main/peperiksaan dan... · web viewitu pelajar juga boleh memahirkan diri mereka dengan teknik...

15
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN , IPOH MINIT MESYUARATJAWATANKUASA KURIKULUM BILANGAN 2/2012 Tarikh : 4 April 2012 (Rabu) Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Kuliah Pengerusi : Cik Rusnani bt Sharuddin Kehadiran : Seperti di bawah BIL NAMA GURU 1 Cik Rusnani bt Sharuddin (Pengetua ) 2 Pn. Hjh. Noridah bt Mohd Noor (Pen. Kanan Pentadbiran) 3 Pn. Zuraida bt Ahmad Khulaimi (Pen. Kanan HEM) 4 Pn. Hjh. Emsakiah bt Zulkifli ( Pen. Kanan Petang) 5 Pn. Salina bt Salim (Pen. Kanan Kokurikulum) 6 Pn. Julaila bt Yahya (GK Bahasa / Setiausaha JKKS) 7 Pn. Norlaila bt Abd Ghani (GK Sains) 8 Pn. Chan May Fye (GK Vokasional Teknik) 9 Pn. Habibah bt. Lazim (GK Kemanusiaan) 10 S/U Kurikulum Tingkatan 6 – Pn. Asmawati bt Razali 11 Pen S/U Kurikulum Petang – Pn. Amizah bt Abidin 12 Guru Perpustakaan & Media – Pn Saidatul Nadiah bt Shamsuddin 13 Penyelaras RK – Pn. Hawa Nurliza bt Mohd Yusoff 14 KP Matematik/GC( Pn. Wong Nyook Ngor) 15 KP Pendidikan Moral/GC (Pn. Rohana) 16 KP Bahasa Melayu (En. Azahari b Abdullah) 17 KP Bahasa Inggeris ( Pn. Adila bt Ahmad) 18 KP Sejarah ( Pn. Zaleha bt M. Saufi) 19 KP Sains ( Pn. Mah Yi Fun) 20 KP Biologi ( Cik Sellam a/p Paramanathan) 21 KP Fizik ( Pn. Anita Suganthi a/p Kolandasamy) 22 KP Prinsip Akaun ( En. Abdul Ridzuan b Abu Bakar) 23 KP Perdagangan ( Cik Nor Maizura Ashikin bt Ibrahim ) 24 KP Sivik & Kwg (Pn Selambu Chelvi a/p Chelappan) 25 KP Geografi ( Pn Jamidah bt Sandang) 26 KP Pendidikan Islam ( Pn Mariam Ismail ) 27 KP Kemahiran Hidup ( Pn Umi Kalsom bt Mohamed) 28 KP PSV (Pn. Rozitah bt. Hassan) 29 KP Matematik Tambahan ( Pn Noraini bt Nordin) 30 KP Sains Sukan ( Cik Zuridah bt Ahmad)

Upload: buithien

Post on 10-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Main/PEPERIKSAAN DAN... · Web viewitu pelajar juga boleh memahirkan diri mereka dengan teknik menjawab yang betul berdasarkan rubrik penskoran. Tindakan : Semua Guru. Analisis Peperiksaan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN , IPOHMINIT MESYUARATJAWATANKUASA KURIKULUM BILANGAN 2/2012

Tarikh : 4 April 2012 (Rabu)Masa : 2.00 petangTempat : Dewan KuliahPengerusi : Cik Rusnani bt SharuddinKehadiran : Seperti di bawah

BIL NAMA GURU1 Cik Rusnani bt Sharuddin (Pengetua )

2 Pn. Hjh. Noridah bt Mohd Noor (Pen. Kanan Pentadbiran)

3 Pn. Zuraida bt Ahmad Khulaimi (Pen. Kanan HEM)

4 Pn. Hjh. Emsakiah bt Zulkifli ( Pen. Kanan Petang)

5 Pn. Salina bt Salim (Pen. Kanan Kokurikulum)

6 Pn. Julaila bt Yahya (GK Bahasa / Setiausaha JKKS)

7 Pn. Norlaila bt Abd Ghani (GK Sains)

8 Pn. Chan May Fye (GK Vokasional Teknik)

9 Pn. Habibah bt. Lazim (GK Kemanusiaan)

10 S/U Kurikulum Tingkatan 6 – Pn. Asmawati bt Razali

11 Pen S/U Kurikulum Petang – Pn. Amizah bt Abidin

12 Guru Perpustakaan & Media – Pn Saidatul Nadiah bt Shamsuddin

13 Penyelaras RK – Pn. Hawa Nurliza bt Mohd Yusoff

14 KP Matematik/GC( Pn. Wong Nyook Ngor)

15 KP Pendidikan Moral/GC (Pn. Rohana)

16 KP Bahasa Melayu (En. Azahari b Abdullah)

17 KP Bahasa Inggeris ( Pn. Adila bt Ahmad)

18 KP Sejarah ( Pn. Zaleha bt M. Saufi)

19 KP Sains ( Pn. Mah Yi Fun)

20 KP Biologi ( Cik Sellam a/p Paramanathan)

21 KP Fizik ( Pn. Anita Suganthi a/p Kolandasamy)

22 KP Prinsip Akaun ( En. Abdul Ridzuan b Abu Bakar)

23 KP Perdagangan ( Cik Nor Maizura Ashikin bt Ibrahim )

24 KP Sivik & Kwg (Pn Selambu Chelvi a/p Chelappan)

25 KP Geografi ( Pn Jamidah bt Sandang)

26 KP Pendidikan Islam ( Pn Mariam Ismail )

27 KP Kemahiran Hidup ( Pn Umi Kalsom bt Mohamed)

28 KP PSV (Pn. Rozitah bt. Hassan)

29 KP Matematik Tambahan ( Pn Noraini bt Nordin)

30 KP Sains Sukan ( Cik Zuridah bt Ahmad)

31 KP Ekonomi Asas(Pn. Norain bt Ali)

32 KP PJPK ( Pn. Mashidah bt Hj Abu Bakar )

Page 2: Main/PEPERIKSAAN DAN... · Web viewitu pelajar juga boleh memahirkan diri mereka dengan teknik menjawab yang betul berdasarkan rubrik penskoran. Tindakan : Semua Guru. Analisis Peperiksaan

33 KP Bahasa Perancis - Pn. Yip Pei Yian

34 Setiausaha Peperiksaan - Pn. Fong Ee Lin

35 Setiausaha Peperiksaan Tingkatan 6 – Pn. Fatimah bt Hasanuddin

36 Setiausaha Jadual Waktu – Pn. Suriani bt Noordin

37 Setiausaha JMPS – Cik Norrohaniza bt Abdul Rahim

38 Penyelia Tingkatan 1 –Pn. Nurulhakimah bt Awang

39 Penyelia Tingkatan 2 – Pn. Robitah bt Nordin

40 Penyelia Tingkatan 3 – Pn. Mah Yi Fun

41 Penyelia Tingkatan 4 – Pn. Anita Suganthi

42 Penyelia Tingkatan 6 / Pra U – Pn. Aziah bt Shamsuddin

43 Penyelaras RKS – Cik Raihana Akma bt Ibrahim

44 P. Bahasa Melayu Pra U – Pn. Mariam bt Mohd. Yasin

45 P. Perd Ekonomi Pra U– Pn. Mazatul Suhaila bt Abdul Malik

46 P. Biologi Pra U – Pn. Santhi Nair a/p Baskaran Nair

47 P. Matematik Pra U – Cik Wong Lai Keen

48 P. Kimia Pra U - En T J Pereira

49 P. Sejarah Pra U – Pn. Victoria Arulupan

50 P. Pengajian Perniagaan – En Shahrizan b Abdul Wahab

51 P. Fizik - Cik Nor Haniza bt Hamdi

Tidak hadir dengan kebenaran : Seperti di bawah.

BIL NAMA GURU1 Pn Bibi Dayana bt Abdullah (Kaunselor)2 Pn Zaiton bt Bakar (Kaunselor)3 Pn Suraine bt Muhamad Noordin (Kaunselor)4 Pn Umaimah bt Harith (KP Kimia/GC/SU Kecemerlangan Akademik)

1.0 Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat kedua JKKS kali kedua. Pengerusi menarik perhatian semua kepada keputusan STPM 2011 yang baru keluar dengan GPS 2.33 menyebabkan RPS masih berada di dalam Band 3 dengan skor komposit 79.86. Ini bermakna hasrat untuk mencapai SBT pada tahun 2013 dengan skor komposit sekurang-kurangnya 90.00 (Band 1) masih jauh dari sasaran dan memerlukan usaha secara kolektif serta konsisten daripada semua guru .

Tindakan : Semua guru.

1.2 Pengerusi juga mengumumkan perlantikan Pn Habibah bt Lazim sebagai GK Kemanusiaan menggantikan Pn Asmah yang telah berpindah ke SMK Tambun. Tindakan : Makluman.

1.3 Pengerusi mengingatkan semua ahli mesyuarat bahawa pengurusan kurikulum berkesan memerlukan kepada dokumentasi yang konsisten, kepatuhan kepada kurikulum kebangsaan dan keselarasan dalam P & P. Contohnya, jika terdapat

Page 3: Main/PEPERIKSAAN DAN... · Web viewitu pelajar juga boleh memahirkan diri mereka dengan teknik menjawab yang betul berdasarkan rubrik penskoran. Tindakan : Semua Guru. Analisis Peperiksaan

lebih dari seorang guru yang mengajar suatu subjek yang sama dalam tingkatan yang sama, mereka perlu mencapai kesepakatan dalam penyelarasan latihan dan kerja rumah pelajar. Tindakan : Semua guru.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu.2.1 Cadangan : Pn Mariam bt Ismail. Sokongan : Pn Fong Ee Len. Tindakan : Makluman.

3.0 Perkara Berbangkit.3.1 3.3 : Pengurusan Panitia Mata Pelajaran perlu berfokus kepada pencapaian kualiti P & P. Pelajar perlu dilatih untuk menguasai konstruk peperiksaan dan rubric penskoran untuk memastikan pencapaian kualiti dalam peperiksaan. `Housekeeping’ tidak perlu dijalankan dalam mesyuarat panitia, memadai dengan memo dan KP hanya menjalankan pemantauan untuk mengesan perlaksanaannya. Tindakan : Semua Guru.

3.2 4.6.2 : Program Peningkatan Akademik untuk mempertingkatkan kemahiran analisis dan sintesis iaitu 1Esei 1 Minggu Setiap Subjek perlu diteruskan. Cara menyemak esei pelajar ini bolehlah dijalankan secara sendiri oleh guru ataupun bersama pelajar di dalam kelas untuk mengurangkan beban guru. Di samping itu pelajar juga boleh memahirkan diri mereka dengan teknik menjawab yang betul berdasarkan rubrik penskoran. Tindakan : Semua Guru.

4.0 Analisis Peperiksaan.4.1 USBF 1 2012 (Rujuk lampiran)

Dalam SKPM, antara aspek kemenjadian pelajar yang diukur ialah peperiksaan dalaman dan juga awam, dan kedua-duanya adalah penting untuk semua subjek, sama ada kelas peperiksaan ataupun bukan kelas peperiksaan. Justeru itu, Pengerusi menyeru semua guru untuk berusaha memastikan pencapaian pelajar dalam kedua-dua peperiksaan adalah berkualiti serta mencapai skor yang tinggi. Beliau juga menyarankan supaya guru-guru prauniversiti menggunakan Buku Laporan Tahunan STPM yang dikeluarkan MPM sebagai salah satu bahan sumber pendidikan P & P terutamanya alternatif teknik menjawap soalan peperiksaan dengan betul. Tindakan : Semua Guru.

4.1.1Ketua Panitia perlu berbincang dengan ahli panitia untuk menetapkan sasaran PPT (OTI) dan sasaran ini hendaklah diterjemahkan di dalam konstruk peperiksaan. Tindakan : Ketua Panitia.

4.2 SPM 2012 (Rujuk lampiran) Berikut adalah rumusan analisis prestasi mata pelajaran SPM berdasarkan

Page 4: Main/PEPERIKSAAN DAN... · Web viewitu pelajar juga boleh memahirkan diri mereka dengan teknik menjawab yang betul berdasarkan rubrik penskoran. Tindakan : Semua Guru. Analisis Peperiksaan

peningkatan kuantiti (%) dan kualiti (A / Cemerlang) dibandingkan dengan SPM 2010.

M/PELAJARAN PENCAPAIAN (%) CEMERLANG A (%) GPMP2010 2011 2010 2011 2010 2011

B.Melayu 99.41(169) 98.51(199) 54.71(93) 50.99(103) 2.25 2.91B.Inggeris 99.41(169) 98.51(199) 47.65(81) 43.07(87) 3.09 3.36P.Islam 100.0(135) 99.38(159) 65.19(88) 58.76(94) 2.00 2.49P.Moral 97.14(34) 95.12(39) 51.43(18) 63.41(26) 2.60 2.78Sejarah 97.06(165) 96.53(195) 49.41(84) 50.03(101) 3.22 3.07Matematik 99.41(169) 94.55(191) 52.36(89) 43.57(88) 3.27 3.70Sains 100.0(49) 98.44(63) 22.45(11) 35.94(23) 3.94 3.42P.Seni 100.0(22) 100.0(39) 13.64(3) 35.87(14) 4.45 3.08Mat.Tambahan 79.33(119) 84.78(117) 11.97(18) 15.94(22) 6.10 5.54Perdagangan 97.92(47) 93.94(93) 25.02(12) 21.21(21) 2.08 6.06Ekonomi Asas 90.48(19) 72.22(26) 14.28(3) 5.58(2) 6.48 6.58Fizik 100.0(71) 98.88(88) 7.04(5) 13.51(12) 4.79 4.71Kimia 96.69(117) 86.96(120) 4.11(5) 10.12(14) 6.05 6.11Biologi 98.08(102) 94.92(112) 2.88(3) 11.82(14) 5.38 5.49P.Perakaunan 87.50(56) 98.39(61) 23.48(15) 17.72(11) 5.20 4.65Tsw.Islam 100.0(15) 100.0(11) 66.66(10) 45.45(5) 2.20 2.45P.Sains Sukan 100.0(29) 100.0(28) 13.79(4) 21.42(6) 4.79 3.61RUMUSAN SPM 2011

LULUS SEMUA A GPS99.41(169) 98.51(199) 1(0.59) 11(5.45) 3.92 3.98

4.2.1Jumlah pelajar yang mendapat semua A bagi SPM 2011 adalah 11 orang berbanding seorang pada tahun 2010. Walaupun peratus pencapaian pelajar dan jumlah pelajar yang mendapat A meningkat bagi sesetengah matapelajaran, GPMP masih terjejas kerana jumlah pelajar yang mendapat D, E, dan G bertambah. Akibatnya GPS sekolah juga menurun sebanyak 0.06 kepada 3.98. Ini bermakna untuk SPM 2012, lebih tumpuan perlu diberikan kepada pelajar di kelas hujung seperti Jasmin, Gardenia dan Dahlia. Tindakan : Semua Guru.

4.3 STPM 2012 (Rujuk lampiran) Berikut adalah rumusan analisis prestasi mata pelajaran STPM berdasarkan peningkatan kuantiti (%) dan kualiti (A / Cemerlang) dibandingkan dengan STPM 2010.

MATAPELAJARAN PENCAPAIAN (%) CEMERLANG A (%) GPMP

Page 5: Main/PEPERIKSAAN DAN... · Web viewitu pelajar juga boleh memahirkan diri mereka dengan teknik menjawab yang betul berdasarkan rubrik penskoran. Tindakan : Semua Guru. Analisis Peperiksaan

2010 2011 2010 2011 2010 2011

Pengajian Am 96.00(73) 96.00(84) 40.0(30) 29.77(25) 3.20 2.98

Bahasa Melayu 100.0(14) 92.86(13) 21.43(3) 0.00(0) 2.71 2.02

Bahasa Cina - 100.0(2) - 0.00(0) - 2.50

Bahasa Tamil 100.0(2) - 0.00(0) - 3.17 -

Sejarah 100.0(6) 100.0(10) 33.33(2) 10.00(1) 3.17 2.43

Ekonomi 86.21(50) 83.33(40) 31.04(18) 10.42(5) 2.49 2.01

P.Perniagaan 100.0(39) 85.11(40) 20.51(8) 2.13(1) 2.85 2.03

Perakaunan 81.25(26) 76.92(10) 34.38(11) 7.69(1) 2.58 1.92

Matematik S 75.86(22) 70.00(7) 3.45(1) 0.00(0) 1.89 1.37

Matematik T 81.25(13) 88.89(32) 6.25(1) 5.56(2) 1.79 2.28

Fizik 100.0(3) 100(17) 6.25(1) 0.00(0) 2.44 2.57

Kimia 87.50(14) 88.89(32) 6.25(1) 0.00(0) 2.27 2.00

Biologi 92.31(12) 100.0(19) 15.38(2) 0.00(0) 2.44 2.37

Seni Visual - 100.0(1) - 100.0(1) - 3.33

RUMUSAN STPM 2011

LAYAK DAPAT SIJIL 3A 1B GPS96.00(72) 100.00(84) 16.00(12) 2.38(2) 2.64 2.33

4.3.1Matapelajaran yang menunjukkan peningkatan paling tinggi adalah Pengajian Am, manakala Ekonomi dan Pengajian Perniagaan pula dengan jumlah pelajar gagal paling ramai berbanding jumlah pelajar yang mengambil kertas tersebut. Kebanyakannya adalah pelajar Pra U2 Dahlia. Olehitu Pengerusi menggesa guru serta KP Ekonomi dan Pengajian Perniagaan untuk membuat tindakan post mortem serta susulan supaya hal yang sama tidak berulang pada tahun 2012. Tindakan : KP Ekonomi & P.Perniagaan

5.0 Perancangan dan Persediaan Pra PPT dan PPT5.1 WPK Latih tubi 30 minit (Selasa, Rabu, Khamis) Sesi `Drilling’ atau Latih tubi ini akan dijalankan di Dewan Terbuka RPS, 3 hari seminggu dan fokusnya adalah Aplikasi Pengiraan. Semua calon peperiksaan awam 2012 iaitu Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas terlibat secara langsung. Jadual sesi latih tubi modul berfokus ini adalah seperti berikut:

TINGKATAN SELASA RABU KHAMISTingkatan 3 (PMR) PJPK Matematik B.Melayu / SejarahTingkatan 5 (SPM) Matematik Ekonomi Asas / PJPK

Page 6: Main/PEPERIKSAAN DAN... · Web viewitu pelajar juga boleh memahirkan diri mereka dengan teknik menjawab yang betul berdasarkan rubrik penskoran. Tindakan : Semua Guru. Analisis Peperiksaan

Prinsip AkaunTingkatan 6 (STPM) Sains PJPK Matematik T / S

Semua Ketua Panitia, guru subjek dan guru tingkatan bertanggungjawab untuk menyelaraskan perjalanan sesi latih tubi ini bersama-sama. Modul Aplikasi Pengiraan yang dijalankan mestilah berasaskan kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar dan cara menyelesaikan masalah tersebut. Panitia yang tidak terlibat dengan sesi Latih tubi WPK boleh menjalankan latih tubi di dalam kelas sewaktu P & P. Tindakan : Semua KP/Penyelaras Matapelajaran, Guru Tingkatan.

5.2 Ranking Block Construct (RBC) RBC akan dijalankan untuk semua kelas peperiksaan sahaja. Ia akan bermula

pada 23 April sebaik sahaja selepas Pra PPT dan melibatkan penambahan masa untuk beberapa mata pelajaran tertentu. Konsep RBC yang akan dijalankan ialah berfokus kepada instrumen PPT.

Tindakan : SU Peperiksaan, SU Jadual Waktu, Guru Mata Pelajaran 5.3 Bengkel Mata Pelajaran Kritikal Bengkel ini akan dijalankan selepas PPT dan fokusnya adalah rubrik penskoran di dalam instrument araupun konstruk PPT. Pelajar perlu dibimbing untuk menjawab berdasarkan rubrik penskoran supaya mereka boleh menjawab dengan tepat dalam jangkamasa yang ditetapkan. Kemahiran ini perlu dipupuk dalam diri setiap calon peperiksaan supaya sasaran PPT untuk kelas-kelas peperiksaan akan tercapai. Tindakan : SU Peperiksaan, Guru Mata Pelajaran.

5.4 Kelas-kelas Bukan Peperiksaan Salah satu elemen Kemenjadian Murid dalam SKPM untuk pelajar-pelajar yang tidak menduduki peperiksaan awam ialah pencapaian di dalam Pentaksiran Kendalian Sekolah (PKS) ataupun peperiksaan dalaman. Pada akhir tahun nanti, peratus lulus (kuantiti), peratus A (kualiti), dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) akan dikira bagi kedua-kedua pentaksiran sumatif yang dijalankan iaitu PPT dan PAT. Oleh yang demikian, di dalam mesyuarat panitia KP perlu berbincang dengan semua guru mata pelajaran strategi yang boleh dilaksanakan bagi memastikan ketiga-tiga perkara ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Tindakan : Semua KP.

6.0 Strategi Peningkatan Akademik Kelas Peperiksaan (Rujuk lampiran)6.1 Strategi peningkatan akademik untuk kelas peperiksaan adalah seperti yang

telah diperincikan di dalam agenda 5. Strategi ini juga merangkumi semua program utama dan program sokongan kecemerlangan akademik yang telah dijalankan sejak awal tahun lagi. Kesemua strategi dan program ini mestilah mempunyai matlamat untuk mengurangkan jumlah pelajar yang gagal dalam setiap mata pelajaran. Tindakan : Semua Guru.

6.2 Program yang dijalankan oleh kaunselor iaitu Program Aku Janji Lonjakan Kualiti adalah program yang diubahsuai dan ditambah baik dari program Aku Janji

Page 7: Main/PEPERIKSAAN DAN... · Web viewitu pelajar juga boleh memahirkan diri mereka dengan teknik menjawab yang betul berdasarkan rubrik penskoran. Tindakan : Semua Guru. Analisis Peperiksaan

Sasaran A. Program ini diwujudkan khas untuk pelajar-pelajar yang tidak termasuk dalam Sasaran Semua A. Contohnya pelajar dalam Kelompok Gagal akan cuba diusahakan untuk bergerak ke Kelompok D, dan akhirnya ke Minimum C. Manakala pelajar yang berada dalam Kelompok D akan diusahakan untuk bergerak ke Kelompok B. Dengan ini GPMP mata pelajaran akan lebih baik kerana keputusan lebih berkualiti. Diharapkan juga tiada pelajar yang akan gagal kerana semua pihak, guru dan pelajar, akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus D ataupun minimum C.

Tindakan : Semua Kaunselor dan Guru.

6.3 Selain dari itu, setiap panitia hendaklah mensasarkan pencapaian minimum C dalam setiap mata pelajaran PMR dan SPM. Ia adalah selaras dengan peningkatan peratus kelulusan (kuantiti), peratus A (kualiti) dan Gred Purata Sekolah (GPS). Ini bermakna setiap guru perlu memberi fokus sama rata kepada kelompok pelajar cemerlang dan juga yang lemah agar matlamat ini dapat dicapai. Tindakan : Semua Guru.

7.0 Pelaporan Panitia7.1 GK Bahasa Pn Julaila memaklumkan bahawa seorang pelajar hoki tingkatan 1J

dikesan mempunyai masalah 3M dengan TOV UPSR B.Melayu Kefahaman dan Penulisan D & E. Olehkerana beliau berbakat dalam hoki, guru B.Melayu dan B.Inggeris akan membantu pelajar ini dengan menggunakan modul Intervensi yang disediakan oleh BPK.

Tindakan : KP dan guru B.Melayu & B.Inggeris.

7.2 Pn Julaila juga memaklumkan yang fokus P & P B.Inggeris Tingkatan 5 adalah soalan esei (Continuous Writing) yang menyumbang 50 markah kertas 1 SPM.

Tindakan : KP & guru B.Inggeris.

7.3 Cik Sellam guru kelas 5D memaklumkan bahawa pelajar kelas tersebut mempunyai penguasaan B.melayu dan B.Inggeris yang rendah dan perlu dibantu supaya tidak menjejaskan prestasi mereka dalam matapelajaran lain.

Tindakan : GK Bahasa, KP dan guru B.Melayu & B.Inggeris.

7.4 Pengerusi meminta guru Geografi 3EU untuk memberi perhatian kepada pelajar kelas tersebut yang berpotensi gagal.

Tindakan : KP & guru Geografi.

7.5 En T.J Pereira guru Kimia Tingkatan 6 memaklumkan bahawa beliau akan merangka strategi yang lebih mantap untuk memastikan `0 failure’ dalam STPM 2012. Tindakan : Penyelaras MP Kimia Ting. 6.

7.6 Pn Noraini KP Matematik Tambahan memaklumkan bahawa GPMP matapelajaran ini dalam SPM 2011 meningkat kerana hanya 5 kelas sahaja mengambil Matematik Tambahan, iaitu tidak termasuk 5J. Strategi yang sama akan dilakukan pada tahun ini bagi memastikan peningkatan GPMP dalam SPM 2012. Tindakan : KP & Guru matematik Tambahan.

Page 8: Main/PEPERIKSAAN DAN... · Web viewitu pelajar juga boleh memahirkan diri mereka dengan teknik menjawab yang betul berdasarkan rubrik penskoran. Tindakan : Semua Guru. Analisis Peperiksaan

7.7 Pengerusi memaklumkan mengenai mata-matapelajaran Sains yang menjadi subjek kritikal dalam semua peperiksaan awam. Beliau menegaskan bahawa sebagai sekolah cluster dengan kebitaraan Sains perkara ini sepatutnya tidak berlaku, malahan program-program yang dibuat seharusnya menjadi pemangkin kepada proses P & P Sains di dalam bilik darjah. Beberapa subjek Sains juga telah menunjukkan peningkatan kualiti dalam SPM 2011, prestasi ini harus dikekalkan serta dipertingkatkan lagi untuk PMR dan SPM 2012.

Tindakan : GK dan semua KP Subjek-subjek Sains.

7.8 En Shahrizan Penyelaras Pengajian Perniagaan memaklumkan bahawa ramai calon STPM 2011 gagal dalam matapelajaran ini kerana mereka tidak dapat menjawab soalan berbentuk aplikasi. Oleh itu strategi pada tahun ini ialah menjalankan lebih banyak latih tubi menggunakan soalan-soalan tahun lepas.

Tindakan : Penyelaras MP P.Perniagaan.

7.9 Pn Fatimah selaku Penyelaras MP Pengajian Am memaklumkan bahawa dalam STPM 2011, 25 calon dari 30 calon yang menduduki kertas ini telah mendapat A. 5 orang pelajar mendapat Near Miss A kerana soalan bentuk baru pada muka surat 2. Beliau berjanji akan cuba mengekalkan malahan meningkatkan keputusan cemerlang ini dalam STPM 2012.

Tindakan : Penyelaras MP & Guru P.Am.

7.10Pn Suriani selaku Penyelaras MP P.Akaun memaklumkan bahawa MPM tidak menerbitkan buku atau sumber pendidikan untuk subjek ini. Oleh itu beliau telah berinteraksi dengan pemeriksa kertas tersebut sebagai panduan di dalam P & P.

Tindakan : Penyelaras MP P.Akaun.

8.0 Tindakan Susulan / Pengubahsuaian ProgramTindakan susulan adalah seperti yang telah diperincikan dalam agenda 5, 6 dan 7. Tindakan : Makluman.

9.0 Kelas Rancangan Khas9.1 Pelajar KRK PMR 2012 hanyalah berjumlah 31 orang (3AV: 16 orang dan 3BE:

15 orang) . Berdasarkan USBF 1 didapati keputusan pelajar-pelajar ini amatlah mendukacitakan serta jauh menyimpang dari sasaran semua A (Straight As). Profil pelajar KRK perlu disediakan dengan lengkap supaya setiap individu di dalam kedua-dua kelas ini mencapai A dalam setiap mata pelajaran (100% Straight As).

Tindakan : Semua PK, GK & Penyelaras KRK.

9.2 Pengerusi juga menegaskan supaya fail-fail di asrama yang berkaitan dengan pelajar-pelajar KRK ini dikemaskini supaya sebarang masalah dapat dikesan dan strategi pencapaian 100% A untuk semua pelajar ini dapat dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan.

Tindakan : PK HEM & Warden Asrama.

10.0Hal-hal Lain10.1Bengkel Teknik Menjawab akan diadakan seperti tahun lepas: Tingkatan 3-5 (3

hari 2 malam) dan Tingkatan 6 (1 hari). Tindakan : Kaunselor.

Page 9: Main/PEPERIKSAAN DAN... · Web viewitu pelajar juga boleh memahirkan diri mereka dengan teknik menjawab yang betul berdasarkan rubrik penskoran. Tindakan : Semua Guru. Analisis Peperiksaan

10.2Program di PSS perlu diperbanyakkan dan dimeriahkan kerana PSS adalah wadah atau mekanisme untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Tindakan : Guru GPM.

10.3JPN Perak telah membuat hebahan bahawa Sistem Star Rating akan mula digunakan di Negeri Perak, oleh itu RPS perlu memastikan dokumen yang lengkap untuk semua bahagian dan unit.

Tindakan : Semua SU & Penyelaras.

10.4Pengerusi menggesa semua guru supaya mengenal pasti dan memberi sepenuh perhatian kepada kelas-kelas peperiksaan dan calon-calon peperiksaan yang bermasalah terutamanya tingkatan 3 dan 5.

Tindakan : Semua Guru.

10.5Pengerusi juga mengingatkan guru-guru supaya dalam latihan esei yang diberi setiap minggu untuk semua matapelajaran, pelajar perlu diajar untuk menguasai kemahiran rubric penskoran. Contoh yang boleh diikuti ialah cara penandaan buku kelas 5BE oleh Pn Yap Sau Hoong yang menunjukkan skor yang jelas dan mudah difahami oleh pelajar.

Tindakan : Semua Guru.

10.5Cik Wong Lai Kin mencadangkan supaya `streaming’ dijalankan untuk pelajar tingkatan 6 Matematik T dan S supaya kualiti yang disasarkan tercapai.

Tindakan : SU Peperiksaan & Penyelaras Matematik T & S.

11.0Ucapan PenangguhanPengerusi mengharapkan dengan komitmen yang ditunjukkan serta kerjasama yang diberikan oleh semua warga RPS; guru dan pelajar akan menghasilkan keputusan cemerlang dalam PMR, SPM dan STPM 2012 seterusnya membantu sekolah mencapai SBT pada tahun 2013.

Tindakan : Makluman.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(JULAILA BT YAHYA) (RUSNANI BT SHARUDDIN) Setiausaha JKKS Pengetua SMK Rj Perempuan