mac 2

14
Nama:………………………………………. Tingkatan 4: ……………………. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN TAMAN PETALING, 46000, KUALA LUMPUR UJIAN BULAN MAC 20I5 TINGKATAN 4 EKONOMI ASAS (I JAM) Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak Arahan: Kertas ini mengandungi 2 bahagian iaitu: Bahagian A : Soalan Objektif (25 Markah) Bahagian B : Soalan Subjektif (25Markah) Jawab semua soalan. 1. Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi? A Masalah membuat pilihan faktor yang kekurangan bagai mencapai kepuasan optimum B Masalah membuat pilihan atas penggunaan barang bagi mencapai kepuasan optimum C Masalah membuat pilihan atas penggunaan perkhidmatan bagi mencapai kepuasan optimum D Masalah menghasilkan keluaran secara maksimum menggunakan faktor secara optimum 2. Antara yang berikut manakah menjadi asas kewujudan ilmu ekonomi ? A Usaha manusia untuk meningkatkan kesejahteraan hidup B Usaha manusia dalam menggunakan semua sumber ekonomi yang ada C Usaha manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan mereka D Usaha manusia untuk menyeimbangkan pelbagai keinginan dengan sumber ekonomi yang ada 3. Kilang perabot Alang memiliki sumber –sumber yang terhad untuk mengeluarkan kerusi 1

Upload: sashineka-sumbulingam

Post on 22-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Ujian Bulan Mac Ekonomi Asas

TRANSCRIPT

Nama:………………………………………. Tingkatan 4: …………………….

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUANTAMAN PETALING, 46000, KUALA LUMPUR

UJIAN BULAN MAC 20I5TINGKATAN 4

EKONOMI ASAS(I JAM)

Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak

Arahan: Kertas ini mengandungi 2 bahagian iaitu: Bahagian A : Soalan Objektif (25 Markah) Bahagian B : Soalan Subjektif (25Markah)

Jawab semua soalan.

1. Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi?A Masalah membuat pilihan faktor yang kekurangan bagai mencapai kepuasan optimumB Masalah membuat pilihan atas penggunaan barang bagi mencapai kepuasan optimumC Masalah membuat pilihan atas penggunaan perkhidmatan bagi mencapai kepuasan optimumD Masalah menghasilkan keluaran secara maksimum menggunakan faktor secara optimum

2. Antara yang berikut manakah menjadi asas kewujudan ilmu ekonomi ? A Usaha manusia untuk meningkatkan kesejahteraan hidup B Usaha manusia dalam menggunakan semua sumber ekonomi yang ada C Usaha manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan mereka D Usaha manusia untuk menyeimbangkan pelbagai keinginan dengan sumber ekonomi yang ada

3. Kilang perabot Alang memiliki sumber –sumber yang terhad untuk mengeluarkan kerusi dan meja.Kombinasi keluaran kilang perabot Alang adalah seperti berikut:

Kombinasi Keluaran Kerusi MejaPQRS

0206075

I0085550

Jika kombinasi keluaran berubah dari P ke R,berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 60 buah kerusi ? A 30 buah meja C 45 buah meja B 40 buah meja D 55 buah meja

1

Encik Arif dikenali sebagai seorang jutawan di daerahnya.Namun demikian.beliau juga berhadapan dengan masalah kekurangan

4. Berdasarkan ilmu ekonomi, apakah yang anda dapat rumuskan daripada pernyataan di atas? A Masalah kekurangan berlaku kerana tidak bijak berbelanja B Masalah kekurangan berlaku akibat manusia terlalu memilih C Masalah kekurangan berlaku akibat kemahuan yang pelbagai diikuti dengan sumber ekonomi yang terhad D Masalah kekurangan wujud disebabkan manusia mementingkan tingkat kesejahteraan yang tinggi

5. Syarikat Intan Rozita bercadang untuk mengeluarkan rempah udang istimewa yang menggunakan teknologi tinggi. Dia bercadang mengeluarkan I00 000 kampit rempah sehari.Apakah faktor lain yang perlu dipertimbangkan?

A Apakah barang yang hendak dikeluarkan B Berapakah banyak barang yang dikeluarkan C Bagaimanakah barang dikeluarkan D Untuk siapakah barang dikeluarkan

MEKANISME HARGA Menyelesaaikan masalah sumber penentuan

harga barang

CUKAI DAN SUBSIDI Ketidak adilan harga dalam ekonomi

6. Apakah sistem ekonomi yang ditunjukkan oleh rajah di atas? A Kapitalis C Campuran B Sara diri D Perancangan Pusat

7. Dalam sistem ekonomi bebas,pengguna adalah raja. Apakah maksud pernyataan di atas? A Harga sesuatu barang ditetapkan oleh pengguna B Pengguna mampu memuaskan semua kehendak mereka C Pengguna berhak mendapatkan barang pada harga yang murah D Keputusan pengguna akan menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan

8. Pernyataan berikut merujuk kepada suatu masalah kos lepas.

Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat memilih output yang paling menguntungkan

Unit ekonomi yang manakah mengalami kos lepas itu ? A Seorang suri rumah B Tuan punya sebuah kilang C Kementerian Pertanian Malaysia D Perbadanan Pembangunan Infrastruktur Negara

2

9. Rajah di bawah menunjukkkan sumber-sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang- barang dan perkhidmatan

X ialah satu daripada sumber tersebut. Apakah ganjaran yang diberi kepada penyumbang Y? A Upah C Faedah B Sewa D Untung

1I0 Jadual dibawah menunjukkan dua barang X dan Y keluaran suatu firma .

Kaedah pengeluaran

Barang X Barang Y

MNPQ

I00805030

25406075

Tingkat pengeluaran bergantung kepada kaedah pengeluaran yang digunakan.Jika pengurusan firma itu mengambil keputusan mengubah kaedah pengeluaran daripada kaedah P kepada kaedah Q,berapa unitkah barang X terpaksa dilepaskan untuk mengeluarkan 75 unit barang Y? A I5 C 30 B 20 D 45

PROJEK RAKSASA RM65.6 BILLION DITANGGUHKAN Projek Hidroelektrik Bakun Pusat Pentadbiran Putrajaya fasa 11 Lapangan terbang Wilayah Utara Jambatan Selat Melaka

11 Merujuk petikan di atas,apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia? A Pilihan C Kekurangan B Kos Lepas D Mengimport

3

BURUH TANAH USAHAWAN X

FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

12 Berikut adalah perbualan antara rakyat dua Negara , X dan Y

Rakyat Negara X Di Negara saya,pengguna adalah raja. Saya bebas memilih barnag yang dikehendaki

Rakyat Negara Y Oh! Bagusnya.Pengguna di Negara saya tiada hak memilih

Berdasarkan perbualan itu,apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara X dan Negara Y?

Negara X Negara YA Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi IslamB Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi kapitalisC Sistem ekonomi kapitalis Sistem ekonomi perancangan pusatD Sistem ekonomi Islam Sistem ekonomi campuran

13 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan suatu sistem ekonomi

Wujud persaingan harga dan bukan harga antara firma Masalah ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga

Pihak yang manakah berkuasa membuat keputusan dalam sistem ekonomi itu I Pemerintah III Pengeluar II Pengguna IV Pemilik faktor A I,II dan III C I,III dan IV B I,II dan IV D II,III dan IV

14 Apakah tujuan membuat pilihan apabila melaksanakan sesuatu projek ? A meminimumkan kos pengeluaran B memaksimumkan kepuasan pengguna C memaksimumkan kebajikan masyarakat D mengikut keutamaan dan dilaksanakan apabila perlu

15 Gambar di bawah ialah iklan promosi jualan kereta

Apakah jenis barang dalam iklan itu ?

Kereta Telefon BimbitA Barang ekonomi Barang ekonomiB Barang awam Barang PercumaC Barang awam Barang ekonomiD Barang awam Barang percuma

4

16 Antara berikut, yang manakah menerangkan cirri-ciri barang ekonomi? A Kos lepas sifar B Penawarannya terhad C Disediakan oleh kerajaan D Digunakan oleh semua orang

17 Pasangan yang manakah benar?

Sistem Ekonomi Ciri-ciriA Sistem ekonomi

perancangan pusat Pengguna bebas

membuat pilihan Kebajikan masyarakat

diutamakan B Sistem ekonomi kapitalis

Harga ditentukan oleh mekanisme harga

Sumber ekonomi dikawal penuh oleh kerajaan

C Sistem ekonomi campuran Harga ditentukan oleh

mekanisme harga dan dikawal oleh kerajaan

Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh firma

D Sistem ekonomi Islam Wujud persaingan sihat

Kebajikan masyarakat dititikberatkan

18 Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme harga untuk menentukan jenis barang yang dikeluarkan? I Sistem ekonomi kapitalis II Sistem ekonomi perancangan pusat III Sistem ekonomi campuran IV Sistem ekonomi Islam A I,II dan III C I,III dan IV B I,II dan IV D II,III dan IV

I9 Antara yang berikut, ciri yang manakah membezakan barang ekonomi dengan barang awam? I Bayaran II Kos lepas III Kuantiti penawaran IV Pihak yang mengeluarkan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

5

20 Berikut adalah ciri satu barang

Penawaran terhad Mempunyai kos lepas Boleh digunakan oleh semua orang

Apakah contoh barang itu ? A Air terjun C Lampu jalan B Air mineral D Lampu meja

21 Antara yang berikut,yang manakah merujuk kepada : untuk siapa dikeluarkan dalam penyelesaian masalah asas ekonomi ? I agihan pendapatan II penentuan kualiti III agihan barang IV jenis barangan A I dan II C II dan IV B I dan IIII D III dan IV

22 Encik Fazreen seorang peniaga di Negara X. Dia sangat gembira tinggal di negara tersebut kerana ekonomi negara itu maju dan beliau bebas mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah sistem ekonomi yang diamalkan di Negara X? A Sistem Ekonomi Islam B Sistem Ekonomi Kapitalis C Sistem ekonomi campuran D Sistem ekonomi perancangan pusat

23 Kawasan berlorek menunjukkan persamaan ciri sistem ekonomi perancangan pusat dan sistem ekonomi Islam

Apakah ciri tersebut ? A memaksimumkan keuntungan C harga ditentukan oleh kerajaan B wujud persaingan antara firma D mengutamakankebajikan rakyat

6

24 Apakah kebaikan sistem ekonomi kapitalis ? A Kebajikan rakyat terjamin B Wujud persaingan yang adil C Individu bebas membuat pilihan D Harga barang keperluan terkawal

25 Maklumat berikut berkaitan dengan cirri sistem ekonomi bagi dua buah Negara.

Negara A Negara B Firma bebas membuat pilihan

mengeluarkan output Firma memaksimumkan

keuntungan

Firma bebas membuat pilihan tetapi dikawal oleh peraturan dan undang-undang

Firma memaksimumkan keuntungan manakala kerajaan memaksimumkan kebajikan

Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara A dan Negara B?

Negara A Negara BA Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi IslamB Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi kapitalisC Sistem ekonomi kapitalis Sistem ekonomi campuranD Sistem ekonomi Islam Sistem ekonomi perancangan pusat

BAHAGIAN B

Jawab soalan di bawah

1(a) Gambar I menunjukkan perbualan antara seorang bapa dengan anaknya.

Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarga itu. [6 markah]

7

b) Gambar 2 menunjukkan satu contoh barang dalam ekonomi.

GAMBAR 2

(i) Apakah jenis barang tersebut? [I markah]

(ii) Jelaskan lima ciri barang di 1(b)(i). [5 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan satu ciri sistem ekonomi negara X.

Harga barangan ditentukan oleh mekanisme harga. Kerajaan mengawal melalui cukai dan subsidi

(i) Apakah sistem ekonomi negara X? [ I markah]

(ii) Huraikan dua ciri lain sistem ekonomi tersebut. [ 6 markah]

(d) Bezakan Sistem Ekonomi Kapitalis dengan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi berikut:

(i) Apa yang hendak dikeluarkan [2 markah]

(ii) Bagaimana hendak dikeluarkan [2 markah]

(iii) Untuk siapa dikeluarkan [2 markah]

Disediakan okeh Disemak oleh Disahkan oleh

___________________________ _______________________ ________________________

(Pn. Sashineka Sumbulingam) (Pn LimAi Ling) (Pn Mazliza bt Mat Amin)Ketia Panitia Ekonomi Asas GKMP Bidang Kemanusian

8

SKEMA JAWAPAN EKONOMI ASASUJIAN BULAN MAC 2015

I A I4 C2 D I5 A3 C I6 B4 C I7 D5 D I8 C6 C I9 B7 D 20 C8 B 2I B9 D 22 BI0 B 23 DII C 24 CI2 C 25 CI3 D

(a) Kekurangan [1m]Wang/pendapatan [1m]Pilihan [1m]

Pilih barang dan perkhidmatan/ jam tangan [1m] yang dapat memberikan kepuasan yang maksimum. [1m]

Kos lepas [1 m]Barang dan perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan/ sepasang baju kurung. [1m]

(b)

(i) Barang ekonomi

(ii) Ciri barang ekonomi Barang ini dikeluarkan oleh pihak swasta Penawaran barang ini adalah terhad Barang ini mempunyai kos lepas. Pengguna perlu melepaskan penggunaan barang lain untuk mendapatkan barang ini. Barang ini mempunyai harga dan perlu dibayar oleh pengguna. Individu boleh dikecualikan daripada menggunakannya. Contoh barang ekonomi – makanan, pakaian dan rumah.

9

(c) (i) Sistem ekonomi campuran

(ii) Pemilikan Faktor Pengeluaran Faktor pengeluaran bebas dimiliki oleh individu dan sektor swasta. Kerajaan juga memiliki sesetengah faktor pengeluaran untuk menjaga kepentingan rakyat. Kerajaan akan mengawal pemilikan sumber ekonomi melalui undang-undang yang telah ditetapkan.

Pembuat keputusan ekonomi Individu dan sektor swasta bebas membuat keputusan ekonomi tentang apa, berapa, bagaimana, dan untuk siapa barang dikeluarkan. Kerajaan akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta.

Pilihan Individu bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan tetapi penggunaan sesetengah barang dikawal oleh kerajaan.

Persaingan Persaingan wujud antara firma swasta tetapi dalam pengeluaran barang awam tidak wujud persaingan.

Motif Motif firma swasta ialah memaksimumkan keuntungan manakala motif kerajaan ialah menjaga kebajikan masyarakat. Pengguna pula akan mencuba memaksimumkan kepuasan.

(d) Perbezaan Sistem Ekonomi Kapitalis dengan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

Masalah ekonomi Kapitalis Perancangan pusat Apa yang hendak dikeluarkan

Ditentukan oleh permintaan pasaran dan mekanisme harga

Ditentukan oleh kerajaan

Bagaimana hendak dikeluarkan

Kaedah yang paling cekap supaya mendatangkan untung maksimum

Intensif buruh jika pengangguran tinggi, intensif modal jika modal banyak.

Untuk siapa dikeluarkan Mengikut kuasa beli dan agihan pendapatan

Ditetapkan oleh kerajaan.

10