitu memberikan perkhidmatan yang dirasai oleh masyarakat, AADK dil ihat telah turut sama menyumbang kepada Pelan Transformasi Kerajaan. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang pertama iaitu mengurangkan kadar jenayah jalanan, AADK telah mewujudkan beberapa inisiatif yang memberikan impak positif dan gelombang baru ke arah merealisasikan negara bebas dadah dan gagasan 1Malaysia “ Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

“Hasil transformasi tersebut, AADK kini menjadi sebuah agensi yang sentiasa mendapat perhatian dan penghargaan daripada dalam negara dan juga antarabangsa”. Tambah YAB Dato’ Sri lagi. Beliau menyuarakan pujian tersebut setelah dimaklumkan bahawa AADK kini menjadi perhatian pihak antarabangsa dalam usaha menangani masalah penagihan dadah.

Walau bagaimanapun usaha ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak digembelingkan bersama. Justeru sempena Peringatan Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini, Dato’ Sri Mohd Najib turut menyeru kepada seluruh masyarakat Malaysia dan badan bukan kerajaan agar sama-sama berganding bahu membantu kerajaan memerangi masalah penagihan dadah dalam negara demi memastikan Malaysia terus dapat memposisikan sebagai negara maju menjelang 2020 tanpa ancaman dadah.

Page 8: Majalah AADK 01-2011[1]

06 PUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADKPUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADK

Melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA) yang pertama iaitu mengurangkan kadar jenayah jalanan, Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri telah menongkah perubahan dan paradigma dengan mewujudkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada penagih atau mereka yang terlibat dengan permasalahan dadah. Hasilnya AADK telah berjaya mewujudkan 8 buah Klinik Cure & Care 1Malaysia bermula 1 Julai 2010 dan 29 buah Cure and Care Service Centre ( CCSC ) bermula Februari 2011.

Atas kejayaan tersebut beberapa pihak di peringkat antarabangsa telah memberikan pujian kepada pihak AADK. Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) misalnya melalui laporan 'Good Practices In Asia; Effective Paradigm Shifts Towards Improved National Response To Drug & HIV/ AIDS' baru-baru ini telah menyebut bahawa Klinik Cure & Care 1Malaysia merupakan antara inisiatif terbaik kerajaan dalam usaha membasmi masalah penagihan dadah. Bukti tersebut jelas apabila jumlah klien yang mendapatkan perkhidmatan di 8 buah Klinik Cure & Care 1Malaysia sehingga 28 Julai 2011 adalah seramai 6,555 klien. Manakala sehingga Julai 2011 seramai 237,465 orang telah mendapatkan perkhidmatan di CCSC di seluruh negara. Ia merupakan satu Big Wins yang telah dilakukan oleh AADK khusus untuk para penagih yang bergelandangan di dalam negara dalam usaha membawa mereka kembali ke pangkal jalan.

Selain WHO, AADK turut menerima pujian daripada Colombo Plan di samping United Nations Office On Drugs and Crime ( UNODC ), United Nations Programme on HIV/AIDS (UNAIDS), Australian National Council on Drugs (ANCD) serta wakil daripada Jepun, Maldives dan Pakistan ketika deligasi berkenaan mengadakan lawatan kerja ke AADK.

Melalui pujian yang telah disampaikan, jelas menampakkan impak positif telah berlaku hasil usaha yang digemblingkan oleh AADK di bawah pengurusan dinamik YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj Mohammed, Ketua Pengarah AADK.

PUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADK

Page 9: Majalah AADK 01-2011[1]

PUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADKPUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADK 07

Page 10: Majalah AADK 01-2011[1]

08 PUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADKPUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADK

Page 11: Majalah AADK 01-2011[1]

PUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADKPUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADK 09

Page 12: Majalah AADK 01-2011[1]

Fenomena penagihan dadah masa kini semakin kompleks dengan kewujudan dadah-dadah jenis sintetik di samping penularan dadah tradisional dalam negara. Ini menyebabkan para penagih yang telah pulih berisiko untuk kembali menagih atau relapse. Antara faktor penolakan disebabkan oleh stigma negatif masyarakat dan lebih menyedihkan, keluarga bekas penagih sendiri turut melabelkan golon-gan ini sebagai penjenayah.

Masyarakat seharusnya turut sama memainkan peranan dalam memulihkan para penagih ini. Tanpa peranan masyarakat, mana mungkin hasrat Malaysia Bebas Dadah 2015 akan tercapai. Pengembelengan tenaga daripada pelbagai pihak, dilihat sebagai langkah yang paling berkesan untuk memulihkan penagih dan mengelakkan mereka kembali ke kancah penagihan atau relapse.

Buat makluman semua, proses kepulihan penagi-han dadah adalah proses kepulihan sepanjang hayat. Oleh yang demikian, AADK telah menghasil-kan satu lagi transformasi dengan mewujudkan Cure & Care Service Centre (CCSC) atau turut dike-nali sebagai Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin. CCSC menyediakan perkhidmatan rawatan & pemulihan kepada kumpulan sasar disamping berfungsi seba-gai pusat aktiviti harian, penempatan sementara, pendampingan (outreach), pencelahan

(intervention), khidmat nasihat dan rujukan. Sehingga ke hari ini, sebanyak 29 buah CCSC telah beroperasi di seluruh Malaysia pada 2011, AADK akan membuka 6 buah lagi CCSC di seluruh negara.

Pengwujudan Cure & Care Service Centre (CCSC) atau dulu dikenali sebagai Pusat Khidmat AADK dilihat sebagai salah satu usaha AADK untuk merawat para penagih. CCSC menyediakan perkhidmatan rawatan & pemulihan kepada kum-pulan sasar disamping berfungsi sebagai pusat aktiviti harian, penempatan semen-tara, pendampingan (outreach), pencelahan (intervention), khidmat nasihat & rujukan.

SERVICE CENTRE (CCSC) CURE & CARESERVICE CENTRE (CCSC) CURE & CARE

CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)10

Page 13: Majalah AADK 01-2011[1]

Perkhidmatan yang disediakan di CCSC tertumpu kepada tiga kumpulan masyarakat iaitu:

• Kes-kes yang memerlu kan perkhidmatan pemulihan:

(a)Kes Pengawasan (b)Kes Sukarela (c)Pengguna Dadah (d)Bekas Penagih

• Golongan yang memerlukan khidmat nasihat/rujukan:

(a)Ibubapa (b)Keluarga Penagih (c)Pelajar sekolah/IPT(d)Kakitangan kerajaan/swasta (e)Agensi & Badan Perubatan

• Agensi serta badan-badan yang membantu memberikan perkhidmatan/sokongan

(a)Ibubapa (b)Keluarga Penagih (c)Pelajar sekolah/IPT(d)Kakitangan kerajaan/swasta (e)Agensi & Badan Perubatan

• Kebersihan Diri dan Penjagaan Kesihatan• Khidmat Nasihat• Perjumpaan 12 Teras Langkah Kepulihan• Kaunseling dan Bimbingan• Pendidikan Moral• Kerohanian

Antara program yang disediakan di CCSC ialah:• Terapi Muzik • Pencegahan Penagihan Semula • Penempatan dalam pekerjaan• Integrasi Sosial• Sukan dan Riadah

Transformasi pendekatan merawat pulih penagih dan pengguna dadah telah berjaya menarik mereka untuk datang ke pusat ini secara sukarela. Purata kehadiran klien ke CCSC ialah 50 orang sehari dan 97% adalah lelaki.

Berdasarkan statistik yang diterima, bagi tempoh Januari hingga Disember 2009, seramai 8,613 orang penagih berulang telah dikesan, manakala bagi tempoh yang sama pada tahun 2010, terdapat penurunan sebanyak 25.65% bilangan penagih berulang yang dikesan kepada 6,604 orang. Penurunan ini adalah hasil transformasi AADK dalam pendekatan rawatan dan pemulihan dadah yang telah dimulakan pada sepanjang tahun 2010.

Ia sangat signifikan dalam membantu menurunkan kadar jenayah kerana berdasarkan pemerhatian, pengguna dan penagih dadah turut terlibat melakukan aktiviti jenayah jalanan. Mengikut rekod, pada tahun 2010 Jenayah Indeks keseluruhan telah berkurang sebanyak lima belas peratus, berbanding sasaran asal, lima peratus. Jenayah Jalanan pula berkurang sebanyak 35 peratus, jauh lebih baik berbanding sasaran asal sebanyak 20 peratus.

CCSC Merubah Stigma Masyarakat

CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC) 11

Page 14: Majalah AADK 01-2011[1]

SambutanJangkaanDi luar

12 SAMBUTAN DI LUAR JANGKAANSAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN

Cure & Care Service Centre (CCSC) menerima sambutan diluar jangkaan dengan kehadiran melebihi seratus ribu orang klien di CCSC seluruh negara untuk mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan kepada penagih, pengguna serta penyalahguna dadah secara sukarela “AADK berusaha mencari pendekatan baru untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi dan kementerian lain untuk membina lebih banyak pusat seperti ini,” kata YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika merasmikan CCSC Chow Kit pada 13 Mei yang lalu. Sementara itu, YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj Mohammed, Ketua Pengarah AADK yakin lebih ramai penagih akan datang mendapatkan rawatan dan pemulihan di pusat baru itu yang turut beroperasi pada hari minggu.

Penubuhan CCSC Chow Kit dianggap strategik kerana mampu menarik minat ramai penagih sekitar Kampung Limau, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja laut, Tiong Nam dan Kampung Baru mendapatkan perkhidmatan disini secara percuma. “Penubuhan CCSC di kawasan strategik itu memberi peluang kepada penagih ke tempat pemulihan paling dekat,” tambah YBhg. Puan Sr i Dato' Zuraidah mengakhir i perbualan.

Page 15: Majalah AADK 01-2011[1]

SAMBUTAN DI LUAR JANGKAANSAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN 13

Page 16: Majalah AADK 01-2011[1]

14 KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA AADKKERAJAAN NEGERI SEMBILAN MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA AADK

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA AADKKERAJAAN NEGERI SEMBILAN MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA AADK

YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan berharap masalah penagihan dadah terutama di Negeri Sembilan dapat dibenteras secara bersama. Perkara tersebut dinyatakan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sembilan bil 1 / 2011 di Wisma Negeri baru-baru ini. Turut hadir bersama dalam mesyuarat berkenaan ialah YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah Haji Mohamed Ketua Pengarah AADK. “Bagi mencapai hasrat negara bebas dadah, kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memberikan sokongan padu kepada AADK dalam menangani masalah tersebut”. Tambah beliau lagi ketika menyampaikan perutusan pengerusi mesyuarat tersebut.

Pada mesyuarat berkenaan YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah Haji Mohamed turut mengambil peluang membentangkan kertas makluman berkenaan Hala Tuju AADK dalam usaha membanteras dadah. Hasil daripada penyampaian kertas berkenaan, ahli mesyuarat ternyata kagum dengan perubahan yang telah dilakukan oleh AADK. Melalui tranformasi yang dilakukan itu, AADK diharapkan dapat menyelamatkan warga negara Malaysia dari terjerumus ke kancah penagihan dadah.

Setelah selesai mesyuarat berkenaan, YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah Haji Mohamed bersama YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan turut mengadakan satu sidang media bersama wartawan tempatan. Pada sidang media tersebut, YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah Haji Mohamed turut memaklumkan bahawa atas kejayaan yang dicapai di Klinik Cure & Care 1Malaysia, AADK sedang merancang untuk menambahkan bilangan klinik-klinik tersebut di beberapa buah tempat di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

Page 17: Majalah AADK 01-2011[1]

APA KATA PAKAR?APA KATA PAKAR? 15

Seperti yang kita semua sedia maklum, pengguna dadah terutama dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) akan mengalami gejala psikosis. Namun adakah kita tahu apa itu gejala psikosis? Bagaimanakah gejala ini berlaku? Dan adakah rawatan yang boleh mengubati gejala ini? Bagi merungkai persoalan-persoalan tersebut, penulis telah bertemu dengan Dr. Salina Aziz, pakar psikiatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapat ulasan lanjut.

“Kemurungan, schizophrenia, bipolar, dan halusinasi adalah contoh gejala psikosis. Namun gejala-gejala ini bukan bererti penagih tersebut mengalami masalah mental (gila). Mungkin ramai antara kita keliru akan perbezaan gejala psikosis dan gila. Bagi mendapatkan kepastian, ujian urin serta sejarah hidup perlu dikaji demi memastikan sama ada gejala tersebut adalah tanda penyakit mental atau disebabkan oleh dadah,” kata Dr. Salina memulakan perbualan.

Jika seseorang itu mengalami gejala psikosis disebabkan oleh pengambilan dadah, mereka tergolong dalam Drug Induced Psychosis (psikosis yang disebabkan oleh pengambilan dadah). Mereka ini hanya mengalami gejala psikosis jika berterusan mengambil dadah dan gejala tersebut akan berhenti dengan sendirinya apabila mereka berhenti mengambil dadah tersebut. Namun begitu, gejala ini tidak akan menyebabkan menular serta diwariskan kepada keturunan melainkan jika seseorang itu sememangnya membawa genetik sebagai pesakit mental.

Dadah jenis ATS akan mengganggu rembesan otak (neurotransmitter). Di mana dadah-dadah ini akan mengawal neurotransmitter serta mewujudkan rasa gembira, rasa bebas serta lupa akan segala-galanya. Jika pengambilan dadah berlebihan, berkemungkinan otak tidak mampu lagi mengawal tingkah laku, pemikiran serta emosi dan menyebabkan seseorang itu kelihatan seperti mengalami masalah mental.

“Namun rawatan dan pemulihan yang melibatkan kaunseling sahaja tidak memadai untuk merubah diri penagih yang telah mengalami gejala psikosis kerana gejala psikosis ini mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan emosi sedangkan kaunseling hanya boleh merubah tingkah laku sahaja. Sepatutnya emosi klien tersebut mesti distabilkan dahulu sebelum diberikan kaunseling. Sebagai contoh, jika seseorang itu menghidap penyakit kencing manis, maka doktor yang bertanggungjawab harus menstabilkan dahulu paras gula dalam darah pesakit sebelum memulakan sesi kaunseling bagi menasihati pesakit agar mengurangkan pengambilan makanan bergula,” jelas Dr. Salina lagi.

Justeru beliau berpendapat, pendekatan baharu yang diambil AADK dengan memperkenalkan rawatan dan pemulihan melalui perubatan adalah tepat dan berkesan. Ia dilihat sebagai pelengkap kepada rawatan dan pemulihan melalui kaunseling yang telah diamalkan AADK sejak 28 tahun yang lalu. Beliau yakin jika pendekatan ini diteruskan dan diperluaskan, matlamat mewujudkan Malaysia bebas dadah 2015 akan menjadi kenyataan.

Walaupun begitu, rawatan dan pemulihan tanpa pencegahan akan sia-sia. Hal ini demikian kerana rawatan dan pemulihan adalah khusus untuk golongan yang telah terjerumus dengan penagihan dadah manakala pencegahan pula untuk golongan masyarakat lain yang belum terjerumus dengan dadah.

“Bagi mendapatkan hasil yang sepatutnya, AADK seharusnya menumpukan pencegahan kepada golongan yang berisiko seperti pelajar yang bermasalah, remaja yang keciciran sekolah serta yang terlibat dengan kes-kes juvana. Sebagai contoh, AADK boleh menganjurkan sesi ceramah serta kaunseling khusus buat pelajar-pelajar yang bermasalah,” tegas beliau sebelum mengakhiri perbualan.

Apa Kata Pakar?gejala psikosis: gejala psikosis:

Page 18: Majalah AADK 01-2011[1]

16 ASSISTASSIST

ASSISTALCOHOL,SMOKING AND SUBTANCES

INVOLVEMENT SCREENING TESTINVOLVEMENT SCREENING TEST

SEJAUH MANA

KEPARAHAN ANDA?SEJAUH MANA

KEPARAHAN ANDA?

Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (t idak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang.

Setiap individu atau klien yang mendapatkan rawatan adalah daripada pelbagai latarbelakang serta corak pengalaman kehidupan yang berbeza-beza. Pelbagai jenis dan cara mereka terjebak dalam masalah penyalahgunaan dadah, kerana dadah tidak mengira pangkat, usia, bangsa dan agama.

Pelbagai pendekatan dan kaedah serta rawatan yang telah di laksanakan untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah ini supaya terus menjadi isu dan agenda utama dalam negara. Oleh itu satu alat atau kaedah terbaru yang dihasilkan oleh kumpulan pakar penyelidik antarabangsa dan World Health Organization (WHO) membangunkan ALCOHOL, SMOKING AND SUBTANCES INVOLVEMENT SCREENING TEST (ASSIST) bagi mengenalpasti tahap kebergantungan dan risiko keparahan penggunaan bahan-bahan psikoaktif pada individu terbabit. Setelah dipersetujui oleh pengurusan tertinggi AADK, inisiatif ini diperluaskan lagi ke seluruh Klinik C&C 1Malaysia, PUSPEN dan CCSC.

ASSIST merupakan salah satu ujian saringan ringkas yang digunakan untuk mengenalpasti tahap risiko pengguna substans psikoaktif secara tepat yang merangkumi jenis substans seperti berikut.• AMPHETAMINE TYPES STIMULANT• INHALAN• ALKOHOL• OPIAT • HALUSINOGEN• KOKAIN• GANJA• TEMBAKAU

Soalan ASSIST ini direkabentuk untuk kegunaan pekerja kesihatan di primer dan komuniti serta bersesuaian untuk digunakan kepada klien sukarela yang datang untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan di Klinik C&C 1Malaysia dan CCSC di dalam komuniti. Ia digunakan bagi mengumpulkan data berkaitan substans yang diambil oleh klien atau pelanggan dengan lebih tepat termasuklah pengambilan poly substans.

Page 19: Majalah AADK 01-2011[1]

ASSISTASSIST 17

Skor ASSIST Tahap Risiko Risiko

Pengguna substans yang mempunyai risiko rendah terhadap kesihatan dan masalah-masalah lain berkaitan substance tersebut;

Pengguna substans mempunyai risiko terhadap kesihatan dan masalah berkaitan penggunaan dadah semasa • Mereka yang menyuntik dadah walaupun kurang seminggu sekali dimasukkan di dalam kategori risiko sederhana dan kurang daripada 3 kali juga di dalam kategori sederhana;

Pengguna substans berisiko tinggi untuk mengalami masalah-masalah serius berkaitan kesihatan, sosial, perundangan dan perhubungan akibat daripada penggunaan substans semasa dan berkemungkinan menjadi dependen; • Mereka yang menyuntik dadah lebih dari 3 kali seminggu di kategori di dalam berisiko tinggi

0 - 3 Rendah (Low)

4 - 26 Sederhana (Moderate)

27 + Tinggi (high)

Keratan Akhbar

Apabila pengguna substans mengetahui tahap risiko, pendidikan dan motivasi dapat diberikan kepadanya bagi mengubah tabiat penggunaan bahan seterusnya menggalakkannya untuk menerima rawatan dan pemulihan yang sepatutnya;

Sekiranya pengguna tersebut berada di tahap rendah atau tidak berbahaya, galakan dan motivasi perlu diberikan kepada klien tersebut supaya terus mengekalkan tahap risiko rendah dan berhenti daripada penggunaan substans;

ASSIST sangat bermanfaat jika digunakan bersama dengan Teknik Brief Motivational Intervention berdasarkan kepada bukti kukuh yang menyatakan saringan yang efektif dan intervensi yang tepat di peringkat awal mampu menggalakkan penurunan tabiat penggunaan substans klien.

Melalui penilaian berkenaan, skor ASSIST dibahagikan kepada 3 tahap keparahan seperti berikut:

Setiap individu atau klien mempunyai tahap kebergantungan dan keparahan yang berbeza samada ia masih di tahap risiko rendah, sederhana atau tinggi. Oleh yang demikian antara sebab ujian saringan atau ASSIST ini perlu dijalankan terhadap pengguna substance atau penagih dadah adalah seperti berikut:

a)

b)

c)

Page 20: Majalah AADK 01-2011[1]

Perubahan, hijrah atau transformasi umumnya membawa maksud melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu pada masa sekarang berbanding masa sebelum ini. Penulisan ini akan mengfokuskan kepada transformasi untuk diri seseorang insan supaya memiliki nilai modal insan yang lebih dihargai di mata keluarga, masyarakat dan negara.

Klinik C&C, CCSC,CCH TAK SEPATUTNYA WUJUD ….Disediakan Oleh : Ustaz Mohd Zhafran Helmi Bin Mohktarudin Cawangan Agama dan Pembangunan Insan, Bhgn Rawatan, Perubatan dan Pemulihan

18 DETIK PERUBAHANDETIK PERUBAHAN

DETIK PERUBAHAN:Klinik C&C, CCSC,CCH TAK SEPATUTNYA WUJUD ….DETIK PERUBAHAN:

Page 21: Majalah AADK 01-2011[1]

Umum sudah sedia maklum bahawa penyalahgunaan dadah merupakan perbuatan yang bukan sahaja salah di sisi agama, malah ia juga menyalahi undang-undang di setiap negara. Bagi mereka yang terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah tidaklah bererti tiada ruang untuk mereka kembali mengamalkan kehidupan normal seperti sediakala. Kewujudan Klinik Cure & Care 1Malaysia (Klinik C&C), Cure & Care Service Centre (CCSC) serta Rumah Komuniti (CCH) yang ditubuhkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan atau AADK merupakan antara kaedah atau platform untuk menangani masalah penagihan

dadah yang berlaku.

Hasil tinjauan penulis terhadap klien AADK, penulis mendapati kewujudan perkhidmatan seperti Klinik C&C 1Malaysia, CCSC dan CCH tidak sepatutnya wujud. Di sini penulis bermaksud, ia tidak seharusnya wujud pada masa kini. Buktinya ialah penulis mendapat maklumbalas daripada klien-klien AADK bahawa sepatutnya sejak dari dahulu lagi AADK telah mewujudkan perkhidmatan tersebut. Ini bererti perkhidmatan tersebut telah memberi impak positif yang sangat besar terhadap mereka yang sukarela memerlukan perkhidmatan rawatan dan pemulihan. Apa yang sudah sedia wujud ialah Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) seperti Pengasih dan seumpamanya yang mengenakan yuran agak tinggi

dan yuran tersebut di luar kemampuan.

Justeru dengan transformasi yang dilaksanakan oleh AADK bagi merealisasikan sasaran Negara Bebas Dadah Menjelang 2015 tidak mustahil mudah untuk dicapai. Cetusan idea transformasi AADK di bawah pimpinan YBhg. Puan Sri Dato` Zuraidah Binti Haji Mohamed ini membuktikan bahawa rakyat benar-benar merasai perkhidmatan yang ditawarkan. Kewujudan Klinik C&C 1Malaysia misalnya telah memberi sinar harapan baru kepada penagih-penagih dadah untuk memulihkan diri mereka. Segala kos adalah ditanggung oleh kerajaan. Keadaan ini sedikit sebanyak membuka ruang serta membantu para penagih untuk berubah menjadi modal insan yang bernilai kepada Negara.

DETIK PERUBAHANDETIK PERUBAHAN 19

Page 22: Majalah AADK 01-2011[1]

“Amat penting untuk tuan-tuan dan puan-puan semua menjayakan agenda transformasi ini kerana kehendak rakyat dan persekitaran global sudah berubah serta tidak mengizinkan lagi kita bekerja menggunakan pemikiran lapuk dan jumud”

Dalam memastikan rakyat Malaysia menjauhi dadah, pendekatan kesihatan telah digunapakai oleh AADK. Think Health Not Drug atau Hidup Sejahtera Tanpa Dadah telah dipilih sebagai tema bagi Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan bagi tahun 2011. Maj l i s perasmian sambutan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj Mohammed, Ketua Pengarah AADK di Auditorium Ibu Pejabat AADK pada 19 Februari yang lalu.

HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2011Peringatan

20 PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2011PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2011

Page 23: Majalah AADK 01-2011[1]

Dalam perutusan sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan, YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj Mohamed, Ketua Pengarah mengingatkan kepada seluruh warga AADK supaya menanamkan sifat yang lebih mesra dan penyayang dalam melaksanakan program-program rawatan dan pemulihan dadah. YBhg Puan Sri Dato’ turut meminta agar warga AADK memberi khidmat kepada klien sebagai pesakit dan bukan sebagai penjenayah.

Selain itu, YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah turut mengingatkan kepada warga AADK supaya tidak leka dengan kejayaan yang diperolehi sepanjang tahun 2010. Kejayaan tersebut seharusnya menjadi pemangkin untuk warga AADK bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, berintegriti serta penuh keikhlasan bagi mencipta lebih banyak pembaharuan dalam AADK.

“Amat penting untuk tuan-tuan dan puan-puan semua menjayakan agenda transformasi ini kerana kehendak rakyat dan persekitaran global sudah berubah serta tidak mengizinkan lagi kita bekerja menggunakan pemikiran lapuk dan jumud”, ujar YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah lagi.

Semoga seluruh warga AADK dapat menyahut cabaran ini demi mencipta lebih banyak kejayaan serta merealisasikan Malaysia Bebas Dadah pada 2015.

PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2011PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2011 21

Page 24: Majalah AADK 01-2011[1]

AADK

TARIK MINAT BELIA‘TURUN PADANG’

22 AADK ‘TURUN PADANG’ TARIK MINAT BELIAAADK ‘TURUN PADANG’ TARIK MINAT BELIA

Bersempena Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei yang lalu, AADK telah ‘turun padang’ bagi menghangatkan perhimpunan berkenaan dengan membuka gerai pameran antidadah serta kaunter pendaftaran ahli RADA. Selain itu bas pameran turut menjadi tarikan para pengunjung dengan kehadiran seramai 2296 orang sepanjang berlangsungnya program berkenaan. Hasil kempen dan pameran yang diadakan, hampir 2000 orang telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Rakan Antidadah (RADA) sepanjang karnival berlangsung.

Page 25: Majalah AADK 01-2011[1]

AADK ‘TURUN PADANG’ TARIK MINAT BELIAAADK ‘TURUN PADANG’ TARIK MINAT BELIA 23

Selain pendaftaran RADA, penggunjung booth AADK turut disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz ,permainan interaktif untuk ahli RADA dan banyak lagi. Bukan itu sahaja bagi melihat tahap kepuasan pelanggan, AADK turut mengedarkan borang kajian kepuasan pelanggan kepada 300 orang pengunjung yang bertuah untuk dijadikan responden kajian tersebut. Melalui komen yang diberikan, ternyata para pengunjung tertarik dengan perkhidmatan yang diberikan di samping pendekatan baru yang dilaksanakan oleh AADK melalui Klinik Cure & Care 1Malaysia.

Justeru melalui penyertaan program yang hebat ini, AADK dapat menjadikan ia sebagai salah satu platform terbaik bagi menyampaikan maklumat terkini agensi kepada seluruh lapisan masyarakat khususnya golongan belia yang sering terdedah kepada penagihan dadah.

Page 26: Majalah AADK 01-2011[1]

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, kontijen AADK turut tidak ketinggalan menyertai perarakan yang diadakan di Putrajaya. Kontijen seramai 60 orang tersebut telah diketuai oleh Ustaz Ruslan Said, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Agama AADK.

Perarakan tersebut bermula di hadapan Masjid Putra, Putrajaya dan berakhir di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis di Masjid Sultan Zainal Abidin itu turut disertai oleh Yang Di-Pertuan Agong serta pemimpin-pemimpin kanan kerajaan yang beragama Islam.

Perarakan tersebut adalah sebagai satu simbolik perpaduan di kalangan umat Islam bersesuaian dengan tema Maulidur Rasul 1432, ”1Malaysia 1Ummah”. Diharapkan agar seluruh warga AADK akan lebih bersatu padu dalam memerangi

24 AADK SANA SINIAADK SANA SINI

SAMBUTAN MAULIDUR RASULJOM PEKENA TEH TARIK Kuala Lumpur 1 Ogos 2011; Bertempat di Perkarangan Cure and Care Service Centre (CCSC) Chow Kit, satu program santai bersama klien CCSC iaitu ‘Program Jom Pekena Teh Tarik’ telah diadakan disini semalam. Program berkenaan telah dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah Haji Mohamed, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan turut dihadiri oleh seramai kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada klien CCSC dan juga para pegawai Ibu Pejabat AADK dan Wilayah Persekutuan.

Pada ucaptama YBhg. Puan Sri Dato’ Zuraidah, beliau telah merakamkan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada pihak penganjur iaitu CCSC Chow Kit diatas inisiatif penganjuran program berkenaan. “Melalui program ini, hubungan antara klien, warga kerja CCSC Chow Kit dan masyarakat dapat diperkukuhkan lagi dan juga nilai-nilai semangat kesukarelawan dapat diperluaskan lagi” tambah beliau. Di samping itu beliau turut memaklumkan bahawa CCSC Chow Kit adalah merupakan fasiliti pemulihan yang pertama dilaksanakan oleh AADK di bawah program outsourcing. Penglibatan NGO iaitu Yayasan Salam dalam mengen-dalikan program pemulihan di CCSC Chow Kit telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana hampir 10 ribu orang telah mendapatkan perkhidmatan di premis berkenaan sejak ia dibuka pada Februari yang lalu.

Atas kejayaan tersebut, AADK merancang akan membuka dan melaksanakan pendekatan yang sama di empat buah CCSC lain iaitu di Kampung Kerinchi, Kampung Pandan, San Peng dan Sentul tidak lama lagi. “Adalah menjadi harapan saya melalui pendekatan yang lebih lembut dan humanistic ini ia akan dapat menarik lebih ramai lagi mereka yang terlibat dengan penagihan untuk tampil secara sukarela bagi mendapatkan perkhidmatan di CCSC”, ujar beliau lagi. Majlis yang berlangsung dari jam 2.00 petang itu turut diserikan dengan gimik perasmian progtram dengan YBhg. Puan Sri Dato’ telah membancuh teh tarik bersama-sama Pengarah AADK Wilayah Persekutuan.

Pelaksanaan program pendidikan pencegahan dan kesedaran dadah terutamanya terhadap pelajar yang positif saringan urin dan berisiko tinggi sangat penting dalam membentuk sahsiah murni mereka. Selaras dengan perkara tersebut satu kem intensif Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) telah diadakan pada 18 hingga 21 Mei yang lalu di Pusat Kokurikulum, Pulau Pinang. Program anjuran AADK Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang terdiri daripada 153 pelajar dari 24 buah sekolah di seluruh Pulau Pinang telah menyertai program tersebut.

Antara objektif utama kem ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya kehidupan yang sihat sejahtera bagi menghadapi cabaran hidup masa hadapan dengan menjauhkan diri daripada kegiatan negatif. Seramai 40 orang fasilitator yang terdiri daripada pegawai AADK dan pegawai Jabatan Pelajaran Pulau Pinang terlibat dalam mengendalikan kem ini. Dari maklumbalas yang diterima, pengisian program tersebut seperti ujian saringan urin, ceramah, latihan dalam kumpulan, kerohanian dan aktiviti lasak seperti abseiling, wall climbing serta flying fox telah berjaya menarik minat semua pelajar yang terlibat.

Selain AADK dan Jabatan Pendidikan, kem ini turut mendapat kerjasama daripada jabatan lain seperti Jabatan Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia. Semua peserta telah memberikan maklumbalas positif terhadap kem ini dan berharap supaya ianya dapat diteruskan pada masa akan datang. Pengawasan terhadap pelajar-pelajar ini akan diteruskan dengan pengukuhan sahsiah diri. Perasmian penutup pada 21 Mei 2011 telah disempurnakan oleh Tuan Hj Ahmad Tarmizi bin Kamarudin, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang.

Cawangan Agama dan Pembangunan Insan, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama AADK Negeri Johor serta Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah mengadakan Program Kembara Salikin 2011 pada 6 hingga 8 Mei lalu bertempat di Felda Sungai Sayong Kulaijaya Johor. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengintegrasikan diri klien AADK dalam masyarakat setempat khususnya masyarakat FELDA di samping menanam sikap positif ke arah kepulihan para peserta berpandukan al-Quran. Peserta yang menyertai program ini adalah seramai 141 orang yang terdiri daripada klien AADK di PUSPEN, Klinik C&C 1Malaysia dan Rumah Komuniti di sekitar negeri Johor.

Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Program Khidmat Masyarakat dan Tazkirah “Menuju ke Pusara Damai”, ceramah perdana, ceramah motivasi, karnival sukan rakyat, Qiamullail dan aktiviti gotong royong. Penduduk setempat turut menyertai aktiviti yang dijalankan bersama-sama dengan klien AADK yang menyertai program tersebut.

Aktiviti Ceramah Perdana dan Sukan Rakyat adalah acara yang paling mendapat sokongan dan sambutan yang amat positif oleh penduduk setempat. Karnival Sukan Rakyat telah dimeriahkan dengan acara sukan futsal, tarik tali, petanque dan banyak lagi. Klien AADK telah menyertai semua acara yang dipertandingkan bersama-sama dengan penduduk FELDA.

Peserta telah memberikan respon yang amat positif dalam mengintegrasi-kan diri mereka kepada masyarakat setempat khususnya masyarakat FELDA. Penerimaan masyarakat FELDA terhadap klien AADK juga amat baik dan ini sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat bersedia menerima dan membantu klien AADK dalam menjauhkan diri dari masalah penagihan dadah.

PROGRAMKEMBARA SALIKIN 2011PROGRAMKEMBARA SALIKIN 2011

Jom PEKENA TEH TARIK

DI PULAU MUTIARASHIELDS

Menghayati

Page 27: Majalah AADK 01-2011[1]

ALAMAT CCSC & C&CALAMAT CCSC & C&C 25

i

f

t

-

rk

Klinik C&C 1Malaysia dan CCSCKLINIK C&C 1 MALAYSIA

KLINIK C&C 1MALAYSIA SUNGAI BESIBatu 7,Jalan Sungai Besi,57100 Kuala Lumpur.Tel: 03-9056 2997/ 9056 2945/ 9057 2960Feks: 03- 9058 7525

KLINIK C&C 1MALAYSIA BUKIT MERTAJAMJalan Kampung Baru,14000 Bukit Mertajam,Pulau Pinang.Tel: 04-5304923/ 5376675Feks: 04-539 4835

KLINIK C&C 1MALAYSIA TAMPOI81200, Johor Bharu.Tel: 07-236 1711Feks: 07-237 1799

KLINIK C&C 1MALAYSIA PAPARBeg Berkunci No. 7,Batu 30,Jalan Papar, Beaufort,89609, Papar, Sabah.Tel: 088-912893/ 912487Feks: 088-915786

KLINIK C&C 1 MALAYSIA KOTA BHARUJalan Padang Tembak,16100, Pengkalan Chepa,Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09-7717350/ 7717357Feks: 09-749816

KLINIK C&C 1MALAYSIA KUCHINGKm 10, Jalan Penrissen,93250, Kuching,Sarawak.Tel: 082-612411/ 612412Feks: 082-612785

KLINIK C&C 1 MALAYSIA TAMPIN73000, Tampin Pos,Pulau Sebang, MelakaTel: 06-4411922Feks: 06-4417858 KLINIK C&C 1MALAYSIA JERANTUT KM 4, Jalan Benta,27000, Jerantut, PahangTel: 09-266 5442 / 5443 / 6525 / 5399Feks: 09-266 6106

CCSC (PKAADK)PKAADK KANGARLot 2374, Persiaran Jubli EmasSimpang Tiga01000, Kangar, Perlis.Tel: 04-9770268Feks: 04-9770268

PKAADK SEBERANG PERAI UTARAJln Kg Baru, Kg Selamat13300, Tasek GelugorSeberang Perai Utara, Pulau Pinang.Tel: 04-5701100Feks: 04-5701105

PKAADK BARAT DAYAJalan Sungai Pinang11000, Balik Pulau, Pulau Pinang.Tel: 04-8691805Feks: 04-8691801

PKAADK TELUK BAHANGJalan balai Polis 11050, Teluk Bahang, Pulau Pinang.Tel: 04-8811444

PKAADK BATU GAJAH (PERAK TENGAH)No 509, Jalan Kelab31000, Batu Gajah, Perak.Tel: 05-3665104Feks: 05-3657033

PKAADK KINTATingkat 4, Blok ABangunan Persekutuan (Greentown)Jalan Dato' Seri Ahmad Said30450, Ipoh, Perak.Tel: 05-2436157Feks: 05-2436158

PKAADK IPOHNo 79A, Jln Dato’ Onn30000, Ipoh, Perak.Tel/Feks: 05-2412242

PKAADK WP KUALA LUMPURLot 2329,Lorong Perdana 1AKompleks Kerajaan Bukit PerdanaJalan Dato Onn50546, Kuala Lumpur.Tel: 03-26927549Feks: 03-26980475

PKAADK CHOW KITNo 24 A&B, Lorong Hj Taib 330350, Kuala Lumpur.Emel: [email protected]

PKAADK HULU SELANGORJKR 228, Jalan Syed Manshor44000, Kuala Kubu Bharu, Selangor.Tel: 03-60642435Feks: 09-60645496

PKAADK AMPANGNo 9A, Jalan Wawasan 4/6Bandar Baru Ampang68000, Ampang, Selangor.Tel: 03- 4270 1393Feks: 03- 4270 1385

PKAADK HULU LANGATNo 1/1B & 1/1F,Jalan Hentian 1B,Jalang Reko 43000,Kajang, Selangor.Tel: 03- 87337516

PKAADK SEREMBAN630, Jalan Dato' Kelana Makmur70200, Seremban, N.Seremban.Tel: 06-7635986Feks: 06-7673921

PKAADK PORT DICKSONBatu 12, Kg Teluk Pelanduk71050, Si Rusa,Port Dickson, N. Sembilan.Tel: 06-6625811Feks: 06-6625816

PKAADK KUALA PILAHNo 14, Jalan Bukit, 72000, Kuala Pilah, N.Sembilan.Tel: 06-6625811Feks: 06-6625816

PKAADK JEMPOLBt 38, Kg Serting Tengah72200, Batu Kikir, N.Sembilan.Tel: 06-4982430Feks: 06-4982431

PKAADK TAMPIN73000 Pulau SebangTampin, N.Sembilan.Tel: 06-4415803Feks: 06-4415808

PKAADK MUARJKR 209, Jalan Timbalan84000, Muar, Johor.Tel: 06-9535062Feks: 06-9555061

PKAADK SEGAMATPKR 5, Jalan Awang85000, Segamat, Johor.Tel: 07-9324082Feks: 07-9314103

PKAADK BATU PAHATAras 2, Bangunan Gunasama Persekutuan,Jalan Bakau Condong83000 Batu Pahat, Johor.Tel: 07-4325316Feks: 07-4339214

PKAADK KOTA TINGGIJKR 115, Jln Omar89100 Kota Tinggi, Johor.Tel: 07-8835877Feks: 07-8835866

PKAADK PONTIANLorong SurauKg Rimba Terjun82000, Pontian, Johor.Tel: 07-6870000Feks: 07-6882695

PKAADK DESA DAMAIJalan Taruka80350, LarkinJohor Bahru, Johor.Tel: 07-2381295Feks: 07-2341003

PKAADK KUANTANJKR 421, Jln Gambut25000, Kuantan, Pahang.Tel: 09-5130821Feks: 09-5735641

PKAADK JENGKAD/A Balai Raya Lama,Sri Dahlia Jengka 3,26400, Bandar Tun Abd RazakPahang.Tel: 09-4774052/53 ( AADK Maran)Feks: 09-4773706 ( AADK Maran)

PKAADK KUALA TERENGGANUTgkt 1, Bangunan UMNOKuala TerengganuJalan Gong Kapas20200, Kuala TerengganuTerengganu.Tel: 09-6301280Feks: 09-6301282

PKAADK HULU TERENGGANUNo 2, Taman che Ngah21820, Ajil Hulu TerengganuTerangganu.Tel: 09-6862949Feks: 09-6862166

PKAADK BESUTNo 177, Kuaters 21820, Ajil Hulu Terengganu.Terangganu.Tel: 09-6862949Feks: 09-6862166

PKAADK KUCHINGLot 123, Jalan Tan Sri Ong Kee HuiPeti Surat 234793300 Kuching, Sarawak.Tel: 082-426415Feks: 082-427102

ALAMATALAMATKlinik C&C 1Malaysia dan CCSC

Page 28: Majalah AADK 01-2011[1]

Agensi Antidadah KebangsaanNational Anti-Drugs Agency Kementerian Dalam Negeri. Jalan Maktab Perguruan Islam 43000 Kajang, Selangor Tel: 03 - 8911 2200 Fax: 03 - 8926 2055 Email: [email protected]: www.adk.gov.my

facebook com/Agensi Antidadah Kebangsaan MalaysiaLayari Facebook kami di:

DADAH

HidupSejahtera

Tanpa

HidupSejahtera

Tanpa

SMS

15888